Esepi Snow Cheese Cake
description
Transcript of Esepi Snow Cheese Cake
ESEPI SNOW CHEESE CAKE / KEK KEJU MELELEH
BAHAN-BAHAN :
UNTUK KEK
-100 g tepung hongkong (husna guna tepung gandum)*-60 g tepung jagung*-1 sudu kecil baking powder*-1 sudu besar ovalette-100 g gula kastor-4 biji telur (husna guna telur gred A)-2 biji kuning telur-50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)-75 g mentega cair-sedikit esen vanilla (husna lupa nk letak td.. aishh.. yg ni nk letak xpe, xnk letak pon xpe..)
CARA :
1. Ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.2. Campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Putar lagi, sebatikan.
3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dengan sedikit butter.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. Guna api atas dan bawah.
Sebelum dibakar
hasilnya... selepas dibakar..
UNTUK KRIM
-250 g cream cheese-120 g susu pekat manis- 50 ml UHT whipping cream
(satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)
UNTUK TOPPING
-1 buku HIMELT CHEESE dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah 'HEAT STABLE CHEESE')
(parut.. dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)
CARA PENYEDIAAN :
1. Kek yg dimasak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 keping, husna bahagikan kepada 2 keping guna benang.
2. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
3. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.4. Akhir sekali, taburkan HIMELT CHEESE yg telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.5. Sebelum di makan.. masukkan dalam peti ais dulu yee.. dalam 1-2 jam. lepas tu baru potong.
setelah dipotong...
hasilnye.. kek yang sgt2 lembut
Resepi Kek Mentega Cheese KukusNovember 18, 2015 by Resepi Bonda 0
Kek
Resepi Kek Mentega Cheese Kukus
Bahan-Bahan:
2 sudu besar mentega
4 biji telur gred C (atau 3 biji jika guna gred A)
3 sudu besar keju krim atau keju sapuan (spreadable cheese)
3 sudu besar minuman yogurt perisa oren atau lemon
4 sudu besar (paling tawar) ~ secawan (paling manis) gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
Cara Membuat:
1. Nyahbekukan mentega sampai jadi lembut dan boleh dipukul.
2. Pukul mentega, telur, keju, minuman yogurt dan gula sampai gula betul-betul larut
dan bancuhan jadi kembang.
3. Masukkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan gaul hingga betul-
betul rata. Tuangkan adunan ke dalam bekas acuan kek.
4. Cucuk-cucuk dengan garpu untuk elakkan udara terkumpul di sesetengah tempat.
Biarkan adunan sementara mendidihkan air dalam pengukus.
5. Sesudah air kukusan mendidih, stimkan adunan kek pada suhu tinggi selama 15-
20 minit.
6. Kek akan cukup naik, dan perlahankan api ke tahap minimum. Kukuskan lagi
selama 35 minit.
7. Keluarkan kek dari pengukus, dan biarkan sejuk selama 20 ~ 30 minit, baru boleh
keluarkan dan potong. Hidangkan.
Resepi Kuih Lapis Seri Wangi
Bahan-Bahan: (loyang 8 inci)
Bahan A –
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat
Bahan B –
1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan – di simpul
1 sk pandan paste.
Bahan C –
3 sb serbuk koko*
4 sb air suam untuk bancuh koko* – boleh ganti dengan 1 sb coklat emulco pewarna
hijau, perisa pandan
Cara Membuat:
1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata,
ketepikan dulu.
3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
4. Bahagikan pada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan
dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sementara itu sapukan
minyak di keliling loyang dan alas dengan plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
7. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
8. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga
habis adunan.
9. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
Biar kuih benar-benar sejuk barulah cantik di potong.
Sumber : FB Page Kelas Bakeri
Resepi Roti Paun
Bahan-Bahan:
6 cawan tepung gandum
1 ¾ cawan susu cair/susu segar
¾ cawan gula halus
1 paket (11 gm) yis
3 biji telur
¼ cawan mentega, dicairkan
sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1. Campurkan susu cair atau usu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati
dan biar yisnya berbuih sedikit.
2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan tepung ke dalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang
lembut dan sebati. Boleh juga guna mixer dan uli dengan tangan.
4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali
ganda tumbuk doh dan uli lagi.
5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat
(timbang 65 gm, dapat 20 ketul).
6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke
dalam loyang.
7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit
mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170’C selama 20 minit
sehingga ia kekuningan.
8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega.
Sedia untuk dihidang.