ESEI KEMERDEKAAN

14
ESEI KEMERDEKAAN MEMBINA NEGARA BANGSA SK. SERI LAKSANA JBA 0012 1. NURHUDA ATHIRA BT. ZAINUDIN - NENEK LIM 2. NURFILZAH AFIQAH BT. KHAIRUL ANUAR - ACIK POH 3.NUR HAZIMAH UMIRAH BT MOHD YUSAK - SATU MALAYSIA NENEK LIM

Transcript of ESEI KEMERDEKAAN

Page 1: ESEI KEMERDEKAAN

ESEI KEMERDEKAAN

MEMBINA NEGARA BANGSA

SK. SERI LAKSANA

JBA 0012

1. NURHUDA ATHIRA BT. ZAINUDIN - NENEK LIM

2. NURFILZAH AFIQAH BT. KHAIRUL ANUAR - ACIK POH

3. NUR HAZIMAH UMIRAH BT MOHD YUSAK - SATU MALAYSIA

Page 2: ESEI KEMERDEKAAN

NENEK LIM

Fara baru saja berpindah ke Taman Sentosa seminggu yang lalu. Fara

sungguh gembira kerana kebanyakan penduduk di Taman Sentosa hidup dalam

keadaan harmoni dan bersatu padu walaupun mereka berbeza agama dan kaum.

Jiran sebelah kanan rumah Fara ialah keluarga Encik Kumar. Ahli keluarga Encik

Kumar peramah dan mudah mesra. Manakala jiran sebelah kiri rumahnya pula ialah

seorang wanita tua berbangsa Cina. Wanita tua itu tinggal keseorangan . Menurut

Puan Devi, isteri Encik Kumar, wanita tua itu dikenali dengan nama Nenek Lim oleh

penduduk setempat. Tambah Puan Devi lagi Nenek Lim tinggal keseorangan dan

bekerja dengan mencari bahan buangan kitar semula untuk menyara diirinya. Nenek

Lim juga tidak mesra dan jarang bercampur dengan jiran-jiran sekeliling.

“Tuk, tuk, tuk!”, Fara mengetuk pintu rumah Nenek Lim namun tiada jawapan.

Fara hendak memberikan sepinggan kuih karipap yang panas dan baharu

digorengnya kepada Nenek Lim. “Nenek, oh, nenek!” Panggil Fara lagi. Setelah

beberapa kali memanggil akhirnya Nenek Lim keluar. “Siapa kamu? Apa yang kamu

mahu?,” Tanya Nenek Lim kepada Fara. “Saya Fara baru saja berpindah ke taman

ini, rumah saya di sebelah sahaja. Saya datang ini hendak memberikan nenek kuih

ini,” jawab Fara . “ Sudah, lebih baik kamu baik jangan ganggu aku. Aku tidak suka

orang beri aku makanan, aku bukan pengemis!” “Nenek saya tidak pernah anggap

nenek seperti itu saya hanya mahu beri nenek kuih ini. Saya harap nenek ambil kuih

Page 3: ESEI KEMERDEKAAN

(1)

ini.” Fara meletakkan kuihnya di atas meja rumah Nenek Lim dan terus pulang ke

rumah.

“Nak bagi kuih pun marah. Apalah salah aku,” rungut Fara dalam hatinya.

Sebenarnya, Fara kasihan melihat Nenek Lim yang sudah tua dan tinggal

keseorangan. Sebab itulah Fara berikan makanan kepada Nenek Lim. Fara teringin

mempunyai nenek, namun neneknya telah meninggal dunia sewaktu dia masih kecil.

Oleh itu dia telah mengganggap Nenek Lim seperti neneknya sendiri. Walaupun dia

baru berjumpa dengan Nenek Lim. Walaupun Nenek Lim seperti tidak menyukai

Fara namun Fara yakin suatu hari nanti, pasti Nenek Lim akan berubah sikap.

Selang beberapa hari Fara telah ke rumah Nenek Lim lagi ia teringin

memberikan nenek Lim beberapa helai baju yang baru dibelinya semalam. Fara

membeli baju itu di pekan setelah melihat Nenek Lim asyik memakai pakaian yang

compang-camping dan lusuh. Fara memanggil Nenek Lim namun tiada jawapan.

“Sudahlah tu Fara Nenek Lim tiada di rumah. Subuh-subuh lagi di sudah ke pekan.

Memang begitulah rutin harian dia semasa hujung minggu, jual surat khabar

terpakai,”terang Puan Devi. Puan Devi kasihan melihat Fara yang sentiasa ingin

berbaik dengan Nenek Lim namun ia tidak mengendahkannya langsung. Puan Devi

juga hairan dengan layanan nenek kepada Fara. Walaupun Puan Devi tahu Nenek

Lim tidak mesra dengan jirannya namun Nenek Lim melayan Fara seolah-olah dia

sangat membenci gadis itu.

Page 4: ESEI KEMERDEKAAN

(2)

Fara duduk di muka pintu rumahnya. Dia hampa kerana Nenek Lim tiada di

rumah. Sedang Fara melayan lamunannya dia terlihat Nenek Lim mengayuh basikal

menuju ke rumahnya. Tercungap-cungap Nenek Lim mengayuh basikal uzurnya itu.

Peluh di dahinya dilap dengan sapu tangan. Nenek Lim kepenatan.

Fara memandu keretanya untuk pergi ke pasar raya untuk berbelanja. Di

pertengahan jalan dia terlihat seorang wanita terbaring di tepi jalan. Fara keluar dari

keretanya dan mendapatkan wanita itu. Rupa-rupanya, wanita itu ialah Nenek Lim.

Nenek Lim pengsan dan kakinya berlumuran darah. Basikal Nenek Lim rosak teruk.

Fara mengikat luka di kaki Nenek Lim dan memapahnya ke dalam kereta. Fara

membawa Nenek Lim ke hospital untuk di beri rawatan.

Fara melihat keadaan Nenek Lim, sangat kasihan badannya penuh dengan

wayar dan di sebelahnya ada mesin jantung. Kalau tiada mesin itu mungkin Nenek

Lim sudah tiada. Doktor memberitahu keadaan Nenek Lim stabil. Sudah seminggu

Nenek Lim di hospital dan dalam tempoh seminggu itu jugalah Fara menjaga Nenek

Lim. Nenek Lim sudah sedar namun, dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Hari

ini Fara datang ke hospital dan membawa semangkuk bubur ayam untuk Nenek Lim

Fara menyuap Nenek Lim dengan bubur ayam yang dibawanya. Fara menggelap

badan Nenek Lim dengan tuala basah. Nenek Lim sungguh terharu. Walaupun

Page 5: ESEI KEMERDEKAAN

selama ini dia melayan Fara dengan kasar namun Fara tetap menjaganya dengan

baik.

(3)

“Fara nenek minta maaf.” Ujar Nenek Lim. Fara terperanjat dengan kata-kata

yang diucapkan oleh Nenek Lim. Fara memeluk Nenek Lim dengan erat. “Nenek

kenapa nenek bencikan saya?” Tanya Fara. “Fara sebenarnya dari dahulu nenek

telah diasuh supaya bersikap perkauman. Tetapi sejak nenek kenal kamu nenek

sedar sikap ini tidak patut diamalkan.” Jelas Nenek Lim. “Syukurlah nenek telah

sedar. Nenek bolehkah nenek menjadi nenek saya?” “Eh, tapi kitakan berbeza.......”

“Nenek walaupun kita berbeza warna kulit, kaum dan agama tapi kita adalah Satu

Malaysia!”

Jumlah Perkataan : 794 patah perkataan

Page 6: ESEI KEMERDEKAAN

(4)

ACIK POH

Hari berlalu dengan begitu cepat sekali, kini aku telah bergelar doktor yang

termashyur di Malaysia. Tidak akanku lupakan jasa baik Acik Poh. Tanpa bantuan

dia siapalah agaknya aku sekarang ini. Tetapi siapa Acik Poh?

Acik Poh seorang jiranku yang berbangsa Cina dan beragama Buddha. Dia

seorang yang sangat baik hati. Dia selalu menolongku sewaktu aku berada dalam

kesusahan. Sewaktu dia mula-mula berpindah dahulu aku amat bencikan dia

mungkin disebabkan oleh agama kami yang berbeza. Aku seorang anak yatim piatu.

Ibuku telah meninggal dunia ketika aku berumur 10 tahun. Bapaku pula meninggal

dunia sewaktu aku berusia 12 tahun kerana kemalangan jalan raya. Kini aku tinggal

di rumah peninggalan arwah. Dalam aku bencikan Acik Poh ini tiba-tiba ada satu

peristiwa yang telah membuatkan perasaan benciku pada dia hilang.

Jarum jam tepat menunjukkan pukul 2:00 petang. Waktu itu jugalah tamat

waktu persekolahan bagi murid sekolah menengah. Aku terasa berat hati untuk

pulang ke rumahku. Jadi, aku mengambil keputusan untuk pergi ke pasar raya yang

terletak berdekatan dengan kawasan perumahanku. Ketika dalam perjalanan menuju

Page 7: ESEI KEMERDEKAAN

ke pasar raya, tiba-tiba sebuah kereta melanggarku. Aku berlumuran darah akibat

dilanggar oleh pemandu tersebut. Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu

(1)

mengerumuni aku. Kebetulan pula Acik Poh ada di tempat kejadian. Dia

mengenaliku.

Dia amat terkejut setelah melihat aku yang berlumuran darah. Dia terus

menelefon ambulans. Selepas melihat aku yang cedera parah. Ketika dalam

perjalanan, dia mengiringiku. Ketika aku ditahan di wad, dia jugalah yang menjagaku.

Aku amat tersentuh dengan keperihatinan dia. Aku amat berterima kasih

terhadapnya. Bukan itu sahaja selepas aku keluar dari hospital dan telah sihat dia

menghantarku ke pusat tuisyen yang berdekatan, memandangkan aku salah

seorang calon SPM. Dia bertungkus lumus untuk membantuku dan membuatku

berjaya.

Setelah beberapa bulan belajar kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh

semua calon SPM. Aku telah dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan

mudah. Acik Poh begitu ambil berat ia sentiasa bertanya tentang soalan yang keluar

sama ada dapat dijawab atau tidak. Selama menunggu nkeputusan SPMku keluar

aku menolong Acik Poh menjahit baju yang telah ditempah oleh rakan-rakannya. Kini

keluarlah keputusan peperiksaan SPMku. Aku telah mendapat keputusan yang

cemerlang. Aku juga telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke India dalam jurusan

perubatan. Aku amat berterima kasih kepada Acik Poh yang selama ini menjaga

Page 8: ESEI KEMERDEKAAN

keperluanku seperti seorang ibu. Terima kasih Acik Poh walaupun kita berbeza tetapi

kita tetap bersatu.

Jumlah perkataan : 392 patah perkataan (2)

SATU MALAYSIA

“Meng, mari kejap Meng!”

“Ya abah, apa itu?”

“Surat untuk Meng rasanya, ayah tak tahu baca ini, semuanya dalam bahasa

Melayu.”

“Mari saya tolong bacakan....” Satu demi satu ayat dibaca oleh Khin Meng

dengan teliti. Dia berasa terkejut. Berulang kali dibacanya. Berkali-kali dia

memejamkan matanya, takut kalau-kalau pandangannya tersilap.

“Abah kerajaan sudah meluluskan permohonan biasiswa Meng!” Berita ini

amat dinanti-nantikan oleh Khin Meng. Bapanya hanya seorang penoreh getah. Dia

terpaksa membiayai kos kehidupan untuk tiga orang anak. Sebagai anak sulung,

Khin Meng sentiasa mencari ikhtiar untuk mengurangkan kesusahan keluarganya.

Demi meringankan beban ayahnya, Khin Meng menaburkan segala usaha demi

mencapai kejayaan dalam PMR supaya dia layak untuk memperolehi biasiswa.

Usahanya terbalas apabila terlihat akan deretan A pada slip keputusan peperiksaan

yang diterimanya.Kini, surat ini telah merealisasikan impiannya,

Page 9: ESEI KEMERDEKAAN

Namun, pancaran seri wajahnya kian beransur hilang. Keningnya berkerut,

termenung seketika apabila terbaca akan salah satu syarat yang dinyatakan dalam

(1)

surat tersebut.

Biasiswa ini hanya berkesan sekiranya permohonan bersekolah di Maktab

Rendah Sains Mara (MRSM). Bagi Khin Meng yang berasal daripada Sekolah

Rendah Jenis kebangsaan (Cina), agak canggung untuk bergaul dengan kawan

yang berlainan bangsa, apatah lagi MRSM yang kebanyakannya pelajar Melayu dan

India. Khin Meng mengeluh sambil berdiam diri. Dia tidak ingin melepaskan tawaran

ini begitu sahaja kerana hal ini bukan sahaja merupakan peluang keemasan untuk

melanjutkan pelajaran tetapi juga dikatakan sebagai orang mengantuk disorongkan

bantal. Menatap wajah ayahnya gembira sebaik mendapat tahu tentang biasiswanya,

Khin Meng bertekad untuk meneruskan pelajarannya di MRSM.

Dua bulan sudah berlalu. Nampaknya, Khin Meng sudah dapat menyesuaikan

diri dengan sistem pembelajaran di MRSM biarpun jadual hariannya padat. Namun

dia masih belum dapat menembusi tembok halangan untuk bergaul dengan rakan-

rakan daripada bangsa lain. Dia diibaratkan orang asing di dalam kelasnya bukan

kerana dipinggirkan oleh murid lain tetapi dirinya yang memagarkan diri sendiri. Dia

seolah-olah memenjarakan diri di dalam ruang biliknya yang tersendiri. Terasing,

terpinggir, sunyi menyendiri.

Page 10: ESEI KEMERDEKAAN

“Jomlah Meng! Jom kita main bola sepak petang ni,” ajak Khairul, teman

(2)

seasramanya. “Kita ni kurang satu lagi pemain lagi, Ramulu yang duduk sebelah

awak pun sudah ikut serta , lagi pun jurulatih bersetuju hendak menunjukkan

autograf selebriti bola sepak yang sempat dikumpul olehnya, wah, pasti seronok!”

“Tak apa kamu............enjoy.” Penolakan Khin Meng yang dingin benar-benar

mengecewakan Khairul, namun dia tidak berputus asa untuk mengajak Meng keluar.

“Awak kaki bangku ke? Tak suka akan bola sepak tak apa, mungkin awak boleh

datang ke rumah saya Sabtu ini, nanti awak cubalah pulut dan rendang ayam cap

mama aku,” dengan penuh semangat. Khairul yakin bahawa dia akan berjaya

membuka pintu hati Meng yang sudah sekian lama terkunci.

“ Saya.....”

“ Macamana ?”

“ ..............sibuk, minta maaf! “ Ujar Meng.

“ Tak mengapalah, saya keluar dululah ya. Jangan lupa tolong angkat baju

yang masih tersidai di ampaian tu, terima kasih.”

Hati Khin Meng tenggelam, Dia bukannya kaki bangku sebaliknya dalam

diam-diam, dia peminat besar Ronaldo dan Beckham! Tetapi, ah dia seperti kurang

Page 11: ESEI KEMERDEKAAN

yakin nampaknya!. Dia risau kawan-kawan lain tidak mahu lagi menerimanya kerana

perbezaan dalam kaum. Lagi pun dia tidak petah berbahasa melayu. Dia takut

(3)

terlanjur kata dan barangkali menambahkan perselisihan faham. Sebenarnya dia

amat berminat untuk mencuba masakan orang Melayu biar pun kurang tahu akan

adat masyarakat Melayu. Khin Meng takut memalukan dirinya di hadapan ibu bapa

Khairul. Seminggu lagi ujian pertengahan tahun akan bermula. Keadaan di dalam

kelas begitu tegang.

“Amin, ada! Susie, ada! Khin Meng.........Khin meng?”

“Dia cuti cikgu!” ungkap Ramulu dengan dengan sejuta pertanyaan. Sudah

hampir dua hari Khin Meng tidak kembali ke sekolah. Hal ini amat merisaukan

Ramulu.

“Tak tau apa yang terjadi kepada Khin meng. Tak munasabah dia malas datang ke

sekolah. Kalau dia masih tak balik-balik lagi, dia mungkin boleh digantung

sekolah.....”Kata Ramulu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Yasmin terus

mencelah,” usah peduli akan dirinya. Tak pernah pun dia bertegur sapa. Sombong

betul sikapnya itu!” Setahu saya, dia bukannya sombong. Ada udang di sebalik batu.

Mungkin dia pemalu orangnya? Kalau benar, itu bukan salah dirinya. Saya rasa kita

perlu mengenal pasti keadaan Khin Meng.” Ramulu dan Yasmin mengangguk-

anggukkan kepala tanda setuju akan cadangan khairul.

Setelah dijalankan pemantauan, mereka mendapati bahawa ayah Khin Meng

telah dimasukkan ke dalam wad. Selama dua hari, Khin meng bukan sahaja menjaga

Page 12: ESEI KEMERDEKAAN

ayahnya di hospital tetapi dia terpaksa juga mengasuh dua orang adiknya yang

masih kecil.

(4)

Ayah khin Meng tiba-tiba pengsan semasa menoreh getah pada suatu pagi.

Barulah didapati bahawa dia menghidapi penyakit anemia teruk yang hanya boleh

dirawat melalui kaedah rawatan pemindahan darah. Namun, kumpulan darahnya,

iaitu jenis O hanya boleh menerima kumpulan darah O sahaja apatah lagi jenis darah

ini sukar didapati. Selagi ayah Khin Meng tidak menjalani pemindahan darah,

barangkali maut akan menantinya.

Berita ini turut memberikan tamparan yang hebat kepada Khairul dan Ramulu.

Mereka seolah-olah dapat merasakan denyut nadi kesukaran yang sedang dialami

oleh Khin Meng. Mereka mula berasa susah hati, terutamanya Yasmin.

“Tak boleh......kita tak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan hal ini berlaku

sahaja!” Luah suara hati Khairul. Penuh simpati dan empati.

“Jadi, apa boleh kita buat? Kita bukannya doktor ataupun pakar perubatan.......”

balas Yasmin dalam nada yang serba salah semacam dilanda seribu persoalan.

“Saya ada idea!” ucap Ramulu spontan tetapi menyakinkan.

“Idea? Ilham apa, Ramulu?” soal Yasmin.

“Kempen! Kempen membantu Khin Meng!”

Page 13: ESEI KEMERDEKAAN

Maka mulai hari itu, mereka telah menjalankan kempen. Kempen bersama

(5)

dengan guru-guru dan rakan-rakan sekolah, yakni meminta masyarakat untuk

menjalankan ujian darah agar jenis darah untuk ayah Khin Meng ditemukan. Jiwa

Khin Meng tersentuh. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dia cuba berusaha menahan

rembesan air mata itu daripada menitis membasahi pipinya. Dia sekadar mampu

menahan sebak didada dan menampakkan sketsa keharuan, dan kesyukuran

kepada Khairul, Ramulu dan Yasmin. Dia terus memeluk ketiga-tiga orang sahabat

itu. Sahabat yang pada mulanya dicurigainya. Sahabat yang pada mulanya

disempadaninya. Kali ini tidak lagi begitu. Merekalah sahabat yang amat memahami.

Merekalah sahabat yang amat peka dan perihatin.

Berkat usaha murni Khairul, Ramulu dan Yasmin, kempen itu mendapat

sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat tidak kira

Melayu, Cina atau India. Nasib baik Tuhan mengurniakan rahmat kepada ayah Khin

Meng. Dengan izin-Nya, ayah Khairul mempunyai jenis darah yang serasi. Syukur

kepada Tuhan. Syukur kepada-Nya. Akhirnya ayah Khin Meng berjaya diselamatkan

daripada gerbang maut anemia.

Khin Meng kembali ke sekolah. Dia berdiri di hadapan khalayak pada pagi

yang bening itu. Dia ingin menyampaikan kesyukurannya kepada setiap warga

sekolah dan masyarakat setempat.

Page 14: ESEI KEMERDEKAAN

(6)

“Terima kasih! Terima kasih kepada semua atas jasa baik, keperihatinan dan

perhatian kepada ayah saya. Tanpa sahabat-sahabat dan guru-guru, mungkin saya

akan kehilangan seseorang yang terpenting dalam kehidupan saya. Pada

kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada kawan sekelas saya,

terutamanya Khairul, Ramulu dan Yasmin......secara jujur, selama ini, saya tidak

berani untuk menghulurkan persahabatan dek perbezaan. Saya takut akan

diketepikan. Oleh itu, saya memilih untuk berdikari dan bersendirian. Sekarang, saya

faham benar pilihan saya itu salah. Biarpun kita berbeza warna kulit, agama dan

kepercayaan namun kita lahir sebagai bangsa malaysia yang satu. Bangsa Malaysia

yang jitu. Kita satu warga, satu nusa, Satu Malaysia!”

Jumlah perkataan : 1153 patah perkataan

(7)