Esei ilmiah fpk 1
-
Upload
abu-hanafi-abu-samah -
Category
Documents
-
view
487 -
download
0
Transcript of Esei ilmiah fpk 1
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
1/35
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
2/35
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN 3
KONSEP DAN PENGERTIAN 4 - 12
- FALSAFAH- PENDIDIKAN- KEBANGSAAN- FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN- KURIKULUM KEBANGSAAN
-KBSR
-KSSR
- SUKATAN PELAJARAN- HURAIAN SUKATAN PELAJARAN- RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN-
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 12 - 14
DENGAN SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
- MATLAMAT
- OBJEKTIF
ORGANISASI KANDUNGAN 15 -18
- KEMAHIRAN BAHASA
- HASIL PEMBELAJARAN
- SISTEM BAHASA
- PENGGABUNGJALINAN
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
3/35
3
- PENYERAPAN
PENGISIAN KURIKULUM 21 - 26
- ILMU PENGETAHUAN
-NILAI MURNI
-KEWARGANEGARAAN
-PERATURAN SOSIO-BUDAYA
-KEMAHIRAN BERFIKIR
-KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
PETA MINDA 27
JANGKAAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN KEPADA 28 - 29
MURID
PENTERJEMAHAN KOMPONEN OLEH GURU MATA 30 -32
PELAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENUTUP 32
BIBLIOGRAFI 33 - 34
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
4/35
4
PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Setiap negara mempunyai falsafah pendidikan yang berbeza dengan negara-negara yang lain.
Sistem pendidikan di Malaysia digubal berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, prinsip
Rukunegara dan sebagainya. Falsafah pendidikan adalah hala tuju dan panduan bagi sistem
pendidikan sesebuah negara. Penetapan falsafah pendidikan adalah penting dalam sistem
pendidikan agar perancangan dan pelaksanaan dapat dilaksanakan secara sistematik dan
bertujuan. Segala perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan dasar-dasar, penentuan
isi kandungan kurikulum, aspek pelaksanaan kurikulum dan sebagainya berfokus dan
menuju ke arah yang sama.
Kajian tentang sistem pendidikan kebangsaan selepas merdeka ditubuhkan pada September
1974. Rentetan dari laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa, maka Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. Namun, Falsafah Pendidikan negara
masih tidak dinyatakan secara tersurat. Pada tahun 1987, Falsafah Pendidikan negara secara
bertulis telah digubal .Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula mengambil tempat Falsafah
Pendidikan Negara setelah dimurnikan pada tahun 1996. Falsafah Pendidikan Kebangsaanmenggambarkan hasrat negara yang perlu direalisasikan dalam sistem pendidikan yang
merupakan satu proses yang berterusan.
Sistem pendidikan Malaysia mempertanggungjawabkan golongan guru untuk merealisasikan
hasrat dan aspirasi negara yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Proses
pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu komponen penting untuk menterjemahkan
hasrat dan aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, Kurikulum Bersepadu
Bahasa Melayu telah digubal. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu disediakan untuk membantu guru Bahasa Melayun melaksanakan pengajaran.
Rancangan Pelajaran Tahunan pula disediakan oleh guru mengikut bulan dan minggu
berpandukan kedua-dua dokumen tersebut untuk memudahkan guru merancang aktiviti,
memilih strategi, kaedah , teknik dan bahan pengajaran dan ditulis dalam Rancangan
Pelajaran Harian sebelum pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Semua
dokumen ini perlu untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan, seterusnya, memastikan
kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terlaksana.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
5/35
5
KONSEP DAN PENGERTIAN
FALSAFAH
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan falsafah sebagai pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau dasar kepada ilmu-ilmu lain. Dalam
Islam, falsafah ditafsirkan sebagai penaakulan bijaksana untuk mencari kebenaran dan
kebenaran itu perlulah diamalkan. Falsafah Islam berteraskan kepada ketetapan Allah s.w.t.
Menurut sejarah, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunani ( Greek) iaitu philo
dan sophia. Philo bermaksud mencintai dan kebijaksanaan, kearifan dan kehikmahan adalah
makna perkataan Sophia. Ini menunjukkan manusia memerlukan kebijaksanaan iaitu falsafah
untuk mencari kebenaran dalam kehidupan.
Definisi falsafah diperkembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam seperti
Plato, Aristotle, Socrates, AlGhazali, Al-Farabi, Al-Khindi dan banyak lagi. Terdapat empat
cabang ilmu dalam falsafah iaitu metafizik, epistomologi, aksiologi dan logik. Cabang
falsafah metafizik bermaksud pemikiran tentang kewujudan sesuatu iaitu membincangkan
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan alam, jiwa , roh dan kehidupan. Perkara-
perkara ini tidak dapat dijawab atau diselesaikan secara saintifik. Epistemologi adalah
falsafah yang membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan seperti ilmu wahyu, ilmu
empirikal, ilmu intuitif, ilmu autoritif dan ilmu rasional. Proses permerolehan ilmu
pengetahuan dibahaskan secara terperinci untuk mendapatkan kesahihannya. Cabang
aksiologi pula fokus kepada nilai yang terdiri daripada nilai etika dan nilai estetika. Nilai
etika berkaitan dengan persoalan tentang nilai moral dan peraturan ingkah laku yang betul.
Tujuannya untuk memastikan manusia bertanggungjawab sebagai individu, ahli keluarga,
ahli masyarakat, rakyat sesebuah negara dan hamba kepada tuhannya. Nilai estetika memberi
pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual. Ia berkaitan dengan keindahan
dan kesenian. Cabang falsafah terakhir adalah logik. Logik berkaitan dengan penaakulan
manusia. Penaakulan boleh dilakukan secara logik induktif dan logik deduktif. Logik induktif
merupakan generalisasi yang dibuat oleh individu berdasarkan beberapa contoh atau kejadian
khusus. Manakala logik deduktif adalah generalisasi yang digunakan dalam sesuatu perkara
atau situasi khusus.
Kesimpulannya falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,
rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian saintifik, sistematik, logikal dengan
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
6/35
6
menggunakan kebijaksanaan serta diterima umum. Falsafah menjadi teras kepada sistem
pendidikan kerana ia adalah hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan.
PENDIDIKAN
Pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiap individu dan berubah mengikut
peredaran zaman, tujuan, dan tugasnya. Mengikut Sharifah Alawiah Alsagoff, dalam bukunya
yang bertajuk Falsafah Pendidikan, pendidikan dihuraikan sebagai suatu proses atau aktiviti
berikut :
Pendidikan sebagai proses persekolah formal. Pendidikan sebagai proses latihan. Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan emosi seseorang
individu.
Pendidikan sebagai proses indoktrinisi dengan tujuan agar prlajar akan mempercayaiapa yang disampaikan.
Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup. Pendidikan sebagai aktiviti bersepadu unntuk mencapai matlamat seperti
memperolehi kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.
Pendidikan sebagai suatu disiplin, seni dan sains.Menurut Yusof al-Qardawi (1980), pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuk
akal, hati,rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku. Russel (1946), ia bertujuan untuk
menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan
kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai
medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman
utama iaitu teologi dan sains.
Dalam falsafah pendidikan sesebuah negara terkandung pendidikan yang digunakan, ciri
yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan yang akan digunakan, ciri yang hendak dibentuk
dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem
pendidikan. Ini bermakna matlamat pendidikan adalah berdasarkan falsafah pendidikan yang
ditetapkan. Penetapan falsafah pendidikan penting dalam memastikan perancangan dan
pelaksanaan sistem pendidikan berlaku dengan sistematik dan bertujuan.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
7/35
7
KEBANGSAAN
Secara umumnya, kebangsaan diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan ditimbalbalikkan
dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk kepada
cabang falsafah ilmu iaitu metafizik, aksiologi, epistomologi dan logik. Kajian definisi dan
kelompok rujukan cabang ilmu ini menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah dokumen rasmi yang mencerminkan sistem
pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi pegangan pendidikan di
Malaysia. Ini menunjukkan bahawa semua perkara yang berkaitan dengan pendidikan
mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh sebab itu, guru-guru perlu
menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar setiap tindakan dalam melalui proses
pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul.
Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Intipati pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelektual, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
i) IntelekIntelek dikaitkan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki individu iaitu
keupayaan mental. Unsur intelek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memberikan tumpuan kepada daya fikir yang meliputi ciri-ciri :
Mempunyai kemahiran asas 3M (menulis, membaca dan mengira). Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu. Berfikir secara kritis dan kreatif. Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
8/35
8
ii) RohaniJiwa dan kalbu mempunyai perkaitan dengan rohani. Unsur rohani melibatkan
hubungan individu dengan Tuhan. Unsur rohani dikembangkan untuk membentuk
individu yang :
Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta. Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta. Memupuk dan membina disiplin kendiri. Membentuk akhlak mulia.
iii)EmosiEmosi adalah perasaan jiwa yang kuat. Pembangunan emosi penting kerana emosi
mempengaruhi tindakan dan tingkah laku. Emosi meliputi ciri-ciri :
Perasaan tenang dan tingkah laku terkawal. Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang. Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan. Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian.
iv) JasmaniJasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki individu. Unsur jasmani
memberikan tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat. Unsur ini
adalah bagi memastikan individu berkeupayaan seperti berikut :
Menjaga kesihatan Melakukan riadah Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif. Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat. Berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
Guru adalah individu yang bertanggungjawab merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan manakala Kementerian Pelajaran Malaysia merancang beberapa strategi dan
memberi sokongan untuk guru melaksanakan strategi tersebut. Strategi ini merangkumi
pembangunan insan, pembangunan sumber pendidikan serta penyelidikan dan pembangunan.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
9/35
9
Guru perlu fokus kepada pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran
sekolah.
KURIKULUM KEBANGSAAN
Kurikulum kebangsaan iaitu suatu program pendidikan kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan ( Warta kerajaan, 31 Disember 1997).
Kurikulum Kebangsaan merangkumi kurikulum bagi Prasekolah, KBSR, KBSM, IPT dan
Pendidikan Khas. Kurikulum sekolah rendah terbahagi kepada dua komponen iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
i) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR)KBSR mula dilaksanakan pada tahun 1982 secara terhad di 305 buah sekolah selepas
kandungan dan strategi pelaksanaan dirancang. Pelaksanaan sepenuhnya dilakukan secara
berperingkat. KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca menulis dan
mengira. Kemahiran ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menyatakan pendidikan adalah suatu proses yang berterusan. Ini bermakna pendidikan
awal adalah penting untuk membentuk asas pengetahuan yang akan terus berkembang
hingga ke akhir hayat nanti. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni dan patriotisme amat
dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan ini perlu untuk
melahirkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diperuntukkan dua masa
dalam seminggu agar murid yang sihat dari segi fizikal dan mental dapat dilahirkan. Di
samping itu,KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan. Kemahiran
berfikir ini membolehkan murid meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Ini
berkait rapat dengan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin melahirkan
warganegara yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
ii) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)KSSR diperkenalkan pada tahun 2011 bagi mengisi transformasi yang dilakukan olehKementeri Pelajaran Malaysia.Kurikulum ini dibentuk untuk mencorak dan membentuk
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
10/35
10
generasi yang memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin negara
menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Generasinya maju
dari segi material , tinggi akal budi dan kukuh jati dirinya. Pentaksiran dalam Kurikulum
KSSR tidak lagi bergantung kepada peperiksaan berpusat semata-mata.Pentaksiran
dilaksanakan secara holistik dan total. Penilaian dibuat menerusi cerapan di peringkat
sekolah selain untuk mengukur dengan lebih tepat dan mengenalpasti pencapaian sebenar
murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Terdapat 6 tunjang utama dalam
KSSR dan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum ( standard kandungan dan
standard pembelajaran ). Dokumen ini menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian
sukatan pelajaran. KSSR memberi fokus kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira
dan menaakul. Pendekatan didik hibur diperkenalkan untuk menimbulkan keseronokan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid aktif dan terdorong menghayati
nili-nilai murni.
Kurikulum kebangsaan merangkumi pelbagai mata pelajaran yang mempunyai cuntuk ciri-
ciri khusus. Setiap mata pelajaran memberi penekanan yang berbeza dari segi perkembangan
individu.
Mata pelajaran Aspek penekanan
Bahasa, Sains , dan Matematik - Perolehan pengetahuan, kemahiran dan
Komunikasi
Sejarah, Geografi, Kajian Tempatan - Kepercayaan kepada tuhan, perolehan
Pengetahuan dan amalan nilai murni
Pendidikan Agama Islam, - Pengetahuan dan kemahiran tentang aspek
Pendidikan Moral sejarah, alam sekitar dan budaya, pemupukan
semangat berbangga dan cinta akan Negara
Muzik, Pendidikan Seni Visual, - Kesihatan badan dan mental, penghayatan
Pendidikan Jasmani keindahan alam sekitar , perkembangan bakat
Kemahiran Hidup, Reka Cipta - Perkembangan kemahiran manipulatif dan
Mata pelajaran Vokasional dan vokasional.
Pihak pengurusan sekolah perlu memberi perhatian kepada mata pelajaran yang ditawarkan
kepada murid di sekolah. Kerjasama guru dengan pihak pengurusan sekolah dan guru mata
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
11/35
11
pelajaran lain amat perlu untuk mewujudkan keadaan yang kondusif bagi perkembangan
semua aspek potensi.
SUKATAN PELAJARAN
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu adalah dokumen yang menjadi panduan guru bagi
melaksanakan pengajarannya, Dokumen ini mengandungi beberapa aspek yang berkaitan
dengan isi kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai.
Aspek ini merangkumi matlamat dan objektif pengajaran Bahasa Melayu , pengisian
kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan kemahiran bernilai tambah. Ia bertujuan
untuk memastikan pengajaran Bahasa Melayu adalah seragam, terkawal dan bersistem di
semua sekolah.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memuatkan senarai kemahiran asas
berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid tahun I hingga tahun 6. Kemahiran-
kemahiran asas berbahasa ini adalah kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca
dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu,
(Abdullah Hassn, 1996).
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) merupakan dokumen yang
memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni Falsafah
Pendidikan Kebangsaan . HSPBM berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran
dan pembelajaran. HSPBM sekolah rendah disediakan bagi setiap tahun pembelajaran iaitu
tahun 1 hingga tahun 6. HSPBM mengandungi matlamat, objektif, organisasi, organisasi
kurikulum, penerangan tentang huraian sukatan pelajaran, strategi pengajaran dan
pembelajaran.
HSPBM memperjelaskan tentang hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid melalui
pendekatan masteri. Hasil pembelajaran dinyatakan mengikut tahap kesukaran isi kandungan
dan tahap keupayaan murid secara eksplisit. Terdapat tiga aras dalam hasil pembelajaran iaitu
aras asas ( aras 1), aras sederhana (aras 2) dan aras cemerlang (aras 3). Hasil pembelajaran ini
meliputi kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran
membaca dan kemahiran menulis.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
12/35
12
HSPBM mampu membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran yang berkesan
kerana di dalamnya terkandung strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pelbagai aktiviti dan penggunan sumber. Guru amat diharapkan dapat menggunakan kreativiti
untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut aras kebolehan murid. Ini
bermakna guru tidak terikat dengan cadangan yang diberi dalam HSPBM.
Elemen kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran secara konstektual dan pembelajaran secara konstruktivisme, nilai
murni , semangat patriotik dan kewarganegaraan juga terangkum dalam HSPBM. Elemen ini
dimasukkan untuk memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam
kehidupan harian dan alam pekerjaan.
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan merupakan dokumen yang dirancang berpandukan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Perancangan ini berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran dalam setahun yang dipecahkan mengikut minggu. Perkara yang terkandung
dalam dokumen ini adalah unit, tema, tajuk, tarikh, minggu, kemahiran yang terbahagi
kepada fokus utama dan fokus sampingan, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Rancangan Pengajaran Harian adalah dokumen yang digunakan oleh guru sebagai panduan
untuk melaksanakan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
pada setiap hari. Dokumen ini dirancang berpandukan Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan pelajaran yang termaktub dalam Kurikulum Kebangsaan. Dokumen ini merupakan
pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi
elemen seperti nama kelas yang diajar, mata pelajaran,tarikh, masa, unit, tema, tajuk,
pengetahuan sedia ada, objektif, hasil pembelajaran, sistem bahasa, pengisian kurikulum,
bahan bantu mengajar, kemahiran bernilai tambah, penggabungjalinan, penerapan nilai,
penyerapan, langkah pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi, permulaan,
perkembangan dan penutup.
Rancangan Pengajaran Harian perlu dirancang dengan baik kerana aktiviti pengajaran dan
pembelajaran tersebut adalah alat untuk menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Unit, tema, tajuk yang dipilih mestilah mempunyai objektif dan hasil pembelajaran
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
13/35
13
mempunyai domain kognitif, psikomotor dan afektif kerana matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang.
PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN DAN
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU.
Falsafah pendidikan Kebangsaan merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem
pendidikan negara. Golongan pendidik perlu berpegang kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ketika menggalas tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan
negara tercapai. Perkara ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para
pendidik bagi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.
MATLAMAT
Matlamat Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) yang diajar
kepada murid-murid ialah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan
berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan
urusan harian. Matlamat ini bersesuaian dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang digubal oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia mempunyai objektif-objektif yang menjurus kepada isi kandungan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Menurut Sukatan Pelajaran ini, pada akhir pengajaran dan
pembelajaran murid diharapkan dapat :
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapandalam konteksperbualan harian dan situasi formal.
ii. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagaisituasi.
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapaipersetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
14/35
14
iv. Membaca pelbagai bahan satera dan bukan satera dengan menggunakan teknikmembaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses
maklumat secara kritis.
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan kea rah membina budaya pembelajranberterusan.
vi. Memperkembangkan imginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilaimurni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
vii.Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsurpengetahuan dengan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan
betul.
viii. Menggunakan bahasa baku meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta sebutandan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur , membaca dan
menulis.
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan bukansastera.
x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dankewarganegaraan.
Berpandukan objektif-objektif di atas, dapat dilihat dengan jelas hubungkaitnya denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlat untuk memperkembangkan potensi individu
dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri dan menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara. Objektif i, ii. iii, iv, v, vi, vii dan viii menjurus kepada
unsur intelek yang memberi tumpuan kepada daya berfikir meliputi ciri-ciri mempunyai
kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), berfikir secara kritis dan kreatif,
mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu dan memanfaatkan ilmu untuk diri dan
orang lain. Unsur rohani pula berkait dengan objektif i, ii, iii dan v iaitu menyedari dan
menginsafi tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak
mulia. Perasaan tenang dan tingkah laku terkawal, memiliki dan memupuk perasaan kasih
sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dan menghargai serta menilai keindahan
kesenian adalah unsur emosi yang diterjemahkan dalam objektif iii, ix dan x. Unsur jasmani
iaitu mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif memanfaatkan tenaga
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
15/35
15
fizikal untuk berdikari dan berusaha meningkatkan daya pengeluaran dilihat jelas dalam
objektif vi, vii dan viii.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal berteraskan kemahiran mendengar dan
bertutur (lisan), kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang terkandung dalam hasil
pembelajaran. Hasil pembelajaran menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan
disokong oleh elemen pengisian kurikulum.
KEMAHIRAN BAHASA
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran bahasa juga merupakan teras penguasaan bahasa baku.
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta
dapat memberikan maklum balas.
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secar lisan untuk menjalin
hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan
yang menggunakan tatabahasa yang betul.
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi,
jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai
teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.
HASIL PEMBELAJARAN
Hasil pembelajaran adalah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa.
Pernyataan hasil pembelajaran menunjukkan dengan jelas tentang set kemahiran yang perlu
dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah,
sumber dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Penggabungjalinan kemahiran
bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum membolehkan hasil pembelajaran tercapai.
Hasil pembelajaran juga membantu guru membuat pengukuran dan penilaian.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
16/35
16
Kemahiran yang terkandung dalam hasil pembelajaran Bahasa Melayu dibahagikan kepada :
Kemahiran mendengar dan bertutur - Kemahiran ini melibatkan aktiviti lisan seperti
berbual, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat dan perbincangan.Terdapat empat
kemahiran yang dihuraikan dan diperincikan kepada 3 aras iaitu aras asas, sederhana dan
cemerlang. (Kemahiran 1.0 (1.1,1.2.13.14.1.5,1.6), 2.0(2.1, 2.2), 3.0( 3.1, 3.2, 3.3), 4.0(
4.1.4.2.4.3.4.4)
Kemahiran membaca - Kemahiran ini melibatkan aktiviti membaca, membaca dan
memahami maklumat, membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca.
Terdapat tiga kemahiran yang dihuraikan dan diperincikan kepada 3 aras iaitu aras asas,
sederhana dan cemerlang iaitu kemahiran 5.0(5.1, 5.2, ), 6.0( 6.1,6.2,6.3,6.4,6.5,6.6), 7.0(
7.1,7.2,7.3)
Kemahiran menulis - Kemahiran ini melibatkan aktiviti menulis menggunakan
pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat,menghasilkan penulisan
kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan. Terdapat tiga kemahiran dihuraikan dan
diperincikan kepada 3 aras iaitu aras asas, sederhana dan cemerlang iaitu kemahiran 8.0 ( 8.1,
8.2, 8.3,8.4,8.5,8.6), 9.0 (9.1, 9.2, 9.3), 10.0( 10.1, 10.2, 10.3) , 11.0(11.1, 11.2, 1.3, 11.4)
Contoh Hasil Pembelajaran yang dipilih :
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5
Tema : Keluarga Harmoni
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Mendengar dan Bertutur
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidakformal
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian denganmenggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam
perbualan.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
17/35
17
Membaca
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
Menulis
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
SISTEM BAHASA
Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada bahasa
Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata, sebutan dan intonasi
dan peribahasa. Terdapat beberapa elemen dalam lima aspek sistem bahasa iaitu:
Tatabahasa * Morfologi
* Sintaksis
Kosa kata * Umum
* Istilah
Sebutan * Bahasa Melayu baku
Intonasi * Jenis ayat
* Susunan ayat
* Ragam ayat
Sistem ejaan * Pola keselarasan vokal
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
18/35
18
* Ejaan kata pinjaman
* Ejaan kata dasar dan kata pinjaman
Peribahasa * Bahasa kiasan
* Simpulan bahasa
* Perumpamaan
* Pepatah
* Perbilangan
Contoh Sistem bahasa dalam proses pengaran dan pembelajaran:
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5
Tema : Keluarga Harmoni
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Hasil pembelajaran:
1.1 Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Aktiviti :
Langkah 1: Murid menyatakan salasilah keluarga masing-masing keakraban hubungan yang
terjalin di antara saudara mara yang rapat dengan mereka.
Langkah 2: Murid menyatakan panggilan yang terdapat dalam keluarga asas dan keluarga
kembangan. Contoh ; Pak Ngah, Mak Long, Pak Usu.
Langkah 3: Secara berkumpulan, murid melakonkan dialog yang diberikan dengan intonasi
yang betul.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
19/35
19
Langkah 4: Murid menyenaraikan kata panggilan yang terdapat dalam dialog dan menulis
ayat menggunakan kata panggilan yang terdapat dalam dialog. ( Sintaksis :
Binaan ayat)
Langkah 5: Murid membina rajah pohon keluarga masing-masing berdasarkan contoh rajah
pohon keluarga.
Penutup : Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.
PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan adalah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
penguasaan beberapa kemahiran yang berlaku secara serentak. Bidang yang berkait rapat
atau pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan.
Penggabungjalin menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuhkan dan bahan
pengajaran saling melengkapi. Pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan
akan terhasil.Terdapat 3 bentuk-bentuk penggabungjalinan iaitu:
i) Penggabungjalinan kemahiran Kemahiran berbahasa dalam satu mata pelajaran yang melibatkan
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan
kemahiran menulis.
Kemahiran lebih daripada satu mata pelajaran yang melibatkan kemahiranmata pelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran mata pelajaran lain
seperti kemahiran Muzik, Kemahiran Seni, Kemahiran Bahasa.
ii) Penggabungjalinan aktiviti
Penggabungjalinan yang melibatkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih
mengikut kekeperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi aspek
lisan (mendengar dan bertutur), bacaan dan kefahaman dan tulisan. Antara
elemen dalam tiga aspek tersebut ialah :
Lisan - berbual, berbincang, bertemuramah, berbahas,
berceramah, bercerita, berlakon.
Bacaan dan Kefahaman - Memaham, mengesan isi penting meringkas,
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
20/35
20
membuat ayat, memberi makna, menghurai ungkapan.
Tulisan - Esei, laporan, ulasan, ucapan, arahan, iklan dan mencatat
isi.
Contoh : Berbincang mencatat isi
Bercerita - berbincang - menulis karangan
iii)Penggabungjalinan BahanPenggabungjalinan yang memfokuskan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan perlu untuk menentukan bahan yang dipilih sesuai
dengan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid. Terdapat tiga
kategori bahan iaitu :
*Bahan utama - Rencana, laporan, berita, ucapan, komentar, pengumuman,
ulasan, iklan.
*Bahan sokongan- Gambar, data, rajah, graf, carta.
*Bahan lisan - Ucapan, ulasan, komentar, laporan ,temubual , pengumuman .
Contoh penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Tahun 5
Tema : Keluarga Harmoni
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Hasil pembelajaran:
1.1 Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Aktiviti :
Langkah 1: Murid menyatakan salasilah keluarga masing-masing keakraban hubungan yang
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
21/35
21
terjalin di antara saudara mara yang rapat dengan mereka.( Kemahiran lisan)
Langkah 2: Murid menyatakan panggilan yang terdapat dalam keluarga asas dan keluarga
kembangan. Contoh ; Pak Ngah, Mak Long, Pak Usu.( Kemahiran lisan)
( Kemahiraan Kajian Tempatan , Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
Langkah 3: Secara berkumpulan, murid melakonkan dialog yang diberikan dengan intonasi
yang betul. ( Kemahiran lisan)
Langkah 4: Murid menyenaraikan kata panggilan yang terdapat dalam dialog dan menulis
ayat menggunakan kata panggilan yang terdapat dalam dialog. ( Kemahiran
membaca dan kemahiran menulis)
Langkah 5: Murid membina rajah pohon keluarga masing-masing berdasarkan contoh rajah
pohon keluarga. (Kemahiran Kajian Tempatan , Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan)
Penutup : Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.( Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral)
PENYERAPAN
Penyerapan merupakan proses menyatupadukan dan penyebatian pengetahuan atau unsur
pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan.
Terdapat lima unsur penyerapan iaitu :
i) Ilmu pengetahuanIsi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu dan tema yang
mencakupi hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. Penyerapan bahan atau isi
kandungan mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Pendidikan Seni dan sebagainya, pelbagai karya sastera, pengetahuan am dan hal
ehwal budaya., warisan dan kemasyarakatan.
Contoh:
Tema : Keluarga Harmoni
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
22/35
22
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Hasil pembelajaran:
1.1 Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Aktiviti :
Langkah 1: Murid menyatakan salasilah keluarga masing-masing keakraban hubungan yang
terjalin di antara saudara mara yang rapat dengan mereka. ( Kemahiraan
Kajian Tempatan , Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
Langkah 2: Murid menyatakan panggilan yang terdapat dalam keluarga asas dan
keluarga kembangan. Contoh ; Pak Ngah, Mak Long, Pak Usu. ( Kemahiraan
Kajian Tempatan , Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
Langkah 3: Secara berkumpulan, murid melakonkan dialog yang diberikan dengan intonasi
yang betul.
Langkah 4: Murid menyenaraikan kata panggilan yang terdapat dalam dialog dan menulis
ayat menggunakan kata panggilan yang terdapat dalam dialog
Langkah 5: Murid membina rajah pohon keluarga masing-masing berdasarkan contoh rajah
pohon keluarga. ( Kemahiran Kajian Tempatan , Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan)
Penutup : Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni. (Kemahiran Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral)
ii) Nilai murni adalah berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Murid menyerap ilmu secara semulajadi walaupun penyerapan dilakukan secara
sedar dan terancang. Nilai murni boleh diterapkan dengan pelbagai cara sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran sama ada melalui aktiviti individu,
berkumpulan, atau kelas. Penyerapan nilai dalam proses pengajaran dan
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
23/35
23
pembelajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia, berhemah
tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu sama lain .
Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia harus dipupuk sama
ada secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.
Nilai murni tersebut adalah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat
menghormati, kasih sayang. keadilan,kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal
dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran,
patriotism, rasional, dan semangat bermasyarakat.
Contoh:
Tema : Keluarga Harmoni
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Hasil pembelajaran:
1.1 Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Aktiviti :
Langkah 1: Murid menyatakan salasilah keluarga masing-masing keakraban hubungan yang
terjalin di antara saudara mara yang rapat dengan mereka. ( Kasih sayang)
Langkah 2: Murid menyatakan panggilan yang terdapat dalam keluarga asas dan
keluarga kembangan. Contoh ; Pak Ngah, Mak Long, Pak Usu. ( Berhemah
tinggi , hormat menghormati)
Langkah 3: Secara berkumpulan, murid melakonkan dialog yang diberikan dengan intonasi
yang betul. ( Kerjasama)
Langkah 4: Murid menyenaraikan kata panggilan yang terdapat dalam dialog dan menulis
ayat menggunakan kata panggilan yang terdapat dalam dialog
Langkah 5: Murid membina rajah pohon keluarga masing-masing berdasarkan contoh rajah
pohon keluarga.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
24/35
24
Penutup : Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.
iii)Kewarganegaraan adalah unsur patriotisme yang diserapkan dalam pengajaranBahasa Melayu.Penyerapan ini mengutamakan pemupukan semangat cinta dan
taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa
dan negara.
iv)Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunanbahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat . Peraturan
sosio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.
Contoh unsur kewarganegaraan dan peraturan sosio-budaya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran:
Tema : Keluarga Harmoni
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Hasil pembelajaran:
1.1 Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Aktiviti :
Langkah 1: Murid menyatakan salasilah keluarga masing-masing keakraban hubungan yang
terjalin di antara saudara mara yang rapat dengan mereka.
Langkah 2: Murid menyatakan panggilan yang terdapat dalam keluarga asas dan
keluarga kembangan. Contoh ; Pak Ngah, Mak Long, Pak Usu.
( Kewargenegaraan, Peraturan sosio-budaya)
Langkah 3: Secara berkumpulan, murid melakonkan dialog yang diberikan dengan intonasi
yang betul.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
25/35
25
Langkah 4: Murid menyenaraikan kata panggilan yang terdapat dalam dialog dan menulis
ayat menggunakan kata panggilan yang terdapat dalam dialog
Langkah 5: Murid membina rajah pohon keluarga masing-masing berdasarkan contoh rajah
pohon keluarga.
Penutup : Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.
v) Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) melibatkan kemahiran berfikir ( KB),kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan
pembelajaran konstektual.
Contoh penyerapan Kemahiran Bertambah Nilai dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu Tahun 5
Tema : Keluarga Harmoni
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Hasil pembelajaran:
1.1 Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Aktiviti :
Langkah 1: Murid menyatakan salasilah keluarga masing-masing keakraban hubungan yang
terjalin di antara saudara mara yang rapat dengan mereka.( Kemahiran Bernilai
Tambah :Kemahiran Konstektual, Kecerdasan Pelbagai : Kemahiran
Interpersonal)
Langkah 2: Murid menyatakan panggilan yang terdapat dalam keluarga asas dan keluarga
kembangan. Contoh ; Pak Ngah, Mak Long, Pak Usu. ( Kemahiraan Kajian
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
26/35
26
Tempatan , Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
Langkah 3: Secara berkumpulan, murid melakonkan dialog yang diberikan dengan intonasi
yang betul.
Langkah 4: Murid menyenaraikan kata panggilan yang terdapat dalam dialog dan menulis
ayat menggunakan kata panggilan yang terdapat dalam dialog
Langkah 5: Murid membina rajah pohon keluarga masing-masing berdasarkan contoh rajah
pohon keluarga. (Kemahiran Berfikir: Membuat Kaitan dan Perhubungan,
Kemahiran Kajian Tempatan , Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan)
Penutup : Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.( Kemahiran Berfikir:
Merumus, Kemahiran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral)
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
27/35
27
1. Proses pendidikan:
Menyeluruh, bersepadu,
seimbang JERIS
Tujuan pendidikan:
Intrinsik Instrumental
ii) PETA MINDA
Kurikulum
Kebangsaan
( Prasekolah
KBSR/KSSR
KBSM/KSSM
IPTPEND. KHAS
Kurikulum
Sekolah
Rasmi
+
Tersembunyi
Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah
Rendah
( Mengandungi FPK,
matlamat, objektif dan
skop mata pelajaran
BM )
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu
(Mengandungi FPK,matlamat,
objektif BM Tahun 1 6,
organisasi kandungan,
pengisian kurikulum,kemahiran, strategi P & P)
Rancangan Pelajaran
Tahunan B. Melayu Tahun
5
(mengandungi tarikh,tema ,tajuk , 4 kemahiran
& 3 aras, sistem bahasa,
pengisian kurikulum)
Rancangan Pelajaran Harian
B.Melayu Tahun 5
Tema: Keluarga Harmoni
Tajuk Rumahku Syurgaku
Hasil Pembelajaran Objektif Pengajaran (Domain Kognitif,
Afektif, Psikomotor)
Objektif Eksplisit
(Domain Kognitif, Afektif,
Psikomotor)
Objektif Domain Kognitif ( Bloom)
1.Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4.Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
FPK KURIKULUM PENGAJARAN
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
28/35
28
iii) JANGKAAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN KEPADA MURID
BERDASARKAN APLIKASI KOMPONEN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN,
NILAI-NILAI MURNI DAN EMK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.
Pembangunan modal insan murid adalah kemenjadian murid. Pembangunan modal insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan untuk melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara adalah aspirasi yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aspirasi ini perlu direalisasikan oleh pendidik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Jangkaan pembangunan modal insan ini boleh dibuat melalui penetapan objektif
pembelajaran. Objektif pembelajaran ini ditetapkan berdasarkan hasil pembelajaran yang
mengandungi huraian dalam tiga aras iaitu aras asas, aras sederhana dan aras cemerlang.
Kemahiran yang terkandung di dalam hasil pembelajaran perlu dikuasai bermula dengan aras
asas sebelum beralih ke aras sederhana dan aras cemerlang. Ini perlu untuk memastikan
murid mampu menguasai bidang ilmu pengetahuan yang dipelajari. Objektif pembelajaran ini
ditulis dengan mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor bagi membangunkan
modal insan yang seimbang dari aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan rohani.
Penilaian juga salah satu komponen yang perlu dalam jangkaan pembangunan modal insan.
Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna untuk menentukan
sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Penilaian ini
perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jangkaan pembangunan modal insan boleh dilihat melalui objektif kemahiran yang dipilih
daripada hasil pembelajaran untuk proses pengajaran dan pembelajaran saya .
Tema : Keluarga Harmoni
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Hasil pembelajaran:
1.1 Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
29/35
29
5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid diharapkan dapat:
Kognitif :
1. Menggunakan kata panggilan yang sesuai bagi ahli keluarga asas dan keluargakembangan mengikut situasi.
2. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmukdengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Menyenaraikan kata panggilan yang terdapat di dalam dialog.Psikomotor :
1. Menulis perkataan dan ayat pelbagai jenis ayat.2. Membina rajah pohon keluarga.
Afektif :
1. Memupuk sikap hormat menghormati sesama ahli keluarga asaa dan keluargakembangan.
2. Melahirkan dan menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap ahli keluarga.3. Memupuk semangat kerjasama semasa melakukan aktiviti perbincangan.
Aktiviti :
Langkah 1: Murid menyatakan salasilah keluarga masing-masing keakraban hubungan yang
terjalin di antara saudara mara yang rapat dengan mereka
Langkah 2: Murid menyatakan panggilan yang terdapat dalam keluarga asas dan keluarga
kembangan. Contoh ; Pak Ngah, Mak Long, Pak Usu.
Langkah 3: Secara berkumpulan, murid melakonkan dialog yang diberikan dengan intonasi
yang betul.
Langkah 4: Murid menyenaraikan kata panggilan yang terdapat dalam dialog dan menulis
ayat menggunakan kata panggilan yang terdapat dalam dialog
Langkah 5: Murid membina rajah pohon keluarga masing-masing berdasarkan contoh rajah
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
30/35
30
pohon keluarga.
Penutup : Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.
iv) CARA MENTERJEMAHKAN SEMUA KOMPONEN DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH GURU MATA PELAJARAN.
Penterjemahan semua komponen yang telah dibincangkan di atas adalah tanggungjawab
besar yang perlu digalas oleh saya sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebagai guru
mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 5, saya memilih tema Keluarga Harmoni dengan tajuk
Rumahku Syurgaku. Terdapat tiga kemahiran dalam hasil pembelajaran yang bagi tajuk ini
iaitu:
1.1 Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
PENGETAHUAN
Bagi menterjemahkan komponen pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tajuk ini, saya mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Pengetahuan ini terbina hasil
daripada ibu bapa ketika menggunakan kata panggilan bagi ahli keluarga contohnya, Along
bagi adik-beradik yang sulung, angah yang kedua hingga ucu bagi adik yang bongsu dalam
keluarga. Kata panggilan bagi keluarga kembangan seperti Pak Long, Mak Ngah, Mak Teh
untuk bapa saudara atau bapa saudara. Bercerita adalah teknik yang sesuai untuk mencungkil
pengetahuan murid.
Pengetahuan dalam tajuk ini juga boleh diperolehi daripada mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan, Kajian Tempatan, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Hubungkait antara ahli keluarga asas dan ahli keluarga kembangan boleh diterjemahkan
melalui rajah pohon salasilah keluarga yang turut diajar dalam empat mata pelajaran tersebut.
Murid akan lebih mudah memahami atau mendapat pengetahuan tersebut melalui tayangan
video atau lakonan spontan di hadapan kelas.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
31/35
31
KEMAHIRAN
Kemahiran mendengar dan bertutur yang merupakan fokus utama saya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ini. Saya akan menggalakkan murid saya untuk
mendengar dialog yang dituturkan oleh rakan atau watak dalam tayangan. Kemudian, murid
saya perlu melafazkan semula kata panggilan yang terdapat dalam dialog. Saya juga akan
meminta murid menerangkan penggunaan kata panggilan mengikut situasi dalam panggilan.
Bagi kemahiran membaca, saya akan meminta murid membaca perkataan, frasa dan ayat
yang terkandung dalam petikan atau dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul. Bacaan
ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan secara mekanis. Saya
perlu membetulkan kesalahan sebutan dan intonasi yang dilakukan oleh murid , selain
meminta murid yang lain membetulkan kesalahan rakan agar objektif hasil pembelajaran bagi
kemahiran membaca tercapai.
Kemahiran menulis boleh dijadikan bukti atau bahan untuk menilai kefahaman atau
pengetahuan murid. Saya akan meminta murid menjawab latihan berkaitan dengan pelbagai
bentuk seperti suaikan, isi tempat kosong, membina ayat dan melukis rajah pohon salasilah
keluarga serta karangan.
NILAI-NILAI MURNI
Nilai murni yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tajuk ini yang
terkandung dalam pengisian kurikulum adalah sikap hormat menghormati, kerjasama dan
kasih sayang. Sikap hormat menghormati di kalangan murid boleh dipupuk ketika melakukan
aktiviti seperti lakonan, perbincangan dan pengucapan dialog. Saya akan meminta murid
mendengar dan memberi perhatian ketika rakan berlakon atau memberi pendapat.
Semangat kerjasama pula dapat dipupuk melalui aktiviti berkumpulan. Setiap murid akan
diminta untuk memainkan peranan dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Kerjasama
yang erat antara ahli kumpulan akan membuahkan hasil yang terbaik.
Kasih sayang akan lahir melalui aktiviti bercerita tentang hubungan keluarga dan keakraban
yang terjalin antara saudara mara. Nilai ini boleh mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni
dan saling mengasihi. Ini mendorong murid untuk lebih menghargai hubungan yang terjalin
dalam keluarga mereka.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
32/35
32
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Kemahiran Bernilai Tambah yang boleh diterjemahkan dalam tajuk ini adalah pembelajaran
konstekstual, kecerdasan pelbagai dan kemahiran berfikir. Pembelajaran konstektual adalah
kaedah yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid. Saya akan meminta
murid menyebut kata panggilan bagi ahli keluaraga asas dan ahli keluarga kembangan
mereka dalam kehidupan seharian. Aktiviti bagi kecerdasan pelbagai( Interpersonal) pula
murid akan menyatakan keakraban hubungan kekeluargaan mereka melalui kaedah bercerita.
Kemahiran Berfikir seperti membuat kaitan dan perhubungan boleh dilakukan dengan
membina rajah pohon salasilah keluarga masing-masing mengikut daya kreativiti sendiri.
Kemahiran berfikir : Merumus pula, saya laksanakan dalam penutup meminta murid
merumus isi pelajaran pada hari tersebut.
PENUTUP
Pendidikan yang berkesan perlu mempunyai hala tuju yang jelas dan cara pelaksanaan hala
tuju tersebut dapat dioperasikan. Sesungguhnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
menjadi garis panduan dan identiti bagi sistem pendidikan negara. FPK memberikan
panduan bagaimana pendidikan negara mesti beroperasi mengikut bentuk-bentuk dan proses-
proses yang ditentukan untuk menuju ke arah pencapaian matlamat. Merealisasikanpencapaian matlamat FPK menjadi tanggungjawab golongan pendidik.
Golongan pendidik dibantu untuk merealisasikan matlamat FPK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui pembentukan kurikulum kebangsaan yang selaras di seluruh negara.
Kurikulum yang dibangunkan dengan sempurna dan kebolehcapaian yang tinggi
memungkinkan pencapaian matlamat yang dihasratkan negara. Kurikulum ini bersifat
dinamik dan fleksibel. Perubahan kurikulum sekolah rendah dapat dilihat melalui
transformasi sistem KLSR KBSRKSSR. Dalam KBSR dan KSSR, matlamat FPK untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial (JERIS)
diterjemahkan dengan lebih nyata berbanding dengan KLSR.
Kesimpulannya, penterjemahan unsur-unsur falsafah pendidikan yang jelas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran penting agar aspirasi dan hasrat dalam FPK dapat direalisasikan
dengan jaya. Golongan pendidik perlu memainkan peranan masing-masing dengan
menghayati dan menjunjung falsafah pendidikan kebangsaan.
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
33/35
33
BIBLIOGRAFI
Atan Long.(1976).Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa.(1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Bakar Nordin dan Ikhsan Othman.(2008).Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung
Malim: Quantum Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006) .Buku TeksBahasa Melayu SK Tahun 5 Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia .Huraian Sukatan Pelajaran KBSR SK Tahun 5 Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia .Sukatan Pelajaran KBSR SK Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mok Soon Sang .(1993). Asas Pendidikan 1: Sekolah dan Bilik Darjah.Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Roselan Baki.(2003) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Selangor:Karisma Publications Sdn. Bhd.
Abdul Aziz Abdullah 9 1993). Jurnal Pendidikan, Komputer dalam Pendidikan,Media
ComIL, Bilangan 23, Ogos 1993.
Datuk Hassan Ahmad.(1998). Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka September (hlm.624-661).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan.(2001).Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur:PPK.
Raja Masittah Raja Ariffin.(1997). Dewan Bahasa Ogos (hlm. 596-604). Selangor:Dewan
-
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
34/35
34
Bahasa dan Pustaka.
Falsafah Pendidikan Negara. Dimuat turun daripada
http://bakorlambok.tripod.com/wokhop2/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_3.ht
m pada 16.10.2012.
Mohd. Ruslee Mohd.Salleh. Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan. Dimuat turun daripada
http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2012/05/bahasa-melayu-dan-dasar-
pendidikan.html pada 12.10.2012
Norziha binti Ismail.(2010).Perkaitan Kandungan Sukatan Pelajran Bahasa Melayu dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dimuat turun daripada
http://retibahasa.blogspot.com/2010/12/perkaitan-kandungan-sukatan-pelajran.html
pada 12.10.2012
Suara Marhanis.(2009). Kaitan Falsafah Pendidikan dan Objektif Sukatan Pelajaran Sekolah
Rendah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dimuat turun daripada
http://suaramarhaenis.blogspot.com/2009/03/kaitan-matlamat-dan-objektif pada
12.10.2012
http://bakorlambok.tripod.com/wokhop2/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_3.htm%20%20pada%2016.10.2012http://bakorlambok.tripod.com/wokhop2/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_3.htm%20%20pada%2016.10.2012http://bakorlambok.tripod.com/wokhop2/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_3.htm%20%20pada%2016.10.2012http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2012/05/bahasa-melayu-dan-dasar-pendidikan.htmlhttp://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2012/05/bahasa-melayu-dan-dasar-pendidikan.htmlhttp://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2012/05/bahasa-melayu-dan-dasar-pendidikan.htmlhttp://retibahasa.blogspot.com/2010/12/perkaitan-kandungan-sukatan-pelajran.htmlhttp://retibahasa.blogspot.com/2010/12/perkaitan-kandungan-sukatan-pelajran.htmlhttp://suaramarhaenis.blogspot.com/2009/03/kaitan-matlamat-dan-objektifhttp://suaramarhaenis.blogspot.com/2009/03/kaitan-matlamat-dan-objektifhttp://suaramarhaenis.blogspot.com/2009/03/kaitan-matlamat-dan-objektifhttp://retibahasa.blogspot.com/2010/12/perkaitan-kandungan-sukatan-pelajran.htmlhttp://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2012/05/bahasa-melayu-dan-dasar-pendidikan.htmlhttp://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2012/05/bahasa-melayu-dan-dasar-pendidikan.htmlhttp://bakorlambok.tripod.com/wokhop2/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_3.htm%20%20pada%2016.10.2012http://bakorlambok.tripod.com/wokhop2/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_3.htm%20%20pada%2016.10.2012 -
7/30/2019 Esei ilmiah fpk 1
35/35