Elektronik

18
ELEKTRONIK Nama , simbol da n fungsi komponen Membaca dan menterj emah lukisan skematik Penghasila n projek

description

 

Transcript of Elektronik

Page 1: Elektronik

ELEKTRONIK

Nama, simbol dan fungsi komponen

Membaca dan menterjemah

lukisan skematik

Penghasilan

projek

Page 2: Elektronik

KOMPONEN ELEKTRONIK

Litar Bersepadu

Litar bersepadu ialah sejenis komponen elektrik yang paling popular digunakan pada peralatan elektronik.

Binaan:-* I.C mengandungi gabungan komponen elektronik seperti transistor,perintang,diod,dan pemuat yang diperbuat daripada bahan separa pengalir.

* Gabungan ini dapat menghasilkan satu pakej yang sangat kecil yang dinamakan serpihan. Serpihan mempunyai satu litar lengkap atau separa lengkap.

Page 3: Elektronik

Sambungan..

* Wayar emas biasanya digunakan untuk menyambung serpihan pada pin-pin I.C.

* Serpihan I.C ditutup dengan perumah plastik atau logam bagi melindunginya daripada rosak.

* Pin-pin atau kaki I.C akan bertambah sekiranya litarnya mempunyai fungsi yang kompleks.

Page 4: Elektronik

FUNGSI BINAAN

* I.C berfungsi sebagai satu litar yang kompleks dan kecil saiznya bagi menjimatkan ruang.

* Setiap pin I.C mempunyai fungsi yang tertentu. Nombor-nombor yang terdapat pada pin I.C dapat menyatakan fungsi-fungsi I.C dengan merujuk kepada lembaran data.

* Lembar data boleh diperoleh daripada pengilang atau pembekal yang membekalkan I.C tersebut.

Page 5: Elektronik

IC MUZIK

1) I.C muzik merupakan komponen elektronik yang menyerupai sebuah transistor.

2) I.C muzik mempunyai 3 kaki.

3) Perbezaan IC muzik dengan transistor biasa, komponen ini dilihat pada nombor yang tercetak pada badan IC muzik berkenaan. IC muzik yang biasa digunakan ialah BT 66T-19L atau FT 66T-68L.

4) Irama yang dihasilkan oleh IC muzik yang digunakan dalam projek akan berbeza mengikut nombor atau jenis IC muzik yang digunakan.

Page 6: Elektronik

KAEDAH PENGGUNAAN IC & CARA PENYIMPANAN

1) IC adalah sangat kompleks dan sensitif, maka ia harus digunakan secara berhati-hati supaya dapat mengelakkan kerosakan terutama pada bahagian kakinya.

2) Kerosakan IC boleh berlaku apabila suhu terlalu tinggi atau voltan arus yang berlebihan melaluinya.

3) Bagi mengelakkan kerosakan, soket IC harus digunakan untuk pematerian pada litar. Jangan pateri terus kepada IC.

Page 7: Elektronik

SUIS MIKRO

• Suis mikro adalah suis yang sangat kecil.

• Binaan:-

1) Suis mikro mempunyai tiga pin di bahagian bawahnya, iaitu pin COM (Common), pin NO (Normally open), dan pin NC (Normally Closed).

2) Pin COM bertindak sebagai punca neutral dalam litar. Manakala pin NO dan pin NC bertindak sebagai punca hidup.

3) Dalam keadaan biasa suis mikro, satu litar lengkap akan berlaku daripada pin COM ke pin NC kerana spring menyentuh sesentuh A.

4) Manakala apabila tuil penolak ditekan, penolak akan menolak spring dan menyentuh sesentuh B. Maka satu litar lengkap akan berlaku daripada pin COM ke pin NO.

Page 8: Elektronik

FUNGSI SUIS MIKRO

1) Suis mikro merupakan suis yang mempunyai dua fungsi dalam satu suis, suis mikro boleh bertindak sebagai suis tekan tutup dan suis tekan buka.

2) Suis mikro biasa digunakan dalam sistem penggera dan bertindak sebagai suis pemutus keselamatan.

Page 9: Elektronik

MIKROFON

1) Mikrofon ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk menerima gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik.

2) Jenis mikrofon yang biasa digunakan ialah jenis:-

a) mikrofon gegelung bergerak (dinamik)b) mikrofon jenis pemuatc) mikrofon jenis karbon

Page 10: Elektronik

BINAAN MIKROFON

1) Mikrofon mempunyai sejenis komponen yang dinamakan transduser yang berfungsi untuk mengesan gelombang bunyi.

2) Gelombang bunyi yang terkena kepada transduser akan ditukarkan kepada gelombang elektrik.

3) Transduser yang biasa digunakan dalam mikrofon ialah transduser jenis gegelung bergerak, jenis pemuat, dan jenis karbon.

Page 11: Elektronik

PEMBESAR SUARA

1) Pembesar suara merupakan komponen elektronik yang digunakan pada alatan dan perkakas yang mengeluarkan bunyi.2) Ia berfungsi untuk menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi.

Binaan :-1) Pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, diafragma, gegelung dawai, kerangka, dan tamatan.

2) Gegelung dililit pada kertas keras yang berbentuk silinder dan dilekatkan di hujung diafragma.

3) Gegelung ini ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal.

4) Kerangka digunakan untuk memegang diafragma supaya tidak tertanggal.

Page 12: Elektronik

FUNGSI PEMBESAR SUARA

1) Gegelung elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalir melalui gegelung.

2) Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan pada gegelung.

3) Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet yang dihasilkan oleh magnet kekal.

4) Tindak balas akan menyebabkan gegelung menolak diafragma.

5) Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan diafragma bergetar.

6) Getaran ini akan menghasilkan gelombang bunyi.

Page 13: Elektronik

MEMBACA & MENTERJEMAH LUKISAN SKEMATIK

Page 14: Elektronik

MEMBACA & MENTERJEMAH LUKISAN SKEMATIK

Lukisan skematik merupakan lukisan yang menggambarkan susunan dan kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol. Butiran yang diperoleh dalam lukisan skematik ialah:

a) Komponenb) Cara penyambungan

c) Punca bekalan d) Punca tamatan 

Page 15: Elektronik

CONTOH GAMBAR

Page 16: Elektronik

PENGHASILAN PROJEK

Page 17: Elektronik

PENGHASILAN PROJEK

Langkah-langkah menghasilkan projek:

1) Membentuk Kaki Komponen

2) Memasang Komponen

3) Menyemak Pemasangan

 4) Mematerikan Kaki Komponen

5) Memotong Kaki Komponen yang Berlebihan

6) Menguji Projek

 7) Membersih dan Menyimpan Alatan Tangan dan Bahan

8) Aplikasi Projek

Page 18: Elektronik