Edu 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru
-
Upload
wikwang-wong -
Category
Documents
-
view
61 -
download
0
description
Transcript of Edu 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURUPERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM
1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai
penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka
dalam melahirkan dan menggunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap
dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih
inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar
sebagai ‘ knowledge worker ‘ dalam era revolusi maklumat abaf ke – 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah
kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan
merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) .
Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu
melalui latihan – latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan
potensi ke tahap yang optimum . Program – program pembangunan professional
sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan
negara .
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan
kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang
yang mempunyai ciri – ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas
yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi
individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk
menguruskan soal – soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman
1956 ) .
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas . Berdasarkan ciri – ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan
secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju
ke hadapan . Perubahan – perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada
masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu ,
adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari
semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat
. Jika hal ini wujud , barulah tuntutan – tuntutan dalam transformasi kurikulum itu
dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan
memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan
masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana
masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai
professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha
dengan bersungguh – sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai
profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan
Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 – 2025 iaitu memartabatkan
profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada “kemenjadian” murid .
Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan
aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .
2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah
mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan
standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi
negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke – 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh
input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh
pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian
Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu
bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan
Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem
pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi
sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa
depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke
semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa
perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 – 2025 oleh Timbalan Perdana
Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah
antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .
Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang – kurangnya 2 bahasa) .
etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani
yang tinggi) .
identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah
mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya
berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin ,
menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid
yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat
sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 – 2025 dapat
dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah
melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan
kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah
penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i – Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal
ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga
perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan
guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan .
Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk
dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif .
Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah ,
khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis
soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid
dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa .
Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al – Alatas
menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan
serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua
aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu
perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,
terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu
(Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik ,
meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai
pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak – kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan
peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran
masing – masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam
membimbing murid agar menguasai kedua – dua kemahiran tersebut . Walaupun
begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam
pelbagai bidang agak mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak
sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk
membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan
murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca
, masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan
oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang
membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca .
Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana
guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .
Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka
membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang
menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW)
bermaksud “Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan
kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji ”. Menurut Al – Ghazali
pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi .
Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya
murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima
umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar .
Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan
lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat
dan produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius .
Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada
proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .
Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina
hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah .
Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru – murid terutama di
dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan
tepat kepada murid – murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian
daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih
berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid – murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau
memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus
menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat
menikmati faedah membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai
pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan
atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin
yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan
pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program
sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program
bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap
program sedemikian kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum
dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan
bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah
atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah
berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa
untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai ‘ mentor’ di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung
dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas
atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas
sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan
skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu
bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang
banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam
pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan
seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya
dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan
peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun
begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun
masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa
kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah
ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan
alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang
jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan
perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat
direalisasikan.
Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa
mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut
arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan
belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap ‘sesuatu’
yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. ‘Sesuatu’ disini bolehlah dikaitkan
demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh
itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan
bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang
dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan
kemahiran – kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila
peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara
sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa
tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa
tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah
mengamalkan refleksi ke atas tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh ,
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru
sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah,
membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan
permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-
guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari
amalan terbaik P&P.
Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu
peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data
yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan
berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama
rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat
kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang
dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan
pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa
dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang
pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang
betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat
memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan
penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi
mencapai hasrat tersebut ?
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut
dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah
dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah
kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat
pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai
murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-
guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja.
Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari
Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan
pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa
dan nurani setiap rakyat Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu
yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga
dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan
diri untuk mencapai potensi mereka.
3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri
seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada
pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian
dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang
biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut
sama berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru
adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu
menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap
yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan
peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member
cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti
kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat
dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf
antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan
murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya
juga bergantung pada pihak lain.
http://rohaizaabdulrahim.blogspot.com/2014_09_01_archive.html
http://www.slideshare.net/ssuser0c27c8/peranan-dan-tanggungjawab-guru-dalam-membina-negara-bangsa-berlandaskan-etika-profesion-keguruan
PETIKAN perutusan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof sempena sambutan Hari Guru 2014 pada 16 Mei lalu.
Tanggal 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna kepada individu yang bergelar guru atau lebih sinonim dengan gelaran ‘cikgu’ kerana hari ini merupakan hari yang diiktiraf sebagai Hari Guru. Seperti biasa, tarikh keramat 16 Mei disambut dengan meriah bagi meraikan para guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak kita tidak kira di ceruk mana sahaja berada untuk menjadi orang yang berguna. Pada hari ini, guru-guru diraikan oleh anak-anak didik mereka sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas usaha bakti yang telah dicurahkan.
Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-43 pada tahun ini. Selamat Hari Guru dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Jasa dan pengorbanan guru serta seluruh warga pendidikan terhadap pembangunan pendidikan negara sentiasa relevan dan dihargai.Tugas sebagai seorang guru dipandang tinggi dan amat mulia sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru-guru perlu mempunyai jati diri dan semangat yang tinggi untuk menabur bakti kepada anak bangsa tanpa menghirau penat lelah, tanpa menghirau jarak dan sempadan malah mereka diakui mampu melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh dan boleh memacu pembangunan dan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.
Kini kita telah pun melangkah ke tahun kedua pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Saya akan meneruskan amanah yang diberikan untuk terus memastikan PPPM ini berada pada landasannya. Ini bertujuan untuk memastikan transformasi pendidikan negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan mencapai matlamatnya. Bagi mencapai hasrat itu, pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya.
Salah satu aspek penting dan utama yang diberi penekanan menerusi pelan tersebut adalah berkaitan profesion keguruan. Tumpuan akan diberi kepada usaha-usaha peningkatan kualiti guru serta menjadikan profesion ini sebagai profesion
pilihan. Menerusi pelan ini juga, para guru di seluruh negara adalah diharap dapat meneruskan peningkatan keilmuan masing-masing sejajar dengan perkembangan teknologi dan persekitaran semasa.
Guru-guru sepatutnya menjadikannya sebagai satu cabaran baru dalam meneroka dan meningkatkan lagi kebolehan, keupayaan masing-masing bagi menghadapi gelombang perubahan yang berlaku masa kini dan mendatang.
Pada hemat saya selain daripada dasar dan pelan yang disediakan, guru-guru merupakan pemain utama dan penentu terhadap transformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Segenap lapisan rakyat dalam negara ini sentiasa menaruh harapan kepada guru. Yakinlah bahawa pendidikan adalah harapan masa depan negara.
Oleh itu, saya menyeru warga pendidik agar bersama-sama meletakkan keutamaan pada tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dalam pelan pembangunan pendidikan berjalan lancar. Hal ini kerana, saya berpandangan bahawa sentuhan masa depan negara (touching the future) sebenarnya bermula di tangan guru.
Dalam hal ini, saudara dan saudari para guru disaran agar lebih peka dengan realiti murid masa kini dan mengambil pendekatan kontemporari dalam mendidik. Tugas ‘memanusiakan manusia’ bukanlah perkara yang mudah, guru juga harus memiliki jati diri yang jitu untuk menzahirkan akhlak mulia bagi menjadi contoh kepada anak didik mereka. Guru perlu memiliki personaliti yang cemerlang untuk menarik perhatian dan menjadi tempat rujuk murid.
Tema Hari Guru tahun ini ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi’ sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini. Para guru harus sentiasa meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar. Untuk itu, guru perlu peka dan sentiasa bersedia menambah ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong penjanaan idea baharu. Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea baharu dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi sesuatu yang baharu. Inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang baharu dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baharu dan menggunakan peluang semaksimum mungkin dalam ekosistem yang penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya
sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi, digunakan sebagai penyampai maklumat, pandu arah perjalanan, internet, kamera dan alat hiburan.
Kreativiti amat penting dalam membangunkan masyarakat dan negara. Secara umumnya, para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi, perubahan, cabaran, dan persaingan yang sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan terhadap kreativiti semakin mendesak. Tambahan pula, perkembangan ekonomi yang berlaku akibat transformasi dasar kerajaan telah mengubah lanskap pendidikan negara.
Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu sentiasa berfikir untuk membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap aspek pengajaran dan pembelajaran. Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Hasil atau outcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini, insya Allah akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih berkualiti. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini maka para guru mestilah sentiasa think again, think across and think ahead.
Dalam hal ini juga, saya percaya bahawa kita perlu melihat apa yang berlaku di dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya, the classroom is the source of energy for positive vibrations – the nucleus of change. Slight ripple of improvement in the classroom will create a strong wave of transformation. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan kepada pedagogi. Fokus pembelajaran murid hendaklah menjadi agenda utama seseorang guru. Guru-guru disaran agar sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Peranan pengurusan sekolah juga penting dalam membudayakan elemen kreativiti dan inovasi agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baharu, membudayakan ilmu saintifik dan teknologi termasuk menggunakan tenaga sumber secara maksimum. Barisan pentadbir sekolah haruslah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi.
Bagi mewujudkan suasana kreatif dan inovatif, sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan demi memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya. Oleh itu, pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah
sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Pengurusan sekolah perlulah memastikan komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, gaya kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara meluas dapat membina imej baharu dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Guru juga disaran meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang. Menurut Sternberg (2004), “minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan, ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.”
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi, iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional seperti yang dihasratkan dalam PPPM. Guru juga perlu sentiasa menggunakan kemahiran dan pengetahuan pedagogi bersifat kreatif dan inovatif serta menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan.
Ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi dalam kalangan murid. Daya usaha murid sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi diri dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional akan membuahkan kejayaan.
Pembangunan modal insan merupakan unsur penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai Wawasan 2020 dan sekaligus menjadi lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif serta berdaya saing di peringkat antarabangsa penting untuk melahirkan tenaga kerja yang memiliki kemahiran, pengetahuan dan daya kreativiti agar mereka dapat menyelesaikan tugasan yang semakin kompleks.
Di samping itu guru juga mempunyai tugas berat dalam menghasilkan generasi muda yang berpotensi dengan kemahiran pelbagai dan dapat membentuk ciri-ciri keperibadian agar selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam menjana idea, konsep atau strategi baharu yang dapat meningkatkan amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik. Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa
meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan pendidikan negara.
Hal yang demikian, guru perlu melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global. Guru perlu mencanai perancangan strategik serta menyatukan aspirasi bagi memastikan sekolah mampu melahirkan murid cemerlang. Di samping itu, para guru perlu ketelusan minda dalam mendidik murid, menyuntik semangat agar terus gigih, berinovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab.
Di samping para guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar ini, saya juga amat memahami akan keluhan perasaan saudara dan saudari. Untuk itu, saya akan pastikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa berupaya mendengar, prihatin dan serius, sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan dan pandangan daripada saudara dan saudari.
Namun saya juga berharap agar segala pandangan atau rungutan termasuk kritikan membina perlulah dilakukan secara tertib, berhemah serta mengikut peraturan dan saluran yang betul. Ini bertujuan agar profesion keguruan dapat sentiasa terpelihara dan dihormati oleh masyarakat. Kita perlu sentiasa menjaga imej kita sebagai guru di samping sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat kita serta menjadi nadi penggerak ke arah perpaduan negara.
Marilah kita memperbaharui tekad dan azam dengan seluruh tenaga dan keupayaan demi membangunkan modal insan berkualiti. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh saudara dan saudari para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikit pun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Saya amat yakin dan percaya bahawa saudara dan saudari para guru yang ada di hadapan murid-murid mereka adalah guru yang penyayang. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata bersinar yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. “Ketahuilah bahawa pendidikan anak-anak murid ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam konteks pembangunan sesebuah negara”.
Kepada anak-anak murid yang disayangi sekalian, guru merupakan ibu dan ayah kepada anak-anak didik semua, kepada guru-gurulah harapan ibu bapa untuk menjadi pengganti mereka bagi mendidik anak-anak ketika berada di sekolah. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua.
Besarlah harapan saya agar saudara dan saudari para guru yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, saudara dan saudari mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.
Saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih cikgu kepada semua insan yang bergelar guru dengan pesanan jadilah guru yang berdedikasi, komited, cemerlang, kreatif, inovatif, kaya maklumat dan bersemangat tinggi dalam perjuangan di arena pendidikan. Selain itu, jadilah guru yang prihatin serta sentiasa menyayangi muridnya. Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan khidmat bakti saudara dan saudari para guru demi agama, bangsa dan negara tercinta.
SELAMAT HARI GURUTERIMA KASIH CIKGU
http://pendidikanmalaysia4u.blogspot.com/2014/05/guru-pemangkin-pembangunan-negara.html
PERANAN GURU MENJAYAKAN PPPMPPPM merupakan satu anjakan yang menjadi cabaran kepada semua golongan
pendidik . Pendidik perlu tegar memahaminya dan pantas bertindak memainkan
peranan masing-masing supaya hasrat KPM dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jika
kewajaran PPPM terus diragui dan dipersoalkan oleh golongan pelaksana bagaimana
hasrat murni tersebut dapat dijayakan. Apabila sesuatu agenda KPM dikemukakan
golongan pendidiklah yang sepatutnya menyokong tanpa meraguinya dan
melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Bila kepentingan peribadi mengatasi
segalanya akan wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pendidik. Melihat agenda
yang murni ini sebagai tidak memberi kelebihan kepada tugas sebagai pendidik
sebenarnya telah meletakkan siapa kita sebenarnya dalam lingkungan pendidikan.
Keikhlasan kita perlu dilihat secara telus. Perlu melihat dalam diri bahawa tugas
pendidik sekarang amat mencabar dan kita perlu bersedia menerima perubahan.
Sering mempertikaikan apa sahaja hasrat murni KPM telah meletakkan diri kita
dalam lingkungan insan guru yang berfikiran negatif. Ada saluran yang boleh
disampaikan jika ada kekurangan dan berilah komen yang membawa kepada
penambahbaikan supaya tidak menjadi seperti kita berlari di padang orang tetapi
bertinjit-tinjit di padang sendiri. Sikap pendidik yang sentias bertanya apa kerajaan
buat untuk kita perlu dikikis sehabisnya sebaliknya tanyalah diri apa sumbangan kita
kepada anak bangsa? dan negara. Maksimumkah tugas kita di sekolah?. Amanahkah
kita menjalankan tanggungjawab? Terlalu banyak telah diberi keistimewaan kepada
golongan pendidik di Malaysia tercinta ini. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
perkataan paling tepat yang sepatutnya berada dalam hati nurani pendidik di
Malaysia tercinta ini.
http://easeritanjong.blogspot.com/2013/09/peranan-guru-menjayakan-pppm.html
Guru penggerak Pelan Pembangunan PendidikanGolongan guru termasuk pensyarah institusi pengajian tinggi awam atau swasta menggalas tugas besar memastikan kelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sekali gus menepati keperluan objektifnya.
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, guru dan pensyarah menjadi penggerak serta pelaksana utama dalam PPPM di samping berperanan memastikan perlaksanaannya memenuhi matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan.
Oleh itu, golongan ini har� us memahami skop keperluan dan objektif penubuhan PPPMkerana mereka merupakan aset paling utama dalam menentukan kejayaan atau sebaliknya rancangan PPPM,katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya �dekat Putrajaya, baru-baru ini.
Laporan awal PPPM yang dilancarkan bulan lalu itu merangkumi pelan tiga fasa bagi tempoh selama 13 tahun sehingga 2025.
Semakan semula akan dibuat lima tahun sekali mulai 2015 manakala laporan tahunan pula akan dikeluarkan bagi memantau perkembangan yang dicapai.
Untuk itu, ujarnya, peranan guru dan pensyarah akan disegarkan bagi meningkatkan � �kemahiran dan kemampuan golongan terbabit seiring dengan hasrat PPPM.
Kita mahu pelaksanaan PPPM menggegarkan peranan dan fungsi guru dan mahu �mereka memikirkan bahawa rancangan PPPM adalah hak milik mereka, bukan semata-mata menjalankan kerja sebagai guru atau mendapat pendapatan bulanan," tegasnya.
Ujar beliau, pihaknya masih membuka pelbagai ruang kepada golongan terbabit untuk melengkapkan diri dan pemahaman terhadap pelaksanaan PPPM melalui penganjuran Hari Terbuka kementerian dan kempen penerangan di seluruh negara.
Salah satu usaha itu, katanya, adalah penganjuran Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012 pada 15 hingga 17 Oktober ini di Kuantan, Pahang bagi berkongsi pengetahuan dan mengenal pasti amalan terbaik meningkatkan profesional, kemahiran dan nilai profesional golongan terbabit seiring keperluan PPPM.
Konvensyen tiga hari itu dihadiri 400 guru dan pensyarah 17 IPTA dan IPTS seluruh negara.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121015/pe_03/Guru-penggerak-Pelan-Pembangunan-Pendidikan#ixzz3fy5p8U71 © Utusan Melayu (M) Bhd
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121015/pe_03/Guru-penggerak-Pelan-Pembangunan-Pendidikan
Isu Kualiti Guru Perlu Ditangani Untuk Capai Matlamat PPPM - Muhyiddin
TANJUNG MALIM, 13 Mac (Bernama) -- Isu kualiti guru perlu ditangani sekiranya matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang meletakkan sasaran negara berada dalam kelompok satu pertiga teratas sistem pendidikan terbaik dunia ingin dicapai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi menyokong hasrat itu, Kementerian Pendidikan meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah Skim Geran Penyelidikan NIC yang bertajuk 'Development of a Teacher Education Model for Preparing Quality Teachers for the Future'.
"UPSI perlu menampilkan suatu model yang benar-benar dapat dijadikan rujukan untuk melahirkan guru berkualiti pada masa depan," katanya ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan Nasional ke-14 anjuran UPSI, Persatuan Alumni Suluh Budiman UPSI dan kementerian itu di sini Khamis.
Menteri pendidikan itu berkata usaha menyediakan guru berkualiti dimulakan dengan pengambilan 30 peratus daripada lepasan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia sebagai bakal guru.
Selain itu, katanya, program Pembangunan Profesional Berterusan diberikan kepada guru dalam perkhidmatan, sehingga profesion keguruan dimartabatkan untuk menjadi profesion pilihan.
Muhyiddin berkata PPPM turut meletakkan pelaksanaan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi di samping meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus.
"Mengambil kira semua aspek serta aspirasi kementerian untuk menyediakan pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa, semua institusi pendidikan guru perlu proaktif dalam menghasilkan guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan pedagogi tetapi juga mempunyai keghairahan dan kesungguhan yang tinggi dalam memastikan anak-anak bangsa mampu bersaing dan berjaya di peringkat global," katanya.
Beliau berkata guru bukan lagi sekadar berdiri di depan mengajar tetapi harus membimbing dari sisi kerana mereka perlu menerapkan kemahiran berfikir dan mempimpin serta menjadikan pembelajaran berpusatkan murid sebagai teras pendekatan pedagogi masa kini.
Kajian Kementerian Pendidikan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) serta pakar pendidikan lain membuktikan bahawa kualiti guru merupakan faktor yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid
kerana kualiti sesuatu sistem pendidikan itu tidak boleh melangkaui kualiti guru, katanya.
Beliau berkata warga pendidik perlu memberi komitmen tinggi terhadap apa yang digariskan dalam PPPM dengan melaksanakan tadbir urus berkesan terhadap 11 anjakan yang terkandung dalam program transformasi itu bagi merealisasikan perubahan holistik dunia pendidikan yang dihasratkan rakyat.
"Kunci kejayaan PPPM terletak di bahu kita sendiri. Semua pihak perlu bersatu dan berganding bahu menjayakan PPPM ini. Selaku menteri pendidikan saya amat faham dan sentiasa bersikap responsif terhadap keluhan, kritikan dan kegelisahan yang ditimbulkan oleh warga pendidik terhadap pelaksanaan program transformasi ini," katanya.
Muhyiddin berkata pada tahun pertama Gelombang 1 PPPM, negara membuktikan telah berada di landasan yang betul dengan mencatatkan enam pencapaian pada 100 hari pertama dan 10 pencapaian utama pada tahun lepas.
"Asas yang kukuh telah kita letakkan untuk PPPM bergerak dalam masa 12 tahun lagi," katanya.
Gelombang 1 (2013-2015) PPPM memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program yang menumpukan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, kepimpinan sekolah dan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta numerasi.
PPPM (2013-2025) adalah kerangka pembangunan menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga 2025.
Konvensyen Pendidikan Nasional (KOPEN) selama tiga hari sehingga Sabtu ini dengan tema 'Merealisasi Impak Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Negara' yang dijangka dihadiri 1,000 peserta warga pendidikan merupakan forum untuk membincangkan hal berkaitan pendidikan negara.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1021525&cat=ut