Earth Care Club_ Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya.pdf
-
Upload
mohammad-shukri -
Category
Documents
-
view
161 -
download
7
Transcript of Earth Care Club_ Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya.pdf
7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya
http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 1/5
Earth Care Club
Wednesday, November 7, 2012
Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya
GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KEJADIAN FENOMENA PEMANASAN GLOBAL
Pengenalan
Bumi adalah satu-satunya planet yang ada kehidupan. Ia digelar sebagai "The Living
Planet". Mengapa digelar sebagai Lining Planet?. Ya kerana di planet bumi wujudnya
kehidupan. Iaitu kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Memang kita
mengakui bahawa terdapat juga kehidupan lain seumpama malaikat dan makhluk-makhluk
lain seperti syaitan dan iblis.
Mengapa hanya di bumi ini yang boleh didiami oleh makhluk-makhluk di atas? Ya,
makhluk-makhluk di atas hanya boleh hidup di dalam lingkungan persekitaran yang
terdapat di bumi. Suhu, kelembapan, bahangan dan peredaran udara yang
memungkinkan makhluk-makhluk di bumi boleh hidup dan meneruskan kehidupan.
Walaupun dipermukaan bumi ini iklimnya pelbagai, namun secara umumnya ianya Allah
jadikan sesuai untuk tiga jenis makhluk hidup. Allah Maha berkuasa yang menentukan
persekitaran bumi sesuai dari segi iklim dan cuacanya.
Energy Policy Malaysia
tax Icentive on RE (Malaysia)
Incentive for Environmental Management
Pelan TIndakan Tenaga Diperbaharui
Panduan Biojisim Negara
Green Tech Policy on Energy
Undang-undang dan AKta Malaysia (AlamSekitar)
Garispanduan Pengurusan Sungai
Dasar Pembangunan dan PerancanganNegara
Kod Amalan Kesihatan, Keselamatan danALam Sekitar
Dasar Alam Sekitar Nagara
Enakmen Perlindungan ALam SekitarSabah 2002
40% reduction of CO2 by 2020
Malaysia: Polisi, Akta dan Garispanduan
Berkaitan Alam Sekitar
Living Sustainable
Tips Kehidupan Lestari
How to make your home Energy Efficient
Save Energy at home
Tips Penjimatan Tenaga
Sila KLIK untuk Link
Apa Dia Pemanasan Global?
Malaysia Boleh Tenggelam
Cuaca Ekstrim
Kesan Pemanasan Global
GreenTech Solution
Semua Negara Bergandig Bahu
Amalkan Penggunaan Lestari
Perlu Penyelesaian Mesra Alam
Penyelesaian Kepada Masalah Perubahan
Cuasa & Kepanasan Global
CARE Inst Perg Tuanku Bainun
CETREE USM
Capaian Web Organisasi Alam Sekitar
Capaian Menarik B. Melayu
0 More Next Blog» Create Blog Sign In
7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya
http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 2/5
Manusia, malah binatang dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh hidup di planet-planet lain
sseperti di marikh, bulan, zuhal, pluto dan lain-lain. Mengapa? Kerana suhu, kelembapan,
aliran angin dan bahang yang tidak memungkinkan kehidupan hidup. Oleh itu planet-
planet tersbut tiada kehidupan dan 'non-living planet !'.
Bagaimana Allah menjadikan planet bumi ini 'living'?
Pancaran matahari ke planet bumi telah menjadikan bumi menjadi kepanasan yang
mencukupi untuk penjanaan tenaga. Pokok-pokok dapat membuat makanan melalui
proses fotosintisis dan Oksigen dilepaskan untuk pernafasan manusia dan haiwan. Proses
pemelowapan berlaku apabila kelembapan permukaan bumi menerima pancaran matahari.
Dipermukaan bumi juga Allah jadikan pelbagai jenis gas untuk keperluan kehidupan-
kehidupan dipermukaan bumiNya, suatu sistem yang seimbang. Manusia umpamanya
menyedut Oksigen yang dikeluarkan tumbuh-tumbuhan dan CO2 dibebaskan di dalam
proses pernafasan.
Bumi memantulkan haba ke atmosfera dari permukaan bumi bagi menyeimbangkan suhu
bumi dan permukaannya dan berlaku keseimbangan suhu, kelembapan, alirudara dan
bahang. Terdapat jga gas-gas rumah hijau di permukaan bumi iaitu Contoh gas rumah
hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen
oksida dan lain-lain. Gas-gas tersebut penting dan sengaja Allah ciptakan agar bumi
berada di dalam kawal suhu yang sesuai untuk kehidupan di bumi. Dan kewujudan gas-
gas tersebut dengan kuantiti yang tertentu yang dijadikan Allah sememang tepat dan
menyebabkan bumi tidak terlalu sejuk atau panas seperti planet-planet lain yang digelar
sebagi 'non-living planet'.
Fenomena Pemanasan Global
Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai
gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba
bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan
bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan
bumi ke atmosfera. Di dalam keadaan semulajadi, kandungan gas rumah hijau tepat bagi
keperluan suhu global bumi. Namun hasil dari aktiviti manusia di dalam bentuk
pembakaran bahan-bahan api fosil, kandungan karbon dioksida, karbon monoksida,
kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain telah meningkat secara
berterusan.
Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan
kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran
dan banyak lagi tempat dunia.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL
1. PERINDUSTRIAN
Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena
pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas
dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah
mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon
dioksida.
Banyak di dalam proses pengeluaran produk-produk industri, tenaga
haba diperlukan dan ianya dihasilkan melalui proses penghasilan haba
seperti pembakaran bahan api fosil di dandang-dandang (boilers).
Contoh industri yang banyak membakar bahan api fosil ialah seperti di
dalam industri pengeluaran simin, pengeluaran besi, pengeluaran kain,
pengeluaran makanan, pengeluaran bahan-bahan elektronik, elektrik,
bahan-bahan binaan dan sebagainya.
Semakin banyak haba diperlukan di dalam industri, semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan,
semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara
global.
2. PENJANAAN TENAGA ELAKTRIK
Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan
EPSM F.Book
Environmental Protection Society malaysia
Green Tech Malaysia
GreenTech Components
GreenTech Melaka
Info Energi SWITCH
Jabatan Kaji Cuaca Laman Utama
Kementerian Tenaga & Teknologi Hijau
Pemanasan Global dll
Pemantauan Perubahan Iklim
Rakan Alam Sekitar
infoEnergi (Indonesia)
mesym
Panduan Kecekapan Tenaga
Strategi Kecekapan Tenaga
Pemanasan Global
Slide Persembahan & Rujukan
Climate Change 2 (video)
Climate Change (video)
Global Warming Basic (video)
Clean Air Council
Rujukan Luar Negara
► 2014 (1)
▼ 2012 (11)
▼ November (11)
Pemanasan Global - Punca-punca danKesan-kesannya
Perut Bumi Kian Kering
Setiap Negara Mesti Jadi SebahagianPenyelesaian K...
KAJIAN AL-TABARI, IBN-ATHIR & AL-SUYUTI PERUBAHAN ...
Malaysia juga boleh tenggelam jika aisdi Greenlan...
AMALKAN PENGGUNAAN LESTARIBAGI KURANGKAN KESAN PE...
Pemanasan global cetus cuacaekstrem?
Pemanasan Global Dunia, BencanaAlam Besar Bakal B...
Bumi Dalam Bahaya
Mengapa Kelab Earth Care ditubuhkan?
Kelab EarthCare Malaysia Dilahirkan
Blog Archive
green design
View my complete profile
About Me
7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya
http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 3/5
bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak.
Keseluruhan negara di dunia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga
elaktrik yang merupakan keperluan di dalam semua sektor kehidupan sama ada di sektor
kediaman, pentadbiran, perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan perkhidmatan.
Malaysia sebagai contoh menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui
pembakaran bahan api fosil, walaupun hampir 20% melalui penjanaan hidro elektik.
3. PENYEDIAAN KEPERLUAN AKTIVITI PERNIAGAAN, PEJABAT DAN KEDIAMAN
Aktiviti manusia di sektor perniagaan, pentadbiran mahupun dirumah kesemuanya
bergantung kepada tenaga elektrik dan tenaga haba yang mencukupi bagi menyediakan
persekitaran yang selesa. Kesemua itu asasnya ialah pembakaran bahan-bahan api fosil.
Jadi aktiviti sedemikian secara langsung telah menyumbang kepada peningkatan karbon
dioksida di permukaan bumi. Semakin banyak diperlukan elektrik dan pendingin hawa atau
pemanas persekitaran, semakin banyaklah karbon dioksida dihasilkan.
4. PENGANGKUTAN
Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi
manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.
Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan
bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak
tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan
gas karbon monoksida
5. PEMBAKARAN HUTAN
Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa
untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya
telah menyumbang kepada pemanasan global
Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen
dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi
dan berlakulah pemanasan global
Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga
mengandungi banyak gas karbon dioksida.
6. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja
kimia secara berlebihan.
Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara
berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau
terutamanya gas metana.
Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan
global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan
lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke
angkasa.
7. LETUSAN GUNUNG BERAPI
Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti
manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu
letusan gunung berapi.
Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan
debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya
karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan
sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan
global.
Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung
Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.
7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya
http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 4/5
Newer Post Older PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Posted by green design at 10:49 PM
KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL
1. Peningkatan Suhu Global
Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan
mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-
kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan
air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak
yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap
negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives
serta negara-negara pada ketinggian yang rendah
contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan
ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan
sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti
tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
2. Ganguan kepada hasil tanam-tanaman.
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang
subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti
pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup
dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian.
Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu,
taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan
hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan
makanan dunia.
Kekeringan sumber air permukaan bumi / kemarau
menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air
untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan.
Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan
persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering
memudahkanterbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat
terampai.
3. Perubahan Iklim
Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di
Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari
darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat.
Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik
menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke
timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.
Fenomina tersebut menyebabkan berlakunya perubahan besar terhadap iklim yang
sisebut sebagai 'Climate Change".
Recommend this on Google
Enter your comment...
Comment as: Google Account
Publish
Preview
1 comment:
mohd z May 5, 2013 at 10:40 PM
Disebabkan pemanasan ini, try tengok suhu badan
http://termometer-digital-suhu-badan-bbt.blogspot.com/
Reply
7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya
http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 5/5
Simple template. Template images by gaffera. Powered by Blogger.