E forum 2

2
Assalamualaikum …. Pada pendapat saya, ketidakprihatinan guru menyiasat tentang kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa kandungnya merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wujudkan kesukaran dalam mengajar membaca. Ada sesetengah sikap guru yang beranggapan bahawa kesukaran membaca adalah tanggungjawab guru pemulihan khas. Akibatnya, murid-murid yang sukar membaca ini dihantar kepada guru pemulihan khas walaupun sebenarnya murid- murid ini hanya memerlukan pemulihan di kelas biasa. Terdapat sesetengah guru lebih menekankan ujian bertulis seperti yang terdapat dalam ujian sumatif berbanding dengan ujian lisan dan membaca. Hal ini mengabaikan kebolehan murid-murid bertutur dan berbahasa memandangkannya tidak diuji dalam peperiksaan. Selain itu, kegagalan guru memperkembangkan hubungan positif dalam kalangan murid juga boleh menyukarkan pembentukan hubungan baik antara guru dengan murid. Hal ini sukar untuk menggalakkan murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa kandungnya. Sebelum mengajar, guru haruslah tahu tentang pengetahuan sedia ada murid supaya pembelajaran lebih makna. Hal ini juga akan mendorong murid menggunakan pengalaman dan bentuk bahasanya seperti unsur-unsur linguistik. Tanpa mengambil kira pengetahuan sedia ada , murid-murid tiada motivasi untuk bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing. Tanpa siasatan mengenai kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing- masing , guru sukar merancang bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Bahan bantu mengajar yang sesuai dan relevan sangat penting dalam pembelajaran murid yang membolehkan murid mengeluarkan pendapat mengenai perkara-perkara tertentu. Kesimpulannya, kegagalan guru menyiasat kebolehan dan keberanian

description

ggg

Transcript of E forum 2

Page 1: E forum 2

Assalamualaikum ….

Pada pendapat saya, ketidakprihatinan guru menyiasat tentang kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa kandungnya merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wujudkan kesukaran dalam mengajar membaca. Ada sesetengah sikap guru yang beranggapan bahawa kesukaran membaca adalah tanggungjawab guru pemulihan khas. Akibatnya, murid-murid yang sukar membaca ini dihantar kepada guru pemulihan khas walaupun sebenarnya murid-murid ini hanya memerlukan pemulihan di kelas biasa.

Terdapat sesetengah guru lebih menekankan ujian bertulis seperti yang terdapat dalam ujian sumatif berbanding dengan ujian lisan dan membaca. Hal ini mengabaikan kebolehan  murid-murid bertutur dan berbahasa memandangkannya tidak diuji dalam peperiksaan.

Selain itu, kegagalan guru memperkembangkan hubungan positif dalam kalangan murid juga boleh menyukarkan pembentukan hubungan baik antara guru dengan murid. Hal ini sukar untuk menggalakkan murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa kandungnya.

Sebelum mengajar, guru haruslah tahu tentang pengetahuan sedia ada murid supaya pembelajaran lebih makna. Hal ini juga akan mendorong murid menggunakan pengalaman dan bentuk bahasanya seperti unsur-unsur linguistik. Tanpa mengambil kira pengetahuan sedia ada , murid-murid tiada motivasi untuk bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing.

Tanpa siasatan mengenai kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing , guru sukar merancang bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Bahan bantu mengajar yang sesuai dan relevan sangat penting dalam pembelajaran murid yang membolehkan murid mengeluarkan pendapat mengenai perkara-perkara tertentu.

Kesimpulannya, kegagalan guru menyiasat kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa kandungnya akan menyebabkan guru tidak dapat mengesan daerah-daerah kesukaran murid dan strategi pengajaran bacaan tidak dapat dirancang dengan sempurna. Bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran membaca, guru haruslah bijak menggabungjalinkan kemahiran lisan dengan kemahiran membaca.