DS Prasekolah Pembelajaran
-
Upload
sarah-mohd-yusof -
Category
Documents
-
view
78 -
download
8
Transcript of DS Prasekolah Pembelajaran
0
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PRASEKOLAH
MASALAH PEMBELAJARAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2009
1
BAHAGIAN A
STANDARD MENGIKUT TUNJANG
2
DEFINISI Standard: Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pencapaian. Standard Kandungan: Pernyataan spesifik tentang apa yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran: Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.
3
KOMUNIKASI : BAHASA MALAYSIA Tunjang Komunikasi bagi Bahasa Malaysia memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
Tunjang ini merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, prabacaan dan pratulisan. Kemahiran-kemahiran ini perlu
diterapkan dan dikuasai oleh setiap murid bagi membantu mereka berinteraksi dan bersosialisasi.
Objektif tunjang ini membolehkan murid:
i. Memberi tindak balas yang sesuai terhadap apa yang didengar
ii. Menguasai kemahiran mendengar, bertutur, prabacaan dan pratulisan
iii. Melibatkan diri dalam aktiviti sosial
4
Fokus Bahasa Malaysia
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
1.0 Kemahiran Mendengar
1.1 Peka terhadap bunyi yang
didengar
1.1.1 Memberi tindak balas terhadap:
i. suara manusia ii. bunyi benda iii. bunyi haiwan iv. bunyi kenderaan
1.2 Mendengar dan mengecam
pelbagai arah bunyi
1.2.1 Menunjukkan arah bunyi:
i. dari atas dan bawah ii. dari kiri dan kanan iii. dari hadapan dan belakang
1.3 Mengenal pelbagai bunyi di
persekitaran
1.3.1 Membezakan bunyi di persekitaran:
i. suara manusia ii. bunyi benda iii. bunyi haiwan iv. bunyi kenderaan
1.4 Mendengar arahan mudah
1.4.1 Memberi tindak balas terhadap:
i. arahan satu perkataan ii. arahan dua perkataan
1.4.2 Memberi tindak balas terhadap
arahan mudah
5
Fokus
Bahasa Malaysia
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
2. 0 Kemahiran Bertutur
2.1 Melakukan latihan pernafasan
2.1.1 Melakukan aktiviti asas latihan
pernafasan menarik dan menghembus nafas
2.2 Melakukan pergerakan lidah dan bibir
2.2.1 Menggerakkan lidah 2.2.2 Menggerakkan bibir
2.3 Melakukan latihan “babbling”
2.3.1 Mengeluarkan bunyi “babbling”
2.4 Menghasilkan bunyi melalui percantuman bibir
2.4.1 Mengeluarkan bunyi-bunyi:
i. ma…ma...ma… ii. pa…pa…pa… iii. ba…ba…ba…
2.5 Menghasilkan bunyi yang
bermakna
2.5.1 Mengajuk bunyi:
i. manusia ii. haiwan iii. kenderaan
2.6 Melafazkan ucapan
bertatasusila
2.6.1 Mengajuk ucapan bertatasusila
2.6.2 Melafazkan pengucapan
bertatasusila
6
Fokus
Bahasa Malaysia
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
2.7 Menamakan benda maujud
di persekitaran murid
2.7.1 Menyebut semula nama benda
maujud yang ditunjukkan
2.7.2 Menyebut tiga nama benda
maujud di persekitaran murid 2.7.3 Menyebut lima nama benda
maujud di persekitaran murid
2.8 Berkomunikasi melalui
soaljawab
2.8.1 Memberi jawapan mudah
2.8.2 Bersoaljawab dengan ayat yang mudah
2.9 Bercerita
2.9.1 Ekspresi berdasarkan:
i. gambar tunggal ii. gambar bersiri
2.9.2 Bercerita berdasarkan :
i. gambar tunggal ii. gambar bersiri
2.10 Berlakon
2.10.1 Meniru aksi yang dilihat
2.10.2 Berlakon menggunakan boneka 2.10.3 Berlakon secara bebas
Kemahiran Membaca 3.0 Prabacaan
3.1 Peka terhadap bahan
bercetak
3.1.1 Memandang ke arah buku
3.1.2 Boleh memandang ke arah gambar
di dalam buku
7
Fokus
Bahasa Malaysia
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
3.1.3 Boleh memandang ke arah bahan bercetak (huruf, perkataan)
3.2 Kesediaan membaca
3.2.1 Memandang buku dengan cara yang betul 3.2.2 Membuka helaian buku dari kanan ke kiri
3.3 Mengenal huruf kecil
3.3.1 Mengecam bentuk huruf kecil
3.3.2 Memadankan huruf kecil yang sama
3.3.3 Menamakan huruf kecil 3.3.4 Menyebut huruf kecil mengikut
susunan abjad 3.3.5 Menyebut huruf kecil secara rawak
3.4 Mengenal huruf besar
3.4.1 Mengecam bentuk huruf besar 3.4.2 Memadankan huruf besar yang sama
3.4.3 Menamakan huruf besar 3.4.4 Menyebut huruf besar mengikut susunan abjad 3.4.5 Menyebut huruf besar secara rawak 3.4.6 Memadankan huruf kecil dengan huruf besar
8
Fokus
Bahasa Malaysia
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
3.5 Mengenal huruf vokal
3.5.1 Membunyikan huruf-huruf vokal
3.5.2 Mengecam huruf vokal dalam
perkataan
Kemahiran Menulis 4.0 Pratulisan
4.1 Menconteng
4.1.1 Menconteng secara bebas 4.1.2 Menconteng secara:
i. menegak ii. melintang iii. menyerong iv. melengkuk v. bulatan
4.2 Garisan
4.2.1 Menyambung garis putus-putus:
i. garis lurus ii. zig-zag iii. beralun
5.0 Kemahiran Menulis
5.1 Menulis huruf
5.1.1 Menulis huruf besar dengan cara yang betul 5.1.2 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul
9
KOMUNIKASI : BAHASA INGGERIS The Communication Strand for English Language focuses mainly on a child’s ability to communicate and understand simple words.
This strand consists of listening, speaking, pre-reading and pre-writing skills.
By the end of two years preschool, pupils will be able to:
i. Listen, imitate and understand simple spoken English
ii. Speak and respond accordingly
iii. Use language acquired to function in society
10
Focus English Language
Standard Content
Learning Standard
Level 1
Level 2
1.0 Listening Skills
1.1 Listen and respond to familiar
sound
1.1.1 Respond to own name 1.1.2 Respond to sound of animals 1.1.3 Respond to sound of objects
1.1.4 Respond to sound of vehicles
1.2 Listen and respond to simple
instructions
1.2.1 Listen and respond to one word instructions
1.2.2 Listen to and respond to simple
instructions
1.3 Listen and respond to simple
songs and rhymes
1.3.1 Listen to simple songs and rhymes
and perform simple related actions
2.0 Speaking Skills
2.1 Imitate sounds meaningfully
2.1.1 Imitate sounds that gives meaning
2.2 Give single word answer
2.2.1 Respond with ‘Yes’ or ‘No’
2.2.2 Respond with single word
answer
2.3 Name objects in the environment
2.3.1 Name three objects in the environment
2.3.2 Name five objects in
the environment
11
Focus English Language
Standard Content
Learning Standard
Level 1
Level 2
2.4 Greeting
2.4.1 Greet a person at different time during
the day: i. hello ii. good morning iii. goodbye iv. good night
2.4.2 Use polite expressions
i. thank you ii. welcome iii. please
3.0 Pre – Reading Skills
3.1 Aware that printed materials contain meaning
3.1.1 Able to look at pictures in book
3.1.2 Able to look at prints in book
3.2 Reading readiness
3.2.1 Hold book right side up 3.2.2 Turn pages right to left
3.2.3 Point to print from left to right
4.0 Pre-Writing
Skills
4.1 Scribbling
4.1.1 Random scribbling 4.1.2 Straight scribbling 4.1.3 Circular scribbling
12
Focus English Language
Standard Content
Learning Standard
Level 1
Level 2
4.2 Drawing lines
4.2.1 Able to join dotted lines:
i. horizontal lines ii. vertical lines iii. circles iv. zig-zag lines v. wavy lines
4.2.2 Able to copy:
i. horizontal lines ii. vertical lines iii. circles iv. zig-zag lines v. wavy lines
5.0 Writing Skills
5.1 Writing letters and numbers
5.1.1 Able to join dotted lines:
i. letters ii. number 1 to 10
5.1.2 Able to copy:
i. letters ii. number 1 to 10
13
KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI : PENDIDIKAN ISLAM Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai bagi Pendidikan Islam memberi fokus kepada pembentukan dan perkembangan potensi
murid-murid ke arah melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan beramal soleh. Tunjang ini memperkenalkan
murid-murid kepada perkara asas fardhu ain melalui asuhan membaca Al-Quran dan Ulum Syari’ah. Aspek asuhan membaca Al-
Quran merangkumi tilawah Al-Quran, hafazan dan kefahaman, manakala Ulum Syari’ah merangkumi Aqidah, Ibadah, Adab dan
Akhlak Islamiah dan Sirah.
Objektif tunjang ini membolehkan murid:
i. Mengenal huruf-huruf Hijaiyyah
ii. Menghafaz doa harian dan Al-Fatihah
iii. Mengetahui asas keimanan dan keislaman
iv. Mengamalkan ibadah mengikut kemampuan
v. Mengamalkan adab dan akhlak mulia dalam kehidupan harian
14
Fokus Pendidikan Islam
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
Asuhan Membaca Al- Quran 1.0 Tilawah Al Quran
1.1 Mengenal huruf Hijaiyyah
berbaris satu di atas
1.1.1 Membunyikan huruf Hijaiyyah
1.1.2 Menyurih huruf Hijaiyyah
2.0 Hafazan
2.1 Melafaz kalimah zikir
2.1.1 Melafazkan Basmallah 2.1.2 Melafazkan Tahmid
2.1.3 Melafazkan Tasbih 2.1.4 Melafazkan Takbir
2.2 Melafaz doa harian
2.2.1 Melafaz:
i. doa belajar ii. doa sebelum makan iii. doa selepas makan
ULUM SYARI’AH 3.0 Aqidah
3.1 Menyatakan Rukun Iman
3.1.1 Menyebut Rukun Iman:
i. Percaya kepada Allah ii. Percaya kepada Malaikat iii. Percaya kepada Rasul iv. Percaya kepada Kitab v. Percaya kepada Hari Akhirat vi. Percaya kepada Qada’ dan
Qadar
15
Fokus Pendidikan Islam
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
3.2 Menyatakan Rukun Islam
3.2.1 Menyebut Rukun Islam:
i. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
ii. Sembahyang lima waktu iii. Puasa di bulan Ramadan iv. Mengeluarkan zakat v. Menunaikan haji bagi yang
mampu
3.3 Mengucap Dua Kalimah
Syahadah
3.3.1 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
4.0 Ibadah
4.1 Beristinjak
4.1.1 Membersihkan diri selepas membuang air besar dan air kecil
4.2 Berwuduk
4.2.1 Mengenal anggota wuduk
4.2.2 Menamakan anggota wuduk 4.2.3 Meniru perlakuan wuduk
4.3 Melakukan amali solat
4.3.1 Meniru perlakuan solat
4.3.2 Menyebut nama solat fardhu
16
Fokus Pendidikan Islam
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
5.0 Adab dan Akhlak Islamiah
5.1 Mengamalkan ucapan salam
5.1.1 Memberi salam 5.1.2 Menjawab salam
5.2 Mengamalkan adab dalam kehidupan harian
5.2.1 Mengamalkan adab belajar 5.2.2 Mengamalkan adab sebelum makan 5.2.3 Mengamalkan adab selepas makan
5.3 Mengamalkan adab pergaulan
5.3.1 Adab pergaulan dengan guru 5.3.2 Adab pergaulan dengan ibubapa 5.3.3 Adab pergaulan dengan rakan-rakan
6.0 Sirah
6.1 Mengetahui Nabi Muhammad S.A.W.
6.1.1 Menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W. 6.1.2 Menyebut nama ibu dan bapa Nabi Muhammad S.A.W.
17
KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI : PENDIDIKAN MORAL Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai bagi Pendidikan Moral memberi penekanan dalam aspek pemupukan dan perkembangan
nilai murni, ke arah pembentukan akhlak. Nilai-nilai murni yang dipupuk dalam diri murid hendaklah dikaitkan dengan amalan
harian yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
Objektif tunjang ini membolehkan murid mengamalkan nilai:
i. Kepercayaan kepada Tuhan
ii. Baik hati
iii. Bertanggungjawab
iv. Berterima kasih
v. Hemah tinggi
vi. Hormat menghormati
vii. Kasih sayang
viii. Keadilan
ix. Keberanian
x. Kejujuran
xi. Kerajinan
xii. Kerjasama
xiii. Kesederhanaan
xiv. Toleransi
18
Fokus
Pendidikan Moral
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
1.0 Sikap Bersih
1.1 Menjaga kebersihan
1.1.1 Menunjukkan cara menjaga
kebersihan i. diri
1.1.2 Menunjukkan cara menjaga
kebersihan i. persekitaran
2.0 Sikap Kasih Sayang
2.1 Mengamalkan sikap kasih sayang
2.1.1 Menunjukkan sikap kasih sayang terhadap:
i. diri sendiri ii. ibubapa iii. guru iv. kawan-kawan
2.1.2 Menunjukkan sikap kasih sayang terhadap:
i. haiwan ii. tumbuh-tumbuhan
3.0 Sikap Hormat Menghormati
3.1 Mengamalkan sikap hormat- menghormati
3.1.1 Menunjukkan sikap hormat terhadap:
i. guru ii. ibu bapa iii. kawan-kawan
4.0 Sikap Rajin
4.1 Mengamalkan sikap rajin
4.1.1 Menunjukkan sikap rajin semasa di:
i. kelas ii. sekolah
19
Fokus
Pendidikan Moral
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
5.0 Sikap Berterima Kasih
5.1 Mengamalkan sikap berterima kasih
5.1.1 Mengucapkan terima kasih mengikut
situasi
6.0 Sikap Bertolak Ansur
6.1 Mengamalkan sikap bertolak ansur
6.1.1 Bersedia menunggu giliran
6.1.2 Menunjukkan sikap bertolak ansur dengan rakan sekelas
7.0 Berdikari
7.1 Mengamalkan sikap berdikari
7.1.1 Mengurus diri sendiri dengan bantuan
7.1.2 Mengurus diri sendiri tanpa bantuan
8.0 Keberanian
8.1 Mengamalkan sikap berani
8.1.1 Melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah
8.1.2 Melibatkan diri dalam aktiviti luar bilik darjah
20
SAINS DAN TEKNOLOGI : MATEMATIK AWAL, SAINS AWAL DAN TEKNOLOGI Tunjang Sains dan Teknologi memberi pendedahan asas dalam aspek Sains, Matematik dan penggunaan ICT. Murid
diperkenalkan dengan konsep pranombor, asas nombor, masa dan ruang, arah dan tindak balas terhadap persekitaran.
Penguasaan kemahiran Sains dan Teknologi melibatkan penggunaan bahan-bahan maujud yang dapat membantu murid
mengaplikasikan apa yang dipelajari.
Objektif tunjang ini membolehkan murid:
i. Mengetahui konsep asas Sains dan Matematik
ii. Memupuk minat terhadap Sains dan Matematik
iii. Memperkembangkan sikap ingin tahu
iv. Menggunakan deria untuk meneroka alam sekeliling
21
Fokus
Matematik Awal/Sains
Awal/Teknologi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
1.0 Padanan
1.1 Memadan benda maujud
1.1.1 Memadan benda maujud yang
sama: i. dua set ii. tiga set
1.1.2 Memadan benda maujud yang
sama: i. empat set ii. lima set
1.2 Memadan gambar
1.2.1 Memadan gambar yang
sama: i. dua set ii. tiga set
1.2.2 Memadan gambar yang sama:
i. empat set ii. lima set
1.2.3 Memadan gambar
mengikut pasangan
2.0 Pengelasan
2.1 Mengelas benda maujud
2.1.1 Mengelas benda maujud
mengikut: i. warna asas ii. bentuk
2.1.2 Mengelas benda maujud mengikut ukuran dan saiz:
i. pendek dan panjang ii. kecil dan besar iii. rendah dan tinggi
3.0 Seriasi
3.1 Menyusun benda maujud mengikut seriasi
3.1.1 Menyusun tiga benda maujud mengikut seriasi:
i. kecil ke besar ii. pendek ke panjang iii. rendah ke tinggi
22
Fokus
Matematik Awal/Sains
Awal/Teknologi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
4.0 Konsep Nombor
4.1 Mengenal konsep nombor 1 hingga 10
4.1.1 Menyebut nombor:
i. 1 hingga 5 ii. 1 hingga 10
4.1.2 Membilang ikut turutan:
i. 1 hingga 5 ii. 1 hingga 10
4.1.3 Mengenal simbol nombor:
i. 1 hingga 5 ii. 1 hingga 10
4.1.4 Mengenal nombor secara rawak
4.1.5 Memadan bilangan benda maujud dengan nombor:
i. 1 hingga 5 ii. 1 hingga 10
4.1.6 Menulis nombor:
i. 1 hingga 5 ii. 1 hingga 10
5.0 Mata wang
5.1 Mengenal mata wang
5.1.1 Mengenal wang:
i. wang syiling ii. wang kertas
5.1.1 Mengenal mata wang:
i. lima sen ii. sepuluh sen iii. dua puluh sen iv. lima puluh sen
6.0 Konsep Masa dan Waktu
6.1 Membezakan siang dan malam
6.1.1 Membezakan waktu siang dan malam
6.1.2 Menyatakan aktiviti di waktu siang dan malam
6.2 Menyatakan nama-nama hari
6.2.1 Menyatakan nama hari semasa
dengan bimbingan
6.2.2 Menyebut nama-nama hari
dalam seminggu
23
Fokus
Matematik Awal/Sains
Awal/Teknologi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
6.3 Menyatakan urutan peristiwa
6.3.1 Menyusun peristiwa mengikut
turutan masa: i. dua peristiwa ii. tiga peristiwa
7.0 Konsep Ruang
7.1 Menyatakan kedudukan benda maujud dalam ruang
7.1.1 Menunjukkan kedudukan benda maujud dalam ruang :
i. atas ii. bawah iii. depan iv. belakang v. luar vi. dalam
7.1.2 Menyatakan kedudukan benda maujud dalam ruang:
i. atas ii. bawah iii. depan iv. belakang v. luar vi. dalam
8.0 Menyiasat Alam Hidupan
8.1 Mengenal anggota badan
8.1.1 Menunjukkan bahagian anggota badan:
i. kepala ii. badan iii. kaki iv. tangan
8.1.2 Menyebut bahagian anggota badan:
i. kepala ii. badan iii. kaki iv.tangan
8.2 Menggunakan deria dalam penerokaan alam sekitar
8.2.1 Mengenali alam sekitar menggunakan deria:
i. penglihatan ii. pendengaran
8.2.2 Meneroka alam sekitar menggunakan deria:
i. penglihatan ii. pendengaran
24
Fokus
Matematik Awal/Sains
Awal/Teknologi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
iii. sentuhan iv. hidu v. rasa
iii. sentuhan iv. hidu v. rasa
8.3 Mengenal tumbuh- tumbuhan
8.3.1 Menunjukkan bahagian tumbuh-
tumbuhan: i. batang ii. daun iii. akar iv. bunga v. buah
8.3.2 Menamakan bahagian tumbuh-
tumbuhan: i. batang ii. daun iii. akar iv. bunga v. buah
8.4 Mengenal haiwan
8.4.1 Menunjukkan haiwan yang disebut 8.4.2 Menyebut nama haiwan
8.4.3 Mengelas haiwan mengikut
hábitat 8.4.4 Meniru pergerakan haiwan
8.5 Mengenal sifat bahan
8.5.1 Membezakan :
i. kering dan basah ii. panas dan sejuk
8.5.2 Membezakan objek berat dan
ringan 8.5.3 Mengasingkan objek yang tenggelam dan timbul 8.5.4 Membezakan tekstur benda maujud :
i. lembut dan keras ii. licin dan kesat iii. halus dan kasar
25
Fokus
Matematik Awal/Sains
Awal/Teknologi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
9.0 Sains sebagai satu inkuiri
9.1 Mempamerkan sikap saintifik
9.1.1 Menyiasat perubahan rupa bentuk
warna dan bahan
10.0 Penggunaan Teknologi Maklumat
10.1 Mengenal komputer
10.1.1 Mengenalpasti bahagian -
bahagian komputer: i. monitor ii. tetikus iii. kekunci iv. CPU
10.1.2 Menghidupkan komputer
‘switch on’ dan menutup komputer ‘switch off’ , shut down’ menggunakan urutan yang betul
10.1.3 Menggunakan tetikus untuk klik dan dwi klik
26
PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA : KREATIVITI DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika dibahagikan kepada Kreativiti dan Perkembangan Fizikal.
Kreativiti berfokus kepada aspek perkembangan daya kreativiti dan pembentukan keyakinan diri bagi melahirkan murid-murid yang
berkemahiran dan berketerampilan. Bidang ini merangkumi kemahiran Muzik dan Pendidikan Seni.
Perkembangan Fizikal memberi fokus kepada perkembangan motor kasar dan motor halus serta latihan koordinasi mata tangan.
Penguasaan motor kasar, motor halus dan kordinasi mata tangan amat penting untuk membolehkan murid-murid menguasai
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam tunjang yang lain, di samping membantu mereka menjalani kehidupan seharian dengan
lebih baik. Perkembangan Fizikal membolehkan murid menguasai kemahiran motor kasar, motor halus dan koordinasi mata
tangan.
Objektif tunjang ini membolehkan murid:
i. Memperkembangkan bakat dan potensi dalam Seni dan Muzik
ii. Menghasilkan karya seni mengikut kebolehan
iii. Melakukan kemahiran motor halus dan asas kemahiran motor kasar dengan cara yang betul
27
Fokus
Kreativiti
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
1.0 Lukisan dan
Kraf
1.1 Membuat contengan dan
mewarna
1.1.1 Membuat contengan bebas 1.1.2 Membuat contengan terkawal
1.1.3 Membuat lakaran di atas
pelbagai permukaan dengan menggunakan pelbagai media
1.1.4 Mewarna dalam ruang
1.2 Membuat corak dan rekaan
1.2.1 Menghasilkan corak tidak
terancang
1.2.2 Menghasilkan corak
terancang
1.3 Membentuk dan membuat binaan
1.3.1 Menggunakan pelbagai bahan
secara kreatif untuk membuat binaan
1.4 Mengenal dan membuat kraf
1.4.1 Menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan kraf
28
Fokus
Kreativiti
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
2.0 Muzik, Nyanyian dan Pergerakan Kreatif
2.1 Mendengar pelbagai rentak muzik
2.1.1 Membuat pergerakan mengikut lirik lagu
2.1.2 Membuat pergerakan kreatif
mengikut rentak muzik
2.2 Menyanyi lagu
2.2.1 ‘Humming’ mengikut melodi
2.2.2 Menyanyi mengikut lagu yang diperdengarkan 2.2.3 Menyanyi tanpa muzik
2.3 Menghasilkan bunyi dengan alat perkusi
2.3.1 Membunyikan alat perkusi
2.3.2 Memainkan alat perkusi:
i. tanpa iringan muzik ii. dengan iringan muzik
29
Fokus
Perkembangan Fizikal
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
1.0 Motor Kasar
1.1 Melakukan pergerakan
setempat
1.1.1 Melakukan pergerakan kepala 1.1.2 Melakukan pergerakan:
i. tangan ii. kaki
1.2 Melakukan pergerakan
asas
1.2.1 Merangkak 1.2.2 Berjalan 1.2.3 Berlari
1.2.4 Berguling 1.2.5 Melompat 1.2.6 Membaling 1.2.7 Melambung dan menyambut 1.2.8 Menaiki dan menuruni tangga dengan kaki berselang-seli 1.2.9 Bergayut
1.3 Melakukan kemahiran
motor kasar bukan lokomotor
1.3.1 Duduk dengan postur yang betul 1.3.2 Baring dengan postur yang betul
i. menelentang ii. meniarap
1.3.3 Berjengket 1.3.4 Melompat setempat 1.3.5 Mengimbangi badan dengan
berdiri sebelah kaki
30
Fokus
Perkembangan Fizikal
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
2.0 Motor Halus
2.1 Melakukan kemahiran motor halus
2.1.1 Memegang dan meletak 2.1.2 Merenjis 2.1.3 Meramas 2.1.4 Menyusun 2.1.5 Merenyuk 2.1.6 Menumbuk 2.1.7 Menerap 2.1.8 Memicit
2.1.9 Menyepit
2.1.10 Memutar
2.1.11 Mengoyak
2.1.12 Mencubit 2.1.13 Menggentel
2.1.14 Menguli
2.1.15 Melipat
2.1.16 Memulas
2.1.17 Menjentik
2.1.18 Memetik
2.1.19 Mengikat
31
Fokus
Perkembangan Fizikal
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
2.2 Menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan
2.2.1 Mengawal pergerakan mata tangan:
i. menguntai manik ii. ‘lacing’ iii. menampal/melekat objek iv. mencantum puzzle/jigsaw puzzle –
2 hingga 4 bahagian
2.2.2 Memegang alat tulis dengan
cara yang betul
2.2.3 Mengawal pergerakan mata tangan:
i. menggunting ii. mencantum puzzlel/jigsaw
puzzle iii. menuang iv. menyurih v. memotong
32
KETERAMPILAN : PENGURUSAN DIRI Tunjang Keterampilan bagi Pengurusan Diri penting untuk melatih murid berdikari dan berkemahiran dalam kehidupan seharian.
Tunjang ini menekankan aspek amalan makan dan minum yang betul, latihan penggunaan tandas, kebersihan dan kekemasan diri.
Objektif tunjang ini membolehkan murid:
i. Mengurus diri dalam kehidupan seharian
ii. Mengamalkan kebersihan dan kekemasan diri
iii. Berdikari dalam menjalani kehidupan harian
33
Fokus
Pengurusan Diri
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
1.0 Amalan Makan dan Minum
1.1 Mengamalkan adab makan
dan minum
1.1.1 Membasuh tangan sebelum dan
selepas makan
1.1.2 Beratur ketika mengambil makanan
1.1.3 Membaca doa sebelum dan selepas makan
1.1.4 Meletakkan peralatan makan dan
minum di tempat yang betul selepas digunakan
1.2 Mengamalkan cara makan dan minum yang betul
1.2.1 Minum menggunakan:
i. cawan ii. gelas
1.2.2 Makan dengan menggunakan
tangan kanan 1.2.3 Makan dengan menggunakan:
i. sudu ii. garpu iii. sudu dan garpu
34
Fokus
Pengurusan Diri
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
2.0 Penggunaan Tandas
2.1 Memberitahu guru apabila hendak ke tandas
2.1.1 Memberitahu guru apabila hendak ke tandas:
i. simbol ii. isyarat iii. lisan
2.2 Mendisiplinkan diri untuk membuang air di tempat yang betul
2.2.1 Mengamalkan adab sebelum dan selepas masuk tandas 2.2.2 Membersihkan diri selepas ke tandas
2.3 Menggunakan tandas dengan cara yang betul
2.3.1 Menggunakan tandas dengan cara yang betul: i. tandas duduk ii. tandas cangkung iii. menarik pam tandas
3.0 Kebersihan dan Kekemasan Diri
3.1 Menjaga kebersihan diri
3.1.1 Membasuh dan mengelap tangan 3.1.2 Membersihkan muka 3.1.3 Memberus gigi 3.1.4 Mandi
3.1.5 Membezakan antara bersih dan kotor
35
Fokus
Pengurusan Diri
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
3.2 Menjaga kebersihan diri
selepas ke tandas
3.2.1 Membersihkan diri selepas ke tandas:
i. air kecil ii. air besar
3.3 Memakai dan menanggalkan
pakaian
3.3.1 Menanggalkan kasut 3.3.2 Memakai kasut 3.3.3 Menanggalkan seluar 3.3.4 Memakai seluar 3.3.5 Menanggalkan stoking 3.3.6 Memakai stoking
3.3.7 Menanggalkan baju 3.3.8 Memakai baju 3.3.9 Membuka dan menutup zip 3.3.10 Membutang
3.4 Kekemasan diri
3.4.1 Menyisir rambut 3.4.2 Memakai bedak
36
KETERAMPILAN : PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI Tunjang Keterampilan bagi Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran sosioemosi yang matang.
Perkembangan Sosioemosi yang sihat penting dalam kehidupan murid dan menjadi asas kepada pembelajaran serta
perkembangan.
Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami emosi dan menguruskan emosi sendiri. Ia diikuti dengan
pencapaian prososial yang positif, kebolehan mengurus emosi, membantu membina keyakinan diri dan semangat berdikari.
Objektif tunjang ini membolehkan murid:
i. Mengamalkan tingkah laku sesuai yang sedia ada
ii. Menghormati pandangan orang lain
iii. Membina kemahiran sosioemosi dan keyakinan diri supaya dapat disesuaikan dalam masyarakat
37
Fokus
Perkembangan Sosioemosi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
1.0 Membina Keyakinan
1.1 Membina keyakinan diri
1.1.1 Berpisah dengan ibu bapa tanpa masalah 1.1.2 Bermain dengan pengawasan terhad 1.1.3 Bermain tanpa bergantung kepada guru kelas
1.1.4 Melakukan aktiviti yang sesuai dilakukan secara bersendirian 1.1.5 Melaksanakan tanggungjawab mudah
2.0 Identiti
2.1 Membina identiti kendiri
2.1.1 Menyimpan peralatan selepas digunakan di tempat yang betul
2.1.2 Mendengar dan menerima arahan orang lain 2.1.3 Menyiapkan tugasan yang diberi 2.1.4 Menunjukkan minat meneroka alat dan tempat baru
38
Fokus
Perkembangan Sosioemosi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
3.0 Sosial
3.1 Mengamal sikap prososial
3.1.1 Bermain dengan rakan 3.1.2 Menunggu giliran 3.1.3 Berkongsi dengan orang lain:
i. makanan ii. peralatan
3.1.4 Membantu:
i. rakan ii. guru
3.1.5 Berkomunikasi dengan sopan dan berhemah 3.1.6 Menunjukkan perasaan:
i. marah ii. gembira iii. sedih iv. takut
4.0 Emosi
4.1 Menunjukkan emosi positif
4.1.1 Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti
4.1.2 Menghormati hak orang lain 4.1.3 Menunjukkan sikap empati
39
KEMANUSIAAN
Tunjang Kemanusiaan memberi tumpuan kepada murid untuk lebih memahami diri sendiri, hubungan antara diri dengan keluarga,
rakan, komuniti dan alam semulajadi. Murid juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam konsep perhubungan positif.
Pada masa yang sama murid lebih memahami budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.
Objektif tunjang ini membolehkan murid:
i. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian
ii. Melibatkan diri dalam aktiviti dan perayaan komuniti pelbagai kaum
40
Fokus
Kemanusiaan
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
1.0 Diri Saya
1.1 Mengenal latar
belakang diri
1.1.1 Menyebut nama panggilan diri
sendiri
1.1.2 Menyebut nama penuh
1.1.3 Menceritakan tentang diri
sendiri
2.0 Saya dan
Keluarga
2.1 Mengenal keluarga
2.1.1 Menyebut gelaran ahli keluarga asas
2.1.2 Menyebut nama-nama ahli keluarga
asas
2.1.3 Menyebut gelaran ahli
keluarga kembangan
3.0 Saya dan Rakan
3.1 Mengenal rakan
3.1.1 Menunjuk rakan sekelas yang
disebut
3.1.2 Menyebut nama rakan sekelas
4.0 Saya dan
Sekolah
4.1 Mengenal sekolah
4.1.1 Menyebut panggilan ringkas warga
sekolah: i. guru kelas ii. pembantu pengurusan murid
4.1.2 Menyebut nama:
i. guru kelas ii. pembantu pengurusan
murid iii. sekolah
5.0 Persekitaran dan Keindahan Alam
5.1 Menghargai keindahan alam
5.1.1 Membersihkan kawasan dalam kelas
5.1.2 Membersihkan kawasan luar
kelas
41
Fokus
Kemanusiaan
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
6.0 Warisan budaya
6.1 Mengenal kaum di Malaysia
6.1.1 Menamakan kaum di Malaysia
6.2 Mengenal perayaan di Malaysia
6.2.1 Menamakan perayaan-perayaan
utama di Malaysia i. Hari Raya ii. Tahun Baru Cina iii. Deepavalli iv. Krismas
6.2.2 Menamakan perayaan - perayaan di Malaysia
i. Hari Gawai ii. Hari Wesak iii. Thaipusam iv. Pesta Keamatan
6.3 Mengenal pakaian tradisional di Malaysia
6.3.1 Menamakan pakaian tradisional
6.3.2 Menamakan pakaian masyarakat Malaysia
6.4 Lagu rakyat
6.4.1 Mendengar lagu-lagu rakyat
6.4.2 Menyanyikan lagu-lagu rakyat
6.5 Mengenal makanan tradisional
6.5.1 Menyebut nama makanan
tradisional
7.0 Negara Saya
7.1 Menghormati pemimpin
7.1.1 Menghormati:
i. guru ii. pembantu pengurusan murid
7.1.2 Menghormati warga sekolah
42
Fokus
Kemanusiaan
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aras 1
Aras 2
7.2 Mengenal simbol kemudahan awam
7.2.1 Menunjukkan simbol:
i. tandas awam ii. perhentian bas iii. telefon awam
7.3 Sikap cintakan negara
7.3.1 Menyanyikan:
i. lagu sekolah ii. lagu ”Negaraku” iii. lagu negeri
7.3.2 Mengenal dan menghormati:
i. Jalur Gemilang ii. bendera negeri sendiri
8.0 Semangat bermasyarakat
8.1 Semangat bermasyarakat
8.1.1 Mengamalkan sikap tolong menolong dengan:
i. guru ii. rakan
43
BAHAGIAN B
MODUL TERAS TEMA
44
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS Modul Teras Tema Bahagian B Standard Kurikulum Pendidikan Khas (KSPK) Prasekolah Masalah Pembelajaran Kebangsaan memaparkan cadangan
tema dan subtema serta kandungan Standard Pembelajaran yang sesuai untuk setiap subtema. Standard Pembelajaran yang
berkenaan dipetik daripada Standard Pembelajaran untuk setiap tunjang seperti yang dipaparkan di Bahagian A kurikulum ini.
Tema dan subtema yang disenaraikan dalam bahagian ini merupakan cadangan yang boleh diubahsuai oleh guru. Guru boleh
menggubal kurikulum tema dan subtema yang bersesuaian dengan murid. Cadangan tarikh pelaksanaan boleh juga diubahsuai
mengikut keperluan. Jadual 1 dipaparkan sebagai panduan guru.
Modul Teras Tema menyepadukan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran daripada tunjang-tunjang yang berbeza
dalam KSPK. Jangka waktu yang disenaraikan merupakan satu contoh sahaja dan boleh diubahsuai mengikut kebolehan murid.
Standard Pembelajaran yang telah dicapai pada tarikh tertentu boleh diulangi selepas itu untuk tujuan ulangkaji dan pengukuhan.
45
Jadual 3 : Cadangan Tema dan Subtema untuk Satu Tahun
Bil. Tema Subtema Jangka Waktu Cadangan
Pelaksanaan
1. Minggu Orientasi Minggu Orientasi 2 minggu Jan
2. Diri Saya Perihal Diri Saya 3 minggu Jan / Feb
3. Diri Saya Anggota Badan 3 minggu Feb
4. Diri Saya Keluarga Saya 3 minggu Mac
5. Diri Saya Sekolah Saya 3 minggu April
6. Alam Hidupan Sayur-sayuran 3 minggu April / Mei
7. Alam Hidupan Buah-buahan 3 minggu Mei / Jun
8. Alam Bahan Makanan 3 minggu Jun / Julai
9. Alam Bahan Pakaian 3 minggu Julai
10. Malaysia Negaraku Negara Saya 3 minggu Ogos
11. Alam Hidupan Haiwan 4 minggu Sept
12. Alam Bahan Kenderaan 4 minggu Sept / Okt
13. Alam Hidupan Bunga 4 minggu Okt / Nov