Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsar
-
Upload
syafiq-ali -
Category
Education
-
view
1.973 -
download
1
description
Transcript of Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsar
Taklimat Mengenai Pelaksanaan Aktiviti Kesiapsiagaan Menghadapi Jangkitan Middle East Respiratory
Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) Di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia 5 Julai 2013
AGENDA TAKLIMAT MENGENAI PELAKSANAAN AKTIVITI KESIAPSIAGAAN
MENGHADAPI JANGKITAN MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME CORONAVIRUS (MERS-CoV) DI MALAYSIA
TARIKH: 5 JULAI 2013 (JUMAAT) MASA: 9:00 PAGI – 12:30 TENGAHARI LOKASI: AUDITORIUM MUTIARA INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN OFF JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR
1. Pelaksanaan Aktiviti Kesiapsiagaan Menghadapi Jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) di Malaysia
Oleh: YBrs. Dr. Chong Chee Kheong Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Pengurusan Kes Jangkitan MERS-CoV
Oleh: Dr. Benedict Sim Pakar Perunding Perubatan (Penyakit Berjangkit) Hospital Sungai Buloh
3. Pengurusan Sampel Bagi Kes Jangkitan MERS-CoV
Oleh: Dr. Ravindran Thayan Pegawai Penyelidik Kanan
Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
4. Langkah-langkah Kesiapsiagaan di Hospital-hospital KKM Dalam Menghadapi Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)
Oleh: YBhg. Dato’ Dr. Azmi Shapie Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
5. Taklimat Kepada Pihak Media
Oleh: YBrs. Dr. Chong Chee Kheong Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia
6. Sesi Soal Jawab
Pelaksanaan Aktiviti Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi
Kejadian Jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus
(MERS-CoV)
Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan Malaysia
5 Julai 2013
MERS-CoV: Pengenalan• MERS-CoV adalah salah satu ahli keluarga (strain) dari
kumpulan coronavirus
• Ia merupakan kumpulan keluarga virus yang besar dan terdiri dari pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan
• SARS yang pernah menggemparkan dunia pada 2003, merupakan salah satu dari strain coronavirus tersebut
• Namun begitu, MERS-CoV dan SARS adalah dua strain coronavirus yang berbeza di antara satu dengan yang lain
• Sehingga 26 Jun 2013, sejumlah 77 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dari seluruh dunia, meliputi 40 kematian (case fatality rate: 51.9%)
MERS-CoV: Pengenalan (samb.)Negara Bil. Kes (Kematian)
Perancis 2 (1)
Itali 3 (0)
Jordan 2 (2)
Qatar 2 (0)
Arab Saudi 62 (34)
Tunisia 2 (0)
United Kingdom (UK) 3 (2)
Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1 (1)
JUMLAH KESELURUHAN 77 (40)
Bagi kes yang dilaporkan dari Tunisia dan negara-negara rantau Eropah, mereka samada mempunyai sejarah lawatan ke rantau Timur Tengah atau sejarah kontak dengan pelawat yang bergejala sejurus
pulang dari lawatan ke Timur Tengah
Source: Update: Severe Respiratory Illness Associated with Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) — Worldwide, 2012–2013. CDC Atlanta MMWR (June 2013). Vol. 62: 1-4
Kes baru yang dilaporkan sepanjang Jun 2013 (sehingga 26 Jun 2013): 22 kes (termasuk 9 kematian)
Source: Update: Severe Respiratory Illness Associated with Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) — Worldwide, 2012–2013. CDC Atlanta MMWR (June 2013). Vol. 62: 1-4
Jangkitan MERS-CoV• Gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV
merupakan jangkitan respiratori yang berlaku secara akut dan serius, iaitu demam dan kesukaran untuk bernafas
• Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru dan terdapat juga sebahagian kes yang dikesan dengan gejala gastrointestinal seperti cirit birit
• Bagi individu yang menghidapi penyakit kronik dan kurang daya tahan jangkitan (immunocompromised), gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical)
Jangkitan MERS-CoV (samb.)• Punca jangkitan (source of infection) dan cara jangkitan (mode
of transmission) bagi jangkitan MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti
• Pihak WHO juga menegaskan bahawa tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya tidak diketahui dan tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini
• Buat masa ini, pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalananan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat
• Saranan terkini dari WHO berkaitan pengurusan sampel klinikal MERS-CoV: “Stronger recommendations for lower respiratory specimens, rather than nasopharyngeal swabs, to be used to diagnose MERS-CoV infection”
Status Semasa:Pelaksanaan Aktiviti
Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Kejadian Jangkitan
Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus
(MERS-CoV)
Pemakluman / Hebahan Maklumat MengenaiMERS-CoV Oleh KKM
• Kepada anggota kesihatan di lapangan: – Surat edaran Ketua Pengarah Kesihatan ruj. (4) dlm.
KKM-171/BKP/12/56/0826 bertarikh 11 Oktober 2012
– Surat edaran Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) ruj. (6) dlm. KKM-171/12/56/0826 bertarikh 22 Mac 2013
– Surat edaran Ketua Pengarah Kesihatan ruj. (9) dlm. KKM-171/BKP/12/56/0826 bertarikh 14 Jun 2013
• Kepada orang awam:– Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan (bertarikh 6 Jun 2013)
• KKM akan terus memantau situasi kejadian MERS-CoV dan sebarang perkembangan terkini dari pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi MERS-CoV: Jemaah Haji / Umrah
• Jemaah Umrah:– Nasihat kesihatan (Health Advisory) kepada jemaah umrah
sebagaimana terkandung dalam Kenyataan Akhbar KPK
– Edaran Nasihat Kesihatan (Health Advisory) melalui kerjasama dengan pihak Persatuan Agensi-agensi Pelancongan & Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia; BUMITRA)
• Jemaah Haji:– Bekerjasama dengan pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia (LTH)
– Pemantauan MERS-CoV ke atas jemaah haji telah dilaksanakan semenjak musim haji 1433H/2012M
– Pendidikan kesihatan kepada bakal jemaah haji musim haji 1434H/2013M melalui Kursus Haji Intensif & Kursus Haji Perdana yang dilaksanakan oleh pihak LTH
Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi MERS-CoV: Jemaah Haji / Umrah (2)
• Jemaah Haji (samb.):– Penyediaan bekalan penutup mulut & hidung (mask) dan hand sanitizer dalam kuantiti
tertentu untuk kegunaan jemaah haji
– Menggalakkan bakal jemaah haji untuk turut membawa bekalan tambahan penutup mulut & hidung (mask) untuk kegunaan masing-masing
– Menggalakkan bakal jemaah haji untuk mendapatkan vaksin influenza & pneumococcal
– Pemakluman maklumat terkini mengenai MERS-CoV secara berkala kepada petugas rombongan haji (pasukan perubatan rombongan haji, operasi dll.) semasa di Malaysia dan di Tanah Suci
– Nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak KKM akan dimuatnaik oleh pihak LTH dalam laman sesawang mereka
– Maklumat berkaitan pengesanan kes MERS-CoV akan dimaklumkan oleh LTH kepada pihak KKM di Malaysia dari semasa ke semasa
– Perkongsian maklumat status kesihatan semasa jemaah haji di Tanah Suci dengan memberikan Bahagian Kawalan Penyakit, KKM akses kepada Sistem PHIS (Pilgrim Health Information System) milik LTH
– Pengurusan kes MERS-CoV dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci juga akan mengambilkira garispanduan ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan WHO
Saringan Di Pintu Masuk Antarabangsa
• Saringan suhu badan (bagi mengesan gejala demam) di- kalangan pelawat yang tiba dari negara/kawasan dijangkiti di pintu-pintu masuk utama antarabangsa
• Pelawat yang dikesan demam melalui saringan akan diperiksa semula oleh kakitangan kesihatan
• Edaran kad amaran kesihatan (health alert card)
• Rujukan kes bergejala (moderate atau severe) ke hospital
Survelan Jangkitan Respiratori• Lokasi sentinel meneruskan aktiviti survelan influenza-like
illness (ILI) & severe acute respiratory infection (sARI)
• Bagi aktiviti survelan virus MERS-CoV ianya dilaksanakan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sg. Buloh
• Aktiviti survelan virus MERS-CoV telah bermula semenjak November 2012, sehingga kini tiada sampel positif yang dikesan dari aktiviti ini
• Penyelaras keseluruhan bagi aktiviti survelan jangkitan respiratori di peringkat kebangsaan adalah Cawangan Survelan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
Pengurusan Pesakit Dengan Jangkitan Respiratori
• Pemeriksaan klinikal oleh pengamal perubatan yang merawat adalah kritikal
• Bagi kes dengan gejala ringan (mild), perlu dibekalkan dengan Tatacara Penilaian Kesihatan Kendiri (Home Assessment Tool)
• Sebarang kes patient under investigation (PUI) atau positif MERS-CoV yang dikesan perlu dinotifikasikan melalui saluran yang telah dikenalpasti dengan kadar segera
Pengurusan Sampel Klinikal Bagi Kes Jangkitan Respiratori
• Kapasiti semasa: IMR & MKAK Sg. Buloh (dengan agihan tertentu bagi penghantaran sampel dalam kalangan kesemua negeri)
• Keupayaan makmal untuk menjalankan ujian pengesahan kes MERS-CoV akan diperluaskan menjelang Ogos 2013, melibatkan 12 buah makmal hospital & 1 Makmal Kesihatan Awam (MKA) yang telah mengikuti latihan sekitar penghujung Jun 2013 (yang diadakan oleh pihak IMR)
Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus
(MERS-CoV): Nasihat Kesihatan Khusus
Untuk Jemaah Haji / Umrah Dan Pelawat
• Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman
• Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (medical mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu
• Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak dengan sepenuhnya, menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat
• Mereka yang pulang ke Malaysia dengan gejala jangkitan respiratori (demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (medical mask)
• Jika gejala yang dialami berterusan dan menjadi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai MERS-CoV, boleh berhubung dengan:
Perkara Butiran
Nama Pegawai:
No. Telefon:E-mel:
Dr. Norhayati binti Rusli(Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Survelan)03-8883 [email protected]
Nama Pegawai:
No. Telefon:E-mel:
Dr. Wan Noraini binti Wan Mohamed Noor(Ketua Sektor Survelan Penyakit)03-8883 [email protected]
Nama Pegawai:
No. Telefon:E-mel:
Dr. Husnina bt. Ibrahim(Ketua Sektor Pengurusan Wabak & Bencana)03-8883 4125 [email protected]
Cawangan Survelan,Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
Sebarang Pertanyaan Lanjut Mengenai MERS-CoV Semasa Krisis Boleh Berhubung Dengan:
Perkara Butiran
No. Telefon:Faks:E-mel:
Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit03-8883 441903-8888 0643 [email protected]
No. Telefon:Faks:E-mel:
Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC)03-8881 0600 / 070003-8881 0400 / [email protected]
No. Telefon:E-mel:
Ketua Sektor Pengurusan Wabak & Bencana03-8883 4125 [email protected]
Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan Malaysia
TERIMA KASIH