Dokumentasi Program Selepas Upsr 2012 Edited
description
Transcript of Dokumentasi Program Selepas Upsr 2012 Edited
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA,
JALAN IPOH,
51200 KUALA LUMPUR.
MOTO SEKOLAH
BERUSAHA BERSEMANGAT WAJA
VISI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA AKAN MENCAPAI 100% LULUS DALAM UPSR MENJELANG 2012.
MISI SEKOLAH
KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA BERTEKAD UNTUK MEMPERBAIKI PRESTASI KURIKULUM DAN SAHSIAH MURID KE ARAH KECEMERLANGAN BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM SELEPAS UPSR 2012
Program ini dijalankan untuk mengisi masa yang terluang selepas peperiksaan UPSR bagi murid-murid Tahun 6 Amanah seramai 41 orang. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan mereka hadir ke sekolah dan mengelakkan kegiatan ponteng sekolah dikalangan murid-murid.
Program ini bermula pada 18 September dan berakhir pada 31 Oktober 2012, dan berterusan hingga tamat hari persekolahan. (Sila rujuk jadual tentatif program).
Program ini dimulakan dengan Minggu Keceriaan. Aktiviti ini diadakan di Bilik Pendidikan Seni. Penyelaras aktiviti ini ialah Puan Gan Siew Kiok. Murid-murid ditugaskankan melukis mural yang bertemakan corak batik. Minggu seterusnya merupakan Minggu Bumi Hijau. Minggu Bumi Hijau diadakan di Taman Sains, di mana murid-murid tahun 6 ditugaskan menanam pokok kangkung. Selain itu, murid-murid membina landskap di Taman Sains. Penyelaras aktiviti ini ialah En.Musa Bin Mangsor. Pada 22 September, Program Galakan Membaca Bersama Kuntum telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dijalankan selepas waktu rehat.
Program seterusnya ialah Minggu ICT. Program ini dijalankan di Makmal Komputer. Aktiviti yang dijalankan ialah membuat brochure dan pengoperasian FROG. Murid-murid diajar untuk menghasilkan brochure menggunakan perisian Microsoft Office Publisher. Penyelaras aktiviti ini ialah En. Rafiq Bin Razali.
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah dijalankan selama 3 hari. Dalam program ini murid-murid didedahkan kaedah membuat gajet, menanam semangat kerjasama dalam kumpulan, ikhtiar hidup di dalam hutan dan sebagainya. Murid-murid begitu teruja dengan aktiviti yang dijalankan. Semua guru-guru terlibat dalam program ini. Program Ceriathon yang dianjurkan oleh PIBG, diadakan pada 6 Oktober 2012. Aktiviti yang telah dijalankan ialah mengecat pondok bacaan, dewan, tempat menunggu, mural kelas dan prasekolah. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yg.Bhg. Tan Sri Dato Seri Elyas Omar, Mantan Dato Bandaraya Kuala Lumpur.
Pada 10 Oktober 2012, Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan ProgramCeramah Awal Remaja untuk murid-murid tahap 2. Program ini dikelolakan oleh Guru Unit Bimbingan & Kaunseling, Cik Farihiin Binti Mohd Razi. Kaunselor dari Sekolah Kebangsaan Batu Muda, telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang awal remaja. Ceramah telah berlangsung selama 2 jam, bermula dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Murid-murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. Program Khemah Ibadah telah diadakan pada 20 Oktober 2012. Program ini telah dikelolakan oleh Panitia Agama Islam.
Minggu Sukan telah dadakan pada 22 Oktober 2012, Aktiviti yang bertemakan 1 Murid 1 Sukan telah dijalankan disepanjang 5 hari. Setiap murid terlibat dengan 1 acara sukan. Permainan yang dianjurkan ialah perlawanan bola tampar, bola jaring, bola sepak, futsal dan boccia. Murid-murid prasekolah pula terlibat dengan aktiviti sukaneka. Aktiviti 1M1S ini dijalankan pada sesi pagi sebelum waktu rehat, berkonsepkan pertandingan antara rumah-rumah sukan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan pada 30 Oktober 2012. Keputusan akhir adalah seperti Lampiran 1.
Minggu Kebudayaan telah dijalankan pada setiap hari Rabu , bermula dari pukul 1.30petang hingga 3.30petang. Aktiviti yang dijalankan ialah latihan persembahan untuk sambutan Hari Kanak-Kanak dan Majlis Anugerah Cemerlang. Antara latihan persembahan yang dijalankan ialah koir, nasyid, kalam jamaei, sketsa, dan tarian. Hari Kanak-Kanak yang telah dijalankan pada 31 Oktober 2012 berlangsung dengan jayanya.1.0 TAJUK :Laporan Program Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR bagi murid-murid
Tahun 62.0TUJUAN : Tujuan program ini diadakan untuk mengisi waktu yang terluang dengan
faedah dan pada waktu yang sama meningkatkan mutu penguasaan
pengeahuan am di kalangan murid-murid Tahun 6
3.0RASIONAL Selepas tamat peperiksaan UPSR, murid-murid di Tahun 6 khasnya, kurang tertarik untuk datang ke sekolah, untuk menarik minat murid-murid supaya terus hadir ke sekolah, perlu diadakan program, projek dan aktiviti yang dapat mendatangkan faedah dan manfaat kepada mereka. Memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 untuk menguasai pengetahuan yang dapat merangsang minda ke tahap yang lebih tinggi dalam aktiviti-akiviti yang disediakan.
4.0OBJEKTIF
Memastikan program yang diamanahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan tercapai dengan jayanya. Mempraktikkan ajaran-ajaran yang pernah diterima dari segi ibadat dan muamalat.
Menyemai kesedaran beragama dengan cara yang betul dan mengikis fahaman yang tidak
tepat mengenai agama Islam. Mengisi masa selepas peperiksaan UPSR dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Memupuk semangat cintakan alam, mencungkil bakat-bakat seni dan sukan di kalangan
murid-murid. Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat ingin belajar.5.0 TEMPOH MASASepanjang bulan September, Oktober dan November.6.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 6 20127.0INTENSIF DAN HADIAH
Hadiah dan pelbagai insentif lain seperti sijil akan diberikan sebagai tanda penglibatan murid dalam program ini.
8.0CARTA ORGANISASI
JAWTANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM SELEPAS UPSRTAHUN 6 2012
Penasihat : Puan Tuan Kamariah Bin Nik SinPengerusi : Puan Norziha Bt Othman
Naib Pengerusi : En. Ahmad Nadzlee Fitri B. Muhamad En. Badarul Ihsan B. Bhujang Pn. Wan Mazlina Bt. Wan Din
Penyelaras : En. Ahmad Rezuan B. Mat Jusoh
Setiausaha : Cik Farihiin Bt. Mohd Razi
Ahli Jawatankuasa : En. Musa B. Mangsor En. Mohd Izwan B. Norazmi
En. Mohamad Rafiq B. Razali
Pn. Nurati Bt. Isa
En. Khuzairi B. Khuzi
Pn. Rogayah Bt. Mahmud
Cik Norosmahwati Bt. Ghazali
En. Mohd Noor B. Majid
En. Zaharul Ehsan B. Tahril
Pn. Nor Aniroh B. Musa
Pn. Siti Norhayati Bt. Harun8.0TENTATIF PROGRAMBilAktivitiTarikh/MasaGuru bertugasLokasiTindakan
1.Minggu Keceriaan
-Melukis mural cora batikMinggu I
18/9/2012-21/9/2012Guru yang mengajar mengikut jadual waktuBilik Pend. SeniPn. Gan Siew Kiok
2.Kempen Galakan Membaca Bersama Kuntum20/9/2012Semua guruDewan Seri UtamaPn. Rogayah Bt. Mahmud
3.Minggu Bumi Hijau
-Membuat bunga gantungMinggu II24/9/2012-28/9/2012Guru yang mengajar mengikut jadual waktuPersekitaran sekolahEn. Musa B. Mangsor
4.Minggu ICT
-Cara mengoperasikan FROGMinggu III1/10/2012-5/10/2012Guru yang mengajar tahun 6Bilik Mesyuarat Usaha SepakatEn. Muhamad Rafiq B. Razali
5.Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform5/10/2012-7/10/2012Semua guruPersekitaran sekolahEn. Musa B. Mangsor
6.Program Ceriathon6/10/2012Semua guruPersekitaran sekolahAJK PIBG
7.Ceramah Awal Remaja Minggu IV10/10/2012Guru yang mengajar mengikut jadual waktuBilik TayanganCik Farihiin Bt. Mohd Razi
8.Khemah Ibadah20/10/2012Semua guruPersekitaran sekolahPanitia Agama Islam
9.Minggu Sukan Minggu V
22/10/2012-26/10/2012Guru yang mengajar mengikut jadual waktuPadangPn. Nadia Bt. Halim
10.Minggu KebudayaanSetiap hari Rabu/
1.30ptg-3.30ptgGuru yang mengajar mengikut jadual waktuDewan Seri UtamaPn. Rogayah Bt. Mahmud
11.Hari Kanak-Kanak31/10/2012Semua guruDewan Seri UtamaCik Farihiin Bt. Mohd Razi
9. 0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan dari Wang Kokurikulum/Kaunseling/Sumbangan HEM
BILPERKARASUMBER KEWANGANJUMLAH
1.Minggu KeceriaanPCG Panitia Pend. SeniRM100.00
2.Minggu SukanBSSRM150.00
3.Perkhemahan Bersepadu Unit BeruniformKutipan, PIBG, Bantuan Ko-k, sumbangan individuRM3180.00
4.Ceramah Awal RemajaPCG Unit Bimbingan & KaunselingRM240.00
5.JumlahRM3670.00
10.0IMPAK
Murid-murid Tahun 6 Amanah dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang seronoh dan berfaedah. Mereka dapat mempelajari kemahiran yang boleh membawa perubahan yang positif, memupuk sikap toleransi dan kerjasama di antara satu sama lain secara langsung atau tidak langsung11.0PENUTUPSegala perancangan tentang aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semua murid dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang akan diadakan. Kerjasama daripada semua pihakterutama pihak pentadbir adalah seperti diharapkan dan perjalanan setiap aktiviti ini berjalan lancar dan tersusun.
BUKU PROGRAMGAMBARMinggu kesenian
Murid Tahun 6 melukis mural
Hasil mural muridKEMPEN GALAKAN MEMBACA BERSAMA KUNTUM
Pihak Kuntum menyampaikan ceramah
Murid-murid yang telah berjaya menjawab soalan dengan baik mendapat hadiah daripada pihak KuntumMinggu bumi hijau
Pokok kangkung yang ditanam oleh murid
Murid membuat landskap Taman SainsMinggu ict
Murid di makmal computer untuk membuat brochure
Murid mempelajari cara mengoperasi FROG
Minggu perkhemahan unit beruniform
Puan Zahirah memberikan penjelasan untuk Unit Beruniform Puteri Islam
Taklimat daripada En. Raden mengenai protokol perlantikan ahli pengakap
Murid-murid membuat persembahan untuk Malam Kebudayaan
Murid memasak sup ayam didalam buluh
PROGRAM CERIATHON
Backdrop Program Ceriathon
Murid-murid dan guru mengecat pondok bacaanProgram ceramah awal remaja
Sesi memperkenalkan penceramah Program Awal Remaja
Penceramah menyampaikan ceramah kepada murid-muridMinggu sukan
Perlawanan bola tampar
Perlawanan bola jaring
Perlawanan bola sepak
Perlawanan bola sepak antara Rumah Kuning menentang Rumah Merah
Perlawana Futsal
Perlawanan BocciaMinggu kebudayaan
Latihan sketsa
Latihan tarianSambutan hari kanak-kanak
Sesi Permainan Tradisiional
Guru menyampaikan Sijil Penghargaan kepada murid
Persembahan daripada prasekolah
Tokoh murid sempena Hari Kanak-Kanak 2012LampiranKertas kerjaPROGRAM SELEPAS UPSR
SK SENTUL UTAMA
JALAN IPOH, KUALA LUMPUR.
1.0 MOTO SEKOLAH
BERUSAHA BERSEMANGAT WAJA
VISI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA AKAN MENCAPAI 100% LULUS DALAM UPSR MENJELANG 2012.
MISI SEKOLAH
KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA BERTEKAD UNTUK MEMPERBAIKI PRESTASI KURIKULUM DAN SAHSIAH MURID KE ARAH KECEMERLANGAN BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
2.0PENDAHULUANSetiap tahun Sekolah Kebangsaan Sentul Utama akan merancang pelbagai aktiviti untuk murid-murid selepas UPSR. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan murid. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan ialah aktiviti pertandingan. Selain itu, ada juga aktiviti yang berbentukkeagamaan serta kerohanian sesuai dengan usia murid yang meningkat remaja.3.0RASIONAL Selepas tamat peperiksaan UPSR, murid-murid di Tahun 6 khasnya, kurang tertarik untuk datang ke sekolah, untuk menarik minat murid-murid supaya terus hadir ke sekolah, perlu diadakan program, projek dan aktiviti yang dapat mendatangkan faedah dan manfaat kepada mereka.
Memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 untuk menguasai pengetahuan yang dapat merangsang minda ke tahap yang lebih tinggi dalam aktiviti-akiviti yang disediakan.
4.0OBJEKTIF Memastikan program yang diamanahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan tercapai dengan jayanya. Mempraktikkan ajaran-ajaran yang pernah diterima dari segi ibadat dan muamalat.
Menyemai kesedaran beragama dengan cara yang betul dan mengikis fahaman yang tidak
tepat mengenai agama Islam.4. Mengisi masa selepas peperiksaan UPSR dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.5. Memupuk semangat cintakan alam, mencungkil bakat-bakat seni dan sukan dikalangan
murid-murid.
6. Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat ingin belajar.5.0 TEMPOH MASASepanjang bulan September, Oktober dan November.6.0 KUMPULAN SASARANMurid-murid Tahun 6 2012
7.0INTENSIF DAN HADIAH
Hadiah dan pelbagai insentif lain seperti sijil akan diberikan sebagai tanda penglibatan murid dalam program ini.8.0CARTA ORGANISASIJAWTANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM SELEPAS UPSR
TAHUN 6 2012
Penasihat : Puan Tuan Kamariah Bin Nik Sin
Pengerusi : Puan Norziha Bt Othman
Naib Pengerusi : En. Ahmad Nadzlee Fitri B. Muhamad
En. Badarul Ihsan B. Bhujang
Pn. Wan Mazlina Bt. Wan Din
Penyelaras : En. Ahmad Rezuan B. Mat Jusoh
Setiausaha : Cik Farihiin Bt. Mohd RaziAhli Jawatankuasa : En. Musa B. Mangsor
En. Mohd Izwan B. Norazmi
En. Mohamad Rafiq B. Razali
Pn. Nurati Bt. Isa
En. Khuzairi B. Khuzi
Pn. Rogayah Bt. Mahmud
Cik Norosmahwati Bt. Ghazali
En. Mohd Noor B. Majid
En. Zaharul Ehsan B. Tahril
Pn. Nor Aniroh B. Musa
Pn. Siti Norhayati Bt. Harun
8.0TENTATIF PROGRAMBilAktivitiTarikh/MasaGuru bertugasLokasiTindakan
1.Minggu Keceriaan
-Melukis mural cora batikMinggu I
18/9/2012-21/9/2012Guru yang mengajar mengikut jadual waktuBilik Pend. SeniPn. Gan Siew Kiok
2.Kempen Galakan Membaca Bersama Kuntum20/9/2012Semua guruDewan Seri UtamaPn. Rogayah Bt. Mahmud
3.Minggu Bumi Hijau
-Membuat bunga gantungMinggu II
24/9/2012-28/9/2012Guru yang mengajar mengikut jadual waktuPersekitaran sekolahEn. Musa B. Mangsor
4.Minggu ICT
-Cara mengoperasikan FROGMinggu III
1/10/2012-5/10/2012Guru yang mengajar tahun 6Bilik Mesyuarat Usaha SepakatEn. Muhamad Rafiq B. Razali
5.Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform5/10/2012-7/10/2012Semua guruPersekitaran sekolahEn. Musa B. Mangsor
6.Program Ceriathon6/10/2012Semua guruPersekitaran sekolahAJK PIBG
7.Ceramah Awal Remaja Minggu IV
10/10/2012Guru yang mengajar mengikut jadual waktuBilik TayanganCik Farihiin Bt. Mohd Razi
8.Khemah Ibadah20/10/2012Semua guruPersekitaran sekolahPanitia Agama Islam
9.Minggu Sukan Minggu V
22/10/2012-26/10/2012Guru yang mengajar mengikut jadual waktuPadangPn. Nadia Bt. Halim
10.Minggu KebudayaanSetiap hari Rabu/
1.30ptg-3.30ptgGuru yang mengajar mengikut jadual waktuDewan Seri UtamaPn. Rogayah Bt. Mahmud
11.Hari Kanak-Kanak31/10/2012Semua guruDewan Seri UtamaCik Farihiin Bt. Mohd Razi
9.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan dari Wang Kokurikulum/Kaunseling/Sumbangan HEM
BILPERKARASUMBER KEWANGANJUMLAH
1.Minggu KeceriaanPCG Panitia Pend. SeniRM100.00
2.Minggu SukanBSSRM150.00
3.Perkhemahan Bersepadu Unit BeruniformKutipan, PIBG, Bantuan Ko-k, sumbangan individuRM3180.00
4.Ceramah Awal RemajaPCG Unit Bimbingan & KaunselingRM240.00
5.JumlahRM3670.00
10.0PENUTUPSegala perancangan tentang aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Diharap semua murid dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang akan diadakan kelak. Kerjasama daripada semua pihakterutama pihak pentadbir amatlah diharapkan agar perjalanan setiap aktiviti ini dapat berjalan lancar dan tersusun.Disediakan Oleh, Dilulus/Tidak Diluluskan oleh,
.
(CIK FARIHIIN BT MOHD RAZI)(PN. TUAN KAMARIAH BT. NIK SIN)
SETIAUSAHA PROGRAM SELEPAS UPSRGuru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sentul Utama,Sekolah Kebangsaan Sentul Utama,
Jalan Ipoh,Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.51200 Kuala Lumpur.
KEPUTUSAN PROGRAM 1M1S1. Pertandingan Boccia (R)
Johan Rumah Biru
Naib Johan Rumah Hijau
Tempat Ketiga Rumah Kuning
2. Pertandingan Boccia (S)
Johan Rumah Merah
Naib Johan Rumah Hijau
Tempat Ketiga Rumah Biru
3. Pertandingan Futsal PPKI
Johan Rumah Merah
Naib Johan Rumah Biru
4. Pertandingan Senamrobik Terbuka
Johan Rumah Merah
Naib Johan Rumah Biru
Tempat Ketiga Rumah Hijau
Tempat Keempat Kuning
5. Pertandingan Bola Tampar (P)
Johan Rumah Kuning
Naib Johan Rumah Biru
6. Pertandingan Bola Tampar (L)
Johan Rumah Kuning
Naib Johan Rumah Merah
7. Pertandingan Bola Jaring Tahap 2
Johan Rumah Biru
Naib Johan Rumah Hijau
8. Pertandingan Bola Jaring Tahap 1
Johan Rumah Merah
Naib Johan Rumah Kuning
9. Pertandingan Futsal Tahap 1Johan Rumah Merah
Naib Johan Rumah Hijau
10. Pertandingan Futsal Tahap 2
Johan Rumah Hjjau
Naib Johan Rumah Kuning
11. Keputusan AkhirJohan Rumah Merah (110 mata)
Naib Johan Rumah Biru (90 mata)
Tempat Ketiga Rumah Kuning (85 mata)
Tempat Keempat Rumah Hijau (85 mata)