Dokumentasi Kem Pengawas 2014
Transcript of Dokumentasi Kem Pengawas 2014
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
1/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014
PENDAHULUAN
Kem Motivasi ini adalah aktiviti tahunan Badan Disiplin dan Pengawas
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2). Kem ini bertujuan untuk memberi
pendedahan awal kepada pengawas sekolah mengenai tanggungjawab seorang
pengawas dan tugas-tugas yang bakal dilaksanakan oleh seorang pengawas. Kem
motivasi ini juga dapat memantapkan lagi disiplin serta menerapkan nilai-nilai
kepimpinan yang positif terhadap pengawas.
Wujudnya kem ini sekaligus dapat melahirkan seseorang pengawas yang
berdedikasi, berdikari, berdisiplin, yakin diri dan bijak membuat keputusan. Aktiviti
yang terdapat didalam kem ini diharap dapat mematangkan murid khususnya
pengawas bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan.
OBJEKTIF
Melahirkan pengawas yang berkualiti dan mempunyai kepimpinan diri yang
cemerlang.
Membangunkan personaliti diri yang berdisiplin, bertanggungjawab dan
mempunyai daya komunikasi yang tinggi.
Memberi pendedahan awal kepada bakal pengawas yang akan dilantik.
Menjana idea baru dalam melahirkan pengawas yang berdedikasi dan
berhemah tinggi.
MATLAMAT
Matlamat kem motivasi pengawas ini bertujuan melahirkan generasi
pengawas yang beriman, berdisiplin, berilmu, berkeyakinan diri dan berketrampilan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
RASIONAL
Rasional kem motivasi ini adalah untuk membentuk dan menjadikan satu
amalan bagi seorang bagi seorang pelajar yang bakal menghadapi masa depan
supaya mempunyai semangat dan berkeyakinan diri.
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
2/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014
SASARAN
Kem ini diwajibkan kepada semua warga pengawas sekolah, Tahun 3, 4, 5
dan 6 sesi 2014 Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) yang berjumlah 84 orang
murid.
PELAKSANAAN
Tempat : Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2)
Tarikh : 11 Januari 2014
Hari : Sabtu
Masa : Bermula pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 4.30
petang hari Sabtu.
ORGANISASI PERLAKSANAAN
Pengerusi : Puan Laili bt Saidon
Guru Besar SKJG (2)
Naib Pengerusi 1 : Datin NorAshikin binti Mohd Dahan
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2 : En.Zulkaimi b Muhammad
Guru Penolong Kanan 1
Naib Pengerusi 3 : Puan Rohana Bt Tumirin
Guru PK Koku
Setiausaha : Pn. Siti Norkhamsiah bt Mhd Bakhir
Pen. Setiausaha : Cik Siti Hazalliana bt Halim
Pendaftaran : Pn.NorFazdalila bt Sanusi
Pn.Suriati bt Abdul Kadir
Makanan / minuman : Cik Juanidah binti Abdul Razak
Pn.Norhayati bt Mohd Zin
Pn.Wan Zulaifah bt Wan Isa
Cik Nor Azrin bt Mohd Zaki Adzhar
Pn.Nurulazirawati bt Mohd Lazim
PA Sistem : Encik Musa bin YusupEn.Noor Ahmad Salehi b Zainol
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
3/12
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
4/12
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
5/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014
supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Beliau turut memberikan
contoh permasalahan yang dihadapi oleh pengawas dan bagaimana cara untuk
mengatasi cabaran dan masalah sewaktu menjalankan tugas.
Pada jam 10.00 pagi, pengawas berehat selama 20 minit. Roti dan air kotak
dibekalkan untuk minum pagi.
Aktiviti disambung pada jam 10.20 pagi. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ini di
bawah kelolaan Cik Siti Hazalliana. Sebanyak 2 aktiviti dijalankan. Sebelum aktiviti
dijalankan, pengawas telah pun dibahagikan kepada 8 kumpulan.
Aktiviti pertama setiap kumpulan diberikan sehelai suratkhabar. Beberapa syarat
hendaklah dipatuhi iaitu: lelaki dan perempuan tidak boleh bercampur, semua
pengawas hendaklah berada di atas suratkhabar selama 30 saat. Pengawas boleh
menggunakan kreativiti masing-masing untuk memenuhi syarat berkenaan. Pada
akhir aktiviti pengawas memberi maklum balas bahawa kerjasama dan tolong-
menolong amat penting dalam memikul satu tugasan.
Bagi aktiviti yang kedua pula, setiap ketua kumpulan diikat mata mereka
menggunakan sehelai kain. Guru akan menyusun 5 hingga 7 kerusi di hadapan
dewan. Ahli kumpulan dibahagikan kepada 2 bahagian dan mereka cuba untuk
memberi arahan kepada ketua mereka untuk bergerak ke arah kerusi-kerusi
berkenaan bagi mengetahui berapakah bilangan kerusi yang ada. Maklumbalas
yang diperolehi dari ketua ialah mereka berasa mudah keliru kerana terlalu banyak
arahan yang datang dari pelbagai arah. Kemudian ahli kumpulan pula yang menutup
mata dan setiap ketua mesti memberi arahan kepada mereka untuk melaluikawasan yang telah ditetapkan oleh guru. Untuk aktiviti ini ketua kumpulan
menyedari bahawa arahan yang diberikan hendaklah jelas supaya mudah untuk
diikuti oleh ahli kumpulan mereka. Aktiviti tamat pada jam 11.30 pagi.
Seterusnya merupakan ceramah bertajuk Ciri dan Peranan Pengawas yang
disampaikan oleh ustaz Abdul Samad yang memberi penekanan tentang pentingnya
sikap jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mengikut landasan Islam.Ceramah berakhir pada jam 12.40 tengah hari.
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
6/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014
Slot seterusnya iaitu Pembahagian Tugas Pengawas, semua pengawas dibahagikan
mengikut badan masing-masing. Untuk pengawas sekolah, mereka dibawa ke
sekitar kawasan sekolah untuk diberi penerangan oleh fasilitator tentang tugas
mereka.
Berikut merupakan senarai fasilitator yang terlibat:
Kumpulan 1 (En. Abdul Samad & Puan Suriati)
Kumpulan 2 (En. Ridhauddin & En Musa)
Kumpulan 3 (Pn.Norhayati & Pn Wan Zulaifah)
Kumpulan 4 ( En. Adhar & En Salehi)
TUGAS FASILITATOR
Hanya pengawas yang bertugas sahaja yang perlu menjalankan tugas pada
hari tersebut.
Pengawas boleh merujuk pada papan buletin pengawas untuk mengetahui
jadual tugasan harian.
LOKASI PENERANGAN
KANTIN
1- Pengawas bertugas keluar rehat bersama murid lain.
2- Pengawas perlu memastikan setiap murid beratur ketikamembeli
3- Pengawas perlu pastikan murid meletak pinggan dan cawan
di tempat yang disediakan.
4- Lima minit sebelum loceng berbunyi,pengawas bertugas
perlu segera selesai menghabiskan makanan.
5- Sebaik loceng berbunyi,pengawas perlu memastikan semua
murid selesai makan dan begerak ke kelas.
PAGAR
1- Murid bertugas perlu hadir sebelum 12.30tgh sesi petang
dan sebelum 7.15 bagi sesi pagi.
2- Pengawas perlu menahan murid yang lewat selepas jam
1.00 [email protected] pagi bagi sesi pagi dan membawa
mereka ke hadapan kedai buku untuk dicatat namanya.
3- Seorang pengawas perlu berada di sebelah kedai buku
untuk menahan murid yang hadir dengan ibubapa.
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
7/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014
4- Pengawas juga boleh mencatat kesalahan murid sekiranya
murid yang datang tidak memakai pakaian lengkap sekolah
seperti kasut,tali leher dan lain-lain.(fasilitator sila terangkan)
BLOK
1- Pengawas bertugas perlu hadir sebelum 12.30tgh sesi
petang dan sebelum 7.20 bagi sesi pagi.
2- Pengawas perlu pastikan murid tidak memasuki kawasan
dewan bunga raya sebelum 12.30tgh.
3- Bagi sesi pagi,pastikan hanya murid bertugas sahaja yang
berada di dalam kelas untuk mengemas kelas.
4- Pengawas di minta mengambil nama murid-murid yang tidak
mahu mendengar arahan dan serahkan kepada Guru
Disiplin untuk di ambil tindakan
5- Bagi sesi petang,pengawas perlu pastikan murid tidak
melewati kawasan blok dan hanya berada di kantin dan juga
surau sahaja sebelum 12.30tgh.
6- Apabila loceng dibunyikan, pengawas perlu pastikan semua
murid tiada lagi di kelas dan segera bergerak ke Dewan
Bunga Raya.
DEWAN BUNGA
RAYA
1- Pengawas bertugas perlu pastikan murid berada di dewan
Bunga Raya dengan memegang buku bacaan.
2- Pengawas sila pastikan tiada murid yang bising.
3- Pengawas perlu pastikan murid berbaris dalam keadaan
diam.
4- Pengawas yang tidak bertugas juga mesti membaca buku
dan tidak bersembang.
5- Hanya pengawas yang bertugas sahaja berdiri sebelum
majlis bermula.
Peringatan: 1- Pengawas perlu memakai jam tangan
2- Pengawas perlu memakai pakaian lengkap pada hari Isnin.
3- Pengawas lelaki di mestikan memakai songkok,bertali leher
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
8/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014
dan kemas. Pengawas perempuan mestilah memakai
tudung dengan kemas.
4- Pengawas perlu pastikan kekemasan diri terjaga dari segi
kebersihan kuku,kekemasan rambut.
5- BAGI SESI PETANG , pengawas TIDAK DIBENARKAN
memakai pakaian sukan sewaktu hadir ke sekolah.
Pengawas hanya boleh menukar pakaian sewaktu rehat.
6- BAGI SESI PAGI , pengawas DIBENARKAN datang dengan
pakaian sukan dari rumah kecuali hari Isnin.
7- Pengawas tidak dibenarkan menggunakan kekerasan
kepada murid. Ambil nama dan serahkan kepada Guru
Displin.
8- Setiap tingkahlaku pengawas akan diperhatikan oleh Para
Guru dan di catitkan dalam BUKU KESALAHAN
PENGAWAS.
9- Kesalahan pengawas yang melebihi 5 kali akan di
keluarkan surat amaran seperti:
- hadir lewat tanpa sebab
- Tidak membuat kerja rumah/sekolah
- Bising di dalam kelas/dewan/kantin
- Tidak menghormati guru @ tidak memberi salam
Sesi tamat pada jam 1.15 petang. Pengawas berkumpul di Dewan Bunga Raya
untuk makan tengah hari bersama-sama sebelum menunaikan solat Zohor secara
berjemaah di surau sekolah.
Acara disambung pada jam 2.30 petang dengan raptai majlis pelantikan pengawas
serta bacaan ikrar.
Majlis bersurai pada jam 4.00 petang.
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
9/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014
Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah 2014
Majlis telah diadakan pada 14 Januari 2014 di Dewan Bunga Raya bermula pada
jam 1.20 petang. En Ridhauddin yang bertindak selaku pengacara majlis telah
menjemput Guru Besar, Pn Laili bt Saidon untuk menyampaikan watikah pelantikanberupa tali leher pengawas kepada murid yang terpilih.
Seramai 42 orang murid telah dilantik bagi memegang jawatan pengawas sekolah
untuk sesi kali ini. Muhammad Hadri b Mohd Khairi dari kelas 6 Setia telah dipilih
untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas manakala Nur Amylda Lisa
bt Rahmat Azam juga dari kelas 6 Setia pula dilantik sebagai Penolong Ketua
Pengawas.
Selesai acara pelantikan, Muhammad Hadri kemudian memimpin semua pengawas
untuk melafazkan bacaan ikrar pengawas sekolah. Lafaz ikrar yang tegas dan
bersemangat telah mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh pengacara majlis, dengan harapan agar
badan pengawas dapat melaksanakan ikrar mereka dalam menjaga disiplin murid di
sekolah.
Majlis tamat pada jam 1.50 petang.
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
10/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014
MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Program dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat perubahan di
dalam tentatif program berbanding tentatif asal lantaran guru yang terlibat tidak
dapat hadir dengan sebab tertentu.
Diharap pada masa akan datang program dapat dijalankan mengikut jadual
dan tentatif yang disediakan, serta para guru akan terus memberikan kerjasama
sepenuhnya terhadap program sebegini.
PENUTUP
Dengan terlaksananya kem motivasi ini, Pengawas SKJG (2) akan lebih
berkeyakinan serta berhemah dalam menjalankan tugas masing-masing. Disamping
semangat kerjasama dan permuafakatan serta disiplin antara ahli dapat disemai
semasa dan dizahirkan selepas kem motivasi ini.
Diharapkan semua aktiviti yang dirancang dapat menyumbang beberapa
kriteria penting untuk melahirkan ramai bakal pemimpin muda yang cemerlang,
gemilang dan terbilang bagi menghadapi era globalisasi.
Disediakan oleh :
.
(SITI HAZALLIANA BT HALIM )
AJK Dokumentasi
Kem Motivasi Pengawas 2014
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2)
Disemak oleh:
...........................................
( DATIN NOR'ASHIKIN BINTI MOHD DAHAN )
Guru Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2)
Disahkan oleh:
...........................................
( LAILI BT SAIDON)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2)
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
11/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
-
8/12/2019 Dokumentasi Kem Pengawas 2014
12/12
Dokumentasi Kem Motivasi Pengawas & Majlis Pelantikan Pengawas 2014