Dokumentasi BIG FASA 4
description
Transcript of Dokumentasi BIG FASA 4
1.0 Laporan Aktiviti
1.1 Laporan Sebelum
Pada 20 Januri 2015 perjumpaan kali pertama telah adakan. Perjumpaan ini
adalah untuk melantik jawatankuasa tertinggi Program BIG fasa 4 yang dipengerusikan
oleh saudara Ganesan. Beliau membuka ruang untuk memilih pengerusi Program Bina
Insan Guru Fasa 4. Secara sebulat suara saudara Lua Chee Wei dilantik sebagai
pengerusi. Selepas itu perjumpaan tersebut dipengerusikan saudara Lua Chee Wei dan
sejurus selepas itu membuka cadangan untuk jawatan setiausaha. Selepas membuat
undian saudari Fadzlon Binti Yahya dilantik sebagai setiausaha program ini. Ajk semua
dilantik dengan sebulat suara guru pelatih.Selepas itu, Tn Hj. Saharom memberi
takilimat dan beliau memberitahu tempat mana yang kami menjalankan program BIG
fasa 4 ini .
Dalam perjumpaan kedua yang diadakan pada 27 Januari 2015 untuk bertujuan
utipan dana sebanyak RM 10 seorang bagi menampung perbelanjaan cenderamata
dan barang dapur. Perjumpaan terakhir yang telah diadakan pada 3 Februari 2015
telah tetapkan tarikh menlaksanakan program BIG Fasa 4 ini iaitu 10 hingga 12 hari
bulan Februari 2015. Selain itu, kami juga difahamkan bahawa sebanyak 4 IPG yang
turut menjalani program BIG bersama kami. Antara IPG yang terlibat adalah IPG
temenggung Ibrahim Johor Bahru, IPG Perempuan Melayu Melaka, IPG Kampus
Bahasa Melayu dan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Mereka juga menginap di
IPGKTAA. Selain itu, Tn. Hj. Saharom dalam taklimatnya memberitahu bahawa kami
menjalani BIG kali ini di SK Chegar Perah Kuala Lipis selama dua hari iaitu 10 dan 11
Februari 2015 manakala hari ketiga iaitu kami bersama-sama 4 IPG lain menjalankan
program BIG ini di SK Wan Ibrahim Kuala Lipis.
Pengerusi melantik ajk
Penyelaras memberi taklimat
Semasa Perjumpaan
1.2 Laporan Semasa
10 Februari 2015 (Selasa)
Pada hari pelaksanaan program BIG Fasa4 ini, semua guru pelatih berkumpul di
Astaka Khalid Al-Walid pada pukul 7.20 pagi. Semua guru pelatih berganding bahu
membawa peralatan dan menyusun ke dalam bas. Sarapan pagi disediakan di Kantin
Aida. Selepas bersarapan, seramai 67 orang guru pelatih menaiki bas IPGKTAA
bertolak ke Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, Kuala Lipis.
Kira-kira pada pukul 9.30 pagi, kami tiba di persimpangan jalan ke sekolah
tersebut. Guru-guru pelatih bekerjasama menurunkan peralatan-peralatan dari bas dan
menyusun keatas lori kecil. Selepas itu, semua guru pelatih menaiki lori kecil dan
menuju ke arah Sekolah Kebangsaan Chegar Perah. Pihak Sekolah menyambut kami
dengan menggantung banner.
Program khidmat masyarakat ini bermula dengan ucapan guru besar sekolah
tersebut. Seterusnya, pengerusi BIG Fasa 4, iaitu saudara Lua Chee Wei
membahagikan pembahagian tugas dan peralatanyang disediakan serta yang dibawa
oleh kami. Semua guru pelatih dibahagikan kepada 8 kumpulan. Salah satu kumpulan
ditugaskan menyediakan makanan sepanjang 2 hari 1 malam. Manakala 7 lagi
kumpulan ditugaskan melukis mural di bahagian-bahagian sekolah tersebut. Tema
mural pada kali ini adalah “Pendidikan”.
Kekuatan yang dapat dilihat pada aktiviti ini ialah kerjasama yang jitu antara ahli
kumpulan dalam usaha menyiapkan mural dengan cantik dan kemas. Penyelaras BIG
fasa 4 iaitu Tn. Hj. Saharom telah membuat pemerhatian dan memberi idea kepada
peserta program ini. Beliau juga banyak memberi pandangan dan memudahkan kepada
peserta agar aktiviti berjalan dengan lancar. Aktiviti melukis mural ini berjalan dengan
lancar walaupun terdapat kekuarangan dari segi peralatan, namun gerak kerja dapat
berjalan dengan lancar. Aktiviti melukis mural ini berhenti buat seketika pada waktu
petang dan akan disambungkan pada hari keesokan.
Para guru pelatih menyediakan diri dan mengambil makan malam. Selepas itu,
slot motivasi telah dijalankan kepada murid-murid dan ibu bapa. Kehadiran amat
memuaskan dan menakjubkan. Slot pertama dimulakan dengan memberi ceramah
pendek daripada empat orang guru pelatih dari empat unit masing-masing. Tajuk
ceramah ialah berkaitan dengan kerja rumah murid dan kehadiran murid. Murid-murid
dn ibu bapa diperingatkan bahawa betapa pentingnya menyiapkan kerja rumah dan
kehadiran anak ke sekolah.
Selepas itu, slot kedua iaitu akiviti kumpulan diadakan. Murid-muri dibahagikan
kepada lima kumpulan dan akan diiringi oleh dua orang fasilitator.aktiviti pertama ialah
mencipta nama kumpulan dan logo kumpulan masing-masing. Mereka turut digalakkan
mencipta sorokan kumpulan masing-masing. Seterusnya, ahli-ahli kumpulan diminta
keluar untuk menjelaskan nama dan logo kumpulan mereka secara bergiliran. Tujuan
aktiviti ini ialah memupuk kreativti dan inovatif murid. Pada masa yang sama, ia juga
telah mengeratkan hubungan antara ahli-ahli kumpulan dan memupuk keyakinan diri.
Aktiviti yang kedua ialah “station game”. Ibu bapa digalakkan bersama anak-anak
menjalankan aktiviti. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, para hadirin menunjukkan
perasaan kegambiraan dan keseronokkan.
Aktiviti ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada urid-murid. Ibu
bapa turut memberi maklum balas bahawa amat memuaskan dan gembira. Semua
murid diberi sedikit makanan yang yang telah disediakan oleh kami. Selepas itu, guru-
guru pelatih mengemaskan tapak.
Setibanya di SK Chegar Perah
Pengerusi memberi taklimat spesifikasi tugas
Aktiviti melukis mural
Aktiviti bersama kebudayaan bertema PENDIDIKAN
11 Februari 2015 (Rabu)
Pada 6 pagi, guru-guru pelatih bangun untuk menyediakan diri dan
mengemaskan kelas-kelas. Selepas bersarapan, para guru meneruskan kerja-kerja
melukis mural. Sesetengah guru pelatih yang telah menghabiskan kerja melukis mural
telah dipertanggungjawabkan mengemaskan perpustakaan sekolah. Antara kerja-kerja
ialah menyusun semula rak-rak buku, membalut meja dan mengemop lantai serta
mewujudkan sebuah bilik pemulihan yang berkeadaan kosong. Sekumpulan guru
pelatih telah mengambil tanggungjawab untuk melukis dan menghiaskan bilik tersebut.
Selepas menjamu makan tengahari, para guru pelatih mula mengemaskann
peralatan-peralatan yang dibawa. Pada pukul 3 petang, sekali lagi menyusun kesemua
peralatan naik ke atas lori kecil dan pulang ke IPGKTAA dengan menaiki bas.
Selepas aktiviti mural
Semua guru pelatih bersama pihak sekolah serta peyelaras program menjamu makanan yang disediakan
KENANGAN SELAMANYA BERSAMA PIHAK SEKOLAH
12 Februari 2015
Semua guru pelatih seramai 368 orang mengambil makanan di kantin dan
memakai baju yang dibekalkan oleh IPGM serta bertolak ke SK Wan Ibrahim pada
pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas IPG masing-masing untuk menjalankan aktiviti
BIG hari ketiga. Selepas sesampainya di sekolah tersebut kami memulakan aktiviti
dengan bacaan doa dan sejurus itu bersenam robik yang dketuai murid sekolah
tersebut. Selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut IPG
masing-masing untuk menjalankan tugasan yang dinantikan. Pihak sekolah juga
menyediakan bekalan perlatan. Meskipun IPGKTAA membawa sekali peralatan yang
disediakan.
Semua guru pelatih diberi arahan IPGKTAA untuk mengecat ‘undercoat’ di bilik
darjah tahun 1 yang mempunyai bilangan kelas 4 buah dan sebuah kelas prasekolah
serta menghias bilik prasekola yang kedua. Begitu juga dengan IPG lain yang
dibahagikan dengan tugasan masing-masing disetiap penjuru sekolah tersebut. Kami
diarahkan untuk mengecat ‘undercoat’ sahaja sambil membantu guru bilik darjah untuk
menyediakan bahan bantu belajar (BBB) yang rosak semasa banjir kilat yang berlaku
baru-baru ini.
Kami semua mendapat arahan menyiapkan kerja kami sebelum pukul 12
tengahari kerana majlis penutup diakan tepat pukul 12 tengahari. Kami semua iaitu
semua guru pelatih yang terlibat berkumpul di dewan besar sekolah. Dato Pengarah
IPGKTAA bersama-sama dengan Timbalan Rektor turut hadir di majlis penutupan
program BIG Fasa 4 kali ini. Dalam ucapan Dato Pengarah IPGKTAA mengucapan
terima kasih atas kesudian semua guru pelatih menjayakan BIG Fasa 4 pasca banjir
Justeru dalam ucapan guru besar SK Wan Ibrahim meluhakan rasa bersyukur atas
kerjasama guru pelatih dapat mewujudkan suasana kawasan sekolah kembali ceria
seperti dahulu dan murid sekolah amat berseronak datang untuk belajar di sekolah.
Dalam ucapan Tn Timbalan Rektor IPGM menyatakan bahawa betujuan untuk
mengeratkan hubungan diantara pihak luar denga iPG dan beliau merasmikan
penutupan BIG Fasa 4 Pasca Banjir tahun 2015. Selepas itu sesi bergambar diadakan
bersama semua IPG yang terlibat dan akhirnya kami dibekalkan makanan tengah hari.
Semua guru pelatih bersedia untuk menjalankan aktiviti di Sekolah Wan Ibrahim
Aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan bersama dengan anak murid SK Wan Ibrahim
Guru Pelatih IPGKTAA
Aktiviti mengecat ‘ undercaot’ dinding dan membantu guru menyiapkan bahan bantu belajar (BBB)
1.3 Laporan Selepas
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan kerjasama
semua guru pelatih berganding bahu bagi menjayakan program Bina Insan Guru (BIG)
Fasa 4 Pasca Banjir di SK Chegah Perah Kuala Lipis dan SK Wan Ibrahim Kuala Lipis.