DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada...
Transcript of DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada...
ARAHAN KERJA Keluaran: 1
Pindaan: 1
Muka surat: 1/22
Tarikh mula dikeluarkan: 12.09.2019
Pindaan terakhir: 30.04.2020
Tarikh berkuat kuasa: 05.05.2020
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN PROGRAM MASTER TRAINER
AK-16
DOKUMEN DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH
Nama: Encik Ismail bin Ibrahim @ Mat Isa Jawatan: Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Nama: Dr. Hj Abd Razak bin Manaf Jawatan: Timbalan Pengarah Kanan (Khidmat Profesional) Menjalankan tugas Pengarah Institut Aminuddin Baki Tandatangan: PINDAAN DISEMAK OLEH
Nama: Dr Foniza binti Maidin
Jawatan: Ketua Jabatan
Pentaksiran Master Trainer
(Menjalankan tugas KP PPPB)
Tandatangan:
NO. DOKUMEN TERKAWAL DIKELUARKAN KEPADA
DOKUMEN TERKAWAL
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :2/22
CARTA ALIR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN CT
Tindakan Sebelum Pentaksiran Bersemuka Calon & JMT
Calon
Pengurus Pentaksiran
Calon
Pengurus
Pentaksiran
Pentaksiran Pengurus Bersemuka Pentaksiran &
Panel Pentaksir
Panel Pentaksir (Instrumen
Pentaksiran CT)
Panel Pentaksir (Borang
Rumusan Pentaksiran CT)
Ketua Panel Pentaksir
Pasca Pentaksiran
Pengurus Pentaksiran
Arahan untuk Calon CT
Calon Memberi makluman tentang tarikh, masa dan lokasi sesi Latihan
Calon Bersedia dan Menyerahkan Pelan Penyampaian Latihan
Pentaksiran terhadap Calon melalui Pelan Penyampaian dan Sesi Pengendalian Latihan
Surat Lantikan Panel
Calon mengisi Borang Permohonan dan menyerahkan kepada JMT
Pengurus menyerahkan Bahan Pentaksiran & Panel mengambil tempat
Panel Pentaksir membuat Rumusan Penilaian terhadap hasil pentaksiran Calon A dan B
Panel Pentaksir mendapatkan konsensus terhadap kompetensi kejurulatihan calon
Penyerahan Rumusan Pentaksiran CT
Pelaporan Pentaksiran CT dan Kemasukan Data Inventori CT
Mula
Tamat
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :3/22
1. Calon diminta memberikan maklumat tentang kelas anda kepada pengawai
bertanggung jawab seminggu sebelum tarikh sesi latihan dijalankan. Maklumat
yang diperlukan adalah seperti berikut:
a. Nama dan No Kad pengenalan
b. Bidang latihan
c. Tarikh dan waktu kelas dijalankan (sesi latihan 2 jam secara individu)
d. Lokasi latihan seperti no bilik dan sebagainya
e. Kumpulan sasaran latihan dan anggaran bilangan peserta
2. Calon diminta menyediakan perkara yang perlu seperti berikut.
a. Pelan Penyampaian Latihan
b. Slaid Latihan
c. Bahan Bantu Latihan yang bersesuaian
3. Calon diminta menyerahkan perkara 2a dan 2b kepada pengurus pentaksiran dalam
julat masa sehari ke tiga hari sebelum tarikh kelas dijalankan
4. Calon diminta melapangkan diri selepas ditaksir sekurang-kurangnya dua (2) jam
bagi sesi maklum balas bersama pentaksir.
5. Sesi latihan yang ditaksir adalah selama dua (2) jam. Pelan dan sesi penyampain
calon adalah terpulang kepada kreativiti tersendiri selari dengan prinsip kejurulatihan
dan standard pentaksiran yang ditetapkan. Calon digalakkan memastikan Pelan
Penyampaian dan Sesi Latihan mempamerkan perkara berikut:
a. Perancangan sesi latihan yang mengaplikasikan ASK, mempunyai
kesinambungan dan kepelbagaian aktiviti serta mengadaptasikan pendekatan
andragogi.
b. Interaksi Sesi latihan yang menarik fokus peserta, mengalakkan pembelajaran
aktif dan perkongsian produktif serta berkualiti.
c. Strategi penyampaian yang mempunyai keseimbangan antara teori dan
praktis, relevan dengan mengambil kira konteks peserta serta mengaplikasikan
prinsip lamda.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :4/22
d. Penguasaan isi kandungan yang mampu memeringkatkan isi kandungan
untuk mudah difahami dan memberi maklum balas yang membina serta
mengaplikasikan pelbagai disiplin ilmu yang lain.
e. Penilaian pembelajaran yang mampu mengukur dan merumus aktiviti
pembelajaran serta menghasilkan ringkasan penutup yang baik.
f. Etika Profesional iaitu patuh, positif, bertanggungjawab dan menghormati
kepelbagaian.
g. Kualiti peribadi seorang trainer yang beradab, bersedia, komited dan kemas
6. Calon perlu mematuhi Standard Kompetensi CT yang ditetapkan.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :5/22
Garis Panduan Pentaksiran untuk Panel CT
1. Semua panel diminta menghadirkan diri 10 minit sebelum masa pentaksiran di lokasi
pentaksiran.
2. Tempoh pentaksiran adalah dua (2) jam bagi setiap calon. Pentaksiran berasaskan
kepada Standard Pensijilan Certified Trainer yang ditetapkan. Pentaksiran adalah
terhadap kompetensi calon sebagai trainer melalui pelan penyampaian dan sesi
penyampaian latihan yang dinyatakan.
3. Panel pertama merupakan ketua panel bagi slot tersebut. Setiap panel akan menerima
satu (1) Instrumen Pentaksiran CT. Bagi ketua panel, selain instrumen pentaksiran
beliau juga akan menerima satu (1) Borang Rumusan Pentaksiran CT.
4. Semasa pentaksiran, semua panel diminta mengisi dengan lengkap Instrumen
Pentaksiran CT dan setelah selesai mentaksir, menurunkan tandatangan dengan
tarikh dan nama yang lengkap. Penggunaan cop nama adalah digalakkan.
5. Sebaik sahaja sesi pentaksiran selesai, semua panel akan duduk bersama di salah
satu bilik panel untuk mendapatkan konsensus terhadap skor dan maklum balas
untuk diisi pada Borang Rumusan Pentaksiran CT sebanyak dua (2) salinan. Semua
panel diminta menurunkan tandatangan dengan tarikh dan nama yang lengkap pada
borang rumusan ini.
6. Setelah panel selesai mendapatkan rumusan terhadap hasil pentaksiran, panel
diminta berjumpa calon untuk berkongsi Hasil Pentaksiran dan Maklum Balas bagi
Pembangunan Trainer secara bersama. Hasil pentaksiran adalah samada mencapai
atau belum mencapai tahap kompetensi penuh merujuk Piawaian Pentaksiran
CT.
7. Pentaksir perlu memaklumkan kepada calon sekiranya mereka perlu mengulang
semula pentaksiran dengan maklum balas membina bagi membantu
meningkatkan kompetensi mereka dalam mengendalikan sesi latihan. Salinan
pendua maklum balas tersebut perlu diserahkan kepada calon dan calon perlu
menandatangani salinan asal maklum balas sebagi bukti telah menerima rumusan
hasil pentaksiran daripada panel.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :6/22
8. Proses kerja melengkapkan Borang Rumusan Pentaksiran CT dan sesi maklum balas
bersama calon dianggarkan mengambil masa dua (2) jam. Selepas urusan
pentaksiran selesai, Ketua Panel diminta menyerahkan semula fail pentaksiran
lengkap dengan semua eviden daripada kesemua panel kepada Pengurus
Pentaksiran.
9. Penyerahan fail kepada pengurus adalah pada hari pentaksiran atau dibenarkan
selewat-lewatnya sehari selepas tarikh pentaksiran.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :7/22
Proses Kerja Pengurusan Pentaksiran CT
Pengurus Pentaksiran diminta melaksanakan tindakan seperti berikut:
1. Merancang sesi pentaksiran dengan mendapatkan maklumat mengenai calon dan sesi
latihan sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari pentaksiran.
2. Memastikan panel pentaksir yang dilantik adalah daripada kalangan panel yang telah
menerima latihan dan diberi penataran terhadap sebarang penjajaran semula operasi
pentaksiran.
3. Mengesahkan maklumat calon dan memberi penerangan kepada calon tentang
proses pentaksiran CT dan tindakan mereka.
4. Mengeluarkan surat lantikan kepada panel selewat-lewatnya sehari sebelum hari
pentaksiran.
5. Memberi taklimat kepada pentaksira dan memastikan panel pentaksir memahami
tugasan dan mampu menyelesaikan tugasan pentaksiran. Julat masa empat (4) jam
diperlukan untuk mentaksir seorang calon. Oleh itu tidak digalakkan seorang panel
pentaksir mentaksir lebih daripada seorang sehari kerana pentaksir perlu bersama
calon untuk maklum balas dalam anggaran tidak lebih dua (2) jam selepas dua (2)
jam pentaksiran sesi latihan.
6. Menyerahkan pelan penyampaian secara e-mail kepada panel selewat-lewatnya
sehari sebelum hari pentaksiran dan menyerahkan sampul kecil instrumen
pentaksiran kepada panel pada hari pentaksiran. Ketua panel akan menerima fail
pentaksiran bersama sampul kecil.
7. Memastikan pentaksiran berjalan seperti dirancang.
8. Memastikan semua panel telah menurunkan tandatangan lengkap dengan nama dan
tarikh pada Borang Instrumen Pentaksiran CT dan Borang Rumusan Pentaksiran CT.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :8/22
9. Memastikan calon telah menerima Maklum Balas Pembangunan Trainer pada hari
yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran.
10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang
sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran.
11. Menyediakan pelaporan pentaksiran dan menyiapkan pelaporan dalam julat masa
seminggu selepas hari pentaksiranserta memasukkan rumusan hasil pentaksiran ke
dalam Data Inventori CT setiap bulan.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :9/22
CARTA ALIR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN CC
Tindakan Sebelum Pentaksiran
Bersemuka Pengurus Pentaksiran
Pengurus
Pentaksiran
Calon & Pengurus
Pentaksiran
Pentaksiran Calon
Bersemuka
Panel Pentaksir
(Borang TRC)
Panel Pentaksir
(Borang TS1)
Panel Pentaksir (Borang TPC)
Panel Pentaksir
(Borang TS2)
Panel Pentaksir
(Borang RPC)
Pasca Pentaksiran
Pengurus
Pentaksiran
Penyerahan bahan & Taklimat kepada Panel -Panel Mengambil Tempat
Taklimat Calon oleh Pengurus & Calon Menyerahkan Dokumen Coaching (Calon diagihkan
dalam pasangan A-B)
Pentaksiran Simulasi Coaching terhadap calon secara bergilir A-Coach B Coachee;
A-Coachee B-Coach
Calon menjawab soalan Pengetahuan*
Temubual dan maklum balas dengan Calon secara individu dan bergilir Calon A → Calon B
Surat Lantikan Panel & Surat Pentakisran Calon
Dokumen Coaching Calon ditaksir dalam pasangan A-B
Panel Pentaksir membuat Rumusan Penilaian terhadap hasil pentaksiran Calon A dan B
Panel Pentaksir mendapatkan konsensus terhadap ketiga-tiga hasil Pentaksiran
Pengumpulan Rumusan Penilaian Hasil Pentaksiran; Pelaporan Pentaksiran CC;
Kemasukan Data Inventori CC
Mula
Tamat
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :10/22
Arahan untuk Calon CC
1. Calon diminta memaklumkan kepada pengurus pentaksiran setelah memohon dan
bersedia untuk pentaksiran CC.
2. Calon diminta memastikan dokumen coaching sebanyak 50 sesi telah siap
disediakan seperti ditetapkan dan dibawa semasa pentaksiran
3. Calon diminta menghadirkan diri 10 minit awal daripada masa yang dimaklumkan
pada hari pentaksiran.
4. Pentaksiran mengambil anggaran masa 60 ke 70 minit bagi seorang calon dengan
melibatkan tiga (3) kaedah iaitu ujian pengetahuan (20 minit), semakan dokumen
(20 minit) dan simulasi kemahiran coaching (20 minit) yang dilaksanakan secara
berpasangan. Pasangan simulasi adalah ditetapkan oleh pihak pengurusan
pentaksiran.
5. Semasa simulasi coaching, kompetensi yang ditaksir ialah kompetensi Pendengar
yang Aktif dan Penyoalan Bermakna. Calon diminta mempamerkan setiap indikator
bagi kompetensi yang ditaksir secara berulang (lebih daripada sekali).
6. Setiap calon akan berpeluang memberi dan menerima maklum balas daripada panel
pentaksir pada hari pentaksiran.
7. Calon perlu mematuhi Standard Kompetensi CC yang ditetapkan. Calon digalakkan
memastikan eviden pentaksiran yang diserahkan dan simulasi yang dilaksanakan
berupaya mempamerkan perkara berikut:
a. Pengendalian sesi coaching yang memenuhi prinsip proses coaching. .
b. Eviden coaching yang lengkap dan mampu menunjukkan penetapan objektif
dan perancangan tindakan hasil daripada sesi coaching serta penyeliaan
perkembangan tindakan yang jelas dan bermakna.
c. Komunikasi yang berkesan.
d. Kemahiran penyoalan yang bermakna dan mampu mencungkil maklumat dan
mencetus pemikiran merujuk indikator kompetensi ditetapkan.
e. Kemahiran mendengar secara aktif yang mampu melakar dan mermus hasil
perbincangan untuk kefahaman yang jelas merujuk indikator kompetensi
ditetapkan.
f. Etika Profesional iaitu patuh, positif, bertanggungjawab dan menghormati
kepelbagaian.
g. Kualiti peribadi seorang coach yang beradab, bersedia, komited dan kemas
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :11/22
Garis Panduan Pentaksiran untuk Panel CC
1. Semua panel pentaksir diminta menghadirkan diri 10 minit sebelum masa
pentaksiran di lokasi ditetapkan pada hari pentaksiran.
2. Dua (2) orang panel pentaksir terlibat dalam sekumpulan panel. Setiap kumpulan
panel akan mentaksir maksimum enam (6) orang calon pada satu hari. Empat (4)
orang calon pada sesi pagi dan dua (2) orang calon pada sesi petang. yang akan
seorang calon. .
3. Tempoh pentaksiran adalah 60 ke 70 minit bagi setiap calon. Pentaksiran berasaskan
kepada Standard Pensijilan Certified Coach yang ditetapkan.
4. Sebelum pentaksiran setiap kumpulan panel menerima satu (1) Garis Panduan
Pentaksiran CC serta satu (1) set instrumen bagi setiap calon. Set instrumen
terdiri daripada sesalinan Borang Rumusan Pentaksiran Coach (RPC), Borang
Pentaksiran Pengetahuan Coaching (TPC), Borang Semakan Rekod Coaching (TRC),
Borang Rumusan Pentaksiran Simulasi (TS-2) dan dua (2) salinan Borang Pentaksiran
Simulasi Coaching (TS-1).
5. Semasa pentaksiran, semua panel diminta mengisi dengan lengkap Instrumen
Pentaksiran CC dan setelah selesai mentaksir, menurunkan tandatangan dengan
tarikh dan nama yang lengkap. Penggunaan cop nama adalah digalakkan.
6. Pentaksiran adalah terhadap kompetensi calon sebagai coach menggunakan tiga
(3) kaedah iaitu semakan dokumen (20 minit), simulasi kemahiran coaching (20 minit)
dan ujian pengetahuan (20 minit). Sesi pentaksiran akan diakhiri dengan sesi maklum
balas bersama calon. Semasa dokumen rekod coaching disemak oleh panel,
pengurus akan mentadbir ujian pengetahuan bersama calon.
7. Semasa sesi maklum balas, panel boleh mendapatkan kejelasan eviden bagi
mengesahkan keputusan. Panel juga diminta memaklumkan calon samada telah atau
belum mencapai tahap kompetensi penuh CC merujuk piawaian pentaksiran
CC.. Sekiranya calon perlu mengulang semula pentaksiran, pentaksir perlu
memaklumkan kepada calon penambah baikan yang perlu mereka laksanakan
mengikut syarat ditetapkan.
8. Di akhir sesi maklum balas, panel diminta menyerahkan semula fail rekod coaching
kepada calon dan sekiranya perlu mengambil beberapa salinan rekod coaching
sebagai eviden untuk tujuan pentaksiran. Selepas urusan pentaksiran selesai,
penyerahan hasil pentaksiran calon kepada pengurus adalah pada hari pentaksiran
atau dibenarkan selewat-lewatnya sehari selepas tarikh pentaksiran.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :12/22
Arahan Kerja Pengurusan Pentaksiran CC
Pengurus Pentaksiran diminta melaksanakan tindakan seperti berikut:
1. Merancang sesi pentaksiran dengan mendapatkan maklumat mengenai calon
sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari pentaksiran.
2. Memastikan panel pentaksir yang dilantik adalah daripada kalangan panel yang telah
menerima latihan dan diberi penataran terhadap sebarang penjajaran semula operasi
pentaksiran.
3. Mengeluarkan surat panggilan untuk pentaksiran mengikut prosedur ditetapkan dan
mendapatkan maklum balas kehadiran bagi melaksanakan penjajaran yang perlu.
Terdapat dua sesi pentaksiran iaitu pagi dan petang. Surat panggilan perlu
menyatakan waktu sesi panggilan bagi calon. Ini bagi mastikan kesediaan calon untuk
ditaksir adalah pada tahap yang tinggi.
4. Mengeluarkan surat lantikan panel selewat-lewatnya sehari sebelum hari
pentaksiran.
5. Memberi taklimat kepada panel dan memastikan panel pentaksir memahami tugasan
dan mampu menyelesaikan tugasan pentaksiran. Julat masa 60 hingga 70 minit
diperlukan untuk mentaksir seorang calon. Oleh itu anggaran masa pentaksiran adalah
tujuh jam sehari.
6. Memberi taklimat kepada calon dan mengesahkan pasangan simulasi calon serta
mengumpulkan eviden pentaksiran (Rekod Coaching) untuk diserahkan kepada
panel yang terlibat.
7. Mentadbir Ujian Pengetahuan kepada calon sebaik sahaja selesai taklimat.
8. Menyerahkan hasil pentaksiran ujian pengetahuan kepada panel mengikut masa
ditetapkan dan memastikan proses pentaksiran berjalan seperti dirancang.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :13/22
9. Memastikan semua panel telah menurunkan tandatangan lengkap dengan nama dan
tarikh pada semua Borang Instrumen Pentaksiran CC dan Borang Rumusan
Pentaksiran CC serta semua calon telah menerima maklum balas pada hari
pentaksiran untuk tindakan susulan calon sekiranya perlu mengulang semula
pentaksiran.
10. Mengumpul semula dokumen hasil pentaksiran daripada panel pentaksir pada hari
yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran.
11. Memasukkan hasil pentaksiran ke dalam Data Inventori CC serta menyediakan
pelaporan pentaksiran dalam julat masa seminggu selepas hari pentaksiran.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :14/22
CARTA ALIR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN CMT
Tindakan Sebelum Pentaksiran
Bersemuka Calon
KJ P(C)&PBPMT
Calon Pengurus
Pentaksiran
Calon & PBPMT
Pengurus
Pentaksiran
Pentaksiran Pengurus
Bersemuka Pentaksiran &
Panel
Pentaksir
Panel Pentaksir
(TCMT2&TCMT3)
Panel Pentaksir (Borang
Rumusan
RCMT)
Ketua Panel
Pentaksir
Pasca Pentaksiran
Pengurus
Pentaksiran
Calon menerima taklimat tentang Proses Pensijilan CMT
Calon Bersedia dan Menyerahkan Dokumen Portfolio dan Dokumen Modul kepada JMT
Pentaksiran terhadap Dokumen Modul Calon 1
Surat Lantikan Panel
Calon mengisi Borang Permohonan dan menyerahkan kepada JMT
Pentaksir menerima taklimat dan Tool Kit CMT Panel Pentaksir mengambil tempat
Panel Pentaksir membuat Rumusan Pentaksiran Semua Calon CMT
Panel Pentaksir mendapatkan konsensus terhadap kompetensi kejurulatihan Calon CMT 2
Penyerahan Rumusan Pentaksiran CMT
Pelaporan Pentaksiran CMT dan Kemasukan Data Inventori CMT
Mula
Tamat
Pentaksiran terhadap Pembentangan & Soal jawab Berstruktur Kepakaran Calon CMT 1 Kitaran
serupa bagi Calon 2 dan Calon 3
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :15/22
Arahan untuk Calon CMT
1. Calon diminta memaklumkan kepada pengurus pentaksiran setelah memohon dan
bersedia untuk pentaksiran CMT. Maklumat tentang persediaan pentaksiran CMT
boleh dirujuk kepada Jabatan Master Trainer.
2. Calon diminta memastikan Dokumen Portfolio dan Dokumen Modul telah
disediakan mengikut ketetapan dan diserahkan kepada pengurus pentaksiran
selewat-lewatnya sehari sebelum pentaksiran bersemuka.
Dokumen Portfolio mengandungi maklumat Bahagian A dan B.:
Bahagian A: Maklumat Diri
o Nama
o Kad Pengenalan
o Tahun Pengalaman dalam Pendidikan
o Tahun Pengalaman dalam Latihan dan Pembangunan
o Kelayakan Akademik dan Profesional
o Alamat Bekerja Semasa
o Bidang Kepakaran
Bahagian B: i) Sumbangan Profesional
o P1-Latihan/Modul – sebagai pembina modul; trainer; penceramah;
fasilitator
o P2-Konsultasi – sebagai pembimbing; pakar rujuk; mentor
o P3-Inovasi & Implikasi – bahan; sistem; program; projek
o P4-Kajian/Penyelidikan
o P5-Penulisan – jurnal; buku; ulasan
o P6-Lain-lain berkaitan - Hasil BK09 Dimensi Sesi latihan & Keupayaan
pensyarah
Bahagian B: ii) Sumbangan Bukan Profesional
o P7a-Kerajaan
o P7b- Bukan Kerajaan (NGO)/ Kegiatan Sosial Kemasyarakatan
Dokumen Modul mengandungi maklumat Bahagian C
Bahagian C: i) Senarai Modul yang dibina (ada durasi masa dan eviden)
Bahagian C: ii) Dokumen Pembangunan Modul.
sekurang-kurangnya satu (1) Modul Pilihan yang mempamerkan kepakaran dan memenuhi
syarat kelayakan pensijilan CMT. Modul yang dibina dikehendaki memenuhi prinsip ADDIE
yang diaplikasi dalam pembinaan Modul
o Analisis Keperluan Latihan (TNA) [A- analyze(analisis)]
o Reka bentuk [D-design (rekabentuk)]
o Pembangunan [D-develop (bina)]
o Pelaksanaan [I-implement (laksana)]
o Penilaian [E-evaluate (nilai)]
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :16/22
3. Calon diminta menghadirkan diri 10 minit awal daripada masa yang dimaklumkan
pada hari pentaksiran.
4. Pentaksiran melibatkan tiga (3) kaedah iaitu semakan dokumen portfolio dan
dokumen modul serta pembentangan dan soal jawab kepakaran. Pentaksiran
bersemuka hanya melibatkan semakan dokumen modul, pembentangan dan soal
jawab kepakaran. Sesi bersemuka ini dianggarkan mengambil masa 60 ke 90 minit
bagi seorang calon.
5. Pembentangan memfokuskan kepada tiga (3) perkara iaitu:-
G1-Modul latihan yang telah dibangunkan yang melibatkan
o Senarai Modul yang dibangunkan
o Satu (1) Modul Latihan yang telah dibangunkan dengan justifikasi yang
jelas.
G2-Harapan dan wawasan sebagai Certified Master Trainer
G3-Inovasi/Inisiatif yang melibatkan
o Usaha/Tindakan meningkatkan tahap profesionalisme
o Usaha/penglibatan membimbing dan membangun potensi rakan
sejawat
6. Setiap calon akan berpeluang memberi dan menerima maklum balas daripada panel
pentaksir pada hari pentaksiran.
7. Calon digalakkan memastikan eviden yang dipersembahkan dan perkongsian yang
diberi berupaya mempamerkan perkara berikut:
a. Penguasaan isi kandungan terhadap bidang kepakaran dan keupayaan
mengartikulasi kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu yang lain.
b. Keupayaan merancang dan melaksanakan strategi atau kaedah penyampaian
serta penilaian pembelajaran.
c. Keupayaan melaksanakan analisis keperluan latihan dan membangunkan
latihan dengan menggabungjalinkan teori dan praktis.
d. Kualiti Peribadi Sebagai Trainer yang komited, bermotivasi, beradab dan
mempunyai penampilan diri yang sesuai
e. B2. Pematuhan Etika Profesional Latihan mengikut piawaian yang ditetapkan.
8. Calon perlu mematuhi Standard Kompetensi Trainer yang ditetapkan. Hasil
pentaksiran akan dimaklumkan kepada calon dalam tempoh maksimum tujuh hari
bekerja selepas hari pentaksiran.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :17/22
Garis Panduan Pentaksiran untuk Panel Pentaksir CMT
1. Semua panel diminta menghadirkan diri 10 minit sebelum masa pentaksiran di lokasi
pentaksiran.
2. Pentaksiran tidak bersemuka diadakan sebelum sesi bersemuka dan melibatkan
pentaksiran terhadap Dokumen Portfolio calon oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang
Pentaksir di JMT. Pentaksiran ini mengambil masa dalam anggaran 50 minit seorang
calon.
3. Pentaksiran Bersemuka dilaksanakan oleh Pentaksir CMT dan tempoh pentaksiran
bersemuka adalah 60 hingga 90 minit bagi setiap calon. Pentaksiran berasaskan
kepada Piawaian Pensijilan Certified Master Trainer yang ditetapkan. Pentaksiran
bersemuka adalah terhadap kompetensi calon sebagai master trainer menggunakan
kaedah semakan modul, pembentangan dan soal jawab kepakaran berstruktur.
4. Setiap kumpulan panel pentaksiran bersemuka terdiri daripada tiga orang panel
pentaksir CMT. Panel pertama merupakan ketua panel bagi slot tersebut. Setiap
kumpulan panel akan menerima satu (1) Tool Kit Pentaksiran CMT yang terdiri
daripada tiga (3) salinan garis panduan pentaksiran CMT, instrumen semakan Modul
& Pembentangan (TCMT2) dan instrumen Soal jawab Kepakaran Berstruktur (TCMT3)
dan satu (1) salinan Borang Rumusan Pentaksiran CMT (RCMT)
5. Semasa pentaksiran, semua panel diminta mengisi dengan lengkap Instrumen
Pentaksiran CMT dan setelah selesai mentaksir, menurunkan tandatangan dengan
tarikh dan nama yang lengkap. Penggunaan cop nama adalah digalakkan.
6. Sebaik sahaja sesi pentaksiran selesai, semua panel akan duduk bersama di bilik
panel untuk melengkapkan Rumusan Pentaksiran CMT bagi semua calon yang
ditaksir pada hari tersebut. Borang Rumusan Pentaksiran CMT diisi sebanyak dua (2)
salinan. Terdapat maklum balas pembangunan CMT pada borang Rumusan ini.
Pentaksir diminta memastikan cadangan bagi penambahbaikan atau pembangunan
seterusnya calon CMT dinyatakan. Semua panel diminta menurunkan tandatangan
dengan tarikh dan nama yang lengkap pada borang tersebut. Proses kerja
melengkapkan Borang Rumusan semua calon dianggarkan mengambil masa sejam.
7. Hasil pentaksiran adalah samada mencapai atau belum mencapai tahap
kompetensi penuh CMT mengikut piawaian pentaksiran CMT. Selepas urusan
pentaksiran selesai, Ketua Panel diminta menyerahkan semula fail pentaksiran
lengkap dengan semua eviden daripada kesemua panel kepada Pengurus
Pentaksiran. Penyerahan fail kepada pengurus adalah pada hari pentaksiran.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :18/22
Arahan Kerja Pengurusan Pentaksiran CMT
Pengurus Pentaksiran diminta melaksanakan tindakan seperti berikut:
1. Merancang sesi pentaksiran dengan mendapatkan maklumat mengenai calon
sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari pentaksiran serta memastikan
dokumen portfolio dan dokumen modul calon diserahkan selewat-lewatnya sehari
sebelum sesi pentaksiran bersemuka.
2. Memastikan panel pentaksir yang dilantik adalah daripada kalangan panel yang telah
menerima latihan dan diberi penataran terhadap sebarang penjajaran semula operasi
pentaksiran. Tiga (3) orang panel diperlukan untuk sesi bersemuka dan dua (2) orang
pentaksir JMT untuk dokumen portfolio bagi mentaksir seorang calon.
3. Mengeluarkan surat panggilan calon untuk pentaksiran mengikut prosedur
ditetapkan dan mendapatkan maklum balas kehadiran bagi melaksanakan penjajaran
yang perlu. Surat panggilan perlu menyatakan waktu sesi panggilan bagi calon. Ini
bagi memastikan kesediaan calon untuk ditaksir adalah pada tahap yang tinggi.
4. Mengeluarkan surat lantikan panel selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum hari
pentaksiran.
5. Memastikan Bilik Pentaksiran disediakan dan mematuhi susun atur yang ditetapkan..
6. Memberi taklimat kepada panel dan calon pada hari pentaksiran bersemuka serta
memastikan panel pentaksir memahami tugasan bagi pentaksiran bersemuka yang
melibatkan semakan dokumen modul, pembentangan dan soal jawab kepakaran.
Sesi bersemuka pentaksiran adalah 60 hingga 90 minit bagi seorang calon.
8. Memastikan Panel berada di bilik pentaksiran dan tersedia dengan Tool Kit
Pentaksiran CMT yang terdiri daripada tiga (3) salinan garis panduan pentaksiran
CMT, instrumen semakan Modul & Pembentangan (TCMT2) dan instrumen Soal
jawab Kepakaran Berstruktur (TCMT3) dan satu (1) salinan Borang Rumusan
Pentaksiran CMT (RCMT)
7. Memastikan pentaksiran CMT berjalan mengikut piawaian prosedur ditetapkan dan
semua panel telah menurunkan tandatangan lengkap dengan nama dan tarikh
pada semua Instrumen Pentaksiran CMT dan Borang Rumusan Pentaksiran CMT.
8. Mengumpul semula dokumen hasil pentaksiran daripada panel pentaksir pada hari
pentaksiran.
9. Menyediakan pelaporan hasil pentaksiran dan memaklumkan hasil pentaksiran
kepada calon dalam julat masa tujuh hari bekerja selepas hari pentaksiran.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :19/22
CARTA ALIR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN CMC
Tindakan Sebelum Pentaksiran
Bersemuka Pengurus
Pentaksiran
Pengurus
Pentaksiran
Calon & Pengurus
Pentaksiran
Pentaksiran Pengurus
Bersemuka Pentaksiran
Panel Pentaksir
(Borang TRC)
Panel Pentaksir
(Borang TS1)
Panel Pentaksir (Borang TPC)
Panel Pentaksir
(Borang TS2)
Panel Pentaksir
(Borang RPC)
Pasca Pentaksiran
Pengurus
Pentaksiran
Penyerahan bahan & Taklimat kepada Panel -Panel Mengambil Tempat
Calon Menyerahkan Dokumen Bimbingan Pembangunan Organisasi (DBPO) kepada JMT
Penilaian Borang Maklum balas Sekolah oleh Panel Pentaksir
Taklimat Calon oleh Pengurus
Pembentangan calon tentang proses bimbingan pembangunan organisasi dilakukan
Surat Lantikan Panel & Surat Pentakisran Calon
Dokumen DBPO Calon ditaksir oleh panel
Panel Pentaksir mendapatkan konsensus dan membuat Rumusan Pentaksiran Calon
Temubual dan maklum balas dengan Calon secara individu
Pengumpulan Rumusan Pentaksiran Calon dan Pelaporan Pentaksiran
Kemasukan Data Inventori CMC
Mula
Tamat
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :20/22
Arahan untuk Calon CMC
1. Calon diminta memaklumkan kepada pengurus pentaksiran setelah memohon dan
bersedia untuk pentaksiran CMC.
2. Calon diminta memastikan Dokumen Bimbingan Pembangunan Organisasi bagi
sebuah organisasi yang dibimbing telah siap disediakan mengikut ketetapan dan
dibawa semasa pentaksiran
Dokumen Bimbingan Pembangunan Organisasi mesti mengandungi:
a. Analisis jurang organisasi
b. Pelan Pembangunan Organisasi
c. Rekod bimbingan dan mentoring
d. Rekod Kemajuan Organisasi
e. Kerangka Konsep Pembangunan Organisasi
3. Calon diminta menghadirkan diri 10 minit awal daripada masa yang dimaklumkan
pada hari pentaksiran.
4. Pentaksiran mengambil anggaran masa 100 ke 150 minit bagi seorang calon dengan
melibatkan tiga (3) kaedah iaitu semakan DBPO (60 minit), pembentangan dan soal
jawab (30 minit) dan penilaian maklum balas sekolah (20 minit).
5. Setiap calon akan berpeluang memberi dan menerima maklum balas daripada panel
pentaksir pada hari pentaksiran.
6. Calon digalakkan memastikan eviden pentaksiran yang diserahkan berupaya
mempamerkan perkara berikut:
a. Keupayaan membimbing pembangunan organisasi melalui coaching dan
mentoring. .
b. Eviden yang lengkap dan mampu menunjukkan penetapan objektif dan bidang
pembangunan, perancangan pembangunan dan penyeliaan kemajuan
pembangunan organisasi yang jelas dan bermakna.
c. Keupayaan menggabungjalinkan teori dan praktis sesuai dengan konteks
sekolah yang dibimbing.
d. Penghasilan kerangka konsep pembangunan organisasi yang dibimbing
e. Etika Profesional dan kualiti seorang coach mengikut piawaian yang ditetapkan.
7. Calon perlu mematuhi Standard Kompetensi Coach yang ditetapkan. Hasil
pentaksiran akan dimaklumkan kepada calon dalam tempoh maksimum tujuh hari
bekerja.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :21/22
Garis Panduan Pentaksiran untuk Panel CMC
1. Semua panel pentaksir diminta menghadirkan diri 10 minit sebelum masa
pentaksiran di lokasi ditetapkan pada hari pentaksiran.
2. Tiga (3) orang panel pentaksir terlibat dalam sekumpulan panel. Setiap kumpulan
panel akan mentaksir maksimum dua (2) orang calon pada satu hari.
3. Tempoh pentaksiran adalah 100 ke 150 minit bagi setiap calon. Pentaksiran
berasaskan kepada Piawaian Pensijilan Certified Master Coach yang ditetapkan.
4. Sebelum pentaksiran setiap kumpulan panel menerima satu (1) Garis Panduan
Pentaksiran CMC serta satu (1) set instrumen bagi setiap calon. Set instrumen
terdiri daripada sesalinan Borang Rumusan Pentaksiran CMC (RPMC), Senarai
Semak DBPO (TSD), Borang Pentaksiran MC (TPMC) dan Senarai Semak Borang
Maklum Balas Sekolah (TSB).
5. Semasa pentaksiran, semua panel diminta mengisi dengan lengkap Instrumen
Pentaksiran CMC dan setelah selesai mentaksir, menurunkan tandatangan dengan
tarikh dan nama yang lengkap. Penggunaan cop nama adalah digalakkan.
6. Pentaksiran adalah terhadap kompetensi calon sebagai coach menggunakan tiga
(3) kaedah iaitu semakan DBPO (60 minit), pembentangan dan soal jawab (30
minit) dan penilaian maklum balas sekolah (20 minit).
7. Semasa pentaksiran pembentangan, panel boleh mendapatkan kejelasan bagi
menverifikasi eviden bagi membuat keputusan. Hasil pentaksiran adalah samada
mencapai atau belum mencapai tahap kompetensi penuh CMC mengikut
piawaian pentaksiran CMC.
8. Di akhir sesi pentaksiran, panel diminta menyerahkan semula DBPO kepada calon
dan sekiranya perlu mengambil beberapa salinan dokumen sebagai eviden
pentaksiran.
9. Selepas urusan pentaksiran selesai, garis panduan Pentaksiran CMC dan semua hasil
pentaksiran calon perlu diserahkan kepada pengurus pada hari pentaksiran.
ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16
TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :22/22
Arahan Kerja Pengurusan Pentaksiran CMC
Pengurus Pentaksiran diminta melaksanakan tindakan seperti berikut:
1. Merancang sesi pentaksiran dengan mendapatkan maklumat mengenai calon
sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari pentaksiran.
2. Memastikan panel pentaksir yang dilantik adalah daripada kalangan panel yang telah
menerima latihan dan diberi penataran terhadap sebarang penjajaran semula operasi
pentaksiran.
3. Mengeluarkan surat panggilan calon untuk pentaksiran mengikut prosedur
ditetapkan dan mendapatkan maklum balas kehadiran bagi melaksanakan penjajaran
yang perlu. Surat panggilan perlu menyatakan waktu sesi panggilan bagi calon. Ini
bagi mastikan kesediaan calon untuk ditaksir adalah pada tahap yang tinggi.
4. Mengeluarkan surat lantikan panel selewat-lewatnya sehari sebelum hari
pentaksiran.
5. Memastikan Bilik Pentaksiran disediakan dan mematuhi susun atur yang ditetapkan..
6. Memberi taklimat kepada panel dan memastikan panel pentaksir memahami tugasan
dan mampu menyelesaikan tugasan pentaksiran. Julat masa 100 hingga 150 minit
diperlukan untuk mentaksir seorang calon. Oleh itu anggaran masa pentaksiran adalah
lima jam sehari.
7. Memastikan Panel berada di bilik pentaksiran dan tersedia dengan Garis Panduan
Pentaksiran CMC serta satu (1) set instrumen bagi setiap calon. Set instrumen
terdiri daripada sesalinan Borang Rumusan Pentaksiran CMC (RPMC), Senarai
Semak DBPO (TSD), Borang Pentaksiran MC (TPMC) dan Senarai Semak Borang
Maklum Balas Sekolah (TSB).
8. Memberi taklimat kepada calon dan mengumpulkan eviden pentaksiran (DBPO dan
Borang Maklum Balas Sekolah) untuk diserahkan kepada panel yang terlibat.
9. Memastikan pentaksiran CMC berjalan mengikut piawaian prosedur ditetapkan dan
semua panel telah menurunkan tandatangan lengkap dengan nama dan tarikh pada
semua Borang Instrumen Pentaksiran CMC dan Borang Rumusan Pentaksiran CMC.
10. Mengumpul semula dokumen hasil pentaksiran daripada panel pentaksir pada hari
pentaksiran .
11. Menyediakan pelaporan hasil pentaksiran dan memaklumkan hasil pentaksiran
kepada calon dalam julat masa tujuh hari bekerja selepas hari pentaksiran.