DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
-
Upload
kermit-stevenson -
Category
Documents
-
view
195 -
download
1
description
Transcript of DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN(DSKP)
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
…suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
KURIKULUM KEBANGSAAN
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 )
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
“murid berkeperluan pendidikan khas” ertinya yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai;-
(a) Ketidak upayaan penglihatan
(b) Ketidakupayaan pendengaran
(c) Ketidakupayaan pertuturan
(d) Ketidakupayaan fizikal
(e) Masalah pembelajaran; atau
(f) Mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e)
Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM
Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang
dihasratkan
(PPK, 2001)
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5
KOMPONEN KURIKULUM
KANDUNGAN
PEDAGOGI PENTAKSIRAN
KURIKULUM
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KANDUNGAN
• Isi mata pelajaran
• Matlamat dan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata pelajaran tersebut.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEDAGOGI
(PPK, 2001)
Pengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui menerusi teknik dan kaedah yang berkualiti ke arah mencapai objektif pembelajaran.
Susun atur pengalaman pembelajaran yang terancang bagi mencapai objektif pembelajaran.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENTAKSIRAN
• Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9
APAKAH KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA GURU?
• Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid
• Menilai keberkesanan PdP
• Membantu memperbaiki PdP
• Membantu perancangan tindakan susulan
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
• Memahami tujuan mereka belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran mereka
• Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri
APAKAH KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA MURID?
• Memaklumkan murid tentang tindak susul
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH
PENTAKSIRAN SUMATIF
Dijalankan secara berterusan dalam proses PdP. Maklumat yang diperoleh memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid. Contoh: latihan, kerja rumah, kuiz, lembaran kerja, tugasan projek murid dan pemerhatian
Pentaksiran sumatif dikaitkan dengan pentaksiran pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.Ianya memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Contoh: Ujian topikal, ujian bulanan, peperiksaan penggal persekolahan
PENTAKSIRAN FORMATIF
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• Semasa PdP• Pelaporan dalam bentuk
deskriptif• Dilaksanakan secara
berterusan • Maklumat membantu
meningkatkan kualiti PdP• Tindakan susulan
• Berlaku pada akhir suatu tempoh pembelajaran
• Pelaporan dalam bentuk skor/gred
• Berkala • Maklumat menunjukkan
tahap pencapaian murid
PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF
SUMATIFFORMATIF
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13
CONTOH KAEDAH PENTAKSIRAN
Pemerhatian
Tugasan
Projek
Kuiz
Drama
Lisan
Ujian
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Apa itu DSKP?
Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran.
DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Mengapa DSKP ?
Kurikulum merangkumi Kandungan, Pedagogi dan Pentaksiran.
Membantu untuk memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses PdP.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
16
KANDUNGAN DSKP
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
STANDARD PRESTASI
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai (indicator of success)
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
17
KRITERIA PENCAPAIAN YANG BERASASKAN SETIAP KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN
TAHAP PENGUASAAN ?
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tafsiran Tahap Penguasaan Secara UmumTAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
6Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tahap Penguasaan
Tahap Kemahiran
Pernyataan Standard
1 ILMU Murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing.
2 AMALIMurid dapat menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik dalam kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing.
3 AMALAN Murid dapat menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing.
4 ILTIZAMMurid berkebolehan menghuraikan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari secara bersungguh-sungguh dan bertanggung jawab melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
5 PENGHAYATANMurid berkebolehan memberikan justifikasi serta istiqamah terhadap tindakan yang dilakukan dalam kehidupan seharian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari.
6 PENTABIATAN
Murid berkebolehan merumuskan pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam bentuk perubahan tingkah laku serta mempamirkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertaqwa dan boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
Pernyataan Umum Tahap Penguasaan Pendidikan Islam
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAFSIRAN TAHAP PRESTASI PDP SECARA UMUM BAGI MATA PELAJARAN BAHASA
Tahap Penguasaan
Tahap Kemahiran
Tafsiran Tahap Prestasi Secara Umum
1 SANGAT TERHAD Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat terhad serta sukar berkomunikasi.
2 TERHAD Murid mempunyai tahap pengetahuan dan kecekapan berbahasa yang terbatas sehingga menjejaskan kelancaran berkomunikasi.
3 MEMUASKAN Murid berupaya mempamerkan tahap penguasaan pengetahuan bahasa dan kemahiran bahasa pada tahap yang asas.
4 BAIKMurid berupaya mempamerkan kebolehan penggunaan pengetahuan bahasa dan kemahiran bahasa serta mengaplikasikan kemahiran bahasa dengan berkesan secara kendiri.
5 SANGAT BAIKMurid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa, kecekapan berbahasa dan mengaplikasikan kemahiran bahasa dengan berkesan dalam pelbagai situasi secara kendiri.
6 CEMERLANGMurid berupaya mempamerkan penguasaan pengetahuan dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten, mengaplikasikan kemahiran bahasa dengan berkesan, penuh keyakinan secara kendiri dan boleh menjadi teladan.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAFSIRAN TAHAP PENGUSAAN BAGI SAINS RENDAH (pengetahuan dan kemahiran saintifik)
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1Mengetahui pengetahuan dan kemahiran asas sains
2Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut dengan apa-apa cara.
3Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains untuk melaksanakan tugasan pada suatu situasi
4
Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains untuk diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan pada suatu situasi dengan cara yang bersistematik
5
Menganalisis dan mensintesis pengetahuan dan kemahiran sains untuk diaplikasikan dalam melaksanakan satu tugasan atau situasi baru secara tekal, bersistematik dan bersikap positif
6
Menganalisis dan mensintesis pengetahuan dan kemahiran sains untuk diaplikasikan dalam rekacipta, menilai atau menkonsepsikan sesuatu yang baru dengan kreatif dan inovatif dalam melaksanakansesuatu tugasan.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN PENGETAHUAN SEJARAH
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1 Mengetahui perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.
2 Memahami perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.
3 Menerangkan perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.
4 Menguasai pengetahuan dan kemahiran secara tersusun berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.
5 Membuat penilaian berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.
6 Melahirkan idea berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN VISUAL DAN BAHASA ISYARAT BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI KREATIF
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1 Meniru pergerakan isyarat tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan berdasarkan kata tugas yang tersenarai
2 Memadan dan membezakan senarai perkataan yang tersenarai.
3 Menyata dan melakukan isyarat yang ditunjukkan.
4 Menyatakan kata tugas yang berbeza daripada kata tugas yang telah dipelajari.
5 Bercerita secara berpandu melalui lisan atau isyarat berdasarkan kata tugas yang dikuasai.
6 Bercerita secara bebas berdasarkan kata tugas
melalui lisan atau isyarat .
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 24
STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK (UMUM)
TAHAP PENGUASAA
NTAFSIRAN
1Kognitif- Melakukan aktiviti meniru/mengajuk. (Modul Penghasilan Muzik)- Mengetahui muzik yang didengar. (Modul Apresiasi Muzik)- Mengetahui notasi muzik. (Modul Membaca dan menulis notasi muzik)
Psikomotor- Bernyanyi/Bermain alat muzik dengan cara mengajuk. (Modul Pengalaman
Muzikal)- Melakukan pergerakan dengan cara meniru. (Modul Pengalaman Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)- Menerima nilai murni dalam aktiviti muzik.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 25
STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK (UMUM)
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
2Kognitif- Mengetahui dan memahami elemen muzik. (Modul Penghasilan Muzik)- Mengetahui dan memahami muzik yang didengar. (Modul Apresiasi Muzik)- Mengetahui dan memahami notasi muzik. (Modul Membaca dan menulis
notasi muzik)
Psikomotor- Bernyanyi/Bermain alat muzik. (Modul Pengalaman Muzikal)- Melakukan pergerakan berdasarkan elemen muzik. (Modul Pengalaman
Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)- Menerima nilai murni dan mempamerkan dalam aktiviti muzik.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 26
STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK (UMUM)TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
3Kognitif- Menghasilkan muzik dengan mengaplikasikan elemen muzik. (Modul
Penghasilan Muzik)- Mengetahui, memahami dan menyatakan ciri muzik yang didengar.
(Modul Apresiasi Muzik)- Mengetahui, memahami dan menulis semula notasi muzik pada baluk.
(Modul Membaca dan menulis notasi muzik)
Psikomotor- Bernyanyi/Bermain alat muzik dengan mempraktikkan elemen muzik.
(Modul Pengalaman Muzikal)- Melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. (Modul
Pengalaman Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)- Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 27
STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK (UMUM)
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
4Kognitif- Mengaplikasikan pengetahuan muzik untuk menghasilkan muzik.
(Modul Penghasilan Muzik)- Membicarakan muzik yang didengar atau ditonton dengan
mengaplikasikan pengetahuan muzik. (Modul Apresiasi Muzik)- Menulis notasi muzik pada baluk. (Modul Membaca dan menulis notasi
muzik)
Psikomotor- Bernyanyi/Bermain alat muzik dengan mempraktikkan elemen muzik
dengan betul. (Modul Pengalaman Muzikal)- Melakukan pergerakan mengikut tema berdasarkan muzik yang
didengar. (Modul Pengalaman Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)- Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 28
STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK (UMUM)
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
5Kognitif- Mengimprovisasikan idea muzik untuk menghasilkan karya muzik. (Modul
Penghasilan Muzik)- Membicarakan muzik pilihan sendiri dengan mengaplikasikan pengetahuan
muzik. (Modul Apresiasi Muzik)- Menulis notasi muzik pada baluk dengan betul dan tepat. (Modul Membaca
dan menulis notasi muzik)Psikomotor- Bernyanyi/Bermain alat muzik/ dengan mengaplikasikan elemen muzik secara
konsisten. (Modul Pengalaman Muzikal)- Membuat interpretasi melalui pergerakan terhadap muzik yang didengar.
(Modul Pengalaman Muzikal)Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)- Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik dan menjadi contoh
kepada murid lain.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 29
STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK (UMUM)
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
6Kognitif- Mencipta karya muzik. (Modul Penghasilan Muzik)- Membuat penilaian muzik pilihan sendiri dengan mengaplikasikan
pengetahuan muzik untuk mengenal pasti identiti utama muzik tersebut. (Modul Apresiasi Muzik)
- Menulis notasi muzik pada baluk dengan betul dan tepat secara konsisten. (Modul Membaca dan menulis notasi muzik)
Psikomotor- Bernyanyi/Bermain alat muzik dengan mengaplikasikan elemen muzik
secara ekspresif dan konsisten. (Modul Pengalaman Muzikal)- Merancang dan melakukan pergerakan kreatif dari muzik yang didengar.
(Modul Pengalaman Muzikal)Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)- Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik serta menjadi contoh
dan boleh menunjuk cara kepada rakan yang lain.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAJUK 1: MARI BELAJAR SEJARAH
Standard Kandungan
Standard PembelajaranStandard Prestasi
TP Tafsiran
1.1 Pengertian sejarah dan kemahiran sejarah
1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah.1.1.2 Mengenal pasti konsep masa silam dan ruang berdasarkan garis masa dan kronologi.1.1.3 Mengenal pasti peristiwa sejarah mengikut garis masa.1.1.4 Menyatakan tinggalan sejarah yang terdapat di muzium dan tempat bersejarah.1.1.5 Menjelaskan sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah.1.1.6 Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan.K.1.1.7 Menyatakan kepentingan pengurusan masa
dalam kehidupan harian.K.1.1.8 Menyatakan kehidupan masyarakat masa lalu
dan kesinambungannya dengan masa kini.K.1.1.9 Menjelaskan kepentingan menghargai warisan
bangsa bagi melahirkan jati diri
1Murid mengetahui tentang pengertian dan kemahiran sejarah.
2Murid memahami pengertian dan kemahiran sejarah.
3
Murid boleh menerangkan tentang pengertian dan kemahiran sejarah dengan memberikan contoh.
4
Murid boleh menguasai pengertian dan kemahiran sejarah serta disesuaikan dengan pelbagai situasi.
5
Murid boleh membuat penilaian tentang pengertian dan kemahiran sejarah dalam kehidupan seharian.
6
Murid boleh menjadi pemudah cara kepada rakan menerangkan tentang kemahiran pemikiran sejarah.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)SEJARAH
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAPORAN TAHAP PENGUASAAN MURID
• TIDAK SECARA DALAM TALIAN
• MENGGUNAKAN APLIKASI MS EXCEL
• GURU PERLU MEMBUAT PENTAKSIRAN SEHINGGA LENGKAP SATU KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN
• REKOD DISIMPAN DI SEKOLAH UNTUK: - TINDAK SUSUL - PELAPORAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
33
TIADA UJIAN SETARA DI PERINGKAT DAERAH ATAU NEGERI
UJIAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
NOTA
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Garis Masa Pelaksanaan Penggunaan DSKPKohort Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
2011KSSR DSK+DSP KBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSP
2012KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSP
2013KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSP
2014KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KSSR
DSKPKBSR SP+
HSPKBSR SP+
HSP
2015KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KSSR
DSKPKSSR DSKP
KBSR SP+HSP
2016KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KSSR
DSKPKSSR DSKP
KSSR DSKP
2017KSSR
semakan DSKP
KSSR DSK+DSP KSSR DSK+DSP KSSR DSKP
KSSR DSKP
KSSR DSKP
2018KSSR
semakan DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSR DSK+DSP KSSR DSKP
KSSR DSKP
KSSR DSKP
2019KSSR
semakan DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSR DSKP
KSSR DSKP
KSSR DSKP
2020KSSR
semakan DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSR DSKP
KSSR DSKP
2021
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSR DSKP
2022KSSR
semakan DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
KSSRsemakan
DSKP
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
35