Dato najib

9
Dipetik dari tulisan: Mohamed Yosri Mohamed Yong Allahyaraham Tun Abdul Razak Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976) Bapa Pembangunan Malaysia Era Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan.Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik. Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976 Asal Usul Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah kemiskinan.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya.

Transcript of Dato najib

Page 1: Dato najib

Dipetik dari tulisan: Mohamed Yosri Mohamed Yong

Allahyaraham Tun Abdul Razak

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)

Bapa Pembangunan Malaysia

Era

Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti

memerintah, Parti Perikatan.Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana

perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.

Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di

dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan

kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia.Allahyaraham Tun

Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang

menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'

Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922.

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan

Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan

Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang

kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat

sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976

Asal Usul

Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu

Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah

kemiskinan.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang

jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya.

Page 2: Dato najib

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala

Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura.Perang Dunia ke 2 menyebabkan

pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara

waktu.Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force

136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj

tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.

Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan

Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di

England.Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan

menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950.Sewaktu di England, Allahyaraham Tun

Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'.

Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan

kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan

Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik

kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu.Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian

dan Malayan Student's Union.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18

bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-

undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai

pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan

semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.

Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham

Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib.Sekembalinya dari England,

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia

sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'

Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'

Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun

Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan

menyertainya.

Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang

DiPertua UMNO.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa

Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan

mengenepikan dirinya sendiri.

Page 3: Dato najib

Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun 1952

dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.Pada Februari 1955

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang.Pada Jun 1955

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan

bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan.Berkat sokongan masyarakat,

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan

Kawasan Semantan.

Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun

Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9

Ogos 1955.Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan

'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'

Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Peranan Dan Sumbangan

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai

sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa.Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan

negara diberi keutamaan.Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai

Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah

dan perintah.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-

sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak,

melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan

sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak

Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama

rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.

Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak

Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan

senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'

Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas

komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu

Page 4: Dato najib

tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim

Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.

Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun

Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi

keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar

Bandar.Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah

berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar

dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar

bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan

pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk

pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang

meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional

pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan.Beliau telah berjaya

menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional

melalui kestabilan politik.

Di arena antarabangsa

Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang

bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan

oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI).Allahyaraham Tun

Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan

Manila 1963.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan

keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum.

Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh

negara.Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran

kerajaan.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul

Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN.Di bawah MAGERAN ketenteraman awam

berjaya dipulihkan.

Page 5: Dato najib

Membangunkan Malaysia

Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting

adalah ke arah pembangunan Malaysia.Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah

untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit.Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak

Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara

berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990.Allahyaraham Tun

Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-

ekonomi.Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup

golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA

dan FELCRA.Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan

rantaian kemiskinan.

Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah

sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri.Pada tahun

1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam

Perhimpunan Agung UMNO ke 22.Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke

peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum.Ada dua sebab

utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya

perpaduan kaum.Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah

melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.

'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan

yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan

menjadikan matlamat utamanya:

? Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

? Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.

Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang

dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan

Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham

Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan

pragmatik.Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang

dilancarkan pada tahun lalu.

Page 6: Dato najib

Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB).DEB

mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam

negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.

Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority'

(FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan

pembagunan.Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling

besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan

minyak kelapa sawit.

Pemimpin yang berjiwa rakyat

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa

rakyat.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan

meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan

pentadbir Melayu.

Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah

melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970.Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang

mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang

demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.

Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik dan

ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik.

Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu proses

transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa

Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'

Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati hari

ini.

Keistimewaan

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap

masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

seorang pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan.Kepimpinan Tun Abdul Razaklah

yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik Gerakan'.

Page 7: Dato najib

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah

berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi.Pelbagai kurniaan

dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di dalam dan

luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa Pembangunan

Malaysia.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London

kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan

seorang negarawan yang ulung dan setia.Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara

melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan

yang sejati.Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah disemadikan di Makam

Pahlawan, Masjid Negara.Pemergian Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein merupakan satu

kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga meminati:

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6 DAN PRESIDEN UMNO

YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana

Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri

Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas perdana

menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.

Keluarga

Isteri keduanya ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat tiga anak lelaki, Nizar (lahir 1978),

Nazifuddin dan Norashman, dan dua anak perempuan, Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa.Tengku

Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan isteri pertamanya dan mendapat 3 anak.

Pendidikan

Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan

Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Page 8: Dato najib

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian

belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda

dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada

tahun 1974.

Kerjaya Politik

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul

Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi

Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan

ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga,

Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986,

beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri

Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

* 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos

* 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan

* 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan

* 1982-1986 - Menteri Besar Pahang

* 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan

* 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan

* 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada

tahun 1977-1979.Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan

negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO

Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun

1981.

Page 9: Dato najib

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah

Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar

Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO.Beliau menjadi ketua pada 25 Mei

1988 setelah UMNO ditubuhkan semula.Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib

Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.Beliau

terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan

2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2009/08/biodata-mohd-najib-bin-tun-abdul-

razak.html#ixzz2A6nxopCQ

Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com