Dasar Penyerahan bahan harta Intelek Ke Repositori ...
Transcript of Dasar Penyerahan bahan harta Intelek Ke Repositori ...
0
DASAR PENYERAHAN BAHAN
HARTA INTELEK UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA
KE
REPOSITORI INSTITUSI UNIVERSITI
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
DASAR PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1 | P a g e
DASAR PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KE REPOSITORI INSTITUSI UNIVERSITI
1.0 TUJUAN DASAR
Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek Universiti Teknologi MARA (selepas ini dirujuk
sebagai ‘Dasar ini’) bertujuan:
1.1 Memastikan staf dan pelajar universiti yang mencipta bahan harta intelek
menyerahkan bahan Harta Intelek ciptaan mereka kepada Perpustakaan UiTM
sebagai Pusat Repositori Institusi UiTM.
1.2 Mengenengahkan fungsi perpustakaan sebagai pusat perolehan, pengumpulan,
penyimpanan, pemeliharaan, rujukan dan penyebaran perkhidmatan maklumat
Harta Intelek UiTM bagi mengenengah dan memartabatkan Harta Intelek UiTM ke
peringkat global atau secara capaian atas talian.
2.0 SKOP PEMAKAIAN
Dasar ini terpakai ke atas semua Harta Intelek yang dihasilkan oleh staf dan pelajar UiTM
melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penulisan, penyelidikan dan inovasi, yang
mana hak dan/atau kepentingan ke atas Harta Intelek tersebut dimiliki oleh UiTM di
bawah dasar ini. Selain itu, dasar ini dapat dijadikan garis panduan untuk merancang
proses perolehan, penerimaan, pendigitalan, muatnaik, dan memelihara bahan Harta
Intelek UiTM sebagai koleksi Perpustakaan UiTM / Perpustakaan Tun Abdul Razak
(selepas ini dikenali sebagai PTAR).
3.0 UNDANG-UNDANG, DASAR DAN PEKELILING BERKAITAN
3.1 Dasar ini digubal selaras dengan peruntukan undang-undang bertulis berkaitan
Harta Intelek khususnya Akta Hak Cipta 1987, Akta Paten 1983, Akta Cap
Dagangan 1976, dan undang-undang tidak bertulis berkaitan rahsia perdagangan
dan maklumat sulit di Malaysia. Selain itu, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan
1986 dan Akta Universiti Teknologi MARA 1976 turut dijadikan rujukan.
3.2 Dasar peringkat kebangsaan khususnya Dasar Harta Intelek Negara (2007) di
bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut
dijadikan rujukan dalam penggubalan dasar ini.
DASAR PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2 | P a g e
3.3 Selain itu, dasar ini turut digubal dengan mengambil kira dasar-dasar yang berkaitan
di UiTM.
3.4 Pekeliling berkaitan:
Pekeliling Naib Canselor Bilangan 3/2009:
Penyeragaman Terma Rujukan Institusi bagi Hasil Penyelidikan / Penerbitan
Universiti Teknologi MARA yang turut menyebut tentang penyerahan hasil
penyelidikan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak turut dijadikan garis panduan
(perenggan 3).
4.0 TAKRIFAN
4.1 Akses Terbuka – Merupakan capaian atas talian secara percuma kepada bahan
berbentuk elektronik atau digital, boleh dimuat turun, disebar, dicetak, serta diakses
semula dengan lebih mudah, cepat dan tepat tanpa batasan kewangan,
perundangan atau teknikal.
4.2 Bahan Bacaan / Rujukan Silibus – Bermaksud bahan bacaan / rujukan yang
tersenarai dalam silibus sesebuah program sebagai bahan bacaan / rujukan yang
dikemukakan oleh pihak fakulti dengan mendapat kelulusan pihak Senat UiTM.
Seterusnya diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk program
berkenaan ditawarkan oleh UiTM. Bahan tersebut wajib dibuat pembelian oleh
setiap Perpustakaan UiTM bagi memenuhi keperluan pengajian dan pembelajaran
setiap program yang ditawarkan oleh UiTM.
4.3 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran - Bermaksud bahan yang dihasilkan bagi
tujuan pengajaran oleh Staf, Pelajar atau Rakan Sekutu UiTM yang layak mendapat
perlindungan dan/atau telah mendapat perlindungan di bawah mana-mana undang-
undang harta intelek. Bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut termasuk tetapi
tidak terhad kepada bahan ilmiah (buku, artikel jurnal, laporan penyelidikan, kertas kerja,
prosiding atau apa-apa penulisan lain), perisian kursus (audio visual
syarahan, nota kuliah/tutorial, slaid persembahan), penilaian kursus (kertas ujian
dan kertas peperiksaan), perisian komputer, tesis, disertasi, kertas projek dan
tugasan sama ada dalam bentuk bertulis atau digital.
DASAR PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 3 | P a g e
4.4 Bahan Perpustakaan – Bermaksud bahan perpustakaan yang terdiri dari bahan
bercetak (termasuk buku, terbitan bersiri, peta, carta dan poster) dan bahan bukan
bercetak (termasuk filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan
audio dan media elektronik yang lain).
4.5 Hak Harta Intelek - Bermaksud semua jenis hak (hak milik, hak eksklusif dan hak
moral) dan apa-apa kepentingan (selaku pemegang lesen) yang diiktiraf dan
dilindungi di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia
sama ada bertulis atau tidak bertulis, khususnya semua hak dan kepentingan yang
timbul daripada undang-undang hak cipta, paten, reka bentuk perindustrian, cap
dagangan, petunjuk geografi, reka bentuk susun atur litar bersepadu, varieti baru
tumbuhan dan maklumat sulit termasuk rahsia perdagangan.
4.6 Harta Intelek - Bermaksud apa-apa karya, ciptaan, rekaan, varieti baru tumbuhan,
maklumat sulit termasuk rahsia perdagangan yang layak untuk mendapat
perlindungan di bawah mana-mana undang-undang Harta Intelek, khususnya
undang-undang hak cipta, paten, reka bentuk perindustrian, cap dagangan,
petunjuk geografi, reka bentuk susun atur litar bersepadu, varieti baru tumbuhan
dan undang-undang ‘Common Law’.
4.7 Harta Intelek UiTM - Bermaksud semua Harta Intelek yang mana UiTM mempunyai
hak dan/atau kepentingan kontraktual atau kepentingan ekuiti hasil daripada
pemberian / penyerahan hak milik, pemberian lesen atau operasi perundangan di
bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
4.8 Koleksi Harta Intelek UiTM - Bermaksud bahan yang samada dihasilkan /
diterbitkan sendiri atau bahan yang diperolehi hasil menghadiri aktiviti-aktiviti di
dalam dan luar negara atas anjuran/biayaan UiTM. Bahan tersebut terdiri dari:
Amanat / Perutusan / Ucapan; Artikel; Buku / Bab Dalam Buku; Bahan Pandang-
Dengar; Buletin; Imej Digital / Visual; Laporan Penyelidikan; Laporan Tahunan;
Projek Pelajar; Projek Keusahawanan; Garis Panduan; Prosiding; Syarahan Utama;
Jurnal; Kertas Kerja Seminar / Konferensi / Simposium / Konvensyen; Kertas
Bengkel / Kursus; Kertas Soalan Peperiksaan; Skor Muzik / ‘Musical Composition’;
DASAR PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 4 | P a g e
Tesis / Disertasi, serta Keratan Akhbar UiTM. Diserahkan ke PTAR sebagai pusat
repositori institusi UiTM.
4.9 Koleksi Digital – Merupakan koleksi perpustakaan atau bahan yang asalnya dalam
format digital atau salinan lembut yang ditukar kepada format yang boleh dibaca
oleh mesin (machine-readable format) untuk tujuan pemeliharaan dan penyediaan
atau penyebaran perkhidmatan maklumat secara capaian atas talian atau
elektronik.
4.10 Malaysian Theses Online (MyTO) – Bermaksud portal yang menyenaraikan koleksi
Tesis (Sarjana dan Kedoktoran) yang dikumpul dari universiti akademik dan kolej
universiti awam serta universiti swasta akademik di Malaysia.
4.11 Pelajar - Diberi maksud yang sama dengan tafsiran di bawah Seksyen 2 Akta UiTM
1976 (Akta 173). Dalam konteks Dasar ini, Pelajar UiTM bermaksud sesiapa sahaja
yang diiktiraf sebagai Pelajar UiTM di bawah Akta 173, yang meliputi pelajar pasca
ijazah, ijazah sarjana muda, diploma, sijil, asasi atau pra-diploma yang berdaftar
dan berstatus aktif dengan UiTM sama ada sebagai pelajar sepenuh masa/separuh
masa di dalam kampus atau di luar kampus UiTM.
4.12 Pencipta – Bermaksud warga UiTM yang menghasilkan Harta Intelek universiti.
Juga merujuk kepada seseorang yang mana ciptaannya layak mendapat
perlindungan dan/atau telah mendapat perlindungan di bawah Akta Paten 1983
atau mana-mana undang-undang yang seumpamanya di dalam atau di luar
Malaysia.
4.13 Pendigitalan - Bermaksud proses menukarkan format sumber ilmu dan maklumat
dalam bentuk bercetak / analog (sama ada teks, audio, video, grafik, dsb.), atau
bahan yang asalnya dalam format salinan lembut kepada bentuk digital supaya ianya
dapat disimpan, mudah dikesan atau didapatkan semula dan diedarkan
secara elektronik atau capaian atas talian.
4.14 Penyerahan Hak – Bermaksud memindahkan hak milik secara penuh dan mutlak ke
atas sesuatu Harta Intelek.
DASAR PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 5 | P a g e
4.15 Perpustakaan UiTM – Bermaksud perpustakaan-perpustakaan UiTM yang berada
di seluruh Malaysia.
4.16 Repositori Institusi - Bermaksud pusat mengumpul, memproses teknikal,
menyimpan dan menyebarkan maklumat Harta Intelek universiti yang ditukar
formatnya sebagai koleksi digital, yang boleh diakses secara elektronik atau
capaian atas talian. Di samping itu, ia juga merupakan pusat menyimpan,
memelihara dan menyelenggara Harta Intelek warga universiti dalam bentuk
salinan keras atau bahan yang asalnya diterima dalam bentuk salinan lembut.
4.17 Staf - Diberi maksud yang sama dengan tafsiran di bawah Seksyen 2 Akta UiTM
1976 (Akta 173). Dalam konteks Dasar ini, Staf UiTM bermaksud mana-mana
individu yang diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan oleh UiTM, sama ada
secara sambilan atau sepenuh masa, kontrak atau tetap, merangkumi staf
akademik dan staf bukan akademik.
i. Staf Akademik merujuk kepada mana-mana Staf yang mana urusan
pekerjaannya terlibat secara langsung dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada profesor, pensyarah, tutor
dan pembantu pensyarah.
ii. Staf Bukan Akademik merujuk kepada mana-mana Staf yang mana urusan
pekerjaannya tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada bendahari, pendaftar,
jurutera, arkitek, pegawai eksekutif, pembantu makmal, pembantu tadbir,
pembantu am dan lain-lain Staf sokongan.
4.18 Silibus – Bermaksud kandungan sukatan pelajaran sesebuah program / kursus
pengajian yang mengandungi deskripsi kursus / program, objektif, durasi, jadual,
skema penilaian, kaedah pengajaran, serta senarai bahan bacaan / rujukan sesuatu
kursus / program. Dikemukakan oleh pihak fakulti dengan mendapat kelulusan
pihak Senat UiTM. Seterusnya diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk program berkenaan ditawarkan oleh UiTM.
4.19 UiTM atau Universiti – Bermaksud Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di
bawah Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan termasuk juga penerima serah hak serta
agen atau staf yang dilantik/diberi kuasa untuk mewakili/bertindak bagi pihaknya.
DASAR PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 6 | P a g e
5.0 TANGGUNGJAWAB DEKAN / KETUA PTJ / INDIVIDU
5.1 PTAR adalah Pusat Repositori Institusi Universiti.
5.2 Dekan / Ketua PTJ / individu pencipta hendaklah menyerahkan bahan Harta Intelek
universiti yang dihasilkan oleh organisasi atau jabatan mereka atau individu sendiri
yang tidak dituntut hak milik Harta Intelek oleh UiTM bagi bahan pengajaran dan
pembelajaran seperti dalam Jadual 1.
5.3 Dekan / Ketua PTJ / individu pencipta hendaklah menyerahkan bahan Harta Intelek
universiti yang dihasilkan oleh organisasi atau jabatan mereka atau individu sendiri
kepada PTAR / Perpustakaan UiTM samada dalam bentuk bercetak / bukan
bercetak atau samada dalam bentuk salinan keras / salinan lembut.
5.4 Dekan / Ketua PTJ / individu pencipta hendaklah memastikan bahan Harta Intelek
yang diserahkan perlu disertakan dengan Borang Penyerahan Harta Intelek UiTM
yang diisi dengan lengkap seperti di Lampiran 1.
6.0 TANGGUNGJAWAB KETUA PUSTAKAWAN
6.1 Ketua Pustakawan adalah pengawal ke atas Repositori Institusi Universiti.
6.2 Ketua Pustakawan bertanggungjawab dalam penerimaan bahan Harta Intelek.
6.3 Ketua Pustakawan bertanggungjawab memastikan bahan Harta Intelek UiTM
dimuatnaik ke dalam Repositori Institusi UiTM untuk tujuan capaian secara atas
talian atau elektronik bagi membantu penarafan Universiti melalui ketampakan
(visibility), kepelbagaian akses (presence), keterbukaan (openness), dan
kecemerlangan (excellence).
6.4 Ketua Pustakawan bertanggungjawab memastikan capaian bahan Harta Intelek
adalah secara konsep akses terbuka (Open access).
6.5 Ketua Pustakawan bertanggungjawab memastikan salinan asal bahan Harta Intelek
UiTM yang diterima disimpan di PTAR sebagai Pusat Repositori Institusi Universiti.
6.6 Ketua Pustakawan bertanggungjawab memastikan UiTM menyediakan ruang yang
mencukupi untuk penyimpanan bahan asal dalam bentuk salinan keras dan
menyediakan peralatan / perkakasan, dan perisian bagi penyimpanan bahan dalam
bentuk salinan lembut mengikut perkembangan pembangunan bahan dari semasa
ke semasa.
6.7 Ketua Pustakawan bertanggungjawab dalam memastikan dasar ini dilaksanakan
dan dipatuhi.
DASAR PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 7 | P a g e
7.0 TANGGUNGJAWAB KETUA BAHAGIAN REPOSITORI INSTITUSI UNIVERSITI
7.1 Ketua Bahagian Repositori Institusi bertanggungjawab mengurus pelaksanaan
perolehan bahan Harta Intelek universiti.
7.2 Ketua Bahagian Repositori Institusi bertanggungjawab menguruskan pendaftaran
bahan Harta Intelek UiTM yang diterima ke dalam sistem automasi Perpustakaan.
7.3 Ketua Bahagian Repositori Institusi bertanggungjawab menentukan bahan Harta
Intelek UiTM dibuat pendigitalan dan dimuatnaik ke dalam sistem Repositori
Institusi Universiti untuk tujuan capaian secara atas talian atau elektronik.
7.4 Ketua Bahagian Repositori Institusi bertanggungjawab memastikan bahan bukan
hakmilik UiTM yang diterima dibuat pendigitalan untuk tujuan penyimpanan dan
rujukan.
7.5 Ketua Bahagian Repositori Institusi hendaklah menentukan penempatan bahan
Harta Intelek bagi bahan asal dan yang diubah ke format digital.
8.0 KUASA UNIVERSITI
8.1 Naib Canselor UiTM boleh pada bila-bila masa mengarahkan semakan / pindaan
dibuat ke atas Dasar ini selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.
9.0 TARIKH DASAR INI BERKUATKUASA
9.1 Dasar ini berkuatkuasa mulai dari 2 hari bulan September tahun 2015.
JADUAL 1
1 TESIS / DISERTASI 2
2 LAPORAN PENYELIDIKAN 2
3 PROJEK PELAJAR 2
4 PROJEK KEUSAHAWANAN 2
5 BUKU PENERBITAN UiTM PRESS 5
6 BUKU TERBITAN UiTM 2
7 BAB DALAM BUKU 1
8 PROSIDING 2
9 JURNAL 5
10 ARTIKEL 1
11 KERTAS KERJA SEMINAR / KONFERENSI / SIMPOSIUM 2
12 KERTAS BENGKEL / KURSUS 2
13 SYARAHAN UTAMA 5
14 LAPORAN TAHUNAN 2
15 KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN 1
16 ABSTRAK PENYELIDIKAN / SEMINAR / KONFERENSI 2
17 BULETIN 5
18 TEKS UCAPAN / TAKLIMAT / AMANAT 2
19 PETA 1
20 BAHAN AUDIO VISUAL 1
21 SKOR MUZIK / 'MUSICAL COMPOSITION' 1
BIL. BAHAN HARTA INTELEK NASKHAH
JADUAL 1: PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KE REPOSITORI INSTITUSI UNIVERSITI, UiTM
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK
BAHAGIAN PENGURUSAN REPOSITORI INSTITUSI DAN IMBANGAN BAHAN
BORANG PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UiTM (KEGUNAAN LUARAN PTAR) UiTM’S Intellectual Property Submission Form (PTAR External Use)
JENIS BAHAN (Sila tandakan √ )
Types of Material (Please mark √ )
1. Tesis (Theses) 7. Laporan Tahunan (Annual Report)
2. Laporan Penyelidikan (Research Reports) 8. Kertas Seminar/Persidangan (Seminar / Conference Paper)
3. Kertas Soalan Peperiksaan (Examination Papers) 9. Prosiding
4. Jurnal (Journals) 10. Penerbitan UiTM (UiTM Publication)
5. Laporan Projek Pelajar (Student Project Reports) 11. Buku (Book)
6. Projek Keusahawanan (Entrepreneurship Project) 12. Lain-lain (Others) : ______________________________
MAKLUMAT BAHAN (Information of Materials):
Bil. No.
JUDUL BAHAN Title
FORMAT BAHAN Format of Materials
HARDCOPY SOFTCOPY
1.
2.
3.
* Sila sediakan lampiran sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi (Please provide attachment if necessary)
TUJUAN PENYERAHAN BAHAN (Sila tandakan √ ): Purpose (Please mark √ ):
PERAKUAN Declaration : i. Penyerahan bahan adalah tertakluk kepada Akta Hak Cipta 1987. Bahan tersebut adalah untuk tujuan bacaan sahaja dan tiada kebenaran diberikan untuk mengeluarkan semula bahan dari mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam apa juga bentuk sama ada dalam bentuk elektronik, fotokopi, atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penulis. Materials submitted are subjected to Copyright Act 1987. This material are for reading purposes only and no consent is given to reproduced any materials from any part of articles, illustration and content in any electronic, photocopying, or any form without the prior permission of the author.
ii. Saya akan bertanggungjawab ke atas bahan yang telah didigital dan bahan yang dimuat naik ke dalam Repositori Institusi Perpustakaan. I will be responsible for the materials that have been digitized and uploaded into the Library’s Repository Institution.
________________________________ Tandatangan Pemohon Applicant Signature
_________________________________ Tandatangan Ketua Jabatan/Bahagian/Unit Head of Department/Division/Unit Signature
Tarikh (Date):
Tarikh (Date):
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT (For office use)
1. Untuk dimuat naik ke dalam Koleksi Digital Perpustakaan (Sila nyatakan tarikh tamat embargo (jika perlu)) For upload into the Library Digital Collection (Please indicate the embargo expiry date)
Embargo expiry date : Year: Month: Day:
DITERIMA OLEH / Received By :
TANDATANGAN / Signature :
TARIKH / Date :
Nama Pemohon (Name) : _____________________________________
Fakulti / Bahagian / Unit : _____________________________________ Faculty / Division / Unit
No. Telefon (Pejabat / Hp) : ____________________________ Telephone No. (Office / handphone)
Emel (Email) : ________________________________________
2. Untuk dimuat naik ke dalam MYTO (Malaysian Theses Online) (For upload into MYTO (Malaysian Theses Online))
Nota : Embargo Expiry Date adalah tarikh tamat tempoh yang ditetapkan oleh penulis di mana pada atau selepas tarikh ini, bahan tersebut akan dipaparkan secara langsung di Repositori Institusi PTAR dan ianya boleh diakses.
Note : Embargo Expiry Date is the date that an author, a publisher or sponsor imposed embargo expires. On and after this date, this document will be accessible in PTAR’s Repository Institution.
3. Dipinjamkan sementara untuk tujuan pendigitalan. Bahan akan dikembalikan semula kepada pemilik. (Temporary loan for digitization. The material will be returned to the owner)
Tarikh (Date) : _______________________
4. Simpanan Koleksi PTAR (For PTAR’s collection)
5. Untuk Kegunaan Rasmi (For official use)
DISAHKAN OLEH / Certified By :
TANDATANGAN / Signature :
TARIKH / Date :
LAMPIRAN 1 Borang PTAR(BPRIB)/Penyerahan Bahan Harta Intelek/01/2014
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CARTA ALIR PENYERAHAH BAHAN HARTA INTELEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KE
REPOSITORI INSTITUSI UNIVERSITI
Carta Alir Proses Kerja Tindakan
Mula
Pencipta HI-UiTM iaitu Jabatan / Bahagian / Fakulti / Pusat / Unit / PTJ dari:-
1. UiTM Shah Alam
i. Serah bahan ke PTAR Shah Alam
Pencipta HI UiTM Shah Alam
2. UiTM Negeri i. Serah bahan ke PUiTM
Negeri
Pencipta HI-UiTM Negeri
ii. Kumpul bahan HI- UiTM
iii. Serah bahan ke PTAR Shah Alam
PUiTM Negeri
Selesai
Singkatan:
UiTM - Universiti Teknologi MARA
PTAR - Perpustakaan Tun Abdul Razak
PUiTM - Perpustakaan Universiti Teknologi MARA
HI UiTM - Harta Intelek Universiti Teknologi MARA
1. UiTM SHAH
ALAM
2. UiTM
NEGERI
PUiTM Negeri
PTAR SHAH ALAM