DASAR JALUR LEBAR KEBANGSAAN - bit.gov.bnbit.gov.bn/Theme/Content/download/DASAR JALUR LEBAR...
Transcript of DASAR JALUR LEBAR KEBANGSAAN - bit.gov.bnbit.gov.bn/Theme/Content/download/DASAR JALUR LEBAR...
D i ce t a k d i N e g a ra B r u n e i D a r u ss a l a m2 0 15
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
DASAR JALUR LEBARKEBANGSAAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
iii
Ucapan Yang Berhormat Menteri Perhubungan
Bismillahir Rahmanir Rahim
Pertama sekali, saya ingin melahirkan setinggi-‐tinggi penghargaan kepada International Telecommunication Union (ITU) di atas kerjasama yang diberikan dalam penggubalan Dasar Jalur Lebar Kebangsaan.
Pada tahun 2008, Kementerian Perhubungan mengeluarkan Pelan Tindakan Jalur Lebar Kebangsaan. Objektif Pelan Tindakan Jalur Lebar Kebangsaan, antara lain, adalah untuk merapatkan jurang digital dengan memastikan penduduk Negara Brunei Darussalam dibekalkan dengan sambungan jalur lebar pada harga bersaingan dan berpatutan mengikut piawaian industri. Rangka Tindakan Jalur Lebar Kebangsaan juga menyatakan tentang pelaksanaan pelbagai teknologi, termasuk Gentian Terus ke Rumah (Fibre-‐To-‐The-‐Home, FTTH) bagi menyalurkan kapasiti jalur lebar untuk memenuhi permintaan pengguna dan aplikasi semasa dan terkini.
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan ini adalah langkah seterusnya bagi Pelan Tindakan ini. Bagi menggubal Dasar Jalur Lebar Kebangsaan ini, Kementerian Perhubungan, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-‐Komunikasi (AITI) Negara Brunei Darussalam dan ITU bekerjasama dalam mencari maklumat termasuk mengadakan temu duga dengan pelbagai pihak berkepentingan di Negara Brunei Darussalam. Ini diikuti dengan Bengkel Jalur Lebar Kebangsaan pada 31 Oktober 2013 yang mengongsikan hasil temu duga dan perkembangan jalur lebar serantau.
Kementerian Perhubungan mengalu-‐alukan penggubalan Dasar Jalur Lebar Kebangsaan. Bagi mencapai masyarakat pintar dan Wawasan Brunei 2035, adalah penting untuk mempunyai akses kepada jalur lebar dan penggunaan meluas perkhidmatan-‐perkhidmatan berbantukan jalur lebar. Untuk tujuan ini, Dasar Jalur Lebar Kebangsaan telah menetapkan inisiatif dasar dan matlamat kerajaan bagi pembangunan sektor jalur lebar untuk tempoh empat tahun akan datang (2014-‐2017).
Dengan Dasar Jalur Lebar Kebangsaan, kami berhasrat untuk menangani isu-‐isu utama seperti akses, mampu milik, kualiti dan penggunaan. Perkembangan pengisian dan penggunaan Internet yang positif berkait rapat dengan isu-‐isu ini. Oleh itu, perkembangan jalur lebar dan kemunculan perkhidmatan berbantukan jalur lebar diharap akan dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada industri tempatan dan meningkatkan peluang pekerjaan. Perkembangan jalur lebar juga akan memberikan peluang bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kepakaran.
Justeru itu, Pelan Tindakan Jalur Lebar Kebangsaan telah mengenal pasti pelan pelaksanaan dengan sasaran dan penunjuk yang perlu dicapai ke arah persekitaran berorientasikan jalur lebar yang lebih lestari. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan dalam merangka Dasar Jalur Lebar Kebangsaan ini, iaitu sektor Kerajaan dan juga swasta. Saya juga ingin melahirkan setinggi-‐tinggi penghargaan kepada ITU dan Ministry of Science, ICT and Future Planning, Republik Korea atas bantuan yang diberikan kepada Kementerian Perhubungan ketika menggubal dasar ini.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar
Menteri Perhubungan Negara Brunei Darussalam
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
v
Mesej daripada Pengarah ITU Telecommunication Development Bureau (BDT)
Tahniah kepada Negara Brunei Darussalam atas penggubalan Dasar Jalur Lebar Kebangsaan. ITU Telecommunication Development Bureau (BDT) berbesar hati kerana diberi peluang untuk membantu Negara Brunei Darussalam dalam penyediaan dasar yang penting ini bagi pembangunan dan perkembangan jalur lebar serta perkhidmatan-‐perkhidmatan berbantukan jalur lebar yang berterusan.
Saya memuji tindakan Negara Brunei Darussalam kerana berupaya mengenal pasti lebih awal tentang kepentingan jalur lebar berkelajuan tinggi dalam era digital, dan juga usaha negara ini dalam memperluaskan akses dan menggalakkan pewujudan pengisian bagi pengguna jalur lebar tempatan.
Berdasarkan komitmen melalui promosi dan penggabungan jalur lebar yang ditunjukkan secara konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya yakin Negara Brunei Darussalam akan dapat mencapai matlamat seperti yang dirancangkan dalam dasar ini, dan rakyat Negara Brunei Darussalam akan menikmati pelbagai manfaat dari segi ketersediaan dan penggunaan jalur lebar yang lebih meluas, terutamanya peningkatan pertumbuhan ekonomi, akses kepada perkhidmatan yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan, dan penglibatan sosial.
Brahima Sanou
Pengarah Telecomminication Development Bureau
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
vii
Kandungan
Halaman
Pengenalan ............................................................................................................................................. 1
Memastikan kebolehaksesan ke ketersambungan jalur Iebar untuk semua ……………………………………. 5
Menambah baik nilai, kualiti dan kemampumilikan jalur Iebar …………………………………………….…………. 7
Memaksimumkan penerimaan dan penggunaan …………………………………………………………………………...… 8
Penyelarasan dasar dan perkongsian maklumat …………………………………………………………………………….… 10
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
1
Pengenalan Jalur lebar ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan perkhidmatan yang membekalkan sambungan berkelajuan tinggi ke Internet dan perkhidmatan maklumat lain. Memandangkan kepentingan jalur lebar bergantung pada aplikasi dan perkhidmatan, maka jalur lebar bukan didefinisikan dari segi lebar jalur minimum (minimum bandwidth). Tetapi definisinya lebih memfokuskan pada dua konsep teras jalur lebar, iaitu:
• perkhidmatan yang sentiasa ada dan tidak perlu untuk membuat sambungan baharu kepada pelayan (server) setiap kali pengguna mahu menggunakan Internet; dan
• mempunyai kapasiti tinggi yang mampu menampung suara, video dan data yang banyak setiap saat.
Kepentingan jalur lebar kepada pembangunan ekonomi dan interaksi sosial rakyat Negara Brunei Darussalam adalah diketahui ramai. Jalur lebar dan perkhidmatan berbantukan jalur lebar berpotensi untuk mengubah ekonomi Negara Brunei Darussalam, dan situasi ini telah pun terjadi. Ini adalah selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Perhubungan 2008-‐2017, dan wawasannya mengenai masyarakat pintar yang dinamik, kreatif, inovatif dan cerdik. Selain itu, jalur lebar juga merupakan komponen utama Wawasan Brunei 2035, dan untuk mencapai wawasan kerajaan menjelang tahun 2035, iaitu pencapaian penduduk negara ini, kualiti hidup, dan ekonomi yang dinamik dan lestari. Akses kepada perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik akan memberikan pelbagai manfaat kepada rakyat Negara Brunei Darussalam, termasuk akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan awam yang lain. Jalur lebar juga akan meningkatkan penyampaian pelbagai perkhidmatan ke sektor kerajaan dan komersial dengan lebih telus, responsif, bertanggungjawab dan berkesan dari segi kos. Perkara ini juga akan meningkatkan profil Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah ekonomi berbantukan digital, meningkatkan dayasaing antarabangsa dan menggalakkan pelaburan asing.
Negara Brunei Darussalam menjangkakan jalur Iebar sebagai perkhidmatan utiliti yang perlu sebanding dengan tenaga elektrik atau air. Oleh yang demikian, Negara Brunei Darussalam sudah pun mempunyai asas yang kukuh untuk era jalur Iebar ini(lihat Rajah 1).
2011 2012 Perubahan
Peratus pengguna internet 56.0% 60.3%
Langganan jalur Iebar tetap (berwayar) setiap 100 penduduk 5.7 4.8
6.3 7.6
21,995 39,861
Masyarakat digital sebagai sebahagian daripada jumlah penduduk n/a 12.1% n/a
Peratus isi rumah yang mempunyai komputer 83.2% 86.9%
69% 72.4%
Peratus sekolah rendah yang mempunyai akses internet 100% 100% –
Peratus sekolah menengah yang mempunyai akses internet 100% 100% –
Langganan jalur Iebar mudah alih setiap 100 penduduk
Lebar jalur (Bandwidth) internet antarabangsa (bits/saat) bagi setiap pengguna internet
Peratus isi rumah yang mempunyai akses internet
8%
16%
21%
81%
4%
5%
Rajah 1: Petunjuk Jalur Lebar Utama Negara Brunei Darussalam
Sumber : ITU, Measuring the Information Society (2013)
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
2
Pada 15 Julai 2012, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-‐Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan peruntukan sebanyak BND230 juta untuk melaksanakan inisiatif jalur lebar ke seluruh negara. Sejajar dengan wawasan Negara Brunei Darussalam, Telekom Brunei Berhad (TelBru), dengan inisiatifnya sendiri telah memulakan pembinaan jaringan jalur lebar Gentian Terus ke Rumah (FTTH) secara berfasa. Setakat ini, pelaksanaan tersebut berpotensi untuk menyambungkan FTTH ke lebih 41,000 buah rumah di kawasan Madang, Gadong dan Bandar Seri Begawan. Pada Januari 2014, seramai 15,000 pelanggan mempunyai sambungan FTTH, dan menikmati akses jalur lebar berkelajuan tinggi.
Brunei FTTH Deployment : Source AITI Analysis (2013)
Walau bagaimanapun, masih banyak yang boleh, dan perlu dilakukan untuk merealisasikan wawasan masyarakat pintar di Negara Brunei Darussalam. Perkara ini dijelaskan dalam Indeks Kemajuan ICT (IDI) ITU, yang menggabungkan cara-‐cara akses, penggunaan dan kemahiran ICT untuk menilai tahap relatif dan evolusi pembangunan ICT kebangsaan dan pembangunan ICT yang berpotensi.
Pada tahun 2013, IDI menempatkan Negara Brunei Darussalam pada kedudukan kelapan daripada 28 buah negara di rantau Asia-‐Pasifik, dan kedudukan ke-‐58 daripada 154 buah negara seluruh dunia. Di dalam IDI tersebut, Negara Brunei Darussalam telah menunjukkan peningkatan tahunan dalam bidang-‐bidang utama seperti penembusan komputer bagi isi rumah, penembusan perkhidmatan Internet dan jalur lebar mudah alih bagi isi rumah dan setiap kapita, dan peningkatan dalam lebar jalur (bandwidth) Internet antarabangsa bagi setiap pengguna.
'
Liputan HSSB
Pengemaskinian jadual sebenar dan kawasan yang dirancang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pelanggan akandimaklumkan oleh TelBru dalam waktu terdekat.
Fasa 1 (Selesai)Jumlah Home Pass: 41000
Fasa 2 (Dalam Proses)Jumlah Home Connect: 23000
HSBB Tersedia
HSBB akan tersediasecara progresif mulai Julai 2014
Unggu
Biru
Penunjuk Warna
Sumber : TelBru (2014)
Pelaksanaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) (FTTH) di Negara Brunei Darussalam
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
3
Walau bagaimanapun, seperti di Rajah 3 dibawah, walaupun mengalami pertambahan kenaikan tahunan, kedudukan Negara Brunei Darussalam di peringkat global jatuh dua anak tangga daripada kedudukan ke-‐56 pada 2011 kepada kedudukan ke-‐58 pada tahun 2012.
Ini menunjukkan bahawa negara lain sedang memperkukuhkan kelebihan yang sedia ada dari segi akses, penggunaan dan kemahiran; atau lebih aktif berbanding Negara Brunei Darussalam untuk memasuki era jalur lebar; atau membuat kemajuan yang lebih besar daripada Negara Brunei Darussalam dalam mensejagatkan akses dan penggunaan jalur lebar dan ICT. Hal ini juga menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam yang mempunyai kelebihan dari segi pendapatan berpurata tinggi tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk memajukan negara ke arah era ekonomi digital dan memaksimumkan pembangunan ICT yang berpotensi (lihat Rajah 4).
Sumber : ITU
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Kore
a (R
ep.)
Hon
g Ko
ng, C
hina
Aust
ralia
Japa
n
Mac
ao, C
hina
Sing
apor
e
New
Zea
land
Brun
ei D
arus
sala
m
Mal
aysi
a
Mal
dive
s
Chi
na Fiji
Mon
golia
Viet
Nam
Iran
(I.R.
)
Thai
land
Indo
nesi
a
Phili
ppin
es
Tong
a
Sri L
anka
Bhut
an
Cam
bodi
a
Indi
a
Lao
P.D.
R.
Solo
mon
Isla
nds
Paki
stan
Mya
nmar
Bang
lade
sh
Maju
Dunia Asia & Pasifik
Membangun
IDI VALUES IN THE ASIA PACIFIC COMPARED WITH THE GLOBAL, REGIONALAND DEVELOPING/DEVELOPED-COUNTRY AVERAGES, 2013Rajah 2: Nilai di negara-negara rantau Asia Pasifik berbanding dengan nilai purata negara membangun/maju,
serantau dan sejagat, 2013
Subindeks akses
Subindeks penggunaan
IDI
Subindeks kemahiran
4.93 5.06
6.35 6.55
2.39 2.53
7.08 7.16
56th 58th
42nd 42nd
62nd 70th
76nd 76th
_
_
2011 2012 Perubahan 2011 2012 Perubahan
Nilai Indeks Kedudukan GlobalRajah 3: Prestasi Negara Brunei Darussalam dalam Indeks Pembangunan ICT
Sumber : ITU, Measuring the Information Society (2013)
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
4
Sebagai respon kepada isu-‐isu ini, pihak Kerajaan akan menggalakkan perkembangan pasaran jalur lebar di Negara Brunei Darussalam secara terbuka, vibrant, lestari dan berdaya saing melalui pelaksanaan program berstruktur yang menggabungkan inisiatif kawal selia dengan inisiatif bukan kawal selia. Inisiatif ini akan dapat menangani cabaran utama dari segi pembekalan dan permintaan.
Inisiatif dasar untuk menangani kededua aspek tersebut adalah penting. Dasar dari segi pembekalan lebih fokus kepada mempromosikan perkembangan infrastruktur jalur lebar, manakala dasar dari segi permintaan diperlukan untuk memastikan mampu milik, meningkatkan literasi digital, menggalakkan penerimaan dan penggunaan. Oleh kerana kuasa pembekalan dan permintaan sangat berkait rapat, perkembangan dari segi pembekalan dapat menggalakkan permintaan bagi perkhidmatan jalur lebar, manakala perkembangan dari segi permintaan dapat membantu untuk merangsang pembekalan.
Satu lagi aspek ekosistem jalur lebar yang perlu diambil kira ialah daya serap ekonomi. Ini merujuk kepada kapasiti pengguna jalur lebar, termasuk pihak kerajaan, perniagaan dan perseorangan, untuk memahami dan menerapkan manfaat perkhidmatan berbantukan jalur lebar yang berpotensi dalam aktiviti harian dan untuk kepentingan pembangunan sosial dan ekonomi (contohnya, melalui pemberian perkhidmatan kerajaan, perdagangan dan pendidikan). Faktor-‐faktor yang menentukan daya serap ekonomi ialah persekitaran makroekonomi, persekitaran perniagaan am, kualiti sumber tenaga dan struktur tadbir urus. Meskipun faktor-‐faktor ini bukan dikhususkan kepada sektor jalur lebar, pihak kerajaan menangani faktor-‐faktor tersebut melalui kementerian-‐kementerian lain untuk kepentingan semua sektor ekonomi negara.
Dalam usaha untuk memberikan panduan kepada industri dan masyarakat, kerajaan mempunyai pelbagai rancangan dan matlamat bagi jalur lebar sepanjang empat tahun ini, yang ditetapkan dalam dokumen dasar jalur lebar yang memfokuskan kepada tiga tema utama yang berikut:
• memastikan akses ketersambungan jalur lebar kepada semua; • meningkatkan nilai, kualiti dan kemampumilikan jalur lebar; dan • memaksimumkan penerimaan dan penggunaan jalur lebar.
Fokus pada bidang-‐bidang ini mencerminkan pendekatan holistik kerajaan, dan keperluan untuk mendorong penyebaran infrastruktur seterusnya di samping memastikan bahawa mereka yang disambungkan mempunyai keinginan dan kemahiran untuk mengakses kandungan yang relevan dan berguna. Ini juga selaras dengan teras strategi Pelan Induk ICT ASEAN bagi membolehkan integrasi yang lebih kukuh dengan ekonomi negara-‐negara ASEAN, dan memberikan pengiktirafan di rantau ini sebagai pusat ICT global.
Sumber : ITU
GNI per kapita, Pariti Kuasa Beli (PPP)$, 2011
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
10 000 20 000 30 000 40 000 50 000 60 0000
Moldova
Estonia
Angola
Gabon
Botswana
Korea (Rep.)
United Arab Emirates
Brunei Darussalam
Rajah 4: Indeks Pembangunan ICT dan Pendapatan Negara Kasar (GNI) Per Kapita (2013)
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
5
Dasar utama kerajaan adalah untuk memastikan penyediaan perkhidmatan jalur lebar yang mampu milik, berkualiti dan berkelajuan tinggi kepada majoriti penduduk Negara Brunei Darussalam. Perkhidmatan ini akan mendokong masyarakat yang bermaklumat, berasaskan-‐pengetahuan dan saling berhubung, meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mengembangkan inovasi dalam sektor industri baharu. Kerajaan juga akan menggalakkan persaingan yang sihat dan adil, dan meneruskan peranannya sebagai pemudahcara dengan memastikan penyediaan infrastruktur yang sesuai pada masa hadapan.
Memastikan akses ketersambungan jalur Iebar kepada semua
Dengan menyediakan rangkaian jalur lebar FTTH di seluruh negara akan dapat memberikan akses kepada teknologi jalur lebar bertaraf dunia untuk penduduk Negara Brunei Darussalam. Ini adalah langkah penting ke arah merealisasikan wawasan masyarakat pintar, dan meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.
Perkara utama dalam pembangunan Negara Brunei Darussalam di bawah Wawasan Brunei 2035 ialah infrastruktur perniagaan dan sosial yang maju yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya saing dan tarikan negara sebagai destinasi pelaburan. Penembusan dan penggunaan jalur lebar dan perkhidmatan berbantukan jalur lebar yang kian meningkat akan mampu membantu merangsang pertumbuhan KDNK. Beberapa kajian menganggarkan bahawa peningkatan bagi setiap 10 peratus poin dalam penembusan jalur lebar per kapita akan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.4 peratus poin. Pelaburan dalam infrastruktur telekomunikasi akan memberikan manfaat terutamanya apabila infrastruktur jaringan berskala besar disediakan, seperti yang ada di Negara Brunei Darussalam. Di negara-‐negara yang mempunyai penembusan jalur lebar yang meluas, anggaran impak tahunan KDNK bagi pelaksanaan jaringan akses generasi seterusnya yang berasaskan fibre dianggarkan antara 0.08 hingga 0.20 peratus KDNK. Kajian lain yang memfokuskan kepada ekonomi OECD menunjukkan bahawa penggandaan pada kelajuan jalur lebar boleh meningkatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 0.3 peratus secara purata.
Untuk memaksimumkan peluang pembangunan ekonomi melalui jalur lebar, semua kediaman dan premis perniagaan di Negara Brunei Darussalam perlu mempunyai akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang 2017. Ini akan meningkatkan daya saing dan inovasi pelbagai industri, menggalakkan interaksi sosial dan ekonomi dan menjadikan ICT sebagai pendorong utama pertumbuhan ekonomi. Objektif ini selaras dengan hasrat dan teras strategi Pelan Induk ICT ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai sebuah pusat ICT.
Selain daripada pertumbuhan jalur lebar berdasarkan pasaran untuk pertumbuhan KDNK, pelaburan kerajaan juga penting dalam merangsang masyarakat jalur lebar yang menyeluruh. Dengan dana sejumlah BND230 juta, kerajaan menjangkakan sebuah sektor jalur lebar yang kondusif bagi penyertaan industri yang lebih aktif . Melalui inisiatif-‐inisiatif dasar dan kawal selia, pihak kerajaan berharap akan dapat mewujudkan persekitaran yang berdaya saing dan mudah.
Sejajar dengan inisiatif kerajaan, pihak TelBru telah melaburkan sejumlah BND65 juta untuk penempatan jaringan jalur lebar FTTH di kawasan Madang, Gadong dan Bandar Seri Begawan. Penyediaan FTTH di kawasan-‐kawasan berkenaan dijangka akan mencapai 80 peratus menjelang akhir tahun 2014. Penempatan seterusnya di kawasan lain sedang diusahakan.
Penyambungan jalur lebar ke rumah-‐rumah akan menjamin akses dan keterangkuman terbaik (inclusiveness) kerana semua penduduk di Negara Brunei Darussalam akan mempunyai akses kepada Internet dan boleh menggunakan perkhidmatan berbantukan jalur lebar.
Bagi memastikan ketelusan dan kejayaan projek penting ini, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-‐Komunikasi (AITI) akan mengawasi penyediaan jaringan yang dilaksanakan oleh TelBru dan pihak kontraktor, serta memantau dan membuat laporan terbuka mengenai perkembangan penyediaannya di laman sesawang yang dikhususkan.
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
6
Teknologi tanpa wayar juga memainkan peranan penting dalam infrastruktur jalur lebar kebangsaan kerana pelaksanaannya yang mudah dan kos yang lebih rendah, terutamanya di kawasan-‐kawasan luar bandar dan kawasan-‐kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang rendah. Untuk memastikan spektrum yang mencukupi bagi menyokong penempatan teknologi jalur lebar tanpa wayar, AITI akan membuat spektrum tambahan dalam jalur 700 Mhz dan 2.6 Ghz.
Untuk mensejagatkan jalur lebar, AITI juga akan mengkaji skop perkhidmatan sejagat dan mempertimbangkan untuk memperluaskannya bagi memastikan keneutralan teknologi dan akses kepada jalur lebar.
Jaringan Pendidikan Khas
Pada tahun 2013, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Pusat Kebangsaan E-‐Kerajaan (EGNC) telah mengeluarkan Pernyataan Kepentingan (EOI) bagi pembangunan infrastruktur jaringan jalur Iebar khusus untuk institusi dan penyedia pendidikan. Tujuannya adalah untuk membolehkan seluruh sektor pendidikan mengakses kandungan/aplikasi kurikulum dan Internet.
Satu Jaringan Kerajaan
Jaringan Kerajaan (One Government Network, OGN) ialah infrastruktur jaringan kawasan luas (wide-‐area-‐network) yang khusus dan selamat untuk menghubungkan agensi dengan e-‐services bersepadu dan Internet daripada laluan pusat. Ini berdasarkan pada jaringan bersekuriti yang menghala hujung dengan hujung, dan jaringan carrier-‐grade Metro Ethernet dengan jaringan Layer-‐3 IP-‐VPN.
Pelan Pelaksanaan
Policy objective To ensure that all Brunei Darussalam homes and businesses can access a high-‐speed
broadband services by 2017
Responsible agency
Targets
A minimum of 10 Mbit/s (shared) broadband connectivity to each Kampong MOC / AITI
Basic broadband services offering headline downstream speed of at least 2 Mbit/s to be available to 95 per cent of the population by December 2015. MOC / AITI
High-‐speed broadband services offering headline downstream speed of at least 20 Mbit/s to be available to 75 per cent of the population by 2017. MOC / AITI
Additional 90 MHz (2 x 45 MHz FDD) in the 700 MHz spectrum band made available for assignment to broadband service providers by December 2016. AITI
Additional 190 MHz (2 x 70 MHz FDD and 50 MHz TDD) in the 2.6 GHz spectrum band made available for assignment to broadband service providers by December 2015.
AITI
Universal service definitions completed by June 2015. MOC / AITI
Indicators and measures of progress
Number of Kampongs with (shared) broadband connectivity of at least 10 Mbit/s.
Number of homes connected to a basic broadband service of at least 2 Mbit/s.
Number of homes passed by the FTTH network.
Number of homes connected to the FTTH network.
Proportion of population covered by wireless broadband networks.
Untuk memastikan semua rumah dan perniagaan di Negara Brunei Darussalam boleh mengakses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang tahun 2017
Objektif Dasar Agensi yangbertanggungjawab
Sasaran
Penunjuk dan pengukur kemajuan
Minimum 10 Mbps (kongsi) ketersambungan jalur lebar ke setiap kampung.
Perkhidmatan jalur lebar asas yang menawarkan kelajuan headline downstream sekurang-kurangnya 2 Mbps, disediakan untuk 95% penduduk menjelang tahun 2015.
Perkhidmatan jalur Iebar kelajuan tinggi yang menawarkan kelajuan headline downstream sekurang-kurangnya 20 Mbps, tersedia untuk 75% penduduk negara menjelang tahun 2017.
Tambahan 90 MHz (2 x 45 MHz FDD) dalam jalur spektrum 700 MHz untuk kegunaan penyedia perkhidmatan jalur lebar menjelang tahun 2016.
Tambahan 190MHz (2 x 70 MHz FDD dan 50 MHz TDD) dalam jalur lebar 2.6 GHz tersedia untuk kegunaan penyedia perkhidmatan jalur lebar menjelang Disember 2015.
Definisi perkhidmatan universal disiapkan menjelang Jun 2015.
MOC/AITI
MOC/AITI
MOC/AITI
AITI
AITI
MOC/AITI
Jumlah kampung dengan ketersambungan jalur lebar (kongsi) sekurang-kurangnya 10 Mbps.
Jumlah rumah tersambung perkhidmatan jalur lebar asas sekurang-kurangnya 2 Mbps. Jumlah kampung dengan ketersambungan jalur lebar (kongsi) sekurang-kurangnya 10 Mbps.
JJumlah rumah yang melalui jaringan FTTH (homes passed).
Jumlah rumah yang disambungkan dengan jaringan FTTH (homes connected).
Jumlah penduduk dengan jaringan jalur lebar wayarles.
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
7
Meningkatkan nilai, kualiti dan kebolehmampuan jalur Iebar
Kos akses jalur Iebar memainkan peranan penting bagi difusinya. Perkhidmatan jalur Iebar aras permulaan mampu diakses menggunakan perkhidmatan jalur Iebar tetap atau perkhidmatan jalur Iebar mudah alih prabayar yang menelan belanja kira-‐kira 2 peratus daripada pendapatan purata, dan perkhidmatan jalur Iebar mudah alih pascabayar yang menelan belanja kira-‐kira 1 peratus. Walau bagaimanapun, kos perkhidmatan jalur Iebar tetap melebihi aras permulaan adalah agak tinggi dan perlu dikurangkan.
Pasaran runcit yang berdaya maju dan kompetitif, dengan penyedia perkhidmatan bersaing antara satu sama lain untuk menyediakan perkhidmatan yang paling menarik (dan menguntungkan), merupakan cara yang paling efektif untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Untuk memastikan persaingan memberikan manfaat kepada semua rakyat Negara Brunei Darussalam, kerangka yang sah dan terkawal selia perlu diwujudkan yang memastikan persaingan yang adil dan menggalakkan perkembangan 'persaingan efektif jangka panjang.
AITI akan memperkenalkan tataamalan persaingan untuk sektor telekomunikasi dan penyiaran. AITI juga akan membaharui struktur pelesenan sektor ini supaya lebih mencerminkan dan menyesuaikan penggabungan perkhidmatan dan penyedia perkhidmatan dalam persekitaran jalur Iebar.
Untuk memudahkan persaingan berasaskan perkhidmatan dalam membekalkan pelbagai perkhidmatan komunikasi dan kandungan, AITI akan memastikan bahawa jaringan FTTH adalah tersedia kepada pemegang-‐ pemegang lesen dan penyedia-‐penyedia perkhidmatan lain berdasarkan akses terbuka dan pada harga borong berorientasikan kos. AITI juga akan memperkenalkan keperluan akses borong yang bersesuaian untuk ketersambungan antarabangsa dan infrastruktur angkut hala balik kebangsaan untuk mengelakkan kesesakan jaringan.
Untuk menangani ketersambungan Internet antarabangsa berkos tinggi, AITI akan mempertimbangkan potensi untuk mengadakan jaringan rakan Internet pada peringkat serantau, selaras dengan Pelan lnduk ASEAN ICT, dan takat pertukaran Internet tempatan untuk melancarkan aliran trafik Internet.
Kos runcit perkhidmatan jalur Iebar mudah alih adalah sejajar dengan kos yang dikenakan di negara-‐negara jiran seperti Malaysia dan Singapura, tetapi kos runcit perkhidmatan jalur Iebar tetap di Negara Brunei Darussalam adalah lebih tinggi berbanding di negara-‐negara jiran. Oleh sebab itu, penerimaan dan penggunaan jalur Iebar di Negara Brunei Darussalam agak terhad. Pengenalan peraturan akses borong ex ante oleh pihak AITI akan, lama-‐kelamaan, menyebabkan persaingan yang lebih besar dan mengurangkan kos runcit. Walau bagaimanapun, untuk menambah baik kebolehmampuan perkhidmatan jalur Iebar tetap untuk sementara waktu, AITI akan mengawal kos runeit jalur Iebar tetap.
Making computers more affordable
To help improve the affordability of computer devices and further promote the development of ICT skills, the Government has abolished custom taxes on computers and peripherals.
ICT demand aggregation
To address the needs to boost the adoption of ICT within the non-‐ICT and ICT sectors, AITI will be introducing an ICT adoption programme that will assist the local SMEs to adopt and implement ICT solutions to improve their business operation and productivity.
This programme is to drive sector wide adoption by aggregating demand for ICT through sector projects. Under this initiative, AITI will provide funding for the SMEs in the form of subsidized subscription fees for the businesses to subscribe to packaged solutions ranging from software and training costs for basic, intermediate and sector-‐specific enterprise solutions.
Making computers more affordable
To help improve the affordability of computer devices and further promote the development of ICT skills, the Government has abolished custom taxes on computers and peripherals.
ICT demand aggregation
To address the needs to boost the adoption of ICT within the non-‐ICT and ICT sectors, AITI will be introducing an ICT adoption programme that will assist the local SMEs to adopt and implement ICT solutions to improve their business operation and productivity.
This programme is to drive sector wide adoption by aggregating demand for ICT through sector projects. Under this initiative, AITI will provide funding for the SMEs in the form of subsidised subscription fees for the businesses to subscribe to packaged solutions ranging from software and training costs for basic, intermediate and sector-‐specific enterprise solutions.
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
13
Meningkatkan nilai, kualiti dan kebolehmampuan jalur Iebar
Kos akses jalur lebar memainkan peranan penting. Perkhidmatan jalur lebar aras permulaan mampu diakses menggunakan perkhidmatan jalur lebar tetap atau perkhidmatan jalur lebar mudah alih prabayar yang menelan belanja kira-‐kira 2 peratus daripada pendapatan purata, dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih pascabayar yang menelan belanja kira-‐kira 1 peratus. Walau bagaimanapun, kos perkhidmatan jalur lebar tetap yang melebihi aras permulaan adalah tinggi dan perlu dikurangkan.
Pasaran runcit yang vibrant dan berdaya saing, dengan penyedia perkhidmatan bersaing antara satu sama lain untuk menyediakan perkhidmatan yang paling menarik (dan menguntungkan), merupakan cara yang paling efektif untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Untuk memastikan persaingan yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat di Negara Brunei Darussalam, kerangka yang sah dan terkawal selia (legal and regulatory framework).
AITI akan memperkenalkan tataamalan persaingan untuk sektor telekomunikasi dan penyiaran. AITI juga akan membaharui struktur pelesenan sektor ini supaya lebih mencerminkan dan menyesuaikan penggabungan perkhidmatan dan penyedia perkhidmatan dalam persekitaran jalur lebar.
Untuk memudahkan persaingan berasaskan perkhidmatan dalam membekalkan pelbagai perkhidmatan komunikasi dan kandungan, AITI akan memastikan bahawa jaringan FTTH disediakan untuk pemegang-‐pemegang lesen dan penyedia-‐penyedia perkhidmatan lain berdasarkan akses terbuka dan pada harga borong. AITI juga akan memperkenalkan keperluan akses borong yang bersesuaian untuk ketersambungan antarabangsa dan infrastruktur angkut hala balik (backhaul) kebangsaan untuk mengelakkan kesesakan jaringan.
Untuk menangani kos ketersambungan Internet antarabangsa yang tinggi, AITI akan mempertimbangkan potensi untuk mengadakan jaringan rakan internet pada peringkat serantau, selaras dengan Pelan Induk ASEAN ICT, dan takat pertukaran Internet tempatan (local internet exchange) untuk melancarkan aliran trafik Internet.
Kos runcit perkhidmatan jalur lebar mudah alih adalah selaras dengan kos yang dikenakan di negara-‐negara jiran seperti Malaysia dan Singapura, tetapi kos runcit perkhidmatan jalur lebar tetap di Negara Brunei Darussalam adalah lebih tinggi berbanding di negara-‐negara jiran. Oleh itu, penerimaan dan penggunaan jalur lebar di Negara Brunei Darussalam agak terhad. Pengenalan peraturan akses borong ex ante oleh pihak AITI akan menyebabkan persaingan yang lebih besar dan mengurangkan kos runcit. Walaubagaimanapun, untuk menambah baik kebolehmampuan perkhidmatan jalur lebar tetap untuk sementara waktu, AITI akan mengawal kos runcit jalur lebar tetap.
Menjadikan komputer lebih mampu dimiliki
Untuk membantu orang ramai mampu memilikl komputer, dan menggalakkan pembangunan kemahiran ICT, pihak Kerajaan telah memansuhkan cukai kastam terhadap komputer dan perisian.
Lambakan permintaan ICT
Untuk menangani keperluan bagi meningkatkan penerimaan ICT dalam sektor ICT dan bukan ICT, AITI akan memperkenalkan program penerimaan ICT yang akan membantu PKS tempatan menerima dan melaksanakan solusi ICT bagi meningkatkan operasi perniagaan dan produktiviti mereka.
Program ini bertujuan untuk memacu penerimaan meluas sektor-‐sektor ini dengan menimbunkan permintaan ICT melalui projek-‐projek sektor. Di bawah inisiatif ini, AITI akan menyediakan dana untuk PKS dalam bentuk yuran langganan bersubsidi bagi perniagaan-‐perniagaan berkenaan melanggan solusi berpakej yang termasuk kos perisian dan latihan untuk solusi perusahaan asas, pertengahan dan spesifik sektor.
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
8
Pelan Pelaksanaan
Objektif Dasar To ensure that competition delivers benefits to broadband users in the form of lower prices,
better quality, and greater choices
Responsible agency
Targets
A new competition code of practice for the telecommunication and broadcasting sectors introduced by June 2015
AITI
A new unified licensing regime is implemented by December 2015 AITI
Ex ante wholesale access requirements in relation to the FTTH network, international links, and key national backhaul network infrastructure are introduced and in effect by June 2015.
AITI
Study into the potential establishment of a national Internet exchange with local peering arrangements
AITI
Study into the potential for Internet peering with peers within ASEAN completed by June 2015. AITI / MOC
Retail price controls introduced in relation to broadband services supplied via the FTTH network introduced by June 2015. AITI
The retail price for a residential high-‐speed broadband service with a headline downstream speed of at least 20 Mbit/s is less than 3 per cent of average monthly earnings by 2017
MOC
Memaksimumkan penerimaan dan penggunaan
Ketersambungan jalur lebar amat diperlukan, tetapi tidak mencukupi. Negara Brunei Darussalam perlu melaksanakan infrastruktur jalur lebar bertaraf dunia dengan pengenalan perkhidmatan dan aplikasi baharu yang menjadikan akses jalur lebar pada Internet berguna dan menarik. Perkara ini memerlukan perkembangan kemahiran dan kapasiti.
Kerajaan akan mensejagatkan jalur lebar dan memaksimumkan penglibatan warga Negara Brunei Darussalam serta sumbangan mereka kepada ekonomi digital global. Matlamat interim adalah untuk meningkatkan penerobosan jalur lebar (broadband penetration) kepada sekurang-‐kurangnya 80 peratus buah rumah menjelang tahun 2017, meningkat 31 peratus daripada kadar semasa (bagi jalur lebar tetap).
Kerajaan Negara Brunei Darussalam akan membantu industri memacu penggunaan jalur lebar dengan: • Menyelaraskan dan menggerakkan inisiatif untuk mendidik pengguna dan perniagaan tentang
manfaat jalur lebar; • Mengenal pasti langkah-‐langkah bagi mengurangkan masalah berlanggan perkhidmatan jalur lebar; • Menggalakkan pembangunan perisian dan aplikasi setempat; dan • Meningkatkan kesedaran mengenai risiko berpotensi Internet dan mengenalpasti langkah-‐langkah
yang perlu untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna jalur lebar, terutamanya kanak-‐kanak.
Di samping akses yang tinggi di rumah, pihak Kerajaan juga ingin menggalakkan penggunaan Internet dan maklumat digital di tempat kerja, sekolah dan tempat awam. Perkara ini memerlukan penekanan yang lebih besar pada perkembangan kemahiran literasi digital. Kementerian Pendidikan telah mengenalpasti dan mendokumenkan kompetensi utama yang diperlukan dalam era digital. Melalui inisiatif e-‐Hijrah, Kementerian Pendidikan akan memastikan ruang yang mencukupi disediakan dalam kurikulum pendidikan
Objektif Dasar
Sasaran
Penunjuk danpengukur kamajuan
Tata amalan persaingan baharu untuk sektor telekomunikasi dan penyiaran yang akan diperkenalkan pada bulan Jun 2015
Sistem pelesenan bersepadu akan dilaksanakan pada bulan Disember 2015
Syarat-syarat akses borong ex ante yang berkaitan dengan jaringan FTTH, pautan antarabangsa, dan infrastruktur jaringan hala balik (backhaul) kebangsaan diperkenalkan dan dikuatkuasakan menjelang Jun 2015
Kajian mengenai pembentukan pertukaran internet kebangsaan dengan persiapan agensi tempatan yang berpotensi.
Kajian mengenai penelitian internet yang berpotensi bersama rakan-rakan ASEAN dilengkapkan menjelang Jun 2015
Perkhidmatan jalur lebar yang disalurkan melalui jaringan FTTH dengan kawalan harga runcit akan diperkenalkan menjelang Jun 2015
Harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi bagi kediaman dengan kelajuan headline downstream sekurang-kurangnya 20 Mbps adalah kurang 3% daripada pendapatan bulanan purata menjelang tahun 2017
AITI
AITI
AITI
AITI
MOC/AITI
AITI
MOC
Harga borong kapasiti antarabangsa per MB sebulan
Harga borong talian sewa negara per MB sebulan
Harga borong akses ke FTTH per MB sebulan
Harga runcit sebagai peratus pendapatan negara kasar per kapita sebulan
Jumlah pembekal perkhidmatan jalur lebar
Jumlah bukan pengguna internet yang menyatakan harga sebagai alasan
Agensi yang bertanggungjawab
Untuk memastikan persaingan memberikan manfaat kepada para pengguna jalur Iebar dengan menawarkan harga yang rendah dan berkualiti serta pilihan yang lebih baik
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
9
kebangsaan untuk mengintegrasikan kompetensi ini dengan pembelajaran dan pengajaran. Ini sejajar dengan teras strategi Pelan induk ICT ASEAN, untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir ICT bagi membantu perkembangan sektor ICT dan transformasi sektor lain dalam ekonomi negara dan serantau.
Untuk menggalakkan penggunaan jalur lebar yang lebih meluas, Kementerian Perhubungan, melalui AITI dengan kerjasama pihak berkepentingan yang berkenaan, telah memperkenalkan Program Jangkau Luar (outreach) Luar Bandar ICT (ICT Rural Outreach Program (iROP)) untuk memperluaskan akses pada ICT, dan peluang latihan ke kawasan luar bandar. Inisiatif lain akan dijalankan untuk memastikan orang berkeperluan khas juga boleh melibatkan diri sepenuhnya dalam ekonomi digital.
Penciptaan kandungan digital dan pendigitalan (digitilization) maklumat yang ada merupakan kunci yang menjadikan akses jalur lebar berguna dan menarik. Kerajaan sedang aktif mendigitalkan pelbagai perkhidmatan dan maklumat kerajaan, yang akan membantu orang untuk membiasakan diri dengan perkara ini, dan akhirnya mendorong mereka untuk menggunakan ICT.
Isu penggunaan yang berkait rapat dengan perkara berkenaan ialah perisian. Dalam hal ini, Kementerian Perhubungan sedang bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan bagi mempromosikan keselamatan siber dan penggunaan media sosial yang efektif. Majlis Penasihat Perisian (CAC) yang terdiri daripada pelbagai pihak yang berkepentingan telah ditubuhkan untuk menyelia isu kawal atur, penguatkuasaan dan pengurusan kandungan di Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, Kerangka Perlindungan Dalam Talian Kanak-‐Kanak (Child Online Protection (COP) Framework) untuk Negara Brunei Darussalam juga dibentuk oleh lebih sepuluh pihak yang berkepentingan untuk memberigakan kepentingan melindungi pengalaman dan aktiviti dalam talian pengguna muda. Kerangka COP , pada masa ini ditangani oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Perhubungan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Pasukan Polis Diraja Brunei dan sektor swasta.
Dalam mempromosikan pembangunan perisian setempat secara meluas, AITI juga bekerjasama dengan agensi yang berkenaan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan bakat tempatan. Ini termasuklah cabaran ANIMASI-‐iMMerse 3D Animation dan Anugerah ICT Brunei yang mendapat respons dan penyertaan positif daripada orang ramai.
Oleh kerana kualiti perkhidmatan yang buruk boleh menjejaskan penerimaan dan penggunaan jalur lebar secara meluas, AITI akan memantau dan melaporkan kepada pihak awam mengenai kualiti perkhidmatan jalur lebar dan juga memperkenalkan peraturan yang akan memastikan pengguna dibekalkan dengan kelajuan jalur lebar yang dijanjikan oleh pembekal perkhidmatan.
e-‐Arkib of Brunei Darussalam’s history (edit page 12)
Penciptaan perisian digital dan pendigitalan maklumat yang ada adalah amat penting untuk menggalakkan penglibatan yang lebih besar dalam ekonomi digital. Jabatan Arkib Negara Brunei Darussalam telah mendigitalkan koleksi fail kerajaan, imej, peta, pelan bangunan, rakaman pandang dengar dan rekod bersejarah lain serta membangunkan e-‐Arkib yang boleh diakses oleh orang ramai dalam Iaman web: www.arkibrunei.gov.bn
Brunei “one stop shop” for eServices
Menjadikan perisian dan perkhidmatan yang relevan dan berguna mudah diakses dalam talian secara setempat adalah penting untuk menggalakkan penerimaan dan penggunaan perkhidmatan jalur Iebar.
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
12
e-‐Arkib Sejarah Negara Brunei Darussalam
Penciptaan perisian digital dan pendigitalan maklumat yang ada adalah amat penting untuk menggalakkan penglibatan yang lebih besar dalam ekonomi digital. Jabatan Arkib Negara Brunei Darussalam telah mendigitalkan koleksi fail kerajaan, imej, peta, pelan bangunan, rakaman pandang dengar dan rekod bersejarah lain serta membangunkan e-‐Arkib yang boleh diakses oleh orang ramai dalam Iaman web: www.arkibrunei.gov.bn
“Kedai sehenti” Brunei untuk e-‐perkhidmatan
Menjadikan perisian dan perkhidmatan yang relevan dan berguna mudah diakses dalam talian secara setempat adalah penting untuk menggalakkan penerimaan dan penggunaan perkhidmatan jalur Iebar. Kebanyakan perkhidmatan yang dibekalkan oleh Kerajaan telah dilaksanakan dalam e-‐perkhidmatan melalui portal e-‐ darussalam dalam Iaman web www.gov.bn, yang berkaitan dengan kastam, pekerjaan, keluarga dan , perkhidmatan sosial, kesihatan, perumahan dan utiliti, imigresen, lesen dan permit.
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
10
e-‐Arkib of Brunei Darussalam’s history
Penciptaan perisian digital dan pendigitalan maklumat yang ada adalah amat penting untuk menggalakkan penglibatan yang lebih besar dalam ekonomi digital. Jabatan Arkib Negara Brunei Darussalam telah mendigitalkan koleksi fail kerajaan, imej, peta, pelan bangunan, rakaman pandang dengar dan rekod bersejarah lain serta membangunkan e-‐Arkib yang boleh diakses oleh orang ramai dalam Iaman web: www.arkibrunei.gov.bn
Brunei “one stop shop” for eServices
Menjadikan perisian dan perkhidmatan yang relevan dan berguna mudah diakses dalam talian secara setempat adalah penting untuk menggalakkan penerimaan dan penggunaan perkhidmatan jalur Iebar. Kebanyakan perkhidmatan yang dibekalkan oleh Kerajaan telah dilaksanakan dalam e-‐perkhidmatan melalui portal e-‐ darussalam dalam Iaman web www.gov.bn, yang berkaitan dengan kastam, pekerjaan, keluarga dan , perkhidmatan sosial, kesihatan, perumahan dan utiliti, imigresen, lesen dan perrrit.
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
11
Pelan Pelaksanaan
Policy objective To maximize the number of people making use of broadband connections to the Internet in
Brunei Darussalam
Responsible agency
Targets
At least 80 per cent of households with a broadband service by 2017. MOC / AITI
At least 85 per cent of the population using the Internet regularly by 2016. MOC / AITI
At least four ICT Rural Outreach Program Centers in Brunei Darussalam by December 2016.
MOC / AITI
Strategic plan for the development of greater local content completed by October 2014 AITI
Broadband quality of service regulations introduced by December 2015 AITI
Penyelarasan Dasar dan Perkongsian Maklumat Pencapaian Dasar Jalur Lebar Kebangsaan memerlukan penyelarasan dan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan. Dalam hal ini, Kementerian Perhubungan dan AITI akan menyelia pelaksanaan Dasar Jalur Lebar Kebangsaan, terutamanya sasaran yang dikenal pasti untuk memastikan pelaksanaan yang bersepadu dan saling melengkapi.
Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (BIT Council) Negara Brunei Darussalam yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan, dengan ahli-‐ahli yang terdiri daripada wakil kementerian-‐kementerian, sektor swasta serta masyarakat sivil, akan bertindak sebagai platform perkongsian maklumat. Kementerian Perhubungan dan AITI akan melaporkan perkembangan pelaksanaan kepada BIT Council.
AITI adalah bertanggungjawab untuk mengumpul dan menerbitkan statistik berkaitan dengan jalur lebar berdasarkan senarai teras penunjuk yang dipiawaikan oleh International Telecommunication Union Partnership mengenai Mengukur ICT untuk Pembangunan. AITI akan memantau perkembangan infrastruktur dan akses, harga dan kebolehmampuan jalur lebar serta penggunaan perkhidmatan jalur lebar oleh individu, perniagaan, sekolah dan jabatan kerajaan, dan menerbitkan laporan mengenai status jalur lebar tahunan.
Untuk memaksimumkan bilangan orang Brunei yang menggunakan ketersambungan jalur Iebar pada internet
Objektif Dasar
Penunjuk danpengukur kamajuan
Jumlah pelanggan jalur lebar
Jumlah pengguna Internet
Penembusan jalur lebar ke rumah
Purata MB data yang digunakan oleh setiap pelanggan jalur lebar
Jumlah pengguna berdaftar pelbagai e-perkhidmatan kerajaan
Kadar jumlah perkhidmatan kerajaan yang melaksanakan e-perkhidmatan
Kualiti perkhidmatan jalur lebar
Jumlah aduan kualiti perkhidmatan jalur lebar
Sekurang-kurangnya 80% rumah mempunyai perkhidmatan jalur lebar menjelang tahun 2017
Sekurang-kurangnya 85% penduduk menggunakan Internet secara tetap menjelang tahun 2016
Sekurang-kurangnya 4 buah Pusat Program Jangkau Luar (ICT Rural Outreach Program) di Luar Bandar ditubuhkan di Negara Brunei Darussalam menjelang Disember 2016
Pelan strategik bagi pembangunan perisian setempat yang lebih besar disiapkan pada bulan Oktober 2014
Kualiti peraturan perkhidmatan jalur lebar diperkenalkan menjelang Disember 2015
AITI
AITI
AITI
AITI
MOC/AITI
Agensi yang bertanggungjawab
Sasaran
Dasar Jalur Lebar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
11
Pelan Pelaksanaan
Policy objective To maximize the number of people making use of broadband connections to the Internet in
Brunei Darussalam
Responsible agency
Targets
At least 80 per cent of households with a broadband service by 2017. MOC / AITI
At least 85 per cent of the population using the Internet regularly by 2016. MOC / AITI
At least four ICT Rural Outreach Program Centers in Brunei Darussalam by December 2016.
MOC / AITI
Strategic plan for the development of greater local content completed by October 2014 AITI
Broadband quality of service regulations introduced by December 2015 AITI
Penyelarasan Dasar dan Perkongsian Maklumat Pencapaian Dasar Jalur Lebar Kebangsaan memerlukan penyelarasan dan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan. Dalam hal ini, Kementerian Perhubungan dan AITI akan menyelia pelaksanaan Dasar Jalur Lebar Kebangsaan, terutamanya sasaran yang dikenal pasti untuk memastikan pelaksanaan yang bersepadu dan saling melengkapi.
Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (BIT Council) Negara Brunei Darussalam yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan, dengan ahli-‐ahli yang terdiri daripada wakil kementerian-‐kementerian, sektor swasta serta masyarakat sivil, akan bertindak sebagai platform perkongsian maklumat. Kementerian Perhubungan dan AITI akan melaporkan perkembangan pelaksanaan kepada BIT Council.
AITI adalah bertanggungjawab untuk mengumpul dan menerbitkan statistik berkaitan dengan jalur lebar berdasarkan senarai teras penunjuk yang dipiawaikan oleh International Telecommunication Union Partnership mengenai Mengukur ICT untuk Pembangunan. AITI akan memantau perkembangan infrastruktur dan akses, harga dan kebolehmampuan jalur lebar serta penggunaan perkhidmatan jalur lebar oleh individu, perniagaan, sekolah dan jabatan kerajaan, dan menerbitkan laporan mengenai status jalur lebar tahunan.