dalam Mendepani Era Milenia - umexpert.um.edu.my · Dedikasi buat pembaca Idealisme Anak Jantan...
Transcript of dalam Mendepani Era Milenia - umexpert.um.edu.my · Dedikasi buat pembaca Idealisme Anak Jantan...
PEMBANGUNAN INSAN KAMIL dalam Mendepani Era Milenia
PENYUNTING
Nor Raudah Hj Siren
Yusmini Md Yusoff
Muhammed Yusof
Nurul Husna Mansor
Nur Shahidah Paad
Fakhrul Adabi Abdul Kadir
Ashraf M Zedan
2018
© Nor Raudah Hj Siren et. al, 2018
Cetakan Pertama, 2018
Semua Hak Terpelihara
Tiada mana-mana bahagian jua boleh diterbit semula atau disimpan dalam
bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk
dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman
atau lain-lain tanpa mendapat izin daripada Penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan
Nor Raudah Hj Siren, Yusmini Md Yusoff, Muhammed Yusof, Nurul Husna
Mansor, Nur Shahidah Paad, Fakhrul Adabi Abdul Kadir, Ashraf M. Zedan,
Pembangunan Insan Kamil dalam Mendepani Era Milenia/ Nor Raudah Hj
Siren et. al,
Mengandungi indeks
Senarai rujukan
ISBN 978-967-5534-82-9
1. Era Milenia
2. Pembangunan Insan- Religious aspects- Islam
I.Judul
Penerbit:
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Dicetak oleh
Penerbit Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Dedikasi buat pembaca
Idealisme Anak Jantan Melayu;
- matinya di gelanggang
- tidurnya di puncak gelombang
- makannya di tebing panjang
- esaknya ditelan bumi yang tidak kenal air mata
Dato' Dr Sidiq Fadzil
KANDUNGAN
PRAKATA
BAHAGIAN 1 PEMBANGUNAN INSAN DAN MUALAF
Pengurusan Organisasi Dakwah Islam Terhadap Saudara Baru Yakub Bin Abdullah @ Lidum Anak Sampau, Nurul Husna Mansor, Fakhrul Adabi Abdul Kadir
3
Strategi Pembangunan Mualaf Melalui Pengagihan Zakat Abdul Rahman bin Abdul Hamid, Suhaili Sarif, Nor Aini Ali, Nor ‘Azzah Kamri
31
Komunikasi Silang Budaya dalam Keluarga Mualaf Azirawati Abdul Rahman, Nor Raudah Hj Siren, Yusmini Md Yusoff
63
BAHAGIAN 2 PEMBANGUNAN INSAN DAN PENDIDIKAN
Cabaran Pelaksanaan Pembangunan Insan Terhadap Kanak-kanak Autisme di Yayasan Faqeh Siti Aqilah Binti Husin, Yusmini Binti Md Yusoff
99
Pendidikan Anak-anak dalam Kitab Adab Perempuan Karya Ahmad Bin Ya’qub al-Johori Aifaa Syazwani Azazian, Nur Shahidah Pa’ad
119
Pembangunan Modal Insan Awal Kanak-kanak: Kajian Pelaksanaan Kurikulum 4 Tahun di Pusat Asuhan Tunas Islam Nor Raudah Hj Siren, Salmee Suhaina Yusoff
137
Pengimarahan Surau dan Musala di Sekolah-sekolah KPM dan Impaknya melalui Aspirasi Kemenjadian Murid Mazlan Ismail, Muhammed Yusof
159
Dorongan Faktor Pendidikan Terhadap Penglibatan Wanita Melayu dalam Politik dan Pilihan Raya Di Malaysia, 1999-2008 Fatimi binti Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman, Arba’iyah Mohd Noor
185
The Significance of Public Inputs In Governing Education Institution: An Experience Of Oxford Centre For Islamic Studies, Oxford University. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy
201
Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dan Hubungannya dengan Pembangunan Sahsiah Pelajar Khaled Bin Mat, Fakhrul Adabi Bin Abdul Kadir
237
BAHAGIAN 3 PEMBANGUNAN INSAN DAN PSIKOLOGI
Konsep Pembangunan Insan yang Seimbang dalam Organisasi Menurut Perspektif Islam Nor Syahida Binti Hashim, Fakhrul Adabi Abdul Kadir
269
Cabaran dan Pendekatan Dakwah Golongan LGBT: Satu Kajian di Pertubuhan Usrah Fitrah Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Noor Hafizah Mohd Haridi
289
A Discursive Analysis on Societal Perceptions and Familial Misconception Discourse in Nurturing an-Islamic Identity Among New Reverts Nurul Liana Faisal Azni, Yusmini Md Yusoff
303
Stress dan Mekanisme Pengurusannya Menurut Perspektif Islam Azizah Abdul Majid, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim
323
BAHAGIAN 4 PEMBANGUNAN INSAN DAN MEDIA
Pembangunan Insan melalui Pematuhan Syariah dalam Filem: Analisa Terhadap Filem Redha Hajar Opir, Muhammed Yusof, Nor Raudah Hj Siren, Wan Yusnee Abdullah, Suria Hani A. Rahman
361
Aplikasi Qawa`Id Fiqhiyyah dalam Penggunaan Media Baru Mohamad Shafiei Ayub, Nor Adina Abdul Kadir, S Salahudin Hj Suyurno, Aini Faezah Ramlan, Nor Raudah Hj Siren
385
Pembangunan Sosiologi Islam dalam Filem Animasi Upin Dan Ipin Aisyah Yap Abdullah, Nor Raudah Hj Siren, Muhammed Yusof
401
Kawalan Drama Islamik Patuh Syariah: Kreativiti Mior Hashim Manap Melalui Pemaparan Lakonan Watak dan Babak Wawarah binti Saidpudin
427
BAHAGIAN 5 PEMBANGUNAN INSAN DAN DAKWAH
Strategi Pendakwah Selebriti Wanita Mempromosikan Keamanan Fatimah Syarha Mohd Noordin, Muhammed Yusof, Nur Shahidah Pa’ad
455
Penerimaan Pendengar Terhadap Penceramah Dari Luar Negara Di Masjid Al-Falah USJ 9 Nor Shahida binti Shahrel, Abdullah bin Yusof, Asyiqin Ab Halim
483
PRAKATA
Perkembangan teknologi maklumat di era millennium ini
menyaksikan kepelbagaian pengaruh dan pemikiran. Pengaruh
dan kepelbagaian pemikiran ini bergerak pantas seiring dengan
kemajuan teknologi komunikasi yang terhasil seperti smart phone
dan android yang internet menjadi peranti utamanya.
Perkembangan teknologi maklumat ini juga turut
membawa pelbagai pemikiran dan pengaruh terutamanya
pemikiran sekular yang memang sudah menjadi agenda barat
sementelah teknologi tersebut adalah dari negara Barat. Pengaruh
sekular yang telah lama berkembang melalui sistem dualisme
dalam pendidikan negara dan kepelbagaian penggunaan media
menjadikan umat Islam menghadapi banyak cabaran dalam setiap
bahagian kehidupan mereka. Sebahagian daripada cabaran ini
telah terkumpul selama beberapa dekad yang lalu akibat dari
transformasi yang dialami oleh dunia pada masa kini. Dari
perkembangan kemajuan teknologi, ekonomi dan politik telah
menimbulkan banyak krisis sosial umat Islam di semua peringkat.
Umat Islam di seluruh dunia telah memilih untuk
menangani cabaran dengan menggabungkan usahasama secara
harmoni dan solidariti untuk mengatasi cabaran-cabaran yang
sukar ini. Salah satu usaha yang diambil adalah menggunakan
rangka kerja dan konsep pembangunan insan, khususnya dari
perspektif Islam.
Matlamat asas pembangunan insan Muslim adalah untuk
mewujudkan persekitaran yang membolehkan mereka menikmati
kesejahteraan agama, rohani, moral dan sosio-ekonomi, serta
kejayaan di akhirat. Hal ini kerana Islam merupakan agama yang
lengkap dan menyeluruh, merangkumi semua aspek kehidupan
manusia.
Lantaran itu, masalah dan isu-isu semasa yang berlaku
serta pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk membangun
ummah perlu dicari melalui kajian-kajian sarjana. Kajian
empirikal yang dilakukan oleh para sarjana berdasarkan teori-
teori tertentu akan menjadikan bahan penulisan memiliki nilai
kebolehpercayaan yang tinggi.
Oleh itu, buku ini merupakan himpunan hasil kajian yang
yan dilakukan oleh para sarjana dari pelbagai institusi yang
melihat isu pembangunan insan dari aspek bidang yang berbeza.
Bidang yang diketengahkan dalam buku ini ialah bidang
ekonomi, psikologi, kaunseling, pengurusan, media, pendidikan,
gerakan dakwah dan sebagainya. Mudah-mudahan ia menjadi
dokumen rujukan penting kepada penggerak masyarakat dan
pengkaji dalam bidang masing-masing khususnya pengajian
Islam.
Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang artikel
dan penggerak International Seminar On Human Development
(ISHUD) 2018 sehingga berjaya menghasilkan buku ilmiah yang
amat berguna ini untuk tatapan para pengkaji dan pelajar-pelajar
khususnya.
Nor Raudah Hj Siren
Ketua Editor
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
22 November 2018