DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-24-012016_LINGESWARAN... · untuk analisa...
Transcript of DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-24-012016_LINGESWARAN... · untuk analisa...
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
1
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA
[BIDANGKUASA RAYUAN]
RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-24-01/2016
ANTARA
LINGESWARAN A/L RAMOO … PERAYU
DAN
PENDAKWA RAYA … RESPONDEN
[Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45B-90-04/2013
Antara
Pendakwa Raya
Lawan
Lingeswaran a/l Ramoo]
KORUM:
MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR
HARMINDAR SINGH DHALIWAL, HMR
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
2
ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini ialah rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman mati yang
dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung dengan satu
kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (‘KK’).
[2] Butir-butir pertuduhan ialah seperti yang berikut:
“Bahawa kamu diantara 4 Julai 2012 sehingga 5 Julai 2012, jam
diantara selepas 11.30 malam sehingga sebelum 3.30 petang di No. 7,
Batu 19, Jalan Rawang – Batu Arang, di dalam Daerah Gombak di
dalam Negeri Selangor Darul Ehsan dengan niat telah melakukan
bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap VALLY A/P
ELUMALAI (K/P NO: 870703-08-5784) dan dengan itu kamu telah
melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302
Kanun Keseksaan.”
[3] Kami telah mendengar rayuan ini pada 31.5.2017 dan diakhir
penghujahan pihak-pihak kami dengan sebulat suara telah menolak
rayuan perayu. Sekarang kami memperincikan alasan-alasan
penolakan rayuan perayu tersebut.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
3
Kes Pendakwaan [4] Kes pihak pendakwaan dapat diringkaskan seperti berikut. Pada
5.7.2012, jam lebih kurang 3.30 petang, saksi S. Mosas a/l Perpethan
Solomi (SP2) telah menemui jasad Simati di belakang Kilang Juara
Engineering (M) Sdn Bhd berdekatan dengan gelanggang futsal (jarak
200 meter) setelah dimaklumkan oleh seorang perempuan India.
Siasatan menunjukkan bahawa perayu bekerja dengan Syarikat Juara
Engineering (M) Sdn Bhd tersebut.
[5] Pegawai Forensik, ASP Mazli bin Jusoh (SP11), telah pergi ke
tempat kejadian dan telah mengesahkan tentang penemuan mayat
Simati. SP11 telah mengambil beberapa sampel daripada mayat Simati
untuk analisa forensik (ekshibit P28, P49, P50 dan P51).
[6] Mayat Simati telah dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah
siasat. Bedah siasat telah dijalankan oleh Dr. Siew Sheue Feng (SP1).
SP1 telah mengesahkan waktu kematian Simati berlaku kurang dari 24
jam hingga 36 jam sebelum bedah siasat dijalankan, dan punca
kematian Simati adalah akibat jerutan/ ligature strangulation di bahagian
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
4
leher dan Simati juga disahkan mengalami multiple blunt force trauma di
bahagian kepala. SP1 mengesahkan jerutan tersebut boleh
menyebabkan kematian ke atas Simati dalam keadaan yang biasa. SP1
juga mengesahkan jerutan tersebut bukan dilakukan sendiri oleh Simati.
[7] SP1 dalam keterangan lanjutnya menyatakan bahawa Simati
didapati sedang mengandung 5 – 6 bulan. Hasil pemeriksaan terhadap
vagina Simati, SP1 mengesahkan bahawa Simati telah sama ada
dirogol atau telah melakukan hubungan seksual sejurus sebelum
kematiannya. Kesimpulan ini dibuat oleh SP1 berdasarkan kepada
keadaan pakaian dan seluar dalam Simati. Keterangan SP1 ini
diperkukuhkan lagi melalui penemuan seminal stain di bahagian pubic
dan dubur Simati.
[8] Identiti sebenar Simati sabagai Vally a/p Elumalai (KPT: 870703-
08-5784) telah diperolehi melalui keterangan ibu Simati, Anjile a/p
Perumal (SP8), yang telah mengecamkan mayat Simati sebelum
bedah siasat dijalankan. Selain itu, keterangan Ngusman bin Hj. Saring
(SP7), Penolong Pendaftar Penjenayah Bukit Aman mengesahkan
identiti Simati melalui cap jari Simati.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
5
[9] Siasatan kes ini telah dijalankan oleh DSP Mohd Fadhil bin Minhat
(SP14). SP14 telah merakamkan percakapan beberapa orang saksi
selain SP1, termasuklah seorang saksi bernama Venu Gopalan a/l
Annamalai (SP9). Keterangan SP9 menyatakan bahawa pada malam
kejadian iaitu 4.7.2012 jam lebih kurang 11.40 malam, SP9 melihat
perayu yang beliau kenali sebagai Lingeswaran telah berjumpa dan
berbual-bual dengan seorang perempuan India berkulit hitam yang
berpakaian baju berwarna merah dan berseluar panjang, sama seperti
pakaian Simati, di gelanggang Futsal EPL, Sg. Dua, Rawang. SP9
menyatakan bahawa semasa beliau dan rakan-rakannya meninggalkan
gelanggang futsal tersebut, perayu masih berada di situ bersama-sama
dengan perempuan India tersebut.
[10] SP14 bersama pasukan forensik yang diketuai oleh ASP Mazli bin
Jusoh @ Che Kob (SP11) telah melawat tempat mayat Simati ditemui.
Satu pemeriksaan rapi telah dilakukan oleh SP11 dan pasukannya.
Keadaan mayat Simati di tempat kejadian ialah seperti ditunjukkan
dalam gambar P30 (1 – 8) di m/s 48 – 51 RR Jld.3. SP14 dapat melihat
kesan kecederaan pada bahagian dahi, muka, bibir dan hidung Simati
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
6
dipercayai kesan dipukul dengan objek keras serta terdapat juga kesan
lebam di leher mangsa.
[11] SP11 telah menemui dan merampas beberapa barang kes di
tempat kejadian. Barang-barang yang dirampas kemudiannya telah
diserahkan kepada SP14 dan seterusnya di hantar ke Jabatan Kimia
untuk tujuan penganalisaan DNA oleh Pegawai Sains, Dharmeziyana bt
Daud (SP10). Turut diserahkan kepada SP10 termasuklah spesimen
yang dikutip oleh SP1 dari jasad Simati yang telah diserahkan kepada
SP14. Barang-barang kes yang ditemui dan dirampas oleh SP11 dari
tempat kejadian termasuklah (1) pemetik api jenama ‘Aladin’, (1) sikat
rambut, (1) cekak rambut dan (1) seluar dalam lelaki yang telah lusuh.
[12] Hasil analisis yang dijalankan oleh SP10 mendapati, antara lain,
kesan air mani perayu ditemui pada palitan putik kapas dari bahagian
‘perianal’ dan ‘pubic’ Simati serta kesan profail DNA perayu pada
bahagian ‘anal’ dan ‘vestibule’ Simati.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
7
[13] Perayu telah ditangkap oleh Detektif Sjn. Nagarajan a/l
Sangalimotho (SP4) diperkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak
setelah mendapat arahan daripada SP14. Perayu ditangkap berkaitan
dengan penyiasatan melibatkan kes narkotik. Soal-siasat terhadap
perayu telah dijalankan oleh ASP Visvanathan a/l Paramasivam (SP6).
Hasil soal-siasat yang dijalankan, perayu telah memberikan maklumat
dan membawa SP6 ke rumahnya di alamat No. 64, Lot 4550, Kpg. Sg.
Dua, Rawang. Sesampai di alamat tersebut, perayu telah
mengeluarkan satu subang hidung (P41A) dan sebentuk cincin
berwarna kuning (P40A) dari dalam sebuah pasu bunga yang terletak di
luar rumah dan menyerahkannya kepada SP6. Perayu kemudiannya
telah membawa PW6 masuk ke dalam rumah dan perayu telah
mengeluarkan satu telefon bimbit warna hitam jenama Samsung (P42A)
dari dalam satu almari dalam bilik tidur perayu dan menyerahkannya
kepada SP6. Ketiga-tiga barang kes P40A, P41A dan P42A telah
dicamkan oleh ibu Simati, SP8 sebagai hak milik Simati. Kesan profail
DNA perayu juga terdapat pada telefon bimbit milik Simati (P42A).
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
8
Keputusan hakim bicara di akhir kes pendakwaan [14] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara telah mendapati bahawa
keterangan-keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence)
yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah mencukupi untuk
membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu atas pertuduhan
yang dihadapkan. Hakim bicara turut merumuskan bahawa
berdasarkan kepada keterangan-keterangan, motif perayu untuk
membunuh Simati ialah kerana perayu telah merogol Simati dan/atau
perayu telah merompak Simati. Ini dapat dilihat melalui keterangan
mengenai penemuan air mani dan profail DNA perayu pada jasad Simati
dan fakta penjumpaan barangan peribadi Simati dari dalam milikan
perayu.
[15] Kami perturunkan dapatan hakim bicara seperti dalam
penghakiman yang beliau sediakan di m/s 29 – 35 RR Jld.1 setakat
yang berkaitan, seperti berikut:
“Elemen (a) dan (b) telah dibuktikan oleh pendakwaan. Walau
bagaimanapun, elemen penting yang perlu dibuktikan oleh pihak
pendakwaan ialah samada OKT telah membunuh Simati. Peguam
pembela berhujah bahawa tiada bukti OKT telah membunuh Simati.
Walau bagaimanapun, saya berpuas hati terdapat keterangan SP1
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
9
(Pathologi) yang dapat mengesahkan masa Simati dijangka mati adalah
dalam lingkungan 24 jam ke 36 jam dari masa SP1 memeriksa mayat
Simati iaitu pada 6.7.2012 jam 10.45 pagi. SP8 (kawan kepada OKT)
juga dapat mengesahkan OKT ada bersama Simati pada malam 11.40
malam pada 4.7.2012 di Gelanggang Futsal Sg Dua. Mayat ditemui
oleh SP1 adalah 3.30 petang pada 5.7.2012. Pegawai Penyiasat kes
telah mengesahkan tempat gelanggang futsal dengan tempat mayat
ditemui adalah dekat iaitu lebih kurang 200 kaki.
Selain daripada itu, saya dapati melalui keterangan Forensik, SP1
(Pathologi) berpendapat bahawa Simati pernah melakukan perbuatan
seks atau dirogol sebelum dibunuh dan SP10 (Ahli Kimia) telah
mengesahkan terdapat air mani OKT dijumpai pada bahagian perianal
Simati dan bahagian pubic Simati. Terdapat DNA OKT dijumpai pada
anal dan vestibule Simati.
Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa OKT merupakan
orang yang ‘last seen together’ dengan Simati dan dari segi proximity
masa dan tempat, OKT mempunyai peluang untuk membunuh Simati.
Pertuduhan ke atas OKT mengenai masa kejadian adalah
berpadanan/tally dengan anggaran masa kematian Simati.
Saya rujuk kepada Seksyen 7(c) Akta Keterangan 1950 (Tag 1) &
Ahmad Najib Aris v PP [2009] 2 MLJ 613, Tag 2 di m.s 19 Mahkamah
Persekutuan memutuskan bahawa –
EVIDENCE OF EXISTENCE OF THE OPPORTUNITY TO COMMIT THE CRIME [45] It must also be noted that the appellant had the opportunity to
have committed the crime, (see s 7 and illustration (c) of the Evidence
Act 1950). The evidence of opportunity in this case has been
supplemented by proof of circumstances of such a nature as to lead to
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
10
the inference that it was probable that advantage would be taken by
the appellant of the opportunity (see Aziz bin Muhamad Din v Public
Prosecutor [1966] 5 MLJ 473). The evidence adduced by the
prosecution witnesses, PW4, PW5 and PW12 through the sequence of
events taking place that the various locations.
Selain itu, terdapat keterangan bahawa barang Simati berada dalam
milikan OKT (sic). Saya rujuk kepada kes PP v Shahrael Amir
Suhaimi, Court of Appeal, Putrajaya [2014] 7 CLJ 380, Tag 3 –
“[13] It is also not in dispute that incriminating evidence as well as
items belonging to the deceased were recovered from the accused
and/or bag which he was said to be in possession of at least had
nexus to. This per se will attract criminal culpability pursuant to s. 114
of the Evidence Act 1950 which states –
The court may presume the existence of any fact which it thinks
likely to have happened, regard being had to the common
course of natural events, human conduct, and public and private
business, in their relation to the facts of the particular case.
[14] Where circumstantial evidence is in issue, as a general rule by
the application of the maximum evaluation test at the prosecution
stage, the prosecution ordinarily may not be able to convince the court
that the prima facie case has been established. However, by the
application of s. 114 of the Evidence Act 1950 the court in the instant
case is obliged to look at the totality of the evidence more so when
incriminating evidence as well as property of the deceased were found
in the possession of the accused or were found in such circumstances
where nexus can be inferred to rule that a prima facie case has been
established.”
……
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
11
Pihak pembelaan telah membangkitkan bahawa tiada saksi menyaksi
kejadian tetapi saya berpuas hati bahawa OKT merupakan orang yang
“last seen person together” dengan Simati dan dari segi proximity masa
dan tempat, OKT ada peluang untuk membunuh Simati. Dengan
mengambilkira OKT juga tidak mengemukakan sebarang notis alibi dan
keterangan forensik serta penemuan barang milik Simati daripada OKT,
walaupun tiada saksi mata, pihak pendakwaan dapat membuktikan
OKT adalah orang yang membunuh Simati.
Berkenaan dengan penghujahan peguam pembelaan bahawa
kehadiran air mani milik OKT pada kemaluan Simati bukan untuk
membuktikan OKT telah merogol Simati, saya dapati keterangan
kehadiran air mani OKT dapat menyokong fakta kes pendakwaan OKT
pernah berhubung secara intim dengan Simati sebelum kematian
Simati, OKT adalah orang yang ada fizikal contact dan hubungan seks
dengan Simati. Maka OKT adalah orang yang terakhir ada “contact”
dengan Simati selain daripada keterangan SP9 (rakan kepada OKT).
Justeru itu, OKT ada peluang untuk membunuh Simati.
Mengenai motif untuk membunuh, dapatan saya adalah motif OKT
membunuh Simati boleh “infer” daripada keterangan bahawa adalah
dirogol dan dirompak oleh OKT. Ini kerana pada masa kejadian Simati
telah mengandung 5 – 6 bulan adalah tidak munasabah untuk Simati
melakukan hubungan seks dengan OKT di kawasan gelanggang futsal/
di kawasan semak di tempat mayat ditemui, Simati telah dijerut dan
dicederakan teruk pada bahagian mukanya, serta kesemua barangan
berharganya serta dompetnya telah hilang dan kemudiannya telah
ditemui pada OKT selepas kejadian pada 5.7.2012.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
12
Mengenai isu keempat iaitu penemuan barang kes, saya berpuas hati
terdapat keterangan SP6 bahawa beliau telah dipandu arah oleh OKT
sehingga penemuan barang kes di rumah OKT.
….. Berkenaan dengan penghujahan pihak pembelaan bahawa tiada
sebarang cap jari dan barang kes (weapon) dijumpai untuk mengaitkan
kebersalahan OKT, saya berpendapat bahawa keterangan ikut keadaan
(circumstantial evidence) adalah cukup kukuh untuk memanggil OKT
membela diri.
Berdasarkan sebab-sebab di atas, saya berpendapat pihak
pendakwaan telah berjaya menimbulkan satu kes prima facie. Oleh itu
OKT telah dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan ke
atasnya.”
[16] Atas alasan-alasan yang telah dinyatakan oleh hakim bicara di
atas, perayu telah diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan.
Kami bersetuju dengan dapatan yang dibuat oleh hakim bicara yang
bijaksana tersebut.
Pembelaan Perayu [17] Perayu telah memilih untuk memberi keterangan membela diri
secara bersumpah dari kandang saksi. Hanya perayu seorang sahaja
yang telah memberikan keterangan untuk kes pihak pembelaan.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
13
[18] Dalam keterangan membela dirinya, perayu secara ringkasnya
menyatakan seperti berikut:
(a) beliau bekerja sebagai ‘welder’ dengan Syarikat Juara
Engineering (M) Sdn Bhd;
(b) pada malam kejadian 4.7.2012, lebih kurang jam 11.00 malam
beliau pergi bermain futsal di gelanggang EPL Futsal
berhampiran dengan tempat beliau bekerja;
(c) beliau mengenali Simati selama 2 1/2 bulan sebelum kejadian
dan mereka adalah pasangan kekasih. Pada malam kejadian
beliau telah bertemu dengan Simati di gelanggang futsal
tersebut;
(d) beliau dan Simati kemudian telah pergi berbual-bual di sebuah
kuil yang berhampiran dan mereka kemudiannya telah
mengadakan hubungan seksual dalam sebuah gudang
berdekatan dengan kerelaan masing-masing;
(e) selesai mengadakan hubungan seksual, Simati telah meminta
beliau untuk membelikan air minuman. Beliau telah pergi
membelikan minuman. Setelah selesai minum, Simati telah
menerima satu panggilan telefon dan Simati menyatakan dia
mahu pulang ke rumah. Mereka kemudian berpisah dan beliau
balik ke rumah selepas mengambil kasutnya di gelanggang
futsal;
(f) jam 2.00 pagi hingga 6.30 pagi beliau telah tidur di rumahnya.
Beliau keluar jam 6.30 pagi untuk pergi bekerja;
(g) pada 6.7.2012 beliau telah ditangkap oleh pihak polis dan
ditahan di dalam lokap. Pada 9.7.2012 pihak polis telah
membawanya ke rumah beliau di mana telah ramai anggota
polis sedia berada di rumah beliau. Polis telah memaksa beliau
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
14
untuk menunjukkan barangan Simati dan diambil gambar dalam
keadaan tangannya yang bergari serta menandatangani satu
dokumen yang beliau tidak dapat membaca kandungannya;
dan
(h) beliau telah melakukan hubungan seksual bersama Simati
dengan secara sukarela dan tanpa paksaan. Beliau
menegaskan keterangan SP1 menyokong beliau apabila SP1
menyatakan tiada kecederaan baru pada kemaluan dan dubur
Simati.
[19] Diakhir kes, hakim bicara telah membuat pertimbangan terhadap
keseluruhan keterangan, termasuklah keterangan membela diri perayu,
sebagaimana dikehendakki di bawah seksyen 182A(1) Kanun Acara
Jenayah. Hakim bicara mendapati bahawa perayu telah gagal untuk
menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak
pendakwaan. Hakim bicara telah berpuashati bahawa pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap perayu
melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Perayu telah
disabitkan dan dihukum gantung di leher sehingga mati.
[20] Hakim bicara telah menolak pembelaan perayu sebagai satu
penafian semata-mata dan suatu yang difikirkan kemudian. Alasan-
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
15
alasan penolakan itu diterangkan oleh hakim bicara dalam Penghakiman
beliau di m/s 40 – 43 RR Jld.1 sepertimana berikut:
“Setelah mendengar pembelaan OKT dan penghujahan
peguambelanya, saya berpendapat pembelaan yang dikemukakan oleh
pihak pembelaan ialah penafian semata-mata (bare denial) dan suatu
pembelaan difikirkan kemudian (afterthought defence). Saya merujuk
kepada keterangan SD1 yang menyatakan bahawa ia tidak pernah
membunuh Simati tetapi hanya SD1 mengaku bertemu dengan Simati
dan mengadakan hubungan seks dengan Simati sebelum Simati
dibunuh. SD1 menafikan telah menjerut leher Simati dan
mencederakan muka Simati. SD1 juga menafi pernah mengambil
barangan peribadi Simati iaitu cincin warna kuning, subang hidung,
handphone Simati. Saya bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya
bahawa pembelaan OKT bahawa dia mengadakan hubungan seks
dengan rela hati adalah suatu pembelaan yang tidak muasabah
memandangkan Simati sedang mengandung 5 – 6 bulan dan OKT
bukan suami kepada Simati. Merujuk P34 gambar tempat kejadian,
menunjukkan keadaan pakaian Simati dijumpai di belakang Syarikat
Juara Engineering adalah jaketnya terbuka dan seluar ditanggal
sehingga di bahagian peha/kaki. Oleh itu P34 jelas menunjukkan
Simati dibunuh dengan sebelum atau selepas OKT mengadakan
hubungan seks, ini kerana hanya air mani OKT dijumpai pada Simati.
Keadaan pakaian Simati ini jelas menunjukkan bahawa pembelaan
OKT bahawa Simati bangun selepas mengadakan hubungan seks
dengannya dan OKT telah membeli air kepada Simati. Oleh itu, pihak
pendakwaan berpendapat pembelaan OKT sedemikian adalah suatu
rekaan dan tidak konsisten dengan P34. SD1 juga gagal
mengemukakan sebarang keterangan untuk membuktikan dia
mengenali Simati kononnya 2 bulan lebih.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
16
Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa SD1 juga gagal
menjelaskan kenapa dia mengadakan hubungan seks dengan Simati di
gudang dan kenapa OKT masih ingin mengadakan hubungan seks
dengan Simati yang sedang mengandung.
Keterangan SD1 mengatakan selepas mengadakan hubungan seks
dengan Simati di gudang berhampiran kuil dan Gelanggang Futsal, dia
telah beredar dan balik rumah tidur sehingga 2 pagi dan tidak keluar ke
mana-mana. Keterangan pembelaan mengenai dia tidur dari jam 2 pagi
hingga 6.30 pagi adalah bukan suatu keterangan alibi. Ini kerana tiada
notis alibi diberikan oleh SD1 dan tiada saksi dipanggil untuk
menyokong pembelaannya. Maka, keterangan SD1 ini adalah suatu
penafian semata-mata.
Didalam kes ini OKT gagal untuk memberi penjelasan mengenai
perjumpaan barangan peribadi Simati di dalam rumahnya dengan
mengatakan pihak polis yang merekakan keterangan perjumpaan
barang kes Simati di rumahnya, tetapi keterangan SD1 tersebut tidak
pernah sekali dicadangkan kepada pegawai discovery ataupun pegawai
peyiasat kes semasa mereka memberi keterangan. SD1 juga gagal
memberi penjelasan macamana barang peribadi Simati ada di dalam
rumahnya. Saya dapati versi keterangan SD1 adalah diragui. Ini
kerana keterangan SD1 semasa pemeriksaan utama adalah
bercanggah dengan keterangannya semasa disoal balas di mana SD1
semasa diperiksaan utama mengatakan dia pergi ke Gelanggang Futsal
untuk tujuan berjumpa dengan Simati, tetapi semasa disoalbalas, SD1
mengatakan tujuan SD1 pergi ke Gelanggang Futsal bukan untuk
berjumpa dengan Simati. Percanggahan ini adalah suatu percangghan
yang material dan tiada sebarang penjelasan diberikan SD1 berkenaan
dengan percanggahan ini semasa pemeriksaan semula.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
17
Selain daripada itu, keterangan SD1 hanya menafikan segala
keterangan pihak pendakwaan yang telah diberi oleh saksi-saksi pihak
pendakwaan. Walau bagaimanapun, penafian semata-mata yang diberi
oleh SD1 tidak boleh mematahkan keterangan saksi mata dalam kes ini
iaitu SP9 yang menyaksikan kejadian yang berlaku ketika itu.
Manakala keterangan SD1 sendiri juga mengesahkan kehadiran SP9 di
tempat berlaku. Juga, tiada sebarang penjelasan diberikan oleh SD1
berkenaan barangan peribadi Simati djumpai di dalam rumahnya.
Saya juga bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya bahawa SD1
mengatakan pihak polis telah memaksa dan memukulnya untuk
menunjukkan barangan kes seperti gambar tetapi malangnya SD1 tidak
membuat sebarang rekod terhadap aduannya untuk membuktikan
kesahihan keterangannya.
Di dalam kes ini juga, SD1 juga gagal menjelaskan kenapa pihak polis
iaitu SP6 (pegawai discovery) dan SP14 (IO kes) kononnya ingin
menuduh SD1 membunuh Simati, padahal SD1 mengaku tidak
mengenali SP6 dan SP14. Isu SD1 dipukul untuk menunjukkan barang
kes yang telah dijumpai juga tidak pernah disoal balas oleh pembelaan
semasa SP6 dan SP14 memberi keterangan. Maka, pembelaan SD1
tersebut boleh disifatkan sebagai suatu “afterthought defence”.
Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat hujahan peguam bela di
akhir pembelaan adalah tidak bermerit. OKT gagal untuk menimbulkan
suatu keraguan yang munasabah, sebaliknya pihak pembelaan telah
berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah
terhadap OKT.
Oleh itu, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan
kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. OKT diperintah
digantung sampai mati.”
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
18
Rayuan Perayu [21] Di hadapan kami, peguam bela terpelajar perayu telah
menimbulkan tiga (3) alasan utama dalam hujahannya untuk mencabar
keputusan hakim bicara. Tiga (3) alasan rayuan itu ialah:
(a) kekhilafan hakim bicara dalam membuat penilaian terhadap
keterangan kes pendakwaan apabila memutuskan satu kes
prima facie telah berjaya dibuktikan;
(b) sama ada keterangan mengikut keadaan mencukupi untuk
mensabitkan perayu atas pertuduhan; dan
(c) kegagalan hakim bicara memberi pertimbangan dengan
secukupnya pembelaan perayu.
[22] Untuk alasan rayuan yang pertama, peguam bela menghujahkan
bahawa dapatan hakim bicara bahawa kes prima facie berjaya
dibuktikan berdasarkan kepada keterangan forensik yang menunjukkan
terdapat kesan air mani perayu pada badan Simati sebagai bukti
menunjukkan perayu telah melakukan hubungan seksual dengan Simati
bukanlah bukti yang konklusif bahawa perayu yang telah
menyebabkan kematian Simati memandangkan tiada bukti kecederaan
serius terhadap kemaluan dan dubur Simati. Ini menunjukkan bahawa
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
19
hubungan seksual itu telah dilakukan dengan secara sukarela.
Dihujahkan bahawa sebab sebenar kematian Simati adalah akibat
jerutan di leher dan tiada bukti jerutan itu telah dilakukan oleh perayu
terhadap Simati.
[23] Mengenai alasan rayuan kedua, iaitu keterangan mengikut
keadaan yang diterima oleh hakim bicara dan menjadi dasar sabitan
terhadap perayu, peguam bela menghujahkan bahawa ketiga-tiga cebis
keterangan mengikut keadaan yang ada tidak mencukupi untuk
mensabitkan perayu atas pertuduhan. Peguam bela telah mengulas tiga
cebis keterangan mengikut keadaan itu sebagai berikut:
(i) perayu dilihat orang terakhir bersama Simati (last seen story);
(ii) barangan peribadi Simati ditemui berada dalam milikan atau
simpanan perayu; dan
(iii) kejadian rogol/hubungan seksual serta kesan air mani perayu
pada jasad Simati.
[24] Peguam bela menghujahkan bahawa SP9 yang melihat perayu
bersama Simati hanya melihat dari jarak yang jauh (100 meter) pada
waktu malam. SP9 tidak dapat mengecam bahawa perempuan India
yang berkulit hitam, berseluar panjang dan berbaju merah sebenarnya
adalah Simati. Peguam bela berhujah fakta dan keadaan kes di
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
20
hadapan mahkamah ini boleh dibezakan dengan fakta yang terdapat
dan berlaku dalam kes Ahmad Najib bin Aris v. PP [2007] 2 CLJ 229.
[25] Mengenai fakta penemuan barangan peribadi Simati dalam
simpanan dan milikan perayu, telah dihujahkan oleh peguam bela
bahawa tidak menunjukkan perayu sebagai orang yang telah
membunuh Simati. Dihujahkan, ‘at best’ hanya menunjukkan bahawa
perayu memiliki barangan peribadi milikan Simati. Banyak inferen boleh
dibuat berikutan dengan penemuan barang kes tersebut.
[26] Mengenai fakta berkaitan kejadian rogol dan penemuan air mani
perayu pada jasad Simati, peguam bela menghujahkan bahawa ia
bukan satu bukti konklusif menunjukkan perayu yang telah membunuh
Simati. Dihujahkan hakim bicara telah diprejudiskan apabila menerima
keterangan berkaitan penemuan air mani perayu sebagai bukti yang
cukup untuk mengaitkan perayu dengan kematian Simati.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
21
[27] Akhirnya, peguam bela berhujah bahawa ketiga-tiga cebis
keterangan mengikut keadaan yang menjadi dasar kes prima facie pihak
pendakwaan adalah tidak kukuh dan tidak mencukupi untuk
mensabitkan perayu dengan pertuduhan membunuh Simati. Peguam
bela menambah bahawa pihak pendakwaan turut gagal untuk
menunjukkan sebarang motif dipihak perayu dalam melakukan
pembunuhan ini terhadap Simati.
[28] Untuk alasan rayuan ketiga dan terakhir, peguam bela
menghujahkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf dalam membuat
penilaian terhadap pembelaan perayu apabila menolak pembelaan
perayu sebagai rekaan semata-mata dan satu pemikiran kemudian.
Peguam bela berhujah bahawa fakta yang perayu dan Simati adalah
sebagai pasangan kekasih dan telah mengadakan hubungan seksual
secara sukarela telah gagal dipatahkan oleh pihak pendakwaan.
Peguam bela juga menghujahkan hakim bicara terkhilaf apabila
meletakkan beban yang lebih tinggi ke atas perayu apabila mengkritik
terhadap kegagalan perayu untuk mengemukakan keterangan bagi
membuktikan setiap pernyataan perayu serta kegagalan perayu untuk
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
22
membuat laporan polis serta kegagalan untuk mengemukakan notis
alibi. Peguam bela seterusnya menghujahkan bahawa telah berlaku
salah arahan yang serius oleh hakim bicara yang mewajarkan
campurtangan Mahkamah ini.
Dapatan Dan Keputusan Kami [29] Kami mendapati kes pendakwaan bersandar sepenuhnya kepada
keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence). Adalah
menjadi undang-undang mantap bahawa sabitan boleh dibuat semata-
mata berdasarkan atas keterangan mengikut keadaan. Prinsip ini telah
diputuskan dalam banyak kes. Prinsip-prinsip penerimaan keterangan
mengikut keadaan dalam mensabitkan tertuduh atas pertuduhan telah
diputuskan dalam kes-kes berikut, antara lain, Sunny Ang v. PP [1965]
1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195; Idris v. PP [1960] MLJ 296; Chang Kim
Siong v. PP [1968] 1 MLJ 36; Chan Chwen Kong v. PP [1962] MLJ
307; PP v. Magendran Mohan [2005] 3 CLJ 592 dan Jayaraman
Velayuthan & Ors v. PP [1982] CLJ (Rep) 130.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
23
[30] Dalam PP v. Shahrael Amer Suhaimi [2014] CLJ 380, berkaitan
dengan isu yang sama, Mahkamah ini telah memutuskan seperti berikut:
“[16] It is well settled to find culpability based on circumstantial
evidence, the evidence must be sufficiently strong to convict. When it
relates to a charge of murder courts have convicted notwithstanding
there was (i) no eye witness even after the crime was committed; (ii) no
body of the deceased was found; (iii) no murder weapon was found;
and (iv) no nexus to the murder was established save as to irresistible
inference based on documentary evidence per se. (See Sunny Ang v.
Poblic Prosecutor [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195.
[17] In the instant case the conduct of the accused as well as stolen
items of the deceased, the murder weapon, blood stains, and the
proximity of time of the phone call as well as the conduct of the accused
and his oral statement ‘bukan saya yang buat’, etc; will clearly warrant
the defence to be called. In addition, it is not for the learned trial judge
to test the truthfulness of the evidence of SP5 and/or SP6 at this stage
when s. 114 of the Evidence Act 1950 becomes operational without
hearing the evidence of the accused when nexus has been established.
[18] We have perused the evidence in detail and we are satisfied that
the prosecution had succeeded in proving a prima facie case of murder
against the accused.”
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
24
[31] Apa yang dapat kami simpulkan daripada prinsip-prinsip yang
telah diputuskan dalam kes-kes di atas ialah bahawa dalam situasi
seseorang hakim bicara dihadapkan dengan satu keadaan di mana kes
pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan mengikut
keadaan, hakim bicara itu hendaklah memberi tumpuan kepada kesan
kumulatif cebisan-cebisan keterangan mengikut keadaan yang
dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan memutuskan sama ada ia
adalah mencukupi untuk mencapai satu-satunya keputusan yang boleh
dibuat iaitu bahawa tertuduh adalah orang yang telah melakukan
jenayah pembunuhan yang dipertuduhkan. Sekiranya terdapat
penjelasan yang munasabah mengenai keterangan itu, maka sabitan
adalah tidak selamat. Penilaian hendaklah dibuat dengan melihat
keseluruhan keterangan mengikut keadaan yang telah dikemukakan
sebelum kesimpulan mengenainya dibuat.
[32] Setelah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan dalam kes terhadap
perayu di hadapan kami, kami bersetuju dengan dapatan dan keputusan
hakim bicara yang telah mensabitkan perayu atas pertuduhan. Kami
mendapati bahawa terdapat keterangan-keterangan mengikut keadaan
yang kredibel, kukuh dan mencukupi untuk mengekalkan sabitan
terhadap perayu. Keterangan-ketarangan mengikut keadaan tersebut
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
25
telah dibincang dan dipertimbangkan satu persatu oleh hakim bicara
dalam penghakiman beliau. Keterangan-keterangan itu adalah:
(a) perayu adalah orang yang terakhir dilihat bersama Simati;
(b) kesan air mani dan profail DNA perayu terdapat pada jasad
Simati; dan
(c) barangan peribadi Simati ditemui berada dalam milikan perayu.
[33] Mengenai isu ‘last person seen’, hujahan peguam bela terpelajar
ialah bahawa keterangan SP9 tidak jelas terhadap identiti Simati oleh
kerana jarak dan keadaan yang gelap. Kami tidak bersetuju. SP9
adalah rakan perayu dan SP9 dapat melihat dan memberikan diskripsi
perempuan India yang dilihat berbual dengan perayu sebagai berkulit
gelap, memakai baju berwarna merah dan berseluar panjang. Semasa
SP9 meninggalkan gelenggang futsal tersebut sekitar jam 11.30 malam,
perayu dan perempuan India tersebut masih berada di sana. Simati
kemudiannya ditemui mati keesokkan hari dalam keadaan memakai
baju berwarna merah dan berseluar panjang di belakang bangunan
Juara Engineering, tempat perayu bekerja dalam jarak lebih kurang 200
meter dari tempat perayu dan Simati terakhir dilihat oleh SP9.
Keterangan SP9 yang menunjukkan Simati kali terakhir dilihat bersama
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
26
perayu disokong oleh keterangan forensik yang diberikan oleh SP1
bahawa kematian Simati telah berlaku dalam tempoh antara 24 ke 36
jam sebelum bedah siasat dijalankan. Bedah siasat telah dijalankan
pada jam 10.45 pagi tarikh 6.7.2012. Oleh itu kematian Simati
dijangkakan telah berlaku diantara jam 10.45 malam 4.7.2012 hingga
10.45 pagi 5.7.2012. Tempoh masa tersebut meliputi masa SP9
melihat perayu berbual dengan seorang perempuan India yang
menyerupai diskripsi Simati. Ditambah lagi dengan keterangan
penemuan kesan air mani dan profail DNA perayu pada jasad Simati
serta penemuan barangan peribadi Simati dalam milikan perayu, kami
mendapati hakim bicara tidak terkhilaf dalam membuat dapatan bahawa
Simati adalah orang terakhir yang telah dilihat oleh SP9 bersama perayu
pada malam kejadian.
[34] Mengenai dakwaan peguam bela bahawa tiada kecederaan
terhadap kemaluan dan dubur Simati menunjukkan perlakuan seksual
secara sukarela dan tiada bukti perayu yang telah menjerut leher Simati
sehingga mati, kami juga tidak bersetuju dengan hujahan tersebut.
Tiada bukti atau keterangan saintifik yang jelas dapat menunjukkan
bahawa pelakuan seksual dengan tidak secara sukarela pasti akan
meninggalkan kecederaan terhadap vagina dan anus mangsa. Kami
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
27
tidak berhasrat untuk membuat spekulasi bagaimanakah kejadian
jerutan di leher mangsa telah dilakukan, sama ada semasa, sesudah
mahupun sebelum perlakuan seksual dilakukan namun tidak mustahil
perbuatan menjerut leher Simati telah dilakukan oleh orang yang sama
yang telah melakukan serangan seksual terhadap mangsa Simati.
[35] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang meragui
keterangan pembelaan perayu yang mengatakan dia telah mengenali
Simati selama 2 1/2 bulan dan telah melakukan hubungan seksual
secara sukarela dan bahawa mereka sepasang kekasih. Keterangan
ibu Simati (SP8) jelas menyatakan bahawa Simati telah berkahwin dan
mempunyai suami. Keterangan SP1 pula menunjukkan pada ketika
kejadian Simati mengandung 5 – 6 bulan. Anak dalam kandungan
Simati menurut SP10 bukanlah zuriat perayu kerana tidak mengandungi
DNA perayu pada kandungan Simati tersebut. Kami bersetuju bahawa
tanpa penjelasan dan butir-butir lanjut daripada perayu berkaitan
perhubungan antara perayu dengan Simati, adalah sukar untuk
menerima keterangan perayu bahawa mereka sepasang kekasih
selama 2 1/2 bulan dan telah mengadakan hubungan seksual secara
sukarela di dalam sebuah gudang berhampiran dengan tempat perayu
bekerja.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
28
[36] Dapatan hakim bicara tersebut turut disokong dengan fakta yang
tidak dipertikaikan bahawa barangan peribadi Simati telah ditemui dalam
milikan perayu. Tidak ada penjelasan daripada perayu bagaimana dia
memperolehi milikan peribadi terhadap subang hidung, cincin dan
telefon bimbit Simati. Tiada penjelasan juga bila barangan tersebut
telah diperolehi oleh perayu daripada Simati. Kami turut meragui
bahawa barangan tersebut telah diperolehi oleh perayu secara sah dan
secara sukarela diberikan oleh Simati kepada perayu apabila melihat
kepada fakta bahawa barangan tersebut telah disembunyikan di tempat
yang sulit oleh perayu. Terutama subang hidung dan cincin yang
disembunyikan oleh perayu dalam pasu bunga di luar rumah beliau dan
telefon bimbit disorok dalam sebuah beg bersama lain-lain barangan
dalam sebuah almari dalam bilik tidur perayu. Benar hujahan peguam
bela bahawa banyak inferen boleh dibuat mengenai penemuan
barangan peribadi Simati di rumah perayu. Namun inferen yang lebih
munasabah dapat dibuat dan diterima-pakai berdasarkan alasan kami
sebelum ini ialah bahawa barangan peribadi Simati telah diperolehi oleh
perayu daripada Simati melalui cara yang tidak sah dan tidak dengan
kesukarelaan Simati.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
29
[37] Mengenai hujahan peguam bela bahawa pendakwaan gagal
mengemukakan sebarang keterangan berkaitan motif perayu untuk
membunuh Simati, kami juga tidak bersetuju. Motif dapat dilihat
daripada fakta dan keadaan dalam sesuatu kes. Kami bersetuju dengan
hakim bicara yang mendapati bahawa terdapat motif oleh perayu dalam
pembunuhan terhadap Simati iaitu kerana mahu merogol dan
merompak barangan kemas dan telefon bimbit Simati. Meneliti fakta
dengan keadaan teristimewa dalam kes ini terutama penemuan air mani
dan DNA perayu pada badan Simati dan penemuan barangan kemas
serta telefon bimbit Simati daripada perayu, kami bersetuju dengan
dapatan hakim bicara bahawa terdapat motif oleh perayu untuk
membunuh Simati iaitu kerana untuk merogol dan merompak Simati.
Hakim bicara tidak tersasar dalam membuat dapatan tersebut.
[38] Mengenai isu notis alibi yang gagal dimasukkan oleh perayu dan
dikritik oleh hakim bicara, kami mendapati tiada sebarang kekhilafan
dilakukan oleh hakim bicara itu. Meneliti pembelaan perayu yang
menyatakan bahawa selepas melakukan hubungan seksual dengan
Simati dia telah pergi membelikan minuman untuk Simati sebelum
mereka berpisah dan balik ke rumah masing-masing. Perayu
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
30
seterusnya menyatakan bahawa beliau terus tidur di rumahnya sehingga
jam 6.30 pagi keesokkan hari sebelum pergi ke tempat kerja.
Keterangan perayu seolah-olah beliau tidak berada di tempat kejadian
pembunuhan Simati pada waktu yang material dalam pertuduhan. Kami
bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pembelaan perayu
terjumlah kepada satu pembelaan berbentuk alibi. Tidak dipertikaikan
bahawa tidak ada sebarang notis pembelaan alibi di bawah seksyen
402A Kanun Acara Jenayah (‘KAJ’) telah diberikan oleh perayu kepada
pihak pendakwaan.
[39] Prinsip undang-undang mengenai pembelaan alibi telah banyak
diperkatakan dalam banyak kes sejak berzaman. Contohnya dalam
kes-kes Goh Tong v. PP [1953] MLJ 251; PP v. Lim Chen Len [1981] 1
LNS 11; [1981] 2 MLJ 41; Ku Lip See v. PP [1981] 1 LNS 55; [1982] 1
MLJ 195; Hussin bin Sillit v. PP [1988] 1 CLJ (Rep) 128 dan Vasan
Singh v. PP [1989] 2 CLJ 402. Dalam kes Hussin bin Sillit, supra,
salah satu prinsip yang jelas telah diputuskan adalah bahawa apa-apa
keterangan yang menyokong pembelaan alibi tidak boleh diterima
sekiranya tiada sebarang notis telah diberikan di bawah seksyen 402A
KAJ oleh tertuduh. Dalam kes itu, Mahkamah Agung di m/s 130 telah
memutuskan:
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
31
“….it is clear law that where the defence is an alibi then, any evidence
in support of that defence must be excluded unless notice is complied
with. As was held in Lim Chen Len and approved by Ku Lip See and
also ruled by the learned Judge himself in Rangapula [1981] CLJ (Rep)
261, the Court has no discretion to waive pre-trial notice where the
evidence to be adduced by the defence is evidence in support of a
defence of alibi.”
[40] Walaupun peruntukan di bawah seksyen 402A KAJ telah dipinda
melalui Akta A 1422 yang berkuatkuasa mulai 1.6.2012 dan pindaan
terbaru itu terpakai dalam kes terhadap perayu, namun pindaan itu tidak
sama sekali mengecualikan pemberian notis alibi oleh tertuduh kepada
pihak pendakwaan. Oleh itu, prinsip yang telah diputuskan oleh
Mahkamah sebelum ini seperti dalam kes Hassan bin Sillit, supra,
masih terpakai (still a good law).
[41] Oleh yang demikian, kami mendapati hakim bicara tidak terkhilaf
apabila menolak keterangan membela diri perayu yang berasaskan
kepada pembelaan alibi. Hakim bicara juga tidak tersalaharah apabila
membuat dapatan dalam penghakimannya yang mengkritik pihak
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
32
pembelaan perayu yang telah gagal untuk mengemukakan sebarang
notis pembelaan alibi di bawah seksyen 402A KAJ.
[42] Dalam kes Vasan Singh, supra, Mahkamah Agung telah
memutuskan bahawa bukan sahaja keterangan bebas dari lain-lain
saksi tidak boleh diambilkira malahan keterangan tertuduh sendiri yang
terjumlah kepada pembelaan alibi hendaklah juga diketepikan sekiranya
tiada notis di bawah statut diberikan. Keputusan Mahkamah Agung itu
kami petik seperti berikut:
“The question is whether the words seeks to put forward in s. 402A(1)
include the case where the accused himself gives evidence. An
accused who gives evidence himself clearly does so because he is
seeking to put forward evidence tending to show that he was elsewhere
at a particular time. And that evidence is the evidence in support
referred to in the sub-section. We are therefore of the view that the
words of s. 402A(1) given their natural meaning include the case where
the accused alone is to testify that he was elsewhere at the material
time. Thus:
Sub-section (1) standing by itself clearly means that notice must be
given in all cases of an alibi defence otherwise the evidence will be
excluded. No distinction is made between an alibi defence of the
accused alone and an alibi defence supported by witnesses.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
33
Sub-section (2) sets out the particulars required in such a notice which
is in two parts:
(a) Particulars of the place where the accused claims to
have been at the time of the commission of the offence
with which he is charged; and
(b) The names and addresses of any witnesses whom he
intends to call for the purpose of establishing his alibi.
If the accused does not intend to call any witnesses,
then he need only comply with part (a) of the notice.
The primary purpose of an alibi notice is to alert the prosecution to the
fact that an alibi might be relied upon so that they may have the
opportunity before the trial of making such investigations as they think
fit. It may well be that the alibi is in fact true in which event the
prosecution will either withdraw the charge or offer no evidence in the
case.
The defence of alibi is a legitimate defence and in fact is often the only
evidence of an innocent man. The difficulty, it seems to us, is when and
how to exclude an alibi defence for non-compliance with s. 402A. First,
a distinction should be drawn between a bare denial and an alibi
defence. Evidence of bare denial is in any case always admissible. In
order to distinguish one from the other, the Court must know the nature
of the evidence. As was said in Ku Lip See v. PP (supra) at p. 196:
If a trial Court having considered the evidence put forward by the
defence, holds that such evidence amounts to evidence in support of
an alibi for which no notice under s. 402A Criminal Procedure Code
has been given, then he has no discretion in the matter but to exclude
such evidence. (Emphasis supplied)
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
34
It follows that, initially, the Court cannot prevent an accused person
from giving evidence. Having heard the evidence, then the trial Court
must decide the nature of the evidence. If it is only evidence of a bare
denial, the evidence stays. If it is evidence in support of an alibi and no
notice under s. 402A has been given, then he must exclude that part of
the evidence from his consideration of the defence evidence.”
[43] Berbalik kepada persoalan asas dalam rayuan di hadapan kami,
iaitu adakah sabitan terhadap perayu selamat untuk dipertahankan
berdasarkan kepada keterangan-keterangan mengikut keadaan yang
telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Kami bersetuju dengan
penghujahan yang disampaikan oleh Puan Timbalan Pendakwa Raya
yang bijaksana bahawa keterangan mengikut keadaan yang telah
dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara kumulatifnya menjurus
kearah hanya satu inferensi dan konklusi sahaja iaitu perayu adalah
orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Simati, tidak ada
orang yang lain. Berdasarkan kepada fakta bahawa perayu adalah ‘last
seen person’ dengan Simati, adalah munasabah untuk dibuat inferen
bahawa perayu mempunyai peluang untuk membunuh Simati. Masa
yang dinyatakan dalam pertuduhan adalah hampir sama dengan
anggaran masa kematian Simati seperti dalam keterangan SP1.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
35
[44] Mengenai perkara ini, kami merujuk kepada seksyen 7 Akta
Keterangan 1950 dan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes
Ahmad Najib bin Aris v. PP [2009] 2 MLJ 613 di m/s 642 dimana
Zulkefli, HMP (sekarang PMR) telah memberikan pandangan yang
berikut:
“[45] It must also be noted that the appellant had the opportunity to
have committed tha crime, (see s 7 and illustration (c) of the Evidence
Act 1950). The evidence of opportunity in the case has been
supplemented by proof of circumstances of such a nature as to lead to
the inference that it was probable that advantage would be taken by the
appellant of the opportunity (see Aziz bin Muhamad Din v Public
Prosecutor (1966) 5 MLJ 473). The evidence adduced by the
prosecution showed that the appellant was seen together with the
deceased by the prosecution witnesses, PW4, PW5 and PW12 through
the sequence of events taking place at the various locations.”
[45] Selain dari keterangan berkaitan dengan air mani dan DNA perayu
ditemui pada badan Simati dan keterangan mengenai barangan peribadi
Simati ditemui dalam simpanan perayu serta perayu mempunyai
peluang untuk membunuh Simati, pihak pendakwaan juga turut
mencadangkan semasa pemeriksaan balas terhadap perayu bahawa
perayu telah membunuh Simati dengan cara menjerut leher Simati.
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
36
Cadangan juga dikemukakan bahawa hubungan seksual berlaku
secara tidak sukarela. Keterangan-keterangan semasa pemeriksaan
balas terhadap perayu telah dikemukakan bagi membuktikan perayu
mempunyai motif untuk membunuh Simati (Lim Hean Chong v. PP
[2012] 2 CLJ 1046). Oleh yang demikian, kami berpandangan bahawa
hakim bicara tidak terkhilaf apabila membuat dapatan mengenai motif
perayu dalam membunuh Simati adalah oleh kerana mahu merogol dan
merompak Simati.
[46] Kami mendapati hakim bicara telah membuat keputusan yang
betul dalam mensabitkan perayu dengan pertuduhan berdasarkan
kepada fakta dan keterangan yang berada di hadapan Mahkamah.
Hakim bicara mempunyai kelebihan audio-visual dan kami sebagai
Mahkamah atasan tidak mendapati sebarang kekhilafan yang boleh
dirayu (appellable error) untuk mengganggu dapatan dan keputusan
hakim bicara itu. Dalam kes Timhar Jimdani Ong & Anor v. PP [2010]
3 CLJ 938, Mahkamah ini telah membuat keputusan seperti berikut atas
isu yang sama:
“[43]….Again, we see no reason to disturb this factual finding of the trial
judge. It is the duty of the trial court to decide whether a witness has
told a believable story or one that is implausible. It is trite that an
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
37
appellate court will not interfere with a finding of specific fact based on
the credibility of a witness (see Lai Kim Hon v. PP [1980] 1 LNS 197;
[1981] 1 MLJ 84) unless at this appellate stage we can find substantial
and compelling reason for disagreeing with that finding (see Herchun
Singh & Ors v. PP [1969] 1 LNS 52)” [penekanan oleh kami].
[47] Begitu juga dalam kes Lai Kim Ho & Ors. V. PP [1981] 1 MLJ 84
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan:
“Viewed as a whole it seems clear that the finding of fact made by the
trial judge turned solely on the credibility of the witnesses. The trial
judge heard the testimony of each witness and had seen him. He also
had the opportunity to observe the demeanour of the witnesses.
Discrepancies will always be found in the evidence of a witness but
what a judge has to determine is whether they are minor or material
discrepancies. And which evidence is to be believed or disbelieved is
again a matter to be determined by the trial judge based on the
credibility of each witness. In the final analysis it is for the trial judge to
determine which part of the evidence of a witness he is to accept and
which to reject. Viewed in that light we did not consider it proper for this
court to substitute its findings for that for the learned trial judge. The
principle of law governing appeals in criminal cases on questions of fact
is well established, in that the Appeal Court will not interfere unless the
balance of evidence is grossly against the conviction especially upon a
finding of a specific fact involving the evaluation of the evidence of a
witness founded on the credibility of such witness.” [penekanan oleh
kami].
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
38
[48] Mengenai sabitan berdasarkan kepada keterangan mengikut
keadaan, kami ingin mengakhiri penghakiman ini dengan merujuk
kepada keputusan dalam kes Lee Kwai Heong & Anor v. PP [2006] 1
CLJ 1043 seperti berikut:
“[16] In respect of the contention that the learned trial judge erred in his
assessment of the evidence of PW7 and accepting him as a witness of
truth, with respect, we are of the view that it is settled principle of law
that ‘where the judge at the trial has come to a conclusion upon the
question which of the witnesses, whom he has seen and heard, are
trustworthy and which are not, he is normally in a better position to
judge of this matter than the appellate tribunal can be; and the appellate
tribunal will generally defer to the conclusion which the trial Judge has
formed’ and if an appeal is ‘from the decision of a trial Judge based on
his opinion of the trustworthiness of witnesses whom he has seen,’ an
appellate court ‘must, in order to reverse, not merely entertain doubts
whether the decision below is right, but be convinced that it is wrong’.
(see: Powell and Wife v. Streatham Manor Nursing Home [1935] AC
243; AD Caldeira v. FA Gray [1936] MLJ 137 PC; Loh Shak Mow v.
Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 362 (also [1986] SLR 358). And in
order to be convinced that the decision of a trial judge is wrong an
appellate court has a duty ‘to check by critical examination of the whole
of the evidence the trial judge’s conclusion as to the truthfulness of that
witness’. Some of the matters to consider are:
(i) Whether the witness’s story is inherently ‘consistent with the
facts and circumstances alleged therein’ and which may gain
weight by other factors;
MRJ NO:B-05(M)-24-01/2016
39
(ii) ‘corroboration by other witnesses will strengthen it;
(iii) credible extrinsic circumstantial evidence will do the same;
and
(iv) lastly the demeanour and tone in which the witness gives
evidence will add to fortify (if favourable) the inherent
probability of the story but the last named is the least weighty
element in the credibility of a story’. (See: Abraham Ho Ah
Loke v. William Manson-Hing [1949] MLJ 37).” [penekanan
oleh kami].
Kesimpulan [49] Atas alasan-alasan yang telah kami huraikan di atas, kami dengan
sebulat suara mendapati bahawa rayuan ini tidak bermerit. Sabitan
terhadap perayu adalah selamat. Dengan itu, rayuan perayu ditolak dan
kami mengesahkan sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.
Bertarikh: 11 Julai 2017
t.t (KAMARDIN BIN HASHIM)
Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia