PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PERSATUAN, KELAB DAN PASUKAN BERUNIFORM DI SEKOLAH : KESETIAUSAHAAN
DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik ...
Transcript of DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik ...
- ). \:!
JALAN TUN ABDUL RAZAK.30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
Telefon : 05-50t 5000 Faks : 05-527 7273 Pctrtal : wwn,.pelajaranperak.gov.nty
" I Mal ays i a : Ra lq, at D i da hulu ka n, P en c a p a i an D ittt ant a kan "
Pegawai Pendidikan Daerah,Seluruh Negeri Perak.
Tuan,
PROGRAM PROJEK INOVASIMENENGAH.
Ruj.Karni : J.PeI.Pk.(KOKU) 453112 Jld 6 (+l )
Tarikh : lb Oktober 2013
DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH
Sukacita saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat
manambahbaik kegiatan kokurikulum dengan menggalakkan pihak sekolah supaya
menganjurkan aktiviti berunsur inovatif dan kreatif dalam kegiatan kelab dan persatuan di
sekolah menengah.
3. Sehubungan dengan itu, sebanyak RM 1738.80 telah dimasukkan ke dalam akaun
sekolah bagi melaksanakan program tersebut dan perlu dihabiskan dalam tahun semasa. Mohon
kerjasama tuan untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua sekolah menengah di daerah
tuan.
4. Sebarang pertanyaanberkenaan perkara ini sila hubungi pegawai di jabatan ini, Encik
Nor Haslan Bin Nor Zaman (Penolong Pengarah Kokurikulum) di talian 05-5015i55
5. Ke{asama tual dalam menjayakan perkara ini amatlah dihargai
Sekian, terima kasih.
..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Sektor Pen gurusan Sekolah,b.p. Pengarah Pendidikan Perak.
s.k 1. Pengarah Pendidikan Perak
" C I NTAILAH BAHASA K ITA''(Sila c'atatkan rujukan peiabttt ini apabila be rltrrbu.nq)
Saya yang
(ABD. M N YUSOF, PNIP.,.,r.uN., antr. )Ketua Sekto
mfficERTiFTEO TO rSO 9tur:2003
cERrilO:AF1165CEFTIFIED TO ISO 9001,2m6
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN
PERUNTUKAN PROJEK INOVASI
KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH 2013.
1. Agihan peruntukan adalah berdasarkan kepada bilangan sekolah menengah yang ada di
setiap negeri seluruh Malaysia.
2. Jabatan Pendidikan Negeri akan melakukan agihan peruntukan ke setiap sekolah (menengah).
Jabatan Pendidikan Negeri tersebut akan menerima peruntukan sebanyak RM ____________
3. Panduan agihan peruntukan adalah seperti jadual yang dilampirkan.
4. Menggunakan peruntukan ini sebagai bantuan untuk penghasilan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan di sekolah.
5. Pihak sekolah wajib menganjurkan pertandingan berbentuk inovasi melalui Kelab dan Persatuan.
6. Penyertaan pertandingan terdiri daripada semua kelab dan persatuan yang ada di sekolah.
7. Tempoh pertandingan berakhir pada ……………………………………
8. Setiap Kelab dan Persatuan boleh merancang dan menyediakan kertas projek lebih dari satu
inovasi, tetapi projek inovasi hanya dikhaskan kepada satu sahaja.
9. Pertandingan Inovasi terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan yang ada di sekolah.
10. Peruntukan ini mestilah dihabiskan dalam tahun semasa.
Aliran Proses Projek Inovasi Persatuan dan Kelab Sekolah
Pertandingan Peringkat Sekolah
( Akhir Jun )
Pertandingan Peringkat Negeri
( Akhir September )
Pertandingan Peringkat Daerah
( Akhir Ogos)
Pertandingan
Peringkat
Kebangsaan
1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI
( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH
2
1.0 TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pihak pengurusan sekolah berhubung
pelaksanaan kegiatan kelab persatuan sekolah melalui penghasilan projek
berinovasi sebagai kegiatan mingguan secara terancang dan teratur dari aspek
pelaksanaannya.
2.0 DEFINISI INOVASI
Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovasi dalam mana-mana
aspek kerja yang dilaksanakan dalam aktiviti kelab/persatuan di sekolah dengan
tujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kelab/persatuan, Pelaksanaan
idea-idea ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem
penyampaian, perkhidmatan serta memberi faedah kepada warga sekolah dan
komuniti setempat. Idea-idea ini, boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam
bentuk sistem, prosedur, kaedah dan cara bekerja mahu pun pengenalan teknologi
yang terkini.
3.0 PENGENALAN
Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab
dan persatuan dan; 1Murid 1Sukan adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari
oleh semua murid dalam sistem pendidikan negara (Akta Pendidikan 1996). Selain
berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik
darjah, bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam
membentuk perwatakan dan jati diri individu serta memupuk semangat patriotisme
dan perpaduan.
Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh dilaksanakan di dalam dan di luar waktu sekolah. Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama dalam kegiatan kelab dan persatuan sekolah akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi citarasa dan minat serta kebolehan diri yang ada pada mereka. Ini terbukti dengan kejayaan murid-murid dalam pembuatan projek seperti Program Robotik dan F1 In School maka amatlah wajar pembelajaran di peringkat sekolah yang mengarah kepada inovasi diperluaskan. Maklum balas Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan
3
penelitian yang menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah agar suatu arah tuju yang baru selaras dengan keperluan negara di masa akan datang dapat dihasilkan. 4.0 KONSEP Projek inovasi kelab/persatuan merupakan sesuatu penghasilan projek berinovasi dalam kelab/persatuan sebagai kegiatan mingguan di sekolah-sekolah. Pelaksanaan sepenuhnya oleh murid secara maksimum dengan mendapat bantuan dari aspek pengurusan dan kewangan dari pihak sekolah secara minimum. 5.0 MATLAMAT
Melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek
secara menyeluruh bagi setiap murid dalam kegiatan kelab/persatuan di sekolah-
sekolah sepanjang tahun.
6.0 OBJEKTIF
6.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang
yang diperolehi semasa P&P.
6.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan
dikalangan murid.
6.3 Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab dan
persatuan.
6.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea,
masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.
6.5 Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) bagi murid-
murid dan warga sekolah.
6.6 Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi
pendidikan yang dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan murid bagi
membentuk hala tuju yang jelas untuk menghasilkan pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
6.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Khas yang dapat membentuk keseimbangan murid dari
aspek intelek, jasmani ,emosi, rohani dan sosial.
6.8 Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk
memperkembangkan bakat, minat dan potensi dalam menghasilkan
4
projek inovasi dengan mengikut kreativiti murid berdasarkan garis
panduan yang disediakan.
7.0 TAFSIRAN
Dalam melaksanakan Projek Inovasi Kelab/Persatuan, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain:
“ kegiatan kokurikulum ” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
“murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan
atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;
“murid berkeperluan khas” ertinya mana-mana murid yang mempunyai masalah
pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan;
“kelab/persatuan” ertinya Sesuatu kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan,
berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang
mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta
bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan
dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat
persatuan atau pihak sekolah dengan mengikut kecenderungan kebitraan sekolah
masing-masing.
“guru penasihat” ertinya mana-mana guru yang dilantik atau mana-mana guru
yang di arahkan oleh pihak sekolah untuk mengurus dan mengendalikan projek
inovasi sekolah pada tahun semasa.
8.0 TATACARA PELAKSANAAN
Perlu menyediakan kertas cadangan projek terlebih dahulu sebelum sesuatu projek
dilaksanakan.
8.1 Kandungan kertas cadangan projek adalah seperti berikut;
Tajuk projek
Pengenalan
Rasional projek
Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian
5
Objektif projek
Skop dan limitasi projek
Kepentingan dan impak projek
Anggaran kos projek
Tinjauan / Kajian literature
Kaedah penyelidikan atau metodologi projek
Pelan perancangan projek
Kesimpulan
8.2 Maklumat tambahan
Hasil projek adalah hak milik sekolah itu sendiri dan pihak sekolah boleh
menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik dengan murid
dan atau penaja luar.
Murid digalakkan untuk menyertai pertandingan dan pembentangan
hasil inovasi di seminar dan kolokium di semua peringkat.
Sekolah digalakkan mengemukakan permohonan bagi mendaftar harta
intelek projek murid.
Murid digalakkan memasarkan produk akhir yang mempunyai nilai
komersial dengan kerjasama kelab koperasi, kelab keusahawanan,
kolaborasi, jualan terus dan organisasi atau agensi.
8.3 Mempunyai titik mula dan titik tamat yang jelas ( dalam tempoh masa
tertentu)
8.4 Mempunyai objektif tertentu untuk dicapai
8.5 Mempunyai satu siri aktiviti kerja
8.6 Melibatkan penggunaan sumber-sumber masukkan seperti tenaga, modal,
bahan dan peralatan.
8.7 Hanya dibenarkan apabila dipersetujui oleh guru pembimbing dengan
kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
8.8 Murid perlu mendapatkan surat kebenaran menjalankan aktiviti luar daripada
pihak sekolah dan ibu bapa. Semua aktiviti yang dijalankan di luar kawasan
sekolah mestilah diiringi oleh guru pengiring.
8.9 Pelaksanaan projek perlu dilaksanakan dalam tempoh masa sekurang-
kurangnya dua belas (12) kali perjumpaan sepanjang tahun.
6
9.0 PERANAN MURID
Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard
yang ditetapkan.
Bertemu dengan guru pembimbing atau menghadiri sesi pembelajaran
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Membuat kajian awal dalam menentukan pemilihan tajuk, keaslian idea,
hala tuju projek yang mempunyai nilai komersial.
Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan
kemahiran analitikal yang diperolehi sepanjang pengajian dan
menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua.
Melengkapkan borang-borang kemajuan murid dan dokumen-dokumen
lain sekiranya perlu.
Menyerahkan buku log potfolio projek kepada guru penasihat untuk
semakan dan pengesahan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Menyediakan laporan akhir projek berserta produk untuk proses penilaian.
10.0 PERANAN GURU PENASIHAT
Memastikan pelajar memilih projek yang selaras dengan objektif Projek Inovasi.
Melantik dan memandu jawatankuasa menjalankan tugas.
Menguruskan permohonan kelulusan kewangan melaksanakan projek, kebenaran waris , kebenaran penglibatan pihak luar daripada pengurusan sekolah dan stakeholder.
Merancang dan memastikan strategi dan jadual operasi projek dengan kerjasama pelajar.
Memastikan jawatankuasa menguruskan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
Menentukan pelajar melaksanakan projek dengan berkesan.
7
Memastikan jawatankuasa menyediakan minit mesyuarat dan mendokumentasikan laporan projek.
Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan di luar kawasan sekolah .
Bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan kehadiran ahli dan laporan kewangan.
Memastikan aspek bimbingan , pengawasan disiplin dan keselamatan kepada ahli-ahli dititikberatkan.
Penghargaan kepada pelajar dalam bentuk hadiah dan sijil.
Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan bantuan khidmat terhadap pelaksanaan projek.
11.0 PERANAN PENGETUA
Membincangkan pelaksanaan projek inovasi dalam mesyuarat
Jawatankuasa Induk Kokurikulum dan jawatankuasa lain seperti JK
Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum.
Mempertimbang dan meluluskan permohonan melaksanakan projek.
Melantik jawatankuasa pelaksana di peringkat kelab dan persatuan.
Memantau pelaksanaan projek dan peruntukan kewangan.
Menyemak dan mengesahkan penilaian penghasilan projek inovasi.
Menyelaras bantuan khidmat agensi luar, pihak swasta , dan komuniti
setempat.
12.0 PENILAIAN PROJEK INOVASI
Penilaian projek inovasi murid dilakukan secara berterusan bagi menilai pencapaian
dan kebolehan murid dalam menyiapkan sesuatu projek. Ini akhirnya akan
memberikan markah akhir penglibatan murid dalam kokurikulum.
Bentuk Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut:
Kertas Cadangan
Kertas cadangan untuk mengadakan atau menjalankan sesuatu projek.
Buku Log
8
Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan pencapaian
murid seperti catatan aktiviti, isu, cabaran dan penyelesaian yang telah
dilaksanakan. Buku log disemak, dinilai dan disahkan oleh guru
pembimbing.
Laporan Projek
Satu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau
maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh ahli
projek.
Pembentangan
Murid dikehendaki membentangkan hasil projek dalam sesi
pembentangan yang telah ditetapkan. Sesi pembentangan ini memberi
peluang kepada murid untuk berhujah mempertahankan hasil projek serta
bertukar pendapat secara ilmiah.
Hasil Projek
Potfolio
Pengumpulan sistematik hasil kerja murid yang mempamerkan
keupayaan perkembangan dan pencapaian dalam projek yang
dijalankan.
Manual Pengguna
Dokumen komunikasi teknikal yang bertujuan untuk memberi bantuan
kepada pengguna menggunakan sistem tertentu. Kebanyakkan
manual pengguna mengandungi kedua-dua panduan bertulis dan imej-
imej berkaitan.
Perisian
Arahan-arahan lengkap dalam bentuk carta alir dan prosedur yang
mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-
aktiviti pemprosesan maklumat.
Bahan Fizikal
Perkhidmatan
PENUTUP
Semua pihak dikehendaki mematuhi tatacara dan prosedur inovasi kelab dan
persatuan. Semua pihak dimestikan mengikuti sebarang peraturan yang terkandung
dalam Surat Pekeliling Iktisas yang sedang berkuatkuasa terutamanya yang
berkaitan dengan aspek keselamatan dan kewangan. Sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan berhubung pelaksanaan inovasi kelab dan persatuan bolehlah
9
menghubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
PROSES PELAKSANAAN PROJEK
Mula
Taklimat Projek
Pemilihan Tajuk Projek dan
Penyediaan Kertas Cadangan
Pembentangan Kertas Cadangan
Diterima
?
Aktiviti Projek
Pembetulan
YA
Penyerahan hasil projek
dan draf laporan
Diterima
?
Membentang projek
Menghantar laporan
Menyemak laporan dan
menilai hasil projek
Penambahbaikan
Guru Pembimbing Projek
Murid
Ketua Kumpulan
Guru Pembimbing
Murid
Murid
Panel/Guru Pembimbing
TIDAK
TIDAK YA
CARTA ORGANISASI PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN
JAWATANKUASA INDUK PERINGKAT SEKOLAH
Pengerusi : Pengetua Timbalan Pengerusi : GPK Kokurikulum Naib Pengerusi : GPK Pentadbiran GPK HEM PK Petang Setiausaha : Guru Kanan Mata Pelajaran Penolong Setiusaha : Guru Kanan Mata Pelajaran Bendahari : Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Kewangan) Ahli Jawatankuasa : Setiausaha Kokurikulum Penyelaras Badan Beruniform Penyelaras Kelab dan Persatuan Penyelaras Kelab Sukan dan Permainan Ketua-Ketua Bidang Penyelaras Kokurikulum Tingkatan Enam (jika ada) Guru Bimbingan dan Kaunseling Semua Ketua Guru Penasihat Kelab dan Persatuan
JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH
Penasihat : Pengetua GPK Kokurikulum
Guru Pembimbing :Guru Penasihat Kelab dan Persatuan Pengerusi : Murid Timbalan Pengerusi : Murid Setiausaha : Murid Bendahari : Murid Ahli Jawatankuasa : Ahli-ahli kelab dan persatuan. (bergantung kepada keperluan) Jawatankuasa Kecil : Mengikut keperluan
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI
Objektif Pertandingan Inovasi
i. Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh
organisasi Jabatan ;
ii. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara
bekerja yang diamalkan;
iii. Memperkenalkan dan menyebarkan hasil inovasi yang boleh dicontohi
untuk faedah organisasi Jabatan yang lain ; dan
iv. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan
kepada pelanggan.
Kriteria Penilaian Pertandingan Inovasi
1. TUMPUAN PENILAIAN PERTAMA : IDEA ( 20 MARKAH )
Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari
segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi
tersebut.
1.1 Kreativiti
Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek inovasi yang
dihasilkan memenuhi ciri-ciri keaslian dan adaptasi. Penerangan
mengenai kriteria ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut :
i. Keaslian - Inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli.
ii. Adaptasi - Inovasi yang dihasilkan merupakan
penambahbaikan atau pengubahsuaian idea
sedia ada. 39
2. HASIL INOVASI OUT PUT ( 30 MARKAH )
Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan
dan replicability sesuatu inovasi itu.
2.1 Tahap Pelaksanaan ( 20 markah )
Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan
inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan
sehingga ke peringkat seperti berikut :
i. Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau
ii. Secara percubaan (di peringkat prototaip).
2.2 Replicability ( 10 markah )
Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang
dihasilkan memenuhi ciri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi
boleh diguna pakai seperti berikut :
i. Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan
ii. Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan
tanpa melibatkan kos yang tinggi.
3. IMPAK OUT COME ( 40 MARKAH )
Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien
(kecekapan) dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.
3.1 Efisien ( 20 markah )
Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang
dihasilkan memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang
kepada : 40
i. Penjimatan masa;
ii. Penjimatan kos;
iii. Peningkatan Produktiviti; dan
iv. Mudah digunakan (user-friendly).
3.2 Signifikan ( 20 markah )
Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang
dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang
nyata inovasi dapat memberi impak kepada keberkesanan dan
kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dalam :
i. Perkhidmatan Awam;
ii. Organisasi; dan
iii. Bahagian/seksyen/unit.
5. PENGURUSAN ( 5 MARKAH )
Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen
pihak pengurusan atasan.
5.1 Komitmen
Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen pengurusan
atasan dalam memberi sokongan dari segi :
i. Kewangan
ii. Pengurusan Sumber Manusia
iii. Insentif 41
iv. Penghargaan
v. Peralatan.
6. PERSEMBAHAN ( 5 MARKAH )
Persembahan yang jelas terutama dari aspek teknikal, penggunaan visual
yang berkesan, komunikasi oral dan pengucapan awam yang berkesan.
BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG PENILAIAN PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN
BIL PERKARA MARKAH MARKAH YANG
DIPEROLEHI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Kertas kerja Tajuk Latar belakang Objektif Jawatankuasa pelaksana Kos Projek Pelan Perancangan Projek (Carta Gantt) Tempoh Pelaksanaan ( 4 – 12 bulan)
Senarai semak Pelaksanaan mengikut jadual
Skop dan Limitasi Projek Ada Data Awal Ada Data Akhir Rumusan Cadangan tindakan susulan
Pernyataan masalah atau persoalan kajian
Penyataan masalah Tindakan susulan
Tinjauan / Kajian Yang Lepas (menyatakan sekurang-kurangnya satu yang berkaitan dengan projek) Kaedah Penyelidikan/Metodologi Projek Persembahan Projek Penyampaian Dokumen sokongan (brosur, iklan dll) Kerjasama Keberhasilan / Perkongsian (digunakan oleh semua)
Dalam sekolah Luar sekolah
1 1 1 1 1 1
1 1
1 1 1 1
1 1
1
1
1 1 1
1 1
8. BONUS KESELURUHAN
BONUS (SKALA 1- 5)
5
Adalah diperakui bahawa segala butiran dan maklumat yang diberikan adalah benar. Disediakan oleh: Disahkan oleh: ............................................ ........................................... Pengetua/Guru Besar Jabatan Pelajaran Negeri Cop rasmi Cop rasmi: Tarikh : Tarikh :