Cukai Pendapatan Harta Pusaka5 Kerugian 12 Membuat bayaran dalam tempoh asas kepada bukan...
Transcript of Cukai Pendapatan Harta Pusaka5 Kerugian 12 Membuat bayaran dalam tempoh asas kepada bukan...
-
TAMBAHAN / PINDAAN
Ruang Perkara Muka Surat
A9a & A9b
Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3
A16 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia
5
H1 Kerugian 12
H3 Membuat bayaran dalam tempoh asas kepada bukan pemastautin yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B dan 109F
13
NOTA PENERANGAN
TP 2019
Cukai Pendapatan
Harta Pusaka
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 1 -
Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang TP bagi Tahun Taksiran 2019. Sila baca nota ini
dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019
adalah benar,betul dan lengkap.
Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang TP KECUALI
bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-
(i) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan
(ii) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) serta dokumen berhubung dengan potongan cukai yang
telah dibuat di negara asing.
Helaian kerja, lampiran dan maklumat lain boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM:
http://www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat & Selain Individu > Panduan
Pengiraan & Maklumat Lain
Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan perlu disimpan selama tujuh (7) tahun
bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah
Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.
Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat
hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.
Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia. Amaun di ruangan B34a hingga B35, C34a hingga C35,
Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen. Manakala bahagian lain yang melibatkan amaun
hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.
SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TP
Apabila seseorang individu meninggal dunia, harta yang dimilikinya secara benefisial pada tarikh kematian
dikenali sebagai harta pusakanya. Wasi atau pentadbir perlu melaporkan semua punca pendapatan si mati
dalam Borang TP sekiranya harta yang ditinggalkan belum dipindah milik kepada waris.
1 2
Nama pemilik harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Nombor cukai pendapatan harta pusaka seperti didaftarkan dengan LHDNM.
KEDUDUKAN CUKAI
Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, tuan dinasihatkan supaya
mengisi Bahagian ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah
dibuat sehingga Bahagian E di muka surat 7 Borang TP 2019. Isikan satu
petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?
1 Nama harta pusaka
usaka
H A R T A P U S A K A Z A C H A R Y
0 1 2 3 4 5 6 7 0 0 >>>>>>>?
No. cukai pendapatan
TP 2
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 2 -
BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA
A1
Domisil di Malaysia
semasa kematian
Isi ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya pembayar cukai ini berdomisil
di Malaysia semasa kematian dan isikan ‘2’ sekiranya tidak berdomisil di
Malaysia.
‘Domisil’ bererti kediaman tetap seseorang individu semasa hayatnya dan juga
mempunyai niat untuk menetap di negara tersebut sehingga ke akhir hayatnya.
A2
Negara domisil
semasa kematian
Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 = 1.
Sekiranya pembayar cukai tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, sila
rujuk kod negara di muka surat 15 nota penerangan ini atau senarai terperinci di
Lampiran E.
A3 Tarikh kematian Nyatakan tarikh kematian seperti dalam sijil kematian.
A4
Wasiat
Isi ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat
atau ‘2’ sekiranya tiada wasiat.
A5 Surat kuasa
mentadbir
Isi ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya telah memperoleh surat kuasa.
Jika si mati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet
(grant probate) akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.
Sekiranya si mati tiada meninggalkan wasiat, surat kuasa pentadbir harta
pusaka (Letter of Administration) akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.
A6 Tarikh pemerolehan
surat kuasa
Nyatakan tarikh seperti dinyatakan dalam surat kuasa pentadbir harta pusaka /
geran probet di mana ia akan dianggap sebagai tarikh mula berkuat kuasa
perlantikan wasi / pentadbir harta pusaka berkenaan.
Ruang ini tidak perlu diisi jika ruang A5 = 2.
A7
Penyimpanan
rekod
Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki
mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
Isi ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.
A8a Menjalankan
perniagaan
e-Dagang
Isi ‘1’ dalam petak untuk (‘Ya’) jika harta pusaka berkenaan ada menjual apa-
apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.
Jika ‘Ya’, isi juga ruang A8b.
Harta pusaka dianggap menjalankan perniagaan e-Dagang sekiranya dalam
menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:
i) Menerima tempahan barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
Harta pusaka menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau
media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.
ii) Menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
Harta pusaka menerima bayaran tunai digital dengan kad kredit atau kad
caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa,
telefon atau faksimili.
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 3 -
iii) Membekalkan barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
Harta pusaka berkenaan menggunakan e-mel, internet atau protokol
pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian,
dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian
dalam bentuk cakera.
Harta pusaka berkenaan menggunakan e-mel berserta laman
sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi
nasihat tersebut.
Harta pusaka berkenaan menerima bayaran bagi mengiklankan
barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.
Harta pusaka adalah pemilik laman sesawang.
Harta pusaka menyediakan perkhidmatan akses ke internet.
Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika harta pusaka tidak menjalankan e-Dagang atau tidak berkenaan.
A8b Alamat laman
sesawang / blog
Alamat laman web / blog (jika ada).
A9a Layak menuntut
insentif di bawah
seksyen 127
Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan
perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut
mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.
1 = Perenggan 127(3)(b) ACP 1967
Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana
kelas orang daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967 secara
umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.
2 = Subseksyen 127(3A) ACP 1967
Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana
orang tertentu daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967
secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.
3 = Tidak berkenaan
(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-
layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau
layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa
atas sebab seperti ketiadaan pendapatan.
(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-
tidak layak menuntut insentif;
permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri; atau
tidak berkenaan.
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 4 -
A9b Jika A9a = 1, dan /
atau 2, nyatakan Jika A9a = 1 dan / atau 2, kemukakan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif
Nyatakan nombor P.U. (A) warta Kerajaan atau nombor surat kelulusan
Menteri Kewangan bagi insentif berkenaan.
Amaun Pendapatan Dikecualikan
Amaun daripada pengiraan.
Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.
A10 Alamat surat-
menyurat wasi /
pentadbir utama
Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.
A11 Alamat premis
perniagaan si mati
Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama harta pusaka
dikendalikan.
A12 Alamat di mana
rekod harta pusaka
disimpan
Isi ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya rekod dan dokumen harta
pusaka ini disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A10; atau ‘2’ jika
disimpan di alamat premis perniagaan seperti di ruang A11. Isi ‘3’ jika tidak
disimpan di alamat seperti di ruang A10 dan A11.
A13 Alamat lain Nyatakan alamat di mana rekod harta pusaka disimpan sekiranya ruang A12 = 3.
A14 Maklumat
wasi / pentadbir
Isi maklumat wasi / pentadbir di mana yang berkenaan.
A14a Nama Nyatakan nama penuh wasi / pentadbir seperti yang tertera di dokumen
pengenalan / pasport di ruangan ini.
A14b No. pengenalan /
pendaftaran*
Isi nombor kad pengenalan (nombor kad pengenalan / polis / tentera) atau no.
pendaftaran wasi / pentadbir, yang mana berkenaan.
A14c No. pasport Nombor pasport sekiranya wasi / pentadbir merupakan warga asing yang tidak
mempunyai kad pengenalan Malaysia.
A14d No. cukai
pendapatan
Isi nombor cukai pendapatan wasi / pentadbir berkenaan, sekiranya ada.
Contoh: No. cukai pendapatan ialah OG 00123456090
A14e No. telefon
Isi nombor telefon setiap wasi / pentadbir harta pusaka. Sila pastikan maklumat
ini adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi
LDHNM.
Sekiranya terdapat lebih daripada dua (2) orang yang dilantik sebagai wasi / pentadbir kepada harta pusaka,
gunakan lampiran tambahan untuk menyenaraikan maklumat mengikut format seperti ruang A14a hingga
A14e, dan kemukakan bersama-sama Borang TP.
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 5 -
A15 Maklumat bank wasi
/ pentadbir Untuk tujuan pembayaran balik kredit (jika ada) oleh LHDNM, nyatakan nama
bank dan nombor akaun wasi / pentadbir di bank berkenaan. A15a Nama bank
A15b No. akaun bank
A16 Mempunyai akaun
kewangan di institusi
kewangan di luar
Malaysia
Isi ‘1’ jika mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia
atau ‘2’ jika tiada / tidak berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM,
http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa > Pertukaran Automatik Maklumat
(AEOI) > Common Reporting Standard (CRS).
‘Akaun kewangan’ dan ‘institusi kewangan’ adalah seperti ditakrifkan dalam
CRS Guidance Notes di pautan tersebut.
BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN
JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Isi bahagian ini jika pembayar cukai berdomisil di Malaysia semasa kematian (Jika A1=1)
B1
–
B9
Pendapatan
berkanun
perniagaan
Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan,
pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak
perdagangan dikenakan cukai.
Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan
barang-barang dan terimaan daripada pemberian perkhidmatan.
Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan
pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang
B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan
kemukakan lampiran bersama Borang TP.
Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun L dari Helaian Kerja HK-1D.
Pendapatan
berkanun
perkongsian
Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan
perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga
niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.
Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan
pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang
B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perkongsian dan
kemukakan lampiran bersama Borang TP.
Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B.
Elaun modal Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan perniagaan
adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sebagai elaun
modal yang boleh ditolak daripada pendapatan larasan perniagaan /
perkongsian. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset.
Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk pengiraan.
Rugi perniagaan
bawa hadapan
Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun / tahun-tahun taksiran terdahulu
yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca
perniagaan / perkongsian.
Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7, isikan
amaun B7 dalam ruang ini.
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 6 -
B10
Faedah
Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian
keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau
penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan dari faedah
hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi
tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.
Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil
pertukaran dan nota janji.
B11
Sewa
Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan
lain-lain yang serupa.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B.
Royalti
‘Royalty’ includes any sum paid as consideration for, or derived from:
a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software,
artistic or scientific works, patents, designs or models, plans, secret
processes or formulae, trademarks or other like property or rights;
b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting,
motion picture films, films or video tapes or other means of reproduction
where such films or tapes have been or to be used or reproduced in
Malaysia, or other like property or right;
c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning
technical, industrial, commercial or scientific knowledge, experience or skill;
d) the reception of , or the right to receive, visual images or sounds, or both,
transmitted to the public by satellite, cable, fibre optic or similar
technology.
e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in
connection with television broadcasting or radio broadcasting transmitted
by satellite, cable, fiber optic or similar technology.
f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio frequency
spectrum specified in a relevant licence;
g) a total or partial forbearance in respect of:
(i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or right
as is mentioned in paragraph (a) or (b) or any such knowledge,
experience or skills as is mentioned in paragraph (c);
(ii) the reception of, or thr granting of the right to receive, any such visual
images as are mentioned in paragraph (d);
(iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual images
or sounds as are mentioned in paragraph (e); or
(iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part of
the spectrum specified in a spectrum licence as is mentione din
paragraph (f); or
h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in
paragraph (a), (b) or (c).
Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 7 -
B12
Anuiti
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan amanah.
Anuiti juga boleh diperolehi dari pelaburan yang melayakkan pelabur menerima
bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.
Bayaran berkala lain Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.
B13
Apa-apa perolehan atau keuntungan lain
Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.
B14
Tambahan mengikut peruntukan perenggan 43(1)(c)
Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di
peringkat pendapatan agregat:
Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di bawah
Jadual 4 ACP 1967.
Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan
perbelanjaan telah dibuat.
Rujuk kepada perenggan 43(1)(c), perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk
membuat pengiraan pendapatan dan diambil kira dalam menentukan
pendapatan agregat.
Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.
B17
Rugi perniagaan tahun semasa
Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada
pendapatan agregat tahun yang sama.
Contoh:
Kerugian perniagaan pada tahun 2019 ditolak daripada pendapatan agregat
bagi tahun 2019.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3.
Amaun B17 terhad kepada amaun B16. Jika amaun di ruang B17 melebihi
amaun di ruang B16, masukkan amaun B16 ke ruang ini.
B19
Perbelanjaan
mencari gali
Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada
simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak atau dalam menguji
simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan.
Amaun ini terhad kepada B18 Borang TP. Baki yang tidak boleh diserap (jika
ada) dimasukkan ke ruang K2 Borang TP.
Jadual 4 dan perenggan 44(1)(b) ACP 1967.
B21 Anuiti kena dibayar /
bayaran berkala
Anuiti
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat yang melayakkan waris
menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu
tempoh. Bayaran anuiti itu tidak semestinya dalam amaun yang tetap.
Jika si mati tidak meninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud.
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 8 -
B23 – B30 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT
Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan
Subseksyen 44(6) ACP 1967.
Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan
Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah
Hasil Dalam Negeri. Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967.
Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan
Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967.
Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara yang
diluluskan oleh Menteri Kewangan
Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967.
Terhad
kepada 7% daripada B16
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada
nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Jabatan Arkib Negara.
Subseksyen 44(6A) ACP 1967.
Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan
Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam serta
perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama
tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan.
Subseksyen 44(8) ACP 1967.
Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri
Hadiah lukisan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.
Subseksyen 44(11) ACP 1967.
Zakat perniagaan
Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B16.
Subseksyen 44(11A) ACP 1967.
B32 Pelepasan diri Pelepasan diri layak diberikan kepada pentadbir harta pusaka yang mentadbir
harta pusaka kepada seseorang individu yang berdomisil di Malaysia semasa
kematiannya. Kelayakan ini dibenarkan kepada pentadbir harta pusaka tanpa
mengira sama ada pentadbir tersebut adalah seorang pemastautin atau tidak.
Amaun potongan adalah sama dengan amaun yang layak diberi dalam
pelepasan diri untuk kes individu iaitu RM9,000.
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 9 -
->>_>>_>>_>?
->>_>>_>>_>?
->>_>>_>>_>?
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 10 -
C32c Pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A
Pendapatan individu yang TIDAK BERDOMISIL semasa kematian daripada pendapatan kelas khas berikut adalah dikenakan cukai jika ianya diperoleh dari Malaysia:
Amaun yang dibayar sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan
oleh orang itu atau pekerjanya berkaitan dengan penggunaan harta atau
hak yang dimiliki, atau pemasangan atau pengendalian mana-mana loji,
jentera atau kelengkapan yang dibeli daripadanya;
Amaun yang dibayar sebagai balasan bagi nasihat yang diberikan atau
bantuan atau perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengurusan
atau pentadbiran bagi mana-mana duga niaga, usaha, projek atau skim
yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial; atau
Sewa atau bayaran lain yang diterima di bawah mana-mana perjanjian
atau aturan bagi penggunaan mana-mana harta alih.
Rujukan: Ketetapan Umum No. 10/2019
C32d Pendapatan lain
Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.
Isikan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 24%.
C34 -
C35
PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Pembahagian pendapatan bercukai mengikut ketetapan kadar cukai masing-masing
Rujuk Lampiran F atau ACP 1967 jika tiada PPPDK.
Contoh: Pembayar cukai berdomisil di Australia semasa kematian dan harta pusaka ini menerima
pendapatan faedah dan royalti.
Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 24% di C34a: RM50,500
Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C34f: RM10,000
Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C34d: RM25,000
Masukkan di ruang C34a, C34d, C34f dan C35 dalam Borang TP seperti berikut:
1 5 0 0 0 0
->>_>>_>>_>? 2 5 0 0 0 0
1 2 1 2 0 0 0
->>_>>_>>_>?
, , , . JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C34a hingga C34g)
_>>_>>_>>?
Pendapatan Bercukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan
24 C34a
Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain
, , , . , , , 5 0 5 0 0
C35 C35
2 5 0 0 0
1 0 0 0 0
1 6 1 2 0 0 0
10 C34d _>>_>>_>>?
->>_>>_>>_>?
, , , , , , . 15 C34f _>>_>>_>>?
->>_>>_>>_>?
, , , , , , .
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 11 -
BAHAGIAN D : CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK
D1 –
D6
Jumlah cukai yang dikenakan adalah dari ruang B35 dalam Bahagian B atau dari ruang C35 dalam Bahagian C.
Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)
Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke
atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan
pendapatan daripada harta pusaka.
Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai
pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A.
Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya harta
pusaka layak menuntut pembayaran balik.
Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.
Pelepasan cukai seksyen 132
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke
Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai
perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.
Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang memeterai perjanjian
pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.
Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan kredit.
Pelepasan cukai seksyen 133
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke
Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai
perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.
Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.
BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI
E1 Cukai kena dibayar Amaun daripada ruang D5.
E2 Ansuran yang telah dibayar
Ini tidak termasuk bayaran tunggakan cukai bagi tahun taksiran kebelakangan.
E3 Baki cukai kena dibayar
E1 tolak E2.
Jelaskan baki ini dalam tempoh yang ditetapkan. Pembayaran boleh dibuat
melalui:
(a) ByrHaSiL di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),
https://byrhasil.hasil.gov.my.
Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di
https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.
Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di
https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.
(b) Bank yang dilantik.
Kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan
Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank
Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat
dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.
Perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB,
https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcardhttps://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 12 -
Alliance Bank & Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Perbankan Mudah
Alih-i TAP Bank Islam dan perbankan telefon Maybank.
Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank, CIMB & RHB, Mesin Deposit
Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB & Maybank.
(c) Kad kredit Visa, Mastercard & American Express di kaunter Pusat Bayaran
Kuala Lumpur, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan Kuching.
(d) Kaunter bayaran LHDNM di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Cawangan
Kota Kinabalu dan Cawangan Kuching atau pos.
Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan dibayar
kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang boleh diperoleh di
http://www.hasil.gov.my.
Bayaran melalui pos hendaklah dihantar secara berasingan daripada
borang nyata. Bayaran TUNAI tidak boleh dibuat melalui pos.
(e) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.
Bagi harta pusaka yang TIDAK menjalankan perniagaan, tempoh akhir untuk menjelaskan baki cukai kena
dibayar ialah pada 30 April 2020. Jika harta pusaka menjalankan perniagaan, bayaran mesti dijelaskan
selewat-lewatnya pada 30 Jun 2020.
BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH
AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976
F1
Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Isi ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset, dan isi juga ruang F2.
Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.
F2 Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM
Isi ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.
BAHAGIAN G: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN
G1
– G3
Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum
dilaporkan sebelum ini.
Contoh: Pendapatan faedah bagi tahun 2018 yang hanya diterima dalam tahun 2019.
Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
BAHAGIAN H: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN
H1
Kerugian Bahagian ini menyediakan ruang bagi melaporkan kerugian tahun taksiran
semasa dan tahun taksiran kebelakangan (termasuk kerugian perintis selepas
tempoh pelepasan cukai).
Kerugian Tahun Taksiran Semasa
Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang
diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar
hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan datang.
http://www.hasil.gov.my/http://www.hasil.gov.my/
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 13 -
Kerugian Tahun Taksiran Kebelakangan *
Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum tahun
taksiran semasa; dan
Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki
kerugian yang dihantar hadapan untuk diabaikan / ditolak dalam tahun
taksiran berikutnya.
* Nota:
Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian yang tidak dapat diserap hanya
dibenarkan untuk dibawa ke hadapan untuk diserap bagi tempoh maksimum
sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut [Subseksyen 44(5F)].
Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44
Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap
sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan
untuk diserap sehingga maksimum 7 tahun taksiran bermula Tahun Taksiran
2019.
H2
Elaun modal Cara pengiraan dan maklumat terperinci berkenaan bahagian ini boleh didapati
dalam Helaian Kerja yang boleh diperoleh dari Portal Rasmi LHDNM.
H3 Maklumat cukai
pegangan
Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya membuat bayaran dalam tempoh
asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109,
109A, 109B dan 109F.
Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.
Helaian Kerja HK-M boleh digunakan sebagai panduan / rekod untuk
penyimpanan.
BAHAGIAN J: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA
DAN POTONGAN DUA KALI
Gunakan kod tuntutan (Lampiran D) yang boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM:
http://www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat & Selain Individu > Panduan
Pengiraan & Maklumat Lain > Lampiran-lampiran
BAHAGIAN K: TUNTUTAN INSENTIF
K1
Elaun peningkatan
eksport
perkhidmatan
Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk menentukan kelayakan.
Gunakan Helaian Kerja HK-1B / HK-1D untuk pengiraan.
Amaun diserap Elaun yang diserap dalam tahun semasa.
Amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M7 dari Helaian Kerja HK-1D.
Baki hantar hadapan Baki elaun yang belum diserap (baki hantar hadapan).
Amaun dari J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M8 dari Helaian Kerja HK-1D.
K2 Perbelanjaan
Jadual 4
Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa
(baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 14 -
BAHAGIAN L: MAKLUMAT KEWANGAN HARTA PUSAKA
L1 –
L50
Masukkan butiran seperti yang disediakan dalam Akaun Perdagangan, Untung & Rugi serta Kunci
Kira-Kira Harta Pusaka bagi tahun semasa dalam ruangan yang disediakan.
BAHAGIAN M: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN
M1 –
M5
Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan yang
dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.
AKUAN PENTADBIR HARTA PUSAKA
Hanya salah seorang daripada wasi-wasi / pentadbir-pentadbir kepada harta pusaka ini perlu melengkapkan
bahagian ini sekiranya harta pusaka ini mempunyai lebih daripada seorang wasi / pentadbir. Walau
bagaimanapun, kesemua wasi / pentadbir adalah bertanggungjawab secara bersama ke atas urusan
percukaian si mati.
Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat
Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan
cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan
semula borang nyata kepada LHDNM.
* Nota:
Bahagian akuan perlu diisi dengan butiran individu yang telah dilantik sebagai:-
(i) wasi / pentadbir; atau
(ii) pegawai yang diberi kuasa oleh syarikat amanah yang telah dilantik sebagai pentadbir /
pemegang amanah.
(Hanya seorang pegawai sahaja yang perlu mengisi bahagian ini jika lebih daripada seorang pegawai
yang diberi kuasa)
MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
No. Kelulusan Ejen Cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.
Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.
-
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 15 -
JADUAL CUKAI
KATEGORI BANJARAN PENDAPATAN
BERCUKAI
(a)
PENGIRAAN
RM
(b)
KADAR
%
(c)
CUKAI
RM
(d)
A 0 - 5,000 5,000
pertama 0 0
B 5,001 - 20,000 5,000
15,000
pertama berikutnya
1
0 150
C 20,001 - 35,000 20,000 15,000
pertama berikutnya
3
150 450
D 35,001 - 50,000 35,000 15,000
pertama berikutnya
8
600 1,200
E 50,001 - 70,000 50,000 20,000
pertama berikutnya
14
1,800 2,800
F 70,001 - 100,000 70,000 30,000
pertama berikutnya
21
4,600 6,300
G 100,001 - 250,000 100,000 150,000
pertama berikutnya
24
10,900 36,000
H 250,001 - 400,000 250,000 150,000
pertama berikutnya
24.5
46,900 36,750
I 400,001 - 600,000 400,000 200,000
pertama berikutnya
25
83,650 50,000
J 600,001 - 1,000,000 600,000 400,000
pertama berikutnya
26 133,650 104,000
K Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama Setiap ringgit berikutnya
28 237,650
...............
KOD NEGARA
Sebahagian negara-negara yang dikenal pasti atau rujuk Lampiran E untuk senarai lengkap.
Nama Negara Kod
Negara Nama Negara
Kod
Negara Nama Negara
Kod
Negara
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of