Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
description
Transcript of Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
1/13
1
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
2/13
2
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
3/13
3
TUGASAN
Baca petikan berikut dengan teliti.
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun
penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkankerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India.
Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang
membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan
antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu
dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan
menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak
sekian lama.
Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my
Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana
berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:
01
Tajuk rencana
02
Nama penulis
03 Isi kandungan:
(a)
Pengenalanmenjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum
(b)Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum
(c)Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan
perpaduan kaum
(d)Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(e)Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan
perpaduan kaum di Malaysia
(f)
Membuat rumusan
(g)Menyenaraikan sumber rujukan
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
4/13
4
Jadual Kerja / Senarai Semak
Bil Catatan Tarikh
1 Menerima taklimat daripada guru 01/07/2014
2 Menerima tugasan daripada guru 01/07/2014
3 Menetapkan tajuk 05/07/2014
4 Mencari bahan 06/07/2014
5 Membuat perancangan kajian 06/07/2014
6 Menyediakan Kerangka penulisan laporan 07/07/2014
a Pengenalan
b Kepentingan perpaduan kaum
c Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan
kaum
d Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
e Langkah untuk mengekalkan perpaduan kaum
f Rumusan (pengetahuan, iktibar & harapan)
g Senarai rujukan
7 Mencari pengisian untuk menulis pelaporan 10/07/2014
8 Menyediakan ilustrasi yang bervariasi 15/07/2014
8 Menulis pelaporan mengikut format:- Tajuk:
- Nama Murid:
- Pengenalan
- Kepentingan perpaduan kaum
- Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan
kaum
- Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
- Langkah untuk mengekalkan perpaduan kaum
- Rumusan
01 - 16Julai
2014
9 Menulis Rujukan 16/07/2014
10 Semakan terakhir & penghantaran tugasan 17 Julai 2014
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
5/13
5
Objektif Kajian
Kajian ini membolehkan saya mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah
seperti mengumpul, mengelas, mentafsir bahan sumber mengenai perpaduan
kaum di Malaysia. Saya mendapat pengetahuan mendalam tentang perpaduan
kaumyang terdapat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Kajian ini memberi pengalaman langsung kepada diri sayatentang persediaan
yang perlu dibuat sebelum mengendalikan sesi temu bual dengan orang sumber.
Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan untuk
menjalankan kajian ini. Saya telah memperoleh beberapa buah buku ilmiah
berkaitan dengan tajuk kajian saya. Bahan-bahan ini saya kumpulkan untuk dirujuksemasa menulis pelaporan kajian.
Selain itu, saya menggunakan kaedah temu bual dalam melaksanakan
tugasan ini. Saya telah menemu bual En. Mohd Shahran bin Mohd Hussin (guru sivikdan kenegaraan) mengenai perpaduan kaum di negara ini.
Akhir sekali, saya menggunakan kaedah melayari internet untuk mencari
maklumat dan bahan berkaitan tugasan yang telah diberikan.
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
6/13
6
Cadangan Tajuk : (Pilih satu sahaja)
PERPADUAN ASAS KEGEMILANGAN NEGARA
PERPADUAN ASAS KEDAULATAN BANGSA
PERPADUAN ASAS KEAMANAN NEGARA
PERPADUAN ASAS KEMAJUAN NEGARA
PERPADUAN ASAS KECEMERLANGAN NEGARA
PERPADUAN TERAS KEDAULATAN BANGSA
PERPADUAN TERAS KEGEMILANGAN BANGSA
PERPADUAN TERAS KEAMANAN NEGARA
PERPADUAN TERAS KEMAJUAN NEGARA
PERPADUAN TERAS KECEMERLANGAN NEGARA
PERPADUAN TONGGAK KEDAULATAN BANGSA
PERPADUAN TONGGAK KEGEMILANGAN BANGSA
PERPADUAN TONGGAK KEAMANAN NEGARA PERPADUAN TONGGAK KEMAJUAN NEGARA
PERPADUAN TONGGAK KECEMERLANGAN NEGARA
PERPADUAN MENJAMIN KEGEMILANGAN BANGSA
PERPADUAN MENJAMIN KEAMANAN NEGARA
PERPADUAN MENJAMIN KEMAJUAN NEGARA
PERPADUAN MENJAMIN KECEMERLANGAN NEGARA
RUMAH KECIL TIANG SERIBU
BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH
PERPADUAN ASPIRASI NEGARA
PERPADUAN MEMBINA NEGARA BANGSA MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT
PERPADUAN MENJAMIN KEDAULATAN BANGSA
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
PERPADUAN MENJAMIN KEAMANAN NEGARA
MALAYSIA OH TANAH AIR KU
1 MALAYSIA ASPIRASI SEMUA
KERJASAMA KAUM MEMBINA PERPADUAN
PERPADUAN TONGGAK KELESTARIAN BANGSA
BANGSA MALAYSIA MENDUKUNG PERPADUAN
PERPADUAN TIANG SERI KEHARMONIAN MALAYSIA
PERPADUAN TONGGAK PEMBANGUNAN NEGARA
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
7/13
7
Kerangka Pelaporan / Rencana
Bil Perkara Huraian Tarikh T.T Guru1 Tajuk Perpaduan Asas Kegemilangan Negara
2 Pengenalan - Maksud perpaduan
- perpaduan asas kepada kegemilangan bangsa
3 Isikandungan
Kepentingan perpaduan kaum
1. Kestabilan politik
Huraian
Contoh
2. Kemajuan ekonomikemasukan pelaburan, perdagangan,
pelancongan, perindustrian, peluang pekerjaan,
Huraian
Contoh
3. Keamanan Negara
4.
Masyarakat harmoni5. Imej negara
6. Keselamatan / kedaulatan7. Pembangunan negara
8. Pembangunan insan
Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
1. Pendidikanboleh memupuk perpaduan kaum.
2. Penggunaan bahasa rasmi - bahasa pengantar yang sama di
sekolah Contohnya: bahasa Melayu.
3. Dasar kebudayaan kebangsaan
4. Sukan
5. Keadilan ekonomicontoh; Dasar Ekonomi Baharu (DEB)6. Gagasan 1 Malaysia
7. Kerjasama politikcontohnya parti perikatan / Barisan
Nasional8. Rukun Negara
9. Lagu Kebangsaan
10. Sambutan kemerdekaan
11. Pendidikan- mata pelajaran: sivik & kewarganegaraan, sejarah12. Perlembagaan Negara
13. Latihan Khidmat Negara
Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
1. Sikap mementingkan diri sendiri
2. Sikap rasis dan perkauman yang kuat
3. Pengaruh media massa
4. Kurang komunikasi antara kaum
5. Kurang semangat patriotisme
6. Tidak bersikap terbuka7. Kurang semangat kejiranan
8.
Pekerjaan yang dimonopoli oleh satu kaum sahaja
9. Penggunaan bahasa kebangsaan yang terbatas10. Sekolah vernakular
Langkah untuk mengekalkan perpaduan kaum
1. Penggunaan bahasa Melayu
2. Memperkukuhkan konsep kejiranan
3. Menghormati budaya semua kaum
4. Menghayati slogan 1 Malaysia
5. Aktiviti bergotong royong
6. Sukan untuk semua
7. PLKN
8. Penubuhan sekolah wawasan
9. Penganjuran rumah terbuka sempena perayaan sesuatu kaum
10.
Penghayatan mata pelajaran sejarah, pendidikan moral
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
8/13
8
4 Rumusan 1. Pengetahuanmelalui kajian ini saya mendapati banyak usaha
yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan
perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat. Selain
itu, saya juga ..
2. Iktibar Saya sedar bahawa mewujudkan perpaduan
bukanlah sesuatu usaha yang mudah dan perlu dipertahankan.
3. HarapanSaya berharap supaya perpaduan dalam kalangan
rakyat negara ini akan dapat di erat dan diperkukuhkan lagibagi memastikan impian negara menjadi kenyataan
Rujukan:
Internet:
http://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-
dilaksanakan.html
http://www.jpnin.gov.my/
http://rusmiza-rusle.blogspot.com/2011/06/integrasi-dan-perpaduan-kaum.html
http://www.slideshare.net/MaskuriaOsman/perpaduan-dan-integrasi-nasional-
10615133
Temu Bual:
En. Mohd Shahran bin Hussin, 31 Tahun, SMK Seri Lalang, Jalan Ayer Hitam, 86000
Kluang, Johor
Majalah:
Buletin Sejarah, Edisi 3, 2013
Buku:
Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul Hakim Bin Samuri & Muslimin
Bin Fadzil, 2003. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
http://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-dilaksanakan.htmlhttp://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-dilaksanakan.htmlhttp://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-dilaksanakan.htmlhttp://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-dilaksanakan.html -
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
9/13
9
Penulisan Pelaporan
Perpaduan Asas Kegemilangan Negara
Oleh: Mohd Faizal Bin Paren
Pengenalan
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara yang pantas membangun
telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris,
Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi
lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan
memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk
memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing bak kata peribahasa
bersatu teguh, bercerai roboh.
Kepentingan Perpaduan Kaum
Perpaduan amat penting sebagai asas kepada kegemilangan negara.
Terdapat beberapa kepentingan perpaduan kaum di negara ini. Perpaduan kaum
telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua
kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan
senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat
resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat
membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia.
Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam
membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara disekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar
tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah
berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih
berada di bangku sekolah.Selain itu, antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah
mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah
tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti
Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati
lain-lain jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang
sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkanperpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang
mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Sebagai contoh rakyat berbilang
kaum di negara ini bebas bergerak ke mana sahaja tanpa rasa curiga antara satu
sama lain. Rakyat negara ini juga bebas mengamalkan adat dan kepercayaan
masing-asing tanpa ada sebarang gangguan dan ancaman. Oleh hal yang
demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia, seperti kata peribahasa, bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Seterusnya, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapatmemajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat
Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaingdengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.
Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja,
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
10/13
10
apabila rakyat mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,
nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.
Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pengukuhanperpaduan kaum di negara ini, antaranya ialah kerajaan telah merangka Dasar
Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu.Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka
telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan
dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan
dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan
panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
Contohnya, antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar
yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagisemua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.
Selain itu, faktor yang dapat menyumbang kepada perpaduan kaum ialah
terdapatnya sambutan perayaan utama kaum-kaum di Malaysia. Melalui sambutan
musim perayaan kita dapat mengambil peluang untuk mendalami nilai budaya
kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.Contohnya, Program rumah terbuka, amalan
kunjung-mengunjungi pada musim perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina,
Deepavali dan Krismas, usaha sama dalam dunia perniagaan dan lain-lain dapat
merapatkan hubungan dan menjauhkan perseteruan. Jelasnya, rakyat jelata dapat
hidup aman damai dan bersatu padu ke arah menjayakan gagasan Satu Malaysia
Seterusnya, penubuhan parti politik di negarakita juga mampu menyumbang
kepada pengukuhan perpaduan kaum. Perpaduan kaum mula dibentuk apabilaparti-parti yang berasaskan kaum utama ini bergabung dalam satu parti yang secara
tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara kaum utama di negara kita iaitu
orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha mencapai misi dan
visi parti mereka.Contohnya, penubuhan Parti Barisan Nasional yang terdiri daripadaparti utama iaitu UMNO , MCA dan MIC bermaksud untuk membela masyarakat atau
kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Dapat dilihat pada
masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan
negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antarasatu sama lain.
Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
Dalam usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini
terdapat beberapa cabaran antaranya ialah cabaran kepentingan etnik dari aspekpolitik iaitu politik perkaumanboleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat
kata sepakat oleh semua pihak. Usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi
Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan
penduduk di negara ini. Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapisebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini
mencapai kemerdekaan. Contohnya, Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
11/13
11
untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat
yang bersatu padu.
Selain itu, sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud
terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasardivide and rule
iaitu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi
ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara inimengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan
ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhad dan menjadi bertambah
renggang. Contohnya Masyarakat Melayu mengendalikan pertanian dan
ditempatkan di kawasan luar bandar iaitu di kampung-kampung. Masyarakat Cina
pula ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti
perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat
India pula ditempatkan di lading-ladang getah.
Seterusnya, penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-
akhir ini. Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya
kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web
yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensitif disamping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan
dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur
perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil
tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara
badan penguatkuasaan dan badan pengawal komunikasi.Contohnya, penyebaran
berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan
terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang
diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan
pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Hal ini sekiranya dibiarkan berterusan
akan bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat
yang mampu menggugat keamanan negara.
Langkah untuk mengekalkan perpaduan kaum
Terdapat beberapa cara untuk kita mengukuhkan perpaduan kaum di
negara kita. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai hasrat ini ialah kita
dapat mengeratkan perpaduan kaum dengan melibatkan diri secara proaktif dalam
sambutan perayaan utama kaum-kaum di Malaysia. Bersempena dengan musim
perayaan juga, kita dapat mengambil peluang untuk mendalami nilai budaya kaum-
kaum yang terdapat di Malaysia. Contohnya, program rumah terbuka, amalan
kunjung-mengunjungi pada musim perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina,
Deepavali dan Krismas, usaha sama dalam dunia perniagaan dan lain-lain dapat
merapatkan hubungan dan menjauhkan perseteruan. Jelasnya, rakyat jelata dapat
hidup aman damai dan bersatu padu ke arah menjayakan gagasan Satu Malaysia.
Seterusnya, pihak kerajaan berperanan penting untuk menyatupadukan
rakyat melalui pelbagai perancangan dan program menjurus kepada gagasan Satu
Malaysia. Misalnya, dalam bidang pendidikan, guru dapat memainkan peranan
yang proaktif untuk menyemaikan nilai-nilai kerjasama dan persefahaman dalam
kalangan murid melalui mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Sivik danKewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Sejarah. Usaha gigih guru juga boleh
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
12/13
12
diterjemahkan dalam aspek kokurikulum yang melibatkan murid-murid dalam
kegiatan unit beruniform, kelab atau persatuan dan permainan. Misalnya,
penglibatan murid-murid yang beraneka kaum dan agama dalam program
Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dan aktiviti perkhemahan
perdana pada setiap tahun.
Rumusan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Antara faktor utama kejayaan
ini boleh dicapai ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa
terjamin atau tidak boleh di kompromi oleh sebarang faktor lain . Berdasarkan
peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara
ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman danharmoni di negara yang kita cintai ini. Dalam nada yang sama kita seharusnya
memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang terjajah sekian lama
dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas
negara ini tidak lagi akan berlaku.
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat
dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara
sesama anggota masyarakat
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhiundang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai
jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan
memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.
-
5/20/2018 Contoh Tugasan Siap Sejarah PT 3
13/13
13
Rujukan:
Internet:
http://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-
dilaksanakan.html
http://www.jpnin.gov.my/
http://rusmiza-rusle.blogspot.com/2011/06/integrasi-dan-perpaduan-kaum.html
http://www.slideshare.net/MaskuriaOsman/perpaduan-dan-integrasi-nasional-
10615133
Temu Bual:
En. Mohd Shahran bin Hussin, 31 Tahun, SMK Seri Lalang, Jalan Ayer Hitam, 86000
Kluang, Johor
Majalah:
Buletin Sejarah, Edisi 3, 2013
Buku:
Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul Hakim Bin Samuri & Muslimin
Bin Fadzil, 2003. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
http://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-dilaksanakan.htmlhttp://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-dilaksanakan.htmlhttp://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-dilaksanakan.htmlhttp://keligit97lense.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-yang-dapat-dilaksanakan.html