contoh Surat Kepada Pej. Perhutanan Neg Pahang
-
Upload
akmal-ariff -
Category
Documents
-
view
124 -
download
0
description
Transcript of contoh Surat Kepada Pej. Perhutanan Neg Pahang
CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008CERT. NO : AR 5037
Ruj. Tuan :(Your Ref:)
Ruj. Kami: JBPM:PU/004/6 JLD II ( )(Our Ref:)
Tarikh: Julai 2010 (Date:)
Pengarah,
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ,Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,Bandar Indera Mahkota,25900 Kuantan PAHANG DARUL MAKMUR.
Tuan,
MAKLUMAN LATIHAN SIMULASI MENCARI DAN MENYELAMAT PANGKALAN UDARA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan pihak Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berpangkalan di Subang akan mengadakan satu latihan simulasi mencari dan menyelamat (SAR) seperti berikut:
Tempat : Hulu Sg. Kuantan (N° 03 55.46, E102° 57.41)
1
Telefon: : 603-78472643 603-78472644
Facsimile : 603-78472106Homepage : www.bomba.gov.my
“SEDIA MENYELAMAT”
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA(Pangkalan Udara Bomba Dan Penyelamat Malaysia)d/a AIROD SDN. BHD. Jalan TUDM Subang, 47200 Subang, Selangor Darul Ehsan.P.O.Box 8236, Pejabat Pos Kelana Jaya
CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008CERT. NO : AR 5037
Tarikh : 14/7/2010 – 18/7/2010
Keanggotaan : 45 orang
3. Tempat latihan yang akan diadakan ini adalah di sebuah bekas tapak pengumpulan kayu balak yang telah ditinggalkan dan tidak akan melibatkan aktiviti penebangan pokok untuk tujuan penyediaan tapak pendaratan helikopter kerana kawasan ini mempunyai kawasan lapang yang mencukupi.
4. Sebagaimana latihan-latihan yang telah dijalankan sebelum ini, latihan yang akan dijalankan ini akan turut memberi penekanan terhadap aspek penjagaan hutan dan juga kebersihan kawasan kepada anggota-anggota yang terlibat supaya disamping menjalankan latihan ataupun operasi penyelamatan di dalam hutan mereka juga bertanggungjawab memelihara khazanah hutan dan kebersihan alam sekitar.
5. Adalah menjadi harapan kami di Pangkalan Udara JBPM Subang untuk mendapat reaksi yang positif dari pihak tuan. Bersama dengan ini dilampirkan Arahan Pentadbiran Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia sebagai rujukan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
6. Kerjasama serta perhatian dari tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1 Malaysia” Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
2
CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008CERT. NO : AR 5037
Saya yang menurut perintah,
(SUZUKI BIN ABDULLAH)Lt. Kol. TUDM Pegawai MemerintahPangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.Subang.
s.k : YS PKP (Udara)
3
CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008CERT. NO : AR 5037
sba74...
4