Contoh Mini Research
description
Transcript of Contoh Mini Research
MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN TVE
MPK 1023
TAJUK KAJIAN:
PERANAN PENGETUA TERHADAP
PENGURUSAN SEKOLAH
PENSYARAH : DR. AMIRMUDIN BIN UDIN
PM DR. MOHD KHATA BIN JABOR
DISEDIAKAN OLEH:
HANIZURAIDAH BINTI ALIAS (MP131337)
WAN NURUL NADIAH BT. WAN SALLEHUDIN (MP131280)
ii
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pengetua terhadap
pengurusan sekolah. Pengurusan yang fokuskan ialah pengurusan kurikulum, pengurusan
mesyuarat dan pengurusan penyeliaan. Seramai 30 orang responden terlibat dalam kajian ini
yang terdiri daripada guru-guru daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru.
Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Kajian dianalisis menggunakan perisian
SPSS versi 16.0 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan
ketiga-tiga bahagian pengurusan yang dikaji mendapat nilai min yang sederhana. Pengurusan
kurikulum mendapat min 3.56, pengurusan mesyuarat 3.49 dan min untuk bahagian pengurusan
penyeliaan 3.23. daripada analisis data, min dan sisihan piawai menunjukkan bahawa pengetua
menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai pengurus sekolah dengan baik. Kajian ini
mencadangkan supaya pengetua terus memikul tanggungjawab dan peranan sebagai pengurus
sekolah dengan baik demi kecemerlangan sekolah. pengetua perlu membahagikan masa supaya
sekolah boleh diurus tadbir dengan efektif dan sistematik. Di samping itu, guru-guru boleh
berkolaborasi bersama pengetua untuk mengurus sekolah serta meningkatkan tahap prestasi
sekolah.
Kata kunci: Kepimpinan, pengurusan sekolah, peranan, pengetua sekolah, pengurusan
kurikulum, pengurusan mesyuarat, pengurusan penyeliaan.
iii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
ABSTRAK ii
KANDUNGAN iii
SENARAI JADUAL vii
SENARAI SINGKATAN viii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah 3
1.3 Latar Belakang Masalah 3
1.4 Penyataan Masalah 4
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Persoalan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 6
1.8 Kepentingan Kajian 7
1.9 Definisi Operasi 7
iv
1.9.1 Pengetua 7
1.9.2 Terhadap 8
1.9.3 Pengurusan 9
1.9.4 Kurikulum 9
1.9.5 Penyeliaan 10
1.10 Rumusan 10
2 KAJIAN KITERATUR 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Konsep Kepimpinan 11
2.3 Peranan Pengetua 13
2.4 Pengetua Melaksanakan Pengurusan Sekolah 15
2.5 Pengetua Melaksanakan Pengurusan Penyeliaan 16
2.6 Kepimpinan Pengetua Sebagai Pengurus Kurikulum 17
2.7 Pengetua Melaksanakan Pengurusan Mesyuarat 19
3 METODOLOGI 21
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka Bentuk Kajian 21
v
3.3 Sampel Kajian 22
3.4 Instrumen Kajian 22
3.5 Kandungan Soal Selidik 23
3.5.1 Bahagian A 23
3.5.2 Bahagian B 23
3.6 Prosedur Mengumpul Data Kajian 24
3.7 Analisis Data 24
3.8 Kesimpulan 25
4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 26
4.1 Pengenalan 26
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 26
4.3 Pengurusan Kurikulum 28
4.4 Pengurusan Mesyuarat 29
4.5 Pengurusan Penyeliaan 31
4.6 Pelaksanaan Peranan Pengetua Dalam Pengurusan Sekolah 32
4.7 Kesimpulan 33
vi
5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 34
5.1 Pengenalan 34
5.2 Ringkasan Kajian 34
5.3 Perbincangan Kajian 35
5.4 Rumusan 36
5.5 Cadangan 37
RUJUKAN 38
LAMPIRAN 40
Lampiran A Soalan Soal Selidik Bahagian A 40
Lampiran B Soalan Soal Selidik Bahagian B 42
vii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Min skor untuk tahap persetujuan 25
4.1 Taburan responden mengikut jantina 27
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 27
4.3 Taburan responden mengikut umur 27
4.4 Taburan responden mengikut jawatan 28
4.5 Dapatan item pengurusan kurikulum 29
4.6 Dapatan item pengurusan mesyuarat 30
4.7 Dapatan item pengurusan penyeliaan 31
4.8 Nilai min pengurusan sekolah 33
viii
SENARAI SINGKATAN
GB - Guru Besar
GPK - Guru Penolong Kanan
HEM - Hal Ehwal Murid
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
9
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam kejayaan sesebuah sekolah ia bermula daripada orang yang paling penting iaitu
guru besar atau pengetua. Menurut Bass (1990) pemimpin yang berwibawa adalah salah satu
faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Sekolah merupakan
sebuah institusi pendidikan formal untuk pelajar-pelajar menerima ilmu pengetahuan. Peneraju
utama sekolah ialah guru besar bagi sekolah rendah dan pengetua bagi sekolah menengah.
Peranan seorang pengetua amat besar dan mempengaruhi susun atur sekolah, pengurusan dan
pentadbiran sekolah meliputi guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid serta staf-staf
sokongan. Sebagai peneraju, individu ini akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah sekolah
sekaligus memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju kejayaan sesebuah
sekolah. Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesebuah negara, bangun atau runtuhnya
sesebuah Negara tersangat bergantung kepada maju dan mundurnya pendidikan di negara
berkenaan. Demi kemajuan dan keupayaan negara kita Malaysia dalam menangani cabaran
globalisasi yang berkembang dengan pesat, kita harus memastikan pendidikan di negara kita
dapat berubah mengikut tuntutan zaman, beroperasi secara berkesan dan selaras dengan
perkembangan pendidikan dunia terkini.
Kepemimpinan, pentadbiran dan pengurusan pengetua berperanan sebagai tunggak utama
kepada pembangunan pendidikan berkualiti iaitu merujuk kepada pengurusan sekolah yang
10
cemerlang dan kemantapan dalam kepemimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan
pengurusan sekolah dilihat sebagai pemacu ke arah penghasilan pendidikan yang berkualiti. Ini
bererti, pengetua selaku ketua jabatan di sekolah diberi amanah untuk merealisasi aspirasi dan
pembangunan pendidikan negara (Abas Awang & Balasundran A. Ramaiah 2002) dan
bertanggungjawab terhadap kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah.
Kepimpinan pengetua adalah pengaruh yang paling penting dalam pengurusan dan
pentadbiran sekolah. Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu. Ralph M.
Stogdill (1981) berkata, kepimpinan ialah proses mempengaruhi secara tersusun kegiatan-
kegiatan sesuatu kumpulan ke arah menentukan dan memenuhi matlamat organisasi atau
kumpulan itu. Pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah
organisasi (Stodgill, 1974). Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah
kecemerlangan sesebuah organisasi. Pembentukan organisasi sekolah berkesan,
sangat bergantung kepada kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran pengetuanya.
Tugas pengetua seperti yang disediakan oleh Bahagian Sekolah meliputi tujuh bidang utama
iaitu:
a) Pengurusan kegiatan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar.
b) Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan
c) Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
d) Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
e) Kemajuan sekolah
f) Pengajaran
g) Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.
McNulty et al. (2005) menegaskan bahawa tugas pengetua di sekolah tidak terhad hanya
kepada tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber
dan modal insan di bawah pentadbirannya terutamanya guru supaya mereka dapat menyumbang
khidmat dengan komited dan efektif. Ubben et al. (2001) serta Drake dan Roe (1999) pernah
menyebut bahawa setiap aktiviti yang berlaku di sekolah adalah tanggungjawab pengetua malah
11
penghasilan sebuah sekolah yang efektif, harmonis serta cemerlang dikatakan berakar umbi
daripada kepemimpinan pengetua yang berkesan.
1.2 Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah
Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.
Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-
1915).Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth. Pendekatan ini
timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun 1900. Tujuan utama
kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan.
Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan saintifik. Beliau
yang berasal dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja
iaitu di Midvale Steel Company. Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera. Prinsip
Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah: 1. Produktiviti boleh ditingkatkan
melalui kerja yang berkesan 2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. 3.
Gaji seimbang dengan kerja 4. Perlu memotivasikan pekerja. 5. Masa yang standard bagi semua
pekerja. 6. Tugas perancangan harus di pisah dengan pengeluaran. 7. Pengurus menentukan cara-
cara bekerja bagi pekerja. 8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan. 9.
Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja. Prinsip-prinsip am untuk
menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan
pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.
Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang
luas. Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkan interaksi antara kakitangan dan
perlu mengamalkan kepimpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik. Semua individu yang terlibat
dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan
yang perlu dilaksanakan.
1. 3 Latar Belakang Masalah
Pengetua memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadikan sesebuah sekolah
mencapai kecemerlangan. Setiap satu perkara berlaku di sekolah perlu mendapat makluman dan
12
pengesahan dari pengetua. Setiap program atau urusan yang dijalankan tanpa pengetahuan
pengetua boleh menimbulkan masalah dalam pengurusan sekolah kerana pengetua perlu
mengurus tadbir semua dan dapat merancang masa dan urusan sekolah. Salah satu aspek
mencapai kecemerlangan adalah pengurusan sekolah yang sistematik. Tugas pengetua pada masa
sekarang mencabar dan bertambah rumit dengan sistem pendidikan yang berkembang pesat dan
berlaku pertukaran seperti Peperiksaan menengah Rendah (PMR) untuk pelajar-pelajar tingkatan
tiga ditukar ke Penilaian Tingkatan Tiga (PT3), Penilaian Berasaskan Sekolah bermula tahun
2012, Ujian Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Hal-hal sedemikian menyebabkan pengetua terlalu sibuk dengan masa yang sangat terhad (Mohd
Salleh,2000). Mohd Anuar, Nor Azah (2011) menyokong kenyataanMohd Salleh dengan
menyatakan bahawatugas mengurus sekolah sangat mencabar terutamanya tugas yang perlu
berurusan dengan pelbagai pihak.
Pengurusan adalah satu proses untuk mencapai matlamat yang ditetapkan yang dibuat
bersama orang lain. Maka konotasinya, mengurus ialah mengendalikan sesuatu dengan baik.
Pengurusan melibatkan penggemblengan aktiviti merancang, mengatur, menyusun, melaksana,
menyelenggara dan mengawal secara sempurna untuk mengeluarkan hasil seperti yang
dikehendaki. Dalam pengurusan yang unggul iaitu yang berjaya mencapai matlamat yang
dihasratkan, pengendalian ini dilakukan oleh pengurus dengan kerjasama ahli-ahlinya yang lain.
Realiti tugas pengetua mengurus dan mentadbir sekolah telah menjadi satu kajian yang
dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia pada tahun 1987 yang hasilnya 6 pengetua sekolah di daerah Wilayah Persekutuan
mengutamakan tugas-tugas pentadbiran sekolah (Zailah, Juhana, 2007).
1.4 Masalah Kajian
Sekolah menjadi tempat pertama asas kepada pembelajaran formal. Bermula dari
prasekolah, sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah . Sekolah yang cemerlang akan
melahirkan warga yang berilmu, berkemahiran tinggi bermoral dan berkualiti (Donaldson 2006).
Pengetua sebagai peneraju utama dalam sesebuah organisasi sekolah memegang tanggungjawab
13
untuk memimpin sekolah supaya pengurusan dan pentadbiran sekolah berjalan lancar dan teratur.
Akan tetapi menurut Fullan (2001) jika pengetua tidak menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan jujur, ia menjadi satu isu yang sangat kritikal apabila sekolah menghadapi
masalah pengurusan dan pentadbiran. Oleh itu, peranan pengetua mengendalikan pengurusan
adalah perkara utama bagi memastikan kelancaran urusan sekolah dan mengelakkan masalah
yang timbul. Pengurusan kurikulum merupakan perkara asas yang utama. Pembangunan
kurikulum hasil kolaborasi pengetua bersama-sama guru-guru akan mendatangkan kesan yang
cemerlang dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah.
Kebanyakan pengetua di sekolah sering menggunakan komunikasi sehala,tidak
melaksanakan autonomi guru, kurang berinteraksi bersama-sama guru dan jarang melaksanakan
pengurusan pengupayaan (Ariffin Ba‟ada, 2001). Pengetua hanya mementingkan prestasi
pembelajaran di sekolah tanpa mengambil kira permasalahan murid-murid yang lemah dan tidak
menguasai pembelajaran, menuding jari kepada guru-guru yang dikatakan tidak menggalas tugas
mendidik murid dan sebagainya. Hasilnya ia menjadi satu fenomena yang negatif di kalangan
pengetua dan guru-guru yang melibatkan pengurusan sekolah. Seharusnya pengetua menjadi
seorang pemimpin pendidikan yang profesional meliputi peranan sebagai ketua pendidik di
sekolah, pembimbing guru dan pemimpin yang menjadikan urus tadbir sekolah dengan lebih
komited dan produktif (Abdul Shukor Abdullah, 2004). Mesyuarat atau bermusyawarah antara
pengetua dan guru-guru adalah perkara terbaik dalam pengurusan. Berbincang, komunikasi dua
hala melancarkan lagi pengurusan sekolah. Pengurusan mesyuarat yang teratur dan diurus
dengan baik oleh pengetua akan lebih melancarkan urusan-urusan tadbir.
Mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh guru di dalam bilik darjah, pengurusan guru-
guru dan kakitangan sekolah supaya urusan sekolah berjalan dengan baik. Mengekalkan
kurikulum perlu mendapat perhatian dari semua pihak. Pengetua boleh menjalankan penyeliaan
terhadap guru-guru bagi memastikan proses pengajaran yang berlaku di bilik darjah berjalan
lancar. Mengurus waktu untuk menjalankan aktiviti penyeliaan terhadap guru-guru memerlukan
pengetua untuk mengurus masa dengan baik. Pokoknya, pengetua akan sangat merasa mencabar
menguruskan sekolah jika sistem pengurusan lemah dan tidak teratur.
14
1.5 Objektif Kajian
Dalam usaha mencapai tujuan seperti mana dalam penyataan masalah di atas, dua objektif
dibentuk bagi merungkai jawapan daripada rangkuman dua perspektif iaitu mengenal pasti
peranan pengetua dalam pengurusan sekolah dan pelaksanaan yang dilakukan oleh pengetua.
Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk :
(i) Mengenal pasti peranan yang dijalankan oleh pengetua di sekolah.
(ii) Mengetahui pelaksanaan yang dilaksanakan oleh pengetua dalam
pengurusan sekolah.
1.6 Persoalan Kajian
a. Apakah peranan pengetua dalam pengurusan sekolah?
b. Apakah pengetua melaksanakan pengurusan sekolah?
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Skop kajian ini mengenal pasti peranan pengetua terhadap pengurusan sekolah di tiga
buah sekolah di sekitar Johor Baru sahaja. Pengurusan yang dijalankan oleh seseorang pengetua
akan memberi impak yang besar kepada sekolah melibatkan guru-guru, urus tadbir sekolah serta
pencapaian dan prestasi pembelajaran. Oleh itu, hasil kajian ini tidak menggambarkan peranan
pengetua terhadap pengurusan sekolah menengah di daerah selain Johor atau di negeri-negeri
lain. Kajian ini di bataskan hanya kepada kaedah pengutipan dan pengumpulan data
menggunakan instrumen borang soal selidik.
15
1.8 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini boleh memberi gambaran yang lebih jelas tentang peranan yang
dijalankan oleh pengetua di sekolah dan juga untuk mengetahui pelaksanaan yang dilaksanakan
oleh pengetua dalam pengurusan sekolah Selaku pemirnpin di sekolah, pengetua
dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan matlamat pendidikan Negara yang terap
melalui kurikulum rasmi pendidikan. Jadi, tugas penting dan utama pengetua di sekolah adalah
untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin dan berkesan.
Selaku pemimpin pengajaran, pengetua adalah pakar rujuk bagi hal-hal pengurusan sekolah,
pengurusan mesyuarat, pengurusan penyeliaan dan pengurusan kurikulum seperti isi kandungan
dan strategi. Peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran perlu ditangani dengan berkesan
dalam usaha mernpertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada hakikatnya,
kepimpinan pengetualah yang menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Dapatan kajian ini juga
dapat membantu pihak kementerian pendidikan untuk mengatur strategi latihan-latihan atau
kursus tertentu yang diperlukan oleh pengetua, seterusnya meningkatkan profesionalisme dan
kepimpinan mereka. Selain itu, pihak kementerian juga boleh menggunakan instrumen / alat ukur
tingkah laku kepimpinan pengajaran yang dibina oleh Hallinger dan Murphy (1985) iaitu
„Principal instructional Management Rating Scale‟ (PIMRS) untuk menilai tahap kepimpinan
pengajaran pengetua di sekolah-sekolah.
1.9 Definisi Operasi
1.9.1 Pengetua
Pengetua ialah individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan proses
tindakan, menentukan matlamat dan proses menggerakkan anggota bagi memastikan operasi
harian di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Azlin, 2004). Pengetua ialah
orang yang penting yang memimpin dan mengurus sekolah bagi mencapai matlamat sekolah.
Sebagai ketua yang dilantik secara formal oleh pihak berkuasa dan sah dari segi undang-
undang dalam organisasi sekolah, pengetua diberikan kuasa dan kedudukan yang istimewa
bagi menentukan perjalanan sekolah sewajarnya. Pengetua diharapkan dapat menjalankan
16
ketiga-tiga bidang tugas sekali gus iaitu mengurus, memimpin dan mentadbir (Hussein,
1993). Menurut Michael E. Doyle & Doonna M.Rice (2002), pengetua sebagai pemimpin
klecemerlangan pembelajaran. Untuk mencapai matlamat ini, pengetua bukan sekadar kukuh
dan mantap dari segi idea yang konkrit tetapi perlu kukuh dari kemahiran teknikalnya.
Dalam kajian ini, pengetua berfungsi sebagai pemimpin pengajaran di sekolah.
Pengetua yang dikaji ialah pengetua di sekolah menengah. Dapatan kajian ini boleh memberi
gambaran yang lebih jelas tentang peranan yang dijalankan oleh pengetua di sekolah dan
juga untuk mengetahui pelaksanaan yang dilaksanakan oleh pengetua dalam pengurusan
sekolah Selaku pemirnpin di sekolah, pengetua pertanggungjawabkan untuk
menyempurnakan matlamat pendidikan Negara yang terap melalui kurikulum rasmi
pendidlkan. Jadi, tugas penting dan utama pengetua di sekolah adalah untuk mempastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin dan berkesan. Selaku pemimpin
pengajaran, pengetua adalah pakar rujuk bagi hal-hal pengurusan sekolah, pengurusan
mesyuarat, pengurusan penyeliaan dan pengurusan kurikulum seperti isi kandungan dan
strategi. Peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran perlu ditangani dengan berkesan
dalam usaha mernpertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada
hakikatnya, kepimpinan pengetualah yang menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Dapatan
kajian ini juga dapat membantu pihak kementerian pendidikan untuk mengatur strategi
latihan-latihan atau kursus tertentu yang diperlukan oleh pengetua, seterusnya meningkatkan
profesionalisme dan kepimpinan mereka. Selain itu, pihak kementerian juga boleh
menggunakan instrumen / alat ukur tingkah laku kepimpinan pengajaran yang dibina oleh
Hallinger dan Murphy (1985) iaitu „Principal instructional Management Rating Scale‟
(PIMRS) untuk menilai tahap kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah-sekolah.
1.9.2 Terhadap
Perkataan terhadap membawa maksud berkenaan dengan atau kepada sesuatu. Dalam
kajian ini ianya membawa erti kesan penyeliaan pengajaran yang telah dijalankan itu adalah
bersangkut paut atau ditujukan khas guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu dan tidak kepada
guru lain.
17
1.9.3 Pengurusan
Gerald Ngugi Kimani (2006) dalam modul terbitannya menyatakan pengurusan adalah
proses bekerja dengan dan melalui kumpulan atau individu untuk mencapai matlamat organisasi,
pentadbiran mengambil berat dengan mengarah dan mengawal hidup dalam sistem sosial.
Remasay (1999: 20) menyatakan pentadbiran adalah jenis yang umum daripada manusia tingkah
laku yang terdapat dalam organisasi. Pentadbiran adalah satu proses di mana keputusan dicapai.
Pentadbiran ialah proses mengarah dan mengawal kehidupan dalam mana-mana organisasi sosial
seperti sekolah atau dalam industri. Perbezaan pengurusan dan pentadbiran ialah pentadbiran
yang berkaitan dengan mewujudkan dasar yang membimbing membuat keputusan undang-
undang dan peraturan-peraturan. Pengurusan pula berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang
dan peraturan-peraturan.
Pengurusan pendidikan adalah medan gunaan pengurusan. Satu itu boleh simpulkan
bahawa pendidikan pengurusan merujuk kepada aplikasi teori dan amalan pengurusan untuk
bidang pendidikan atau institusi pendidikan. Konsep yang sama terpakai kepada pentadbiran
pendidikan. Menurut Okumbe (1999), pentadbiran pendidikan adalah satu proses memperolehi
dan memperuntukkan sumber bagi pencapaian matlamat pendidikan yang telah ditetapkan.
1.9.4 Kurikulum
Kurikulum dalam perkembangan Malaysia merupakan proses merancang, merencana,
mentafsir, menyepadukan maksud, objektif dan matlamat kurikulum. Kurikulum adalah
matlamat pendidikan yang meliputi segenap aspek ilmu pengetahuan, peranan guru dan
penyampaian ilmu serta membudayakan ilmu pengetahuan (Akhmal Annas et. al. 2011) Menurut
Hasan Langgulung (2003), definisi kurikulum dapat dilihat menerusi empat aspek utama iaitu:
i. Pendidikan merupakan medium untuk mencapai matlamat yang diinginkan.
ii. Kurikulum dibentuk melalui segala ilmu pengetahuan, data, matlamat,
program dan pengalaman.
iii. Metodologi dan kaedah penilaian yang dilaksanakan dalam mengukur dan
menilai kurikulum dan hasil kepada proses pendidikan yang dirancang.
18
iv. Metodologi dan kaedah mengajar yang dilaksanakan oleh guru untuk
mengajar dan menarik minat pelajar untuk belajar
1.9.5 Penyeliaan
Dalam konteks pendidikan, pelbagai istilah berikut digunakan untuk penyeliaan:
penyeliaan, penyeliaan pendidikan, dan penyeliaan pelajar. Walau apapun istilah yang
digunakan, penyeliaan dalam pendidikan mempunyai “its central mission the facilitation of
effective instruction” (Bruce & Grimsley, 1987, hlm. 1). Definisi yang diberi oleh Glickman et
al. (1998), juga menekankan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan adalah bertujuan
mempertingkatkan keberkesanan pengajaran. Menurut Kaedah bin Ali (2008), penyeliaan ialah
segala perbuatan yang berkaitan usaha untuk memastikan segala tugasan dalam sesuatu
organisasi menepati objektifnya dan berjalan lancar. Penyeliaan pengajaran merupakan satu
aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia
iaitu guru bertujuan untuk memerhati dan memantau keberkesanan pengajaran guru-guru di
samping memperkembangkan potensi diri serta dapat menangani kekurangan dan kelemahan
yang sedia ada. Selain itu, penyeliaan penting dalam mendorong, menyelaras, dan membimbing
guru supaya mereka berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran dengan sebaik-
baiknya, agar berkesan, serta efektif. Di pihak pengurusan dua sekolah, penyeliaan pengajaran
merupakan satu alat atau mekanisme yang digunakan untuk mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran (Muaz Abd.Karim, 2000).
1.10 Rumusan
Berdasarkan Bab I ini, penyelidik telah menerangkan huraian latar belakang masalah,
objektif, persoalan kajian, kerangka teoritikal, skop kajian, kepentingan kajian dan juga definisi
operasi. Berdasarkan elemen-elemen tersebut, penyelidik akan menyambung kajian di Bab II
dengan huraian populasi dan sampel kajian, pengumpulan data dan analisis data.
19
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pengetua dalam pengurusan sekolah dan
pelaksanaan yang dilakukan oleh pengetua melalui petunjuk pengurusan sekolah, pengurusan
kurikulum, pengurusan mesyuarat dan pengurusan penyeliaan. Kajian dimulakan dengan
rnembincangkan dan menjelaskan konsep kepimpinan.
2.1 Konsep Kepemimpinan
Kepemimpinan amat mustahak untuk menjadikan sebuah organisasi itu berkesan malah
kepemimpinan menjadi begitu penting kepada sesebuah negara, masyarakat malah organisasi
kerana ia sering dikaitkan dengan aspek kecemerlangan dan keberkesanan (Shahril 2000; Kouzes
& Posner 2003). Dalam erti kata lain, sebuah organisasi tidak akan berjaya jika tidak mempunyai
pemimpin yang mampu membawa organisasi ke arah kecemerlangan. Dalam konteks pendidikan
pula, banyak kajian dan literatur menegaskan bahawa kejayaan sebuah sekolah terletak di bahu
pengetua yang mempunyai amalan kepemimpinan yang berkesan (Drake & Row 1999; Speck
1999; Seyfarth 1999; Lunenberg 2001; Portin et al. 2003; Amoroso 2003; Miller & Rowan 2003;
Lim Lee Hean 2005 ; Sergiovanni 2003). Oleh itu, kajian kepemimpinan dalam bidang
pendidikan di luar Negara dan di Malaysia sentiasa menegaskan bahawa kepemimpinan
pengetua secara signifikannya adalah tunjang utama terhadap keberkesanan sesebuah sekolah.
Namun begitu, Musa Mohamad (2002), Dunford et al. (2000) dan Seremet et al. (2003)
menyarankan supaya setiap amalan kepemimpinan perlu diamalkan berdasarkan tiga situasi
utama iaitu matlamat entiti, individu yang dipimpin dan budaya sekolah. Pendek kata, dapatlah
dirumuskan bahawa kepemimpinan pengetua adalah tunjang utama kepada merealisasikan hasrat
dan misi pendidikan nasional (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie 2003; Ayob Jantan 2005; Ross
2006; Creech 2006; Blasé et al. 1995).
20
Empat rangka kepemimpinan yang dikemukakan oleh Bolman dan Deal (1991) dibina
berlandaskan dua andaian utama iaitu:
1. Organisasi yang kompleks masa kini memerlukan pemimpin mengamalkan lebih
daripada dua gelagat kepemimpinan untuk memahami organisasi di samping
mengamalkan stail kepemimpinan yang sesuai berlandaskan situasi (Morgan
1997, Abdul Shukor Abdullah 2004; Hawkins 2001).
2. Stail kepemimpinan yang pelbagai juga menyumbang kepada keberkesanan
kepemimpinan berbanding amalan satu atau dua stail kepemimpinan yang
dianggap kurang dinamik, tidak relevan malah menghadkan perkembangan
organisasi. Di samping itu, ia turut menggambarkan keupayaan pemimpin
menggunakan integrasi pemikiran ketika menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan (Pisapia 2005 dipetik dalam Muzzamil Yassin 2006; Leithwood et al.
2006; Yukl & Lepsinger 2004).
Pemimpin penting kerana mereka adalah agen perubahan (Azmi Zakaria et a1.,1995).
Lazimnya tindak-tanduk pemimpin yang berkesan xnenjurus kepada usaha untuk mengubah
budaya & mana perubahan diperlukan. Oleh kerana perubahan rahkal telah bermula dengan
rancak dan berterusan (Ahmad Sarji, 1996) pemimpin masa kini perlu berubah, ini bermakna
kepimpinan memerlukan latlhan untuk membolehkan mereka melalui dan menangani arus
perubahan. Dalam melaksanakan perubahan, terdapat tokoh pemimpin yang cuba menggunakan
terlampau banyak kuasa serta menunjukkan tanda-tanda mahu mengawal dan menyekat (Ibrahim
Mamat, 1993). Bagaimanapun, pemimpin sebegini tidak akan diterima sebagai pemimpin oleh
sesuatu kumpulan. Sehubungan dengan perkara serupa, Fred Fiedler (dipetik dari Wilson dan
Concoran, 1988) melalui Teori Kontigensi Keberkesanan Kepimpinan berpendapat, kepimpinan
melalui pengaruh adalah lebih cemerlang apabila wujud kesepadanan di antara situasi dan std.
Dengan adanya pengaruhlah, menurutnya, pemimpin boleh memainkan peranan penting dalam
mereka bentuk, mengekalkan dan mengubah sesuatu budaya kerja dan sepatutnya menjadi
pembentuk budaya yang berada pada setiap peringkat dalam sesebuah organisasi. Sergiovanni
(1987) berpendapat kepimpinan memainkan peranan penting untuk menentukan kelicinan,
kecekapan dan keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi seperti sekolah.
21
2.2 Peranan Pengetua
Menjadi pengetua tidaklah semudah yang disangka. Tugasnya amatlah mencabar dan
kompleks. Pengetua dalam kerja hariannya adalah meliputi segala aspek yang berlaku di sekolah.
Pengetua bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berlaku di sekolah. Pengetua adalah
seorang yang dilantik dan diberikan kuasa untuk memastikan matlamat sekolah dan matlamat
majikan dapat disempurnakan.
Dalam mewujudkan pengurusan sekolah yang berkesan, aktiviti pengetua meliputi hal-
hal yang berkaitan perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan pemantauan. Sekolah yang
Berjaya pastinya mempunyai pengetua yang terlibat dalam perancangan sekolah dan seterusnya
melaksanakan program dan melakukan pemantauan yang berkala. Perancangan adalah
merupakan jambatan yang menghubungkan antara keadaan sedia ada dengan matlamat yang
hendak dicapai pada masa hadapan. Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas
utama kepada pembangunan negara. Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan
itu, peranan kepimpinan pengetua sering dijadikan fokus utama.
Hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata
tetapi yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran
intelek, sosial, fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan
keadaan. Pencapaian sesebuah sekolah merangkumi pencapaian pelajar, pencapaian
kecemerlangan guru-guru dan staf sokongan, pencapaian kokurikulum, pencapaian pengurusan
sekolah dan lain-lain lagi. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan
sesebuah sekolah dan ramai di kalangan mereka berpendapat peranan pengetua ditambah
memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang signifikan. Kepimpinan yang berkualiti dan
menyeluruh akan dapat mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang
berkesan atau cemerlang.
Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu
dimiliki oleh pengetua, antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan.
Pengetua perlu menetapkan visi dan misi untuk menjadikan sekolahnya sebagai sekolah
cemerlang. Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar
22
yang holistik iaitu memiliki pelbagai kemahiran dan kebolehan serta bersedia menghadapi
sebarang persaingan dan cabaran. Bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di
sekolah mestilah mempunyai perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut
mereka juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga
sekolah.
Mc Pherson dan Crowson (1987) menyatakan peranan seorang pengetua bertindan-tindih
sebagai seorang guru, pengurus, pentadbir dan pemimpin. Walau apa pun pengetua tidak boleh
melarikan diri daripada melaksanakan peranan utamanya dalam aktiviti pengajaran. Pengetua
juga berperanan sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, kedua-dua pengetua juga
bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan di sekolah dan kemajuannya. Manakala sebagai
pemimpin pendidikan-pengajaran mereka memberi kepimpinan, galakan, sokongan kepada guru
dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama pengetua juga berusaha
memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan memberansangkan
pengajaran dan pembelajaran. Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-
pola tingkahlaku (secara relatif) yang bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai seorang
pemimpin. Tingkahlaku ini adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau mengarah individu atau
kumpulan bagi mencapai tugasan dan objektif yang ditetapkan terlebih dahulu untuk organisasi.
Dalam organisasi formal tingkahlaku ini adalah berkaitan dengan peranan-peranan formal
seorang pemimpin itu.
Dalam kajian mengenai kepimpinan (Stogdill, 1974, Edmond, 1979, Nor Azian, 1994),
pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.
Pengaruh dan kecekapan pemimpin menguruskan sekolah dapat membawa ke arah
kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan
dan kecekapan pengurusan dan pentadbir pengetua sekolah amat penting dalam menentukan
kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Pengetua sekolah adalah merupakan kakitangan yang
terpenting di peringkat sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus
sekolah. Menurut Hussein (1993) berdasarkan kajian sekolah berkesan peranan pengetua sering
dibicarakan sebagai faktor yang menyebabkan kejayaan sesebuah sekolah. Oleh itu, pengetua
perlu memainkan peranannya dengan berkesan supaya sekolah akan terus cemerlang. Pengetua
sekolah di Malaysia bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sekolah
termasuklah (Hussien, 1993, p 21): berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat
23
sekolah; mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan pelajar, guru dan
staf sokongan sekolah; menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah.
Justeru, pengetua perlu berperanan memastikan segala tenaga dan usaha guru-guru dilaksanakan
dengan menggunakan sumber yang ada ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan.
2.3 Pengetua melaksanakan Pengurusan Sekolah
Pengetua haruslah mampu menterjemahkan dasar kerajaan, menerapkan pengurusan
organisasi berkesan, menjana visi dan misi sekolah, menggunakan maklumat dan pendekatan
terkini, memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat, melaksanakan perubahan dan
menjalankan penilaian dan penambahbaikan. Salah satu tugas besar dan kompleks bagi
pengurusan sekolah adalah mengurus perubahan. Keberkesanan pengurusan sekolah bergantung
kepada pengetuanya (Holtzman, 1992). Hanafi Kamal (1990), dalam menjelaskan perkara ini
menyatakan bahawa kepentingan pengetua dalam pentadbiran terutamanya dari aspek perubahan
adalah kerana sekolah dilihat sebagai organisasi yang sentiasa berubah. Setiap perubahan
yang berlaku memerlukan tindakan penyesuaian untuk penyelesaian masalah. Maka, di
sinilah letaknya peranan pengetua untuk melahirkan sekolah sebagai sebuah organisasi yang
dinamis serta berupaya menghadapi sebarang perubahan.
Selaku pengurus dan pentadbir, pengetua bertanggungjawab menentukan tujuan
organisasi, menetapkan dasar-dasar umum untuk perjalanan dan memberi tumpuan umum
terhadap keberkesanan organisasi secara keseluruhan untuk memenuhi objektif yang ditetapkan
(Boles, 1979). Sesebuah organisasi seperti sekolah mempunyai ahli pelbagai latar belakang yang
hendak dikawal, dibimbing serta dipimpin dengan teliti agar segala tingkah laku mereka dapat
diselaraskan. Selain itu, pada masa yang sama semangat dan kepuasan ahli-ahlinya terjamin.
Walaupun mempunyai banyak kekangan dalam menghadapi perubahan arus pendidikan, peranan
pengetua sebagai agen perubahan adalah sangat penting dan menonjol terutamanya peranan
untuk mengimplimentasikan inovasi dan perubahan dalam budaya sekolah. Southworth (2002),
merumuskan bahawa kepimpinan pengajaran adalah merupakan elemen yang paling penting
dalam memastikan sekolah menjadi cemerlang. Tiga aspek kepimpinan pengajaran yang secara
konsisten mempunyai pengaruh ke atas keberkesanan sekolah ialah menetapkan
24
matlamat sekolah, pengetua yang sentiasa dapat dilihat dan menggalakkan perkembangan
profesional di kalangan guru. Rumusannya, kajian-kajian mengenai perubahan banyak
melaporkan dapatan-dapatan yang menggambarkan pentingnya pengetua berperanan sebagai
pengurus dan agen perubahan mempunyai gaya kepimpinan berkesan bagi menjamin kejayaan
perubahan yang dilaksanakan. Perubahan juga didapati akan meminggirkan sistem tradisi
persekolahan untuk memberi nafas baru kepada impak teknologi dan komunikasi seiring dengan
perkembangan pelajar yang serba mudah dan cepat.
Begitu juga dengan kerenah birokrasi yang wujudnya banyak mencengkam sistem
persekolahan, akan lenyap kerana organisasi sekolah perlu cepat bertindak balas kepada
perubahan yang datang dari persekitarannya. Kajian mengenai pengurusan sekolah berkesan
rata-rata mendapati unsur peranan dan kepimpinan pengetua adalah faktor utama keberkesanan
sesebuah sekolah. Dengan adanya kepimpinan pendidikan yang cemerlang, pengetua dikatakan
akan dapat menguruskan kerja-kerja rutin sekolah dengan cekap serta berkesan dan seterusnya
berupaya untuk mewujudkan kerjasama di kalangan orang bawahannya. Bagaimanapun, untuk
menjadi pemimpin yang cekap, pengetua harus tahu menentukan prioriti dalam pengurusan dan
sedia memberi sokongan moral kepada guru dan murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
2.4 Pengetua Melaksanakan Pengurusan Penyeliaan
Kajian menunjukkan pengetua yang mengamalkan penyeliaan menyokong pembelajaran
dalam kalangan guru-guru. Pengetua yang memantau dengan tujuan membimbing dan memberi
input dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran guru di samping membantu penambahbaikan
program-program di sekolah. Apabila pemantauan dengan niat membantu dan bukan untuk
mencari kesalahan dan kesilapan guru, maka individu yang melakukan pemantauan akan sentiasa
berfikir dan mencari kaedah memperbaiki keadaan sedia adabagi memastikan tugasan dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Selain itu, peranan penting pengetua dalam penyeliaan adalah
memberi tunjuk ajar termasuk mengarahkan pelajar kepada sumber yang relevan, mencungkil
dan memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar, mengesan kekuatan dan kelemahan,
membetulkan kesalahan pelajar dengan serta-merta dan memberi penghargaan kepada hasil kerja
yang baik.
25
Menurut Downey (2003), pengetua yang membuat rondaan dan singgah ke kelas semasa
guru mengajar mampu membantu guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran. Pengetua sebagai
pemimpin instruksional semestinya melaksanakan pemantauan pengajaran & pembelajaran dan
ini merupakan satu teknik membantu guru memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan
pengendalian pengajaran & pembelajaran dalam kelas. Kajian Faridah et al. (2005) mendapati
penyeliaan pengetua meningkatkan prestasi pelajar. Kajian lepas mendapati sering kali pihak
pengurusan tidak melaksanakan pemantauan secara klinikal (Pajak 2000; Sergiovanni&Starratt
2001). Pemantauan secara klinikal mempunyai garis panduan dan instrumen tertentu. Kajian ini
mendapati pengetua telah merancang jadual pelaksanaan pencerapan, pengagihan tugas,
menyediakan panduan bagi proses pemantauan dan tatacara pelaksanaan merujuk kepada
standard SKPM.
Kajian ini menunjukkan pengetua telah merancang pencerapan pengajaran &
pembelajarandengan baik bersama pasukan pengurusan sekolah yang lain, namun pemantauan
bagi program dan aktiviti perlu dibaiki agar mendapat impak ketika proses penambahbaikan.
Kajian ini mendapati terdapat sekolah yang melaksanakan audit dalaman bagi membantu guru-
guru membuat penambahbaikan dalam melaksanakan tugas secara berkesan. Proses penyeliaan
dan pemantauan juga merupakan satu bentuk motivasi kepada guru-guru kerana mereka dapat
merasai kehadiran pengetua. Pemantauan atau pencerapan memastikan proses belajar berlaku
secara berterusan dan guru-guru cuba meningkatkan prestasi serta memaparkan yang terbaik.
Sebagai penyelia pengetua perlu berada di bahagian hadapan pengurusan dan bertanggungjawab
terhadap kumpulan pekerja (staf dan guru) dan juga untuk pengurusan lain di peringkat yang
lebih tinggi (Andair, 1992).
2.5 Kepimpinan Pengetua Sebagai Pengurus Kurikulum
Peranan pengetua dalam menggerakkan segala sumber untuk menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan muridnya bagi mencapai
kecemerlangan kurikulum sesebuah sekolah. Kesan kejayaan sering kali dikaitkan dengan
peningkatan pencapaian di dalam peperiksaan awam dan juga kemampuan pelajar menguasai
semua kemahiran yang sepatutnya dikuasai pelajar di dalam tempoh pembelajaran mereka.
Oleh yang demikian, peranan pengetua dalam menjadikan sekolahnya sebagai sekolah yang
26
cemerlang hendaklah memberi penekanan terhadap pengurusan dan perancangan pencapaian
pelajar dalam bidang akademik, menyusun dan menetapkan strategi pengajaran, menyedia dan
mengekalkan suasana kondusif di sekolah (iklim sekolah), kerap menilai pencapaian akademik
pelajar, menyelaras program pengajaran; dan membantu dan memberi semangat kepada para
guru.
Pengurusan pengajaran adalah segala tindakan yang diambil oleh pengetua atau yang
berupa agihan kuasa kepada guru bertujuan mempertingkatkan pembelajaran pelajar (Pevoise,
1984). Tugas dan tanggungjawab yang berat itu memerlukan pengetua arif tentang
perkembangan kurikulum di sekolah. Hussein Mahmood (1993) mengesahkan bidang yang
dikatakan sebagai peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin pengajaran. Dengan
menggunakan model Duke sebagai asas, Hussein Mahmood (1993) telah mengelompokkan
aktiviti pengetua sebagai pemimpin pengajaran kepada lapan bidang. Aktiviti tersebut ialah
menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, menetapkan matlamat sekolah dan
objektif program, merangka dan membentuk dasar dan prosedur sekolah, memberi sokongan
terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, mengawal mutu pengajaran, perkembangan
staf dan memberi kerjasama kepada pihak luar sekolah. Bagi Azmi Zakaria et al. (1995),
pemimpin pengajaran menjalankan tugas kepimpinan kurikulum dan bertanggungjawab ke atas
perkara yang dipelajari oleh murid, cara guru membantu pelajar belajar, alat bantuan sokongan
yang digunakan, gaya dan kaedah penilaian dan kemudahan pembelajaran yang disediakan. Ini
bermakna selaku pemimpin pengajaran, pengetua harus berperanan secara aktif dan berkesan
dalam perancangan pelbagai perkara yang berkaitan pembelajaran di bilik darjah, penyeliaan
kaedah dan cara guru mengajar, penyediaan bahan pengajaran, pelaksanaan program
pembangunan staf untuk meningkatkan profesionalisme guru, serta pembinaan mekanisme
penilaian terhadap kemajuan pelajar.
2.6 Pengetua Melaksanakan Pengurusan Mesyuarat
Mesyuarat adalah salah satu daripada aktiviti yang sangat penting bagi mencari idea,
jalan, langkah, persetujuan serta mengambil keputusan bersama bagi mencapai matlamat
organisasi. Mesyuarat yang berkesan akan membawa kebaikan di samping membuka jalan yang
27
luas untuk melaksanakan tugas oleh semua anggota organisasi. Perancangan dan persediaan yang
rapi dan teratur adalah penting untuk memaksimakan keberkesanan mesyuarat. Ini adalah kerana
sebahagian besar dari tugasan badan-badan kerajaan dilaksanakan hasil dari keputusan atau input
mesyuarat. Oleh itu, adalah penting sesi mesyuarat perlu bermakna, efektif dan produktif.
Mereka yang menganggotai mesyuarat adalah kalangan yang sibuk di mana mereka lebih
sanggup untuk melibatkan diri jika mereka maklum masa dan tenaga mereka akan dimanfaatkan
dengan baik dan sistematik. Pada hari ini, tugas guru semakin mencabar dan menguji kekuatan
psikologi dan mental mereka. Beban tugas yang bertambah dan struktur organisasi yang lebih
kompleks menyebabkan wujudnya birokrasi dan ‟red tape‟ yang bertindih dan bersimpang siur.
Pelbagai jawatankuasa diwujudkan di sekolah bagi memenuhi sama ada kehendak
Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian ,Jabatan , pejabat pelajaran atau pengetua yang antara
lain sama ada untuk merealisasikan misi mereka yang berlainan antara satu sama lain atau bagi
tujuan memelihara reputasi atau kenaikan pangkat. Apabila banyak jawatankuasa ditubuhkan,
maka aktiviti mesyuarat juga akan bertambah. Mesyuarat guru lazimnya diakhiri dengan kaedah
penyelesaian yang sama dan berbentuk subjektif seperti mengenai kurikulum adalah
perbincangan mengenai sesuatu yang subjektif dan bukan objektif. Contohnya bagaimana
hendak meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek-subjek yang tertentu. Kenapa seseorang
pelajar itu lemah dalam subjek tertentu dan bukan subjek yang lain. Persoalan-persoalan seperti
ini tidak mungkin ada jawapan yang objektif dan autentik. Hatta Menteri Pelajaran dan ibu bapa
pelajar itu sendiri tidak mungkin boleh memberi jawapan yang benar. Terdapat di kalangan
Pengetua yang mengkritik guru kerana tidak dapat menyediakan jawapan bagi soalan-soalan
yang tidak ada kesudahan jawapannya.
Siapakah yang bertanggungjawab mengendalikan mesyuarat? Lazimnya Ketua Jabatan
adalah individu yang bertanggungjawab mengendali, merancang dan menguruskan mesyuarat.
Walau bagaimanapun, sebagaimana adatnya, Ketua jabatan akan mengarahkan tugas-tugas
perkeranian dan persediaan untuk mesyuarat kepada orang bawahannya. Ketua Jabatan hanya
menerima hasil kerja dan seterusnya mengetuai sesi mesyuarat. Bity Salwana, Ahmad Basri,
Ramlee Mustapha dan Mohammed Sani (2009) juga mendapati kebanyakan pengetua mengakui
memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan program-program sekolah dengan menghadirkan
diri dalam mesyuarat program atau mesyuarat panitia serta memperlihatkan sikap mengambil
berat terhadap program yang dibincangkan.
28
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Kajian yang akan dilakukan ini bertujuan untuk memperolehi seberapa banyak maklumat
mengenai persepsi guru-guru terhadap peranan pengetua terhadap pengurusan pentadbiran
sekolah di sekolah menengah di tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru. Bab ini akan
membincangkan mengenai rekabentuk kajian, lokasi, populasi dan sampel, instrumen, kajian
rintis dan analisis data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang bersifat deskriptif dan dijalankan menggunakan
pendekatan tinjauan. Pendekatan tinjauan dipilih kerana keputusan yang diperoleh mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang agak tinggi di mana pola perlakuan masyarakat sukar
berubah dengan mendadak (Mohd Najib, 2003). Pemboleh ubah yang diukur adalah pengetua
sebagai pengurus pentadbiran di sekolah. Soal selidik digunakan untuk melihat persepsi guru
yang menyandang jawatan penyelaras pentadbiran iaitu guru penolong kanan dan guru-guru
terhadap pengetua sebagai pengurus pentadbir di sekolah. Penggunaan soal selidik di pilih
kerana soal selidik ialah alat atau instrumen yang digunakan untuk mengukur tingkah laku
responden (Mohd Najib, 2003). Aspek pengurusan pengetua dilihat dari segi peranannya sebagai
perancang, pengelola, pemimpin, dan pengawal.
29
3.3 Sample Kajian
Kajian ini melibatkan guru-guru dari tiga buah sekolah menengah di sekitar daerah Johor
Bahru. Sampel kajian dipilih secara rawak iaitu seramai 30 orang. Menurut Mohamad Najib
(1999), sekurang-kurangnya 30 orang sampel diperlukan bagi membolehkan kajian
dilaksanakan.
3.4 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Alat instrumen kajian yang bersesuaian ialah
borang soal selidik. Instrumen borang soal selidik digunakan untuk mengutip data dan akan
dianalisis berdasarkan data-data yang diperolehi daripada soalan-soalan yang dikemukan
menggunakan SPSS. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A
terdiri daripada soalan-soalan berbentuk demografi iaitu latar belakang guru-guru yang
menjawab soalan soal selidik dan bahagian B berkaitan dengan peranan pengetua menguruskan
sekolah seperti pengurusan mesyuarat, pengurusan kurikulum dan pengurusan penyeliaan. Soal
selidik dari kajian ini hanya memfokuskan kepada tiga jenis pengurusan sahaja. Menurut Bailey
(1992), soal selidik jawapan yang dipilih digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini ialah
kerana ianya dapat mengukur konsep tertentu dan responden boleh menjawab soalan dengan
tepat. Ianya juga dipilih berdasarkan kesesuaian kepada:
i) Maklumat kajian
ii) Item soalan dengan matlamat kajian
iii) Item soalan dengan setiap responden
30
3.5 Kandungan Soal Selidik
Soal selidik jenis tujuan melibatkan suatu siri aktiviti secara berturutan. Soal selidik yang
baik berupaya melihat perkara-perkara yang kecil. Ini secara langsung mengarah kepada
pembinaan item yang baik dan responden dapat memahami maksud setiap item yang dibina dan
melengkapkan soal selidik dengan mudah. Instrumen yang digunakan dalam soal selidik ini
mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B dan pengkaji telah menyediakan
sebanyak 29 item yang meninjau. Pecahan bahagian adalah seperti di bawah:
3.5.1 Bahagian A:
Bahagian ini mengandungi empat soalan mengenai maklumat diri dan latar belakang
yang berkaitan dengan responden. Manakala lima soalan lagi adalah mengenai pengalaman
mengajar, dah taraf pendidikan responden yang akan di jawab oleh guru-guru tersebut. Kesemua
soalan dalam bahagian ini ada sembilan item soalan. (Rujuk Lampiran A)
3.5.2 Bahagian B:
Bahagian B ini terdiri daripada 20 item soalan yang dipecahkan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama item soalan berdasarkan pengurusan kurikulum yang mengandungi lapan item
soalan yang ingin dikaji, bahagian kedua item soalan mengenai pengurusan mesyuarat dan
bahagian terakhir item soalan berdasarkan pengurusan penyeliaan. Kedua-dua bahagian ini
mengandungi enam item soalan untuk diuji. (Rujuk Lampiran B)
31
Item-item soalan ini menggunakan skala 5-mata seperti berikut :
1- Sangat tidak setuju
2- Tidak setuju
3- Setuju
4- Sangat setuju
5- Teramat setuju
3.6 Prosedur mengumpul data kajian
Dalam kajian ini, borang soal selidik diserahkan kepada ketiga-tiga sekolah yang terlibat.
Sampel dipilih secara rawak mudah bagi setiap sekolah. Responden diberi masa untuk menjawab
soal selidik yang diberi. Seterusnya data yang dikumpul dikutip dan akan dianalisis.
3.7 Analisis data
Data-data yang diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan akan dianalisis
menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0. Berdasarkan data yang
diambil ianya akan diproses menggunakan deskriptif statistik untuk mencari nilai min dan nilai
sisihan piawai. Skor akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk Statistik Perihalan
(Descriptive). Menurut Alias (1997), Statistik Descriptive dapat membuat kesimpulan berkaitan
sifat kumpulan seperti min yang menunjukkan purata dan sisihan piawai yang dapat
32
menunjukkan variasi data. Selain daripada itu, persetujuan terhadap soalan berbentuk Likert
diringkaskan kepada tiga tahap persetujuan iaitu seperti yang ditunjuk di bawah:
Min Skor Tahap Persetujuan
1.00-3.00 Rendah
3.00-4.00 Sederhana
4.00-5.00 Tinggi
Sumber: Jawatankuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM (1999/2000)
Jadual 3.1 Min skor untuk tahap persetujuan
Skor yang tinggi menunjukkan magnitud yang besar, manakala skor yang rendah
menunjukkan magnitud yang kecil. Penganalisisaan data juga dijalankan menggunakan min
jumlah skor setiap varians dan juga min skor item dalam varians tersebut.
3.8 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, data yang diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada
responden diproses mengikut item yang dikenalpasti. Min yang diperoleh bagi setiap item
dianalisis untuk mengkaji pelaksanaan peranan pengetua mengenai pengurusan sekolah.
33
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan soal selidik yang diberikan
oleh reponden-responden . kajian ini telah dianalisis menggunakan sistem Statistical Package
for Social Science (SPSS). Semua keputusan yang diperolehi dibentang dalam bentuk jadual.
Hasil dapatan kajian yang dikemukan adalah untuk menghurai jawapan kepada persoalan kajian
iaitu peranan pengetua terhadap pengurusan sekolah. Untuk menjawab persoalan kajian,pengkaji
menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab soalan kajian.
4.1 Analisis Latar Belakang Responden
Bahagian ini membentangkan latar belakang responden berdasarkan taburan responden
mengikut jantina, umur dan bangsa.Daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Johor
Bahru, responden terdiri daripada 30 orang. Jadual 4.1 menunjukkan bilangan dan peratusan
responden mengikut jantina. Seramai tujuh orang responden lelaki (23.3%) manakala responden
perempuan seramai 23 (76.7%). Manakala peratusan mengikut bangsa, responden Melayu 70%
iaitu seramai 21 orang, guru india16.7%% seramai lima orang dan cina seramai empat orang,
13.3% berada di Jadual 4.2. Dapatan umur reponden ialah di Jadual 4.3 di mana responden
berusia antara 21 sehingga 50tahun ke atas dengan hampir separuh responden berusia antara 21
sehingga 30 tahun. Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden mengikut jawatan. Responden
yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan (GPK) kurikulum, GPK Hal Ehwal Pelajar (HEM),
34
GPK kokurilum, ketua panitia dan guru penolong biasa. Jadual 4.4 menunjukkan bilangan dan
peratus responden mengikut jawatan guru di sekolah.
4.1.1 Taburan responden mengikut bangsa
Bil. Jantina bilangan Peratusan
1. Lelaki 7 23.3%
2. Perempuan 23 76.7%
N = 30 100%
Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina
4.1.2 Taburan responden mengikut bangsa
Bil. Bangsa bilangan Peratusan
1. Melayu 21 70.0%
2. India 5 16.7%
3. Cina 4 13.3%
N = 30 100%
Jadual 4.2 Taburan responden mengikut bangsa
4.1.3 Taburan responden mengikut umur
Bil. Umur Bilangan Peratusan
1. 21-30 tahun 13 43.3%
2. 31-40tahun 8 26.7%
3. 41-50 tahun 6 20.0%
4. 50 tahun keatas 3 10.0%
N = 30 100%
Jadual 4.3 Taburan responden mengikut umur
35
4.1.4 Taburan responden mengikut jawatan
Bil. Jawatan Bilangan Peratusan
1. GPK Kurikulum 1 3.3%
2. GPK HEM 2 6.7%
3. GPK Korikulum 1 3.3%
4. Ketua Panitia 11 36.7%
5. Guru penolong biasa 15 50.0%
N = 30 100%
Jadual 4.4 Taburan responden mengikut jawatan
4.2 Pengurusan Kurikulum
Merujuk Jadual 4.5, Jadual 4.6 dan Jadual 4.7 adalah analisis setiap item soalan
berkaitan pengurusan kurikulum, pengurusan mesyuarat dan pengurusan penyeliaan yang
terdapat bilangan responden memilih jawapan setiap item, peratusan data telah dipilih oleh
responden dan min bagi setiap item. Ketiga-tiga bahagian item soalan berada dalam tahap yang
sederhana.
Jadual 4.5 di atas menunjukkan item soalan berdasarkan peranan pengetua dalam
pengurusan mesyuarat. Jumlah min yang tertinggi ialah 4.13 berada di tahap sangat tinggi di
mana lebih separuh responden yang bersetuju dan sangat setuju bahawa pengetua sekolah
mereka telah merancang program tahunan sekolah sebelum sesi awal tahun persekolahan
bermula. Ini kerana program tahunan sepanjang tahun wajib dirancang bagi memastikan
kelancaran aktiviti sekolah. Setiap program dan aktiviti sekolah perlu dibukukan untuk menjadi
rujukan pengetua, guru pentadbir dan guru-guru untuk dijadikan sebagai rujukan. Untuk item
nombor enam hampir separuh responden sangat setuju bahawa pengetua mengingatkan guru
untuk menghantar buku latihan pelajar untuk di semak. Hasil data analisis dari responden ini
menunjukkan pengetua-pengetua di daerah Johor Bahru juga menjalankan tugas dan peranan
untuk menyemak buku latihan pelajar dengan baik.
36
No Item 1 2 3 4 5 Min Sisihan
piawai
1. Pengetua sekolah telah
merancang program tahunan
sekolah sebelum sesi awal tahun
persekolahan bermula.
- - 4
(12.9)
18
(58.1)
8
(25.8)
4.13
Tinggi
0.63
2. Pengetua sekolah telah menyelia
aktiviti setiap panitia sebulan
sekali
1
(3.2)
5
(16.1)
13
(41.9)
11
(35.5)
- 3.13
Sederhana
0.82
3. Pengetua sekolah melakukan
mesyuarat panitia sekurang-
kurangnya 3 kali setahun
2
(6.5)
9
(29.0)
16
(51.6)
3
(9.7)
- 2.67
Rendah
0.76
4. Pengetua sekolah menyelia
proses pengajaran dan
pembelajaran guru sekurang-
kurangnya 2kali setahun
3
(10.0)
4
(13.3)
10
(33.3)
10
(33.3)
3
(10.0)
3.20
Sederhana
1.13
5. Pengetua sekolah menyemak
buku rancangan harian guru
setiap hujung minggu
- - 1
(3.2)
13
(41.9)
16
(51.6)
4.50
Tinggi
0.57
6. Pengetua mengingatkan guru
untuk menanda buku latihan
pelajar
- 3
(9.7)
7
(22.7)
16
(51.6)
4
(12.9)
3.70
Sederhana
0.84
7. Pengetua mengingatkan guru
untuk menghantar buku latihan
pelajar untuk disemak oleh
pengetua
- 1
(3.3)
7
(23.3)
16
(53.3)
6
(20.0)
3.90
Sederhana
0.76
8. Pengetua sekolah melakukan
penyemakan buku latihan murid
yang dihantar oleh guru
- 2
(6.5)
13
(41.9)
13
(41.9)
2
(6.5)
3.50
Sederhana
0.73
Jumlah min = 3.59 *Petunjuk : 1=Sangat Tidak Setuju; 2=Tidak Setuju; 3=Setuju; 4=Sangat Setuju; 5=Teramat Setuju
Jadual 4.5 : Pengurusan kurikulum
4.3 Pengurusan Mesyuarat
Jadual 4.6 menunjukkan item soalan untuk menguji peranan pengetua dalam mengurus
mesyuarat. Jumlah min dari kesemua item soalan ini menunjukkan tahap sederhana dengan nilai
37
tertinggi 3.46. Hanya satu item soalan sahaja mempunyai responden yang sangat tidak setuju
dalam pengurusan mesyuarat iaitu seramai empat orang responden sangat tidak bersetuju
pengetua sekolah memberi peluang kepada guru-guru untuk memberi pendapat dan pandangan
berkaitan dengan agenda mesyuarat. Nilai min yang tinggi ialah 4.27 iaitu item soalan nombor
sembilan, responden bersetuju dan sangat bersetuju pengetua sekolah mengadakan mesyuarat
sekurang-kurangnya sekali seminggu. Perjumpaan yang kerap diadakan sangat bagus kerana
pengetua dan guru-guru boleh membincangkan masalah yang timbul di sekolah bagi memastikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, program atau aktiviti yang di adakan setiap minggu
berjalan dengan sistematik.
No Item 1 2 3 4 5 Min Sisihan
piawai
9. Pengetua sekolah mengadakan
mesyuarat sekurang-kurangnya
sekali seminggu
- - 4
(13.3)
14
(46.7)
12
(40.0)
4.27
Tinggi
0.69
10. Pengetua sekolah mengambil
masa yang sedikit untuk
menyelesaikan masalah.
- 5
(16.7)
14
(46.7)
11
(36.7)
- 3.20
Sederhana
0.71
11. Pengetua sekolah memberi input
yang berkaitan dengan mesyuarat
- 2
(6.7)
11
(36.7)
17
(56.7)
- 3.50
Sederhana
0.63
12. Pengetua sekolah memberi
peluang kepada guru-guru untuk
memberi pendapat dan pandangan
berkaitan dengan agenda
mesyuarat
4
(13.3)
2
(6.7)
8
(26.7)
13
(43.3)
3
(10.0)
3.30
Sederhana
1.18
13. Pengetua sekolah menjalankan
tanggungjawab sebagai pengerusi
mesyuarat dengan baik.
- 1
(3.3)
7
(23.3)
16
(53.3)
6
(20.0)
3.13
Sederhana
0.90
14. Pengetua sekolah boleh membuat
keputusan setiap kali mesyuarat
berakhir.
- 4
(13.3)
15
(50.0)
11
(36.7)
- 3.23
Sederhana
0.68
Jumlah min = 3.46 *Petunjuk : 1=Sangat Tidak Setuju; 2=Tidak Setuju; 3=Setuju; 4=Sangat Setuju; 5=Teramat Setuju
Jadual 4.6 Pengurusan mesyuarat
38
4.4 Pengurusan Penyeliaan
No Item 1 2 3 4 5 Min Sisihan
piawai
15. Pengetua sekolah akan
memaklumkan dahulu kepada guru
untuk diselia.
- 3
(10.0)
11
(36.7)
16
(53.3)
- 3.43
Sederhana
0.68
16. Pengetua sekolah menjadikan
penyeliaan sebagai satu
perkembangan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
- 8
(26.7)
12
(40.0)
8
(26.7)
2
(6.7)
3.13
Sederhana
0.49
17. Pengetua sekolah memberi komen
yang memberangsangkan dan
motivasi kepada penyeliaan guru
- 1
(3.3)
8
(26.7)
15
(50.0)
6
(20.0)
3.87
Sederhana
0.73
18. Pengetua sekolah ada membuat
perbincangan setelah tamat proses
pengajaran dan pembelajaran guru
berkaitan dengan penyeliaan yang
telah dilakukan.
- 9
(30.0)
14
(46.7)
7
(23.3)
- 2.93
Rendah
0.74
19. Pengetua sekolah dan guru
membuat perbincangan susulan
berkaitan penyeliaan yang
dijalankan.
4
(13.3)
9
(30.0)
12
(40.0)
5
(16.7)
- 2.60
Rendah
0.93
20. Guru merasa penyeliaan yang
dilakukan baik dan perlu
diteruskan
- 2
(6.7)
17
(56.7)
8
(26.7)
3
(10.0)
3.40
Sederhana
0.77
Jumlah min = 3.23
*Petunjuk : 1 =Sangat Tidak Setuju; 2=Tidak Setuju; 3=Setuju; 4=Sangat Setuju; 5=Teramat Setuju
Jadual 4.7 Pengurusan penyeliaan
39
Analisis data untuk item pengurusan penyeliaan agak tidak memuaskan kerana terdapat
dua item soalan mendapat min yang rendah dan tidak ada satu item mendapat nilai min yang
tinggi. Dapatan analisis menunjukkan bahawa item soalan nombor 19 iaitu soalan berkaitan
dengan pengetua sekolah dan guru membuat perbincangan susulan berkaitan penyeliaan yang
dijalankan. Tidak ada seorang responden yang teramat setuju dengan item soalan ini dan empat
orang responden menyatakan sangat tidak setuju. Sememangnya tugas pengetua yang perlu
untuk mengurus, pentadbir dan memimpin ke semua perkara di sekolah menyebabkan kekangan
masa menyebabkan pengetua tiada membuat perbincangan susulan secara formal kepada guru.
Penyataan item ini juga mendapat nilai min yang rendah iaitu 2.60 dengan sisihan piawai 0.93
Item soalan nombor 18 juga mendapat nilai min yang rendah iaitu 2.93 iaitu pengetua
sekolah ada membuat perbincangan setelah tamat proses pengajaran dan pembelajaran guru
berkaitan dengan penyeliaan yang telah dilakukan. Lazimnya pengetua atau guru besar sering
terlepas pandang mengenai perkara ini. Perbincangan atau bertukar-tukar pendapat selepas sesi
penyeliaan bersama guru amat penting. Pada masa inilah, pengetua perlu mengambil tahu
bahawa kerja sebagai seorang apabila diselia juga perlu untuk di lakukan di sekolah.
4.5 Pelaksanaan peranan pengetua dalam pengurusan sekolah.
Secara keseluruhannya, proses analisis data yang dijalankan memberi dapatan yang jelas
mengenai aspek-aspek yang dikaji oleh pengkaji. Dapatan daripada hasil analisis, keputusan
responden bersetuju dengan pengetua menjalankan peranannya dalam mengurus kurikulum,
mesyuarat dan pengurusan penyeliaan dengan baik. Bahagian ini digunakan untuk mengesahkan
objektif kajian ke dua iaitu pelaksanaan peranan pengetua dalam mengurus sekolah. Daripada
ketiga-tiga bahagian pengurusan iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan mesyuarat dan
pengurusan penyeliaan, di dapati pengurusan kurikulum mempunyai nilai min yang tinggi iaitu
3.56 diikuti pengurusan mesyuarat sebanyak 3.49 dan pengurusan penyeliaan mendapat nilai
min 3.23. Jadual 4.4 di bawah menunjukkan nilai min keseluruhan pengurusan sekolah. Walau
40
bagaimanapun, hanya sedikit sahaja perbezaan min antara setiap jenis pengurusan sekolah yang
di amalkan oleh pengetua.
Jadual 4.8 : Nilai min pengurusan sekolah
Pengurusan Sekolah Nilai Min Tahap
Pengurusan Kurikulum 3.56 Sederhana
Pengurusan Mesyuarat 3.49 Sederhana
Pengurusan Penyeliaan 3.23 Sederhana
Walaupun hasil kajian hanya menunjukkan nilai sederhana, dapatan dari responden ramai
yang bersetuju dan sangat bersetuju bahawa pengetua sekolah mereka menjalankan peranan
sebagai pengurus.
4.6 Penutup
Segala dapatan yang di perolehi daripada analisis ini akan dibuat ringkasan rumusan . Ini
bertujuan untuk mengenal pasti adakah dapatan yang diperolehi ini memenuhi atau tidak
memenuhi segala persolaan kajian yang dikemukan. Secara keseluruhannya, pengurusan sekolah
yang dipilih untuk dikaji iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan mesyuarat dan pengurusan
penyeliaan berada pada nilai min yang sederhana. Sekali gus keputusan ini menunjukkan bahawa
pengetua-pengetua di tiga buah sekolah menengah yang dipilih melaksanakan tugas dan peranan
dengan baik. Ini kerana pengetua sendiri tahu bahawa pengetua sebagai nadi penggerak utama di
sekolah (M.Al-Muz-Zammil, Noor Khaironisa‟, 2008). Jika salah satu peranan ini tidak
dilaksanakan dengan baik, keadaan sekolah tidak akan berjalan dengan lancar dan pasti
menimbulkan permasalahan.
41
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini, penyelidik mengemukakan rumusan secara keseluruhan bagi mengatasi masalah
kajian. Ia menyatakan aspek perbincangan, rumusan dan cadangan mengenai tajuk kajian.
Rumusan yang dibuat berdasarkan aspek persoalan yang dikaji terhadap peranan pengetua dalam
pengurusan sekolah. Skop perbincangan pula adalah berdasarkan daripada hasil dapatan kajian
yang telah dijalankan. Manakala cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik adalah
berdasarkan hasil perbincangan yang telah dibuat.
5.2 Ringkasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti peranan dan pelaksanaan
pengetua dalam menguruskan sekolah di tiga buah sekolah menengah di sekitar Johor Bahru.
Maklumat daripada responden diperolehi dengan mengedarkan borang soal selidik dan dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.
42
5.3 Perbincangan Kajian
Bahagian ini akan memuatkan perbincangan tentang hasil dapatan kajian dalam bab
analisis data. Perbincangan ini merupakan perbincangan keseluruhan kaji selidik yang menjawab
persoalan kajian seperti berikut:
i. Kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti peranan pengetua dalam
pengurusan kurikulum, pengurusan mesyuarat dan pengurusan penyeliaan.
Pengurusan kurikulum mengandungi lapan item soalan berkaitan dengan
perancangan program dan aktiviti sekolah, melakukan penyemakan buku
rancangan pengajaran harian guru dan penyemakan buku latihan pelajar-
pelajar.
ii. Pengurusan sekolah kedua yang dikaji berkaitan dengan pengurusan
mesyuarat. Seperti yang diketahui, mesyuarat adalah sangat penting. Pada
setiap perjumpaan mesyuarat inilah pengetua, guru-guru penolong kanan,
ketua panitia dan semua guru-guru berkumpul untuk berbincang masalah,
bertukar pendapat dan idea berkaitan dengan urusan persekolahan dan
pelajar-pelajar-pelajar. Item yang dikaji berkaitan dengan kekerapan
pengetua mengadakan mesyuarat, masa dan input yang diberi serta keputusan
yang diperolehi atau tidak di akhir mesyuarat. Item-item soalan sebanyak
enam soalan ini menunjukkan peranan yang dijalankan oleh pengetua
berkesan atau tidak berdasarkan keputusan responden.
iii. Item terakhir yang dikaji ialah pengurusan penyeliaan. Tugas pengetua juga
termasuklah mentadbir dan menyelia. Item yang diberi berkaitan dengan
kekerapan pengetua menjalankan penyeliaan kepada guru-guru sekolah dan
hasil penyeliaan yang dijalankan. Item soalan di bahagian mengandungi
enam item soalan.
iv. Hasil dapatan data daripada responden akan menunjukkan sama ada
pengetua-pengetua sekolah ini menjalankan peranan sebagai pengurusan
dengan baik atau sebaliknya.
43
5.4 Rumusan
Peranan pengetua dalam menguruskan sekolah merupakan isu yang dikaji dalam kajian
ini. Kajian berbentuk deskriptif ini mengedarkan borang soal selidik sebagai instrumen kajian
kepada responden. Hasil dapatan analisis mendapati kesemua pengurusan kurikulum, pengurusan
mesyuarat dan pengurusan penyeliaan mendapat nilai min pada tahap sederhana dan perbezaan
antara setiap pengurusan tidak banyak. Pengurusan kurikulum mendapat nilai min 3.56,
manakala nilai min bagi pengurusan mesyuarat ialah 3.49 dan pengurusan penyeliaan mendapat
3.23. Untuk bahagian pengurusan kurikulum, daripada analisis setiap item untuk lapan soalan,
enam orang responden sangat tidak bersetuju dengan hanya tiga item dan tidak setuju. Seramai
11 orang responden menyatakan pengetua tidak membuat mesyuarat panitia sekurang-kurangnya
tiga kali setahun.
Bahagian pengurusan sekolah pula mencatatkan nilai min yang tinggi 4.27 untuk item
nombor sembilan iaitu pengetua sekolah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali
seminggu. Hanya empat orang responden sangat tidak bersetuju di mana pengetua tidak
memberikan peluang untuk guru memberi pendapat dan pandangan dalam mesyuarat. Bahagian
pengurusan penyeliaan pula, terdapat dua item soalan iaitu item bernombor 18 dan 19 mendapat
nilai min yang sangat rendah iaitu 2.93 dan 2.60 iaitu pengetua sekolah ada membuat
perbincangan setelah tamat proses pengajaran dan pembelajaran guru berkaitan dengan
penyeliaan yang telah dilakukan dan item bernombor 19 ialah pengetua sekolah membuat
perbincangan susulan berkaitan penyeliaan yang dilakukan kepada guru. Pengetua yang
mengalami kekangan masa perlu mengadakan sesi perbincangan untuk mengetahui masalah dan
cara penyelesaian jika ada permasalahan berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran
atau memberi pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan kepada guru-guru.
Dapatan data daripada soal selidik yang dijawab oleh responden memberi respon yang
positif terhadap peranan pengetua terhadap pengurusan sekolah yang dikaji. Walaupun
kebanyakan item soalan hanya mencapai min rendah, tetapi kebanyakan responden memberi
pendapat bahawa mereka setuju dan sangat setuju dengan kenyataan item-item yang diberi. Ini
44
menunjukkan pengetua dari ketiga-tiga sekolah ini memainkan peranan sebagai seorang
pengetua menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus dengan baik.
5.5 Cadangan
Berdasarkan keputusan hasil kajian, beberapa cadangan penambahbaikan disenaraikan
untuk panduan kajian akan datang. Antaranya pengkaji boleh menyambung kajian pengurusan-
pengurusan sekolah yang lain seperi pengurusan kokurikulum, pengurusan kewangan, pengursan
staf, dan sebagainya untuk menguji peranan pengetua dengan lebih teliti. Selain itu, elemen-
elemen lain boleh ditambah menjadi item soalan soal selidik untuk menguji keberkesanan
pengetua dalam menguruskan sekolah dengan baik.
Menurut Nor Foniza dan MohdIzham (2011) pengetua perlu memainkan peranan penting
bagi memastikan kalangan guru-guru merealisasikan sekolah sebagai satu organisasi
pembelajaran murid yang berkesan dan melahirkan individu dan persekitaran yang kondusif.
Pemimpin yang bersikap terbuka, boleh menerima pandangan dan percayakan pekerjanya
merupakan sesuatu yang diingini oleh pekerja. Pengurusan kerja di sekolah berkaitan guru-guru,
pelajar dan staf-staf sekolah perlu dititik beratkan supaya boleh bekerjasama meningkatkan tahap
kecemerlangan sekolah menerusi pengurusan sekolah yang cekap.
Perkembangan dunia pendidikan dalam arus permodenan mengejar perubahan teknologi
maklumat, peranan pengetua semakin mencabar (Zailah, Juhana, 2007). Pengetua menggalas
tanggungjawab yang sangat besar bukan sahaja dalam mengurus sekolah malah mentadbir dan
memimpin guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah bagi memastikan tahap pencapaian
sekolah berada dalam tahap cemerlang. Oleh itu, pengetua harus bijak membahagi masa untuk
menguruskan sekolah dengan efektif dan sistematik.
45
RUJUKAN
Ahmad Sarji. (1996). Perkhidmatan Awam Malaysia Bertaraf Dunia. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Berhad.
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah² & Muhammad
Sukri Saud (2011). Pendidikan, Kurikulum dan Masyarakat : Satu Integrasi. Journal of
Edupures (pages 350-356).
Azmi Zakaria, Wan Fatimah dan Quek Bong Cheang. (1995). Indikator kepimpinan cemerlang:
Satu analisis pengurusan pendidikan. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Pahang: Institut
Aminudin Baki. ms. 14-30.
Bruce, R. E., & Grimsley, E. E. (1987). Readings in educational supervision (Vol. 2).
Association for Supervision and Curriculum.
Duke. D. L. (1992). School Leadership and Instructional Improvement. New York: Random
House.
Gerald Ngugi Kimani (2006). Educational Management. African Virtual University, Africa.
Glickman, C. D., Gordon, S. P., & Ross-Gordon, J. M. (1998). Supervision of Instruction: A
Developmental Approach. Boston: Allyn and Bacon.
Faridah Abu Hassan, NaimahIshak, HamidahYusof&Habibah Abdul Rahim. (2005). Kemiskinan
dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu ke Arah Kecemerlangan Pendidikan
Akademik. Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Jld 7:25-56.
Hasan Langgulung (2003). Asas – Asas Pendidikan Islam. Edisi Kelima. Jakarta: Pustaka Al
Husna Baru
Hussein Mahmood. 1993. Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
46
Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan Sekolah: Teori untuk Praktis. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Jaafar bin Khamis, (2007). Tahap Pengupayaan Terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
di Sekolah-sekolah Menengah daerah Muar. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia.
John Green, David Langley (2003). Professionalising Research Managemnet. University of
Bristol, London
M.Al-Muz-Zammil Bin Yasin, Noor Khaironisa‟ Binti Sarjuni (2008). Persepsi Guru Terhadap
Gaya Kepimpinan Pengetua Di Dua Buah Sekolah Menengah Di Daerah Kluang,Johor.
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Anuar Abdul Rahman, Nor Azah Azman (2011). Peranan Pengetua Sebagai Pengurus
Kokurikulum di Sekolah Menengah Daerah Mersing. UTM, Johor.
Nor FonizaMaidin, MohdIzhamMohd Hamzah (2011). Pengetua Pemacu Organisasi
Pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Sergiovanni, T.J. &Starrat, R. 2001. Supervision: A redefintion. New York, NY: McGrawHill
Companies, Inc.
Shahril @ Chairil Marzuki. 2001. Ciri-ciri kepimpinan pengetua/guru besar yang dapat
menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21 ini. Jurnal Institut Pengetua Universiti
Malaya 1(1): 7-17.
Shahril Marzuki. 2000. Pendidikan di Malaysia: isu masa kini. Kertas kerja Seminar Pendidikan.
Universiti Malaya, 15 April.
Wilson B. L. dan T. Concoran. (1988). Successful Secondary Schools: Visions of Excellence in
American Public Education. London: The Falmer Press.
Zailah, Juhana (2007) Hubung Kait Kesibukan Pengetua Dengan Tahap Kepimpinan Pengajaran
Yang Diamalkan Di Sek. Men. Di Zon Bandar Muar. Universiti Teknologi Malaysia.
47
LAMPIRAN
LAMPIRAN A
SOAL SELIDIK BERKENAAN PERANAN PENGETUA
TERHADAP PENGURUSAN SEKOLAH
SOAL SELIDIK LATAR BELAKANG RESPONDEN
Anda dikehendaki menandakan (X) di dalam petak yang disediakan atau mengisi tempat kosong
dengan ikhlas dan jujur. Segala maklumat tuan/puan adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk
penyelidikan sahaja. Kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
1 JANTINA
Lelaki
Perempuan
2 BANGSA
Melayu
India
Cina
Lain-lain(Nyatakan)
3 UMUR : 21-30 tahun
31-40 tahun
40-50 tahun
50 tahun ke atas
4 TARAF PERKAHWINAN
Berkahwin Bujang
48
5 JAWATAN YANG DISANDANG
GPK Kurikulum
GPK Kokurikulum
GPK HEM
Ketua Panitia
Guru Penolong Biasa
6 TEMPOH BERKHIDMAT DI SEKOLAH INI :
Tahun
7 PENGALAMAN MENGAJAR :
tahun
8 KELAYAKAN AKADEMIK TERTINGGI
SPM/ MCE
Ijazah Sarjana Muda
STPM/HSC
Ijazah Sarjana
Diploma
9 KELAYAKAN IKHTISAS
Sijil Perguruan
Diploma Perguruan Malaysia
Diploma Pendidikan (Lepasan Ijazah)
Ijazah Pendidikan
49
LAMPIRAN B
BAHAGIAN B
SOAL SELIDIK PERANAN PENGETUA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH
Sila baca dengan teliti dan BULATKAN jawapan tuan/puan
mengikut skala Likert berikut:
5 Teramat setuju
4 Sangat setuju
3 Setuju
2 Tidak setuju
1 Sangat Tidak Setuju
ITEM KEKERAPAN
PENGURUSAN KURIKULUM
1 Pengetua sekolah telah merancang program tahunan
sekolah sebelum sesi awal tahun persekolahan bermula. 1 2 3 4 5
2 Pengetua sekolah telah menyelia aktiviti setiap panitia
sebulan sekali 1 2 3 4 5
3 Pengetua sekolah melakukan mesyuarat panitia sekurang-
kurangnya 3 kali setahun 1 2 3 4 5
4 Pengetua sekolah menyelia proses pengajaran dan
pembelajaran guru sekurang-kurangnya 2 kali setahun 1 2 3 4 5
5 Pengetua sekolah menyemak buku rancangan harian guru
setiap hujung minggu 1 2 3 4 5
6 Pengetua mengingatkan guru untuk menanda buku latihan
pelajar 1 2 3 4 5
7 Pengetua mengingatkan guru untuk menghantar buku
latihan pelajar untuk disemak oleh pengetua 1 2 3 4 5
8 Pengetua sekolah melakukan penyemakan buku latihan 1 2 3 4 5
50
murid yang dihantar oleh guru
PENGURUSAN MESYUARAT
9
Pengetua sekolah melakukan mesyuarat sekurang-
kurangnya sekali seminggu 1 2 3 4 5
10 Pengetua sekolah mengambil masa yang sedikit untuk
menyelesaikan masalah. 1 2 3 4 5
11 Pengetua sekolah memberi input yang berkaitan dengan
mesyuarat 1 2 3 4 5
12
Pengetua sekolah memberi peluang kepada guru-guru
untuk memberi pendapat dan pandangan berkaitan dengan
agenda mesyuarat
1 2 3 4 5
13 Pengetua sekolah menjalankan tanggungjawab sebagai
pengerusi mesyuarat dengan baik. 1 2 3 4 5
14 Pengetua sekolah boleh membuat keputusan setiap kali
mesyuarat berakhir. 1 2 3 4 5
PENGURUSAN PENYELIAAN
15
Pengetua sekolah akan memaklumkan dahulu kepada guru
untuk diselia. 1 2 3 4 5
16
Pengetua sekolah menjadikan penyeliaan sebagai satu
perkembangan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
1 2 3 4 5
17 Pengetua sekolah memberi komen yang
memberangsangkan dan motivasi kepada penyeliaan guru 1 2 3 4 5
18
Pengetua sekolah ada membuat perbincangan setelah
tamat proses pengajaran dan pembelajaran guru berkaitan
dengan penyeliaan yang telah dilakukan.
1 2 3 4 5
19 Pengetua sekolah dan guru membuat perbincangan
susulan berkaitan penyeliaan yang dijalankan. 1 2 3 4 5
20 Guru merasa penyeliaan yang dilakukan baik dan perlu
diteruskan 1 2 3 4 5
51