CONTOH +KERTAS+KERJA+PROGRAM+INNOVASI+KOKURIKULUM
-
Upload
al-battar-al-dzulfiqar -
Category
Documents
-
view
246 -
download
5
description
Transcript of CONTOH +KERTAS+KERJA+PROGRAM+INNOVASI+KOKURIKULUM
1.0 PENGENALAN PROJEK
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM )
yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu
diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi Ini diharap dapat menyuntik
semangat murid-murid di SK Seri Mendapat untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka
cipta.
1.1 TAJUK
Projeki inovasi yang telah dipilih oleh kelab kami ialah bertajuk ‘bekas makanan 2in 1. Bekas
makanan ini telah dihasilkan dengan barangan terpakai kerana terdapat kekangan-kekangan
seperti kewangan, kebolehgunaan dan disamping ia mudah didapati yang seterusnya dapat
mengurangkan kos projek malah dapat menyahut seruan kerajaan negeri Melaka untuk
menghijaukan bumi dengan mengguna pakai sampah yang boleh dikitar semula.Projek ini dipilih
berdasarkan perbincangan yang melibatkan beberapa orang murid bersama guru penasihat, guru
penolong kanan kokurikulum.
1.2 LATAR BELAKANG
Bekas makanan haiwan merupakan suatu bekas makanan yang biasa dilihat di pasaraya ataupun
kedai haiwan peliharaan. Terhasilnya bekas makanan ini kerana disebabkan bekas makanan yang
sedia ada dipasaran adalah mahal dan tidak mempunyai dua fungsi untuk satu bekas. Bekas
makanan ini menggunapakai botol plastic yang dibuang. Maka secara tidak langsung hasil projek
ini dapat melestarikan alam dan merendahkan kos bahan pembuatannya.
1.3 OBJEKTIF
Antara objektifnya ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan
produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
2
4. Melahirkan para usahawan muda.
5. Melahirkan murid yang mencintai alam sekitar dengan mengguna pakai barang terbuang
bagi menghasilkan suatu hasil yang baharu
1.4 KOS PROJEK
BARANG HARGA
Pengikat RM 1.90
Spray RM 7.00
Hot glue RM 0.50
Jumlah RM 9.40
2.0 PERNYATAAN MASALAH
2.1 PERMASALAHAN
Bagi peminat dan pemelihara haiwan-haiwan peliharaan, bekas makanan haiwan merupakan
salah satu keperluan asas dalam memelihara haiwan peliharaan. Bekas makanan ini merupakan
satu keperluan kepada pemelihara kerana ia bagi mengelakkan kawasan lantai kotor kerana sisa-
sia makanan. Selain itu, bekas makanan dan minuman ini tidak automatic. Maka pemelihara
perlu kerap mengisi semula makanan haiwan dalam bekas. Ia lebih sukar apabila pemelihara
haiwan ini tidak ada di rumah untuk beberapa hari, maka haiwan peliharaan mereka tidak dapat
makanan dan minuman yang secukupnya. Selain itu pemilihara haiwan juga perlu menyediakan
bekas kedua untuk tujuan minuman haiwan. Berdasarkan masalah berikut, dapatlah disimpulkan
beberapa masalah yang dapat dikenal pasti iaitu :
1. Bekas makanan haiwan tidak automatik
2. Bekas minuman haiwan tidak automatic
3. Tiada dua fungsi dalam satu peralatan
4. Bekas makanan dan minuman sedia ada memerlukan kos yang tinggi
5. Bekas makanan dan minuman sedia ada tidak mesra alam
3
2.2 ANALISIS PERMASALAHAN
1. Bekas makanan haiwan tidak automatic
Pembela haiwan sering menggunakan makanan rumusan seperti frieskies bagi makan
kucing, campuran kekacang bagi hamster dan dedak bagi ayam. Makanan rumusan ini
akan sering diisi apabila makan telah habis. Dan ia akan menjadi satu masalah apabila
pembela haiwan perlu meninggalkan haiwan beberapa hari. Maka haiwan yang dibela
tersebut tidak dapat makanan secukupnya.
2. Bekas minuman haiwan tidak automatic
Air merupakan sumber minuman haiwan. Air minuman haiwan juga perlu diisi semula
apabila habis. Dan ia akan menjadi satu masalah apabila pembela haiwan perlu
meninggalkan haiwan beberapa hari. Maka haiwan yang dibela tersebut tidak dapat
minuman secukupnya.
3. Tiada dua fungsi dalam satu peralatan
Pembela haiwan perlu membeli dua bekas yang berasingan iaitu bekas makanan dan
bekas minuman. Tidak ada lagi peralatan yang pembela haiwan hanya perlu membeli satu
alatan tapi mempunyai kedua-dua fungsi.
4. Bekas makanan dan minuman sedia ada memerlukan kos yang tinggi
Bekas makanan dan minuman sedia ada diperbuat daripada kilang dan menggunakan
pelbagai bahan yang perlu dibeli dari pembekal. Maka ia secara tidak langsung
meningkatkan harga bekas tersebut.
5. Bekas makanan dan minuman sedia ada tidak mesra alam
Bekas makanan dan minuman yang disediakan di kilang sudah tentu mengguna pakai
bahan kimia, dan bahan bahan lain yang tidak mesra alam malah hasil daripada kilang ini
menjejaskan alam sekitar.
4
2.3 KAEDAH DAN TEKNIK PEMILIHAN MASALAH
Masalah ini dikenal pasti daripada pemerhatian di sekolah kerana sangkar arnab dan kucing di
sekolah tidak mempunyai konsep seperti yang dinyatakan pada pernyataan masalah. Selain itu
kami juga melakukan pencarian dari internet untuk mendapatkan maklumat dan idea.
2.4 RASIONAL PEMILIHAN PROJEK
1. Murid belum pernah menghasilkan inovasi daripada barangan terbuang dan terpakai
2. Murid belum pernah menghasilkan barangan inovasi mereka sendiri
3. Murid dapat menjadi lebih kreatif, berkemahiran dengan menganalisis masalah
4. Murid dapat menjadi lebih berdaya fikir dalam menyelesaikan masalah
2.5 PERNYATAAN MASALAH
Target : pembela haiwan, sekolah yang mempunyai haiwan peliharaan atau kesayangan
Object : bahan utama adalah bahan terbuang iaitu botol minyak masak,botol air dan bekas plastic
makanan
Place : sangkar,reban haiwan, rumah yang memelihara haiwan kesayangan seperti kucing,arnab,
ayam, dan lain-lain
Purpose : untuk memudahkan pemelihara haiwan daripada perlu kerap mengisi makanan
rumusan dan minuman kepada binatang peliharaan mereka
5
3.0 PROSES PELAKSANAAN PROJEK
3.1 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
6
PENGERUSIGuru Besar : En Azman B Janudin
TIMBALAN PENGERUSIGPK Koku : Pn. Noor Arifah Binti Hj. Abdul Rahman
PENYELARAS KELAB REKACIPTAEn Mohd Hissyammudin B Abd Malek
PENGERUSI MURIDMohd Helmi b Paridan
SETIAUSAHAAina Najihah Bt Azmi
BENDAHARINursyahidatul Safiah bt Syukur
AHLI JAWATANKUASANorzaran Haizal b Azali
Daniel b Bukari
3.2 PERANAN AHLI JAWATANKUASA
1. Pengerusi
a) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan mesyuarat.
b) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diambil tindakan
yang sewajarnya.
c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
2. Timbalan Pengerusi
a) Membantu pengerusi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
b) Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
3. Setiausaha
a) Menguruskan urusan surat menyurat.
b) Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan.
c) Mencatat kehadiran ahli.
d) Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
e) Menjalankan tugas-tugas lain yang diminta oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
4. Bendahari
a) Bertanggungjawab tentang semua hal berkaitan kewangan persatuan.
b) Membuat dan menyimpan kira-kira tentang semua perkara berkaitan kewangandan
bertanggungjawab atas kesahihannya.
c) Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menadatanganinya.
d) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta alam mesyuarat ahli jawatankuasa.
e) Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.
f) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
7
7. Ahli jawatankuasa
a) Membantu pelaksanaan semua tugas dalam aktiviti kokurikulum.
b) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
3.3 SUMBER DANA
Sumber dana adalah daripada unit ko-kurikulum SK Seri Mendapat iaitu RM 10.00. ini kerana
perkakas utamanya adalah dengan menggunakan bahan terbuang.
3.4 JALINAN KERJASAMA
a) Kersama yang dilakukan adalah daripada guru-guru dan murid-murid daripada ahli kelab
reka cipta.
b) Kerjasama daripada komunit disekolah dengan cara meneliti dan menemubual masalah
mereka dalam memelihara haiwan kesayangan.
c) Kerjasama daripada PIBG juga ada dengan meminta mereka menunjukkan reban
mahupun sangkar haiwan kesayangan mereka
8
CARTA GANTT
BIL PERKARA APR MEI JUN JUL OGS SEPT OKT
1 Meninjau masalah yang dihadapi di kawasan
sekolah
2 Melakukan proses temubual di kawasan
komuniti dan para ibu bapa
3 Melakukan pencarian di internet untuk mencari
idea
4 Melakukan penganalisis masalah
5 Membeli peralatan dan mencari botol plastik
6 Menghasilkan projek
7 Melakukan pengujian
8 Melakukan Penambahbaikan
3.6 BUKU LOG
11
4.1 KAJIAN LITERATUR / TINJAUAN
Menurut kajian daripada Husnul Hafiz Bin Ismail (2012) yang bertajuk Merekabentuk Alatan
Bagi Penyediaan Makanan Kucing Automtik. Penulis telah menghasilkan sebuah yang dapat
memberi makanan kepada haiwan peliharaan kucing secara automatik. Projek ini diberi tajuk
'Cat Automatic Feeder' atau Penyediaan Makanan Kucing Automatik. Makanan yang akan
disediak:an untuk haiwan peliharaan kucing adalah jenis yang kecil kerana berdasarkan kajian
yang telah dibuat menunjukkan penyediaan makanan yang kecil dapat mencegah haiwan tersebut
daripada obesiti dan seterusnya mendapat kesihatan yang lebih baik. Selain itu ianya dapat
memudahkan kerja penyediaan bagi golongan yang sibuk bekerja ketika ketiadaan mereka
dirumah. Oleh itu haiwan peliharaan mereka tidak lagi kelaparan sepanjang hari. Berdasarkan
kajian ini saya telah melakukan penambah baikan supaya sesuai dengan kemampuan murid
sekolah rendah.
4.2 PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan reka cipta yang dilakukan oleh husnul (2012), saya telah melakukan
penambahbaikan dari segi pengurangan kos, penggunaan sumber bahan dan kepelbagain fungsi.
Antara penambah baikannya ialah:
1) menukar mesin automatic kepada bukan autamik kerana melibatkan kos yang tinggi
2) bahan yang digunakan daripada bahan terbuang.
4.2.1 PENGUJIANNYA
4.3 PERUBAHAN SELEPAS PROJEK INOVASI
13
Si hitam mencuba bekas makanan 2in 1
Impak yang berlaku setelah projek ini terhasil ialah makanan rumusan arnab dan kucing yang
ada di sekolah tidak lagi perlu selalu di isi semula seperti selalu. Begitu juga impaknya kepada
pemelihara haiwan kesayangan di kawasan setempat boleh menggunakannya seperti yang
dirancang.
4.4 NILAI KOMERSIAL
14
Digunakan oleh guru untuk haiwan peliharaannya di sekolah
Digunakan oleh ibu murid untuk haiwan peliharaannya di sekolah
Projek ini boleh dikomersialkan dengan 2 cara iaitu secara D.I Y (Do It Yourself) ataupun secara
siap.
Cara pertama :Konsep D.I.Y diambil daripada konsep (Do It Yourself). Sehubungan dengan itu
bekas makanan ini telah siap dilubangkan. Pembeli hanya perlu membaca arahan untuk proses
pencantuman.
Cara kedua : Bekas makanan ini dijual yang telah siap penghasilannya
4.5 AKUAN DAN KESAHAN
5.0 KESIMPULAN PROJEK
15
5.1 Masalah Yang Dihadapi.
Untuk mencari idea menghasilkan bekas makanan daripada bahan terbuang, dan ia tidak
perlu diisi semula dengan kerap adalah satu masalah yang dihadapi ketika menghasilkan
projek ini.
Kekangannya adalah guru yang selalu berkursus dan ketiadaan murid di sekolah kerana
kepelbagaian aktiviti juga memainkan peranan
5.2 Kaedah penyelesaian masalah
Masalah yang dihadapi ini, diatasi dengan mencari idea di internet dan mengolah
mengikut kreativiti murid
Menghasilkan projek di luar waktu sekolah dan pejabat
5.3 Tindakan susulan
Menghasilkan lakaran kasar dan meminta bantuan dari guru lain supaya turut bersama
membantu
5.4 Cadangan penambahbaikan / evolusi
Menghasilkan sticker botol plastic supaya meningkatkan nilai estetikanya
5.5 Rumusan projek
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam
kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta,
satu kemahiran yang telah dimuridi dalam mata muridan KH dan RBT. Selain itu,
program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid.
Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa ,
masyarakat setempat dan negara.
16