Contoh karangan spm 2014
-
Upload
filzahsyafiqah -
Category
Education
-
view
2.320 -
download
29
Transcript of Contoh karangan spm 2014
KARANGAN DIMENSI KELUARGA
Jasa ibu bapa perlu dikenang. Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang
berjaya dalam hidup sering mengabaikan jasa dan budi ibu bapa.
Nyatakan perkara-perkara yang boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.
Tersebut kisah dalam cerita klasik Melayu, seorang anak muda yang bernama
Tenggang. Tenggang anak tunggal kepada seorang ibu tunggal. Hidup mereka dirundung
miskin. Pada suatu hari, Tenggang telah memohon keizinan daripada ibunya untuk keluar
merantau dengan harapan untuk mengubah kehidupan yang melarat itu. Nasib Tengggang
ternyata baik kerana dengan sikapnya yang ringan tulang dan amanah, dia telah diambil sebagai
anak angkat oleh seorang saudagar kaya. Akhirnya, Tenggang telah menjadi menantu kepada
saudagar tersebut. Masa berlalu, Tenggang kini bukan lagi anak hingusan tetapi seorang
saudagar ternama. Malangnya, dek diselimuti kemewahan dan limpahan kekayaan, ingatan
Tenggang kepada ibunya telah mula luput Tanpa diduga, dalam suatu pelayaran, kapal
Tenggang berlabuh di sebuah pelabuhan berhampiran kampungnya dahulu. Mendengar berita
tersebut, si ibu yang telah sekian lama merindui anak tersayang menerpa menuju ke bahtera
Tenggang. Alangkah hibanya hati ibu, anak yang selama ini menjadi buah hati pengarang
jantung telah mengusir dan menendang si ibu kononnya ibu tua yang tidak sedar akan diri mahu
mengambil kesempatan daripada kekayaannya. Namun, tuhan lebih mengetahui, sikap buruk
Tenggang dibalasi musibah, kapalnya tenggelam dipukul gelombang besar. Tenggang mati
ditelan laut dalam keadaan diri yang berpalut Lumpur dan dosa. Demikianlah secebis kisah
daripada ribuan perbuatan anak-anak keji yang tidak mengenang jasa ibu bapa apabila mereka
sudah benar-benar berjaya. Dengan trgedi malang itu, sudah sewajarnya kita mengambil iktibar
daripada peristiwa tersebut dan berusaha untuk menumpahkan kasih sayang kepada ibu bapa
yang telah bersabung nyawa untuk membesarkan kita sehingga menjadi orang yang berjaya.
Sebagai anak yang telah mengecapi nikmat hasil pengorbanan ibu bapa, maka kita
hendaklah menjadikan mereka sebagai orang pertama dalam apa jua urusan hidup
kita. Seandainya merekalah orang yang pertama kita cari dalam masa kesusahan maka tidak
sewajarnya mereka kita lupakan apabila kita mencapai sebarang kejayaan. Sikap ini perlu
kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita. Selain itu, mereka juga yang
mendidik dan memberi ilmu sehingga kita menjadi manusia yang berguna. Justeru, apabila kita
berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan atau berjaya dalam kerjaya
maka ibu bapalah orang pertama yang perlu kita nobatkan sebagai pencetus kepada semua
kejayaan tersebut. Pada waktu ini, ibu bapa akan berasa tiada nikmat yang paling besar di dunia
ini apabila anak-anak memulangkan segala kejayaan yang diraih adalah bertitik tolak daripada
pengorbanan mereka.
Bagi mengenangkan segala jasa dan pengorbanan mereka juga, apalah salahnya
jikalau kita cuba menyelami hati kecil mereka pada hari-hari tertentu yang istimewa dalam hidup
mereka. Hari tersebut seperti hari ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan hari-hari
perayaan. Pada hari yang amat bermakna itu, hulurkanlah hadiah istimewa untuk dijadikan
santapan rohani mereka. Walaupun hadiah tersebut sekadar bernilai beberapa rial tetapi
memadai untuk menjadi simbolik kepada nilai kasih sayang mereka kepada kita bak laut yang
tidak bertepi itu. Atau pun, pada hari-hari istimewa tersebut bawalah mereka untuk melancong
atau berziarah rakan kenalan. Kepada yang beragama Islam pula berilah hadiah menunaikan
Fardu Haji ke Mekah. Kita juga patut meniru teladan baik beberapa individu yang telah berjaya
yang membawa dan memperkenalkan ibu bapa dalam majlis-majlis besar yang mereka menjadi
tetamu istimewa. Bayangkanlah betapa linangan air mata ibu bapa pada waktu itu pasti menjadi
pembasuh api neraka. Ingatlah, doa restu dan kepuasan jiwa mereka akan menjadi titian
kejayaan kepada kita sama ada di dunia atau di akhirat.
Apabila ibu bapa sudah menjelang usia tua, sudah menjadi tanggungjawab mutlak
kepada kita untuk mengambil tahu keperluan hidup mereka seperti makan minum, kesihatan
ubat-ubatan dan tempat tinggal. Janganlah dek terlalu memburu kejayaan hidup di dunia, ibu
bapa dibiar terlantar di rumah-rumah orang tua. Elakkanlah hidup menjadi dedalu masyarakat,
ibarat kacang lupakan kulit. Pada usia tersebut , ibu bapa tidak pernah menuntut sesuatu yang
berlebih-lebihan sebaliknya mereka mengharapkan ihsan dan kasih sayang. Cara penyelesaian
terbaik adalah setiap anak perlulah membuat giliran untuk melihat kebajikan ibu bapa atau pun
jikalau keadaan terlalu mendesak ambillah orang gaji untuk menjaga mereka.
Setiap ibu bapa sentiasa menaruh harapan untuk melihat anak-anak mereka menjadi
manusia paling berguna kepada nusa, agama dan masyarakat. Sebagai pelajar, inilah masa
terbaik untuk kita membuktikan yang terbaik kepada mereka. Belajarlah dengan bersungguh-
sungguh untuk menjadi pelajar terbilang dan apabila berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan maka itulah sebenarnya hadiah yang tidak ternilai untuk kita mengenang jasa
mereka. Pada masa itu kita dapat melihat lelehan air mata gembira mereka bagaikan tidak boleh
ditahan-tahan. Seterusnya, jagalah hati mereka dengan cara tidak menghampiri atau terlibat
dengan kerja-kerja yang tidak baik seperti menjadi samseng, bercakap keji, melepak, dadah dan
seribu satu macam gejala kutu masyarakat yang terlalu keji di sisi agama dan moral. Hati ibu
bapa pasti akan lebur apabila anak-anak tercampak ke dalam kancah kehinaan seperti ini.
Mafhum (maksud) daripada sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud apabila
mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah segala amal baiknya kecuali tiga yang masih
kekal Ketiga-tiga yang tersebut itu ialah, sedekah dan derma untuk faedah umum, anak-anak
yang baik yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan ilmu yang bermanfaat yang
diajarkan untuk faedah manusia. Janganlah kita putuskan hubungan kasih sayang kepada ibu
bapa hatta mereka sudah meninggal dunia. Doakanlah kesejahteraan mereka siang dan malam
setelah mereka pergi meninggal kita.
Ibu engkaulah ratu hati
bilaku berduka
engkau hiburkan selalu
Kenangilah jasa ibu bapa selama hidup dan mati mereka. Nilai diri ibu bapa tidak akan
tertukar dengan harta dunia walaupun segunung emas. Ingatlah syurga di bawah telapak kaki
ibu.
CONTOH KARANGAN DIMENSI KELUARGA
Pelbagai masalah mula menekan keluarga seperti peningkatan kos hidup dan masalah
kewangan. Sehubungan dengan itu, anak-anak boleh membantu ibu bapa untuk mengurangkan
bebanan kewangan yang semakin meruncing.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh anak-anak membantu meringankan
beban kewangan keluarga
Pakar-pakar dalam bidang sosioekonomi sering menyatakan bahawa kemajuan ialah
‘kos’. Kos yang dimaksudkan ialah peningkatan dalam nilai berbayar terhadap semua keperluan
asas. Hal tersebut amatlah nyata kerana dalam tempoh satu dekad belakangan masyarakat
terpaksa berhadapan dengan peningkatan mendadak harga barangan keperluan sehingga
mencecah 40 peratus. Kenaikan harga barangan pengguna terutama petroleum, gula dan gandum
mengikibatkan semua barangan keperluan yang lain turut meningkat. Fenomena tesebut tidak
dapat dielakkan kerana minyak menjadi nadi kehidupan dan berupaya mengubah struktur
pasaran semasa. Apabila berlaku perubahan dalam kos hidup, justeru terjadilah sekelompok
masyarakat yang terkena bahangnya dan mula merasakan beban kewangan. Golongan yang
paling terkesan ialah keluarga yang berada pada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah
di bawah RM2500. Ketika berada dalam situasi tertekan seperti sekarang, anak-anak diharap
dapat memahami situasi yang dihadapi oleh ibu bapa. Sehubungan dengan itu, anak-anak
hendaklah melakukan pelbagai prakarasa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa.
Jikalau pendahuluan di atas terlalu panjang dan gagal untuk anda kuasai ambil pendahuluan
alternatif di bawah ini.
Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara hidup
keluarga adalah terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang
suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis
bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia
masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar
pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak
begitu teruk terjejas, namun bahangnya mula dirasakan terutama sekali kepada keluarga yang
berada pada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2500. Beban kewangan
adalah antara fenomena yang teruk dirasai oleh golongan berkenaan. Sehubungan dengan itu,
anak-anak hendaklah memahami akan susah payah ibu bapa dengan cara melakukan pelbagai
prakarasa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.
Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh digunakan apabila berada
dalam situasi begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi suasana darurat
dalam rumah tangga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan berat ringan yang ditanggung
oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan hendaklah bermula dengan amalan
yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama
elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan
sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang
ketika tidak diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan sebaliknya
tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya adalah berpunca daripada sikap. Contoh
yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras
RM20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuama. Inilah sebenarnya hakikat amalan
sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Anak-anak yang baik adalah yang prihatin terhadap ibu bapa mereka. Setiap anak
tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Oleh itu, anak-anak perlulah
menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari rezeki. Fahamilah akan
beratnya tanggungan bak kata peribahasa, seberapa berat mata memandang beratlah lagi bahu
yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan mengamalkan sikap bersederhana dalam
hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja. Amatlah malang sekali
apabila ada anak-anak pada era sekarang seakan-seakan tidak mempunyai sikap belas kasihan
kepada ibu bapa. Mereka mudah terdorong untuk menuruti gaya hidup rakan-rakan yang lebih
mewah. Mereka mendesak dan meminta-meminta sesuatu yang diluar upaya ibu bapa seperti
inginkan pakaian yang berjenama dan berselera untuk makan ditempat-tempat yang eksklusif.
Sepatutnya, anak-anak hendaklah mengelak daripada sebarang pengaruh dan budaya bermewah-
mewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan enggang sesama enggang masakan dapat
terbang bersama.
Walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sebuah negara seperti
Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka. Peluang-peluang
kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara kecil-kecilan mudah diperoleh di
mana-mana jua. Anak-anak yang baik sudah tentu dapat menghidu peluang tersebut dengan cara
melakukan kerja sambilan sewaktu lepas sekolah dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah.
Perkara yang penting ialah ketepikan perasaan malu dan malas. Sebenarnya telah banyak teladan
yang dapat dikuti daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan
Seri Loh Boon Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat dengan
memulakan peniagaan dari bawah. Oleh itu, langkah yang terpenting setiap anak perlulah
mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh tersohor Sukarno,
“Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi
perlimbahan”.
Bak kata peribahasa, daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke perdu ialah
peribahasa yang menerangkan bahawa, anak-anak yang baik sentiasa kembali kepada induknya.
Hal demikian amatlah mustahak dijadikan pedoman oleh anak-anak yang telah menginjak usia
dewasa. Mereka ini hendaklah memperlihatkan sikap membalas budi dan bertanggungjawab
terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu bapa mendidik dan menjaga, apabila sayap sudah
penuh kembalilah kepada induk untuk melihat susah payah mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar
yang terdaya. Janganlah apabila telah besar panjang, ibu bapa langsung tidak dijengah. Adik-
adik yang masih kecil perlu dibantu. Malanglah sangat apabila kedapatan anak-anak yang sudah
besar remaja tetapi masih bergantung kepada ibu bapa. Oleh itu, berpada-padalah dan sedarlah
bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Janganlah bersikap kacang
lupakan kulit, ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang saudara.
Kaya atau miskin, susah mahupun senang adalah menjadi sunnatullah. Semuanya
adalah sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya agar tidak mengenal putus asa.
Demi berhadapan dengan cabaran kesusahan dan beban hidup, semua orang digalakkan berusaha
dengan lebih gigih. Hidup ibarat roda, hari ini di bawah mungkin esok ke atas. Prakara yang
paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan tidak berputus asa. Peribahasa menyatakan, di
mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai anak yang sudah besar panjang perlulah
mengorak langkah untuk memikirkan sebarang kerja yang dapat meringankan beban ibu bapa.
Dalam pada itu, sebagai insan yang tidak putus daripada khaliq-Nya, kita perlu berdoa,
bermuhasabah dan bermunajat agar diberikan taufik dan hidayah oleh Allah sehingga terbuka
jalan dan ikhtiar. Yakinlah akan firman Allah dengan mafhumnya, “Tuhanmu tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubah nasib mereka sendir”i.
Insya-Allah jikalau kita gigih dan tidak putus memohon petunjuk-Nya, nescaya limpah kurnia
dan restu Allah akan tetap bersama-sama kita.
Kesimpulannya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai kesan daripada
krisis kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak
dengan penuh tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham akan tanggungjawab mereka
terhadap ibu bapa. Sikap saling menyokong dan saling memerlukan boleh menjadi jambatan
untuk menzahirkan impian, “Rumahku Syurgaku”. Semoga dengan sikap yang sentiasa positif
segala masalah akan usai juga akhirnya, ibarat sepanjang-panjang jalan berliku ada
penghujungnya.
SOALAN PERCUBAAN SPM 2013 (KARANGAN)
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Berdasarkan pernyataan di atas, sebagai remaja huraikan persediaan-persediaan yang perlu anda
lakukan untuk merealisasikan cabaran tersebut.
Pendahuluan :
Tokoh pendidik dan motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah
menyatakan, “Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kata-kata tersebut
benar-benar menyuntik kesedaran agar kita insaf dan bangkit segera daripada lamunan. Sebagai
anak nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah untuk menggalas tanggungjawab
kepada negara. Pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan
fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling bernilai kepada tanah air tercinta. Sesungguhnya,
di atas batu jemala kitalah terletak tanggungjawab besar sejajar dengan slogan, “Pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara”. Sesungguhnya, sebagai anak muda, inilah tanggungjawab yang
perlu saya pikul demi mencapai matlamat murni negara itu.
Isi 1 :
AJ > Menyedari amanah besar yang sedang menanti, saya perlu memperlengkap diri sebagai
orang muda yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
H1 > Hal yang demikian itu amatlah penting kerana sifat takwa akan
………………………………………………..
H2 > Saya hendaklah melaksanakan segala tuntutan
……………………………………………………………………….
H3 > Saya yakin benar bahawa insan yang bertakwa ialah
………………………………………………………………..
H4 > Tanpa iman, diri akan hilang pedoman……………. (Peribahasa : layang-layang terputus
talinya)
PW > Justeru, sifat takwa juga bakal……………. (Peribahasa Arab : “Kasih akan watan
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,)
Isi 2 :
AJ > Mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, saya hendaklah bersedia memperlengkap diri
dengan pakej fizikal, mental, emosi dan sahsiah yang sempurna.
H1 > Semua pakej asas tersebut amatlah penting dalam hal
………………………………………..
H2 > Tanpa ketahanan dan jati diri……………………………….., (darah baru setampuk pinang)
H3 > Demi menyahut seruan negara, saya akan berusaha mengikuti teladan ……………….
H4 > Negara pasti berbangga apabila dapat melahirkan tokoh-tokoh ……………………………
PW > Biarlah hidup dan mati saya mempunyai nilai………….. (Peribahasa : Gajah mati …..)
Isi 3 :
Ayat laluan > Memetik kata-kata mantan Presiden Indonesia (Sukarno), “Aku mampu
goncangkan dunia ……...
AJ > Menyedari hakikat tersebut, sewaktu usia masih muda saya perlu memanfaatkannya
………………
H3 > Hal ini amatlah logik kerana dalam era pascaperang kini, pertarungan di medan tempur
sudah bertukar kepada persaingan dalam medan keintelektualan dan kepintaran teknologi.
H4 > Syaratnya, saya mestilah
………………………………………………………………………………………………………
…
H5 > Oleh hal yang demikian, saya perlu menguasai bidang-bidang ilmu baharu
(contoh……………………)
H6 > Sebenarnya semua strategi ini penting untuk negara dapat bersaing
dengan…………………………….
PW > Sesungguhnya, inilah janji saya …………………. (“Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara”.)
Isi 4 :
AJ > Seseorang yang paling berjaya ialah insan yang mampu mengenali potensi diri
………………………..
H1 > Potensi inilah yang perlu saya manfaatkan demi
………………………………………………………………………
H2 > Ketika negara berada diambang negara maju
………………………………………………………………………….
H3 > Bidang-bidang tersebut seperti
………………………………………………………………………………………………..
H4 > Akibat kealpaan kita memenuhi tuntutan negara akhirnya empat juta warga asing
……………………
H5 > Insaf dengan situasi begini saya dan
……………………………………………………………………………………….
PW > Saya perlu menyedari akan tempelak peribahasa,
…………………………………………………………………..
Kesimpulan : PW > TEMA > CADANGAN > HARAPAN
ASRAMA PENUH
1. Rumah terbuka sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu
perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka
jiran anda yang berlainan bangsa.
Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut.
2. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-
menolong dalam kalangan ahli keluarga.
Pendahuluan : Belakangan ini ungkapan-ungkapan negatif seperti ‘rumah yang membosankan’,
‘jom lepak-lepak’ dan sudah terlalu acap keluar daripada mulut anak-anak remaja. Ucapan-
ucapan seumpama itu menunjukkan jiwa anak-anak muda semakin terasing daripada keluarga
dan rumahtangga. Hal demikian amatlah malang dalam usaha membentuk sebuah persekitaran
“Rumahku Syurgaku”. Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa nilai murni tradisional semakin
memupus. Oleh itu, sebelum warisan turun-temurun ini pupus ditelan arus pemodenan, ibu bapa
hendaklah memainkan peranan hakiki untuk melatih anak-anak agar mesra keluarga dan mesra
rumahtangga.
Isi 1 : Mengamalkan pendidikan bermula di rumah – rumah sebagai paksi membentuk peribadi
anak-anak - ibu bapa hendaklah membudayakan amalan tradisional – membiasakan anak-anak
dengan latihan memasak, mengemas rumah – ibu bapa hendaklah menjadi role model dan
kepimpinan melalui teladan – memanfaatkan cuti sekolah untuk melatih anak-anak
Isi 2 : Kurangkan tabiat suka mencari hiburan di luar– anak-anak berasa tiada keperluan untuk
berada di rumah – mereka tiada latihan asas untuk berasa bertanggungjawab
Isi 3 : Mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti panjang – ketika semua ahli keluarga
bertemu – ibu hendaklah mengajak anak-anak masuk ke dapur – anak-anak perlu belajar dan
membantu si ibu di di rumah – memberi peluang anak-anak mencuba resipi, menanam pokok
dan menghias rumah – ibu bapa berilah panduan dan pujian
Isi 4 : Mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin – dengan disiplin anak-anak mudah
menerima tunjuk ajar - setiap anak hendaklah diberikan tugas yang sepadan – tidak wajar ada
yang terlalu berat tugasan dan ada yang berehat panjang (menunggu makanan terhidang ke lutut
Isi 5 : Memberi motivasi kepada anak-anak – anak-anak perlu diberikan semangat dan dorongan
dari awal - menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan rumah tangga (majalah Anjung
Seri, Majalah Laman, Saji, Didik, Muslimah dan pelbagai bentuk perisian CD/DVD) – membuka
minda anak-anak mengikuti teladan daripada ikon keluarga yang berjaya
Kesimpulan : Pepatah Melayu yang menyatakan, anak gadis walau setinggi mana sekalipun
ilmunya akan ke dapur bukanlah membawa konotasi yang negatif. Sebaliknya, maksud yang
tersirat adalah untuk mengilhamkan setiap individu akan kepentingan menghidupkan suasana
kekeluargaan yang harmoni dan jannati. Seyogia, sebelum tradisi dan budaya murni ini luput,
wajarlah semua pihak terutama ibu bapa mendidik anak-anak semula ke landasan yang betul.
3. Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan hari Polis di
tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah, “Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama.
Tulis esei anda selengkapnya.
Selaku Ketua Polis Kontinjen Negeri, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam
suatu majlis perhimpunan masyarakat. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah, “Komitmen
Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah”.
Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya.
Assalamualaikum dan salam muhibah,
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan
Negeri Pantai Beramang, Yang Dihormati Ketua-ketua masyarakat, dan seterusnya tuan-tuan dan
puan-puan yang dikasihi sekalian.
Dengan penuh rasa bangga saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana
dijemput dan diberi peluang untuk menyampaikan ceramah dalam majlis himpunan yang julung-
julung kali diadakan di kawasan ini. Kebanggaan saya adalah kerana wujud sikap prihatin yang
begitu tinggi dalam kalangan masyarakat di sini untuk turut sama terlibat dalam usaha
mengembalikan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Kewujudan masyarakat prihatin
seperti ini memberi isyarat bahawa agenda keselamatan dan ketenteraman dalam masyarakat dan
negara terus diberi perhatian. Bersempena dengan pertemuan pada hari ini, saya diberikan
tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah keselamatan yang bertajuk, “Komitmen
Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah”. Terima kasih sekali lagi atas kesediaan
semua pihak untuk turut berkongsi pengalaman bersama-sama dengan saya.
Hadirin sekalian,
Komitmen Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah ialah sebuah ungkapan
yang menerangkan tuntutan terhadap keprihatinan orang ramai dalam mendepani segala risiko
jenayah dan apakah langkah-langkah yang boleh disumbangkan oleh masyarakat untuk
membasmi gejala tersebut? Hal ini amat wajar sekali diambil berat oleh setiap anggota
masyarakat memandangkan selama ini apabila diperihalkan sahaja persoalan jenayah, maka
tanggungjawabnya diserahkan 100 peratus kepada polis. Oleh hal yang demikian, apabila
masyarakat di kawasan ini mula prihatin dengan gejala ini, saya bagi pihak yang
bertanggungjawab dengan persoalan keselamatan amat berbesar hati untuk berkongsi
pengalaman dengan tuan-tuan dan puan-puan.
Jikalau kita berfikir secara rasional, isu jenayah bukanlah menjadi milik eksklusif
pihak polis semata-mata. Usaha tersebut menyentuh secara langsung kepada kepentingan rakyat.
Secara logiknya, apabila berlaku sesuatu kes jenayah jarang sekali pihak polis yang menjadi
mangsa. Mangsanya ialah masyarakat umum. Oleh itu, apabila masyarakat tidak prihatin dengan
masalah jenayah memberi maksud masyarakat tidak mementingkan keselamatan mereka. Orang
yang cerdik tidak membiarkan perihal keselamatan dirinya dijaga oleh pihak lain dengan
sepenuhnya. Walaupun pihak polis sedar bahawa tugas menjaga keselamatan adalah menjadi
tanggungjawab profesional mereka, namun tanpa komitmen tinggi orang ramai, masalah jenayah
tidak mungkin dapat dibanteras sampai bila-bila.
Seyogia dengan pertemuan pada hari ini, saya mengambil peluang untuk menggariskan
beberapa langkah perlu yang boleh disumbangkan oleh masyarakat. Jenayah sebenarnya boleh
dikategorikan kepada dua bahagian iaitu jenayah am dan jenayah berat. Jenayah berat meliputi
penggunaan senjata berbahaya dan mengancam nyawa mangsa. Sekiranya terbukti bersalah,
penjenayah boleh dihukum antaranya dalam Seksyen 302 yang boleh membawa hukuman mati
mandatori atau Seksyen 304 yang membawa denda penjara sehingga 20 tahun. Jenayah berat
boleh dikategorikan sebagai merompak, rompakan bersenjata, membunuh, merogol, dan
pengedaran dadah. Sementara jenayah am termasuklah perbuatan salah laku yang boleh
menimbulkan kekacauan dalam masyarakat seperti mencuri, bergaduh dan lain-lain. Peningkatan
kes jenayah dalam masyarakat adalah berpunca daripada sikap yang terlalu menurut hawa nafsu.
Selain itu, pengaruh dadah telah dikenal pasti sebagai pendorong utama menularnya gejala
jenayah dalam masyarakat. Pada hari ini suasana dalam masyarakat bertambah kompleks dengan
kehadiran lebih ramai warga asing. Situasi tersebut turut mempertingkatkan kuantiti perlakuan
jenayah terutama jenayah ragut.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Walaupun pihak polis tidak putus-putus menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan,
namun kudrat polis juga terhad dalam memastikan jenayah sifar. Oleh itu, tibalah masanya
gemblengan tenaga dan sumbangan masyarakat untuk memastikan keselamatan sosial terjamin.
Langkah terpenting ialah semua kawasan kediaman hendaklah diwujudkan satu pasukan Rakan
Cops. Rakan Cops ialah organisasi sukarela masyarakat yang mengadakan hubungan langsung
dengan pihak polis. Mereka bertanggungjawab menyalurkan segala maklumat keselamatan di
sesuatu kawasan kepada pihak polis. Keberkesanan Rakan Cops diyakini berjaya terutama di
bandar-bandar besar apabila gejala ragut semakin terkawal.
Selain itu, masyarakat hendaklah sensitif juga terhadap persekitaran tempat tinggal
mereka. Mereka hendaklah mengadu kepada polis sekiranya mengetahui di kawasan tersebut
terdapat penagih dadah, kewujudan orang-orang yang tidak dikenali, dan sekiranya berlaku
perkara-perkara yang luar biasa. Fenomena tersebut seperti wujud kekerapan kelompok-
kelompok tertentu di sesuatu tempat sehingga lewat malam. Kehadiran warga asing di kawasan
anda juga hendaklah sentiasa dipantau dan jikalau berlaku kesangsian segera melaporkannya
kepada polis. Polis juga menasihatkan setiap rumah atau sekurang-kurangnya ketua-ketua unit
menyimpan nombor telefon kecemasan polis. Saya amat yakin, sekiranya ditanya pada waktu ini
hanya beberapa orang sahaja yang menghafal nombor telefon pondok polis yang terdekat.
Demikianlah gambaran ketidakprihatinan masyarakat terhadap persoalan keselamatan.
Dalam memastkan usaha membantu polis mengawal keselamatan juga, pihak
penduduk boleh menjalankan rondaan secara berkala atau tidak berjadual pada waktu malam
untuk mendapat gambaran penuh senario pada waktu malam di kawasan tempat tinggal anda.
Apabila berbuat demikian, anda akan memperoleh banyak info tentang pergerakan tanpa jadual
pihak-pihak tertentu apabila menjelang malam. Dengan berbuat begitu, tuan-tuan dapat
menyampaikan maklumat yang mudah kepada pihak keselamatan apabila berlaku sebarang
peristiwa yang tidak diingini. Saya amat berharap akan ada insan yang berhati mulia untuk
mengambil insiatif menggerakkan pasukan sukarela menjaga kemaman di kawasan tempat
tinggal masing-masng. Hasrat ini diletakkan sepenuhnya di atas pundak dan batu jemala tuan-
tuan untuk melaksanakannya.
Tuan-tuan dan puan-puan
Bersatu teguh, bercerai roboh merupakan slogan yang sentiasa mendidik kita agar
sentiasa bersatu, bersama, dan berusaha untuk mengelakkan ketenteraman dan keamanan di
tempat kita. Marilah bersama-sama polis kita mempastikan slogan, ‘Hidup Sejahtera Tanpa
Jenayah’.
Sekian terima kasih.
4. Ketidaksetabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat
dunia. Bincangkan.
MRSM
1. Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani maslah
peribadi, akademik dan kerjaya.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
2. Selaku pegawai kesihatan daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
‘Amalan Baik Penjagaan Kesihatan’ sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada masyarakat
setempat.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
Sejak belakangan ini terdapat pelbagai penyakit baru yang berpunca daripada amalan dan gaya
hidup yang tidak baik. Selaku doktor pakar dalam bidang kesihatan masyarakat, anda dijemput
untuk menyampaikan ceramah tentang kegiatan hidup sihat.
Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya.
Assalamualaikum dan salam muhibah,
Terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengerusi Badan
Musyawarah Masyarakat Taman Perdana Sejahtera, Yang dihormati ketua-ketua masyarakat,
dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Hadirin sekalian,
Orang tua-tua sering mengungkapkan bahawa, kesihatan itu ialah harta yang paling
bernilai daripada wang ringgit dan harta benda. Sementara itu, dalam sepotong Hadith Nabi turut
diungkapkan akan nilai kesihatan adalah amat bermakna, seperti sabda baginda, “Jagalah masa
sihatmu sebelum tiba sakit”. Apabila diteliti daripada dua ungkapan tersebut, justeru
tanggungjawab menjaga kesihatan amatlah diberi penekanan sama ada dalam bidang agama
malah masyarakat. Walau bagaimanapun, dalam dunia yang penuh pancaroba dan manusia
sentiasa diancam kesibukan, pelbagai ragam kehidupan telah mendatangkan pelbagai ancaman
terhadap kesihatan. Oleh hal yang demikian, dengan peluang yang diberkan ini, saya ingin
berkongsi maklumat dengan hadirin sekalian tentang gaya hidup yang positif berdasarkan polisi
ilmu kesihatan.
Tuan-tuan dan puan yang dihormati sekalian,
Banyak orang yang berfikir bahawa terminologi sihat itu hanya terletak kepada tubuh
badan yang sihat tegap dan sasa. Sebenarnya kesihatan adalah merangkumi kesejahteraan fizikal
dan rohani iaitu yang meliputi tubuh badan, mental, emosi, dan rohani. Untuk memperoleh
kesihatan seumpama itu, justeru setiap individu hendaklah memberikan perhatian dalam semua
aspek kesihatan. Penjagaan fizikal yang sihat seperti memperoleh makanan yang berzat dan
seimbang adalah amat penting. Hal tersebut memang penting kerana minda dan emosi yang sihat
adalah terjana daripada tubuh badan yang sihat.
Prasyarat terpenting untuk memperoleh kesihatan fizikal, kita hendaklah sentiasa peka
terhadap alam sekitar. Dengan kata lain, kawasan sekitar hendaklah sentiasa bersih, bebas
daripada sebarang anasir penyakit. Bagi memastikan persekitaran sentiasa dalam suasana bersih,
amalan menjaga kebersihan seperti sistem pembuangan sampah yang teratur hendaklah
dititikberatkan. Alam sekitar perlu dijaga juga terutama dalam aspek pelesterian iaitu penjagaan
alam semula jadi.
Dalam dunia yang kaya dengan sistem maklumat dan akses maklumat yang semakin
canggih pula, kita haruslah proaktif mencari info tentang kesihatan. Maklumat sama ada yang
berkaitan dengan penularan penyakit-penyakit baru, serangan wabak penyakit yang berpunca
daripada bawaan seperti Selesema Burung, SARS, dan pelbagai penyakit berbahaya harus
diketahui. Selain mengetahui pelbagai jenis penyakit dan bahaya penularannya, kita wajar
mendalami kaedah-kaedah penjagaan penyakit. Hal ini tepat seperti pepatah Inggeris yang
menyatakan mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubat. Dengan kemudahan teknologi
tersebut kita mampu mengakses sumber maklumat primer untuk mengawal penyakit.
Sesungguhnya tanggungjawab membendung pelbagai gejala penyakit bukan sahaja terletak di
bahu pihak berkuasa kerajaan sahaja malah tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh individu
atau organisasi terutamanya NGO.
Aspek pemakanan turut menjadi penentu kadar serangan penyakit kepada individu.
Pengambilan makanan yang tidak seimbang terutama gula dan lemak sebenarnya telah
mendedahkan diri kita kepada pelbagai bahaya. Memanglah jikalau diturut ‘hukum lidah’ setiap
yang manis dan lemak itu sedap dan berselera, namun kesengsaraan yang bakal ditanggung oleh
badan harus difikirkan juga. Pada hari ini isu pengambilan makanan segera sedang meledak di
tengah-tengah polemik masyarakat. Pelbagai pihak memberikan pelbagai reaksi yang bebeza
apabila Kementerian Kesihatan tampaknya cukup tegas mahu membatalkan semua lesen
pengiklanan makanan segera. Walaupun tindakan Kementerian Kesihatan itu dianggap terlalu
drastik dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap ekonomi negara, tetapi kita
harus berfikir bahawa reaksi tersebut memberi isyarat bahawa pelbagai gejala penyakit yang
berpunca daripada bawaan makanan turut menjadi ancaman besar kepada kesihatan sejagat.
Hadirin sekalian
Seperkara lagi yang wajar diberi perhatian serius oleh masyarakat adalah berkaitan
dengan langkah membendung pelbagai gejala penyakit. Kita harus membuang budaya salah
apabila sakit baru hendak berjumpa doktor. Doktor bukan sahaja berfungsi sebagai penyembuh
penyakit, sebaliknya mereka amat profesional sebagai perunding dalam mengawal penyakit.
Namun keadaan sebalik yang berlaku apabila majoriti daripada masyarakat hari ini akan hanya
berjumpa doktor apabila sudah tiada harapan sembuh lagi. Ada segelintir pihak pula enggan
berjumpa doktor kerana takut penyakit terpendam akan terbongkar. Daripada terpaksa
memendam rasa kerana mengetahui menghidapi pelbagai masalah kesihatan, mereka
berpendapat lebih baik tidak diketahui langsung. Akhirnya ramai yang menemui ajal sedangkan
kemungkinan boleh diselamatkan sekiranya diketahui lebih awal. Oleh itu, kita wajar mengubah
tanggapan yang salah itu dengan cara berusaha mengesan dan mengenal pasti punca penyakit
yang mungkin boleh mengancam nyawa kita.
Selain itu, tabiat merupakan bawaan sepanjang hayat oleh seseorang itu. Sekiranya dia
mengamalkan tabiat yang baik, natijahnya baiklah seluruh amalan hidupnya. Sebaliknya jikalau
habit yang buruk menjadi bawaan nescaya individu itu akan menanggung sengsara seumur hayat.
Hal demikian amat berkait rapat dengan usaha mengubah gaya hidup yang tidak sihat seperti
merokok, pemabuk, dan makan secara membujur lalu melintang patah. Ubahlah kepada tabiat
yang sihat seperti bersenam secara berjadual, mengawal emosi, dan bergaul dengan rakan-rakan
yang berfikiran positif. Semua yang tersebut boleh membantu menstabilkan kesihatan kita
memperoleh umur yang panjang. Ingatlah kita kepada nasihat pepatah iaitu, terlajak perahu boleh
diundur, terlajak laku bahaya padahnya.
Sekian terima kasih.
3. Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Ulaskan pernyataan tersebut.
Pendahuluan : Khalayak ilmuwan pernah berkata, “Percikan liur basah seseorang guru mampu
membentuk mutiara-mutiara yang memancarkan cahaya yang terang-benderang demi menyuluhi
anak-anak didik dengan ilmu pengetahuan yang kekal abadi”. Demikianlah titipan mutiara kata
yang mengiktiraf sumbangan para pendidik yang bergelar guru atas komitmen mereka melakar
masa depan anak-anak didik. Dengan hal yang demikian, amatlah layak apabila dikatakan guru
sebagai arkitek masyarakat dan memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Isi 1 : Watak guru itu sendiri sebagai insan yang berilmu – atas sifat guru (murabbi) para guru
mudah untuk memindahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik
Isi 2 : Guru telah diiktiraf oleh masyarakat sebagai ibu bapa kedua kepada anak-anak didik –
sebagai ‘ibu bapa’ mudah mereka berinteraksi dengan para pelajar – anak-anak didik lebih
mudah mendengar nasihat guru daripada pihak yang lain
Isi 3 : Karisme guru yang sentiasa menjadi rujukan anak-anak didik – sifat penyabar, petah
dalam berbahasa dan bijak berpsikologi memberi peluang guru menyampaikan ilmu kepada
anak-anak didik
Isi 4 : Guru sebagai kerjaya yang profesional – para guru mempunyai pengetahuan yang
mendalam dan pakar dalam bidang yang diajarkan – mempunyai pengetahuan yang mendalam
dan mampu memindahkan pengetahuan kepada para pelajar
Kesimpulan : Tempelak peribahasa yang menyebut, guru kencing berdiri, murid kencing berlari
menunjukkan peranan guru amatlah penting dalam mendidik ummah. Sedikit sahaja kesilapan
yang dilakukan boleh membawa kemusnahan kepada masyarakat. Oleh itu, para guru perlu
berbangga dengan amanah yang digalas dan mereka perlulah lebih iltizam untuk melahirkan
generasi yang berilmu.
4. Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat antarabangsa dapat
mengharumkan nama negara di mata dunia.
Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan pertandingan
itu.
Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu untuk
hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak asasi orang
lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak memperoleh kasih sayang dan hak untuk
mencari ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kepentingan tertentu
masyarakat dunia sering bertelagah sehingga membawa kepada peperangan. Oleh itu, dalam
abad milenium ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh masyarakat antarabangsa untuk
merapatkan semula jurang perbezaan yang wujud. Pelbagai program dan pertandingan sama ada
sukan inovasi seperti reka cipta mula mendapat penyertaan kalangan masyarakat antarabangsa.
Sebenarnya, banyak sekali faedah yang bakal diperoleh oleh setiap negara peserta apabila terlibat
secara aktif dalam program-program seperti ini.
Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara – jalinan kerjasama dan keamanan di
bawah payung PBB – memupuk semangat perpaduan dan berdamai dalam kalangan manusia
sejagat
Isi 2 : Suatu usaha positif memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan –
sifat ilmu yang akan berkembang apabila semakin luas jaringannya (rujuk kata-kata hikmat
Saiyidina Ali KW) – memahami hakikat bahawa setiap bangsa memiliki keistimewaan tertentu
dalam bidang ilmu (contoh : bangsa Cina tentang ilmu perubatan, Jepun dalam bidang sains dan
teknologi, bangsa Arab tentang falsafah dan seni bina dan ilmu agama)
Isi 3 : Mempercepat transformasi kemajuan negara – transformasi amat berkait rapat dengan
penguasaan ilmu pengetahuan – anak-anak Malaysia yang pulang dengan ilmu pengetahuan akan
membantu mempercepat kemajuan negara – mereka menjadi penyebar pengetahuan dan menjadi
agen penggerak negara maju menjelang 2020.
Isi 4 : Mendedahkan remaja dengan perubahan budaya dan sosial masyarakat asing – boleh
mengubah cara berfikir dan bertindak secara lebih matang – bijak bergaul dan mempunyai
jaringan komunikasi diseluruh dunia
Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik – membolehkan
peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global – kemajuan dunia berkembang secara
positif untuk manfaat semua warga dunia – tiada lagi penindasan dan peperangan
JOHOR
1. Semasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.
Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti
persekolahan.
2. Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini.
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-
anak.
Pendahuluan : “Warga Tua Teras Masyarakat”. Itulah suatu slogan yang memberikan
pengiktirafan atas keberadaan warga emas di tengah-tengan masyarakat. Walaupun sebahagian
mereka boleh dianggap sebagai Quran buruk, namun kewujudan mereka banyak memberikan
impak positif untuk melahirkan masyarakat yang penyayang, prihatin dan tahu membalas budi.
Malahan berdasarkan sepotong pepatah Cina yang bermaksud, “Apabila di dalam rumah kamu
tersimpan seorang tua, tahulah bahawa di dalam rumah itu sudah menyimpan suatu barang yang
berharga”. Oleh hal yang demikian, keberadaan warga tua perlu dianggap sebagai suatu rahmat
dan hendaklah diberikan penghormatan pada kedudukan tertinggi. Dalam hal ini, ibu bapalah
yang bertanggungjawab untuk mendidik generasi muda agar tahu menghormati warga tua.
Isi 1 : Ibu bapa perlu banyak bercerita tentang kehebatan dan sumbangan datuk dan nenek
kepada anak-anak – anak akan faham bahawa keidupan berkeluarga yang mereka sedang alami
adalah hasil daripada pengorbanan warga tua
Isi 2 : Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung – penting kepada masyarakat
bandar yang semakin terpisah jauh daripada warga tua – anak-anak dapat kenal dan bermanja
dengan induk mereka
Isi 3 : Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tua – memberi ucapan
hormat dan sedia mendengar cakap golongan tua – elakkan bercerita tentang sejarah silam orang
tua terutama tentang perkara negatif
Isi 4 : Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan menziarah
kematian – anak-anak akan lebih dekat dengan khalayak tua – boleh berinteraksi dan kenal cita
rasa warga tua
Isi 5 : Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama – anak berasa lebih mesra dengan
datuk dan nenek mereka – cepat tumbuh perasaan kasih sayang.
Kesimpulan : Warga tua ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada generasi masa
kini. Segala jerih payah mereka perlu dihargai dan diberi balasan yang setimpal dengan
sumbangan mereka. Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan sikap tahu membalas budi
daripada anak-anak dan cucu. Inilah hakikat hidup dalam rangkaian generasi dan salasilah
keturunan yang tidak putus selama-lamanya.
3. Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian, dan perkakas rumah menjadi pilihan
rakyat Malaysia.
Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan barangan buatan tempatan kepada pengguna.
Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan.
Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.
Pendahuluan : Peribahasa yang menyatakan ‘hujan emas di negari orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baiklah di negeri sendiri’ mengajari kita betapa pentingnya menghargai dan
membanggakan apa-apa jua yang menjadi milik kita. Dalam konteks ini, kempen belilah
barangan buatan tempatan adalah menjadi wahana penting untuk dihayati dan seterusnya
mendapat sambutan tidak berbelah bahagi oleh masyarakat. Kempen dan galakan ini menjadi
inisiatif utama kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara yang dipacukan oleh
aliran tunai domestik. Sementara itu, dalam beberapa perspektif yang lain, galakan ini turut
memberikan impak yang positif kepada masyarakat pengguna dan meningkatkan perkembangan
ekonomi negara amnya.
Isi 1 : Membantu mempercepat pertumbuhan dana dalam negara – menyokong pertumbuan
Keluaran Dalam Negara Kasar di samping memberi kesan kepada meningkatnya pendapatan
perkapita penduduk – dengan kata lain masyarakat memiliki tukaran yang cukup
Isi 2 : Menyekat aliran tunai ke luar negara – kecairan tunai (modal) hanya berlegar dalam
pasaran tempatan – kini, sudah melebihi RM20 bilion wang mengalir keluar kerana mengimport
barang-barang makanan – aliran keluar meningkat berlipat ganda sekiranya barangan aksesori,
pakaian, peralatan mesin dan jentera yang terpaksa diimport
Isi 3 : Menyokong kreativiti anak-anak tempatan dalam sektor perniagaan – membantu
mempercepat pertumbuhan sektor PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) – pembelian yang
meningkat boleh mendorong pengusaha melipatgandakan keluaran di samping kualiti yang turut
meningkat
Isi 4 : Membantu merancakkan sektor perniagaan –perniagaan berkembang dengan lebih pantas
apabila pasaran aktif
Isi 5 : Pengguna memperoleh barangan yang relatifnya lebih murah dengan kualitinya yang
setaraf – murah kerana kos produk yang lebih rendah dan berkualiti kerana pemproesan
menggunakan teknologi moden dengan piawai ISO 9200
Kesimpulan : Daripada peribahasa, jauh-jauh seluang melaut akhirnya baliklah ke muara
membuktikan bahawa, selama-lama mana pun kita berbangga dengan kelebihan orang lain,
namun tidaklah lama kerana akan balik juga kepada asal usul. Hal yang demikian samalah
sifatnya apabila kita kesudahannya akan balik kepada cita rasa sendiri walaupun zahirnya sangat
berbangga dengan barangan asing. Seyogia berilah sokongan yang tidak bergelah bahagi
terhadap galakan membeli barangan tempatan.
4. Peninggalan sejarah seperti Tembok Besar China di China, Taj Mahal di India dan Candi
Brobodur di Indonesia sentiasa menjadi daya tarikan pelancong si seluruh dunia.
Bincangkan kepentingan peninggalan sejarah kepada sesebuah negara.
NOTA : Sila ubah suai soalan ini dengan rangka jawapan soalan di bawah
Pengetahuan tentang sejarah dikatakan teras kepada pembentukan tamadun sesuatu bangsa.
Malangnya sejak akhir-akhir ini sindrom buta sejarah telah melanda generasi muda.
Ulaskan pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan lulus sejarah pada peringkat
SPM.
Pendahuluan : Perbuatan mengoyak-ngoyak Jalur Gemilang, mempersendakan kalimat dalam
lagu Negaraku, merosakkan sumber alam semula jadi, bersekongkol dengan musuh negara,
rasuah, dan tidak menghormati undang-undang adalah antara anasir kerendahan budi bahasa dan
lunturnya jiwa patriotik. Namun demikian, fenomena seumpama itu seolah-olah menjadi
kepuasan kepada sesetengah individu untuk menunjukkan diri mereka hebat. Mereka berbangga
apabila dikatakan berjaya merobek-robek sistem perundangan, peradaban, dan budaya
masyarakat. Tingkah laku keji seperti ini sudah pasti boleh meruntuhkan nilai patriotisme dalam
kalangan rakyat seandainya tiada sebarang tindakan proaktif diambil. Menyedarinya, kerajaan
telah mengambil pendekatan mewajibkan subjek sejarah kepada semua pelajar, malahan subjek
tersebut diwajibkan lulus pada peringkat SPM. Walaupun terdapat reaksi pro dan kontra, saya
berpendapat langkah tersebut sebagai kena pada masa dan situasi untuk mengembalikan hak dan
maruah negara agar tidak dicacatcelakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Isi 1 : Dapat melahirkan rakyat yang sedar akan asal usul – kejahilan terhadap asal usul boleh
melahirkan individu yang mudah menderhaka – sejarah memberikan maklumat tentang keadaan
sebenar tanah air dan bangsa sendiri - dapat membezakan dengan situasi di negara lain – tidak
dengan sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah negara
Isi 2 : Dapat menjelaskan tentang kedudukan sebenar masyarakat dan sistem politik masyarakat
majmuk di Malaysia – mendidik rakyat agar faham dan tahu bertolak ansur dalam kalangan
masyarakat majmuk – bersatu untuk membentuk bangsa Malaysia berasaskan permuafakatan
dalam kontrak sosial
Isi 3 : Mendidik rakyat memahami sistem bernegara – sejarah sebagai sumber mengubah tingkah
laku rakyat agar faham sistem pemerintahan sesebuah negara – mendidik rakyat menghormati
pemimpin, menghormati kewujudan perbezaan kaum, agama, budaya, dan bahasa
Isi 4 : Elemen (alat penting) membantu mempercepat pembangunan negara – rakyat yang faham
sejarah akan patuh kepada negara – sentiasa berusaha memajukan tanah air – tidak menimbulkan
angkara yang membawa suasana ketidaktenteraman dalam masyarakat dan negara – keamanan
boleh meningkatkan daya produktiviti negara
Isi 5 : Sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara – rasa sayang dan terhutang budi
kepada negara – bersedia pada bila-bila masa menjadi tulang belakang pertahanan negara –
menjaminkan ketenteraman dan keamanan negara
Kesimpulan : Ratusan tahun kita berjuang untuk mengembalikan maruah dan kemerdekaan tanah
air. Kini setelah 56 tahun negara mengecapi kemerdekaan setiap rakyat harus merasai sendiri
denyut nadi mengecapi nikmat kemerdekaan. Kita perlu ingat bahawa, mempertahankan
kemerdekaan dan kemakmuran yang telah lama dikecapi adalah lebih susah. Oleh itu, seandainya
wujud sikap talam dua muka akibat buta sejarah maka amat wajarlah kerajaan mengambil
langkah segera untuk mewajibkan syarat lulus sejarah dalam peperiksaan seandainya langkah
tersebut boleh menyelamatkan masa depan negara.
PULAU PINANG
1. Anda telah berpeluasng bercuti bersama-sama dengan keluarga di tempat pelancongan yang
terkenal di Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan di
Malaysia lebih menarik.
Pendahuluan : Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh pelbagai
agensi sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut
disokong oleh pihak kerajaan dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini
Malaysia mula dikenali di saentero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah,
dan eksotik. Sebagai contoh, pada tahun 2012, Malaysia telah menyasarkan jumlah kemasukan
pelancong kepada 30 juta orang dengan anggaran tukaran asing sebanyak RM30 bilion. Sejajar
dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi
negara, maka semua pihak di Malaysia patut memainkan peranan aktif masing-masing.
Isi 1 : Penglibatan aktif agensi kerajaan - Kementerian Pelancongan - agensi-agensi di bawah
kementerian berkenaan perlu aktif mempromosikan Malaysia ke peringkat global
Isi 2 : Inisiatif hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga - menyokong dan
mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara - membangunkan
prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan
Isi 3 : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan
masing-masing - mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan - membangunkan tempat-
tempat yang berpotensi menjadi daya tarikan pelancong
Isi 4 : Minda masyarakat hendaklah lebih berfikiran terbuka dan positif terhadap industri
pelancongan - melihat sektor pelancongan secara positif - menyokong usaha pihak kerajaan dan
PBT menjaga alam sekitar - mengamalkan budaya sopan santun, peramah, dan berbudi bahasa
Isi 5 : Penglibatan aktif duta-duta di luar negara - menyampaikan mesej yang jelas tentang
Malaysia
Kesimpulan : Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat strategik untuk
dikunjungi oleh pelancong-pelancong sama ada dari Timur atau Barat. Peluang harus
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya pada masa ini apabila Malaysia begitu popular kepada
pelancong dari Timur Tengah dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah
bijak direbut, bak kata peribahasa rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.
2. Kenaikan harga barangan harian telah menyebabkan ahli keluarga melakukan pelbagai usaha
untuk menjimatkan perbelanjaan.
Huraikan usaha-usaha tersebut.
Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa tahun 2008 hingga kini merupakan tempoh
getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan
mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup
menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang
tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia,
India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun
amaran seperti itu perlu diambil serius agar dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi
mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap keluarga haruslah mempunyai pelan dalam
merancangkan perbelanjaan berhemat sekonyong-sekonyong tidak menjadi mangsa krisis
kenaikan harga barang.
Isi 1 : Mengamalkan latihan berjimat cermat
- amalan yang harus dipupuk sejak kecil
- memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga seperti menyayangi harta benda, berbelanja
secara
berhemat, dan menjauhi amalan boros
Isi 2 : Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan
- penyimpanan melalui institusi kewangan dan pelaburan saham
- berjimat cermat sewaktu senang dengan memperuntukkan lebihan belanja untuk simpanan
Isi 3 : Mendidik anak-anak dan ahli keluarga agar sentiasa berpada-pada dengan kemampuan
yang
ada
- tidak meminta-minta sesuatu yang berlebih- lebihan
- tidak melampau dan meniru cara hidup di luar kemampuan
Isi 4 : Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja di luar kemampuan
- keinginan untuk hidup bergaya melebihi kemampuan
- cepat terpengaruh dengan pelbagai iklan dan pujukan atau tawaran jualan murah dan pesta
jualan
Isi 5 : Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk
- elakkan sifat meninggi diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga
- mendidik anak-anak supaya tidak terikut-ikut dengan gaya hidup mewah jiran atau rakan-
rakan
Kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara
belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah disebabkan sikap yang
terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban
terutama dalam krisis gawat seperti ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah.
Oleh itu, rancanglah strategi perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-
dikit, hendak papa bertabur urai.
3. Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah
menjadi pilihan masyarakat sekarang.
Ulaskan pernyataan tersebut.
4. kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah meninggalkan pelbagai kesan.
Jelaskan kesan-kesan kemasukan warga asing ke negara tersebut.
Sejarah telah memaparkan bukti apabila negara-negara perindustrian di Eropah memulakan era
perindustrian dengan cara membuka dasar buruh yang telus. Dasar tersebut telah menggalakkan
rakyat dari negara-negara Dunia Ketiga berhijrah ke negara mereka atas dasar keperluan buruh.
Kini amalan seperti itu berterusan berlaku di Eropah walaupun dalam bentuk yang berbeza.
Musibahnya, apabila dasar tersebut dipermudah, pelbagai implikasi negatif terpaksa ditanggung
oleh negara-negara perindustrian di Eropah. Amalan tersebut kini turut sama dikongsi oleh
negara-negara perindustrian baru termasuk Malaysia juga. Malang sekali apabila dasar buruh
asing ini gagal diurus dengan sempurna telah memberi impak yang cukup negatif kepada negara
penerima. Pelbagai kesan sama ada ekonomi, sosial, dan politik terpaksa ditanggung oleh
negara-negara penerima. Keadaan tersebut tidak terkecuali kepada Malaysia juga.
Isi 1 : Masalah yang timbul dalam menentukan status pekerja - pekerja tanpa permit mengatasi
yang sah - tidak terikat dengan segala sistem, peraturan dan undang-undang negara - sukar untuk
mengambil tindakan terhadap golongan ini
Isi 2 : Pendatang bebas melakukan pelbagai aktiviti yang bertentangan dengan dasar dan
peraturan negara - melakukan kegiatan jenayah – kini kadar jenayah terlalu kritikal di Malaysia -
bebas menyusup masuk dan keluar terutama selepas melakukan jenayah (sindiket pengedaran
dadah antarabangsa oleh warga Iran manakala masalah samseng dan jenayah oleh warga Afrika)
Isi 3 : Mengancam keselamatan negara - kehidupan aman dan harmoni yang dirasai rakyat sejak
dulu benar-benar tergugat - pihak keselamatan negara tidak menang tangan untuk menangani
gejala jenayah yang meningkat dengan mendadak
Isi 4 : Dalam aspek sosial, merampas segala peluang rezeki rakyat tempatan -menguasai pasaran
buruh dan sektor perladangan -membuka ruang agar majikan dengan sewenang-wenangnya
melupakan tanggungjawab sosial terhadap warganegara sendiri
Isi 5 : Menyebarkan pelbagai pengaruh asing yang negatif dan destruktif - gaya hidup samseng
dengan pergaulan bebas - membebaskan diri daripada sebarang ikatan adat, norma, budaya, dan
etika masyarakat setempat - tiada rasa hormat terhadap masyarakat tempatan
Isi 6 : Menimbulkan pelbagai keresahan dan ketidaksetabilan dalam masyarakat -mengganggu
gugat sistem masyarakat setempat - mengamalkan perkahwinan dengan rakyat tempatan yang
tidak mengikut tatacara undang-undang dan agama - menculik dan melarikan anak-anak gadis
tempatan ke luar negara
Kesimpulan : Tempelak peribahasa pernah menyatakan, iaitu hajat di hati nak peluk gunung,
malang terpeluk biawak celaka. Inilah situasi yang terpaksa kita hadapi kini. Gejala pendatang
asing yang pada hematnya untuk membantu mempercepat agenda pembangunan di negara ini
telah memusibahkan kita dengan pelbagai ancaman. Sesungguhnya, sudah sampai masanya agar
semua pihak menilai semula akan keperluan mengambil buruh asing tanpa mengambil kira masa
depan negara..
WP KUALA LUMPUR
1. Setiap murid perlu menghormati dan menghargai jasa guru di sekolah. Huraikan pendapat
anda dalam usaha menghargai jasa guru di sekolah.
“Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu”. Sebagai pelajar yang telah
berjaya, anda ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada sekolah dan guru-guru
yang mendidik anda.
Tulis teks ucapan untuk melahirkan perasaan anda itu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera’
Yang saya hormati Puan Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK
Ambang Saujana, Tuan Haji Ramli Bin Mohd Zaini, Yang Dihormati para guru dan seterusnya
rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Atas limpah kurnia Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasihani, saya melafazkan
kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita dapat berjumpa dalam majlis yang amat besar ertinya
kepada warga SMK Ambang Saujana. Kita sangat bertuah dan bersyukur kerana di sekolah
inilah tempat kita belajar, bermain, berkawan, bermesra dengan para guru dan seterusnya
melakarkan kejayaan.
Hadirin sekalian,
Air jernih genang-genangan
Alir deras jernih di hulu
Tempat jatuh lagi dikenang
Inikan pula tempat menimba ilmu
Pantun di atas dengan sesungguhnya, saya dedikasikan untuk para guru dan khususnya untuk
SMK Ambang Saujana yang telah banyak menaburkan budi kepada saya dan saudara saudari.
Istimewa pula, pada hari yang bertuah ini, kita diraikan sekali lagi kerana mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Hadirin sekalian,
Sebelum menelusuri lebih jauh, saya terlebih dahulu mengambil peluang untuk
mengimbau semula sejarah lima tahun yang silam ketika saya dan rakan-rakan mendaftarkan diri
di sekolah ini. Sebagai pelajar baru, kita seolah-olah lembu masuk kampung semasa pertama kali
melepasi pintu pagar sekolah. Pelbagai perasaan berbaur dalam benak fikiran tentang alam
persekolahan menengah yang bakal kita tempuhi. Perasaan gerun, seronok, dan cemas bertukar
ganti mengusik emosi. Maklumlah, pada waktu itu kita dikelilingi oleh pelajar-pelajar yang lebih
senior dan ada dalam kalangan mereka yang bertubuh gempal dan sasa. Malahan perkara yang
lebih rumit lagi, sesama kita pun belum kenal antara satu sama lain. Namun begitu, semua
perasaan tersebut tidak lama berada di dalam minda apabila para guru yang cukup berdedikasi
dan penyayang telah membimbing kita. Atas keramahan dan manis muka para guru dan rakan-
rakan senior, kita meniti hari-hari berlalu tanpa disedari. Natijahnya, sekarang kita telah menjadi
sebahagian daripada insan bertuah yang diraikan oleh phak sekolah atas kejayaan cemerlang
dalam peperiksaan SPM yang lalu.
Para pendidik yang dihormati sekalian,
Alhamdulillah, tiada kalimah seindah madah untuk saya lafazkan atas kejayaan meraih
keputusan paling cemerlang yang saya peroleh. Memang benar, rajin dan usaha tangga kejayaan.
Namun apa-apapun, kejayaan meraih 9 1A yang terpampang di hadapan mata bukanlah perkara
gampang. Sebaliknya, tanpa usaha dan komitmen yang cukup dedikasi daripada para pendidik
dan pengurusan sekolah, kejayaan yang berada dalam tangan saya dan rakan-rakan adalah suatu
misi yang mustahil. Kami cukup yakin, setitis liur basah yang terpercik daripada lidah seorang
pendidik adalah sumber yang menjadi mutiara ilmu. Terima kasih cikgu! Sesungguhnya, jasamu
akan kami kenangi bak seluas lautan yang tidak bertepian .
Rakan-rakan sekalian,
Selama lima tahun kita menimba ilmu di sini, bukan perihal akademik sahaja yang
menjadi agenda pihak sekolah, malahan pembinaan sahsiah dan jati diri turut dirancang. Kita
dididik menjadi insan serba boleh dalam bidang kurikulum, kokurikulum, pemantapan rohani
serta bermotivasi. Pelbagai program kecemerlangan sama ada yang berunsurkan akademik
mahupun kokurikulum telah berjaya membentuk diri kita menjadi insan yang hebat dan
cemerlang. Betapa tidak, sekolah ini adalah antara yang tersohor dalam kalangan institusi
menengah di negeri ini. Kita cemerlang dalam setiap peperiksaan awam, kita hebat dalam
beberapa acara sukan serta kita amat digeruni dalam beberapa pertandingan koakademik seperti
pidato, koir, dan persembahan kebudayaan. Pendek kata, kita telah membuktikan kemampuan
untuk menjadi insan yang seimbang. Sesungguhnya, semua kejayaan tersebut tidak lain dan
tidak bukan kerana guru-guru yang amat dedikasi yang berada di hadapan kita.
Hadirin sekalian,
Bercakap bagi pihak diri saya sendiri, perasaan gembira, terharu dan bangga masih
belum mampu saya lahirkan sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun tingkah laku. Tanpa
dibatasi oleh apa-apa sempadan, saya menganggap guru-guru sebagai ibu dan ayah kepada saya.
Mereka menyuluhi saya sinar hari depan yang meyakinkan. Mereka amat penyayang dan mereka
amat prihatin. Saya percaya walaupun setinggi langit tangan menyapu awan, saya tidak mampu
menoleh pandang melainkan SMK Ambang Saujana tetap di hati dan pasti kekal abadi mencipta
sejarah. Izinkan saya mengambil segala inspirasi yang tuan-tuan dan puan-puan telah ilhamkan
sepanjang mendidik saya. Saya bertekad untuk membalas budi anda dengan membawa balik
kejayaan yang lebih cemerlang. Saya berjanji, demi anak nusa yang terdidik sempurna di sini,
tidak sama sekali-kali berlaku kacang melupakan kulit sebaliknya tidak jauh seluang melaut
balik juga ke muara. Insya-Allah,
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
Diri kita ibarat setinggi-tinggi terbang bangau hinggap semula di belakang kerbau.
Janganlah terjadi, daun melayang jauh perdu dilupakan. Pada kesempatan ini, saya menyeru
rakan-rakan yang bersama-sama mencipta kecemerlangan di sini agar menyimpan iltizam untuk
kembali kepada ibu kandung bagi menabur khidmat dan bakti. Ayuh, masa kita di sini sudah
tamat dan kita buka episod baru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Yang penting kepada kita, jangan sekali-kali kita pergi sehingga melupakan tempat jatuh bangun
di sini kerana, “Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu”. Selepas
mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi sentiasalah kembali menjenguk sekolah yang
telah mencipta sejarah cemerlang kita. Ingitlah pesan peribahasa, daun boleh melayang jauh,
tetapi getah tetap mengalir ke perdu.
Hadirin sekalian,
Berat hati dan longlai langkah untuk saya pergi meninggalkan sekolah ini. Lipatan
sejarah yang telah ternukil sepanjang dididik di sini terus menjadi usikan kenangan. Insya-Allah
selagi hayat dikandung badan, budi para pendidik tetap dikenang bak budi setahun segunung
intan. Saya berdoa semoga Allah mencurahkan rahmat dan keberkatan kepada tuan-tuan dan
puan-puan agar terus berdedikasi dalam mendidik anak-anak nusa. Izini kami pergi, dengan saya
abadikan serangkap pantun,
Burung terbang melintas sempadan
Terbang menuju muara segara
Biar jauh berbilang lautan
Sebutir katamu menjadi mutiara
Sekian terima kasih.
2. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak
mementingkan keindahan dan kebersihan alam sekitar.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-
anak menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar.
3. Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tentang usaha menangani gejala rasuah dalam
kalangan masyarakat.
Tuliskan wawancara tersebut selengkapnya.
Latihan 1 : Pelbagai bentuk penyelewengan seperti rasuah, penipuan, dan menyalahgunakan
harta kerajaan untuk kepentingan peribadi semakin menular sejak belakangan ini. Perbuatan keji
tersebut boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada negara dan perlu ditangani dengan
segera.
Bincangkan kesan-kesan penyelewengan kepada negara dan cadangkan langkah-langkah untuk
menanganinya daripada berleluasa.
Pendahuluan : Sekali dalam setahun, yakni pada setiap kali laporan audit oleh Ketua Audit
Negara, pelbagai amalan salah laku dan penyelewengan yang membabitkan wang rakyat
terpampang di dada-dada akhbar. Berdasarkan laporan audit pada Oktober 2012,
sebanyak RM42.138 Bilion wang negara telah dibelanjakan secara salah dan mengalami
kerugian. Masya-Allah, alangkah banyaknya wang negara yang lesap angkara bikinan tangan-
tangan yang tidak amanah. Inilah sikap telunjuk lurus kelengkeng berkait dan pepat di luar
rencog di dalam yang masih menjadi duri dalam daging terhadap negara. Dengan kata lain,
amalan keji ini adalah berpaksikan nafsu besar yang mementingkan diri sendiri mengatasi
kepentingan negara dan masyarakat. Amalan-amalan mazmumah itu sudah pasti mendatangkan
pelbagai impak negatif kepada negara dan seyogia perlu ditangani segera dengan pelbagai
tindakan yang tegas.
Kesan-kesan negatif :
Isi 1 : Menjadi penghalang kepesatan pembangunan negara – berlaku ketirisan dan
ketidakjujuran - dana negara dicuri untuk kepentingan peribadi – matlamat menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 tidak akan terlaksana
Isi 2 : Negara akan muflis – perbendaharaan negara tidak mampu menyalurkan wang yang terlalu
banyak – simpanan (rizab) negara kosong – berlaku krisis hutang ( contoh negara Greece,
Sepanyol dan beberapa negara di Afrika sedang berdepan dengan ancaman muflis)
Isi 3 : Boleh mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara – kemerosotan ekonomi
menjadi punca utama sesebuah negara tidak stabil – berlaku protes dan tunjuk perasaan –
runtuhnya kuasa politik
Langkah-langkah :
Isi 4 : Melaksanakan undang pencegahan jenayah rasuah dan penyelewengan yang lebih tegas –
untuk mengurangkan tindakan salah laku dan amalan rasuah yang semakin leluasa – tindakan
undang-undang berdasarkan Kanun Aturcara Jenayah Seksyen 406 Kanun Keseksaan dengan
hukuman maksimum 10 tahun penjara dan sebatan dan Seksyen 409 kanun sama membawa
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda – tindakan hendaklah sekata tanpa memilih bulu
Isi 5 : Menanamkan kesedaran dan integriti dalam kalangan pemimpin dan rakyat – masyarakat
yang beramanah dan telus menjadi benteng ketahanan negara – melaksanakan pendidikan yang
berterusan dari peringkat awal persekolahan – kerajaan mewujudkan Institut Integriti Malaysia
(IIM)
Isi 6 : Memperkasakan pendidikan agama dan moral – wujud kesedaran atas rasa bersalah kerana
tindakan yang menyalahi peraturan – memperkasakan moral yang lebh suka menyumbang
daripada menerima – (mencontohi sikap ketelusan rakyat Jepun yang sanggup mengorbankan
diri dan kedudukan apabila terbukti tidak telus)
Kesimpulan : Amat tepat sekali apabila dikatakan amalan rasuah ibarat anai-anai yang memakan
sepohon kayu yang sasa pun pasti akan tumbang. Demikianlah, perbuatan rasuah yang menyamai
musuh dalam selimut dan tindakan bagaikan api di dalam sekam. Penularannya amat sulit,
namun kesannya terhadap kemusnahan sesebuah negara amat berbahaya sekali. Oleh itu, sebagai
rakyat Malaysia kita hendaklah menjauhi sikap menggunting dalam lipatan untuk memenuhkan
tembolok sendiri akhirnya negara menerima padah. Berwaspadalah dengan pesanan,“RASUAH
MUSUH NEGARA”.
4. Malaysia sentiasa mengadakan hubungan antarabangsa dengan negara-negara luar dalam
pelbagai bidang. Usaha ini sememangnya mendatangkan impak yang baik ke arah pembangunan
negara.
Huraikan faedah yang diperoleh negara-negara di dunia melalui kerjasama serantau.
Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita
yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang kita perlu kepada
sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya, “Aku jadikan manusia
daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling mengenali dan bertolong
bantu.” Oleh hal yang demikian, sebagai kerajaan yang bebas dan merdeka, Malaysia telah
mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh negara di dunia
tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.
Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara – menjalinkan
persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala)
dengan kerajaan di seluruh dunia - agar dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang
berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat
dunia
Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global - menjadikan Malaysia
sebagai hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu
pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali
cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan persefahaman
melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan
Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di
peringkat global - memperkenalkan produk Malaysia di pasaran antarabangsa – menjalinkan
hubungan dagang dan memperluas pasaran global – menarik lebih banyak pelaburan asing ke
Malaysia
Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam pelbagai
aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga
kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka
(KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu -
menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap
mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia - memperluas sistem
rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber -membangunkan minda dan peribadi
bangsa Malaysia agar setanding dengan warga dunia
Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus terkongkong dalam
belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana sebarang
gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap sebagai bangsa
yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita
memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada masyarakat dunia sekadar
yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.
YAYASAN ISLAM KELANTAN
1. Sekolah anda akan menganjurkan, “Minggu Kebersihan dan Keceriaan Sekolah”.
Berikan pendapat anda tentang program-program yang perlu dijalankan sepanjang minggu
tersebut.
2. Slogan “Membca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa budaya membaca akan melahirkan
masyarakat yang berilmu dan mendatangkan faedah yang besar kepada negara.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam
kalangan keluarga mereka.
Pendahuluan : Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat
mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan
membaca adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi
pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan
umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan
membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat
untuk membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian,
amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk
menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar
dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan
aktif untuk memupuk semula amalan membaca.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Keluarga perlu membudayakan amalan membaca sama seperti aktiviti tetap yang lain –
(amalan membaca Quran bagi keluarga Islam), amalan beriadah dan aktiviti menonton TV
dijadikan sama penting dan seimbang dengan amalan membaca
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah memiliki habit suka membaca – menanamkan sifat meneroka dan
mencari maklumat baru dengan membaca – membaca sebagai suatu penerokaan minda –
memberikan kesedaran kepada anak-anak tentang asyiknya membaca
Isi 3 : Menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang cukup – mempelbagaikan bahan bacaan
mengikut minat dan tahap – tidak boleh bergantung kepada minat sebelah pihak – fikirkan minat
dan kecenderungan anak-anak juga (ibu bapa tidak boleh terikat dengan membaca akhbar
semata-mata)
Isi 4 : Menghidupkan amalan mentor membaca dalam keluarga – ibu membaca kisah
penerokaan dan pengembabaraan kepada anak-anak yang masih kecil – bapa membaca sumber-
sumber berkaitan sejarah, politik dan ekonomi dengan anak-anak yang lebih matang
Isi 5 : Mengadakan rutin tetap mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke kedai buku atau
pameran buku (sekiranya ada) – memberi inovasi dan perspektif baru kepada anak-anak tentang
perkembangan dunia buku
Kesimpulan : Hidup dengan membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke
seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang
insan bijaksana melalui huruf dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, keluarga
yang sentiasa membaca boleh diibaratkan sebagai sedang mengembara ke seluruh polosok alam.
Dengan hal yang demikian, pupuklah minda ahli keluarga dengan amalan membaca.
3. Malaysia berpotensi menjadi destinasi pelancongan utama di rantau ini.
Bincangkan sumbangan sektor pelancongan kepada negara Malaysia.
Pendahuluan : Apabila berbicara perihal melancong, banyak orang yang akan mengalih pandang
sama ada ke negara-negara Barat mahu pun di negara-negara Asia Timur Jauh seperti Jepun,
Korea, dan Taiwan. Sebenarnya dalam ghairah kita melancong ke tempat lain, tanpa disedari
ramai pula pelancong asing yang datang ke negara kita. Oleh itu, jelaslah bahawa Malaysia pun
tidak kurang hebat dengan destinasi pelancongan yang menarik. Peluang tersebut wajar sekali
kita manfaatkan demi faedah kepada negara kerana industri pelancongan sangat banyak
impaknya kepada kemajuan ekonomi, sosial, dan politik sesebuah negara.
Isi 1 : Dari segi politik, hubungan antarabangsa dengan negara asing semakin meluas – imej
Malaysia akan dihebahkan oleh duta-duta tidak rasmi yang datang melancong
Isi 2 : Dalam aspek ekonomi – banyak sekali peluang ekonomi yang terjana – kemajuan kepada
industri pelancongan itu sendiri seperti dalam bidang perhotelan – memajukan industri hiliran
berkaitan pelancongan seperti makanan, pakaian, cenderamata, pengangkutan dan sebagainya.
Isi 3 : Dalam aspek sosial – masyarakat setempat memperoleh pelbagai pendedahan daripada
interaksi dengan orang asing – aspek budaya – bahasa dan cara berfikir
Isi 4 : Malaysia dapat memaksimumkan potensi negara – sistem pengangkutan yang
dibangunkan, kemudahan prasrana, alam sekitar yang terjaga dan semua potensi alam berjaya
dimanfaatkan
Isi 5 : Boleh mempertingkatkan tukaran asing – satu lagi peluang dalam bidang ekonomi – minat
yang tinggi daripada pelancong-pelancong dari Timut Tengah, Jepun, Korea, dan Eropah boleh
meningkatkan kadar tukaran mata wang negara.
Kesimpulan : Sektor pelancongan sebenarnya telah lama menjadi penjana ekonomi kepada
banyak negara di dunia. Walaupun industri pelancongan sering dilabelkan dengan pelbagai
implikasi yang negatif, namun imej tersebut boleh diatasi sekiranya rakyat Malaysia sendiri
memiliki jati diri yang kuat terutama dalam aspek budaya dan agama. Janganlah sebabkan nilai
setitik rosak susu sebelanga.
TERENGGANU
1. Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu
laporan tentang Hari Kokurikulum yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya.
2. Ibu bapa menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang, namun apabila anak-anak
meningkat remaja ada antara mereka yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial.
Jelaskan faktor-faktor yang mendorong berlakunya keadaan sedemikian.
Pendahuluan : Tokoh-tokoh psikologi menegaskan bahawa alam remaja ialah alam yang penuh
mencabar, indah, futuristik, dan kadang-kadang pincang. Tempoh usia remaja juga menjadi
wilayah usia yang memisahkan dunia kanak-kanak dan dewasa. Ada ketikanya remaja
menjadikan diri mereka seolah-olah sudah dewasa sebaliknya dalam situasi yang lain pula
mereka bagaikan keanak-anakan. Kadang-kadang mereka begitu agresif mencuba dan menuntut
perkara yang bukan-bukan. Sifat agresif dan mudah memberontak itulah yang meletakkan remaja
sebagai golongan yang sentiasa ghairah menuntut pelbagai kebebasan, namun kesudahannya
mereka terjebak dengan pelbagai masalah sosial.
Isi 1 : Remaja mahu mereka dilihat sudah benar-benar bebas
- mahu segera keluar daripada sebarang kawalan dan kongkongan
- berasa diri sudah bebas daripada tempoh alam kanak-kanak
- sudah yakin untuk membuat keputusan sendiri
Isi 2 : Remaja lebih yakin apabila berada dalam lingkungan rakan sebaya
- mahu diri dan kelompok diiktiraf
- berani membuat keputusan sendiri apabila berada dalam lingkungan rakan sebaya
- beranggapan ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua tidak mampu menyelami hati dan
perasaan mereka
- menggunakan pendekatan memberontak daripada nasihat dan berunding
Isi 3 : Amalan masyarakat kini yang lebih banyak memberikan kebebasan kepada remaja
- kesibukan ibu bapa bekerja
- kesuntukan masa ibu bapa memberikan peluang remaja lebih bebas
- mula mengenali alam pembebasan lebih awal daripada yang sepatutnya
- mula menunjukkan personaliti ingin bebas daripada sebarang kongkongan
Isi 4 : Terpengaruh dengan ideologi pembebasan di Barat
- pengaruh ideologi “Born to be free”
- pengaruh daripada kumpulan muzik rock metal dan heavy metal
- cuba mencari platform sendiri
Isi 5 : Tandus nilai-nilai peradaban Timur
- kejumudan dan kejahilan fahaman agama dan moral
- cuba memutuskan cengkaman keluarga, adat, dan masyarakat
- berbangga apabila dikenali sebagai remaja bebas
- menganggotai kumpulan pemuda rempit, skinhead, dan muzik liar
Kesimpulan : Kebebasan merupakan manifestasi daripada tuntutan semula jadi manusia.
Kebebasan dapat melahirkan insan yang berdikari, berani, dan tabah. Dengan memiliki
kebebasan, manusia dapat menentukan arah tuju dan pilihan ideologinya. Sungguhpun demikian,
apabila kebebasan dijadikan sebagai matlamat hidup, berkemungkinan manusia melakukan
pelbagai tindakan yang melebihi had etika, budaya, dan norma dalam masyarakat. Justeru, tidak
salah remaja memcari kebebasan asalkan kebebasan yang diperoleh bakal mematangkan diri
mereka.
3. Gejala rasuah dalam masyarakat boleh membawa banyak kesan negatif seperti manfikan hak
rakyat serta menjejaskan imej negara.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani gejala ini.
4. Pergolakan dan peperangan yang berlaku di sesebuah negara bukan sahaja menjejaskan
keamanan negara tersebut malahan turut menjejaskan negara-negara serantau.
Ulaskan peranan yang boleh dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan di
peringkat serantau dan dunia untuk menangani krisis ini.
Pendahuluan : “Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah”. Petikan daripada
peribahasa tersebut mendedahkan betapa besar sungguh impak daripada para pemimpin. Elok
pemimpin eloklah rakyat, sebaliknya apabila pemimpin rosak maka rakyatlah yang akan
menanggung sengsara. Pergolakan dan kempen berdarah yang melanda negara-negara Timur
Tengah benar-benar mendedahkan tembelang buruk para pemimpin yang gagal menguruskan
negara dan rakyat masing-masing. Demi keamanan sejagat, para pemimpin di seluruh dunia
hendaklah insaf bahawa mereka ialah penentu sama ada dunia ini sebagai syurga kehidupan
ataupun menjadi pentas neraka yang sengsaranya bertimpa-timpa ibarat lautan yang tidak
bertepi.
Isi 1 : Para pemimpin harus sedar mereka sebenarnya memikul amanah bukan sebagai penyebar
fitnah – sedar akan tanggungjawab kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh berjuta-juta
manusia berpunca daripada pemimpin – peristiwa Perang Dunia adalah berpunca daripada sikap
tidak bertolak ansur antara blok ‘Triple Antante dan Triple Alliance’
Isi 2 : Pemimpin mesti peka terhadap order dunia sekarang yang lebih mengutamakan
kebijaksanaan daripada kekerasan dan keganasan – kejatuhan beberapa pemimpin di negara-
negara Timur Tengah boleh dijadikan iktibar
Isi 3 : Pemimpin-pemimpin blok negara kaya bertanggungjawab menyelamatkan kesengsaraan di
negara-negara miskin dan tertindas – membantu atas dasar kemanusiaan bukan atas dasar
muslihat politik
Isi 4 : Badan Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hendaklah diberi lebih peranan untuk
menghalang penindasan pihak tertentu – kuasa veto kumpulan negara kuasa besar tidak wajar
diamalkan
Isi 5 : Wujudkan musyawarah dan baiah pemimpin seluruh dunia bahawa dunia ini sebagai
tempat keamanan dan berkasih sayang – elakkan sikap tamak dan gila akan kuasa
Kesimpulan : Berdasarkan kata-kata daripada Nabi SAW yang bermaksud, “ Tingkah laku rakyat
adalah bergantung kepada tingkah laku pemimpin” membuktikan bahawa peranan pemimpin
adalah amat besar dalam menerajui order dunia. Kebobrokan dunia yang terjadi pada hari ini
bukanlah berpunca daripada malapetaka alam mahupun kemiskinan dan sebagainya, tetapi akibat
tiada sikap tolak ansur antara pemimpin. Oleh itu, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.
SOALAN
Negara kita di ambang menjadi negara maju. Pelbagai persediaan perlu dilakukan untuk
memenuhi matlamat negara itu.
Cadangkan persediaan-persediaan yang harus dilakukan oleh rakyat Malaysia agar hala tuju
negara menjadi kenyataan.
ANALISIS KOMPONEN SOALAN
DIMENSI : NEGARA
ISU : NEGARA MAJU
TEMA : KE ARAH MENJADI NEGARA MAJU
FOKUS : PERSEDIAAN/LANGKAH- LANGKAH YANG PERLU DILAKSANAKAN
OLEH RAKYAT MALAYSIA
PENDAHULUAN;
GUNAKAN TEKNIK OLAHAN LAKARAN SEJARAH
CONTOH : Tarikh 28 Februari 1991, merupakan tarikh keramat dalam satu lagi proses anjakan
Malaysia moden. Tarikh tersebut ialah perisytiharan Wawasan 2020 (WW 2020) oleh mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Wawasan tersebut adalah untuk menjadikan
Malaysia berada sebaris dengan negara-negara maju dalam daya saing ekonomi berpendapatan
tinggi. Masa berlalu begitu pantas, kini tempohnya hanya tujuh tahun sahaja lagi untuk seluruh
rakyat Malaysia menggemblengkan seluruh usaha bagi merealisasikan matlamat keramat
itu. Kini, negara kita di ambang menjadi negara maju seyogia memerlukan pelbagai persediaan
dilakukan untuk memenuhi matlamat yang diimpi-impikan. Oleh hal yang demikian, seluruh
rakyat Malaysia hendaklah bersedia dari sekarang untuk menyahut seruan murni negara itu.
NOTA : Ayat yang bergaris ialah ayat tema soalan
ISI-ISI PENTING (IU)
I. Memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan (dunia dan akhirat)
II. Bersedia dengan kemahiran teknologi dan ICT
III. Menjadi rakyat yang lebih gigih daya saing
IV. Mempertahankan keamanan dan keharmonian (perpaduan) V. Berfikiran terbuka – menjanakan pemikiran berkelas dunia
OLAHAN ISI > GUNAKAN TEKNIK HURAIAN DALAM FORMULA 1 + 4 + 1 ATAU 1 + 5
+ 1.
Langkah ini adalah baik untuk kita peroleh minimum 90 patah perkataan dan maksimum 120
patah perkataan dalam setiap perenggan.
PANDUAN OLAHAN
ISI 1 ; (IU) memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan (dunia dan akhirat)
(Ayat Judul) - Dalam era pascamoden kini, rakyat Malaysia juga dituntut supaya bersedia
memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan…………………………………………………….
H1 : ilmu pengetahuan penting dalam menjanakan sesuatu perubahan
H2 : dengan ilmu rakyat dapat menggerakkan minda ke arah .......................................
H3 : contoh negara/kerajaan yang telah maju.............................................................
H4 : dalam cabaran/persaingan global rakyat Malaysia perlu ...................................
PW : sesungguhnya ilmulah ....................................................................................
CONTOH HURAIAN LENGKAP > Dalam merealisasikan hasrat menjadi negara maju, semua
pihak hendaklah memperlangkap diri dengan ilmu pengetahuan yang paling tuntas. Ilmu
pengetahuan amat penting dalam menjanakan sesuatu perubahan. Dengan adanya ilmu
pengetahuan, rakyat dapat menggerakkan minda ke arah yang lebih positif, dinamik dan maju.
Sebagai contoh, kebangkitan beberapa tamadun awal dunia seperti Mesir, Mesopotamia, Lembah
Hwang Ho, Greek Yunani dan banyak lagi adalah berteraskan ilmu pengetahuan. Dalam cabaran
global seperti sekarang, rakyat Malaysia hendaklah berani bersaing untuk menimba seberapa
banyak ilmu pengetahuan sama ada ilmu dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya, ilmulah yang
mampu memisahkan antara yang hak dan yang batil dan menjadi kandil yang menerangi
kehidupan dunia dan akhirat.
ULASAN ISI 1;
Ø Isi 1 menggunakan teknik olahan !/4/1
Ø Ayat judul mengambil tempat ayat yang pertama
Ø IU diletakkan sebagai klausa
Ø Huraian menggunakan formula, H1 (mengapa), H1 (mengapa), H2 (apa?), H4 (bagaimana?),
dan Pelengkap wacana (PW + ulang semula IU)
ISI 2 : Menggunakan olahan 1 + 5 + 1
(IU) Dalam era pascamoden kini, rakyat Malaysia juga dituntut supaya bersedia dengan
…………………………
H1 –… kem. tek/ICT telah menjadi jendela kemajuan…. - (W1)
H2 – …kuasa teknologi dan ICT adalah lebih gagah daripada kuasa bala tentera (W1)
H3 - …(Contoh: Luxembourg, Norway, Singapura, Switzerland, Hongkong….menjadi negara
yang paling kaya di dunia kerana dijanakan …… (W2)
H4 – Inilah hakikat peribahasa, kecil jangan…..
H5 - Menyedari hakikat tersebut, rakyat Malaysia hendaklah segera…… (H)
PW – …….impian negara maju menjelang 2020…….
CONTOH HURAIAN LENGKAP > Dalam era pascamoden kini, rakyat Malaysia juga dituntut
supaya bersedia dengan kemahiran teknologi dan ICT. Hal tersebut amatlah wajar kerana
kemahiran teknologi dan ICT telah menjadi pembuka jendela kemajuan dan pembangunan
sesebuah negara. Dalam dunia moden seperti sekarang, kuasa teknologi dan ICT adalah lebih
gagah daripada kekuatan bala tentera. Dalilnya adalah mudah apabila negara-negara kecil seperti
Luxembourg, Switzerland, Hong Kong, Singapura dan Norway telah menjadi negara terkaya di
dunia kerana dijanakan oleh kuasa teknologi. Inilah hakikat daripada peribahasa, kecil jangan
disangka anak, besar jangan disangka bapa. Menyedari hakikat tersebut, rakyat Malaysia perlu
bingkas untuk bangkit bersaing menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi.
Seandainya, rakyat Malaysia bersedia menyahut seruan ini, nescaya impian negara maju
menjelang 2020 akan menjadi kenyataan.
CUBA ANDA ANALISISKAN ITEM-ITEM DALAM ISI DI ATAS.
ISI 3 : Olahan 1 + 5 + 1
Maju atau mundur sesebuah negara adalah bergantung sepenuhya kepada rakyat yang
gigih berdaya saing. Memetik kata-kata filosof agung Aristotle,“Ukuran tamadun sesuatu bangsa
itu bukan terletak kepada kesuburan tanahnya, tetapi terletak kepada darjat bangsanya yang
berjiwa merdeka". Hal tersebut jelas kerana, rakyatlah yang akan menjadi tenaga penggerak
kejayaan sesebuah negara. Rakyat ialah modal insan dan sumber tenaga manusia untuk
menterjemahkan segala idea dan polisi yang dicetuskan oleh para pemimpin. Dalam konteks
negara maju, rakyat Malaysia hendaklah menjadi bangsa yang kuat, berani, cekal, dan gigih
berdaya saing. Kini, persaingan yang sengit di peringkat global sangat menuntut agar rakyat
Malaysia lebih proaktif, kreatif, dan lebih kompeten setanding dengan bangsa-bangsa yang telah
maju. Sejajar dengan revolusi maya dan persaingan siber juga, rakyat Malaysia hendaklah yakin
bahawa kegigihan dan semangat juang yang tinggi bakal menjadikan kita bangsa yang dihormati
kerana kita juga duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka. 148 pp.
ISI 4 : Olahan 1 + 5 + 1
Kegemilangan sesebuah negara adalah berkait rapat dengan situasi dalam negara yang
sentiasa aman dan harmoni. Oleh itu, setiap insan yang amat cinta akan negara hendaklah
berusaha mempertahankan keamanan dan keharmonian (perpaduan). Hal ini tidak dapat
dielakkan kerana, keamanan menjadi nadi utama untuk membolehkan sesebuah negara
cemerlang dalam segala bidang. Bidang-bidang seperti ekonomi, perdagangan, dan perindustrian
amat memerlukan kepada persekitran yang tenteram dan kondusif. Kita sedar, beberapa wilayah
yang sedang bergolak telah menafikan sama sekali peluang untuk mencapai kemajuan. Akhirnya,
sistem politik pincang, kesejahteraan sosial bergoyang, dan ekonomi pula turut tumbang.
Menyedari fenomena yang tersebut sangat berbahaya, justeru seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum dan fahaman hendaklah kembali bertaut dan berpadu. Kita perlu ingat kepada
telahan peribahasa, jong pecah yu yang kenyang..
ISI 5 : olahan 1 + 5 + 1
Berfikiran terbuka – menjanakan pemikiran berkelas dunia
Peribahasa Melayu menukilkan bahawa, “Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis
bicara”. Hal tersebut menjelaskan bahawa pentingnya proses berfikir sebagai usaha mengangkat
ketamadunan sesuatu bangsa. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia hendaklah mengangkat
paradigma berfikir dengan cara menjanakan pemikiran berkelas dunia. Pemikiran berkelas dunia
yang merujuk kepada cara berfikir bangsa-bangsa yang telah maju dan bersedia bersaing secara
sihat. Langkah terpenting untuk merealisasikan tujuan tersebut adalah dengan cara kesediaan
untuk belajar, berani menghadapi cabaran dan bersedia untuk meneroka peluang yang
melampaui sempadan antarabangsa. Pendek kata, rakyat Malaysia hendaklah mencipta nama di
mana-mana jua di persada alam yang terbentang luas ini. Langkah ini perlu diterjemahkan sejajar
dengan pengajaran dalam sepotong ayat al Quran, “Bahawa, adakah sama golongan yang
berilmu (berfikir) dengan golongan yang jahil?”.
KESIMPULAN : Penanda wacana + tema + langkah-langkah/tindakan + harapan
Kesimpulannya, impian untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020
hendaklah diterjemahkan dengan setiap rakyat Malaysia memberikan komitmen yang tidak
berbelah bahagi. Ilmu pengetauan, kemahiran, semangat dan daya saing yang gigih perlu
dijadikan matlamat (maqasid) dalam mencapai sesuatu kejayaan. Selepas itu, rakyat Malaysia
juga hendaklah yakin dengan inisiatif yang telah disusunaturkan. Semua pihak perlu
bergandingan tangan ibarat ke gunung sama didaki dan ke lurah sama dituruni semoga niat murni
kita menjadi suatu lagi catatan dalam sejarah negara.
PANDUAN MENGARANG
SOALAN :
Anda bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Bincangkan persediaan yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita anda itu.
PENDAHULUAN:
Olahan isu soalan ini menggunakan teknik petikan @ rujukan sumber yang berkaitan dengan
tema soalan. Petikan yang diambil adalah daripada kata-kata mantan Presiden Indonesia
(Sukarno) tentang maksud cita-cita. Lihat contoh lengkap pendahuluannya;
Berpandukan kata-kata mantan Presiden Sukarno, “Gantunglah cita-citamu di bintang yang
tinggi sekalipun kakimu mencecah perlimbahan” membuktkan bahawa kita hendaklah
meletakkan impian yang tinggi seandainya mahu mencapai kejayaan. Cita-cita menjadi pandu
arah dan kompas matlamat hidup. Cita-cita hendaklah disemai ketika usia muda dan terus
dipupuk sehingga berjaya. Melihatkan kejayaan golongan korporat dan usahawan, saya sangat
teruja untuk menjadi seorang usahawan dan membina sebuah empayar perniagaan sebaik tamat
pengajian. Namun begitu, saya sedar impian tersebut bukanlah mudah untuk dicapai. Oleh itu,
persediaan yang rapi hendaklah saya mulakan dari sekarang. Saya yakin sekiranya saya bersedia
dari sekarang, insya-Allah semua impian akan menjadi kenyataan.
Isi karangan :
Isi karangan disusun mengikut pemeringkatan dengan ISI UTAMA (IU) dijadikan induk kepada
perkembangan idea yang seterusnya ataupun yang disebut sebagai huraian. Sementara itu, semua
ayat huraian menggunakan formula 1 + 4 + 1 = 6 ayat dalam setiap satu perenggan isi. Sila ikuti
setiap isi yang disusun untuk panduan anda membuat huraian.
Isi 1:
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Saya sedar untuk berjaya sebagai seorang usahawan, saya
hendaklah menanamkan cita-cita untuk berjaya dalam bidang yang dihajati sejak kecil...........
Isi-isi sokongan :
H1 : penanda wacana amatlah penting kerana untuk berjaya kita perlu mempunyai hala
tuju yang jelas.
H2 : Saya sangat akur dengan hakikat bahawa hidup tanpa cita-cita ibarat
......................................................................................................(masuk peribahasa yang sesuai)
H3 : penanda wacana merealisasikan cita-cita murni itu, saya hendaklah sentiasa mengikuti
perkembangan ikon-ikon yang telah berjaya dalam bidang berkenaan
H4 : penanda wacana dimakbulkan Tuhan, saya bercita-cita untuk menjadi usahawan dalam
bidang ........................ (masukkan cita-cita anda sendiri)
Penutup perenggan : penanda wacana hajat terlaksana saya tidak akan putus-putus
berdoa ke hadrat Ilahi, moga-moga memperoleh limpah rahmat-Nya.
Huraian lengkap :
Saya sedar untuk berjaya sebagai seorang usahawan, saya hendaklah menanamkan cita-
cita untuk berjaya dalam bidang yang dihajati sejak kecil. Hak demikian amatlah penting kerana,
untuk berjaya kita perlulah mempunyai hala tuju yang jelas. Saya sangat akur dengan akikat
bahawa hidup tanpa cita-cita ibarat gahnya sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Demi
merealisasikan cita-cita murni itu, saya hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan ikon-ikon
yang telah berjaya dalam bidang perniagaan seperti mengikuti jejak langkah Tan Seri Syed
Mokhtar Al Bukhary. Seandainya, dimakbulkan oleh Tuhan, saya bercita-cita untuk menjadi
usahawan dalam bidang ......................................... (masukkan cita-cita anda sendiri). Untuk
memastikan hajat terlaksana, saya tidak akan putus-putus berdoa ke hadrat Illahi, moga-moga
memperoleh limpah rahmat-Nya sama ada di dunia mahupun di akhirat (105 patah perkataan).
Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Dalam merealisasikan cita-cita tersebut, saya perlulah mengikuti
jurusan pengajian yang sesuai sama ada di peringkat menengah mahupun di IPT
.......................................
Isi-isi sokongan :
H1 : Langkah tersebut penting kerana ilmu pengetahuan yang dipelajari akan membantu
kita meneroka sesuatu bidang yang sesuai
H2 : penanda wacana bidang yang sesuai untuk saya pilih tentulah jurusan akaun dan
keusahawanan
H3 : Sebagai asas dan permulaan, saya akan berjinak-jinak dengan berlatih berniaga secara
kecil-kecilan seperti menjual ................................................... (masukkan perkataan
anda)
H4 : penanda wacana di sekolah, saya hendaklah bergiat aktif dalam koperasi sekolah dan
menjadi ahli persatuan keusahawanan
Penutup perenggan : penanda wacana saya amat yakin dengan kata-kita hikmat, “di mana-
mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.
Huraian lengkap :
Dalam merealisasikan cita-cita tersebut, saya perlulah mengikuti jurusan pengajian yang
sesuai sama ada di peringkat menengah mahupun di IPT. Langkah tersebut adalah penting kerana
ilmu pengetahuan yang dipelajari akan membantu saya meneroka sesuatu bidang yang sesuai
dengan matlamat yang diimpi-impikan. Oleh itu, bidang pengajian yang sesuai untuk saya pilih
tentulah jurusan akaun dan ilmu keusahawanan. Sebagai asas dan permulaan, saya akan berjinak-
jinak dengan berlatih berniaga seperti menjual kad prabayar, mencetak kemeja T, dan menjual
bahan-bahan cenderamata yang kecil-kecil dahulu. Sementara itu, sewaktu di sekolah, saya
hendaklah bergiat aktif dalam koperasi sekolah dan menjadi ahi dalam persatuan keusahawanan.
Sesungguhnya, saya amat yakin dengan kata-kata hikmat, “di mana-mana ada kemahuan, di situ
ada jalan”. (106 patah perkataan)
Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Langkah yang paling tepat (strategik), saya hendaklah memulakan
kerjaya berniaga sebaik tamat pengajian di IPT.
Isi-isi sokongan :
H1 : Langkah tersebut penting supaya saya tidak perlu teragak-agak untuk mencari kerjaya
alternatif selain berniaga.
H2 : penanda wacana semua ilmu yang saya peroleh semasa di sekolah dan di IPT masih
lagi segar dalam ingatan dan dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin
H3 : Apabila menceburi bidang perniagaan pada usia yang masih muda, saya akan dapat
merasai pengalaman jatuh bangun dan pahit getir dalam menjalankan perniagaan
H4 : penanda wacana semua pengalaman yang ditempuhi menjadikan saya lebih yakin
untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
Penutup perenggan : penanda wacana untung dan rugi adalah lumrah dalam dunia
perniagaan, namun saya tetap berpegang teguh dengan Sabda Nabi SAW bahawa,
“Sembilan persepuluh daripada kekayaan adalah datang daripada perniagaan”.
Huraian lengkap :
Langkah yang paling tepat (strategik), saya hendaklah memulakan kerjaya berniaga
sebaik tamat pengajian di IPT. Langkah tersebut adalah penting supaya saya tidak perlu teragak-
agak untuk mencari kerjaya alternatif (lain) selain berniaga. Manakala semua ilmu yang saya
peroleh semasa di sekolah dan di IPT masih segar dalam ingatan dan dapat dipergunakan dengan
sebaik mungkin. Apabila menceburi bidang perniagaan pada usia yang masih muda, saya akan
dapat merasai pengalaman jatuh bangun dan pahit getir dalam menjalankan perniagaan.
Sebenarnya, semua pengalaman yang ditempuhi menjadikan saya lebih yakin untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Sememangnya, untung dan rugi adalah lumrah dalam dunia
perniagaan, namun saya tetap berpegang teguh dengan Sabda Nabi SAW bahawa, “Sembilan
persepuluh daripada kekayaan adalah datang daripada perniagaan”. (112 patah perkataan)
Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Dalam memastikan niat untuk berjaya dalam dunia perniagaan,
saya hendaklah mengamalkan disiplin yang tinggi.
Isi-isi sokongan :
H1 : penanda wacana bahawa disiplin merupakan anak kunci untuk sesiapa jua yang
inginkan kejayaan.
H2 : Perihal seperti menepati masa, menguruskan hal-hal kewangan serta mengelak
daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah adalah terlalu penting bagi seseorang
usahawan.
H3 : penanda wacana saya hendaklah mengamalkan sikap yang telus, menepati masa dan
jujur apabila berurusan dengan pelanggan.
H4 : penanda wacana saya hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi dan percaya akan
diri sendiri jikalau mahu berjaya.
Penutup perenggan (PW) : penanda wacana saya hendaklah yakin bahawa disiplin,
keyakinan diri dan daya usaha adalah menjadi intipati sesuatu kejayaan
Huraian lengkap :
Dalam memastikan niat untuk berjaya dalam dunia perniagaan, saya hendaklah
mengamalkan disiplin yang tinggi. Jelas sekali bahawa disiplin merupakan anak kunci untuk
sesiapa jua yang inginkan kejayaan. Perihal seperti menepati masa, menguruskan hal-hal
kewangan serta mengelak daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah adalah terlalu
penting bagi seseorang usahawan. Dengan hal yang demikian, saya hendaklah mengamalkan
sikap yang telus, menepati masa dan jujur apabila berurusan dengan pelanggan. Oleh itu, saya
hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi dan percaya akan diri sendiri jikalau mahu berjaya.
Sudah sewajarnya, saya perlu yakin bahawa disiplin, keyakinan diri dan daya usaha adalah
menjadi intipati kepada sesuatu kejayaan (96 patah perkataan).
Kesimpulan : Merujuk pepatah, membilang daripada esa, mengaji daripada alif, hujan berpokok
dan kata berpangkal membuktikan bahawa semua urusan hidup kita hendaklah dimulakan dari
awal. Setiap kejayaan hendaklah dimulakan dengan gigih dan ikutlah tertib berkerja dengan
disiplin yang tinggi. Insya-Allah setiap niat yang baik dan disusuli dengan usaha yang gigih pasti
beroleh kejayaan.
ULASAN SOALAN 4, SPM 2012
Soalan 4 (DIMENSI GLOBAL).
SOALAN :
Produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin
kebersihan dan kesuciannya.
Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini.
CONTOH JAWAPAN
Memetik firman Allah dalam al Quran (Surah al Baqarah ayat 168) yang bermaksud,
“Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa-apa yang ada di bumi, makanan yang halal
lagi baik”. Dalam agama Islam, perihal halal amat dipandang berat. Sebarang salah laku kerana
mengambil makanan yang tidak halal adalah berdosa besar. Secara universal pula larangan
tersebut bertepatan dengan budaya dan amalan kepercayaan lain juga. Oleh hal yang demikian,
inisiatif Malaysia dalam menghasilkan produk makanan halal mula mendapat pengiktirafan di
peringkat antarabangsa kerana terjamin dari segi kebersihan dan kesuciannya. Sebenarnya,
usaha Malaysia itu telah mendorong pelbagai impak positif melalui penghasilan produk makanan
halal.
Sebagai perintis dalam industri ini, Malaysia bakal menjadi hub produk halal sama ada
di peringkat wilayah mahupun antarabangsa. Hal demikian kerana, produk halal amat diperlukan
oleh 1.7 bilion umat Islam dunia. Dalam konteks yang berkaitan, langkah Malaysia amatlah
pragmatik kerana dapat menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia terhadap tuntutan fardhu
Ain, yakni mengambil makanan yang halal adalah wajib. Seandainya dalam enam dekad yang
silam, Jepun telah berjaya meletakkan negaranya sebagai hub industri automotif yang tersohor di
dunia, nescaya bukan mustahil Malaysia pula akan dikenali sebagai hub industri halal. Dengan
hal yang demikian, langkah yang diambil oleh Malaysia merupakan inisiatif yang sangat
strategik lagi pragmatik untuk menguasai industri makanan dalam kalangan negara-negara Islam.
Apabila industri ini benar-benar berjaya, seyogia suatu lagi rangkaian niaga dalam
kalangan blok negara-negara Islam akan terbentuk. Kita yakin sebagai perintis, Malaysia sudah
pasti menjadi tumpuan seluruh negara Islam untuk mendapatkan bekalan produk halal. Usaha ini
juga turut membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) agar dapat berkembang
selaras dengan permintaan global yang semakin tinggi. Pada hari ini pun, beberapa buah negara
telah mula mengadakan hubungan dagang produk halal dengan Malaysia. Negara-negara tersebut
seperti Indonesia, Kazakhstan, Sri Lanka, Kuwait, UAE dan Arab Saudi bakal menjadi pintu
masuk pasaran baru eksport Malaysia berasaskan produk makanan halal. Hanya sanya, langkah
proaktif pihak pemain-pemain industri tempatan sahaja yang akan menentukan sama ada langkah
yang dirintis oleh kerajaan Malaysia akan berjaya atau tidak.
ULASAN SOALAN NO 3 SPM 2012
SOALAN :
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.
Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.
Isu soalan: Isu negara
Tema : Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama negara
Fokus Jawapan : Kepentingan atau faedah yang diperoleh negara apabila menggunakan bahasa
kebangsaan.
Rakyat Malaysia pada hari ini semakin dikenali di persada global. Di mana-mana jua
bagaikan permukaan bumi yang tidak pernah luput matahari pasti ada anak Malaysia yang
mampu bersaing dengan warga global. Bermula dari penghujung kutub, di puncak benua, di
tengah-tengah samudera sampailah ke alam cakerawala angkasa lepas pasti dijejaki oleh anak-
anak Malaysia. Sesungguhnya, kita berbangga dengan pencapaian cemerlang seperti itu. Bagi
melengkapkan agenda kecemerlangan yang telah dirintis oleh beberapa kerat ikon cemerlang itu,
kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah ke hadapan agar rakyat kita dapat bersaing
dengan lebih tega lagi. Salah satu langkah strategik yang diambil ialah memperkasakan
penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Langkah tersebut dilaksanakan atas
rasional bahawa bahasa kebangsaan mempunyai pelbagai kepentingan terhadap rakyat dan
negara Malaysia.
Berdasarkan mafhum daripada sepotong ayat al Quran yang bermaksud, “Aku jadikan
manusia dengan bersuku-suku dan berbangsa agar mereka saling berkenal-kenalan dan mereka
dapat membesarkan kekuasaanku”. Huraian daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Tuhan
dengan segala kemurahan-Nya telah memberikan pelbagai hak kepada manusia di dunia ini sama
ada dalam aspek negara, bangsa, kesukuan, budaya, kepercayaan agama dan yang lebih menarik
ialah bahasa. Oleh itu, kecerlangan bahasa Melayu adalah sebagai wahana yang memperkasakan
identiti bangsa Malaysia di bawah payung panji-panji negara. Sepatutnya semua rakyat Malaysia
patut berbangga kerana dengan adanya bahasa ini mereka dapat berkomunikasi sehingga dapat
merentas sempadan kaum dan etnik. Alangkah hebatnya bahasa kebangsaan kita apabila terkenal
di seantero polosok alam sebagai bahasa dalam sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
Biarlah sampai bila-bila masa pun, dunia akan mengenali Malaysia dengan identiti bahasa
kebangsaannya sendiri
Semua pihak telah maklum bahawa Malaysia ditakdirkan menjadi sebuah negara yang
bersifat multikaum. Kepelbagaian etnik telah meletakkan suatu situasi halangan komunikasi
yang amat dalam jurangnya. Akasnya, tidak berlaku kepada Malaysia apabila bahasa kebangsaan
berjaya menjadi jurubicara dalam interaksi perpaduan. Kita amat pasti di mana-mana jua ceruk
rantau Malaysia tiada sesiapapun yang tidak memahami bahasa Melayu. Benarlah seperti
ungkapan lirik dalam bait yang ketiga, “Bahasalah menyatukan kita semu”. Kini dalam satu
suara dan senada bahasa kebangsaan menjadi alat yang paling ampuh untuk menyatukan 29.23
juta rakyat Malaysia. Menjelang abad milenium kini, peranan bahasa kebangsaan bukan lagi
terhad sebagai alat perpaduan tetapi menjangkau sebagai medium komunikasi sama ada dalam
dunia perniagaan, penyiaran dan industri media.
Sementara itu, dalam dunia pendidikan, bahasa kebangsaan terus diberikan kepercayaan
sebagai bahasa pengantar utama. Mandat ini telah dimaktubkan sejak tahun 1956 lagi apabila
Laporan Razak telah menyatakan bahawa, bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa
pengantar utama di sekolah-sekolah. Pada hari ini jutaan anak Malaysia yang telah terdidik
dalam sistem pendidikan kebangsaan berjaya menjadi bijak pandai dengan perantaraan bahasa
kebangsaan. Walaupun dalam tempoh 55 tahun sahaja kita mendaulatkan bahasa sendiri sebagai
medium pendidikan, namun hasilnya cukup menakjubkan. Pada hal selama 446 tahun kita
dibelenggu oleh bahasa penjajah, kita tidak berjaya untuk ke mana-mana. Dengan kata lain,
daulat bahasa kebangsaan tetap tidak tergugat walaupun dalam beberapa waktu belakangan
terdapat usaha untuk mengembalikan bahasa Inggeris di persada pendidikan. Namun
begitu, usaha tersebut tetap gagal kerana dibayangi oleh aura bahasa kebangsaan.
Sebagai bahasa yang memiliki sistem yang teratur, bahasa kebangsaan turut berperanan
sebagai bahasa ilmiah dan bahasa yang mampu menuturi dunia sains dan teknologi. Walaupun
sering kedengaran suara-suara sumbang yang memperlekeh bahasa Melayu, sebaliknya pada hari
ini suara tersebut telah hilang. Bahasa Melayu yang dituturkan oleh 500 juta manusia, mampu
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa-bahasa hebat seperti bahasa Inggeris
dan Perancis. Buktinya, pada hari ini jutaan intelek yang fasih lidahnya dengan bahasa Melayu
sedang menguasai institusi pengajian tinggi. Demikian pula dalam dunia penulisan jutaan jilid
buku ilmiah sedang dijadikan rujukan oleh para pelajar di seantero alam. Lahirnya pakar-pakar
seperti Profesor Ungku Aziz, Profesor Dr Hamka, Profesor Syed Naquib dan ramai lagi ilmuwan
tersohor semua bermula dengan bahasa kebangsaan.
Sebagai sebuah negara yang berdaulat, semua urusan rasmi kerajaan hendaklah
beridentitikan kebangsaan. Justeru, bahasa kebangsaanlah yang menjadi medium rasmi urusan
kerajaan. Bahasa kebangsaan tetap mampu menjadi bahasa di mahkamah, bahasa yang menjadi
wacana pembuat dasar di Parlimen, malahan menjadi bahasa mesra antara pemimpin dengan
rakyat. Institusi penyiaran yang menjadi penghubung rasmi antara kerajaan dengan rakyat telah
sekian lama menjadikan bahasa kebangsaan sebagai alat penyampai dasar-dasar negara. Kini
jelas sekali bahasa kebangsaan telah mampu mengangkat imej negara sebagai sebuah negara
yang tersohor di rantau ini. Malahan dalam masa yang sama bahasa Melayu turut berkembang
seiring dengan anjakan global persis tak lekang dek panas dan lapuk dek hujan.
Kenali batang lihatlah daunnya, justeru kenali bangsa, lihatlah bahasanya ialah
peribahasa yang menerangkan betapa setiap bangsa itu sentiasa dikenali berdasarkan imej bahasa
dan budaya mereka. Sejajar dengannya, bahasa kebangsaan merupakan pancaran imej kepada
bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa memilih bangsa secara asal-usulnya, kepercayaan
dan tradisi amalannya rakyat Malaysia masih boleh hidup dalam situasi aman dan harmoni
dengan perantaraan bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia mampu menguasai pelbagai
bahasa khususnya bahasa Inggeris, tetapi mereka tidak pernah mengetepikan nilai-nilai patriotik
sebagai bangsa Malaysia. Oleh itu, di bumi yang kita bertapak ini, maka pertahankanlah
kedaulatan bahasa kebangsaan kita keranadi mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
ULASAN SOALAN NO 2 - SPM 2012
SOALAN : Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walau
bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek
kebersihan ini.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk 'Menjaga Kebersihan
Tanggungjawab Kita Bersama'.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Isu soalan : Isu kebersihan
Tema : Kebersiha kawasan sekitar tanggungjawab besama
Fokus jawapan : Peranan semua pihak menjaga kebersihan
MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Oleh : Amsyar Al Jamili
Bersih atau istilah dalam bahasa Arab iaitu nazifah adalah menjadi akar kata daripada
sepotong Hadith nabi SAW yang bermaksud, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.
Huraian daripada Hadith di atas adalah menuntut supaya semua pihak mengutamakan kebersihan
dalam semua perkara. Kebersihan lahir daripada hati nurani dan diterjemahkan dengan sikap dan
tingkah laku. Orang yang bersih jiwa nescaya bersihlah sikap dan tindakan lalu diterjemahkan
dalam kehidupan. Namun begitu, agak menyedihkan sejak belakangan ini, isu kebersihan terus
menjadi wahana penting dalam masyarakat apabila masih ada segelintir anggota masyarakat
yang tidak peka terhadap amalan yang sangat penting ini. Sikap mementingkan diri sendiri
dengan tingkah lakulempar batu sembunyi tangan terus menyumbang terhadap pencemaran alam
sekitar. Oleh itu, pelbagai prakarsa yang perlu digemblengkan oleh semua pihak agar Malaysia
terus kekal sebagai sebuah negara yang bersih, sejahtera dan harmoni.
Inisiatif yang paling utama adalah lahir daripada diri sendiri. Jikalau diukur daripada
pernyataan Hadith Nabi yang bermaksud, “Setiap anak itu adalah putih bersih, melainkan ibu
bapalah yang bakal mencorakkan warna untuk mereka” dengan jelas menerangkan bahawa setiap
insan itu pada asalnya bersih. Individu hendaklah menjadikan kebersihan sebagai mukadimah
dalam semua urusan hidupnya sama ada, kebersihan fizikal, pakaian dan makan minum.
Kebersihan hendaklah dijadikan kelaziman bukan paksaan. Malahan kebersihan dan kekemasan
sepatutnya dijadikan pancaran imej personaliti seseorang. Sepatutnya sebagai insan yang
sempurna, tampilkan diri dengan fizikal yang kacak, pakaian yang segak dan pekerti yang
hemah.
Di rumah ibu bapa menjadi individu terpenting untuk memperkasakan model
kebersihan dalam kalangan anggota keluarga. Sikap anak-anak adalah ceminan kepada ibu bapa
keranamengenal perdu lihatlah pada daunnya. Anak-anak harus ditanami sikap bersih yang
bermula dari waktu bangun tidur, kemas diri, makan minum, pakaian, aktiviti semasa dan
seterusnya sehingga tidur semula. Mereka harus dididik dengan tabiat suka akan yang cantik dan
bersih sebaliknya benci akan kekotoran. Apabila nilai ini tertanam pasak di dalam jiwa anak-
anak, nescaya ke mana-mana mereka pergi pun nilai yang sama tetap kekal. Fenomena alam
sekitar kita yang semakin tercemar sejak belakangan ini adalah refleksi daripada tingkah laku
anggota masyarakat yang tidak cukup asuhan tehadap prakarsa kebersihan. Dengan hal yang
demikian, ibu bapa bolehlah dianggap sebagai arkitek kebersihan dan perancang mesra alam
untuk diterapkan kepada anak-anak. Dalam hal ini, terdapat sepotong Hadith Rasulullah yang
bermaksud, “Didiklah anak kamu yang bermula dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad”.
ULASAN SOALAN KERTAS 1 BM/SPM 2012
Soalan : Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering
terlibat dalam program-program tersebut.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.
ULASAN :
Dimensi : Diri
Tema : Program motivasi
Fokus jawapan : Faedah-faedah yang diperoleh apabila menyertai program motivasi
Seandainya dalam tiga dekad yang lalu, kata ‘semangat’ sering dirujuk sebagai tenaga
dalaman untuk memperoleh sesuatu kejayaan. Namun sejajar dengan perubahan waktu, kata
‘motivasi’ pula telah mengambil tempat. Motivasi dirujuk daripada Kamus Dewan adalah
menerangkan maksud kuasa batiniah yang menggerakkan keinginan kuat untuk insan
memperoleh kejayaan. Oleh itu, motivasi boleh dinukilkan sebagai kekuatan enjin dalaman yang
membolehkan seseorang itu menggerakkan rohani dan jasmaninya demi menganjak paradigma
kepada yang lebih baik. Pada hari ini motivasi bukanlah asing lagi kepada semua peringkat usia,
malah maudhuknya sudah terlalu sinonim dengan masyarakat pelajar. Kini, dalam mengharungi
arus yang semakin mencabar, terdapat para pelajar yang mudah luntur semangat dan akhirnya
terbentur di pertengahan jalan. Oleh itu, dalam menangani fenomena ini, pelbagai program
motivasi seperti Kem Jati Diri, Jati Diri Insan Soleh, Muhasabah Remaja Terbilang dan pelbagai
program yang seumpama dengannya sering dianjurkan oleh unit kaunseling di sekolah-sekolah.
Sebagai menyahut perubahan arus perdana untuk menjenamakan insan cemerlang, sekolah saya
turut tidak ketinggalan menganjurkan pelbagai program motivasi. Sebagai pelajar yang tidak
pernah terlepas menyertainya, saya ingin berkongsi betapa besarya faedah yang diperoleh apabila
kita mengambil bahagian dalam program seperti ini.
Selepas mengikuti beberapa siri program, secara jujur saya mengakui, betapa ceteknya
pengetahuan dan pengalaman saya dalam mengharungi kehidupan dalam dunia yang mencabar.
Alangkah luasnya saujana ilmu yang belum saya ketahui. Kini saya berasa diri benar-benar
kerdil ibarat sebutir sampah yang hanyut di tengah-tengah samudera. Dalam Kem Muhasabah
Remaja Terbilang sebagai contoh, tokoh-tokoh motivasi telah menghidangi saya dan rakan-rakan
tentang persediaan diri dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan jikalau mahu berjaya. Ilmu
yang berkaitan dengan keagamaan, keduniaan, kemasyarakatan, dan pengalaman hendaklah
dicari dan terminologinya hendaklah dalam usia remaja. Kini barulah saya insaf akan kebenaran
kata-kata Pendeta Za’ba tentang ilmu dalam sepotong syairnya yang berbunyi;
Ilmu alat sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hamparannya luas amat saujana
Tepiannya ajal sempadannya fana
Dengan kata lain, anak muda ialah aset besar yang menjadi tulang belakang kejayaan
sesebuah negara. Hal demikian memerlukan anak-anak muda era kini mempersiapkan diri
dengan kekuatan mental dan rohani untuk membina sahsiah yang cemerlang. Sebenarnya,
program motivasi merupakan anak kunci untuk melahirkan insan yang bervisi dan memiliki
pekerti modal insan yang tulus-mulus dalam aspek sahsiah dan akal budi. Sepatah kata
nasihat daripada Imam al Ghazali,“Jikalau kamu mahu tentukan corak negara pada masa depan,
lihatlah kepada remajamu pada hari ini”. Dalam program motivasi Jati Diri Insan Soleh, saya
amat tersentuh hati nurani, apabila diberitahu Usamah Bin Zaid dan Saiyidina Ali Bin Abi
Tholib merupakan dua orang anak muda yang menyumbangkan jasa besar terhadap kebangkitan
Islam pada era awal. Sedarlah saya, betapa dayusnya anak-anak muda era kini yang hanya
menjadi hero rempit, dadah dan pergaulan bebas. Sesungguhnya, amatlah realistik sekolah saya
menganjurkan program motivasi ini yang telah memberikan impak kesedaran yang cukup besar
kepada saya dan rakan-rakan.