contoh AR terkini.pdf

12
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 2 BUKHARI MEMBUAT PENGELASAN HAIWAN BERDASARKAN PEMAKANAN MENGGUNAKAN BBM WWE Oleh: Nur Amirah binti Hamzah, Sazli bin Aziz @ Abdul Aziz Jabatan Sains, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul. Seramai lima orang murid terdiri daripada seorang murid perempuan dan empat orang murid lelaki dari kelas 2 Bukhari diambil sebagai peserta kajian dan dipilih berdasarkan keputusan lembaran kerja. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid-murid ini tidak mampu untuk mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul kerana mereka tidak mengetahui apakah makanan yang dimakan oleh haiwan-haiwan tersebut. Perancangan tindakan difokuskan penggunaan BBM WWE (What We Eat) sebagai intervensi untuk meningkatkan kemahiran membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, soal selidik, Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dapatan yang diperoleh adalah murid dapat meningkatkan kemahiran mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanannya dengan betul setelah mengetahui jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut. Saranan untuk kajian seterusnya adalah menggunakan BBM WWE untuk topik pengajaran yang melibatkan kemahiran mengelas seperti tumbuhan berbunga dan tidak berbunga. Pengubahsuaian perlu dilakukan keatas BBM WWE mengikut kesesuaian topik. Kata Kunci: Meningkatkan, Kemahiran, Pengelasan Haiwan berdasarkan Pemakanan, BBM WWE (What We Eat). REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bagi praktikum fasa ketiga, pengkaji ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu. Pengkaji mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi (DST) bagi tahun 2 Bukhari sebanyak dua masa dalam seminggu. Murid kelas 2 Bukhari terdiri daripada murid yang sederhana dalam pembelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pencapaian mereka dalam ujian bagi mata pelajaran DST juga sederhana. Terdapat murid yang masih tidak boleh menulis dan membaca dengan lancar. Guru DST kelas ini mencadangkan pengkaji supaya menggunakan kaedah pemusatan murid seperti aktiviti hands-on daripada kaedah pemusatan guru. Guru bertindak sebagai pembimbing atau pemudahcara kepada murid dalam melancarkan perjalanan PdP. Semasa menjalani praktikum, pengkaji menjalankan sesi PdP bagi mata pelajaran DST dalam topik diet haiwan bersama murid tahun 2 Bukhari. Semasa fasa penstrukturan semula idea, pengkaji telah meminta murid membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanannya menggunakan set kad gambar haiwan dan jadual pengelasan. Aktiviti ini dilaksanakan secara berkumpulan dan pengkaji mendapati murid tidak dapat mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanannya dengan betul. Hal ini dapat dilihat melalui jadual pengelasan yang telah diberikan. Pengkaji mendapati murid tidak dapat membuat pengelasan bagi haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan dengan betul. Mungkin murid tidak mengetahui bahawa haiwan tersebut memakan tumbuhan dan haiwan bukannya haiwan

Transcript of contoh AR terkini.pdf

Page 1: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 2 BUKHARI

MEMBUAT PENGELASAN HAIWAN BERDASARKAN

PEMAKANAN MENGGUNAKAN BBM WWE

Oleh: Nur Amirah binti Hamzah, Sazli bin Aziz @ Abdul Aziz

Jabatan Sains, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam

membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul. Seramai

lima orang murid terdiri daripada seorang murid perempuan dan empat orang

murid lelaki dari kelas 2 Bukhari diambil sebagai peserta kajian dan dipilih

berdasarkan keputusan lembaran kerja. Hasil tinjauan awal menunjukkan

murid-murid ini tidak mampu untuk mengelaskan haiwan berdasarkan

pemakanan dengan betul kerana mereka tidak mengetahui apakah makanan

yang dimakan oleh haiwan-haiwan tersebut. Perancangan tindakan difokuskan

penggunaan BBM WWE (What We Eat) sebagai intervensi untuk meningkatkan

kemahiran membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan. Instrumen

yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, soal

selidik, Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dapatan yang diperoleh adalah murid

dapat meningkatkan kemahiran mengelaskan haiwan berdasarkan

pemakanannya dengan betul setelah mengetahui jenis makanan yang dimakan

oleh haiwan tersebut. Saranan untuk kajian seterusnya adalah menggunakan

BBM WWE untuk topik pengajaran yang melibatkan kemahiran mengelas

seperti tumbuhan berbunga dan tidak berbunga. Pengubahsuaian perlu

dilakukan keatas BBM WWE mengikut kesesuaian topik.

Kata Kunci: Meningkatkan, Kemahiran, Pengelasan Haiwan

berdasarkan Pemakanan, BBM WWE (What We Eat).

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bagi praktikum fasa ketiga, pengkaji ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala

Terengganu. Pengkaji mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi (DST) bagi tahun

2 Bukhari sebanyak dua masa dalam seminggu. Murid kelas 2 Bukhari terdiri daripada murid

yang sederhana dalam pembelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP). Pencapaian mereka dalam ujian bagi mata pelajaran DST juga

sederhana. Terdapat murid yang masih tidak boleh menulis dan membaca dengan lancar.

Guru DST kelas ini mencadangkan pengkaji supaya menggunakan kaedah pemusatan murid

seperti aktiviti hands-on daripada kaedah pemusatan guru. Guru bertindak sebagai

pembimbing atau pemudahcara kepada murid dalam melancarkan perjalanan PdP.

Semasa menjalani praktikum, pengkaji menjalankan sesi PdP bagi mata pelajaran

DST dalam topik diet haiwan bersama murid tahun 2 Bukhari. Semasa fasa penstrukturan

semula idea, pengkaji telah meminta murid membuat pengelasan haiwan berdasarkan

pemakanannya menggunakan set kad gambar haiwan dan jadual pengelasan. Aktiviti ini

dilaksanakan secara berkumpulan dan pengkaji mendapati murid tidak dapat mengelaskan

haiwan berdasarkan pemakanannya dengan betul. Hal ini dapat dilihat melalui jadual

pengelasan yang telah diberikan. Pengkaji mendapati murid tidak dapat membuat pengelasan

bagi haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan dengan betul. Mungkin murid tidak

mengetahui bahawa haiwan tersebut memakan tumbuhan dan haiwan bukannya haiwan

Page 2: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

sahaja atau tumbuhan sahaja. Pengkaji perlu memikirkan intervensi yang sesuai untuk

digunakan bagi memberi pemahaman kepada murid mengenai diet haiwan.

Kemahiran membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanannya dalam

kalangan murid boleh dikategorikan sederhana. Hanya beberapa orang murid sahaja yang

berjaya mengelaskan haiwan mengikut pemakanannya dengan betul. Murid-murid lain masih

memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru untuk meningkatkan kemahiran

membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan. Hal ini boleh dilihat melalui

Lembaran Kerja 2 yang diberikan oleh guru semasa fasa aplikasi idea. Murid terpinga-pinga

sewaktu menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan guru seolah-olah mereka langsung

tidak diberi pendedahan dan tidak mempunyai pengetahuan berkaitan topik yang diajar.

Pengkaji mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi punca mengapa mereka

tidak memahami topik yang diajar dengan baik. Antara faktornya ialah bahan bantu

mengajar (BBM) yang digunakan sewaktu mengajar kurang sesuai dengan topik tersebut.

Pengkaji hanya menggunakan set kad gambar haiwan yang bersaiz kecil iaitu berukuran 5cm

x 10cm. Murid yang berada di belakang tidak mampu melihat gambar haiwan yang

dipaparkan di hadapan. Pemilihan warna yang digunakan untuk BBM juga tidak sesuai

kerana hanya warna kelabu dan putih sahaja yang digunakan pada set kad gambar haiwan.

Bilangan kad gambar juga tidak mencukupi dengan bilangan murid yang ada dalam setiap

kumpulan. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa orang murid yang tidak terlibat secara

aktif dalam aktiviti berkumpulan.

Kesimpulannya, masalah kemahiran mengelas haiwan berdasarkan pemakanan

dalam kalangan murid perlulah diatasi agar murid dapat mengelaskannya dengan baik.

Semoga intervensi yang akan dijalankan dapat memberi pemahaman yang jelas kepada

murid mengenai bagaimana untuk mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanan dengan

betul.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pengelasan bermaksud perihal atau

perbuatan pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan

lain-lain lagi). Kaitan istilah ini dalam kajian pengkaji adalah murid perlu membuat

pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan waima makan tumbuhan sahaja, makan haiwan

sahaja dan makan tumbuhan dan haiwan.

Menurut Piaget (2001), tahap operasional konkrit adalah tahapan ketiga dari empat

tahap perkembangan kanak-kanak. Tahap ini muncul antara usia enam sampai dua belas

tahun dan mempunyai ciri berupa penggunaan logikal yang memadai. Antara proses penting

yang terlibat dalam tahap ini yang ada kesinambungan dalam kajian pengkaji adalah

kemahiran klasifikasi iaitu kemampuan untuk memberi nama dan mengenal pasti pelbagai

benda mengikut rupa, saiz, atau ciri-ciri lain termasuk idea bahawa siri benda-benda boleh

disertakan benda lain ke dalam rangkaian tersebut.

Menurut Norjihan, Norhana & Noor Irmayanti (2006), ilmu sains memainkan

peranan penting dalam hidup kita. Sains merupakan mata pelajaran teras dalam kurikulum

kita untuk pelajar di sekolah rendah dan menengah. Sains juga terdiri daripada ilmu

pengetahuan sains iaitu ilmu biologi, fizik dan kimia dan merupakan mata pelajaran wajib

bagi semua pelajar rendah dan menengah.

Madani (2009) mengatakan bahawa kita perlu melatih responden untuk membuat

generalisasi yang baik supaya masalah belajar yang berbeza pada dimensi tertentu yang

tinggi seperti klasifikasi atau pengelasan perkataan memerlukan latihan yang sangat berbeza

yang boleh diukur. Kekerapan latihan yang diperlukan untuk mencapai ketepatan yang

Page 3: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

mencukupi untuk digunakan sebagai medium untuk mengukur tahap penguasaan responden.

Pengkaji menentukan beberapa jenis kesulitan belajar dan menjelajah masalah utama mereka

iaitu kompleksiti yang dihadapi dalam mengklasifikasi perkataan.

Menurut Noor Wahidah (2004), beliau mengatakan bahawa penggunaan BBM

sewaktu proses PdP bagi mata pelajaran Sains adalah amat penting bagi memudahkan murid

memahami topik yang diajar oleh seseorang guru. Apabila seorang guru mengajar tanpa

menggunakan BBM maka, PdP beliau secara tidak langsung akan menjadi kurang berkesan

jika dibandingkan apabila menggunakan BBM dalam PdP.

Nadiah binti Md. Salleh (2007) menjelaskan bahawa murid-murid menjadi lebih

seronok dan tertarik kepada topik yang diajar selepas menggunakan BBM ‘The Eyeball’

dalam topik ‘Sense Of Light’ bagi mata pelajaran Sains. BBM ‘The Eyeball’ mampu

menjadikan murid-murid tertarik kepada mata pelajaran Sains.

Mohd Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku

teks sebagai medium pengajaran membuktikan beliau tidak kreatif untuk menimbulkan

suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas mereka bosan dan pelajar-pelajar tidak

mendapat idea yang baru.

Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan

hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pembelajaran boleh menimbulkan suasana

hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan dalam kalangan murid. oleh itu, sebagai

seorang pendidik, meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran merupakan sebahagian

tanggungjawab pendidik dalam membantu murid-murid untuk meningkatkan minat dan

kecenderungan mereka terhadap pelajaran khususnya dalam mata pelajaran Sains.

Menurut Mok Soon Sang (2011), penggunaan BBM perlu dipelbagaikan dengan

kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian,

menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan

menyeronokkan.

Norma (2004) menyatakan bahawa penggunaan BBM dalam PdP telah mendorong

murid untuk menjadi lebih rajin dan menimbulkan perasaan seronok. Beliau turut

menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh BBM tidak kurang pentingnya dalam

menarik perhatian murid.

Menurut Norzainariah (2004), penggunaan alat bantu mengajar memberi sumbangan

yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam

kalangan guru dan pelajar. Alat bantu mengajar dapat menyelesaikan pelbagai masalah

dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid tahun 2 Bukhari dalam

membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul melalui penggunaan

BBM WWE (What We Eat).

Objektif

Meningkatkan kemahiran murid tahun 2 Bukhari membuat pengelasan haiwan berdasarkan

pemakanan menggunakan BBM WWE (What We Eat).

Page 4: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

Persoalan Kajian

(i) Bagaimanakah BBM WWE (What We Eat) mampu membantu murid membuat

pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul?

(ii) Adakah BBM WWE (What We Eat) dapat meningkatkan pencapaian murid dalam

topik diet haiwan?

(iii) Adakah BBM WWE (What We Eat) dapat meningkatkan minat murid terhadap sesi

PdP diet haiwan?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini melibatkan lima orang murid yang terdiri daripada seorang murid perempuan dan

empat orang murid lelaki. Semua peserta kajian dipilih secara bertujuan iaitu murid yang

mendapat gred C dalam lembaran kerja. Pengumpulan data menggunakan analisis dokumen

(skrip ujian), ujian Pra dan Pasca, pemerhatian dan soal selidik.

Kaedah kutipan data yang pertama ialah data yang berbentuk analisis dokumen yang

digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang pertama. Ia merupakan kaedah kutipan data

yang berbentuk kualitatif. Analisis dokumen adalah skrip ujian peserta kajian yang

digunakan bagi mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh mereka dalam

topik diet haiwan.

Pengkaji menggunakan dua set soalan ujian yang diberikan kepada murid iaitu Ujian

Pra dan Ujian Pasca. Soalan ujian adalah berdasarkan tajuk “Diet Haiwan”. Ujian Pra

diberikan selepas sesi PdP yang pertama tanpa menggunakan intervensi BBM WWE.

Manakala Ujian Pasca diberikan selepas PdP yang kedua dengan menggunakan intervensi

BBM WWE. Pelaksanaan ujian adalah bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid bagi

tajuk yang diajar. Seterusnya, pengkaji melakukan analisis terhadap data ujian untuk melihat

perubahan markah.

Pemerhatian secara langsung dilakukan sebanyak dua kali supaya pengkaji dapat

mengamati dan mengenal pasti tingkah laku murid sepanjang proses PdP berlangsung. Fokus

utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tingkah laku murid yang

menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan pembelajaran. Bentuk pemerhatian yang

dijalankan adalah pemerhatian berstruktur di mana pengkaji merekod pemerhatian

berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam borang pemerhatian. Terdapat

empat tema utama yang diperhatikan merangkumi minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan

masalah disiplin. Dapatan pemerhatian ini membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau

tidak dalam meningkatkan minat murid tahun 2 Bukhari terhadap tajuk “Diet Haiwan”.

Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan reaksi murid

berkaitan kaedah PdP yang dijalankan yang dijalankan berfokus kepada keseronokan.

Borang soal selidik diberikan kepada murid berbentuk soalan tertutup yang menggunakan

Skala Guttman di mana murid harus memberi skala jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi setiap

item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada

objektif kajian iaitu untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran DST. Semasa

sesi soal selidik dijalankan, pengkaji terlebih dahulu membaca dan menjelaskan setiap item

soal selidik serta skala jawapan kepada murid. pengkaji memberi penerangan yang teliti bagi

setiap item untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid. Pengkaji juga

mengingatkan bahawa menjawab soal selidik dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan

soal selidik tersebut, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa penggunaan BBM WWE

dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran DST sekaligus membantu

menyelesaikan masalah mereka.

Page 5: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

SPESIFIKASI INTERVENSI

BBM WWE (What We Eat) merupakan sebuah kotak yang terdiri daripada kad imbasan,

jadual pemakanan haiwan dan kad pengelasan pemakanan haiwan. Bagi melaksanakan

tindakan yang telah dirancang, pengkaji membawa BBM WWE ketika sesi intervensi

bersama kelima-lima peserta kajian.

Rajah 1: BBM WWE Rajah 2: Susunan kad pengelasan

pemakanan haiwan

Terdapat beberapa langkah pelaksanaan intervensi ini bagi membantu peserta kajian

mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul. Pertama, guru akan memberi

penerangan terlebih dahulu mengenai cara pelaksanaan intervensi menggunakan BBM WWE

kepada peserta kajian. Ini adalah untuk memberi gambaran dan kefahaman kepada peserta

kajian agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik. Seterusnya, setiap peserta kajian akan

diberikan enam keping kad imbasan yang berbeza. Pada kad imbasan tersebut, terdapat

gambar dan nama haiwan sebagaimana yang terpapar pada Rajah 1. Bagi langkah yang

seterusnya (Rajah 2), guru akan menyusun kad pengelasan pemakanan haiwan kepada tiga

bahagian iaitu ‘haiwan yang makan tumbuhan’, ‘haiwan yang makan haiwan’, dan ‘haiwan

yang makan haiwan dan tumbuhan’.

Aktiviti dimulakan dengan peserta kajian (PK) yang pertama di mana beliau melihat

nama haiwan yang tertulis pada kad imbasan seterusnya membaca info mengenai makanan

haiwan tersebut yang telah ditampal pada bahagian tepi kotak BBM WWE. Setelah itu, PK

mengelaskan kad imbasan tersebut pada bahagian kad pengelasan pemakanan haiwan yang

betul. Jawapan yang betul dapat dikenal pasti melalui pengekodan warna yang telah pengkaji

buat iaitu hijau untuk haiwan yang makan tumbuhan, merah jambu untuk haiwan yang

makan haiwan seterusnya kuning untuk haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan. Aktiviti

ini diteruskan dengan PK 2, 3, 4 dan 5.

Pada akhir sesi intervensi, kesemua peserta kajian dikehendaki menjawab soalan

Ujian Pasca yang berkaitan dengan topik diet haiwan bagi melihat peningkatan kefahaman

dan kemahiran dalam mengelaskan haiwan berdasarkan tabiat pemakanannya dengan betul

dan tepat.

Page 6: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

DAPATAN KAJIAN

Berikut merupakan penerangan mengenai dapatan kajian mengikut persoalan-persoalan yang

telah pengkaji tetapkan.

Persoalan 1: Bagaimanakah BBM WWE (What We Eat) mampu membantu murid

membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul?

Persoalan pertama kajian tindakan ini dijawab dengan instrumen analisis dokumen iaitu skrip

Ujian Pra dan Ujian Pasca. Skrip ujian dianalisis dengan membuat perbandingan jawapan

sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi BBM WWE. Terdapat perubahan jawapan

peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan di mana kelima-lima peserta kajian

dapat menjawab Ujian Pasca dengan lebih baik. Berikut merupakan analisis perbandingan

jawapan skrip Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi setiap peserta kajian.

Peserta kajian pertama (PK 1) tidak dapat membuat pengelasan haiwan dengan baik

semasa ujian Pra dijalankan di mana PK 1 tertukar antara haiwan yang makan haiwan sahaja

dengan haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan. Kemungkinan PK 1 hanya mengetahui

salah satu makanan bagi haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan justeru dia mengelaskan

haiwan tersebut pada haiwan yang makan tumbuhan sahaja. Namun demikian, PK 1 dapat

mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanan dengan lebih baik semasa Ujian Pasca

walaupun masih terdapat dua kesalahan yang dilakukan iaitu mengelaskan “gagak” pada

haiwan yang “makan tumbuhan sahaja” dan “katak” pada haiwan “makan haiwan dan

tumbuhan”.

Selain itu, PK 2, PK 3, PK 4 dan PK 5 menunjukkan peningkatan dalam kemahiran

membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan. Ini dapat dilihat semasa Ujian Pra

dijalankan, mereka tidak dapat mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul di

mana mereka tertukar antara haiwan yang makan tumbuhan sahaja, haiwan yang makan

haiwan sahaja dengan haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan. Namun begitu, selepas

intervensi BBM WWE dilaksanakan, mereka dapat membuat pengelasan haiwan berdasarkan

pemakanan dengan betul semasa Ujian Pasca dijalankan.

Berdasarkan dapatan ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan BBM WWE dapat

membantu peserta kajian membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanannya dengan

betul. Ini adalah selaras dengan Sivaraja A/L Subramaniam (2011) yang menyatakan bahawa penggunaan gambar akan membantu memudahkan proses pengelasan dan meningkatkan

keberkesanan sesuatu kaedah yang digunakan. BBM WWE juga mempunyai elemen gambar

bagi membantu peserta kajian membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan. Selain

itu, dapatan kajian ini juga turut selaras dengan Geetha A/P Vengadasamy (2010) yang

menyatakan bahawa murid akan dapat meningkatkan kemahiran pengelasan mereka melalui

penggunaan buku skrap yang menggunakan gambar. Mereka menjadi lebih percaya terhadap

diri serta lebih tertarik untuk melakukan aktiviti mengumpul dan mengklasifikasi.

Persoalan 2: Adakah BBM WWE (What We Eat) dapat meningkatkan pencapaian

murid dalam topik diet haiwan?

Persoalan kedua kajian tindakan ini dijawab dengan intrumen ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian

Pasca. Ujian Pra ditadbir ke atas peserta kajian sebelum intervensi dilaksanakan bertujuan

untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang tahap penguasaan peserta kajian terhadap

topik yang dikaji iaitu diet haiwan. Sementara bagi Ujian Pasca pula dijalankan ke atas

peserta kajian selepas mereka menjalani sesi intervensi dengan menggunakan BBM WWE

(What We Eat). Ini bertujuan untuk membantu responden meningkatkan pencapaian mereka

dalam topik diet haiwan. Data dalam bentuk bilangan dan peratusan telah diisi ke dalam

Jadual 2 menunjukkan perbezaan markah antara Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Page 7: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

Bil. Peserta

Kajian Markah / Gred Peningkatan

% UJIAN PRA(%) UJIAN PASCA (%) 1 PK 1 58 C 92 A 34 2 PK 2 58 C 100 A 42 3 PK 3 62 B 100 A 38 4 PK 4 65 B 100 A 35 5 PK 5 65 B 100 A 35

Jadual 1: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 3: Graf Markah Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 1 dan Rajah 3 jelas menunjukkan peningkatan markah kesemua peserta kajian

dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Peserta kajian PK 2 menunjukkan peningkatan

markah yang paling tinggi iaitu dari 58% semasa Ujian Pra melonjak naik kepada 100%

semasa Ujian Pasca. Manakala peserta kajian PK 3 menunjukkan peningkatan markah yang

kedua tertinggi iaitu dari 62% sewaktu Ujian Pra kepada 100% sewaktu Ujian Pasca. Bagi

peserta kajian PK 4 dan PK 5 masing-masing menunjukkan peningkatan markah yang

sederhana iaitu 65% semasa Ujian Pra dan meningkat kepada 100% semasa Ujian Pasca.

Peserta kajian PK 3 pula pada awalnya mendapat 58% sewaktu Ujian Pra telah menunjukkan

peningkatan semasa Ujian Pasca iaitu memperoleh 92% sewaktu Ujian Pasca dengan

peningkatan sebanyak 34%.

Seterusnya, pengkaji turut menganalisis data yang diperoleh bagi Ujian Pra dan

Ujian Pasca ini berdasarkan gred pencapaian setiap peserta kajian. Jadual 3 dan 4

memaparkan hasil analisis yang telah dibuat.

Gred Markah A 80 – 100 B 60 – 79 C 40 – 59 D 20 – 39 E 0 – 19

Jadual 2: Gred dan Markah Ujian

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5

Ujian Pra 58 58 62 65 65

Ujian Pasca 92 100 100 100 100

0

20

40

60

80

100

120

Ma

rka

h

Peserta Kajian

Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Page 8: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

Gred Ujian Pra Ujian Pasca A - 5 B 3 - C 2 - D - - E - -

Jadual 3: Perbandingan Gred Markah Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan data pada Jadual 3, dapat dilihat dengan jelas perubahan pada gred

ujian setiap peserta kajian. Sewaktu Ujian Pra didapati tiada seorang peserta kajian pun yang

memperoleh gred A namun terdapat tiga(3) peserta kajian yang mendapat gred B dan

selebihnya iaitu dua(2) peserta kajian yang memperoleh gred C. Walau bagaimanapun,

setelah intervensi BBM WWE dijalankan, pencapaian peserta kajian menunjukkan

peningkatan gred yang ketara iaitu kesemua peserta kajian memperoleh gred A dalam Ujian

Pasca.

Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan BBM WWE dapat

meningkatkan pencapaian murid dalam topik diet haiwan. Ini adalah selaras Nurul Munirah

(2011) yang menyatakan bahawa bahan bantu mengajar bertindak sebagai satu rangsangan

untuk mendorong murid menggalakkan diri dalam aktiviti dan sekaligus dapat membantu

meningkatkan prestasi atau pencapaian murid.

Menurut Norzainariah(2004), prestasi pelajar meningkat apabila kit pengajaran dan

pembelajaran digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana dapatan kajian

pengkaji adalah selari pendapatnya di mana pengkaji menggunakan BBM WWE dalam

membantu meningkatkan pencapaian peserta kajian dalam topik diet haiwan.

Persoalan 3: Adakah BBM WWE (What We Eat) dapat meningkatkan minat

murid terhadap sesi PdP diet haiwan?

Persoalan kajian ketiga dijawab menerusi instrumen pemerhatian berstruktur yang

dilaksanakan terhadap peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Pengkaji

telah menyenaraikan aspek-aspek yang diperhatikan terhadap peserta kajian semasa PdP

dilaksanakan. Antara aspek yang diperhatikan adalah minat, tingkah laku pasif, penglibatan

dan masalah disiplin. Berikut dipaparkan analisis kekerapan tingkah laku yang ditnjukkan

oleh peserta kajian dalam bentuk jadual.

Bil. Peristiwa Kekerapan Catatan Sebelum

Intervensi Selepas

Intervensi

1 MINAT

a) Memberikan sepenuh

tumpuan semasa PdP

berlangsung.

b) Seronok belajar

menggunakan kaedah yang

diajar.

2 5 (Sebelum) 3

peserta kajian

kurang

berminat

dengan dengan

PdP

2 TINGKAH LAKU PASIF a) Membuat kerja lain yang

tiada kaitan dengan

pelajaran. b) Berangan-angan atau

termenung.

3 0 (Sebelum) 2

peserta kajian

bertingkah

laku baik

semasa PdP

berjalan.

3 PENGLIBATAN 2 5 (Sebelum) 3

Page 9: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

a) Menjawab soalan secara

sukarela.

b) Menggalakkan rakan lain

untuk belajar.

peserta kajian

tidak terlibat

aktif semasa

PdP.

4 MASALAH DISIPLIN

a) Mengganggu murid lain

semasa PdP. b) Bercakap atau bermain.

0 0

Jadual 4: Analisis Kekerapan Tingkah Laku Peserta Kajian

Berdasarkan Jadual 4, dapat dilihat dengan jelas perubahan tingkah laku peserta

kajian setelah intervensi dijalankan. Sebelum intervensi dijalankan, didapati tiga orang

peserta kajian tidak menunjukkan minat terhadap sesi PdP yang dijalankan di mana mereka

tidak memberi perhatian semasa sesi PdP berlangsung dan mereka kelihatan tidak seronok

mengikuti PdP menggunakan kaedah yang diajar. Namun demikian, selepas intervensi BBM

WWE dilaksanakan, kelima-lima peserta kajian menunjukkan minat terhadap sesi PdP.

Bagi aspek tingkah laku pasif, pengkaji mendapati tiga orang peserta kajian yang

bertingkah laku pasif semasa sesi PdP di mana mereka membuat kerja lain yang langsung

tiada kaitan dengan pelajaran serta berangan-angan atau termenung semasa sesi PdP. Namun

begitu, selepas pelaksanaan intervensi BBM WWE, didapati tiada seorang peserta kajian pun

yang menunjukkan tingkah laku pasif semasa sesi PdP.

Selain itu, didapati seramai tiga orang peserta kajian yang tidak terlibat secara aktif

semasa sesi PdP di mana mereka tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh pengkaji dan

langsung tidak menggalakkan rakannya untuk belajar. Walau bagaimanapun, selepas

pelaksanaan intervensi BBM WWE, kelima-lima peserta kajian menunjukkan penglibatan

aktif semasa sesi PdP. Bagi aspek yang terakhir iaitu masalah disiplin, pengkaji mendapati

tiada sebara masalah disiplin ditonjolkan oleh para peserta kajian waima sebelum dan selepas

intervensi dijalankan.

Instrumen kedua yang digunakan bagi menjawab persoalan ketiga ini adalah

instrumen soal selidik. Berikut dipaparkan analisis bagi instrumen soal selidik.

Bil. Item Sebelum Intervensi Selepas Intervensi YA (%)

TIDAK (%)

YA (%)

TIDAK

(%) 1 Saya suka mata pelajaran Sains. 2

(40%) 3

(60%) 5

(100%) 0

(0%) 2 Saya sentiasa menunggu mata

pelajaran Sains. 2

(40%) 3

(60%) 5

(100%) 0

(0%) 3 Saya berasa seronok belajar sains

dengan rakan-rakan. 1

(20%) 4

(80%) 5

(100%) 0

(0%) 4 Saya berminat dengan aktiviti

pengajaran yang dijalankan oleh guru. 3

(60%) 2

(40%) 5

(100%) 0

(0%) 5 Saya suka topik diet haiwan. 3

(60%) 2

(40%) 5

(100%) 0

(0%) 6 Saya dapat membuat latihan

berkenaan topik diet haiwan dengan

baik.

1 (20%)

4 (80%)

4 (80%)

1 (20%)

7 Saya sering mengantuk dan bosan

ketika mata pelajaran Sains. 1

(20%) 4

(80%) 0

(0%) 5

(100%) 8 Sains merupakan matapelajaran yang

mudah untuk dapat markah yang

3 (60%)

2 (40%)

4 (80%)

1 (20%)

Page 10: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

tinggi. 9 Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar. 1

(20%) 4

(80%) 0

(0%) 5

(100%) 10 Saya berasa sukar utuk mengelas

haiwan berdasarkan pemakanan. 1

(20%) 4

(80%) 0

(0%) 5

(100%) 11 Aktiviti yang dijalankan sangat

menarik. 3

(60%) 2

(40%) 5

(100%) 0

(0%) 12 Pengajaran cikgu membosankan. 0

(0%) 5

(100%) 0

(0%) 5

(100%) Jadual 5: Analisis Soal Selidik

Berdasarkan Jadual 5, didapati keseluruhan peserta kajian menjawab soal selidik

yang mengandungi tiga pola jawapan iaitu 100% memilih jawapan “Ya” , pola yang kedua

adalah 100% memilih jawapan “Tidak” dan pola yang ketiga adalah memilih kedua-dua item

jawapan selepas intervensi BBM WWE dijalankan. Hasil dapatan bagi item pertama

menunjukkan 100% peserta kajian meminati mata pelajaran Sains yang diajar. Bagi item

yang kedua juga menunjukkan 100% peserta kajian tertunggu-tunggu sesi PdP Sains

dijalankan.Seterusnya, item ketiga menunjukkan 100% peserta kajian menyatakan mereka

seronok belajar Sains dengan rakan-rakan. Item yang keempat juga menunjukkan 100%

peserta kajian berminat dengan aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh guru. Bagi item

kelima pula, kesemua peserta kajian menyatakan “Ya” bagi item “Saya suka topik diet

haiwan”. Seterusnya, bagi item keenam, sebanyak 80% peserta kajian yang menyatakan

“Ya” dan 20% menyatakan “Tidak”.

Untuk item ketujuh pula, 100% peserta kajian mengatakan “Tidak” menunjukkan

bahawa mereka tidak mengantuk dan bosan ketika sesi PdP Sains. Bagi item kelapan pula,

sebanyak 80% peserta kajian mengatakan Sains merupakan subjek yang mudah untuk

mendapat markah yang tinggi manakala 20% lagi mengatakan sebaliknya. Bagi item yang

kesembilan, kesemua peserta kajian menyatakan bahawa mereka tidak lupa apa yang dijar

oleh cikgu di dalam kelas. Seterusnya, 100% peserta kajian menyatakan mereka dapat

membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan baik.

Bagi item kesebelas pula, kesemua peserta kajian bersetuju dengan menyatakan

“Ya” pada pernyataan aktiviti yang dijalankan sangat menarik. Seterusnya, bagi item yang

terakhir, 100% peserta kajian menyatakan pengajaran guru adalah tidak membosankan. Ini

jelas menunjukkan bahawa selepas intervensi BBM WWE dilaksanakan, kesemua peserta

kajian menunjukkan minat terhadap sesi PdP Sains.

Pengkaji telah membezakan item positif dan item negatif dengan meletakkan warna

pada ruang item negatif. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan jawapan “Ya” pada

item positif selepas intervensi dijalankan dan berlaku penurunan jawapan “Ya” pada item

negatif atau item berwarna.

Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan

hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pembelajaran boleh menimbulkan suasana

hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan dalam kalangan murid. oleh itu, sebagai

seorang pendidik, meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran merupakan sebahagian

tanggungjawab pendidik dalam membantu murid-murid untuk meningkatkan minat dan

kecenderungan mereka terhadap pelajaran khususnya dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu,

dapatan kajian yang diperoleh setelah pengkaji melaksanakan sesi intervensi menunjukkan

peningkatan minat peserta kajian terhadap mata pelajaran Sains bagi topik diet haiwan

menerusi aktiviti yang dijalankan semasa PdP.

Dapatan kajian pengkaji mengenai peningkatan minat murid setelah penggunaan

BBM WWE juga selari dengan Norma (2004) yang menyatakan penggunaan BBM dalam

Page 11: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

PdP telah mendorong murid untuk menjadi lebih rajin dan menimbulkan perasaan seronok.

Beliau turut menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh BBM tidak kurang

pentingnya dalam menarik perhatian murid.

KESIMPULAN

Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah berasaskan bahan bantu mengajar yang

menggunakan gambar dan kod warna bagi memudahkan peserta kajian membuat pengelasan

haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul. BBM WWE digunakan sebagai alat intervensi

bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membuat pengelasan haiwan

berdasarkan pemakanan dengan betul. Kajian ini telah menggunakan instrumen analisis

dokumen, ujian pra dan pasca, pemerhatian berstruktur, dan soal selidik bagi menilai

keberkesanan penggunaan BBM WWE. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan

terhadap kemahiran murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat pemakanannya.

Bagi kajian yang seterusnya, pengkaji mencadangkan agar tempoh pelaksanaan

kajian tindakan ini dipanjangkan lagi. Rasionalnya adalah untuk mendapatkan kesahan

dapatan data yang lebih tinggi dan kesan yang lebih maksima dalam meningkatkan

kemahiran dan pencapaian murid.

Selain itu, pengkaji juga menyarankan agar BBM WWE ini digunakan dalam topik-

topik pengajaran dan pembelajaran lain yang melibatkan kemahiran mengelas seperti haiwan

bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang, cara pembiakan haiwan iaitu

bertelur atau tidak bertelur.

Pengkaji juga mencadangkan agar menambahkan bilangan instrumen seperti temu

bual. Rasionalnya adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan

kajian. Hal ini demikian kerana pengkaji hanya menggunakan instrumen analisis dokumen,

ujian pra dan pasca, pemerhatian dan soal selidik.

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah berjaya membantu meningkatkan

kemahiran murid membuat pengkelasan haiwan berdasarkan tabiat pemakanannya dengan

betul. Namun, kajian ini boleh dibuat penambahbaikan dan diperluaskan lagi bagi melihat

keberkesanan bahan bantu mengajar yang digunakan. Semoga kajian ini dapat memberi

manfaat kepada pengkaji lain bagi melaksanakan kajian serta menjadi titik permulaan kepada

mereka untuk menghasilkan kajian masa hadapan yang lebih baik dan sempurna.

RUJUKAN

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Geetha. (2010). Improve Grouping And Classifying Skill Of Year 3 Pintar Pupils Through

Scrapbook. Thesis Sarjana Muda Perguruan (Sains Pendidikan Rendah), Institut

Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 28-32.

Hayazi Mohd Yasin (2008). Penggunaan Alat Bantu Memngajar (ABM) Di Kalangan Guru

Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakulti

Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Madani, O. (2009). On The Empirical Complexity of Text Classification Problems. SRI

Artificial Intelligence Center.

Mahyuddin, H. A. (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 12: contoh AR terkini.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

Mohd Fazreen (2003). Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Penggunaan ABM Di Kalangan

Guru-Guru Teknikal Dalam Pengajaran Seharian. Fakulti Pendidikan:

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Saiful. (2011). Meningkatkan Pencapaian Murid dalam Menjawab Soalan Sains

Bahagian B (Hipotesis dan Tujuan Penyiasatan) dengan Menggunakan Kaedah

‘Multiple Six Boxes’. Tesis Sarjana Muda tidak diterbitkan, Institut Pendidikan

Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

Nadiah. (2007). Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Topik ‘Sense Of Sight’

Menggunakan BBM ‘The Eyeball’. Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Norjihan, A., Norhana, H., & Noor Irmayanti, I. (2006). Applying Mastery Learning

Model In Developing E-Tuition Science For Primary School Students. Malaysian

Online Journal of Instructional Technology (MOJIT), 43-49

Norma (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan

Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa,

Kelantan. 35-36.

Norzainariah bt Abu Hassan (2004). Kebolehgunaan Kit Pengajaran dan

Pembelajaran bagi Meningkatkan Prestasi Pelajar: Satu Tinjauan di KUITTHO.

Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej

Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Nurul Munirah Mohd Zulkifli. (2011). Meningkatkan Daya Ingatan Murid dalam Menghafal

Kata Kunci Sifir Sains dengan Menggunakan Teknik “The Wheel of Colour”.

Latihan Ilmiah. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

Sang. M. S. (2011). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Selangor: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Sivaraja Subramanian. (2011). Mempertingkatkan Kemahiran Membuat Pengelasan

Objek Lutsinar, Lut Cahaya dan Legap Menggunakan Kit Pembelajaran Pengelasan

‘SIVA’ (Science In Visual Approach). Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan

PISMP Semester 8 2011, hlm. 629-635

Tengku Sharifah Tuan Yusoff. (2004). Masalah Minat Pelajar-Pelajar Tahun 6 dan

Pendekatan Guru Terhadap Soalan Penyelesaian Masalah bagi Mata Pelajaran

Matematik: Satu Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 di Negeri

Kelantan, Fakulti Sains dan Teknologi, UPSI.

Thamby Subahan Mohd Meerah (1999). Meningkatkan Kemahiran Melengkapkan

Gambar Rajah Sistem Rangka Manusia Melalui Bantuan MODEL. Prosiding

Seminar Penyelidikan 2000. Kuala Lumpur: EPRD

Wahidah, N. (2004). Persepsi Guru Sains Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Berkomputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di Sebelas Buah

Menengah Di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Johor Bahru: Universiti Teknologi

Malaysia