Contoh AR Lengkap Pelajar
Transcript of Contoh AR Lengkap Pelajar
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
1/44
1.0 PENDAHULUAN
Perkara yang dibincangkan pada bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama menjelaskan konsep kajian iaitu kepentingan kuasa dalam meningkatkan
prestasi sukan dalam kalangan murid-murid di sekolah. Bahaia kedua pula merangkumi
refleksi pengajaran dan pembelajaran yang mendorong ke arah penyelidikan tindakan dan
bahagian ketiga pula menjelaskan perkaitan teori pendidikan serta perkaitannya dalam refleksi
nilai pendidikan di sekolah.
1.1 PengenalanKuasa merupakan tunjang kecergasan fizikal yang amat penting dalam kesukanan dan
kuasa ditakrifkan sebagai kebolehan atau kemampuan untuk menggunakan daya terhadap
rintangan (Bompa, 2000). Menurut beliau lagi, semua kemahiran yang ada pada atlet haruslah
berkeupayaan terhadap rintangan dan mempunyai kelebihan memperbaiki atau meningkatkan
kuasa. Antara kemahiran yang memerlukan kuasa ialah kemahiran melontar peluru, merejam
lembing, melempar cakera, dan renang (Mohd Anizu Mohd Nor & Mohd Nasir Lajewah,
2011). Menurut dapatan kajian mereka juga ada menyatakan bahawa elemen kuasa dapat
menguji kekuatan otot atlet dan otot-otot bahagian atas badan. Otot-otot yang terlibat adalah
seperti biceps brachii, brachialis, brachioradialis dan triceps. Elemen kuasa dalam tunjang
kecergasan fizikal tidak ditekankan sejak daripada usia muda. Perkara ini disokong oleh
Kidman (2003) dalam kajiannya menganggarkan kebanyakkan golongan muda iaitu dalam
lingkungan 6 hingga 16 tahun terlibat aktif dalam sukan, namun 80% daripada mereka akan
tercicir apabila mereka mencapai 17 tahun.
Kuasa amat penting bagi meningkatkan kecergasan fizikal dan salah satu kaedah untuk
meningkatkan kuasa mestilah menggunakan kaedah latihan Pliometrik. Menurut Baechle dan
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
2/44
Earl (2000), pliometrik berasal dari bahasa Greek iaitu pleythyein yang membawa maksud
meningkatkan ukuran, ataupun membawa maksud daripada kata dasar Greek iaitu plio dan
metric yang membawa maksud ukuran juga merupakan salah satu dari elemen penting dalam
meningkatkan kekuatan dan membolehkan otot mencapai kuasa maksima dalam masa yang
pantas (Chu, 1983; Gambetta, 1981; Wilt & Ecker, 1970). Pliometrik merupakan kaedah
yang bersesuaian dan terbaik untuk mempertingkatkan mutu dalam arena sukan. Hal ini
seiring dengan pendapat Radcliffe (1958) iaitu pliometrik adalah salah satu kaedah untuk
membina kuasa explosive dan merupakan komponen penting dalam mutu persembahan
seseorang atlet. Melalui perspektif psikologi pula menurut beliau lagi pliometrik memerlukan
pengalaman praktikal untuk menyokong kekuatan seseorang atlet.
Terdapat berbagai latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa kanak-
kanak antaranya adalah melalui aktiviti bola segar (Faigenbaum, 2011). Menurut Faigenbaum,
(2011), kaedah latihan bola segar ini terbukti membina kekuatan bersama kuasa (explosive)
dan selamat bagi kanak-kanak sekolah dengan syarat bahawa latihan ini sesuai dengan garis
panduan yang telah ditetapkan. Melalui kajian beliau, rasional mengapa bola segar dipilih
sebagai latihan adalah kerana ia terbukti secara positif mempengaruhi kesihatan dan
kecergasan kanak-kanak.
1.2 Refleksi Pengajaran dan PembelajaranDi salah sebuah sekolah di Selangor telah melaksanakan aktiviti sukan tara bagi acara
melontar peluru di mana seramai 25 orang murid melakukan 3 kali percubaan melontar.
Merujuk kepada rubrik rasmi pemarkahan sukan tara sekolah tersebut menunjukkan bahawa
bagi kelas lelaki tahun 5 (LB) untuk mendapat 1 mata ialah lontaran sejauh 4.0 meter ke atas,
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
3/44
manakala 2 mata mestilah 5.5 meter ke atas. Jadual 1 dibawah menunjukkan norma-norma
skala semak potensi kuasa eksplosif tangan.
Semasa pemerhatian dilakukan seramai 5 orang daripada 25 orang murid tahun 5 tidak
boleh melontar melepasi 4.0 meter berdasarkan rubrik pemarkahan rasmi sukan tara sekolah
bagi acara lontar peluru. Hal ini membuktikan masih ada murid yang kurang kuasa eksplosif
tangan dalam kalangan murid tahun 5.
Jadual 1
Norma-norma Skala Semak Potensi Kuasa Eksplosif tangan bagi Murid tahun 5
Kategori Potensi Mata
Baik 2 (> 5.5 meter)
Sederhana 1 (> 4.0 meter)
Lemah Tiada mata (< 4.0 meter)
Sumber : Rubrik pemarkahan rasmi sukan tara sekolah bagi acara lontar peluru
1.3 Refleksi Nilai PendidikanMelalui dapatan kajian ini, didapati terdapat dalam kalangan murid di sekolah tersebut
yang masih dikategorikan sebagai lemah dalam kuasa eksplosif tangan. Banyak kajian dan
tokoh-tokoh seperti Faigenbaum, Bompa, Radcliffe, Farentinos yang telah mengkaji
mengenai kekuatan, pliometrik, kuasa, dan kepantasan. Namun ia masih lagi kurang kajian
yang dilaksanakan di Malaysia. Justeru, satu kajian yang komprehensif perlu dijalankan
khususnya dalam kajian yang melibatkan kuasa eksplosif dalam kalangan murid-murid
sekolah di Malaysia.
Berbagai teori pendidikan yang boleh diterapkan semasa melakukan aktiviti berkaitan
kuasa eksplosif tangan antaranya melalui Teori Pendidikan Pergerakan (Butler & Griffin,
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
4/44
2005). Menurut beliau teori ini menekankanpengetahuan dan kemahiran asas yang perlu
untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan asas, pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor serta model permainan kanak-kanak. Melalui Teori Pendidikan Pergerakan ini ia
dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian murid. Teori ini
sangat bersesuaian dalam permainan dan kemahiran yang bersesuaian dengan peringkat umur
kanak-kanak dan diaplikasi dalam berbagai pergerakan semua jenis permainan di peringkat
yang lebih tinggi.
2.0 FOKUS KAJIAN
Bahagian ini menerangkan mengenai isu kajian, tinjauan awal, analisis tinjauan awal
dan kriteria pemilihan fokus kajian yang meliputi pengalaman, isu keprihatinan, kerelevenan
serta kriteria pemilihan ujian.
2.1 Isu Kajian
Elemen kuasa eksplosif tangan sering diabaikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Masalah dikenalpasti melalui skala semak
didapati murid tahun 5 seramai 5 orang didapati lemah dalam kuasa eksplosif tangan.
Didapati mereka tidak boleh melontar peluru sejauh 4.0 meter iaitu dalam kategori potensi
lemah berdasarkan norma-norma skala semak potensi kuasa eksplosif tangan di jadual 1.
Seramai 5 orang murid perlu diberi rawatan intervensi untuk meningkatkan kuasa
eksplosif tangan. Latihan pliometrik dipilih sebagai kaedah yang paling bersesuaian untuk
meningkatkan kuasa eksplosif tangan.
Pendedahan awal tentang elemen kuasa eksplosif dengan berkesan membawa murid
kepada peningkatan kemahiran dan kecergasan fizikal. Kaedah latihan pliometrik yang
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
5/44
strategik memberi kesan dan menjamin peningkatan kuasa eksplosif tangan dan lakuan
murid.
Elemen kuasa eksplosif tangan yang tidak diberi penekanan menyebabkan murid kurang
yakin dalam sesuatu kemahiran atau permainan. Oleh itu, ia akan mempengaruhi kecergasan
murid tersebut disebabkan elemen kuasa eksplosif yang tidak dititik beratkan. Justeru itu,
pengkaji ingin menilai sejauh mana keberkesanan pelaksanaan pliometrik dapat meningkatkan
kuasa eksplosif tangan murid.
2.1.1 Tinjauan Awal
Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenal pasti dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah
guruguru memandang perkara ini secara serius serta mendapatkan pandangan mereka
terhadap potensi kecergasan seseorang murid. Kaedah Skala Semak Potensi Kuasa Eksplosif
tangan dilakukan bagi murid tahun 5 kerana ia merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih mendalam dan cepat terhadap masalah yang dikaji (Johnson &
Nelson, 1986).
Menurut Johnson dan Nelson (1986), kaedah Skala Semak Potensi Kuasa Eksplosif
tangan sangat bertepatan dengan aktiviti fizikal termasuklah untuk mengukur kardiovaskular,
kelenturan, kekuatan, kemampuan motor, ketangkasan, kinestatik, rhythm and dance, kuasa
dan banyak lagi yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani.
Menurut mereka lagi, kaedah skala semak ini sangat releven dan kriteria skala semak
ini sangat tinggi berdasarkan nilai kebolehpercayaan dan kesahan dengan disokong angka
yang biasanya dicapai dalam mana-mana penyelidikan kuantitatif.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
6/44
Bagi mendapat gambaran awal dengan lebih terperinci berkenaan masalah yang dikaji
Skala Semak Potensi Kuasa Eksplosif tangan dilakukan berdasarkan pemerolehan
pengumpulan data untuk sukan tara bagi aktiviti melontar peluru. Ini bertepatan dengan
kaedah yang digunakan berdasarkan rubrik rasmi sekolah pemarkahan bagi sukan tara.
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal
Merujuk kepada keputusan skala semak potensi kuasa eksplosif tangan bagi murid
tahun 5 dalam jadual 2 dibawah menunjukkan sebanyak 20% (5 orang murid) dalam kategori
lemah. Berdasarkan keputusan tinjauan awal ini menunjukkan dalam kalangan 25 orang
murid tahun 5 terdapa 5 orang murid dalam kategori lemah kuasa eksplosif tangan. Justeru
itu, kajian harus dilaksanakan untuk meningkatkan kuasa eksplosif tangan murid.
Jadual 2
Keputusan Skala Semak Potensi Kuasa Eksplosif tangan bagi Murid tahun 5
KATEGORI POTENSI MATA BILANGAN MURID PERATUS
Baik 2 (> 5.5 meter) 4 16 %
Sederhana 1 (> 4.0 meter) 16 64 %
Lemah Tiada mata (< 4.0 meter) 5 20 %
Sumber : Rubrik pemarkahan rasmi sukan tara sekolah bagi acara lontar peluru
Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan masih lagi murid tahun 5 yang mempunyai
kelemahan kuasa eksplosif tangan. Kepentingan kuasa eksplosif tangan merupakan satu isu
yang tidak diberi elemen penekanan dalam aspek kemahiran. Contohnya kemahiran
membaling, kemahiran melontar dan kemahiran merejam. Hal ini di sokong oleh Hafizah
Harun dan Rohana Hashim (2011), dalam kajian mereka mengenai Kesan Latihan Pliometrik
dan Latihan Bebanan Terhadap Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan membuktikan kuasa
eksplosif tangan memerlukan latihan dan pengalaman praktikal untuk menguasai sesuatu
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
7/44
permainan. Menurut kajian mereka lagi, latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa
dan kekuatan explosive sementara latihan bebanan bagi meningkatkan saiz otot. Kecergasan
fizikal juga salah satu aspek atau elemen yang membantu dalam proses kuasa eksplosif
tangan. Hal ini dibuktikan oleh Dick (2002), iaitu kecergasan fizikal memainkan peranan
penting bagi mencapai sesuatu prestasi dalam sukan kerana ia dapat meningkatkan kualiti
pergerakkan tubuh badan, penguasaan kemahiran dan dapat mengelakkan daripada
berlakunya kecederaan. Kemampuan atlet menghasilkan kelajuan pergerakkan otot adalah
mekanisme penting untuk mendapatkan potensi kerja otot (Bompa, 2000). Di dalam konteks
ini, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan pergerakkan memainkan peranan penting untuk
menghasilkan kuasa otot (Asmadi, 2007).
Melalui Jadual 2 lagi, tanggapan awal boleh dibuat iaitu dalam 25 orang murid berusia
11 tahun pasti terdapat 5 orang murid yang dikategorikan sebagai lemah kuasa eksplosif
tangan dengan nisbah 5:25. Hal ini mengesahkan lagi fakta bahawa banyak kajian
menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja sering tidak aktif secara fizikal (Rowland,
1999; Jabatan Kesihatan dan Sumber Manusia Amerika Syarikat, 1996).
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
Ujian yang dijalankan haruslah mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi
dan tidak boleh dipersoalkan. Hal ini disokong oleh Johnson dan Nelson (1986), menyatakan
bahawa dalam pengukuran melibatkan elemen kuasa, kekuatan, ketangkasan dan kelajuan
haruslah mempunyai pemilihan berdasarkan kriteria kebolehtadbiran, kepentingan,
kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi, dan kerelevenan.
Kebolehtadbiran merupakan elemen penting untuk menentukan kelancaran ujian yang
dilakukan. Ujian yang dijalankan boleh diuruskan dan mendapat kepercayaan daripada pihak
pentadbiran sekolah. Hal ini disokong oleh Johnson dan Nelson (1986), dalam tajukNeed for
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
8/44
Measurement and Evaluation menyatakan perhubungan awam (Public Relations) yang baik
daripada pihak ibu bapa, guru, pentadbiran, dan komuniti masyarakat setempat membantu
dalam merealisasikan lagi ujian tersebut. Pihak sekolah memberi sepenuh kepercayaan kepada
penyelidik dan ia membantu dalam menguruskan responden. Penyelidik mudah dan selesa
memberi penerangan dan mengambil data melalui pemerhatian berstruktur berdasarkan rubrik
pemarkahan yang ditetapkan sekolah.
Kepentingan pelaksanaan kajian adalah untuk mengenalpasti isu dan memberi
intervensi serta melihat kesan. Melalui pengumpulan data pemerhatian berstruktur yang
dilakukan, ia membuktikan semasa aktiviti melontar peluru sukan tara terbukti banyak
menguji kuasa eksplosif tangan murid. Ini adalah kerana ia memberi peluang dan kesedaran
kepada guru-guru lain bahawa elemen kuasa (explosive) langsung tidak diambil kira dalam
kecergasan fizikal murid. Hal ini dibuktikan dalam pengumpulan data pemerhatian berstruktur
semasa aktiviti melontar peluru sukan tara masih terdapat 20% murid lelaki tahun 5 (LB)
masih lemah dalam kuasa (explosive) otot tangan. Dengan itu, ia menuntut dan mendesak
pengkaji untuk menguji beberapa responden untuk meningkatkan kuasa eksplosif tangan. Hal
ini disokong oleh Faigenbaum (2011), kepentingan melalui program latihan berkaitan kuasa
(explosive) secara positifnya mampu mempengaruhi kesihatan dan kecergasan murid.
Kebolehgunaan dan kebolehpercayaan harus ada dalam sesutu pelaksanaan ujian yang
akan dilaksanakan. Melalui pemerhatian haruslah ditingkatkan kebolehpercayaan secara
catatan pemerhatian haruslah dilakukan oleh beberapa pemerhati; pemerhatian dilakukan pada
ruang atau tempat yang berlainan; dan pemerhatian dilakukan pada masa-masa yang berlainan
(Chua, 2006). Menurut Chua lagi, kaedah pemerhatian triangular dilakukan supaya ralat yang
dilakukan oleh seseorang pemerhati pada tempat dan masa yang serupa dikurangkan.
Kawalan merupakan faktor penting dalam mengekalkan kebolehpercayaan dan
kesahan. Hal ini kerana ia merangkumi beberapa faktor mempengaruhi antaranya perbezaan
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
9/44
jantina, umur, latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh
persekitaran dan sebagainya (Rosinah, 2011). Hal ini disokong oleh Chua (2006), kesahan
merupakan antara perkara kawalan yang penting dalam menentukan kebenaran sesuatu ujian.
Menurut Chua (2006), kesahan adalah sejauh mana pengukuran dibuat dapat mengukur nilai
sebenar yang ingin diukur.
Kolaborasi antara elemen penting dalam melaksanakan kajian. Menurut Creswell
(1994), kajian tindakan penyertaan has a social and community orientation and an
emphasis on research that contributes to emancipation or change in our society. hlm. 555.
Kajian tindakan seperti ini juga digelar dengan berbagai-bagai nama seperti community-based
inquiry (Stringer, 1999), collaborative action research or participatory research (Kemmis &
McTaggart, 2000) atau critical action research (Mills, 2000). Dari satu sudut yang lain,
Kemmis dan Wilkinson (1998), menggariskan 6 ciri utama kolaborasi iaitu adalah untuk
memahami bagaimana interaksi sosial membentuk orang perseorangan; meneliti bagaimana
pemahaman, kemahiran, nilai dan pengetahuan menggalakkan dan mencegah amalan tindakan
mereka sendiri; meneroka aspek-aspek seperti komunikasi, penghasilan pengetahuan, dan
struktur sosial organisasi itu dengan tujuan mengurangkan perkara yang tidak rasional, tidak
produktif, tidak adil, atau tidak mempunyai interaksi yang memuaskan; penyertaan bercorak
emansipasi (emancipatory); membantu individu bebas daripada beban konstrain seperti yang
terdapat pada media, bahasa, prosedur kerja, dan perhubungan tentang kuasa dalam
persekitaran pendidikan; dan recursive (reflektif atau dialektikal) dan memberi fokus tentang
perubahan (change) dalam sesuatu amalan. Hal ini disokong Creswell (1994), pasukan
kolaborasi dalam kajian terdiri antara murid, komuniti berkepentingan, ibu bapa, pentadbir,
staf, dan guru.
Kerelevenan kajian ini terhadap sekolah juga merupakan faktor penting ia
dilaksanakan. Elemen kuasa (explosive) merupakan elemen penting dalam tunjang kecergasan
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
10/44
dan kemahiran namun ia tidak langsung diberi penekanan. Hal ini terbukti dengan data
pemerhatian yang diambil iaitu seramai 20% murid tahun 5 masih lemah kuasa eksplosif
tangan. Kerelevenan kajian ini berfungsi untuk mencari kaedah rawatan atau intervensi yang
bersesuaian. Hal ini disokong oleh Johnson dan Nelson (1986), dalam tajukNeed for
Measurement and Evaluation,kajian seharusnya mempunyai sebab mengapa ia dilaksanakan
dan sumbangan terhadap murid, sekolah, ibu bapa, guru, dan komuniti masyarakat sekeliling.
2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian
Kaedah yang dilaksanakan untuk meningkat kuasa eksplosif tangan adalah dengan
menggunakan latihan bola segar. Hal ini dibuktikan oleh Faigenbaum (2011), melalui
program latihan bola segar secara positif mempengaruhi kesihatan dan kecergasan. Menurut
beliau lagi, kaedah latihan bola segar ini mampu meningkatkan kekuatan, kuasa, fleksibiliti,
daya tahan, koordinasi, ketangkasan dan kelajuan. Beliau juga menghuraikan mengapa latihan
bola segar releven kerana tidak seperti latihan bebanan yang lebih mengasingkan dan
menunmpukan hanya sekumpulan otot sahaja, ia berbeza dengan kaedah latihan bola segar
kerana ia mempengaruhi semua elemen otot, kelajuan, ketangkasan, koordinasi dan situasi
yang membuatkan bola segar dipilih. Namun begitu, beliau menegaskan pemilihan bola segar
harus bersesuaian dan harus dimulakan dengan bola segar yang ringan bersesuaian dengan
peringkat umur.
Kaedah intervensi yang dijalankan oleh Faigenbaum (2011), amat tepat dan
bersesuaian dengan intervensi yang dilaksanakan terhadap responden yang berumur 6 hingga
18 tahun. Menurut beliau juga di Amerika syarikat kaedah ini telah digunakan sejak 1950an
lagi.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
11/44
Menurut kajian yang dilakukan oleh Faigenbaum dan Mediate (2006), ke atas murid
Pendidikan Jasmani di salah sebuah sekolah di Amerika Syarikat membuktikan aktiviti kuasa
eksplosif tangan iaitu menggunakan bola segar dalam subjek pendidikan jasmani disekolah
lebih selamat, terbukti dan berbaloi. Ini dikukuhkan lagi oleh Rowland (1999), kaedah bola
segar dapat membantu dalam tempoh kritikal perkembangan aktiviti fizikal tingkah laku
murid seumur hidup.
2.2.1 Berkaitan dengan Isu Kajian
Kepentingan kuasa eksplosif tangan merupakan satu isu yang tidak diberi elemen
penekanan dalam aspek kemahiran. Contohnya kemahiran membaling, kemahiran melontar
dan kemahiran merejam. Hal ini di sokong oleh Hafizah Harun dan Rohana Hashim (2011),
dalam kajian mereka mengenai Kesan Latihan Pliometrik dan Latihan Bebanan Terhadap
Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan membuktikan kuasa eksplosif tangan memerlukan
latihan dan pengalaman praktikal untuk menguasai sesuatu permainan. Menurut kajian
mereka lagi, latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa dan kekuatan explosive
sementara latihan bebanan bagi meningkatkan saiz otot. Kecergasan fizikal juga salah satu
aspek atau elemen yang membantu dalam proses kuasa eksplosif tangan. Hal ini dibuktikan
oleh Dick (2002), iaitu kecergasan fizikal memainkan peranan penting bagi mencapai sesuatu
prestasi dalam sukan kerana ia dapat meningkatkan kualiti pergerakkan tubuh badan,
penguasaan kemahiran dan dapat mengelakkan daripada berlakunya kecederaan. Kemampuan
atlet menghasilkan kelajuan pergerakkan otot adalah mekanisme penting untuk mendapatkan
potensi kerja otot (Bompa, 2000). Di dalam konteks kajian, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan
pergerakkan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuasa otot (Asmadi, 2007).
Kaedah yang boleh dilaksanakan untuk meningkat kuasa otot adalah dengan
menggunakan latihan bola segar. Hal ini dibuktikan oleh Faigenbaum (2011), melalui
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
12/44
program latihan bola segar secara positif mempengaruhi kesihatan dan kecergasan. Menurut
beliau lagi, kaedah latihan bola segar ini mampu meningkatkan kekuatan, kuasa, fleksibiliti,
daya tahan, koordinasi, ketangkasan dan kelajuan. Beliau juga menghuraikan mengapa latihan
bola segar releven kerana tidak seperti latihan bebanan yang lebih mengasingkan dan
menunmpukan hanya sekumpulan otot sahaja, ia berbeza dengan kaedah latihan bola segar
kerana ia mempengaruhi semua elemen otot, kuasa, kelajuan, ketangkasan, koordinasi dan
situasi yang membuatkan bola segar dipilih. Namun begitu, beliau menegaskan pemilihan
bola segar harus bersesuaian dan harus dimulakan dengan bola segar yang ringan bersesuaian
dengan peringkat umur.
Kaedah intervensi yang dijalankan oleh Faigenbaum (2011), amat tepat dan
bersesuaian dengan intervensi yang dilaksanakan terhadap responden yang berumur 6 hingga
18 tahun. Menurut beliau juga di Amerika syarikat kaedah ini telah digunakan sejak 1950an
lagi.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Faigenbaum dan Mediate (2006), ke atas murid
Pendidikan Jasmani di salah sebuah sekolah di Amerika Syarikat membuktikan aktiviti kuasa
eksplosif tangan iaitu menggunakan bola segar dalam subjek pendidikan jasmani disekolah
lebih selamat, terbukti dan berbaloi. Ini dikukuhkan lagi oleh Rowland (1999), kaedah bola
segar dapat membantu dalam tempoh kritikal perkembangan aktiviti fizikal tingkah laku
murid seumur hidup.
2.2.2 Intervensi
Melalui isu kajian didapati banyak elemen atau kaedah yang boleh diterapkan untuk
mengatasi isu atau masalah yang dihadapi responden. Banyak kajian telah dilakukan diluar
negara berbanding di Malaysia yang mendorong kajian untuk dilaksanakan untuk menguji
kekuatan otot. Hal ini dibuktikan dengan Faigenbaum dan Mediate (2006), yang banyak
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
13/44
membuat kajian mengenai kuasa eksplosif tangan dan kekuatan otot dengan menggunakan
kaedah pliometrik iaitu bola segar di luar negara contohnya di Amerika Syarikat, British dan
lain-lain negara, namun ianya masih kekurangan bahan atau sumber yang boleh didapati di
Malaysia.
Kaedah latihan pliometrik menggunakan bola segar banyak terbukti berkesan terhadap
murid dan kanak-kanak, kajian oleh National Strength and Conditioning Association atau
NSCA (2006), dengan jurnal yang bertajuk Conditioning Fundamentals ada menerangkan
mengenai kaedah bola segar terhadap murid berumur bawah 16 tahun iaitu penggunaan bola
segar harulah disesuaikan melalui peringkat umur kanak-kanak dengan menggunakan bola
segar yang beratnya 1kg hingga 2kg. Menurut NSCA (2006), jenis latihan yang dilaksanakan
dalam program pliometrik bagi murid-murid ialah medicine ball chest throw.
Kaedah latihan medicine ball chest throw yang dilaksanakan NSCA menerangkan
penggunaan bola segar dengan latihan permulaan iaitu 6 set latihan dengan 10 kali ulangan
dengan intensiti rendah dapat meningkatkan kekuatan otot. Menurut NSCA (2006) lagi,
latihan pliometrik untuk meningkatkan kuasa eksplosif tangan melalui bola segar haruslah
mengikut panduan Youth Plyometrics Training Guidelines iaitu pengkaji harus mempunyai
kelayakan penyeliaan dan tindakan; memakai pakaian yang sesuai, ketat, terikat, selesa dan
dilatih atas permukaan yang tidak licin; memulakan warm-up dengan aktiviti dinamik;
bermula dengan 1 set dengan 6 hingga 10 kali ulangan kadar intensiti rendah; pertingkatkan
teknik yang betul dengan setiap latihan sebelum menukar kepada teknik yang lebih sukar;
termasuk latihan untuk bahagian atas badan dan bawah badan; melaksanakan 6 hingga 10
ulangan dalam setiap 2 atau 3 set bergantung pada matlamat, keperluan dan keupayaan;
memberi masa pemulihan (recovery) diantara setiap set dan ulangan; melaksanakan latihan
pliometrik dua kali seminggu pada bukan minggu berturut-turut; dan memastikan program
sentiasa kekal mencabar serta bersistematik dalam kepelbagaian latihan.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
14/44
Melalui aktiviti medicine ball chest throw kawasan otot yang terlibat adalah bahu dan
arm extensors (triseps) (Bompa, 2000). Menurut beliau lagi, butiran aktiviti medicine ball
chest throw adalah secara berdiri menghadap pasangan (A dan B), dengan jarak 8 hingga 10
kaki, A memegang bola segar dihadapan dada, A memanjangkan lengan ke atas dan
kehadapan menghantar bola ke dada B, dan B menangkap bola segar. Menurut Bompa (2000)
lagi, aktiviti medcine ball chest pass dilaksanakan dengan 15 hingga 20 ulangan dalam 2 set
latihan dengan 2 minit selang rehat.
Menurut Faigenbaum, McFarland, Keiper, Tevlin, Ratamess, Kang dan Hoffman
(2007), menyatakan melalui kajianEffects of a short-term plyometric and resistance training
program on fitness performance in boys age 12 to 15 years membuktikan lagi bahawa latihan
penggunaan bola segar mampu meningkatkan kuasa eksplosif tangan murid-murid melalui
kaedah pliometrik dengan menggunakan bola segar yang mempunyai saiz yang bersesuaian.
Menurut Faigenbaum et al., (2007), latihan yang digunakan adalah dengan menggunakan bola
segar (1-2 kg). Hal ini terbukti, dengan kajian beliau menggunakan aktiviti intervensi latihan
medicine ball toss, medicine ballstuffer flutter, lateral taps on medicine ball, medicine ball
overhead throw,dan medicine ball single leg dip dengan setiap minggu latihan intervensi 1
hingga 2 set (10 ulangan). Hasil daripada kajian beliau menemui keputusan bahawa dengan
kaedah latihan ini mampu meningkatkan kuasa eksplosif tangan murid-murid
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
15/44
2.3 Istilah Kajian
PREAMBLE....?
Pliometrik :Satu jenis latihan kecergasan yang mempunyai elemen gerakan
eksplosif untuk meningkatkan kekuatan bahagian otot tertentu.
Medcine ball :Bola segar atau bola yang mempunya jisim (kg).
Kuasa otot : Kombinasi kelajuan dan kekuatan otot.
Explosive/ ekplosif : Daya yang dikenakan terhadap rintangan.
Kelajuan : Lakuan yang pantas.
Kekuatan otot : Kemampuan otot untuk malawan daya.
Ketangkasan : Kemampuan mengubah kedudukan badan dan arah secara pantas.
Koordinasi : Kemampuan melakukan aktiviti dengan kawalan mata dan anggota
badan.
Rubrik : Penilaian atau pentaksiran berdasarkan kriteria dan norma-norma.
Biseps : Otot atas lengan.
Triseps : Otot bawah lengan.
Ektomorf : Saiz badan kurus dan tinggi.
Mesomorf : Saiz badan tegap, sederhana seperti atlet.
Endomorf : Saiz badan besar kegemukkan.
Somatotaip : Jenis bentuk badan.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
16/44
CARA PENULISAN
2.3 Istilah Kajian
Beberapa istilah utama dalam kajian ini dihuraikan, iaitu pelaksanaan kurikulum,
perspektif adaptasi dan dokumen rasmi.
Pelaksanaan Kur ikulum
Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), kurikulum merupakan suatu dokumen
perancangan. Pelaksanaan kurikulum oleh guru merujuk kepada cara guru menterjemahkan
kandungan dokumen tersebut (Dusenbury, Brannigan, Falco & Hansen, 2003; Marsh & Willis,
2007). Dalam konteks kajian, pelaksanaan kurikulum merujuk kepada pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Jasmani Tingkatan 1 oleh empat orang guru di sekolah berdasarkan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani Tingkatan 1.
Perspektif Adaptasi (Adaptation Perspective)
Perspektif adaptasi merujuk kepada adaptasi dalam kurikulum yang dibuat oleh guru
iaitu dengan mengambil kira konteks persekitaran seperti kemudahan untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, minat dan kemahiran guru.
Dokumen Kurikulum
Dalam kajian ini, dokumen kurikulum merujuk kepada dokumen rasmi yang dihasilkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, termasuk Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pelajaran
Wilayah Persekutuan dan sekolah. Antara dokumen tersebut ialah Sukatan Pelajaran, Huraian
Sukatan Pelajaran, buku rekod pengajaran, rekod ujian kecergasan dan rekod-rekod pentaksiran
dan penilaian.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
17/44
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Bahagian ini akan menerangkan objektif dan persoalan kajian yang dilaksanakan.
Objektif kajian diperincikan kepada objektif umum dan objektif khusus.
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekali gus
memupuk semangat mereka terhadap kecergasan fizikal.
3.2 Objektif Khusus
1. Pelaksanaan latihan pliometrik dapat meningkatkan kuasa eksplosif tangan murid.2. Pelaksanaan latihan pliomterik dapat meningkatkan kemahiran dan kecergasan fizikal
dalam diri murid-murid semasa menjalankan latihan.
3.3 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan berikut:
1. Adakah pelaksanaan pliometrik merupakan kaedah berkesan untuk meningkatkan kuasaeksplosif tangan murid?
2. Adakah melalui pelaksanaan pliometrik dapat meningkatkan lagi kemahiran dankecergasan murid-murid?
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
18/44
4.0 KUMPULAN SASARAN
Bahagian ini menerangkan maklumat maklumat responden dalam kajian yang
dilaksanakan. Maklumat maklumat tambahan responden juga diterangkan dalam jadual
yang disertakan. Taburan kekerapan responden juga dinyatakan beserta cara pemilihan sampel
kajian.
4.1 Maklumat responden
Sampel kajian ini terdiri daripada 5 orang murid lelaki tahun 5 di sebuah sekolah di
Subang Jaya. Seramai 5 orang murid diambil sebagai responden berdasarkan jadual 1 iaitu
seramai 5 orang responden didapati lemah dalam kuasa eksplosif tangan.
Berdasarkan jadual 3 di bawah, keempat-empat responden tersebut iaitu Murid A
mempunyai body mass index (BMI) yang kurang iaitu 18.0 sahaja dengan susuk tubuh badan
(Ektomorf) yang tinggi dan kurus. Manakala Murid B mempunyai BMI yang sangat ideal
iaitu 24.4 dengan susuk tubuh badan (Mesomorf) yang sederhana tegap. Murid C mempunyai
BMI yang tidak ideal dan tidak sihat iaitu 29.0 sahaja dengan susuk tubuh badan (Endomorf)
yang gemok. Murid D pula mempunyai BMI yang ideal iaitu 21.8 dengan susuk tubuh badan
(Mesomorf) yang sederhana tegap. Manakala murid E mempunyai BMI yang ideal iaitu 21.6
dengan susuk badan (Mesomorf) yang tegap sederhana.
Merujuk kepada penglibatan kokurikulum murid A tidak pernah mewakili sekolah
dalam apa acara skalipun. Murid B pula, pernah mewakili sekolah dalam acara balapan
(100m). Manakala murid C tidak pernah mewakili sekolah dan bersifat pasif. Murid D pernah
mewakili sekolah dalam acara lompat jauh dan murid E pula pernah mewakili sekolah untuk
acara balapan (4 x 100m).
Jadual 3
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
19/44
Maklumat responden
Maklumat Responden (M=Murid)
M.A M.B M.C M.D M.E
Jantina Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki
Kelas 5 Jati 5 Cengal 5 Jati 5 Cengal 5 Jati
Somatotaip Ektomorf Mesomorf Endomorf Mesomorf Mesomorf
BMI
t: tinggi
b: berat
BMI : b/ t2
t=1.58m
b = 45kg
=18.0
t=1.50m
b = 55kg
=24.4
t=1.53m
b = 68kg
=29.0
t=1.47m
b = 47kg
=21.8
t=1.52m
b = 60kg
=21.6
Jawatan Murid
Biasa
Ketua
Kelas
Murid
biasa
Pengawas
Sekolah
Murid biasa
Prestasi
Kokurikulum
(wakil sekolah)
Tidak
pernah
Acara
balapan
(100m)
Tidak
pernah
Acara
padang
(lompat
jauh)
Acara
balapan (4x
100m)
Ciri unik Mempunyai
keyakinan
tetapi
lambat
adaptasi
dengan
latihan
Mampu
melakukan
tetapi tiada
keberanian
Berani
mencuba
sesuatu
yang sukar
Mampu
adaptasi
latihan
dengan
cepat
Mempunyai
bakat tetapi
malas
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
20/44
4.2 Cara pemilihan sampel
Cara pemilihan sampel dibuat berdasarkan jadual 1 iaitu seramai 25 orang murid diuji
dalam kuasa eksplosif melalui skala semak potensi kuasa eksplosif didapati seramai 5 orang
murid dikenalpasti dalam potensi kategori lemah. Seramai 5 orang murid ini diambil sebagai
responden berikutan keputusan skala semak yang menunjukkan paling lemah kuasa eksplosif
tangan iaitu dengan jarak kurang 4 meter atau tiada mata.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
21/44
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan pendekatan kaedah pliometrik bagi
menguatkan kefahaman, rasional, serta tindakan (intervensi) dan ujian yang dipilih. Pengkaji
telah melaksanakan perancangan tindakannya satu kitaran sahaja.
5.1 Kitaran Kajian 1
Pengkaji melaksanakan kajian dengan menggunakan satu kitaran sahaja. Kitaran
pengkaji berdasarkan Kemmis dan Mc Taggart (1988). Ini adalah kerana pengkaji merasakan
keputusan akhir membuktikan bahawa ada berlaku peningkatan kuasa eksplosif tangan dan
menjawab segala persoalan kajian. Peringkat kitaran pengkaji adalah dengan dimulakan
dalam peringkat perancangan, bertindak, memerhati, dan refleksi.
Semasa peringkat perancangan, masalah atau isu dikenal pasti melalui skala semak
dengan mengukur tahap kuasa eksplosif tangan responden. Perancangan diperkuatkan dengan
mencari punca berdasarkan kajian-kajian lepas. Kaedah-kaedah intervensi dicari yang paling
releven untuk meningkatkan kuasa eksplosif dan kaedah pliometrik dipilih. Kaedah pliometrik
dipilih selari dengan kajian lepas dan tokoh-tokoh kecergasan khususnya dalam bidang kuasa
eksplosif.
Kemudian difasa bertindak, pengkaji menetapkan cara untuk memulakan kajian dengan
membuat ujian pra untuk membuat ujian awal khusus menguji tahap kuasa eksplosif tangan
terhadap responden. Ujian ini berdasarkan Norms in Feet for Two-Hand Medicine Ball Put
oleh Johnson dan Nelson (1986). Keputusan ujian pra diambil untuk dibuat perbezaan dengan
ujian pos sama ada berlaku peningkatan atau pengurangan. Difasa bertindak ini intervensi
turut dijalankan untuk melatih dan merawat supaya memberi kesan terhadap kuasa eksplosif
tangan responden. Selepas intervensi diberikan ujian pos dilaksanakan.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
22/44
Seterusnya selepas tindakan dijalankan pemerhatian dijalankan. Pemerhatian dijalankan
berdasarkan keputusan dapatan kajian melalui instrumen ujian pra dan ujian pos. Data-data
ujian pra, intervensi dan ujian pos dikaji dan diproses. Pemerhatian dijalankan untuk membuat
keputusan awal atau jangkaan awal selepas intervensi diberikan terhadap responden.
Refleksi dilakukan untuk menilai semula keberkesanan kajian. Keputusan dibuat dengan
disokong oleh data-data yang diperoleh melalui ujian pra dan ujian pos. Pengkaji membuat
refleksi berdasarkan perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pos sama ada berlaku
peningkatan atau pengurangan. Kesimpulan dibuat dengan menyatakan bahawa kaedah
pliometrik dapat meningkatkan kuasa eksplosif tangan. Kitaran kajian dapat difahami dengan
merujuk rajah 1 dibawah.
Rajah 1 : Gelung Kitaran Kajian 1 (Kemmis & Mc Taggart, 1988)
1. Perancangan
Mengenal pasti isu, kaedah,dan skala semak
2. Bertindak
Melakasanakan ujian pra,intervensi dan ujian pos.
3. Memerhati
Merujuk keputusan data ujian,impak daripada intervensi, dan
proses data dilaksanakan.
4. Refleksi
Keputusan dibuat danmenjawab persoalan kajianserta objektif kajian tercapai.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
23/44
5.1.1 Perancangan
Melalui kitaran pertama, tujuan kajian dikenal pasti dengan menyatakan objektif
kajian dan persoalan kajian bagi menjawab isu untuk ke arah meningkatkan kuasa eksplosif
tangan murid tahun 5. Seramai 5 responden dipilih menjalankan ujian pra dan pos Two-Hand
Medicine Ball Put(6 lb) bersamaan berat kira-kira 2 kg. Objektif Ujian pra ini adalah untuk
mengukur kuasa lengan (arms) dan bahu (Shoulder girdle). Tahap umur dikenalpasti
bersesuaian dengan ujian pra Two-Hand Medicine Ball Put (6 lb) iaitu dalam lingkungan
umur 10 hingga 12 tahun dan sesuai untuk jantina lelaki dan perempuan (Johnson & Nelson,
1986). Menurut rubrikNorms in Feet for Two-Hand Medcine Ball Put, College Students oleh
Johnson dan Nelson (1986) menyatakan nilai kebolehpercayaan ujian ini sangat tinggi (an
r of .81 was found for college girls, while an r of .84 was found for college men) begitu
juga dengan nilai kesahan (an r of .77 was obtained by correlating distance scores with
scores computed by the power formula. The angle of release was not analyzed, however,
although this is a definite limiting factor affecting validity). Peralatan dan bahan-bahan yang
harus ada ketika menjalankan ujian ini adalah bole segar 6lb (2.72 kg), kapur, tape, tali kecil,
kerusi dan pita pengukur.
Responden haruslah mengikut arahan dan panduan yang ditetapkan pengkaji untuk
mendapat keputusan yang tinggi kesahannya semasa melaksanakan ujian pra dan pos.
Responden haruslah dalam posisi duduk di diatas kurusi panjang ke belakang; responden
memegang bola segar dengan kedua belah tangan bertentangan dengan dada dibawah dagu;
responden menolak bola segar ke atas dan keluar dengan jarak maksimum; tali hendaklah
mengelilingi dada responden dan diikat dengan pasangan untuk mengelakkan gerakkan atau
bergoyang (rocking) semasa menolak bola segar, fokus tolakkan harus pada lengan; dan
hanya 3 kali percubaan dibenarkan (Johnson & Nelson, 1986).
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
24/44
Johnson dan Nelson (1986), menegaskan lagi kaedah untuk mengukur dan mengambil
skor adalah dengan hanya 1 kali balingan terbaik daripada 3 kali balingan percubaan, ukuran
haruslah diambil dengan jarak paling hampir dengan kaki responden untuk dijadikan skor, dan
responden dibenarkan untuk mencuba beberapa kali sebelum melakukan ujian.
Jadual 3
Norma-norma untuk lontaran bola segar (2kg) dengan kedua belah tangan dalam unit meter
TAHAP PRESTASI SKOR MURID LELAKI (m)
Paling baik 8.1 dan ke atas
Sederhana baik 6.1-8.0
Sederhana 4.1-6.0
Permulaan baik 2.1-4.0
Permulaan 0-2.0
Sumber : Adaptasi daripada Johnson & Nelson (1986), Norms in Feet for Two-Hand
Medicine Ball Put.
Berdasarkan Jadual 3 diatas, menurut Johnson dan Nelson (1986), menyatakan bagi
responden lelaki nilai 0 hingga 2.0 meter ditaktrifkan sebagai permulaan (beginner); 2.1
hingga 4.0 meter ditakrifkan sebagai permulaan baik (advanced beginner); 4.1 hingga 6.0
meter ditakrifkan sebagai sederhana (intermediate); 6.1 hingga 8.0 meter ditakrifkan sebagai
sederhana baik (advanced intermediate); dan 8.1 meter dan ke atas ditakrifkan sebagai paling
baik (advanced).
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
25/44
5.1.2 Tindakan
Ujian pra dilakukan terhadap 5 orang responden yang terpilih. Ujian ini dinamakan
Lontaran Bola Segar (2kg) dengan kedua belah tangan berdasarkan rubrik Johnson dan
Nelson (1986) rujuk jadual 3.
Responden memerlukan kaedah untuk meningkatkan kuasa eksplosif tangan melalui
rawatan atau intervensi diberikan. Latihan yang amat bersesuaian untuk meningkatkan kuasa
eksplosif responden dengan latihan bola segar iaitu medicine ball chest throw. Kaedah latihan
pliometrik medicine ball chest throw, medicine ball twist throw dan medicine ball forward
overhead throw ini sangat bertepatan untuk meningkatkan kuasa eksplosif tangan (Bompa,
2000). Jadual 4 dan 5 dibawah menunjukkan rutin latihan yang dijalankan pengkaji terhadap 5
responden. Responden diberi latihan dengan menggunakan bola segar beratnya 1kg selama 4
minggu. Melalui latihan intervensi ini bilangan ulangan dan set dijadikan pembolehubah yang
harus ditekankan manakala berat bola segar 1kg, sela masa rehat dan jarak hantaran semasa
latihan ialah 3 meter dikekalkan (dimalarkan). Bilangan set dan ulangan ditambah setiap
minggu namun berat dan sela masa rehat masih dikekalkan. Hal ini kerana ia dapat
meningkatkan kadar intensiti kuasa eksplosif tangan responden (Bompa, 2000).
Setelah intervensi dijalankan responden akan dinilai tahap kuasa eksplosif tangan
melalui ujian pos. Ujian pos dilaksanakan dengan prosedur yang sama seperti ujian pra.
Kepentingan ujian pos adalah membolehkan pengkaji melihat keberkesanan latihan intervensi
yang diberikan. Melalui ujian pos juga perbezaan dicari melalui jadual dan graf perbandingan
perbandingan dengan ujian pra.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
26/44
Jadual 4
Program latihan pliometrik menggunakan bola segar 1kg selama 4 minggu
JENIS LATIHAN BERAT
(kg)
BILANGAN
ULANGANa
BILANGAN
SETa
SELA MASA
REHAT (MINIT)MB chest throw 1 17-20 2-5 3
MB forward overhead
throw
1 17-20 2-5 3
MB twist throw 1 17-20 2-5 3*Medicine Ball; aIkut minggu
Dalam jadual 4 di atas, program latihan pliometrik menggunakan bola segar 1kg
selama 4 minggu dilaksanakan dalam fasa intervensi. Responden diberi latihan untuk
meningkatkan kuasa eksplosif tangan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama 4 minggu.
Jadual 5 dibawah menerangkan perincian mengenai jadual latihan responden. Pengkaji
merancang untuk melakukan peningkatan set latihan dan ulangan latihan dalam setiap
minggu. Rasionalnya adalah untuk meningkatkan kadar intensiti latihan dan membina kuasa
eksplosif tangan responden. Sewajarnya latihan memerlukan cabaran dan saingan untuk
meningkatkan mutu persembahan (NSCA, 2006).
Jadual 5
Jadual latihan dan log latihan responden dalam setiap minggu
MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4
2 SET 3 SET 4 SET 5 SET17 ULANGAN 18 ULANGAN 19 ULANGAN 20 ULANGAN
MB* chest throw MB chest throw MB chest throw MB chest throw
MB*forward
overhead throw
MB forward
overhead throw
MB forward
overhead throw
MB forward
overhead throw
MB twist throw MB twist throw MB twist throw MB twist throw
*Medicine Ball; sela masa rehat masih sama iaitu 3 minit; berat bola segar masih dikekalkan.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
27/44
5.1.3 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dilakukan respoden melakukan latihan intervensi mengikut
aturan dan jadual mingguan yang ditetapkan seperti Jadual 5. Kaedah latihan ini memerlukan
lakuan yang sempurna bagi meningkatkan intensiti kuasa eksplosif responden melalui
bilangan ulangan dan set.
Merujuk kepada latihan medicine ball chest throw kawasan yang gerak kerja yang
terlibat kepada responden adalah bahu dan arm extensors-triceps (Bompa, 2000). Variasi
latihan adalah secara berpasangan menghadap responden A dan B, responden A hendaklah
memegang bola rapat dihadapan dada, kemudiaan membuat responden A membuat hantaran
dengan memanjangkan lengan kehadapan kepada dada pasangan responden B, dan kemudiaan
responden B membalasa hantaran sama dengan lakuan responden A.
Latihan medicine ball forward overhead throw juga mempunyai lakuan variasi latihan
yang sama dengan medicine ball chest throw tadi cuma hantaran aras kepala yang dilakukan.
Manakala kawasan gerak kerja yang terlibat adalah berbeza iaitu dada, bahu, dan abdominal
muscles (Bompa, 2000). Begitu juga dengan latihan medicine ball twist throw juga
mempunyai lakuan yang sama cuma bola segar kedudukan di sisi, hantaran sisi dilakukan dan
bukaan kaki memanjang ke belakang. Kawasan gerak kerja yang terlibat adalah lengan, trunk
dan oblique abdominal muscles (Bompa, 2000).
Responden melaksanakan latihan mengikut rutin dan mempunyai buku log latihan
responden (Lampiran A) mengikut minggu. Latihan yang diberikan haruslah mengikut syarat
yang ditetapkan dan norma-norma yang diberi.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
28/44
5.1.4 Refleksi
Berdasarkan latihan yang diberikan penyelidik dapat membuat andaian bahawa
reponden dapat melaksanakan latihan secara terperinci dan mengikut jadual, jenis latihan dan
undang-undang latihan yang dijalankan (Lampiran B).
Pengumpulan data dibuat (Lampiran C) semasa latihan dilakukan dengan mengambil
kira bilangan ulangan, bilangan set, dan sela masa rehat untuk memastikan keberkesanan
latihan tidak dipengaruhi oleh perkara lain sebagai contoh kebarangkalian responden tidak
mengikut rutin bilangan ulangan latihan akan memberi kesan terhadap kuasa eksplosif tangan.
Latihan juga memerlukan konsentrasi dan displin yang tinggi. Responden kelihatan
amat bersungguh-sungguh dan boleh menjalankan latihan mengikut undang-undang yang
ditetapkan.
Pergerakan lakuan motor juga di rekod sebagai data mengikut responden (Lampiran
D). Hal ini sangat penting kerana ia mempengaruhi kawasan gerak kerja badan yang tertentu
contohnya otot trisep dan bisep. Sekiranya lakuan motor tidak diambil kira semasa latihan
maka ia langsung tidak meningkatkan kuasa eksplosif tangan responden.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
29/44
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA
Bab ini menerangkan mengenai instrumen pengumpulan data melalui ujian pra dan
pos. Ia juga merangkumi kaedah atau cara menganalisis data melalui peratusan. Caracara
pengumpulan dan penganalisisan data juga diperincikan yang seterusnya digunakan dalam
bab tujuh bagi menjawab persoalan kajian.
6.1 Instrumen Pengumpulan Data
Instrumen kajian yang digunakan pengkaji ialah dengan skala semak, ujian pra dan
ujian pos. Peranan pengkaji dalam melaksanakan skala semak adalah sebagai mengenalpasti
punca atau masalah awal yang dialami murid untuk dijadikan sebagai isu dalam kajian.
Pengkaji melaksanakan skala semak berdasarkan norma-norma rubrik rasmi sukan tara bagi
acara lontar peluru seperti dalam jadual 1. Melalui skala semak murid diberi peluang
membuat lontaran paling jauh dengan 3 kali peluang lontaran catatan lontaran paling jauh
diambil. Jarak mengikut mata menentukan potensi kuasa eksplosif tangan murid. Skala semak
digunakan sebagai untuk mengasingkan murid mengikut tahap potensi kuasa eksplosif tangan
dalam kategori baik, sederhana atau lemah. Murid yang dalam kategori lemah diambil sebagai
responden.
Peranan ujian pra adalah untuk menguji tahap atau potensi kuasa eksplosif tangan murid
khususnya dalam menguji kuasa eksplosif tangan. Ujian pra secara objektifnya menguji tahap
kuasa eskplosif tangan responden. Kaedah ujian pra ini dipilih daripada Johnson dan Nelson
(1986) dibawah tajuk ukuran kuasa melalui ujian Norms in Feet for Two-Hand Medicine Ball
Put. Ujian pos juga menggunakan kaedah yang sama seperti ujian pra. Pengkaji mengambil
data keputusan daripada jarak lontaran responden, kemudian berdasarkan keputusan pengkaji
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
30/44
akan membuat pengelasan murid mengikut potensi kuasa eksplosif tangan oleh Johnson dan
Nelson (1986). Semasa ujian pra dan ujian pos prosedur yang dijalankan adalah sama iaitu
responden diberi peluang sebanyak 3 kali lontaran dengan kedua belah tangan dan jarak yang
paling jauh diambil.
Perbezaan akan diambil selepas ujian pos untuk mengetahui berlakunya peningkatan
atau pengurangan selepas intervensi atau rawatan dijalankan. Sebagai contoh semasa ujian pra
hanyalah untuk mengetahui potensi awal atau kemampuan awal responden dalam kuasa
eksplosif tangan. Kemudian intervensi dijalankan bagi memberi penambahbaikkan kuasa
responden. Selepas intervensi barulah dilaksanakan ujian pos sama untuk mengetahui impak
daripada intervensi yang diberikan sama ada berlaku peningkatan atau pengurangan.
Perbezaan akan dicari atau dikenalpasti dalam perbandingan keputusan ujian pra dan ujian
pos seperti dalam jadual 11.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
31/44
6.1.1 Ujian
Ujian pra dilakukan bagi mengetahui tahap atau potensi kuasa eksplosif tangan
responden melalui ujian Jarak Lontaran Bola Segar 2kg dengan Kedua Belah Tangan. Rubrik
latihan adalah seperti dalam jadual 3. Keputusan ujian pra dan ujian pos adalah seperti dalam
jadual 6 dan jadual 7 di bawah.
Jadual 6
Keputusan Ujian Pra Jarak Lontaran Bola Segar 2kg dengan Kedua Belah Tangan
RESPONDEN JARAK (m) TAHAP PRESTASI
A 1.8 Permulaan
B 3.0 Permulaan baik
C 2.0 Permulaan
D 3.4 Permulaan baik
E 3.3 Permulaan baik
Merujuk jadual 6 di atas, bagi ujian pra yang dijalankan keputusan bagi responden A
adalah dengan jarak 1.8 meter berada ditahap permulaan. Responden B pula dengan jarak 3.0
meter berada ditahap permulaan baik. Manakala responden C dengan keputusan 2.0 meter
berada dalam tahap permulaan. Responden D dan E masing-masing mencatat rekod 3.4 meter
dan 3.3 meter dalam tahap permulaan baik.
Pengkaji meletakkan tahap prestasi sebagai pengukur bagi setiap responden.
Peningkatan atau pengurangan dapat dilihat dalam keputusan ujian pos. Pengkaji membuat
perbandingan dengan membina jadual perbezaan untuk mengetahui peningkatan (rujuk jadual
11)
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
32/44
Jadual 7
Keputusan Ujian Pos Jarak Lontaran Bola Segar 2kg dengan Kedua Belah Tangan
RESPONDEN JARAK (m) TAHAP PRESTASI
A 3.8 Permulaan baikB 4.3 Sederhana
C 3.9 Permulaan baik
D 4.5 Sederhana
E 4.4 Sederhana
Jadual 7 di atas menunjukkan keputusan ujian pos bagi 5 responden setelah intervensi
dilaksanakan. Responden A dengan jarak 3.8 meter berada dalam tahap permulaan baik.
Responden B pula dengan jarak 4.3 meter berada dalam tahap sederhana. Manakala
responden C mencapai jarak 3.9 meter berada dalam tahap permulaan baik. Responden D dan
E masing-masing berada dalam tahap sederhana dengan rekod 4.5 meter dan 4.4 meter.
6.2 Cara Menganalisis Data
Pengkaji menggunakan kaedah peratusan untuk melihat secara keseluruhan dan
membuat perbandingan peningkatan atau pengurangan. Keputusan berbentuk data diambil
daripada ujian pra dan ujian pos, kemudian diberi penilaian berbentuk peratusan berdasarkan
skor responden (jarak lontaran bola segar).
Keputusan dibuat berdasarkan peningkatan yang berlaku setelah ujian pos dilakukan.
Keputusan data ujian pra dan ujian pos diambil kemudian dibanding bezakan. Peningkatan
bermaksud perbezaan jarak semasa ujian pra dan ujian pos.
Responden dikelaskan mengikut potensi atau tahap kuasa eksplosif tangan mereka.
Jadual dan graf membantu untuk melihat perbezaan atau perbandingan kuasa eksplosif tangan
responden secara keseluruhan. Keputusan dapat dibuat dengan merujuk kepada data peratusan
dan graf secara individu.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
33/44
6.2.1 Ujian (Peratusan)
Berdasarkan jadual 3 dapat ditafsirkan bahawa tahap prestasi boleh digunakan sebagai
peratusan. Lihat jadual 8 dibawah.
Jadual 8
Skor Peratusan mengikut Tahap Prestasi Kuasa Eksplosif Tangan Responden
TAHAP PRESTASI SKOR MURID LELAKI (m) SKOR PERATUSAN
Paling baik 8.1 dan ke atas 81-100
Sederhana baik 6.1-8.0 61-80
Sederhana 4.1-6.0 41-60
Permulaan baik 2.1-4.0 21-40
Permulaan 0-2.0 0-20
Sumber : Adaptasi daripada Johnson & Nelson (1986), Norms in Feet for Two-Hand
Medicine Ball Put.
Melalui keputusan ujian pra dapat ditafsirkan melalui peratusan seperti jadual 9 dan
jadual 10 di bawah.
Jadual 9
Peratusan Ujian Pra
RESPONDEN PERATUSAN
A 18
B 30
C 20
D 34
E 33
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
34/44
Rajah 2 : Peratusan Ujian Pra
Melalui ujian pra dapat dikenalpasti kelima-lima responden masih lemah dalam kuasa
eksplosif tangan kerana ianya sebelum melaksanakan rawatan intervensi. Didapati responden
A hanya 18%, responden B hanya 30%, responden C hanya 20%, responden D hanya 34%,
dan responden E hanya 33 peratus. Dapat disimpulkan bahawa kelima-lima responden dalam
kategori permulaan dan permulaan baik. Selepas melakasanakan rawatan intrvensi dan
program latihan pliometriks bola segar ujian pos dilaksanakan dan keputusan dalam peratusan
seperti dalam jadual 10 dibawah.
Jadual 10
Peratusan Ujian Pos
RESPONDEN PERATUSAN
A 38
B 43
C 39
D 45
E 44
0
5
10
15
20
25
30
35
40
A B C D E
PERATUSAN %
PERATUSAN %
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
35/44
Rajah 3 : Peratusan Ujian Pos
Melalui ujian pos dapat diperhatikan berlaku adanya peningkatan peratusan kuasa
eksplosif tangan setelah responden menjalankan latihan intervensi menggunakan bola segar.
Didapat responden A memperoleh 38%, B memperoleh 43%, C memperoleh 39%, D
memperoleh 45% dan E memperoleh 44%. Didapati pada ujian pos kategori potensi telah
meningkat kepada permulaan baik dan sederhana.
34
36
38
40
42
44
46
A B C D E
PERATUSAN %
PERATUSAN %
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
36/44
7.0 KEPUTUSAN KAJIAN
Bab ini menerangkan dapatan kajian melalui ujian pra dan pasca melalui
peningkatan melalui peratusan. Bahagian ini juga menerangkan hasil analisis atau keputusan
yang diperoleh daripada beberapa alat kajian yang digunakan. Kesimpulan setiap satu hasil
analisis serta keberkesanan intervensi kajian turut diterangkan.
7.1 Perbandingan Ujian Pra dan Pos
Ujian pra dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap atau potensi responden
mengenai kuasa eksplosif responden. Kemudia intervensi dijalankan sebagai rawatan untuk
meningkatkan kuasa eksplosif tangan responden. Setelah melaksanakan intervensi ujian pos
dijalankan bagi mengetahui berlakunya peningkatan kuasa eksplosif tangan murid. Jadual 11
dibawah merupakan jadual perbandingan antara ujian pra dan ujian pos.
Jadual 11
Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos
RESPONDEN UJIAN PRA (m) UJIAN POS (m) PERBEZAAN (m)
A 1.8 3.8 +2.0
B 3.0 4.3 +1.3
C 2.0 3.9 +1.9
D 3.4 4.5 +1.1
E 3.3 4.4 +1.1
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
37/44
Rajah 3 : Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos
Melalui rajah 3 diatas, paksi-X mewakili responden dan paksi-Y mewakili jarak (m)
lontaran bola segar melalui ujian pra dan pos. 3 bar berkenaan masing-masing mewakili ujian
pra, ujian pos dan perbezaan. Responden A mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak
2.0 meter. Manakala responden D dan E mencatatkan peningkatan yang sama rendah iaitu
sebanyak 1.1 meter. Responden B mencatatkan peningkatan sebanyak 1.3 meter dan
responden C sebanyak 1.9 meter.
Sebagai kesimpulan terdapat berlakunya peningkatan kuasa eksplosif tangan bagi
kelima-lima responden. Hal ini kerana intervensi yang dijalankan amat releven dan
bersesuaian. Melalui analisis yang dijalankan didapati latihan pliometrik dapat membantu
peningkatan kuasa eksplosif tangan, kemahiran dan kecergasan melalui latihan bola segar.
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
5
A B C D E
PRA
POS
PERBEZAAN
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
38/44
8.0 RUMUSAN
Bahagian ini menerangkan rumusan kajian yang didapati hasil analisis yang telah
dijalankan dalam bahagian sebelumnya. Persoalanpersoalan kajian juga dijawab dalam tajuk
rumusan dapatan dan rifleksi.
8.1 Rumusan Dapatan
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kuasa eksplosif tangan. Objektif khusus kajian
ini untuk meningkatkan kuasa eksplosif tangan melalui latihan pliometrik dan meningkatkan
kemahiran serta kecergasan.
Melalui dapatan kajian didapati responden dapat meningkatkan kuasa eksplosif tangan
melalui latihan pliometrik iaitu dengan menggunakan bola segar. Kajian ini juga dapat
mengenalpasti tahap potensi atau kategori responden dalam kuasa eksplosif tangan melalui
rubrik norma-norma lontaran bola segara 2kg (Johnson & Nelson, 1986).
Merujuk jadual 11 iaitu Jadual Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos didapati
semua responden mempunyai peningkatan kuasa eksplosif tangan. Hal ini mengesahkan lagi
bahawa kaedah latihan pliometrik dapat mengembangkan atau meningkatkan kuasa eksplosif
dan merupakan komponen utama bagi kebanyakan atlet (Radcliffe & Farentinos, 1958).
Tambahan pula, kaedah latihan pliometrik ini ternyata berkesan bagi peringkat umur 11
tahun iaitu tahun 5. Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Faigenbaum, 2011 iaitu latihan
menggunakan bola segar sesuai dilaksanakan oleh kanak-kanak kerana ia hanya memerlukan
beberapa asas kemahiran yang mudah.
Hasil kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Faigenbaum, McFarland,
Keiper, Tevlin, Ratamess, Kang dan Hoffman (2007) iaitu Effects of a short-term plyometric
and resistance training program on fitness performance in boys age 12 to 15 years terbukti
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
39/44
mampu meningkatkan kuasa eksplosif tangan, kemahiran dan kecergasan fizikal. Menurut
mereka lagi kaedah pliometrik mampu meningkatkan kuasa eksplosif tangan melalui
rintangan dalam tempoh masa yang singkat. Tambahan lagi melalui dapatan kajian mereka
kaedah penggunaan bola segar digunakan dalam 6 minggu menunjukkan keberkesanan dalam
meningkkatkan kuasa eksplosif tangan responden.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
40/44
8.2 Refleksi
Melalui kajian ini didapati amat berkesan untuk meningkat kuasa eksplosif tangan.
Kajian ini juga membuktikan bahawa kuasa eksplosif tangan amat penting dalam menentukan
potensi, kemahiran, dan kecergasan responden.
Responden juga harus menjalankan latihan dengan mengikut urutan dan undang-undang
latihan yang ditetapkan bagi memberi impak yang berkesan. Kajian ini amat penting dalam
mengetahui sejauh mana Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah berkesan dan memberi nilai
yang tinggi kepada murid tentang kepentingan kecergasan fizikal.
Kajian ini ternyata berkesan terhadap responden kerana ia memberi kefahaman tentang
kuasa, daya rintangan, kekuatan dan intensiti. Oleh itu, kajian seperti ini haruslah ditambah
nilai untuk generasi akan datang.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
41/44
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bahagian ini membincangkan cadangancadangan penambahbaikan yang boleh
dilakukan ke atas kajian yang dilaksanakan ini. Cadangan kajian seterusnya juga
dibincangkan dengan penekanan dalam penggunaan kedah latihan pliometrik lain untuk
meningkatkan kuasa eksplosif.
9.1 Cadangan Penambahbaikan dan cadangan kajian seterusnya.
Pengkaji telah melaksanakan kajian dalam beberapa minggu melalui latihan pliometrik
bagi meningkatkan kuasa eksplosif tangan. Kajian ini memfokuskan tentang kepentingan
kuasa eksplosif tangan untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan fizikal.
Oleh itu, pengkaji merasakan pentingnya dilaksanakan kajian-kajian lanjutan berkaitan
pendekatan latihan pliometrik lain untuk meningkatkan kuasa eksplosif tangan contohnya
menggunakan dumbbell,shot throw,dan hang hip flexion (Bompa, 2000). Oleh yang demikian,
banyak lagi kaedah latihan pliometrik yang berkesan untuk meningkatkan kuasa eksplosif otot
tangan.
Tambahan lagi, kajian-kajian seharusnya mempunyai nilai-nilai yang harus diterapkan
kepada responden contonhya berdisplin, patuh dan banyak lagi. Nilai-nilai seperti ini juga
harus diterapkan dalam sesi latihan dan Pengajaran dan Pembelajaran.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
42/44
SENARAI RUJUKAN
Bompa, T.O. (2000). Total Training for Young Champions: Proven conditioning programs
for athletes ages 6 to 18. United States: Human Kinetics.
Butler, J.I., & Griffin, L. (2005). Teaching games for understanding: Theory, research and
practice. Champaign, IL : Human Kinetics.
Chua Y. P. (2006).Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Shah Alam,
Selangor: Mc Graw-Hill Sdn. Bhd.
Creswell, J.W. (1994). Research design: qualitative and quantitative approaches. London:
Sage Publication.
Faigenbaum, A.D., McFarland, J.E., Keiper, F.B., Tevlin, W., Ratamess, N.A., Kang, J., &
Hoffman, J.R. (2007). Effects of a short-term plyometric and resistance training
program on fitness performance in boys age 12 to 15 years:Journal of Sport Science
and Medicine, 6, 519-525.
-
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
43/44
Faigenbaum, A.D., & Mediate, P. (2006).Effects of Medicine Ball Training on
Fitness Performance of High-School Physical Education Students. Dipetik daripada
www.sirc.capada 1 Julai 2011.
Faigenbaum, A.D. (2010).Medicine Ball for All Kid. Dipetik daripada
www.strongkid.compada 10 Julai 2011.
Hafizah Harun & Rohana Hashim (2011).Kesan Latihan Pliometrik Dan Latihan Bebanan
Terhadap Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan. Kajian tidak diterbitkan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Mohd Anizu Mohd Noor & Mohd Nasir Bin Lajewah (2011).Keberkesanan Latihan
Bebanan Terhadap Kekuatan Otot Tangan Bagi Atlet Renang SUKMA Johor. Kajian
tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
National Strength & Conditioning Association (2006).Performance Training: Journal of
Conditioning Fundamentals, Vol. 5 No. 2
http://www.sirc.ca/http://www.sirc.ca/http://www.strongkid.com/http://www.strongkid.com/http://www.strongkid.com/http://www.sirc.ca/ -
7/29/2019 Contoh AR Lengkap Pelajar
44/44
Radcliffe, J.C., & Farentinos, R.C., (1985). PLYOMETRICS: Explosive Power Training,
Second Edition. Campaign, Illinois : Human Kinetics Publisher, Inc.
Rosinah Edinin (2011).Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.