Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
-
Upload
maria-sofea -
Category
Education
-
view
819 -
download
2
description
Transcript of Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
CIRI-CIRI KOMUNIKASI YANG BERKESAN Kumpulan 4 : Sofea, Shereen, Umairah & Amirul
MENJAGA AIR MUKA ORANG LAINOleh : Sofea
APA ITU AIR MUKA?
MAKSUD AIR MUKA
Simpulan Bahasa : rupa atau wajah yang menggambarkan perasaan
seseorang
Maruah seseorang
Juga boleh diterjemahkan sebagai lambang kepada perasaan dalaman
seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka.
Hal ini demikian kerana berikutan beberapa faktor iaitu keadaan dan
situasi yang berlaku dalam kalangan persekitarannya menyebabkan
individu terbabit sukar untuk menterjemahkan melalui lisan.
CONTOH AIR MUKAATAU
MIMIK MUKA
KONSEP MUKA GOFFMAN
Muka sebagai nilai sosial yang positif yang dituntut oleh seseorang
daripada pihak lain dalam sesuatu interaksi
Muka ialah imej yang menggambarkan penerimaan sosial yang dikongsi
apabila seseorang mempamerkan sesuatu tindakan dan perlakuan yang
baik
Goffman telah mengemukakan pembahagian tugas seseorang untuk
menjaga muka kepada dua tugas, iaitu tanggungjawab menjaga muka
sendiri dan tanggungjawab menjaga muka orang lain.
Bagi menunaikan tanggungjawab tersebut, setiap orang boleh
bertindak dengan mengelakkan sesuatu keadaan yang
mengancam muka. Antara caranya :
(a) Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu topik yang akan
memalukan sendiri kerana tidak pasti tentang topik tersebut.
(b) Selalu membuat timbang tara bagi mengelakkan malu
sendiri ataupun pihak lain.
(c) Tarik diri dan berpura-pura tidak perasan dengan keadaan
yang memalukan itu.
KENAPA PERLU MENJAGA AIR MUKA ORANG LAIN DALAM KOMUNIKASI? Supaya orang lain (penerima/pendengar) tidak berasa tersinggung, terhina
atau rendah diri semasa berkomunikasi
Menjaga hubungan baik, elak konflik dan salah faham atau perasaan tidak
suka
Menunjukkan rasa hormat dan tidak memalukan (menjejaskan imej) diri
sendiri atau orang lain
Menghasilkan komunikasi yang lancar dan berkesan (tiada gangguan)
CARA & KESAN MENJAGA AIR MUKA ORANG LAINOleh : Shereen
CARA MENJAGA AIR MUKA ORANG LAIN DALAM BERKOMUNIKASI : Di Malaysia, norma dan adat masyarakat amat bersantun. Ini menyebabkan rakyatnya secara sendirinya mempamerkan air muka yang bersopan secara langsung.
Kebanyakkan anak-anak yang dididik dengan santun ini secara automatik senyum kepada tetamu yang datang ke rumah mereka sebagai tanda menghormati tetamu.
Di Barat, masyarakatnya akan senyum dengan sesiapa sahaja yang mereka lihat. Sebaliknya, masyarakat di Malaysia hanya akan senyum kepada orang yang mereka kenali.
Ini menjadikan jaringan budaya di Barat lebih luas berbanding di Malaysia.
Masyarakat di Malaysia lebih mementingkan kedudukan heiraki, air muka orang lain, dan teguran.
Bercakap secara kasar dan perbuatan menyampuk semasa berkomunikasi adalah dilarang sama sekali.
Segala komunikasi yang dilakukan adalah seiring denagn air muka orang lain.
Oleh itu, komunikasi yang dilakukan haruslah denagn sopan agar orang lain tidak kecil hati.
KESAN MENJAGA AIR MUKA ORANG LAIN DALAM BERKOMUNIKASI Komunikasi akan berlaku diantara dua individu dengan lebih toleransi
Matlamat dalam sesuatu perbincangan antara individu akan tercapai
Segala urusan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang konflik
Menyumbang kepada keberkesanan komunikasi yang berlaku Mampu menjaga keharmonian sejagat Komunikasi silang budaya akan lebih harmoni Jaringan budaya akan menjadi lebih luas seperti di Barat
CONTOH-CONTOH PENJAGAAN AIR MUKA DALAM PENULISAN CERPEN MELAYU
CERPEN IDOLA, ZAEN KASTURI“Saudara, apa yang sebenarnya saudara ingin dapatkan daripada saya?”
“Errr.. Tidak ada apa-apa… Saya.. Saya Cuma mengagumi saudara.”
Dialog tersebut adalah di antara si hero dengan si penjaga panggung.
Penggunaan perkataan ‘saudara’ menunjukkan mereka baru sahaja mengenali satu sama lain dan saling menghormati antara satu sama lain ketika berucap.
CERPEN SURAT MISTERIUS “Vika.. Ini buat kamu!”
“Oh! Makasi ya!”
Dialog di atas adalah perbualan antara Vika dan Arini.
Penggunaan perkataan ‘kamu’ dalam teks menunjukkan bahawa mereka akrab sebagai teman sekelas.
SIKAP TERBUKA DALAM KOMUNIKASI Oleh : Umairah
MAKSUD BERSIKAP TERBUKA Terbuka Menerima Pendapat Yang Benar Ertinya, kita tidak boleh mendakwa diri kita yang paling benar atau paling hebat
Kalau ada pendapat lain yang lebih benar/tepat, kita harus menerimanya.
KEGUNAAN METODE ILMIAH Dengan adanya sikap dan metode ilmiah akan menghasilkan penemuan-penemuan yang berkualiti tinggi dan dapat membantu meningkatkan kesejahteraan manusia.
Beberapa kegunaan metode ilmiah dalamkehidupan manusia :
1. Membantu memecahkan permasalahan dengan bukti yang memuaskan.
2. Menguji hasil penelitian orang lain sehingga memperoleh kebenaran yang objektif.
3. Memecahkan atau menemukan jawapan rahsia alam yang sebelumnya masih teka teki
KENAPA PERLU BERSIKAP TERBUKA? Sikap terbuka diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat untuk menghindari konflik kepentingan.
Keterbukaan dijadikan landasan/dasar untuk melakukan interaksi dan komunikasi dalam pergaulan di masyarakat.
Sikap keterbukaan dapat mewujudkan sikap saling memahami, menghormati, menghargai dan bekerjasama antara anggota masyarakat.
CARA BERSIKAP TERBUKA DALAM BERKOMUNIKASI
a. masing-masing memahami hak dan kewajipannya dalam berkomunikasi. Memberi peluang orang lain untuk berkomunikasi (memberi pendapat, mengemukakan soalan dan lain-lain)
b. setiap individu dapat memelihara keinginan dan keperluan bersama
c. Penghantar dan penerima saling menghargai dan menghormati serta menjamin hak-hak orang lain
e. Kedua –dua belah pihak harus mampu bekerjasama antara satu sama lain secara terbuka. Contohnya, tidak mencelah dalam perbualan.
CONTOH SIKAP TERBUKA DALAM KOMUNIKASIa. mahu menerima kritik dan saran orang lain
b. saling mengingatkan apabila ada yang berbuat salah
c. memberi kesempatan kepada orang lain untuk berpendapat dan menyampaikan aspirasi secara terbuka
d. tidak mengejek, apabila ada yang salah ditegur secara terbuka
e. mengajukan usulan, pendapat, dan saran dalam perbincangan secara terbuka.
KESAN BERSIFAT TERBUKA DALAM KOMUNIKASIOleh : Amirul
KESAN POSITIF: Menimbulkan rasa yakin penerima terhadap kita. Mengelakkan pertelingkahan semasa atau selepas mesej
disampaikan. Percambahan idea baru. Mesej yang disampaikan diterima dengan jelas. Komunikasi antara penyampai dan penerima menjadi lebih efektif
atau berkesan. Mampu menambah baik kesilapan atau kekurangan yang ada
pada diri. Sering mengemukakan idea atau soalan secara terbuka. Mengeratkan silaturrahim antara anggota masyarakat.
KESAN NEGATIF: Tidak akan mampu mencapai konklusi diri. Mudah untuk dipengaruhi atau ditipu. Tiada pendirian diri. Hanya akan berlaku sekiranya bersifat terlebih terbuka.
TAMATTerima kasih atas perhatian anda