CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi...
-
Upload
doankhuong -
Category
Documents
-
view
255 -
download
0
Transcript of CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi...
CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN
SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
YOS FATIMAH BINTI SELAMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan”.
Tandatangan
Nama Penyelia 1
Tarikh
: ……………………………………..
: DR. HJ. MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
: 7 NOVEMBER 2008
PSZ 19:16(Pin.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’
JUDUL : CIRI-CIRI PENGURUS PERTENGAHAN
SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya YOS FATIMAH BINTI SELAMAT No. Matriks BP 060113 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 05-04, Sri Pahlawan C, DR. MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN Pangsapuri Bukit Saujana 81800 Johor Bahru Nama Penyelia Tarikh: 07 NOV 2008 Tarikh: 07 NOV 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
CIRI –CIRI
PENGURUS PERTENGAHAN
SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
YOS FATIMAH BINTI SELAMAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahaan Ijazah Sarjana Muda
(Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOVEMBER 2008
ii
”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
: ……………………………………..
: YOS FATIMAH BINTI SELAMAT
: 7 NOVEMBER 2008
iii
DEDIKASI
”Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian
atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W”
Kehadiranku di sini adalah suatu yang tidak terlintas difikiran dan angan.
Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata
Perjuangan yang mewarnai hidup ini moga menjadi
dorongan buat kalian mengharungi hidup ini
Cabaran yang melintasi setiap derap
langkah adalah rencah kehidupan
yang menghiasi dan membawa
seribu makna dan nilai
kejayaan yang tidak
terhingga.
Amin.
Khusus buatmu Suami Tercinta Hamdan Bin Yusof
Anak-Anakku yang dikasihi Nurul Asikin
dan Nurul Ainaa Afwa
Terima kasih
Semua.
Tidak terhingga kasih sayangmu Ayahanda dan juga Bonda
yang mendoakan kesejahteraanku sepanjang pengajian ini
Haji Selamat bin Paimen & Hajah Baisah binti Hadith
Adik beradik dan ahli keluarga semua
Pensyarah-pensyarah yang budiman
Rakan-rakan seperjuangan
Alhamdulillah kita
semua telah
BERJAYA
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam buat junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.
Ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana beradanya saya di sini
merupakan satu anugerah Allah dan kenangan terindah dalam hidup saya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penasihat penyelidikan, Dr. Hj. Mohd. Anuar bin Abdul Rahman yang tanpa jemu
menghulurkan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui dan membalas jasa-jasanya
yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,
Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, rakan-rakan Guru Besar dan guru-guru dari
sekolah-sekolah rendah di Zon Majidi yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan
ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat suami tercinta, anak-anakku Ekin dan
Aina serta ayah ibu tercinta yang telah memberi dorongan, sokongan, perhatian dan
mendoakan kejayaan ini. Tidak lupa kepada para pensyarah, rakan-rakan guru di
Sekolah Kebangsaan Taman Suria serta rakan seperjuangan kerana anda semualah yang
telah memberi saya kekuatan untuk pencapaian cemerlang saya pada hari ini. Insyallah
jasa dan kebaikan kalian akan sentiasa saya kenang sepanjang perjalanan hidup ini.
Sekian. Wassalam
v
ABSTRAK
Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti kualiti diri dan
kemahiran pengurusan pengurus pertengahan di sekolah rendah serta kursus dan latihan
yang diperlukan. Seramai 156 orang pengurus-pengurus pertengahan daripada 13 buah
sekolah sekolah rendah gred A di Zon Majidi telah digunakan sebagai responden kajian.
Satu set soal selidik telah dibina berdasarkan senarai kualiti diri yang dihasilkan oleh
West Sussex Advisory and Inspection Service (1994) dan soal selidik Team-work KSAs
yang dibangunkan oleh Steven (1993) bagi kemahiran pengurusan. Kajian rintis
melibatkan 14 orang guru Sekolah Kebangsaan Taman Suria telah dijalankan dan nilai
kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi (0.9615). Statistik deskriptif min dan
sisihan piawai serta statistik inferensi yang melibatkan Ujian–t dan korelasi telah
digunakan untuk menganalisa data. Dapatan kajian menunjukkan lima kualiti diri yang
paling utama perlu ada pada pengurus pertengahan ialah bersikap terbuka dan jujur
dengan rakan sekerja, mempunyai budi pekerti yang baik dan mudah berjumpa serta
didampingi, tingkahlaku yang berwibawa, menunjukkan keyakinan dan ketenangan diri
dan konsisten. Sementara senarai keperluan aspek kemahiran pengurusan yang utama
bagi pengurus pertengahan adalah aspek komunikasi, diikuti oleh aspek perancangan
dan penyelarasan tugas, penetapan matlamat dan pengurusan prestasi, penyelesaian
masalah secara kolaboratif dan penyelesaian konflik. Dapatan juga menunjukkan
bahawa kursus dan latihan yang paling diperlukan oleh pengurus pertengahan sekolah
rendah adalah dari keperluan profesion diikuti oleh keperluan individu dan keperluan
organisasi. Kajian juga telah menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi ciri-
ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis sekolah. Manakala
analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara aspek-aspek dalam
kemahiran pengurusan. Akhirnya beberapa cadangan tindakan telah dikemukakan.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to find out the self quality and technique of
administration among the middle management managers in primary school and hence
suggest the suitable courses and training that are suitable to them. A total of 156 middle
managers have been selected from 13 Grade A schools in Majidi Zone, as the
respondents. The questionnaire are used as the instrument based on West Sussex
Advisory and Inspection Service (1994) and Team-work KSAs developed by Steven
(1993) for the management skills. A pilot project has been carried out to 14 respondents
at Sekolah Kebangsaan Taman Suria and the reliability is high (alpha cronbach value is
0.9615). Descriptive statistic has been used to show mean and standard deviations with
inference statistic that consist of t-test and correlations used to analyze the data. The
result of the survey indicates that the respondents self five top qualitys and
characteristics of the middle management manager are to have open-minded
personality, well-mannered, honest to the members of the group, sociable, friendly,
charismatic and self-possessed that shows confidence and consistency. As for those top
post middle managers such as the head of department, they required to have better
communication skill, proper planning, good coordination with the subordinates, fixed
goal and performance management and a collaborative problems solving and conflict
solution. The finding shows that courses and training which are most needed by
primary school middle managers are the courses based on profession, followed by an
individual and organizations needs, there are no significant differences for the attribute
of middle managers based on task and type of the school and there are a high correlation
between the aspects of management skills. Lastly, actions that need to be taken are
suggested.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN
ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI CARTA xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Rasional Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Skop kajian / Batasan Kajian 12
1.9 Kerangka Kajian
12
viii
1.10 Definisi Konsep dan Operational Kajian
1.10.1 Pengurus Pertengahan
1.10.2 Pengupayaan
1.10.3 Pasukan Kerja
1.10.4 Ketua Pasukan Kerja
1.10.5 Kualiti Diri
1.10.6 Kemahiran Pengurusan
1.11 Penutup
13
13
14
14
15
15
16
16
2 TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Pengurusan Sekolah Masa Kini
2.2.1 Amalan Pengupayaan di Sekolah
18
19
2.3 Pengurus Pertengahan
2.3.1 Pengurus Pertengahan di Sekolah Rendah
2.3.3 Lantikan Pengurus Pertengahan.
2.3.4 Kepentingan Pengurus Pertengahan
2.3.4 Peranan Pengurus Pertengahan Dalam Mengurus
Pasukan Kerja
2.3.5 Ciri-ciri Pengurus Pertengahan
2.3.6 Gaya Kepimpinan Pengurus Pertengahan
2.3.7 Latihan dan Kemahiran Pengurusan Pertengahan
2.3.7.1 Kemahiran Yang DiPerlukan
2.3.7.2 Mengenalpasti Keperluan Latihan
2.3.7.3 Kursus Berdasarkan Jenis Keperluan
21
22
23
25
28
30
35
36
38
39
41
2.4 Kajian-kajian Lepas
2.4.1 Kajian Lepas Dalam Negara
2.4.2 Kajian Luar Negara
42
43
45
2.5 Rumusan
47
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 48
3.2 Reka Bentuk Kajian 48
3.3 Populasi Kajian 49
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden
3.4.2 Bahagian B: Pengurus Pertengahan
3.4.3 Bahagian C : Kursus atau Latihan Yang
Diperlukan
51
52
52
54
3.5 Kajian Rintis 54
3.6 Prosedur Kajian 55
3.7 Analisis Data 56
3.8 Rumusan
58
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 59
4.2 Latar Belakang Responden 60
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian
4.3.1 Ciri Kualiti Diri Pengurus Pertengahan
4.3.2 Kemahiran Pengurusan Yang Diperlukan oleh
Pengurus Pertengahan
4.3.3 Kursus-kursus Yang Diperlukan Oleh Pengurus
Pertengahan Berdasarkan Jenis Keperluan
62
63
65
72
4.4 Analisis Dapatan Berdasarkan Hipotesis Kajian
4.4.1 Ho 1 : Tidak Terdapat Perbezaan Kualiti Diri
Yang Signifikan Antara Pengurus Pertengahan
Bidang Akademik Dan Bukan Akademik.
74
75
x
4.4.2 Ho 2 : Tidak terdapat Perbezaan Kemahiran
Pengurusan Yang Signifikan Antara Pengurus
Pertengahan Bidang Akademik Dan Bukan
Akademik.
4.4.3 Ho 3 : Tidak Terdapat Perbezaan Kualiti Diri
Yang Signifikan Antara Pengurus Pertengahan
Berdasarkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Jenis Kebangsaan
4.4.4 Ho 4 Tidak Terdapat Perbezaan Kemahiran
Pengurusan Yang Signifikan Antara
Pengurus Pertengahan Sekolah Kebangsaan Dan
Sekolah Jenis Kebangsaan.
4.4.5 Ho 5 : Tidak Terdapat Hubungan Yang
Signifikan Antara Aspek-aspek Dalam
Kemahiran Pengurusan Pengurus Pertengahan
Sekolah Rendah
4.5 Penutup
75
76
77
77
79
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 80
5.2 Rumusan Kajian 80
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Ciri Kualiti Diri Yang Perlu Ada Bagi Pengurus
Pertengahan Sekolah Rendah Yang Berkesan
5.3.2 Aspek Kemahiran Pengurusan Yang
Diperlukan Oleh Pengurus Pertengahan
Sekolah Rendah Yang Berkesan
81
82
85
xi
5.3.3 Latihan Dan Kursus Yang Diperlukan Oleh
Pengurus Pertengahan Berdasarkan Jenis
keperluan
5.4 Cadangan Kajian
90
93
5.4.1 Cadangan Tindakan
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan
93
95
5.5 Penutup
96
RUJUKAN 97 – 102
LAMPIRAN A-H 103 - 124
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Pengurus Pertengahan Bagi Bidang Akademik
dan Bukan Akademik di Sekolah Rendah
49
3.2 Taburan Sekolah Berdasarkan Jenis Sekolah Rendah di
Zon Majidi
51
3.3 Taburan Item Bahagian B 53
3.4 Kaedah Analisis Persoalan Kajian Dan Hipotesis Bagi
Mendapat Objektif Kajian
56
3.5 Jadual Interpretasi Skor Min 57
3.6 Tahap Kekuatan Hubungan Dalam Kaedah Korelasi 58
4.1 Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah 60
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 60
4.3 Taburan Responden Mengikut Lama Bekerja 61
4.4 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengurusan 61
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Menjawat
Jawatan
61
4.6 Analisis Skala Likert 5 Pilihan 62
4.7 Frekuensi, Min dan Sisihan Piawai Kualiti Diri Pengurus
Pertengahan
63
4.8 Min dan Sisihan Piawai Aspek-aspek Kemahiran
Pengurusan Pengurus Pertengahan Sekolah Rendah
66
4.9 Min dan Sisihan Piawai Aspek Komunikasi 67
4.10 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Aspek Perancangan Dan 68
xiii
PenyelarasanTugas
4.11 Min Dan Sisihan Piawai Aspek Penetapan Matlamat Dan
Pengursan Prestasi
69
4.12 Min Dan Sisihan Piawai Aspek Penyelesaian Masalah
Secara Kolaboratif
70
4.13 Min Dan Sisihan Piawai Aspek Pengurusan Konflik 71
4.14 Taburan Cadangan Kursus Dan Latihann Oleh Responden 72
4.15 Keperluan Kursus Dan Latihan Berdasar Keperluan
Organisasi, Profesion Dan Individu
72
4.16 Kursus Dan Latihan Yang Dicadangkan Berdasarkan
Keperluan Profesion
73
4.17 Kursus Dan Latihan Yang Dicadangkan Berdasarkan
Keperluan Individu
73
4.18 Kursus dan Latihan Yang Dicadangkan Berdasarkan
Keperluang Organisasi
74
4.19 Ujian-t : Perbezaan Kualiti Diri Yang Signifikan Antara
Pengurus Pertengahan Berdasarkan Bidang Pengurusan
75
4.20 Ujian-t : Perbezaan Kemahiran Pengurusan Yang
Signifikan Antara Pengurus Pertengahan Berdasarkan
Bidang Pengurusan
75
4.21 Ujian-t : Perbezaan Kualiti Diri Yang Signifikan Antara
Pengurus Pertengahan Berdasarkan Jenis Sekolah
76
4.22 Ujian-t : Perbezaan Kemahiran Pengurusan Yang
Signifikan Antara Pengurus Pertengahan Berdasarkan Jenis
Sekolah
77
4.23 Analisa Korelasi : Hubungan Antara Aspek-aspek
Kemahiran Pengurusan Pengurus Pertengahan Sekolah
Rendah
78
xiv
SENARAI SINGKATAN
Ho 1
Ho 2
Ho 3
Ho 4
Ho 5
Bil.
Jum.
Sig.
FPK
UPSR
PPD
JPN
SK
SJKC
SP
TS
TP
S
EPRD
SPSS
UTM
KSAs
KPM
PKB
IAB
INTAN
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hipotesis 1
Hipotesis 2
Hipotesis 3
Hipotesis 4
Hipotesis 5
Bilangan
Jumlah
Signifikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah
Pejabat Pelajaran Negeri
Jabatan Pelajaran Negeri
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Sisihan Piawai
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Statistical Package for Social Science
Universiti Teknologi Malaysia
Knowledges, Skills and Ability
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengetahuan Kemahiran dan Kebolehan
Institut Aminudin Baki
Institut Tadbiran Awam Negara
xv
SENARAI SIMBOL
f
%
α
-
-
-
Frekuensi
Peratus
Alpha Cronbach
xvi
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1
Kerangka Kajian
13
2.1 Model Struktur Pengurusan Sekolah Rendah 25
2.2 Peranan Pengurus Pasukan 28
2.3 Langkah Yang Terlibat Dalam Menjalankan Analisis
Tugas
39
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 103
B Surat Kebenaran EPRD 110
C Surat Kebenaran JPN Johor 111
D Surat Pengesahan Soal Selidik 112
E Nilai Alpha Kajian Rintis 113
F Nilai Analisis Data 115
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang menjadi pusat pengurusan
pengajaran dan pembelajaran yang diselenggarakan oleh golongan pendidik. Sebagai
sebuah organisasi, pengurus sekolah perlu melibatkan diri dalam perkembangan,
pelaksanaan dan penilaian visi dan misi oleh itu ahli organisasi perlu berinteraksi
melalui suatu proses berstruktur bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Keupayaan dan keterampilan pentadbir sekolah yang mampu mengurus dan
menyelesaikan masalah yang wujud di kalangan guru, staf sekolah dan pelajar
terutamanya dalam aspek pengurusan dan pengajaran bilik darjah akan meningkatkan
kualiti perkhidmatan pendidikan, (Omardin, 1996). Lazimnya sekolah memberikan
tumpuan kepada penggunaan sumber tenaga dan kebolehan para guru secara
menyeluruh supaya mereka lebih produktif, berdaya saing dan dapat bertindak secara
cekap dan berkesan (Tee Tiam Chai, 2004) dan mampu melaksanakan kerja dalam
rangka kerja yang ditentukan sebagai sebuah komuniti dan organisasi.
Menurut Drucker, P.F. (1980) di dalam Mohd. Hizam dan Zafir (2003),
pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,
penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai
matlamat. Dessler (2001) pula mendefinisikan pengurusan dalam dua dimensi iaitu
2
pertama menggambarkan pengurus dalam organisasi dan kedua melihat apa yang
pengurus lakukan. Dan kecekapan pengurusan akan menyumbang kepada pencapaian
matlamat organisasi (Morphet et. al.1982 : Mohd. Hizam dan Zafir, 2003)
Pengurus-pengurus sekolah bukan sahaja perlu melakukan tugas rutin sebagai
pemimpin, pengurus dan pentadbir dalam mengurus polisi, pembelajaran, manusia dan
sumber tetapi adalah penting bagi pengurus untuk memastikan semua kerja terus
berjalan, mengatasi masalah, memulakan aktiviti baru dan menyatukan ahli
organisasinya bagi mencapai matlamat pendidikan.
Oleh kerana rumit dan luasnya bidang pengurusan di sekolah, maka ia
hendaklah diurus secara bijaksana melalui struktur organisasi sekolah bagi menentukan
pembahagian kerja dan tugas setiap jawatan dalam struktur tersebut diurus dan ditadbir
dengan sempurna dan cekap. Sesebuah institusi pendidikan terdiri daripada satu
kumpulan manusia yang berinteraksi melalui satu proses berstruktur untuk mencapai
matlamat tertentu (Zaidatol, 1990). Struktur organisasi akan menghubungkaitkan
setiap jawatan dan kakitangan tertentu dengan matlamat organisasi. Struktur yang
digunakan mungkin juga akan menerangkan carta organisasi dan panduan-panduan
tugas kerana ia mengandungi maklumat tertentu tentang matlamat, kakitangan, aktiviti-
aktiviti dan hubungan setiap satu dengan yang lain. Melalui susunan berstruktur ahli-
ahli organisasi akan dapat melihat bagaimana usaha mereka dilaksanakan ke arah
pencapaian matlamat, samada di peringkat unit, jabatan atau sistem sekolah secara
keseluruhannya (Omardin, 1996).
Oleh itu organisasi sekolah hendaklah sentiasa dikelola dengan rapi, sempurna
dan teratur agar setiap kakitangan dapat berhubung dan bertindak antara satu sama lain
untuk mencapai matlamat pendidikan. Pemahaman konsep pentadbiran seperti satu
ketua, keselarasan arahan, penurunan kuasa dan tanggungjawab, pengkhususan, bidang
kawalan, kestabilan dan fleksibiliti perlu dikongsi dan difahami serta diterima oleh
semua ahli dalam organisasi agar pengurusan dapat dilaksanakan dan mendapat
kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangaan dan perubahan dalam pengurusan pendidikan masa kini adalah
selaras dengan arus perubahan globalisasi dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
Alasannya ialah pendidikan perlu bertindak balas kepada keadaan dan peristiwa yang
berlaku dalam masyarakat dan pendidikan merupakan agen perubahan dalam
masyarakat (Abdul Shukor, 2004). Sebagai organisasi, sekolah perlu berkembang,
matang dan menyesuaikan keadaannya terhadap perubahan dalaman dan luaran
(Blandford, 1999)
Kadangkala pengurus perlu memulakan perubahan dan sentiasa bertindak balas
terhadapnya. Sehubungan itu Blair (1996) menyatakan bahawa perubahan adalah satu
keperluan dan setiap sekolah pasti akan menghadapinya. Perubahan dalam sekolah
merupakan suatu proses yang harus dihadapi oleh pentadbir, pengurus-pengurus
pertengahan atau ketua pasukan kerja di sekolah (Roald et.al.,1997). Oleh itu pengurus
dan pentadbir perlu menguruskan perubahan dalam pendidikan secara berkesan dengan
menguruskan sumber manusia secara maksimum, cekap dan terancang dan mendapat
sokongan daripada semua ahli dalam ogranisasi. Mereka perlu sentiasa bersedia
menghadapi perubahan dan cabaran yang kadangkala bersifat kompleks,
membimbangkan, mengancam dan tidak dapat dijangka (Blandford, 1999).
Dari segi praktikalnya pemimpin sekolah tidak berupaya menangani segala
cabaran dan perubahan ini secara bersendirian seperti yang dinyatakan oleh Blandford
(1999), bahawa pengetua tidak berupaya menguruskan sekolah dengan baik secara
berseorangan. Pengetua yang berkesan akan sentiasa mengamalkan budaya kerja yang
sistematik dan memikirkan sesuatu yang bersesuaian, serta kreatif dalam,
menyelesaikan masalah untuk mewujudkan keberhasilan sekolah dan kepemimpinan
yang efektif (Abdul Ghani, 2005). Oleh itu budaya mengurus sekolah perlu berubah
daripada model hierarki ‘atas bawah’ kepada struktur lebih mendatar yang melibatkan
majoriti daripada staf yang mengurus sekolah (Blandford, 1999) dengan melaksanakan
pengupayaan dalam pengurusan
4
Pengupayaan dilakukan dengan mengagihkan sebahagian daripada tugas dan
tanggungjawab kepada orang bawahan melalui penyerahan kuasa yang berasaskan
kepada kepercayaan akan kebolehan mereka terhadap tugas yang dipertanggung
jawabkan. Dengan berbuat demikian pihak pengurusan dapat meningkatkan kecekapan
beroperasi dalam sesebuah organisasi kerana pengupayaan merupakan penghargaan
kepada subordinate dan ini dapat mendorong individu yang berpotensi mempamerkan
bakat dan kreativiti sendiri, bijak membuat keputusan, mempunyai penghormatan
kendiri dan motivasi tinggi yang dapat menjana peningkatan pencapaian dan
produktiviti organisasi ( Short, Greer & Melvin, 1994).
Daripada senario ini, pengurus pertengahan merupakan kelompok pentadbir
lapisan kedua selepas penolong-penolong kanan dan penyelia petang. Kemunculan
pengurus pertengahan di sekolah rendah adalah maklum balas kepada keperluan guru
sekolah rendah yang mengalami perubahan kurikulum yang banyak dan dikaitkan pula
dengan beban pentadbiran (Blandford, 1999). Sebahagian daripada mereka, telah
dilantik secara rasmi oleh Jabatan Pendidikan Negeri atas cadangan pihak sekolah
seperti jawatan Guru Media dan Guru Data. Manakala sebahagiannya lagi di lantik oleh
guru besar sebagai penghargaan dan kepercayaan untuk menguruskan pasukan-pasukan
kerja yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan struktur organisasi seperti panitia mata
pelajaran, unit-unit kokurikulum dan Hal Ehwal murid atau dalam bentuk
jawatankuasa unit atau majlis. Pengurus-pengurus pertengahan ini akan menguruskan
pasukan kerja yang melaksanakan fungsi yang berbeza antara satu pasukan dengan
pasukan lain dalam melengkapi sistem pengurusan sekolah.
Dalam era teknologi maklumat, pengurus-pengurus pertengahan yang dikenali
juga sebagai ketua pasukan kerja di sekolah terpaksa melengkapkan diri dengan
pelbagai kemahiran dan pengalaman bagi menghadapi cabaran globalisasi. Mereka
terpaksa bergelut untuk mengadaptasi kepada persekitaran yang tidak stabil serta sering
berubah, maupun desakan serta harapan yang terlalu tinggi dari pelbagai pihak.
5
Pelbagai masalah akan timbul akibat perlantikan yang tidak memenuhi kriteria
yang khusus . Antara masalah yang telah dikenal pasti ialah perlaksanaan kurikulum
yang dikelolakan oleh panatia mata pelajaran yang tidak dapat berfungsi sepenuhnya
(Jemaah Nazir Malaysia, 1993). Kajian Muniandi (1998) mendapati ramai ketua panitia
mata pelajaran tidak memahami tugas mereka, akibatnya mereka gagal merancang
aktiviti tahunan yang lengkap dan tidak dapat mengelola segala aktiviti yang dirancang
dengan sempurna dan teratur kerana kurang pengalaman. Menurutnya lagi majoriti
ketua panitia di sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar masing-masing
dalam memberi arahan dan panduan. Ketergantungan ini akan menyebabkan konsep
pengupayaan gagal dilaksanakan dan menambahkan beban kepada pihak pengurusan
atasan.
Semasa pengurus pertengahan menjalankan tugasnya, mereka perlu bertindak
mengikut jangkaan peranan orang-orang yang berinteraksi dengannya. (Zaidatol,
1990). Jangkaan peranan bermaksud seseorang pemimpin berinteraksi dengan orang
lain untuk membuat pengamatan kepada tiga nilai peranan iaitu melihat peranannya
sendiri sepertimana yang diperlukan oleh fungsi yang ia laksanakan, melihat peranan
orang-orang yang dia hubungi dan melihat peranannya seperti mana yang diamati oleh
orang lain. Pemimpin atau pengikut tidak dapat menyempurnakan tugas sebagaimana
yang dijangkakan melainkan dia dapat mengamati apa yang orang lain harapkan dari
peranannya. Kegagalan memahami peranan sendiri dalam tugas menyebabkan mereka
tidak tahu sempadan autonomi yang jelas dan bidang kuasa jawatan yang
dipertanggungjawabkan ke atasnya termasuklah proses membuat keputusan dan
akauntabiliti. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencapahan tugas serta kekeliruan
di kalangan pengurus pertengahan.
Oleh itu keupayaan serta penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang pelbagai
oleh pengurus pertengahan sebagai pemimpin projek di sekolah sudah menjadi perkara
kritikal dan perlu ditangani oleh pentadbir organisasi agar mereka dapat melaksanakan
tugas dengan lebih yakin dan sempurna mengikut bidang tugas mereka di sekolah.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Amalan memilih pengurus pertengahan mengikut kriteria-kriteria tertentu
memang berlaku tetapi terdapat berbagai kriteria yang digunakan dan sebahagian
pengurus melaksanakannya berdasarkan kefahaman dan kriteria mereka sendiri yang
tentunya tidak menggambarkan kehendak sebenar bagi jawatan tersebut. Terdapat juga
pengurus-pengurus pertengahan di sekolah rendah yang dilantik ke jawatan ini tidak
berdasarkan pengalaman dan kemahiran kepimpinan tetapi lebih kepada keperluan
mengisi jawatan atau lebih kepada kesaksamaan dalam agihan tugas. Malahan
kadangkala ada yang baru mula bertugas sebagai guru telah dilantik sebagai ketua
panatia mata pelajaran. Oleh itu kemungkinan besar mereka tidak mempunyai
kemahiran, pengetahuan serta kebolehan melaksanakan tugas sebagai pengurus
pertengahan bagi pasukan yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu adalah elok untuk
menentukan kriteria yang betul-betul adil bagi perlantikan pengurus-pengurus
pertengahan kerana status kedudukan dalam organisasi mempunyai kaitan yang positif
dengan kepuasan dan motivasi kerja organisasi pendidikan.
Walaupun kebiasaan perlantikan ketua pasukan kerja atau pengurus-pengurus
pertengahan merupakan satu penghargaan kepada individu-individu yang telah
menunjukkan komitmen yang tinggi kepada kejayaan organisasi sekolah, namun
penggunakan faktor-faktor merit dan kebolehan untuk kenaikan pangkat guru-guru
perlu melalui saluran yang sah dan mempunyai pencirian yang mempunyai piawai yang
tertentu. Amalan memilih pengurus pertengahan mengikut kriteria-kriteria yang jelas
perlu ditentukan dalam aspek-aspek yang benar-benar diperlukan dalam pengurusan
sekolah dan harus dimurnikan oleh piawai-piawai tertentu yang telah dibuktikan
melalui penyelidikan pendidikan serta menggunakan instrumen yang mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
Menurut Blandford, (1999), pengurus pertengahan di sekolah terpaksa
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pengurusan dari ‘atas ke bawah’
dan ‘bawah ke atas’, serta perlu mengasimilasikan pandangan daripada setiap perspektif
7
murid, guru, pengurus, ibu bapa atau penjaga, pihak berkuasa pelajaran daerah dan
negeri dalam gerak kerjanya. Dengan kepelbagaian tugas dan peranan, pengurus
pertengahan di lihat sebagai jawatan yang rumit dan tidak digemari. Oleh itu pengurus
pertengahan perlu diberikan kursus dan latihan yang membekalkan pengetahuan dan
kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai agar pasukan kerja dan organisasi sekolah
dapat dikelolakan dengan rapi, sempurna dan teratur. Setiap kakitangannya diharapkan
dapat berhubung dan bertindak antara satu sama lain secara kolaboratif untuk mencapai
matlamat pendidikan. Oleh itu kajian ini akan cuba menyediakan kriteria atau ciri-ciri
pengurus pertengahan sekolah rendah yang berkesan dan senarai kemahiran-kemahiran
yang diperlukan yang merujuk kepada keperluan diri, profesion dan organisasi
berdasarkan pendapat dan pengalaman penyandang-penyandang jawatan ini di sekolah
rendah.
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya objektif kajian ini untuk :
i. Mengenalpasti ciri kualiti diri yang perlu ada bagi pengurus pertengahan
sekolah rendah yang berkesan mengikut turutan
ii. Mengenalpasti aspek kemahiran pengurusan yang perlu ada bagi pengurus
pertengahan sekolah rendah yang berkesan mengikut turutan
iii. Mengenalpasti kursus-kursus yang diperlukan oleh Pengurus pertengahan
sekolah rendah berdasarkan jenis keperluan iaitu keperluan organisasi.,
keperluan profesion dan keperluan individu.
iv. Melihat perbezaan ciri-ciri pengurus pertengahan sekolah rendah
berdasarkan bidang pengurusan
v. Melihat perbezaan ciri-ciri pengurus pertengahan sekolah rendah
berdasarkan jenis sekolah
vi. Melihat hubungan antara aspek-aspek dalam kemahiran pengurusan
pengurus pertengahan sekolah rendah.
8
1.5 Persoalan Kajian dan Hipotesis Kajian
Persoalan 1 : Apakah ciri kualiti diri yang perlu ada bagi pengurus pertengahan
sekolah rendah yang berkesan mengikut turutan
Persoalan 2
: Apakah aspek kemahiran pengurusan yang perlu ada bagi pengurus
pertengahan sekolah rendah yang berkesan mengikut turutan
Persoalan 3 : Apakah kursus-kursus yang diperlukan oleh pengurus pertengahan
sekolah rendah berdasarkan jenis keperluan iaitu keperluan organisasi,
keperluan profesion dan keperluan individu.
Hipotesis 1 : Terdapat perbezaan kualiti diri yang signifikan antara pengurus
pertengahan bidang akademik dengan bukan akademik.
Hipotesis 2 : Terdapat perbezaan kemahiran pengurusan yang signifikan antara
pengurus pertengahan bidang akademik dengan bukan akademik.
Hipotesis 3 : Terdapat perbezaan kualiti diri yang signifikan antara pengurus
pertengahan sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan.
Hipotesis 4 : Terdapat perbezaan kemahiran pengurusan yang signifikan antara
pengurus pertengahan sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis
kebangsaan.
Hipotesis 5 : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek-aspek dalam
kemahiran pengurusan pengurus pertengahan sekolah rendah