CIRI Ajaran Sesat
-
Upload
muhammad-irfan -
Category
Documents
-
view
105 -
download
3
Transcript of CIRI Ajaran Sesat
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
TANDATANGAN : …………………………………..
NAMA : MUHAMMAD IRFAN BIN MAT ARIS
NO.K/P : 920511-O3-6059
UNIT : PENDIDIKAN SENI VISUAL 2
TARIKH :
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya melahirkan rasa syukur kehadrat illahi kerana dengan
limpah kurnianya, dapat saya siapkan tugasan ini.Dengan peluang yang telah Allah
S.W.T. berikan kepada saya, saya akhirnya Berjaya menyiapkn tugasan kali ini dengan
jayanya.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan seperjuangan saya yang banyak membantu saya dalam usaha untuk
menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan mereka, tidak mungkin tugasan kali ini dapat
disiapkan dengan jayanya.Oleh itu, setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang
berusaha membantu saya untuk manyiapkan tugasan ini. Segala kerjasama dan
komitmen yang berkualiti tinggi yang mereka tunjukkan amat saya hargai.
Tidak lupa juga kepada tunjang utama dalam penghasilan tugasan ini iaitu
penyarah saya, En. Ahmad Shidki bin Mat yusoff. Tanpa bantuan En. Shidki, saya
tentu tidak akan dapat menyiapkan tugasan kali ini dan mungkin menemui jalan buntu.
Tunjuk ajar yang diberikan amatlah saya hargai dan saya saya sanjungi. Kewibawaan
mereka sangat saya kagumi dan komitmen yang mereka tunjukkan menambat hati saya
untuk mengucapkan ribuan terima kasih.
Akhir kata, segala bantuan yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh
masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan kali ini sangat saya hargai. Jutaan
terima kasih saya hulurkan kepada semua pihak yang terlibat,.semoga komitmen,
sokongan, kerjasama dan tunjuk ajar yang ditunjukkan oleh semua pihak mendapat
keberkatan dari Illahi amnya.Sekian terima kasih...
PENDAHULUAN
Dengan nama Allah S.W.T. yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi dengan berkat kurniaanNya, saya masih
berkesempatan untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pada 2 oktober 2011
yang bersamaan dengan 4 zulkaedah.
Tugasan kali ini adalah mengenai ciri-ciri ajaran sesat dan kesannya terhadap
masyarakat. Ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga
bentuk iaitu bentuk ajaran baru, bentuk tarikat dan bentuk kepercayaan dan amalan
tradisi. Bentuk ajaran baru biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran
Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @
Jara.
Manakala bagi bentuk Tarikat pula biasanya menggunakan nama-nama Tarikat
yang masyhur. Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza
dengan yang asal atau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh
pengasasnya seperti Tarikat Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau, Tarikat Khalid dan lain-
lain. Seterusnya Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi. Bentuk ini lumrahnya
diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada dukun-dukun, pawang,
bomoh, atau pembawa ilmu tertentu sama ada melalui menurun dan sebagainya.
Semua bentuk ajaran ini adalah jelas terpesong dari agama Islam yang
sebenar. Oleh itu wajib bagi kita untuk menjauhi dari melakukan perkara-perkara yang
membawa kepada kesesatan. Saya berharap agar ilmu yang saya curahkan disini
sedikit sebanyak mampu member input ytang berguna kepada seluruh
masyarakat,insyaallah.
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Ajaran sesat merupakan satu ajaran yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan yang
terpesong dari agama islam yang sebenar. Kebanyakannya mengakui berlandaskan
islam tetapi tanpa mereka sedari, amalan yang mereka lakukan selama ini jelas
bertentangan dengan ajaran agama islam yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W.
Ada juga yang mengaku sebagai tuhan, nabi, imam mahadi dan sebagainya.
Ajaran yang biasanya yang diamalkan ini sangat bertentangan dengan amalan ahli
sunnah wal-jamaah. Ajaran sesat percaya kepada rukun-rukun iman dan asas-asas
akidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wa al
Jamaah, seperti mempercayai kitab lain yang mampu menyaingi dan memansuhkan al
Quran, mempercayai terdapat kiblat selain dari Kaabah dan seumpamanya.
Mereka juga mempertikai kebenaran al Quran atau Hadith Nabi S.A.W. yang
telah diakui keshahihannya oleh ulama’ Hadith. Mereka menganggap mereka benar
padahal mereka jauh tersesat. Mereka juga sangat kuat menentang kebenaran Al-
Quran sedangkan Allah S.W.T telah menyebut, “Akan kami perlihatkan secepatnya
kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dunia ini dan
pada mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahawa Al-Quran ini suatu
kebenaran. Belumkah cukup bahawa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu,”
( QS Fushshilat : 53 )”
Terdapat beberapa ciri-ciri ajaran sesat yang sering diamalkan oleh pengamal
ajaran sesat yang membuatkan mereka terpesong jauh dari ajaran islam yang sebenar .
Antaranya ialah mengaku diri atau gurunya nabi atau wakilnya dan mendakwa
menerima wahyu. Ciri ini dapat dilihat melalui ajaran Ayah Pin yang mengaku dirinya
sebagai tuhan. Begitu juga yang mengaku dirinya sebagai imam Mahadi seperti Tajul
Ariffin. Selain itu juga ciri-ciri agama sesat ialah mempercayai bahawa orang-orang
tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam
Mahadi dan sebagainya. Ada diantara mereka mengakui sebagai nabi selepas nabi
Muhammad S.A.W. sedangkan Allah SW.T. telah menjelaskan bahawa:
ا د� ك�ان� م� م �ب�ا م�ح� د� أ ال�ك�م� م�ن� أ�ح� ل�ك�ن� ر�ج� ول� و� س� ات�م� الله� ر� و�ك�ان� النب�ي#ين� و�خ�
ء� ب�ك�ل# الله� ي� ا ش� ع�ل�يم*
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang lelaki di antara kamu, tetapi
dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui
segala sesuatu”
Seterusnya, mereka juga mempercayai bahawa roh yang mati menjelma semula ke
dalam jasad orang yang masih hidup. Ahli-ahli ajaran sesat juga mendakwa bahawa
pengikut-pengikut ajaran atau tarekat sahaja yang dijamin masuk syurga. Dakwaan ini
menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Dalam Islam, orang-orang yang
beragama islam dan betul-betul beriman sahaja yang akan dimasukkan kedalam syurga
ALLAH S.W.T. Islam itu agama yang benar, kita seharusnya yakin dan patuh pada
perintah Allah S.W.T demi mengelakkan diri dan keluarga terjebak dari ajaran agama
sesat yang menyesatkan.
Selain itu, pengamal ajaran sesat juga mendakwa gurunya memegang kunci pintu
syurga. Persoalan syurga merupakan suatu perkara yang ghaib, hanya Allah S.W.T.
saja yang berkuasa keatas sesuatu. Dalam hal ini tidak seorang pun boleh masuk
campur, apatah lagi untuk memegang kuncinya. Ciri sesat ini pernah dibawa oleh
ajaran Hassan anak Rimau dan ajaran Ayah Pin di Hulu Besut, Terengganu. Ajaran ini
telah meletakkan alam ghaib boleh dikuasai manusia sedangkan manusia
sememangnya makhluk yang lemah dan tidak mungkin mampu memegang kunci
syurga yang didakwa oleh mereka.
Gurunya juga didakwa boleh menebus dosa dengan hanya menggunakan wang .
Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
S.A.W. Hal ini kerana agama Islam tidak pernah membenarkan sesiapa sja
menggunakan wang untuk menebus dosa. Dalam persoalan dosa ini, dosa boleh
diampunkan oleh Allah S.W.T. hambaNya memohon ampun dan bertaubat kepadaNya
dengan cara dan syarat tertentu. Banyak ajaran sesat telah menawarkan pakej seperti
ini untuk mengaut wang secara mudah tanpa dipersoalkan oleh pengikut ajaran
berkenaan. Selain itu guru dapat mengikat hati pengikut agar tidak menarik diri
kumpulannya.
Tambahan lagi, mereka juga mendakwa semua agama adalah sama. Dakwaan
ini juga membuktikan betapa sesatnya ajaran mereka amalkan. Mereka juga
mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru
namanya. Ini juga suatu perkara yang tidak diajar oleh nabi. Ia adalah suatu perkara
kufur kepada Allah S.W.T.
Mereka juga turut memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan
sebagainya untuk sampai kepada tuhan. Ajaran-ajaran sesat mengamalkan amalan
seperti melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin
dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau hakikat. Selain itu, mengaku Allah
S.W.T. menjelma dalam dirinya. Ciri ini pernah wujud dalam kumpulam ajaran sesat di
Negara ini, antaranya ajaran Hasan Anak Rimau dan ajaran Tajjali atau Hakikat Insan
Ahmad Laksamana di Kelantan. Ajaran seperti ini pernah dibawa oleh Abu Mansor Al-
Hallaj di Baghdad. Beliau telah dihukum bunuh oleh ulama. Ajran ini jelas sangat
bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dri beberapa sudut. Antaranya
meletakkan Allah bertempat. Allah mengambil ruang dan berpindah-pindah dan tuhan
bersatu dengan makhluk. Hal ini jelas sangat sesat dan dimurkai oleh Allah S.W.T.
Selain itu juga, ajaran sesat juga membawa ajaran seperti mendakwa atau
mengaku dirinya sebagai wakil nabi yang boleh member syafaat kepada muridnya .
selain itu, mendakwa ajaran atau tarekat yang diamalkan diambil terus dari Rasulullah
S.A.W. secara jaga (Yaqazah). Mereka juga mengaku dan mempercayai bahawa
seseorang itu boleh berhubung dengan Allah S.W.T melalui Nur Muhammad yang
berada didalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga.
Kesesatan yang nyata dalam ajaran yang diamalkan oleh kumpulan-kumpulan
ajaran sesat ialah apabila mereka bertindak memansuhkan syariat-syariat islam seperti
solat, puasa, haji dan membuat syariat baru atau menganggap bila sampai kepada
hakikat maka tidak perlu lagi syariat. Sedangkan solat, haji, dan puasa itu merupakan
kewajipan bagi seluruh umat manusia yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T.
Oleh itu janganlah kita turut mengikut ajaran-ajaran sesat yang dibawa oleh golongan-
golongan yang dimurkai oleh Allah S.W.T. ini. Jangan hanya kerana inginkan
kesenangan, kita mudah tertipu dengan helah dan tipu daya mereka yang
bertunjangkan syaitan ini. Sudah menjadi tanggungjawab syaitan untuk menyesatkan
menusia.
Selain itu juga, antara ciri-ciri ajaran sesat ialah meninggalkan sembahyang
Jumaat kerana mengamalkan suluk. Bersuluk bererti ‘menempuh jalan’. Jalan yang
dimaksudkan disini ialah jalan kembali kepada Allah S.W.T. iaitu jalan taubat atau jalan
ad-diin. Suluk secara harfiah bererti ‘menempuh’, asalnya dari surah An-Nahl [16] : 69.
Yang bermaksud “….dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (untukmu).”
(Q.S. An-Nahl [16] : 69). Walaupunpengamalan suluk ini dilihat sesuatu amal yang
baik, tetapi mereka telah menyalah gunakan kebaikan ini ke arah nafsu mereka sendiri.
Mereka bertindak meninggalkan solat jumaat dengan alasan mengamalkan suluk
sedangkan solat Jumaat merupakan Fardhu Ain atas setiap orang lelaki yang mengaku
beriman kepada Allah S.W.T. dan yang telah sempurna syarat-syaratnya. Firman Allah
S.W.T. dalam Al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan
untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu kemasjid
untuk mengingati Allah S.W.T. dan tinggalkan berjual beli pada saat itu….” (al-
Jumu’ah ,9).
Seterusnya, mereka juga mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya
ditunaikan di Mekah, tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat lain. Haji merupakan
aamalan wajib yang difardhukan atas semua umat manusia yang mengaku beriman
kepada Allah S.W.T. Haji adalah satu perjalanan kerohanian oleh seseorang hamba
menuju kepada Tuhannya yang mengandungi seribu satu rahsia. Perjalanan haji ini
adalah rentetan perjalanan Rasulullah S.A.W. sendiri semasa hajjatul wada’. Kisah
hajjatul wada’ ini amatlah masyur sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.
Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk
mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya yang tertentu, Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud “ Dan serulah kepada manusia dengan (kewajipan)
mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang sama dengan berjalan kaki atau
berkenderaan dari segenap ceruk rantau yang jauh lagi dalam,” ( Surah Al-Haj, ayat
87 ). Haji wajib dilaksanakan di mekah dan bukannya ditempat lain. Hal ini jelas
kerana nabi Muhammad S.A.W. sendiri yang mengerjakan haji di Mekah dan bukannya
di tempat lain.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengubah dengan sengaja ayat al-Quran
dan maksudnya. Mengubah ayat-ayat Allah S.W.T. merupakan satu perbuatan yang
keji lagi hina. Hukum mengubah ayat-ayat al-Quran sudah tentu haram dan di murkai
oleh Allah S.W.T. Setiap ayat yang terkandung dalam al-Quran wajib bagi kita untuk
ditaati kerana ayat-ayat al-Quran itu merupakan ayat-ayat Allah S.W.T. yang
disampaikan melalui nabi Muhammad S.A.W. barang siapa yang enggan mentaati
walau dengan satu ayat sekalipun maka dia tergolong dalam golongan yang kufur.
Mereka juga mempercayai dan mengaku bahawa azimat (tangkal) boleh
memberi kesan. Kepercayaan ini merupakan kepercayaan yang syirik dan wajib dijauhi
oleh seluruh umat islam. Terdapat banyak hadis yang memberi penjelasan terhadap
pengharaman tangkal, antaranya ialah yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata,
‘saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, barang siapa
yang menggantung tangkal (Damimah) maka Allah S.W.T tidak akan menyempurnakan
hajatnya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka
Allah tidak akan mententeramkannya”. Terdapat dalam hadis nabi Muhammad S.A.W
yang lain menyebut (mafhumnya): “ sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu
meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah S.W.T.
Sesugguhnya Allah S.W.T. adalah maha pengampun lagi maha penyayang.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa memohon keampunan supaya hidup sentiasa
mendapat keberkatan dan perlindungan dari perkara-perkara yang boleh menyesatkan
kita.
ل� ول� الله� أ�ط�يع�وا ق� س� إ�ن� و�الر لو�ا ف� إ�ن ت�و� ر�ين� ي�ح�ب3 ال� الله� ف� ال�ك�اف�
“Katakanlah: Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang kafir”
(Al-Quran, Surah Aali-Imran, ayat 32)
Kesan-kesan ajaran sesat terhadap masyarakat
Terdapat pelbagai kesan negatif yang disebabkan oleh ajaran sesat ini antaranya
ialah perpaduan tergugat. Perpaduan di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran
ajaran sesat ini. Hal ini boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas-
menindas sesama sendiri kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul
dan mencari pengaruh. Justeru itu, umat slam disarankan agar menjauhi golongan-
golongan pelampau agama iaitu mereka yang berpendirian dan bertindak keterlaluan
dalam beragama. Seperti pelampau syiah, wahabi atau salafi moden, Islam liberal dan
lain-lain. Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat
Islam jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak
akan tersesat.
Selain itu juga, ajaran sesat juga mampu menimbulkan rasa syak wasangka , tidak
senang dan bimbang dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini kerana, di alam
system masyarakat yang berbilang kaum dan ramai ini, kita tidak tahu siapakah dalam
kalangan kita yang mengamalkan ajaran sesat. Maka disini secara tidak langsung
menyebabkan setiap orang mengambil sikap berhati-hati dan menyimpan perasaan
curiga danm syak wasangka terhadap orang yang dianggap mencurigakan walhal
belum tentu orang itu ahli ajaran sesat yang sahir. Lama-kelamaan sudah tentu
mayarakat akan hilang rasa hormat antara satu sama lain dan secara tidak langsung
akan menimbulkan perasaan benci.
Sehubungan dengan itu juga, ajaran sesat juga membawa kepada kerosakan
institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Hal ini jelas kerana sifat benci yang wujud
dalam segenap lapisan masyarakat akibat daripada sikap curiga dan syak wasangka
mampu memutuskan silaturrahim di antara satu dengan yang lain. Seterusnya
meruntuhkan pegangan bermasyarakatan yang selama ini diamalkan oleh setiap
masyarakat di Negara kita. Ajaran sesat juga mampu meruntuhkan institusi
kekeluargaan apabila terdapat salah seorang dari anggota keluarga mengamalkan
ajaran sesat. Maka dia akan terus dibenci oleh keluarga walaupun dia telah insaf.
Seterusnya ialah ajaran sesat mampu menimbulkan perselisihan pendapat dan
perpecahan sesama umat islam. Ajaran sesat yang semakin berleluasa pada saban
hari akan menimbulkan perselisihan pendapat. Ada di antara mereka akan menunding
jari terhadap mereka yang lain. Hal ini tidak patut trerjadi kerana masalah ini perlulah
diatasi dengan bersama-sama dan bukannya dengan salah-menyalahi antara satu
dengan yang lain. Apabila ini terjadi, maka masyarakat akan berpecah kerana
mengikuti teori dan pegangan masing-masing. Inilah yang sangat ditakuti akan berlaku
jika masalah ajaran sesat ini tidak ditangani dengan bijaksana.
Antara kesan lain ialah akan menyebabkan kelemahan dan kehancuran umat. Hal
ini mungkin terjadi seandainya masyarakat semakin jauh dari agama islam itu sendiri.
Apabila kita semakin tersasar jauh dari ajaran islam yang sebenar, maka Allah S.W.T.
akan murka dan menimpakan bala terhadap umat yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah
S.W.T. Bala Allah S.W.T. bukanlah sesuatu yang kecil, Allah S.W.T. mampu
menghancurkan satu umat manusia untuk digantikan dengan satu umat manusia yang
lebih baik. Umat yang Islam yang tersasar jauh dari ajaran yang dibawa oleh nabi
Muhammad S.A.W. akan dipandang hina oleh umat agama yang lain. Oleh itu, kita
haruslah menanam tekad untuk mempertahankan martabat agama islam di nagara kita.
Seterusnya, ajaran sesat mampu menjejaskan keutuhan dan kewibawaan ummat
dalam menghadapi abad ke-21. Abad ke-21 ini dipenuhi dengan pelbagai cabaran
yang mesti ditempuh oleh seluruh masyarakat islam di seluruh dunia. Dunia islam hari
ini sering kali cuba ditarik ke arah kesenangan dan keseronokan sehingga melahirkan
sifat-sifat malas. Hal ini jelas kerana kebanyakan ajaran yang diamalkan oleh
kumpulan ajaran sesat sering kali mengambil jalan pintas untuk ke syurga dengan
membuat dakwaan-dakwaan yang langsung bertentangan dengan ajaran islam itu
sendiri.
Permasalahan ajaran sesat ini juga memberi impak terhadap masyarakat dengan
melemahkan pembangunan ekonomi umat islam kerana menerapkan fahaman yang
negatif yang menyebabkan pengikut-pengikutnya menjadi pasif dengan menolak
keduniaan dan mementingkan akhirat sahaja. Walhal amalan-amalan yang diamalkan
itu kemungkinan bertentangan dengan ajaran islam sebenar yang dibawa oleh nabi
Muhammad S.A.W. Apabila kita terlalu taksub dengan akhirat sahaja, maka tidak
hairanlah diri kita ini mudah terdedah kepada ajaran amalan-amalan yang sesat yang
dibawa oleh golongan-golongan yang ingin menghancurkan islam.
Ajaran sesat merupakan perkara yang perlu ditangani dengan serius dan
bijaksana. Ajaran sesat mampu menyesatkan anak-anak muda yang memiliki ajaran
agama islam yang cetek. Tarikan-tarikan yang dijadikan umpan untuk menarik anak-
anak muda selalunya berkait rapat dengan agam islam itu sendiri. Mereka
mempergunakan keinginan anak-anak muda yang ingin kembali kepada Allah S.W.T.
Mereka bertindask memesongkan terus anak-anak muda ini dari agama Islam yang
sebenar. Maka Negara kita tidak akan maju kerana anak-anak muda telah dihasut
untuk meninggalkan ajaran agama islam tanpa disedari atau tidak.
Tanpa islam siapalah kita? Kita aan mampu untuk berdiri seperti hari ini tanpa
islam disisi kita. Islam memberi nasihat dan pedoman kepada kita dalam menguruskan
sesebuah Negara dan masyarakat. Islam sangat menggalakkan setiap amalan yang
menjurus kepada kebaikan terhadap masyarakat dan Negara. Oleh itu, apabila islam
dinggalkan, maka sudah tentu tiada lagi semangat bermasyarakat yang selama ini
dipegang dan diamalkan oleh generasi-generasi yang cemerlang dalam pengurusan
hidup secara bermasyarakat.
Ilmu-ilmu yang salah mampu meruntuhkan moral masyarakat yang selama ini
mementingkan tahap moral yang tinggi. Apabila moral dalam kalangan masyarakat
mula terjejas, maka akan berlakulah gejala-gejala sosial yang berleluasa. Tiada lagi
masyarakat yang mementingkan keharmonian kerana masing-masing mementingkan
diri sendiri. Gejala-gejala sosial mungkin tidak dapat dikawal lagi kkerana masyarakat
telah jauh dari ajaran islam itu sendiri.
Oleh itu marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menangani masalah
ajaran sesat ini agar ajaran-ajaran sesat ini tidak menular keperingkat dimana ia tidak
dapat dikawal lagi. Semoga Allah S.W.T. akan melindungi kita dari segala bentuk
kesesatan.
REFLEKSI
Alhamdulillah, setelah saya berjaya menyiapkan tugasan kali ini, banyak input-input
yang berguna telah saya perolehi. Antarnya tentang cirri-ciri agama sesat yang agak
banyak dan pelbagai. Disini saya dapat lebih memahami apa itu ajaran sesat yang
selama ini sering di gembar-gemburkan di ruangan media massa. Saya merasa lebih
agak sedih apabila melihat ramai pengamal-pengamal ajaran sesat yang telah
terpesong jauh dari agama islam. Melalui penyelidikan kali ini, terdetik dalam benak
hati saya tentang betapa syukurnya saya keran masih lagi hidup dalam agama islam
yang suci ini.
Sememangnya tidak saya duga agak banyak ajaran-ajaran sesat yang terdapat di
Negara kita ini. Hal ini haruslah segera diatasi dan saya berharap agar tugasan saya
ini mampu membantu rakan-rakan yang lain untuk lebih mengenali ajaran Islam itu
sendiri. Say juga berharap agar saya mampu membantu rakan-rakan dan orang lain
agar menghindarkan diri dari sebarang bentuk ajaran-ajaran ilmu yang nyata sesat.
Bagi saya, amat penting untuk saling ingat-mengingati kerana disinilah cara kita
untuk mencegah sesuatu kemaksiatan dari berlaku. Sesungguhnya amal yang diterima
oleh Allah S.W.T. adalah amal yang ikhlas dan suci. Kita juga haruslah yakin dan
berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. sesungguhnya,
kita tidak akan sesat selagi berpegang kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah S.A.W.
BIBLIOGRAFI
http://sufrimahmudalmiri.wordpress.com/2011/01/31/151/
http://www.raudlotuttolabah.com/2010/04/suluk-dalam-thariqoh.html
http://mohamadridhwan.com/tag/ajaran-sesat
http://putera.forumotion.com/t2290-ciri-ciri-ajaran-sesat
http://abuumair1.wordpress.com/2010/01/12/kenali-ciri-ciri-ahli-bidaah-dan-ajaran-sesa t/
http://khalic.com/mengenali-ajaran-sesat-di-malaysia
http://zikrihusaini.com/ajaran-sesat-di-malaysia-semakin-parah/
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR :___________________________________________________
:___________________________________________________
NO. KAD PENGENALAN :___________________________________________________
UNIT :___________________________________________________
KUMPULAN :_____________________ SEMESTER :__________________
MATA PELAJARAN :___________________________________________________
PENSYARAH :___________________________________________________
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN
KOMEN TANDATANGAN PENSYARAH
LAMPIRAN
Jenis-jenis Ajaran Sesat Di Malaysia.
1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10.Naluri
11.Kaula
12.Haqqullah Syahadah
13.Rampai
14.Wali Suci
15.Kalimat Sakti
16.Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18.Zikir Sha`ban Islam Haq
19.Asal Wujud Garis Laksmana
20.Al-Ma`zat
21. “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23.Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25.Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26.Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27.Mohd Nordin Putih
28.Nasrun S.T.Qahar
29.Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30.Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31.Wali Sembilan
32.Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33.Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34.Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35.Al-Arqam
36.Golongan Anti Hadis37.
37.Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai
(Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38.Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
39.Ajaran Hj.Kadar Ahmad
40.Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
41.Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
42.Tarikat Mufaridiah
43.Ajaran Hassan Anak Rimau
44.Tarikat Aurad Ismailiah
45.Ajaran Martabat Tujuh
46.Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47.Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
48.Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
49.Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
50.Ajaran Mohd Nor Seman
51.Ajaran Ayah Pin
52.Ajaran Bahai
53.Al-Ma`unah
54.Ajaran Azhar Wahab
55.Ajaran Hj.Banuar