Catatan QALAM - ANJUNG...mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan Qiam,...
Transcript of Catatan QALAM - ANJUNG...mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan Qiam,...
Catatan Selamat menjalani ibadah puasa….
Moga perjalanan hidup kita
sentiasa dalam bimbingan dan redhaNya
serta dalam pengampunanNya. Amiiiin……ya Rabb
Disediakan oleh
Nor Adila Mohd Noor Pensyarah ACIS
UiTMCTKD
EDISI MEI 2018 BIL. 5/2018
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SURA HUJUNG, 23000
QALAM
Penasihat
Dr. Azarudin Awang
Editor
Nor Adila Mohd Noor
Sidang Redaksi
Ruhaizah Abd. Ghani
Che Norzila Sulong
Bulan Penghayatan Ad-Deen
SALAM MAWADAH WA RAHMAH BUAT
Warga UiTMCTKD yang diingati sekelian.. Bertemu kembali di lem-
baran dan edisi Ramadhan untuk kita sama-sama menghayatinya.
Pastinya peluang yang ada untuk beramal tidak akan di tinggalkan be-
gitu sahaja. Begitulah Ramadhan yang kita lalui setiap tahun..Dan
seharusnya kita bersyukur kerana dapat bertemu dengan Ramadhan
kali ini. Rahmat dan kasih sayangNya,kita masih lagi dikurniakan
dengan nikmat iman dan Islam. Moga kita tidak menjadi hambaNya
yang kufur tetapi terus bersyukur dan berbakti kepadanya jua..
Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasa-
kan kesalahan sebagai satu kebiasaan sehingga pada suatu ketika indi-
vidu itu sukar untuk meninggalkan kesalahan tersebut. Hasil daripada
kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika
melakukan kesalahan atau dosa. Maka marilah kita bersama-sama
mengkoreksi diri bagaimana tahap kualiti diri masing-masing. Bebera-
pa perkara boleh diaplikasikan untuk mengatasi fenomena ini: seha-
rusnya kita perlu merasa keagungan Allah swt,mendalami ilmu syari’,
mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh,tumbuhkan rasa takut
su’ul khatimah (kesudahan yang buruk),banyak mengingati mati dan
memuhasabah diri tatkala datang kelemahan.Menurut Ibnu Qayyim
pula, bagi mengatasi kemalasan dari kekerasan hati ialah, pertama ali-
hkan hatimu dari kekerasan dunia lalu tempatkan ia diakhirat,kedua
hadapkan seluruh hatimu pada pengertian-pengertian Al-Quran.
Justeru, marilah kita sentiasa menanamkan kesungguhan untuk terus
mentarbiyah diri. Sesungguhnya Bulan Ramadhan ini merupakan me-
dan tarbiyah yang paling berharga untuk diikuti bermula dengan puasa
itu sendiri, tadarrus Al-Quran, bersolat terawih, bersahur,
Bermaksud:
Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum,tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari lagha (percakapan yang tidak berguna) dan ka-ta-kata yang keji. (Riwayat Muslim)
Makan Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu tinggalkan,walau hanya sekadar me-neguk seteguk air kerana Allah merahmati orang-orang yang Makan sahur dan malaikat mendoakannya. (Riwayat Imam Ahmad)
Apabila Salah seorang di antara kamu ber-buka, maka hendaklah ia berbuka dengan tamar (kurma kering). Jika tidak mendapat-kannya maka hendaklah ia berbuka dengan air itu suci dan menyucikan. (Riwayat Imam Ahmad)
memperbanyakkan sedekah, beriktikaf, berzikir, berqiamullail pada
malam lailatul qadar dan berbagai lagi..Semoga Ibadah yang dilalui
mampu menggugurkan sifat sifat mazmumah yang melekat di dalam
diri kita dan digantikan pula dengan sifat-sifat mahmudah.
Sesungguhnya, selain di dalam bulan Ramadhan, musuh utama kita
yang tidak dapat dilihat ialah Syaitan dan nafsu. Maka di bulan rama-
dhan ini hanya nafsu sahaja yang ada. Sewajarnyalah kita mesti lebih
kuat dan mudah lagi untuk membuat pelbagai kebaikan dan pengisla-
han diri serta perbanyak memohon pertolongan dariNya....
Akhirnya...Selamat memeriahkan bulan Ramadhan. Sekiranya para
sahabat boleh menang berperang dalam keadaan berpuasa di bulan
Ramadhan....maka marilah kita sama sama berperang melawan hawa
nafsu di bulan Ramadhan agar kita dapat hidup suburkan Ramadhan
kali ini dengan iman dan taqwa kepada Rabb kita dalam membentuk
peribadi yang mulia...InsyaAllah...
Jazakumullahukhairan kathira….
Wassalm.
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa pera-
turan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara
yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan
orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara
yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram
atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan be-
rusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi
bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka per-
hatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di
manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik
bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur ma-
kanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan da-
ripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.
Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat
ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiar-
kan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya
rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud
sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran
daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Puasa Anda
MEMBERI KESAN PADA DIRI?
Ramadhan datang membawa seribu makna. Inilah sebaik baik bulan yang didalamnya
terkandung Rahmat Allah yang tidak terbilang. Tetapi adakah ibadah kita sepanjang
bulan mulia ini membawa kesan yang baik pada diri? Adakah kita dapat merasakan
perubahan positif pada sikap dan akhlak? Dan adakah kita dapat rasakan erti sebenar
daripada ibadah puasa yang kita tunaikan setiap kali menyambut ramadhan?
MUNGKIN sukar untuk anda menjawabnya, tetapi beberapa soalan berikut boleh mem-
bantu anda menilai kualiti ibadah puasa kita yang lepas-lepas dan membaikinya pada
ramadhan kali ini.
Adakah anda ;
Dapat selalu bersegera menghadap Allah apabila sahaja masuk waktu sembahyang?
Lebih khusyuk dan menjaga tertib dalam sembahyang?
Sentiasa ingat Allah terutama apabila mendapat nikmat?
Selalu rasa berdosa dan bersegera bertaubat?
Semakin cermat dalam sikap dan tingkah laku terhadap sesama manusia?
Semakin merendah diri?
Semakin penyabar dan tabah apabila berhadapan dengan karenah sesiapa sahaja?
Selalu bersangka baik dengan Allah dan manusia?
Sentiasa bersedia membantu mereka yang tidak mampu atau berhajat?
Mudah memaafkan kesilapan orang?
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada?
Makin belas kasihan dan menghargai orang susah dan orang miskin?
Jika anda jawab YA bagi soalan –soalan diatas, Ahamdulillah,
Penghujung Ramadhan.. inilah saat-saat yang kritikal, maka…
Waktu ini eloklah kita giatkan lagi meghitung-hitung
diri,menilai dan meningkatkan prestasi ibadah puasa kita.
Anggaplah ini Ramadhan terakhir sebelum kita dipanggil
bertemu dengan Allah, dimana kita akan menghadapi waktu
yang sempit di alam barzakh dan di padang masyar kelak. Harus-
lah berhati hati, jangan sampai detik-detik terakhir ini
memusnahkan apa yang telah kita capai sepanjang hidup kita.
Demikian juga Hampir sebulan menjalani Ibadah puasa. Pada
hari-hari terakhir Ramadhan kita mungkin berdepan dengan
dugaan yang bermacam-macam. Bacaan Al-Quran mungkin ter-
ganggu dengan keghairahan untuk menyiapkan baju raya. Ruang
kosong dinihari yang sebelumnya diisi dengan solat tahajud, di-
ganti dengan kesibukan menyiapkan kuih raya.
Akhirnya, ingatlah bahawa kita tidak akan mempunyai dorongan
yang kuat untuk memohon kepada Allah, jika kita tidak benar-
benar tahu apa yang kita pohonkan. Itulah sebabnya kita perlu
menghitung diri setiap hari…………Allahua‟lam.
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam
sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang ber-
puasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu ada-
lah perisai. Sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpua-
sa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bo-
doh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya
maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpua-
sa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada
malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami
kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal,
keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati
puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka
dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat
makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Ke-
cenderungan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan
perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani
yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan
akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain,
sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan
menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan
ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat
dan berzikir kepada-Nya.
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya
sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah
punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah
s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kan-
tung perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat me-
neguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah seper-
tiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minu-
man dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan
at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya
perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turu-
tan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan
kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara
kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada
bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang
masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Rama-
dan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan
mengingati- Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara
duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka
yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dil-
akukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari
Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk
waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada me-
madailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Ma-
ghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik
(berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila ma-
suk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan
Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa
sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda
s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang
berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa
tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa).
(Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih,
witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan
solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana
meninggalkan rukun wajib solat seperti meninggalkan tomakninah se-
masa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana
sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga
menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting
dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan
berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali
mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan
Qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua
peradaban solat dan rukunnya. Bagi makmum pula disyorkan supaya
sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah
selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah
s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehing-
galah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum)
pahala qiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)