Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC …...Contoh kursus kemahiran adalah seperti kursus bahasa...
Transcript of Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC …...Contoh kursus kemahiran adalah seperti kursus bahasa...
ii
Cadangan Garis Panduan Pembangunan
MOOC Malaysia
ms
Kandungan
1. Pengenalan 1
1.1 MOOC Malaysia 2
1.2 Platform MOOC Malaysia 2
1.2.1 Platform Antarabangsa 2
1.2.2 Platform Kebangsaan 2
1.3 Jenis Kursus 3
1.3.1 Kursus Umum 3
1.3.2 Kursus Tujahan (Nic) 3
1.3.3. Kursus Kemahiran 4
1.4 Tempoh Kursus 4
2. Proses Reka Bentuk Umum 5
2.1 Logo 6
2.2 Reka Bentuk Landing Page 6
2.2.1 Paparan Utama 6
2.2.2 Pengenalan Kursus (dalam bentuk Video) 6
2.2.3 Sinopsis Kursus 7
2.2.4 Silibus Kursus 7
2.2.5 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) 8
2.2.6 Pengetahuan Prasyarat 9
2.2.7 Format Pengendalian Kursus 9
2.2.8 Maklumat Instruktor 10
2.2.9 Tarikh Mula dan Tempoh Kursus 10
2.2.10 Soalan-soalan Lazim (FAQ) 10
2.2.11 Kata nama dan Kata laluan 11
2.2.12 Pengumuman 11
2.3 Reka Bentuk dan Susun Atur Laman
Kandungan Kursus (Content Page) 12
2.3.1 Susun Atur Butiran Pembelajaran 12
2.3.2 Reka Bentuk Laman Kandungan 13
2.3.3 Kandungan 14
2.3.4 Pentaksiran 14
2.3.5 Aktiviti Pembelajaran 15
2.3.6 Bacaan/Rujukan Tambahan 15
iii
3. Amalan Pembangunan MOOC 17
3.1 Urutan Pembangunan 18
3.2 Reka Bentuk 19
3.3 Aspek-aspek Reka Bentuk Lain 20
3.4 Kurikulum Kursus 21
3.4.1 Pemetaan CLO/TLO/Aktiviti/Pentaksiran 21
3.5 Peranan Ahli Pasukan MOOC 23
3.6 Pembangunan Bahan Kursus 24
3.7 Kandungan dalam Bentuk Lain 27
3.8 Pembangunan Aktiviti 27
3.8.1 Perbincangan di Papan Forum 27
3.8.2 Wiki 27
3.8.3 Dokumen Kongsi Sama 27
3.8.4 Bahan Bacaan 28
3.9 Pentaksiran 28
3.9.1 Formatif dan Sumatif 28
3.9.2 Jenis Pentaksiran 28
3.9.3 Pentaksiran Rakan Sebaya 29
3.9.4 Penggredan dan Laporan 29
3.10 Jaminan Kualiti 29
3.10.1 Garis Masa (Timeline) 30
3.10.2 Ujian Rintis 31
3.11 Hakcipta 31
3.12 Pengiktirafan (Persetaraan Pembangunan
e-Kandungan dan Penerbitan) 31
4. AMALAN PENYAMPAIAN 32
4.1 Pengumuman 33
4.2 Strategi Pelaksanaan Pengajaran 33
4.2.1 Pembelajaran Teradun (untuk kursus sepunya) 34
4.2.2 Atas Talian Sepenuhnya
(untuk kursus nic dan sepanjang hayat/kemahiran) 34
4.3 Kolaborasi Rakan Sekursus 35
4.4 Kewujudan Komuniti Pelajar 35
4.5 Moderasi Forum 36
iv
4.6 Penggredan 36
4.7 Pengumuman Pencapaian Penamatan Kursus 37
4.8 Penawaran Semula Kursus 37
4.9 Garis Panduan Pelajar 37
5. PEMINDAHAN KREDIT 38
5.1 Pengenalan 39
5.2 Mekanisme I: Pemindahan Kredit antara UA Malaysia 39
5.2.1 Jenis Kursus 39
5.2.2 Pelajar 39
5.2.3 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) 40
5.2.4 Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian 40
5.2.5 Pentaksiran 40
5.2.6 Kelulusan Pemindahan Kredit 40
5.3 Mekanisme II: Pemindahan Kredit 41
daripada Platform Antarabangsa
6. GLOSARI 42
2
1. PENGENALAN
Selaras dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan
Tinggi) 2015-2025 [PPPM (PT)], Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia disarankan untuk
melonjakkan pembelajaran atas talian ke tahap global (Lonjakan Kesembilan). Ini
bertujuan untuk meluaskan akses pendidikan, meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran, mengurangkan kos penyampaian dan menonjolkan IPT Malaysia di
arena antarabangsa di samping memupuk pembelajaran sepanjang hayat
khususnya dalam kalangan warga Malaysia.
Seiring dengan agenda nasional ini, pendekatan yang dicadangkan dalam PPPM
(PT) adalah melalui penawaran Massive Open Online Course (MOOC) di setiap IPT di
Malaysia. Ini dapat menyediakan sistem penyampaian kursus yang cekap,
meningkatkan kecemerlangan IPT dalam bidang tujahan dan kepakaran dan
seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub perdana pendidikan.
Tujuan garis panduan ini adalah untuk dijadikan rujukan oleh setiap IPT dalam
membangunkan dan menawarkan MOOC masing-masing. Dalam masa yang sama,
garis panduan ini memberi maklumat tentang proses pembangunan untuk tujuan
menyeragamkan pembangunan MOOC Malaysia antara IPT dan
menyampaikannya secara berkesan.
1.1 MOOC Malaysia
MOOC Malaysia merupakan MOOC yang dibangunkan oleh setiap institusi
pengajian tinggi di Malaysia dan Pusat e-Pembelajaran Negara (NeLC) bertindak
sebagai urus setia untuk memastikan MOOC yang dibangunkan mematuhi garis
panduan ini. Kursus yang dipilih terdiri daripada program akademik sedia ada dan
kursus lain yang disesuaikan di bawah IPT masing-masing.
1.2 Platform MOOC Malaysia
1.2.1 Platform antarabangsa
i. IPT perlu menawarkan MOOC Malaysia di platform yang telah ditetapkan
oleh KPT.
ii. IPT melalui NeLC perlu merancang untuk menawarkan kursus terpilih
MOOC Malaysia di platform antarabangsa terkemuka yang lain untuk
tujuan keterlihatan dan juga penjenamaan.
3
1.2.2 Platform Kebangsaan
i. Satu platform kebangsaan akan disediakan oleh NeLC dan IPT perlu
bersedia untuk menguruskan MOOC Malaysia di platform tersebut.
1.3 Jenis Kursus
i. MOOC Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 jenis kursus seperti berikut:
a. Kursus umum
b. Kursus tujahan (nic)
c. Kursus kemahiran
ii. Setiap institusi boleh membangunkan dan menawarkan kursus dalam
mana-mana kategori di atas.
iii. Hanya kursus yang telah diluluskan oleh NeLC sahaja boleh dibangunkan
oleh institusi dan seterusnya ditawarkan dalam platform MOOC Malaysia.
1.3.1 Kursus Umum
i. Kursus umum ialah kursus sepunya yang ditawarkan di semua institusi
pengajian tinggi di Malaysia. Contohnya: Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS), Keusahawanan, Hubungan Etnik dan lain-lain.
ii. Pembangunan kursus umum ini perlu diselaraskan oleh Jawatankuasa
Kursus Umum di peringkat NeLC dan pembangunan kandungan perlulah
mendapat input daripada semua penyelaras IPT Malaysia serta
dipersetujui bersama.
iii. Penyampaian kursus umum ini dipertanggungjawabkan atau diterajui
oleh sebuah IPT sahaja, iaitu IPT yang membangunkan kursus tersebut.
iv. Latihan untuk pengajar kursus ini dijalankan dan diselaraskan oleh AKEPT.
1.3.2 Kursus Tujahan (Nic)
i. Kursus tujahan merujuk pada bidang tujahan IPT yang tersenarai di
Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). Bidang tujahan universiti awam (UA)
adalah seperti di Lampiran I.
ii. Sebagai contoh, kursus tujahan bagi Universiti Malaya ialah Life Sciences
& Medicine, Engineering & Physical Science dan Islamic & Social Sciences
manakala kursus tujahan Universiti Sains Malaysia ialah Environmental
Sciences, Engineering & Technology dan Life & Health Sciences.
4
1.3.3 Kursus Kemahiran
i. Kursus kemahiran ialah kursus untuk pembelajaran sepanjang hayat dan
pembangunan profesional.
ii. Contoh kursus kemahiran adalah seperti kursus bahasa arab, kursus
pengurusan masa dan lain-lain.
1.4 Tempoh Kursus
i. Secara purata, satu kursus MOOC berlangsung antara minimum 6
minggu dan maksimum 14 minggu dan kursus ini lazimnya berasaskan
sekurang-kurangnya tiga Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning
Objective - CLO).
ii. Tempoh penglibatan atau jam pembelajaran pelajar (Student Learning
Time - SLT) ialah 10 jam seminggu menjadikan minimum 60 jam dan
maksimum 140 jam untuk satu-satu kursus. Maklumat ini perlu dinyatakan
di awal kursus.
iii. Tarikh enrolmen bagi satu-satu kursus perlu diumumkan di laman
pengenalan kursus.
iv. Bagi kursus yang mempunyai tarikh enrolmen, kursus tersebut mestilah
boleh diakses oleh pelajar yang telah berdaftar sebelum ini.
6
2. PROSES REKA BENTUK UMUM
Pembangunan MOOC memerlukan perancangan yang rapi. Reka bentuk dan
pelaksanaan aktiviti yang dirancang merupakan antara faktor yang perlu
dititikberatkan oleh pembangun.
MOOC membawa keterlihatan IPT ke peringkat global. Pelajar yang mendaftar
MOOC pula adalah pelajar yang pelbagai (umur, budaya, latar belakang akademik
dan lain-lain). Justeru, reka bentuk yang bersesuaian adalah penting untuk pelajar
melayari bahan pembelajaran dan belajar dengan berkesan serta mencapai hasil
pembelajaran kursus.
2.1 Logo
i. 3 logo wajib iaitu logo IPT, logo KPT dan logo MOOC Malaysia akan
diletakkan di landing page utama. Landing page kursus hanya
mengandungi logo IPT sahaja.
2.2 Reka Bentuk Landing Page
2.2.1 Paparan Utama
i. Laman utama kursus perlu mengandungi maklumat kursus secara
terperinci. Maklumat yang perlu adalah seperti berikut:
i. Pengenalan Kursus (dalam bentuk video)
ii. Sinopsis Kursus
iii. Silibus Kursus
iv. Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
v. Pengetahuan Prasyarat
vi. Format Pengendalian Kursus
vii. Maklumat Instruktor
viii. Tarikh Mula dan Tempoh Kursus
ix. Soalan-soalan Lazim (FAQ)
x. Pengumuman
2.2.2 Pengenalan Kursus (dalam bentuk video)
i. Video pengenalan perlu disediakan bagi setiap kursus untuk memberi
pengenalan dan maklumat ringkas mengenai kursus.
ii. Video ini merupakan bahan promosi utama bagi kursus.
7
iii. Sebaik-baiknya, sebahagian daripada kandungan video menunjukkan
klip yang relevan dengan kursus (misalnya, kilang pemprosesan
makanan, perbicaraan di mahkamah dan lain-lain).
iv. Durasi ideal video ini adalah lebih kurang 3 minit.
2.2.3 Sinopsis Kursus
i. Setiap kursus perlu menyediakan sinopsis yang panjangnya 100 - 200
patah perkataan.
ii. Sinopsis mengandungi maklumat am mengenai kandungan kursus,
format penyampaian dan hasil pembelajaran kursus yang akan
diperoleh pelajar.
2.2.4 Silibus Kursus
i. Silibus kursus memberi maklumat terperinci mengenai kursus termasuk
semua topik yang diliputi.
ii. Ia juga memberi struktur organisasi keseluruhan kandungan kursus,
termasuk semua aktiviti pembelajaran dan pentaksiran.
iii. Contoh landing page adalah seperti di Rajah 1.
8
Rajah 1. Contoh landing page
2.2.5 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
i. Laman utama perlu menyatakan hasil pembelajaran kursus (CLO)
supaya pelajar mengetahui ilmu, kemahiran dan nilai (kemahiran
insaniah) yang bakal mereka peroleh.
ii. Dalam menulis hasil pembelajaran kursus, pertimbangkan bahawa
pelajar adalah pelajar yang pelbagai dari aspek pengetahuan latar
belakang, etnik, budaya dan lain-lain.
iii. Aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menulis hasil pembelajaran
kursus adalah set pengetahuan baru, kemahiran, fakta, konsep dan
prinsip baru yang bakal dipelajari.
9
iv. CLO yang telah diluluskan di peringkat IPT perlu dikekalkan dalam MOOC
Malaysia.
v. Dalam menyatakan CLO, ayat perlu berada dalam bentuk kata kerja
seperti ”menjelaskan”, “menerangkan”, “mengira”, “menerapkan” dan
lain-lain.
vi. Contoh paparan sinopsis dan hasil pembelajaran kursus adalah seperti
dalam Rajah 2.
Rajah 2. Contoh paparan sinopsis dan hasil pembelajaran kursus
2.2.6 Pengetahuan Prasyarat
i. Sebarang keperluan pengetahuan prasyarat kursus perlu dinyatakan
dengan jelas.
ii. Pengetahuan prasyarat bertujuan untuk membantu pelajar mengetahui
pengetahuan sedia ada yang diperlukan untuk menyediakan diri dan
mengikuti kursus dengan berkesan.
2.2.7 Format Pengendalian Kursus
i. Format pengendalian kursus bergantung pada keperluan kursus, objek
pembelajaran dan hasil pembelajaran kursus.
ii. Lazimnya, format pengendalian kursus terdiri daripada penggunaan
video sebagai bahan pembelajaran utama dan disokong oleh
10
penggunaan sidang video atas talian, alat kolaborasi dan kandungan
multimedia interaktif bagi pengukuhan kefahaman pelajar.
2.2.8 Maklumat Instruktor
i. Maklumat instruktor yang diperlukan termasuklah nama, gambar,
kelulusan akademik dan emel.
ii. Maklumat tambahan lain untuk menengahkan kecemerlangan
akademik instruktor seperti pengalaman mengajar, bidang kepakaran,
pengalaman industri, penyelidikan dan pembangunan perlu juga
diletakkan.
2.2.9 Tarikh Mula dan Tempoh Kursus
i. Setiap kursus perlu mempunyai tarikh mula, tarikh akhir dan juga tempoh
kursus.
ii. Pelajar diharapkan untuk terlibat dalam proses pembelajaran mengikut
tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
iii. Tarikh-tarikh utama seperti tarikh akhir penghantaran tugasan dan tarikh
pelaksanaan pentaksiran sumatif perlu dinyatakan.
2.2.10 Soalan-soalan Lazim (FAQ)
i. FAQ ialah senarai soalan lazim yang berkaitan dengan pelaksanaan
proses pembelajaran pelajar.
ii. Sebagai contoh, soalan lazim ini berkaitan dengan format kursus, kaedah
penyampaian, proses penggredan dan lain-lain.
iii. Soalan boleh ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.
iv. Contoh format kursus dan FAQ adalah seperti di Rajah 3.
11
Rajah 3. Contoh paparan format kursus dan FAQ
2.2.11 Kata nama dan kata laluan
i. Kata nama dan kata laluan akan dibekalkan kepada pelajar.
ii. Kata nama dan kata laluan ini adalah unik kepada pelajar dan tidak
boleh ditukar milik.
iii. Hanya pelajar yang mempunyai kata nama dan kata laluan yang unik
ini sahaja mempunyai akses kepada kursus.
2.2.12 Pengumuman
i. Setiap kursus perlu menyediakan ruang pengumuman.
ii. Ruang ini perlu untuk memaklumkan kepada pelajar tentang aktiviti yang
telah selesai dan merumuskan perkara yang telah dipelajari oleh pelajar.
iii. Ruang ini juga digunakan untuk memaklumkan kepada pelajar tentang
topik pembelajaran untuk minggu berikutnya.
12
iv. Ruang ini juga boleh digunakan untuk mengingatkan pelajar tentang
aktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif,
kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh yang telah
ditetapkan.
2.3 Reka Bentuk dan Susun Atur Laman Kandungan Kursus (Content Page)
2.3.1 Susun atur butiran pembelajaran
i. Laman kandungan kursus untuk setiap topik perlu mengikut susun atur
pembelajaran seperti di Jadual 1.
Jadual 1. Susun atur butiran pembelajaran
Butiran Penerangan
Subtopik Satu-satu topik / subtopik /objek
pembelajaran yang dibangunkan.
Hasil Pembelajaran Topik Hasil pembelajaran topik yang diharapkan
apabila selesai pembelajaran untuk topik
tersebut.
Bahan Pembelajaran Bahan pembelajaran ialah bahan yang
digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Lazimnya bahan utama pembelajaran
adalah dalam bentuk video.
Bahan pembelajaran boleh juga disediakan
dalam format lain seperti kandungan
interaktif, e-book, web meeting, permainan,
bahan bacaan tambahan dan lain-lain.
Aktiviti Pembelajaran Aktiviti pembelajaran ialah aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar bagi
memperkukuhkan pembelajaran.
Contoh aktiviti pembelajaran ialah
perbincangan secara segerak (synchronous)
dan tidak segerak (asynchronous).
Aktiviti lain seperti wiki, kuiz, kajian kes,
penyelesaian masalah dan penggunaan alat
web 2.0 yang lain boleh digunakan untuk
pembelajaran.
13
2.3.2 Reka bentuk laman kandungan
i. Reka bentuk laman kandungan adalah seperti di Rajah 4.
ii. Laman kandungan perlu mengandungi butiran pembelajaran
termasuklah tajuk utama, objektif unit, bahan pembelajaran, bacaan
tambahan pentaksiran formatif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran
sumatif.
Pentaksiran Pentaksiran ialah proses mentaksir
pencapaian pelajar.
Terdapat dua jenis pentaksiran iaitu
pentaksiran formatif dan sumatif. Rubrik
digunakan bagi mentaksir tugasan yang
diberikan.
Lazimnya, pentaksiran melibatkan kuiz (seperti
aneka pilihan, aneka jawapan, isi tempat
kosong, benar/salah) dan penggredan
dilaksanakan secara automatik.
Pentaksiran boleh dilaksanakan secara
pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan
fasilitator.
Bahan Rujukan
Tambahan
Bahan rujukan tambahan ialah bacaan
sampingan yang perlu digunakan oleh pelajar
untuk memperoleh pengetahuan tambahan
dalam perspektif yang berbeza.
Bahan-bahan ini boleh ditawarkan dalam
pelbagai format seperti video, ppt, doc, pdf,
html dan lain-lain.
14
Rajah 4. Reka bentuk laman kandungan
2.3.3 Kandungan
i. Setiap topik perlu mempunyai beberapa kandungan dalam bentuk
video.
ii. Kandungan ini perlu disusun atur mengikut turutan pembelajaran.
iii. Kandungan juga boleh disediakan dalam bentuk pautan kepada video
repositori lain seperti YouTube, Vimeo dan lain-lain.
iv. Kandungan dalam format lain seperti ppt, doc, pdf, swf boleh juga
disediakan untuk memperkukuhkan lagi kandungan topik.
v. Pautan ke laman web lain juga digalakkan untuk membolehkan pelajar
memperoleh bahan kandungan yang sama tetapi dalam perspektif
yang berbeza.
2.3.4 Aktiviti Pembelajaran
i. Setiap topik perlu mempunyai pelbagai aktiviti pembelajaran. Aktiviti
pembelajaran ini juga boleh dijadikan sebahagian daripada
pentaksiran.
15
ii. Lazimnya aktiviti pembelajaran utama adalah dalam bentuk
perbincangan di papan forum.
iii. Instruktor dan moderator perlu memainkan peranan masing-masing
untuk menghasilkan perbincangan yang menyumbang kepada
penjanaan pengetahuan pelajar dan membantu mencapai TLO.
2.3.5 Pentaksiran
i. Setiap topik perlu mempunyai pentaksiran formatif (dalam kandungan)
dan pentaksiran sumatif di akhir topik.
ii. Pentaksiran formatif boleh diletakkan dalam video (bahan pembelajaran
utama) atau secara berasingan.
iii. Pentaksiran formatif boleh disediakan dalam pelbagai bentuk, contoh
pentaksiran ialah kuiz (MCQ, fill in the blanks, drag and drop, matching,
rearranging, sequencing dan lain-lain), tugasan, jurnal refleksi, group wiki,
sudut refleksi dan lain-lain.
iv. Pentaksiran sumatif perlu disediakan di akhir setiap topik yang bertujuan
untuk menilai pengetahuan dan kemahiran yang telah dijana oleh
pelajar merujuk kepada TLO yang telah ditetapkan.
v. Lazimnya, soalan sumatif adalah dalam bentuk MCQ dengan
penggredan secara automatik oleh sistem. Gred yang diperoleh pelajar
perlu diambil kira dalam menilai prestasi mereka.
vi. Bilangan MCQ bergantung kepada kuantiti kandungan dan lazimnya
sesuatu topik mengandungi lebih daripada 15 MCQ.
vii. Penilaian rakan sebaya juga boleh digunakan untuk pentaksiran sumatif.
Gred pentaksiran perlu diambil kira dalam menilai prestasi keseluruhan
pelajar.
viii. Pentaksiran berasaskan aktiviti pembelajaran boleh juga dilakukan. Ini
berasaskan penglibatan pelajar dalam perbincangan merujuk pada
keaktifan mereka (bilangan posting), articulation of ideas, kesarjanaan
pengetahuan dan lain-lain.
16
2.3.6 Bacaan Tambahan
i. Di akhir setiap topik, bacaan tambahan yang berkaitan dengan topik
tersebut perlu disediakan untuk pelajar.
ii. Bacaan tambahan perlulah sesuai untuk menyokong penjanaan
pengetahuan pelajar terhadap topik tersebut dan membantu dalam
mencapai topic learning outcome (TLO).
iii. Lazimnya, bacaan tambahan ini adalah dalam bentuk pautan ke
sumber atas talian yang berkaitan.
18
3.0 AMALAN PEMBANGUNAN MOOC
Pembangunan MOOC perlu berdasarkan reka bentuk yang ditetapkan.
Pembangunan melibatkan kurikulum kursus, bahan kursus, bahan aktiviti, pentaksiran
kursus, jaminan kualiti dan hak cipta. Terdapat beberapa amalan yang perlu diberi
perhatian dalam proses pembangunan MOOC Malaysia. Ini adalah untuk
memastikan bahawa MOOC Malaysia yang dibangunkan mematuhi kriteria dan
garis panduan kualiti yang telah ditetapkan.
3.1 Urutan Pembangunan
i. Setiap pembangunan MOOC perlu mengikuti urutan tertentu.
ii. Lazimnya, urutan pembangunan MOOC mengikut carta alir seperti di
Rajah 5.
Kenal pasti topik/objektif kursus/silibus/hasil
pembelajaran kursus/pengetahuan
prasyarat/format kursus
Penyediaan bahan pembelajaran
(chunking ke dalam tajuk-tajuk tertentu)
Skrip dan storyboard
Pembangunan video & bahan pembelajaran
Penyuntingan video & bahan pembelajaran
Pembangunan aktiviti
Pembangunan pentaksiran
Penilaian
19
Muat naik bahan ke dalam platform
Uji lari
Penambahbaikan
Penawaran/Pelancaran
Rajah 5. Carta alir pembangunan MOOC
3.2 Reka bentuk
i. Pembangunan MOOC perlu berasaskan prinsip reka bentuk pengajaran
yang mantap. Untuk itu, pembangunan perlu mengikuti prinsip
pengajaran yang sering diguna pakai seperti 9 Langkah Pengajaran
Gagne.
ii. Untuk satu-satu topik, aliran pengajaran perlu mengikuti 9 Langkah
Pengajaran Gagne seperti di Rajah 6. Bagaimanapun, sesetengah
langkah boleh dikecualikan mengikut kesesuaian.
iii. Setiap pengajaran boleh menggunakan pelbagai atribut media.
20
Rajah 6. 9 Langkah Pengajaran Gagne
3.3. Aspek-aspek reka bentuk lain
Antara aspek-aspek reka bentuk lain yang perlu diikuti adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti hasil pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan
sikap).
ii. Menyediakan tugasan dan aktiviti secara berturutan dalam membina
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diharapkan.
iii. Memastikan aktiviti pentaksiran sejajar dengan hasil pembelajaran.
iv. Membuat persembahan bahan pembelajaran yang menyokong
kepada pembelajaran aktif.
21
v. Membina pengetahuan berasaskan kepada kemahiran berfikir aras
tinggi dengan memasukkan unsur analisis, sintesis dan penilaian.
vi. Memastikan keseimbangan antara kehadiran pengurus kursus, interaksi
rakan sebaya dan juga cabaran kognitif.
vii. Menjajarkan aktiviti kepada hasil pembelajaran untuk setiap topik
termasuk pengetahuan, kemahiran dan sikap.
vi. Memastikan Unit Pengenalan membolehkan pelajar mengetahui
tentang jangkaan hasil pembelajaran untuk setiap topik.
vii. Menyediakan pemetaan untuk aktiviti mingguan kepada pelajar.
3.4 Kurikulum Kursus
Aspek utama pembangunan kurikulum kursus melibatkan pemetaan CLO dan TLO
dengan kandungan, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran. Pemetaan ini
membolehkan kesemua kandungan, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran yang
disediakan dijajar dengan TLO dan seterusnya CLO. Penjajaran yang baik
membolehkan pelajar memperoleh TLO dan CLO yang diharapkan.
3.4.1 Pemetaan CLO/TLO/Kandungan/Aktiviti/Pentaksiran
Course Learning Outcome (CLO)
i. Setiap kursus perlu mempunyai CLO.
ii. Bagi satu kursus, ia perlu mengandungi antara 3 hingga 7 CLO.
iii. Setiap CLO pula dianggarkan boleh diselesaikan dalam tempoh 2
minggu.
Topic Learning Outcome (TLO)
i. Setiap kursus perlu mempunyai antara 6 -14 minggu pengajaran.
ii. Setiap CLO perlu mempunyai 2 hingga 4 topik pengajaran.
iii. Setiap topik pula perlu mempunyai hasil pembelajaran topik (TLO) yang
tersendiri.
Pengiraan Tempoh Pelaksanaan kursus MOOC Malaysia
i. Tempoh pelaksanaan sesuatu kursus MOOC Malaysia bergantung pada
jumlah CLOnya.
ii. Sesuatu kursus MOOC mempunyai purata minimum 3 CLO dan purata
maksimum 7 CLO.
22
iii. Oleh kerana satu CLO boleh diselesaikan purata dalam masa 2 minggu,
maka tempoh minimum dan maksimum sesuatu kursus MOOC Malaysia
adalah seperti berikut:
Minimum : 6 minggu (3 CLO x 2 minggu)
Maksimum : 14 minggu (7 CLO x 2 minggu)
iv. Daripada kajian benchmarking Coursera, edX, Iversity, Udacity,
FutureLearn dan Udemy yang dilaporkan, setiap kursus dibahagikan
kepada 6-14 topik dan setiap topik boleh diselesaikan dalam 1 minggu.
Ini bermakna 1 kursus MOOC mempunyai tempoh pengajaran antara 6-
14 minggu sama seperti pengiraan di atas.
Pemetaan dan Penjajaran Konstruktif
i. Setiap topik TLO perlu dijajar dengan CLO.
ii. Setiap TLO perlu mengandungi kandungan, aktiviti pembelajaran dan
pentaksiran.
iii. Jadual 2 menunjukkan templat reka bentuk intruksi dan penjajaran
antara CLO, topik, TLO, kandungan, aktivti pembelajaran dan
pentaksiran.
Jadual 2. Templat Reka Bentuk Instruksi
Contoh Reka bentuk Instruksi untuk Minggu 1 (Topik 1)
Minggu 1 – Topik 1
Hasil Pembelajaran Topik (TLO):
(Kemahiran berfikir aras tinggi yang mengandungi :
• Understand …
• Appreciate…
• Analyse…)
Kandungan Minggu 1 Aktiviti Minggu 1 Pentaksiran Minggu 1
Video 1.1
Video 1.2
Further Readings
Discussion (Forum Board)
Homework
Assignments
Observation
Reflective Journal
Wiki
Personal Research
Multiple Choice
Quiz
Interactive Quizzes
Peer Assessment
23
Minggu 2 – Topik 2
Hasil Pembelajaran Topik (TLO)
(Kemahiran berfikir aras tinggi yang mengandungi :
• Understand …
• Appreciate…
• Analyse…)
Kandungan Minggu 2 Aktiviti Minggu 2 Pentaksiran Minggu 2
Video 2.1
Video 2.2
Quiz
Readings
Discussion (Forum Board)
Homework
Assignments
Observation
Reflective Journal
Wiki
Personal Research
Multiple Choice
Quiz
Interactive Quizzes
Peer Assessment
iv. Setiap Subject Matter Expert (SME) dan Pengurus MOOC diminta untuk
mengisi borang matriks pemetaan seperti di Lampiran II.
3.5 Peranan Ahli Pasukan Pembangun MOOC
i. Setiap IPT perlu mewujudkan satu kumpulan pembangun MOOC yang
terdiri daripada pelbagai kepakaran seperti pakar bidang, pereka grafik,
krew rakaman video, penyunting, pereka bentuk dan lain-lain. Dalam hal
ini, ketua pasukan pembangun MOOC perlu memilih ahli kumpulan yang
berkemahiran yang boleh menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.
ii. Ketua pasukan pembangun MOOC perlu memberi taklimat sebelum
bermulanya proses pembangunan supaya setiap ahli kumpulan
mengetahui peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan.
iii. Sekiranya perlu, latihan hendaklah diberikan kepada ahli kumpulan
supaya mereka mempunyai kemahiran yang bersesuaian.
iv. Ketua pasukan pembangun MOOC perlu mengadakan mesyuarat
secara berkala untuk memastikan semua aktiviti pembangunan berjalan
dengan lancar dan mengikut garis masa (timeline) yang telah
ditetapkan.
24
v. Ketua pasukan pembangun MOOC juga perlu memastikan semua kos
pembangunan yang terlibat mematuhi perancangan kewangan yang
telah ditetapkan.
vi. Senarai pasukan pembangun MOOC dan peranan mereka adalah
seperti Lampiran III.
3.6 Pembangunan Bahan Kursus
Bahan kursus utama bagi MOOC ialah video. Bagaimanapun, bahan-bahan lain
seperti podcast, wiki, kandungan berinteraktif dan lain-lain juga boleh digunakan
sebagai bahan sokongan kepada bahan utama ini.
a) Video
Video merupakan bahan pembelajaran utama dalam MOOC (70%). Video
boleh dikategorikan kepada dua kelompok:
i. Video asli/pembangunan sendiri.
ii. Video guna semula/pautan daripada video sedia ada.
Video asli yang dihasilkan dan dibangunkan sendiri boleh terdiri daripada
pelbagai jenis seperti berikut:
i. Rakaman pengajaran dalam bilik darjah/kuliah.
ii. Temuduga dengan pakar.
iii. Kerja lapangan.
iv. Animasi untuk konsep-konsep yang kompleks.
v. Persembahan slid dengan video dan narasi penyampai.
Pertimbangan perlu diberikan kepada proses pasca rakaman. Proses ini
lazimnya memakan masa yang lama dan boleh menjejaskan garis masa
pembangunan.
b) Kandungan video
i. Kandungan video perlu dijajarkan kepada TLO.
ii. Kandungan perlu mempunyai kombinasi pelbagai video yang terdiri
daripada penyampaian oleh pakar, **temu bual, main peranan, kerja
lapangan, perbincangan dan lain-lain.
iii. Kandungan video mengandungi hanya bahan-bahan penting
pengajaran sahaja.
25
iv. Contoh jenis kandungan video untuk sesuatu topik (MOOC: Design &
Development Process Guidelines, University of Toronto, 2013) ditunjukkan
di Jadual 3.
Jadual 3. Contoh kombinasi pelbagai jenis video
Pengenalan
kepada
tema/Topik
(rakaman video
penyampai)
ppt dengan
narasi + anotasi
Rakaman
lapangan
Pautan
ke
YouTube
Temu bual Rumusan
Untuk menarik
perhatian
Memberikan
sedikit
pengetahuan
latar belakang
Menaikkan
minat pelajar
Memperkenal-
kan objektif
pembelajaran
Kandungan
yang
menyeluruh
boleh
disampaikan
dalam bentuk
ini
Anotasi boleh
juga
dimasukkan
Klip video
untuk
memperkukuh
-kan lagi
kandungan
yang perlu
disampaikan
juga boleh
masukan
Penyam-
paian
dalam
konteks
yang
berbeza
di
lapangan
Pautan
ke
sumber
video
lain
seperti
YouTube,
Vimeo
dan lain-
lain
Rakaman
temu bual
dengan
seseorang
yang
berpengaru
h dalam
topik yang
dibincang-
kan
Pengurus
merumus
kandunga
n dan
membuat
persediaa
n untuk ke
bahagian
yang
seterusnya
c) Tempoh video
i. Kandungan video perlu dipecahkan kepada segmen-segmen kecil
untuk menarik minat pelajar dan memudahkan mereka mengulang dan
melihat kembali kandungan tersebut.
26
ii. Untuk setiap topik, tempoh setiap video yang dibangunkan (kandungan
asli) adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Dicadangkan
tempoh video dalam sekitar 5 minit.
iii. Pengiraan tempoh kandungan video untuk MOOC yang berlangsung
selama 6 minggu adalah seperti berikut:
6 minggu x 3 jam pengajaran F2F = 18 jam pengajaran F2F
1 jam pengajaran F2F = 10 minit video MOOC
18 jam pengajaran F2F = 180 minit video MOOC
iv. Oleh itu, tempoh minimum video untuk kursus yang berlangsung selama
6 minggu ialah 180 minit. Manakala kursus yang berlangsung selama 12
minggu perlu mengandungi tempoh minimum video selama 360 minit.
v. Kandungan video ini perlu disertakan dengan pelbagai aktiviti
pembelajaran lain seperti perbincangan di papan forum dan juga
pentaksiran untuk menjadikan student learning time (SLT) seperti yang
ditetapkan (1 jam F2F = minimum 10 minit video = 3 jam SLT).
vi. Pengiraan SLT untuk kursus MOOC yang berlangsung selama 6 minggu
adalah seperti berikut:
1 jam pengajaran F2F = 3 jam SLT
6 minggu x 3 jam F2F = 18 jam F2F
18 jam F2F x 3 jam SLT = 54 jam SLT
vii. Oleh itu, untuk kursus yang berlangsung selama 6 minggu, tindakan perlu
diambil untuk memasukkan aktiviti pembelajaran lain supaya pelajar
memenuhi keperluan 54 jam SLT.
viii. Elakkan penggunaan teks yang berlebihan dalam video.
d) Turutan penghasilan video
Contoh turutan penghasilan video adalah seperti berikut:
i. Rakam video menggunakan pelbagai alat rakaman (berasaskan studio,
studio mudah alih seperti i-Studio), berasaskan kuliah menggunakan krew
rakaman, self-recorded video seperti ‘Screenflow, ‘Camtasia’, Swivl dan
lain-lain.
ii. Letakkan raw video ini ke dalam shared folder untuk dikongsi bersama.
27
iii. Edit video untuk memasukkan tajuk, musik atau transisi. Buang semua
unsur yang tidak diperlukan seperti bunyi yang tidak dikehendaki seperti
’ums’, batuk dan lain-lain.
iv. Masukkan transisi antara segmen (jika perlu).
3.7 Kandungan Dalam Bentuk Lain
i. Selain daripada video, digalakkan agar kandungan dibangunkan
menggunakan pelbagai bentuk (30%) seperti:
a. Podcast
b. Powerpoint/Keynote Presentation
c. Interactive Content dan permainan
d. Wiki/Blog
e. Web 2.0 Applications
f. Bahan bacaan tambahan (ppt, doc, pdf, html)
ii. Kepelbagaian bentuk kandungan ini boleh meningkatkan minat pelajar
untuk mengikuti bahan pembelajaran.
3.8 Pembangunan Aktiviti
3.8.1 Perbincangan di Papan Forum
i. Setiap topik perlu menyediakan ruang perbincangan. Ini untuk
membolehkan SLT pelajar untuk kursus tersebut dicapai.
ii. Lazimnya, perbincangan boleh dipecahkan kepada sub-perbincangan
dengan menggunakan papan forum yang berbeza-beza dengan ahli-
ahli dalam kumpulan kecil untuk membincangkan topik.
iii. Untuk itu, kumpulan kecil perlu diwujudkan untuk tujuan perbincangan.
3.8.2 Wiki
i. Setiap topik boleh menggunakan alat wiki untuk menghasilkan
kerja/tugasan untuk satu-satu kumpulan.
3.8.3 Dokumen Kongsi Sama
28
i. Untuk tujuan kerja kumpulan/tugasan, dokumen kongsi sama seperti
google doc juga boleh digunakan.
3.8.4 Bahan Bacaan
i. Setiap topik perlu mempunyai bahan bacaan tambahan.
ii. Bahan bacaan tambahan ini boleh dikaitkan dengan aktiviti
pembelajaran yang disediakan dalam kandungan dan pentaksiran. Ini
untuk memastikan pelajar membaca bahan bacaan tambahan yang
disediakan.
iii. Bahan bacaan tambahan perlu dipilih dengan teliti supaya ia boleh
memberikan pelajar perspektif yang berbeza terhadap topik yang
dibincangkan.
3.9 Pentaksiran
3.9.1 Formatif dan Sumatif
i. Setiap topik perlu mempunyai beberapa pentaksiran formatif dan satu
sumatif di akhir topik.
ii. Pentaksiran formatif adalah sebarang bentuk pentaksiran yang
bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran pelajar
melalui pelbagai aktiviti seperti deeper learning, pemikiran kritis, refleksi
dan lain-lain.
iii. Pentaksiran sumatif pula bertujuan untuk mengukur pencapaian dan
prestasi pelajar untuk sesuatu topik pembelajaran.
iv. Pentaksiran formatif dan sumatif perlu dijajarkan dengan TLO yang telah
ditetapkan dan juga aktiviti pembelajaran dan kaedah pengajaran
yang digunakan.
v. Bentuk pentaksiran formatif dan sumatif (MCQ, tugasan dan lain-lain)
yang dibangunkan perlu sesuai dengan bilangan pelajar yang ramai.
3.9.2 Pentaksiran rakan sebaya
i. Apabila MOOC telah sedia untuk diakreditasi, pentaksiran dalam bentuk
tugasan perlu disediakan.
ii. Penilaian tugasan ini boleh dilakukan dalam bentuk pentaksiran rakan
sebaya (peer assessment).
29
iii. Untuk itu, rubrik permarkahan yang jelas dengan atribut tertentu perlu
disediakan dan perlu mengambil kira setiap langkah untuk menilai hasil
kerja pelajar.
iv. Rubrik yang digunakan untuk permarkahan perlu melalui kesahan
konstruk.
vi. Di samping tugasan, pentaksiran rakan sebaya juga boleh digunakan
untuk karangan dan kerja berkumpulan.
3.9.3 Jenis Pentaksiran
a) Soalan Pelbagai Pilihan (MCQ)
i. Pada peringkat awal MOOC Malaysia, pentaksiran sumatif adalah
dalam bentuk MCQ dengan maklum balas dan skor pencapaian dan
dilakukan sendiri oleh pelajar apabila selesai mengikuti sesuatu topik
pembelajaran.
ii. Lazimnya, minimum 10 soalan MCQ perlu disediakan untuk pentaksiran
sumatif bagi sesuatu topik.
iii. Pastikan MCQ boleh dicuba beberapa kali oleh pelajar untuk
memastikan mereka memperoleh pengukuhan kemahiran
pembelajaran.
iv. Pastikan juga setiap MCQ mempunyai maklum balas untuk
membolehkan pelajar mengetahui kesilapan mereka.
iv. MCQ dalam video boleh juga digunakan untuk pengukuhan.
Bagaimanapun, pastikan pelajar boleh meneruskan video walaupun
jawapan yang diberi tidak tepat.
3.9.4 Pengredan dan Laporan
i. Penggredan sesuatu kursus perlu dilaksanakan untuk membolehkan
pelajar mengetahui tahap pencapaian mereka.
ii. Setiap penggredan perlu dilaksanakan dengan telus supaya pelajar
mengetahui bagaimana mereka memperolehi sesuatu gred.
iii. Gred yang diperolehi pelajar perlu dimaklumkan kepada mereka.
v. Lazimnya, gred lulus atau gagal diberikan kepada pelajar.
3.10 Jaminan Kualiti
30
i. Kualiti setiap kursus merupakan tanggungjawab IPT masing-masing.
ii. Untuk itu, setiap kursus perlu melalui proses jaminan kualiti yang teliti dan
rapi.
iii. Setiap IPT perlu melantik satu Jawatankuasa Jaminan Kualiti untuk setiap
kursus yang dibangunkan.
iv. Jaminan kualiti di peringkat IPT perlu mengikuti dokumen senarai semak
dan rubrik jaminan kualiti seperti di Lampiran IV.
3.10.1 Garis Masa (Timeline)
i. Lazimnya, tempoh pembangunan sesuatu MOOC mengambil masa
lebih kurang 12 bulan.
ii. Di peringkat IPT, garis masa pembangunan perlu juga diwujudkan. Garis
masa merangkumi pelbagai aktiviti pembangunan. Tempoh masa
pembangunan yang lazim adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4.
Jadual 4. Garis Masa Pembangunan
Bil. Aktiviti Tempoh masa
(bulan)
1 Kenal pasti topik/objektif kursus/silibus/hasil
pembelajaran kursus/pengetahuan
prasyarat /format kursus
1 bulan
2 Penyediaan bahan pembelajaran
(chunking ke dalam tajuk-tajuk tertentu) 1 bulan
3 Skrip dan storyboard 1 bulan
4 Pembangunan video & bahan pembelajaran 3 bulan
5 Penyuntingan video & bahan pembelajaran 2 bulan
6 Pembangunan aktiviti 0.5 bulan
7 Pembangunan pentaksiran 1 bulan
8 Penilaian 1 bulan
9 Muat naik bahan ke dalam platform 0.5 bulan
10 Uji lari 0.5 bulan
11 Penambahbaikan 0.5 bulan
31
12 Penawaran/Pelancaran
Jumlah 12 bulan
3.10.2 Ujian Rintis (Pilot Test)
i. Apabila MOOC telah dimuat naik, percubaan rintis perlu dilaksanakan
untuk memastikan bahawa tiada sebarang kelemahan apabila MOOC
tersebut ditawarkan.
ii. Semasa ujian rintis dijalankan, soal selidik yang bersesuaian perlu
dibangunkan untuk mengenal pasti kelemahan dalam penawaran
MOOC.
iii. Sebarang kelemahan yang diperolehi daripada ujian rintis perlu
diperbaiki.
3.11 Hak cipta
i. Isu hak cipta selalunya berbangkit dalam dua konteks:
a. Kebenaran untuk menggunakan bahan sedia ada (video, gambar,
ppt, teks dan lain-lain).
b. Hak milik bahan asli yang dibangunkan.
ii. Setiap kandungan yang digunakan dan mempunyai hak cipta perlu
mematuhi garis panduan hak cipta.
iii. Garis panduan hakcipta adalah seperti di Lampiran V.
3.12 Pengiktirafan (Persetaraan Pembangunan e-Kandungan dan
Penerbitan)
i. Pembangunan e-kandungan untuk MOOC boleh dipertimbangkan
untuk diiktiraf supaya setara dengan penerbitan untuk tujuan kenaikan
pangkat kakitangan akademik.
32
ii. Untuk tujuan persetaraan ini, kertas kerja “Cadangan Bahan e-
Kandungan sebagai Satu Bentuk Penerbitan yang Baharu” boleh
digunakan (Lampiran VI).
iii. Dokumen ini telah diperhalusi dan diluluskan dalam Mesyuarat MEIPTA ke-
22 bil. 3/2014 di UiTM Dungun, Terengganu boleh digunakan dan tertakluk
kepada kelulusan IPT masing-masing.
34
4. AMALAN PENYAMPAIAN
Penggunaan kandungan MOOC yang telah dibangunkan dalam sesuatu kursus
memerlukan pendekatan kaedah penyampaian yang sesuai yang meliputi
Pengumuman Penawaran Kursus, Strategi Pengajaran, Kolaborasi Bersama Rakan
Sekursus, Pewujudan Komuniti Pelajar, Pengumuman Pencapaian Kursus, Penawaran
Semula Kursus dan Garis Panduan Pelajar.
4.1 Pengumuman
i. Pengumuman adalah saluran komunikasi yang penting antara instruktor
dengan pelajar.
ii. Pengumuman yang pertama lazimnya mengalu-alukan pelajar ke kursus
dan memberi arahan bagaimana untuk mengikuti kursus ini dengan
jayanya.
iii. Pengumuman perlu dibuat untuk memaklumkan kepada pelajar tentang
bermulanya topik baru dan mengulas semula apa yang dipelajari dalam
topik sebelum ini.
iv. Pengumuman juga digunakan untuk memaklumkan tarikh tamat
penghantaran tugasan dan mengemas kini maklumat kursus mengikut
keperluan.
4.2 Strategi Pelaksanaan Pengajaran
i. Terdapat tiga kategori kursus MOOC yang dibangunkan iaitu :
a) Kursus Sepunya
b) Kursus Tujahan (Nic)
c) Kursus Sepanjang Hayat/Kemahiran
ii. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan
berdasarkan kepada tiga (3) kategori kursus tersebut. Antara strategi
pengajaran yang menggunakan MOOC adalah seperti berikut:
35
4.2.1 Pembelajaran Teradun (untuk kursus sepunya)
i. Pembelajaran teradun boleh digunakan bagi kursus sepunya sebagai
bahan pembelajaran mengikut kreativiti instruktor dan keperluan
universiti.
ii. Pembelajaran teradun menggabungkan penyampaian atas talian
dengan penyampaian tradisional bersemuka.
iii. Garis Panduan Pelaksanaan e-Pembelajaran yang telah diedarkan ke
setiap UA boleh diguna pakai untuk membantu instruktor melaksanakan
pembelajaran teradun masing-masing.
4.2.2 Atas Talian Sepenuhnya (untuk kursus nic dan sepanjang hayat/kemahiran)
i. Penyampaian atas talian sepenuhnya adalah untuk kursus dalam
kategori:
a) Kursus Tujahan (Nic)
b) Kursus Sepanjang Hayat/Kemahiran
ii. Instruktor perlu mengambil kira bahawa terdapat juga pelajar
antarabangsa yang berlainan keperluan mengikuti kursus ini dan aktiviti
pembelajaran seboleh mungkin mengambil kira latar belakang yang
berbeza.
iii. Dalam strategi ini, konsep pembelajaran kendiri dan fleksibel boleh
diaplikasi.
iv. Instruktor perlu memantau dan mengingatkan kepada pelajar melalui
Pengumuman mengenai aktiviti dan tugasan yang perlu diselesaikan.
v. Instruktor perlu mengingatkan pelajar supaya peka dengan kandungan
MOOC yang telah dimuat naik dan melaksanakan kesemua aktiviti dan
tugasan yang diarahkan.
4.2.3 Strategi Pengajaran Lain
Kandungan MOOC boleh juga digunakan bersama strategi pembelajaran
dan pengajaran lain seperti Flipped Learning, Pembelajaran Berasaskan
Projek, Pembelajaran Berasaskan Bukti, Pembelajaran Berasaskan Masalah,
dan Pembelajaran Kooperatif bergantung kepada kreativiti seseorang
instruktor.
36
4.3 Kolaborasi Rakan Sekursus
i. Moderator perlu memainkan peranan untuk mewujudkan komuniti
pelajar dalam MOOC masing-masing di mana pelajar perlu berhubung
secara berkesan dengan pelajar lain serta instruktor dan juga mengakses
bahan pembelajaran secara aktif.
ii. Kolaborasi rakan sekursus perlu dimulakan oleh moderator dan
seterusnya moderator perlu memainkan peranan untuk melibatkan
seramai pelajar yang mungkin dalam kolaborasi tersebut.
iii. Untuk memulakan perbincangan, moderator boleh, sebagai contoh,
mengambil bahan pembelajaran tambahan dan memaparkannya di
papan forum. Seterusnya moderator boleh memulakan perbincangan
dan meminta penglibatan daripada pelajar lain.
iv. Di samping itu, kolaborasi rakan sekursus juga boleh dimulakan menerusi
case study, permasalahan dan soalan yang berkait dengan hasil
pembelajaran untuk membolehkan rakan sekursus berkongsi ide,
pendapat dan berbincang serta berbahas.
v. Moderator perlu memberi komen kepada posting pelajar terlebih dahulu
sebelum rantaian dan kedalaman kolaborasi rakan sekursus boleh
berlaku.
vi. Moderator perlu menggalakkan pelajar untuk berkongsi pengalaman
mereka dan berkongsi bahan pembelajaran selain daripada bahan
yang telah diberikan.
4.4 Kewujudan Komuniti Pelajar
i. Forum adalah satu pelantar yang boleh digunakan untuk mewujudkan
komuniti pelajar di peringkat global.
ii. Justeru, peranan moderator adalah penting untuk mengurus forum
dengan melaksanakan moderasi yang bersesuaian supaya komuniti
pelajar yang aktif dapat diwujudkan.
iii. Untuk mewujudkan komuniti pelajar yang aktif, kolaborasi/ perbincangan
perlu distruktur dengan baik agar masa perbincangan pelajar dan juga
moderator dapat dioptimumkan.
iv. Komuniti pelajar adalah penting kerana kebanyakan proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku dalam komuniti ini dan dalam masa yang
sama, mewujudkan hubungan antara pelajar dengan pelajar dan
37
pelajar dengan pensyarah dan rasa kepunyaan pelajar dengan
universiti.
v. Penggunaan aplikasi Web 2.0 yang lain seperti Twitter dan Facebook
boleh digunakan bersama-sama dengan pelantar MOOC supaya
komuniti pelajar terus berkekalan apabila kursus tamat.
4.5 Moderasi Forum
i. Instruktor/Moderator kursus perlu menyedari bahawa proses moderasi
forum adalah tugas yang amat penting.
ii. Forum boleh dipecahkan kepada sub-forum untuk membolehkan forum
diurus dengan baik dengan topik tersendiri mengikut minggu.
iii. Moderator forum perlu memperkenalkan diri masing-masing.
iv Bantuan tambahan adalah perlu untuk melaksanakan moderasi forum.
Bantuan lazimnya boleh diperolehi daripada pelajar siswazah, pembantu
penyelidik dan lain-lain.
v. Pengumuman setiap minggu perlu dilakukan untuk menggalakkan
pelajar melibatkan diri dalam membincangkan sesuatu topik utama di
dalam papan forum.
vi. Moderator perlu memoderasi forum dengan sebaik mungkin. Pelajar
tidak membaca semua posting tetapi yang lebih penting adalah untuk
memberikan maklum balas yang memuaskan. Maklum balas diberi
supaya pelajar merasakan keterlibatan mereka dan memperoleh
pengetahuan baru.
4.6 Penggredan
i. Lazimnya tidak ada gred rasmi (A+, A, A-, dll) diberikan kepada pelajar.
Sebaliknya, hanya gred diberikan dalam bentuk ‘lulus’ dan ‘gagal’
sahaja.
ii. Proses penggredan dan tatacara pengiraan perlu dimaklumkan kepada
pelajar.
iii. Pelajar perlu mematuhi semua arahan tugasan bagi setiap topik untuk
mendapat gred LULUS.
iv. Skema penggredan perlu ditentukan oleh jawatankuasa IPT yang
menawarkan kursus tersebut (kursus sepunya) dan jawatankuasa di
peringkat IPT masing-masing (kursus nic dan kursus sepanjang hayat).
38
4.7 Pengumuman Pencapaian Penamatan Kursus
i. Pengumuman pencapaian kursus perlu dimaklumkan kepada pelajar
sebaik sahaja kursus tamat.
ii. Pelajar yang lulus boleh diberikan sijil digital penamatan kursus.
4.8 Penawaran Semula Kursus
i. Pengumuman penawaran semula kursus perlu dibuat seawal mungkin
sebelum kursus tamat.
ii. Ini untuk membolehkan pelajar yang tercicir daripada kursus tersebut
mendaftar kembali.
iii. Mereka yang telah berjaya menamatkan kursus boleh juga dilantik
sebagai moderator untuk membantu mewujudkan komuniti pelajar
apabila kursus ditawarkan semula.
4.9 Garis Panduan Pelajar
i. Garis panduan pelajar bertujuan menyampaikan tata cara proses
pengajaran dan pembelajaran sesuatu kursus secara beretika.
ii. Pelajar perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
iii. Garis panduan ini juga bertujuan untuk memudahkan seseorang
instruktor menguruskan kursus dan memastikan hasil pembelajaran kursus
tercapai.
40
5.1 Pengenalan
i. Terdapat dua mekanisme pemindahan kredit. Mekanisme ini bergantung
kepada kelompok kursus.
ii. Mekanisme pertama ialah pemindahan kredit antara IPT Malaysia untuk
kursus umum (sepunya). Ini bermakna sesuatu MOOC yang ditawarkan
oleh satu IPT Malaysia boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit
ke IPT yang lain.
iii. Mekanisme kedua ialah pemindahan kredit untuk kursus-kursus MOOC
yang lain (kursus tujahan, kursus sepanjang hayat/kemahiran) dan juga
kursus-kursus yang diambil daripada platform MOOC antarabangsa yang
lain seperti Coursera, edX, Iversity dan lain-lain.
5.2 Mekanisme I : Pemindahan kredit antara UA Malaysia
5.2.1 Jenis kursus
i. Jenis kursus yang boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit
adalah kursus umum yang mempunyai kurikulum yang seragam untuk
kesemua IPT Malaysia.
ii. Contoh kursus umum adalah seperti kursus TITAS, Hubungan Etnik,
Keusahawanan dan Literasi ICT.
iii. Kursus-kursus yang sebegini boleh ditawarkan oleh sebuah IPT sahaja dan
diambil oleh pelajar-pelajar daripada IPT lain.
5.2.2 Pelajar
i. Hanya pelajar yang berdaftar dengan IPT sahaja yang boleh
dipertimbangkan untuk pemindahan kredit bagi kursus umum yang telah
diambil.
ii. Pelajar yang mendaftar ini telah melepasi kelayakan kemasukan ke IPT.
iii. Pelajar bukan IPT yang mengambil kursus ini tidak boleh dipertimbangkan
untuk pemindahan kredit. Pemindahan kredit untuk pelajar ini perlu
menggunakan mekanisme II (seksyen 5.3).
41
5.2.3 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
i. Hasil pembelajaran kursus (CLO) untuk MOOC mestilah sama dengan
hasil pembelajaran kursus yang ditawarkan bagi kursus sepenuh masa.
ii. Perbezaan antara MOOC dengan kursus sepenuh masa hanyalah pada
proses penyampaian. CLO dan SLT untuk kedua-duanya mestilah sama
dan pelajar akan memperoleh pengetahuan, kemahiran praktikal, nilai
dan sikap profesionalisme yang diharapkan daripada kursus ini.
5.2.4 Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian
i. Reka bentuk kurikulum untuk MOOC mestilah sama dengan reka bentuk
kurikulum kursus sepenuh masa.
ii. Proses penyampaian melalui MOOC dengan penyampaian penuh masa
adalah berbeza tetapi CLO dan SLT untuk kedua-duanya adalah sama.
iii. Instruktor MOOC mestilah yang berkebolehan untuk memastikan
bahawa kesemua pelajar yang mengikuti MOOC memperoleh CLO
yang ditetapkan.
5.2.5 Pentaksiran
i. Pentaksiran yang digunakan untuk MOOC mestilah sama dengan
pentaksiran yang lazimnya diguna pakai untuk kursus sepenuh masa.
ii. Pentaksiran sumatif mestilah menilai bahawa pelajar boleh
mempamerkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang
diharapkan daripada kursus tersebut.
5.2.6 Kelulusan pemindahan kredit
i. Kelulusan pemindahan kredit untuk kursus umum ini tertakluk kepada
kelulusan SENAT IPT masing-masing.
5.3 Mekanisme II : Pemindahan kredit untuk MOOC daripada platform
antarabangsa
42
i. Pemindahan kredit untuk MOOC yang diambil daripada platform
antarabangsa mesti mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh
MQA.
ii. MQA akan mengeluarkan garis panduan yang melibatkan pemindahan
kredit untuk orang ramai (mengikut tatacara APEL) yang telah lulus
mengikuti MOOC menerusi platform antarabangsa dan ingin
memindahkan kreditnya ke IPT.
iii. Bagaimanapun mekanisme kedua ini tertakluk kepada kelulusan IPT dan
agensi lain yang berkaitan.
44
Pembelajaran atas talian
Suatu pembelajaran di mana 90-100% kandungan kursus disediakan atas talian dan
penyampaiannya sama ada secara segerak atau tak segerak.
Reka bentuk pengajaran
Satu pelan yang memandu proses instruksi mengikut satu rancangan yang sistematik
berasaskan prinsip yang tertentu.
Flipped Learning
Situasi di mana pembelajaran suatu kandungan disediakan kepada pelajar secara atas talian
sebelum sesuatu kelas/kuliah bermula. Dalam kelas/kuliah sebenar aktiviti pembelajaran
memfokus kepada aktiviti pemikiran aras tinggi dan tidak kepada instruksi secara terus.
Instruktor
Individu yang bertanggung jawab menyampaikan kursus tersebut.
Moderator
Individu yang membantu instruktor dalam memoderasi forum.
Landing Page
Laman utama sesuatu kursus yang memberi maklumat secara ringkas tentang kursus
tersebut dan maklumat lain yang berkaitan seperti sinopsis, hasil pembelajaran, tatacara
pengajaran dan juga maklumat instruktor.
Content page
Laman kandungan sesuatu kursus yang memberi maklumat secara ringkas tentang kursus
tersebut termasuk kesemua topik, subtopik, pentaksiran dan aktiviti yang berkaitan.
Course Learning Outcome
Hasil pembelajaran untuk sesuatu kursus. Di akhir kursus pelajar seharusnya memperoleh
pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti mana yang ditetapkan oleh CLO.
Topic Learning Outcome
Hasil pembelajaran untuk sesuatu topik. Di akhir kursus pelajar seharusnya memperoleh
pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti mana yang ditetapkan oleh TLO.