Globalisasi : Cabaran dan Implikasinya Dalam Pendidikan Serta Cara Menanganinya
Cabaran Globalisasi Kpd Masyarakat Akhir Zaman
Transcript of Cabaran Globalisasi Kpd Masyarakat Akhir Zaman
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 1
PENGENALAN
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa
dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia
akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu
terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai
perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.
Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang
lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan
yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya
menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika
dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun
kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu
globalisasi iaitu ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada
agenda globalisasi.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau
sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek
kehidupan sesebuah masyarakat. Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi
ekonomi. Di samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan
globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 2
globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan
peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan
berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol
harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak
dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah
suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum
istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang
yang melanda dunia. Lodge, 1993 mendefinisikan globalisasi sebagai:
"... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated
by technology, which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be
harmful to the environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave
globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek
greater involvement from the global community”.
1.0 AKIDAH REMAJA
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 3
Umat manusia di akhir zaman ini sering berhadapan dengan pelbagai bentuk krisis ekonomi,
alam sekitar, keluarga, dan sebagainya namun, ia bukanlah sehebat krisis yang dihadapi oleh diri
manusia itu sendiri yang mana ia mampu menghancurkan seluruh kehidupannya baik didunia
mahupun diakhirat kelak. Jika kita lihat dalam setiap lapangan kehidupan umat Islam seharian
pada zaman yang serba canggih dan moden ini, terdapat pelbagai jenis penyelewengan akidah
yang berlaku tidak kira dimana sahaja sama ada secara sengaja mahupun tidak disedari. Krisis
yang dimaksudkan itu ialah penyelewengan akidah. Istilah penyelewengan akidah menurut
Yusuf al-Qaradawi, Dr. (1992) merujuk kepada seseorang Muslim yang terkeluar daripada corak
akidah Islam yang sebenar atau mula menjauhkan diri daripada pegangan akidah yang sahih.
Seseorang Muslim itu boleh dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam apabila dia melanggar
perintah dan larangan Allah s.w.t. serta sunnah Rasulullah s.a.w (Dr.Engku Ahmad Zaki Engku
Alwi, 2008).
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam riwayat Imam Malik : “Aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh
kepada keduanya, iaitu ajaran al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w.
1.1 Kesan Negatif Globalisasi
1.1.0 Gejala membuka aurat
• Dalam Islam telah menggariskan cara berpakaian yang dibenarkan oleh agama bagi lelaki
iaitu diantara pusat hingga lutut dan perempuan pula ialah seluruh anggotanya kecuali
muka dan kedua tangan hingga pergelangan tangan (http://www.ukhwah.com/print.php?
sid=603).
Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nur:31 menyatakan: “Dan janganlah perempuan-
perempuan itu menunjukkan perhiasan kecuali yang zahir daripadanya”.
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 4
Keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku dalam kalangan umat Islam khususnya
adalah merupakan sebahagian agenda jahat musuh-musuh Islam yang sengaja ingin
menjatuhkan imej masyarakat Islam dunia sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Mereka
datangkan cara pemakaian barat yang sesat lagi menyesatkan melalui proses globalisasi,
jaringan tanpa sempadan. Sesungguhnya Islam mempunyai sejarah yang tersendiri dengan
musuh-musuhnya yang tidak pernah leka dan sentiasa merancang untuk menghancurkan
Islam dari muka bumi ini.
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-baqarah:120: “Orang yahudi dan nasrani tidak
sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau
menurut agama mereka yang telah terpesong itu”.
Kini, kita dapat melihat fenomena yang berlaku keatas masyarakat Islam dari sudut
budaya dan tingkah lakunya telah membuktikan bahawa strategi yang dirancang oleh
musuh-musuh Islam beratus tahun lalu telah mencapai matlamatnya. Keadaan ini telah
memberi kesan yang mendalam keatas pemikiran dan pembawaan umat Islam masa kini.
1.1.1Tidak lagi menjadikan al-Quran sebagai asas panduan didalam kehidupan seharian baik
dalam urusan bermasyarakat mahupun urusan-urusan lain
• Tulisan dan bacaan al-Quran sahaja dimuliakan sedangkan sebahagian hukum-hakam
yang terkandung didalamnya kurang diberi perhatian. Lebih malang lagi apabila didapati
ramai umat Islam tidak tahu membaca al-Quran bahkan ada juga dalam kalangan mereka
yang langsung tidak mengenali huruh-huruf dan isi kandungan al-Quran. Media-media
massa dari barat menyebabkan manusia khayal dan lalai untuk memikirkan tentang Islam.
Firman Allah s.w.t. didalam surah Al-Furqan:30: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya
kaumku telah menjadikan al-Quran ini suatu yang ditinggalkan (tidak diamalkan)”.
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 5
1.1.1Umat islam memandang enteng pada ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
• Sebahagiannya tidak lagi membudayakan ajaran dan sunnah Rasulullah didalam
kehidupan seharian. Perkara ini amat jelas kita dapati kini, apabila budaya hidup
sebahagian masyarakat Islam sudah tiada perbezaan langsung dengan budaya masyarakat
bukan Islam. Malah, mereka membanggakan pula atas perkara-perkara sombong yang
jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Inilah dua asas penting yang sepatutnya
menjadi pegangan dan panduan kepada seluruh umat Islam dimana jua mereka berada,
sama ada didalam lingkungan masyarakat Islam mahupun bukan Islam.
Oleh itu, diakhir zaman ini kita sepatutnya hanya memegang satu ajaran asal iaitu Islam
kerana Islam sahajalah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Untuk mencapai keluarga Islam
yang bahagia ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi
anaknya dengan cara memberikannya ilmu agama Islam yang secukupnya, mendidik anak-anak
dengan didikan Islam, berakhlak dengan akhlak Islam dan sebagainya.
Firman Allah yang bermaksud : Dan sesiapa yang mencari agama (cara hidup) selain daripada
Islam, maka tidak akan diterima (oleh Allah). Dan pada hari akhirat jadilah ia di kalangan
orang yang rugi.
2.0 KOMUNIKASI MASSA
Pada era globalisasi ini, media massa semakin berkembang dan menjadi sesuatu yang sangat
penting. Media massa merangkumi media percetakan dan media penyiaran atau elektronik.,
Televisyen, radio dan video merupakan media penyiaran yang sangat popular dalam kalangan
masyarakat kerana keistimewaan media yang melibatkan kesan suara, pergerakan, warna dan
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 6
visual. Masyarakat pula mudah menerimanya kerana aksi yang kelihatan benar-benar hidup dan
nyata. Berbanding dengan percetakan seperti akhbar, buku dan majalah yang memerlukan lebih
tumpuan daripada pembaca untuk memahami mesejnya. Walaupun kedua-dua media percetakan
dan penyiaran mempunyai fungsi yang sama iaitu memberi maklumat, tetapi kesan penerimaan
masyarakat terhadap media penyiaran lebih mudah dan meluas berbanding percetakan (Zainon
Md. Hadzir. 1993. hlm.6).
Media pada hakikatnya adalah alat atau perkakasan yang membawa manfaat besar
kepada manusia. Sebagai alat, ia bergantung kepada nilai fungsi yang membawa kesan kepada
pengguna. Dalam konteks Islam, alat tidak semestinya membawa maksud kepada matlamat. Alat
yang baik dan berguna berserta perisian, program dan maklumat yang baik boleh mendukung
matlamat. Sebagai contoh, perisisan dalam komputer dan program yang terpancar pada kaca
televisyen dilihat amat penting kerana perisian dan program memberi kesan terhadap
pembentukan minda manusia dan akal budinya, malah pengaruh terhadap tingkah lakunya (Sidek
Baba dan Prof. Dr, 2004. hlm.7).
2.1 Kesan Negatif
2.1.0 Penyanjungan budaya dan pengaruh Barat
• Jika masyarakat mempunyai harapan untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman
dan beramal soleh seperti matlamat Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah
dalam semua peringkat dan juga Institusi Pengajian Tinggi, maka semua institusi
masyarakat perlulah dikerah dan digembleng ke arah itu. Media massa baik akhbar mahu
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 7
pun televisyen, umpamanya lebih menyanjung budaya rock dan sering menayangkan
program hiburan dari Amerika yang bukan sahaja tidak ada kena mengena dengan budaya
Malaysia malah mendorong keruntuhan moral pula. Maka kurikulum pendidikan Islam
tidak akan dapat membantu membentuk insan Muslim yang diidamkan (Anwar Zainal
Abidin, 1993. hlm.194)
• Dewasa ini, masyarakat Islam menyaksikan lambakan bahan-bahan percetakan dan
penyiaran sama ada secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan yang kesemuanya
memuatkan pelbagai isu dan persoalan kehidupan manusia sejagat seperti persoalan
kekeluargaan, pendidikan, politik, ekonomi, kemanusiaan, kepenggunaan dan sebgainya.
Lambakan bahan-bahan tersebut bukan hanya dihasilkan oleh masyarakat tempatan,
malah dilimpahi kepesatan bahan-bahan media asing yang mempromosikan pengaruh-
pengaruh budaya Barat yang akhirnya mendominasi setiap aspek kehidupan seseorang
Muslim.
• Sebelum ini kolonialisme merupakan pembantu utama penyebaran sekularisme edisi
lama, maka kecanggihan dan kehebatan teknologi maklumat dan komputer serta
teknologi telekomunikasi dan satelit yang berjaya merubah dunia bagaikan sebuah
kampung global yang membantu penyebaran fahaman sekularisme pada masa kini.
Televisyen, komputer, internet, lebuh raya maklumat, cakera parabola dan langit terbuka
merupakan antara pekakasan dan peralatan canggih yang menjadi penyalur aliran
pascamodenisme masa kini untuk melahirkan pula satu bentuk kolonialisme edisi baru
(Rahmah Hashim, 1995. hlm.6).
• Generasi muda kini mudah diresapi gejala-gejala kurang sihat yang ditiru bukan daripada
ajaran agama, tetapi daripada budaya Barat yang dibawa ke negara kita. Mereka lebih
menyenangi budaya pop rock, rap dan lebih mengenali penghibur-penghibur mereka
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 8
daripada para sahabat Rasulullah s.a.w dan tokoh ulama Islam. Siaran televisyen yang
berunsurkan hiburan hanyalah berfungsi untuk hiburan semata-mata dan tidak banyak
membantu memperkembangkan daya fikir generasi muda. Apabila gejala ini berlaku,
generasi muda akan mudah terpupus daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka
sendiri.
2.1.1 Generasi lalai
• Kesan yang paling hebat dalam diri generasi muda hari ini ialah mereka hilang keyakinan
pada diri sendiri. Kesan ini tercermin dalam perlakuan mereka yang terikut-ikut dengan
fesyen dan ragam watak-watak yang dipuja-puja baik
dari segi corak pakaian, fesyen rambut mahupun tingkah
laku. Dari segi personaliti pula, golongan muda ini boleh
dianggap sebagai tidak memiliki peribadi sebenar kerana
sebahagian daripada diri mereka adalah imitasi dan imej
orang lain (Andriaty Ismail, 1999. hlm.113).
• Walaupun ada satu lagi pengaruh media elektronik dalam
dunia hiburan yang meninggalkan kesan negatif dari segi
penghayatan agama dan pembangunan diri pengenalan
kepada suatu jenis musik iaitu thrash & death dan heavy
metal. Dalam masyarakat barat, irama musik yang
sedemikian adalah saluran kepada fahaman Satanism iaitu
yang beranggapan bahawa terdapat hak kebebasan manusia untuk memeluk apa-apa
sahaja kepercyaan tanpa sebarang sekatan. Fahaman ini juga berteraskan kepada
pendewaan syaitan sebagai panduan hidup (Farizah Ahmad, 1993. hlm.6).
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 9
• Pendedahan musik Satanisme ini begitu menyeluruh di
kalangan muda mudi hari. Bisnes tempatan turut
mengambil kesempatan memberikan khidmat bekalan T-
Shirt, rantai, cincin, pin yang mempunyai lambang-
lambang Satanisme seperti imej tengkorak, orang mati,
hantu, darah dan unsur-unsur ilmu hitam. Nyanyian yang
sumbang terpekik, terlolong, lirik yang memuji nilai-nilai
kegelapan (darkness) dan irama musik yang mengerunkan
adalah cirri utama Satanisme yang mulaibertempat dihati
muda mudi Malaysia (Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi,
2008. hlm.38).
• Di samping itu, terdapat satu lagi unsur media elektronik
yang paling digemari oleh generasi moden ialah
permainan video (video games). Banyak pusat-pusat
hiburan dan kompleks membeli-belah menyediakan
kemudahan permainan video dengan berbagai-bagai rupa
bentuk dan siri. Remaja lebih menggemari unsur-unsur
peperangan, tembak-menembak, serang-menyerang yang
secara tidak langsung menanam sikap ego, suka bergaduh, dendam dan membalas
dendam. Paling menyedihkan ialah terdapat sebahagian dari permainan video mempunyai
unsur-unsur ketuhanan yang bertentangan dengan akidah Islam. Ketuhanan yang
dimaksudkan ialah suatu fahman ‘Paganisme’ atau falsafah purba yang mulai disebarkan
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 10
dengan sengaja di Malaysia oleh pihak-pihak tertentu. Contohnya, permainan video yang
berjudul ‘Divine Magic’ yang mempunyai ajaran-ajaran seperti ‘Gods of Glorantha’ yang
diiringi sebutan semacam zikir seperti ‘Argan-argan, Zorak Zoran’ dan ‘The Cults of
Prax’ (A. Asohan, 1993. hlm.13).
• Media percetakan terutamanya majalah hiburan dan majalah picisan yang memaparkan
cerita-cerita khurafat dan tahyul dengan memberi liputan-liputan yang meluas dan
sebaran yang menyeluruh di samping maklumat tentang filem-filem asing, permainan
video dan perkembangan musik luar negara. Akibatnya, kemasukan budaya luar yang liar
dan menyalahi agama semakin merebak ke dalam masyarakat Islam tanpa disedari.
Generasi muda kini sudah lali dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan dan
perlakuan-perlakuan yang bercanggah dengan nilai agama seperti menentang atau
menderhaka ibu bapa, guru serta orang yang lebih tua.
3.0 HALAL MALAYSIA
Kita mungkin tertanya-tanya mengapa logo halal yang dikeluarkan di negara ini digandingkan
dengan perkataan Malaysia, iaitu halal Malaysia. Pada perspektif
syarak, perkataan halal sudah cukup sebagai penunjuk aras bahawa
sesuatu barangan itu dibenarkan atau harus digunakan sama ada dari
segi hukum, keselamatan dan mutu. Sudah memadai dengan satu
perkataan halal yang boleh berdiri sendiri. Inilah suatu keunikan di
Malaysia. Sebelum penandaan halal menjadi faktor penting dalam dunia perniagaan hari ini, ia
telah tertanam kukuh dalam kebudayaan masyarakat Melayu Islam yang amat sensitif
terutamanya bagi sumber makanan dan produk barangan
gunaan harian. Namun demikian penggunaan bahan dan
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 11
barangan yang ringkas lebih-lebih lagi dalam produk makanan pada masa-masa yang lalu
menyebabkan perlabelan ini tidak dipandang begitu penting berbanding pada hari ini
(http://www.halaljakim.gov.my/index.php).
Masyarakat Malaysia yang terbina di atas pelbagai bangsa, agama dan budaya merupakan
aset penting dalam membentuk pensijilan halal Malaysia. Pada umumnya melihat penggunaan
logo dan sistem pensijilan ini semata-mata untuk kelompok pengguna Melayu Muslim di negara
ini bagi memudahkan mereka membuat pilihan barangan tanpa ragu-ragu di pasaran. Sebaliknya
setelah diperkenalkan hampir sepuluh tahun, sambutan kehadirannya amat mengejutkan.
Perkataan halal hari ini bukan lagi menjadi milik mutlak etnik Melayu Muslim.
(http://www.halaljakim.gov.my/index.php).
Golongan peniaga yang rata-ratanya dipegang oleh etnik Cina mula sedar kepentingan
halal dan menuntut supaya produk barangan mereka diberikan pengesahan halal sedangkan
mereka majoritinya bukan penganut Islam. Perubahan ini telah memecah tembok sempadan
perbezaan agama dan merentasi sempadan perbezaan budaya yang mana selama ini kita salah
menganggap piawaian halal hanyalah untuk penganut Islam sahaja. Begitu juga pemilik industri
Barat dan Eropah seperti Amerika Syarikat, Jerman, Belanda dan New Zealand mereka membuat
palaburan besar di negara ini (http://www.halaljakim.gov.my/index.php).
3.1 Kesan Positif Menggunakan Produk Halal
3.1.0 Membentuk individu yang taat
• Penggunaan produk halal mampu untuk membentuk
seseorang individu itu menunjukkan sifat kepatuhan
dan pengabdian seseorang hamba kepada TuhanNya.
Tabiat pemakanan dianggap sebagai salah satu ibadah
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 12
di dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar umatnya bagaimana tabiat
pemakanan yang betul seperti membasuh tangan sebelum dan sesudah makan, makan
menggunakan tangan kanan, makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang dan
sebagainya, dan memakan makanan yang bersih sahaja, baik bersih dari segi zahirnya
mahupun batinnya. Oleh sebab itu, kita dapat lihat terdapat sesetengah makanan yang
diharamkan oleh Allah seperti yang disebutkan sebelum ini (babi, alkohol, dan
sebagainya). Walaupun terdapat segelintir golongan manusia yang menganggap babi itu
enak dan alkohol itu bagus untuk melupakan masalah, tetapi sebagai umat Islam,
kebaikan sementara itu adalah tidak bermakna sekiranya ia bertentangan dengan arahan
Allah S.W.T. Oleh sebab itu, sesungguhnya konsep halal-haram ini adalah sebagai ujian
untuk manusia sama ada mereka betul-betul patuh dengan hukum-hukam Allah ataupun
sebaliknya.
Firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud: “(Allah) yang telah
menciptakan kematian dan kehidupan dan Dia akan menguji siapakah antara kamu yang
terbaik dalam amalan”.
• Maka, jelas di dalam ayat ini bahawa Allah akan menguji manusia untuk membezakan
antara manusia yang baik dan yang buruk. Salah satu ciri hambaNya yang baik ialah
mereka yang menjaga pemakanannya dan memakan makanan yang halal sahaja
sebagaimana yang telah diterangkan di dalam ayat-ayat al-Quran yang dinyatakan di atas
(http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=496).
3.1.1 Dapat mengetahui hikmah pemakanan halal
• Penggunaan produk halal juga menunjukkan sifat Maha Mengetahui dan Maha Pengasih
Allah. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda di dalam suatu hadis yang diriwayatkan
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 13
Imam al-Bukhari yang membawa maksud: “Perkara halal itu jelas dan perkara haram
itu jelas, tetapi di antara dua perkara ini ialah perkara-perkara yang ´shubhaat´ (ragu-
ragu). Oleh sebab itu, sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara ´shubhaat´, telah
membersihkan dirinya pada agama dan kemuliaannya”.
• Di dalam hadis ini menunjukkan bahawa Allah S.W.T yang menciptakan manusia dan
sekalian alam dan Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi, tidak
menciptakan manusia dan melepaskan mereka begitu sahaja untuk menjalani kehidupan
mereka. Dengan sifat Allah S.W.T yang Maha Mengasihi, Dia telah memberi panduan
kepada seluruh manusia supaya manusia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik
dan bermakna.
• Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 2000, berkaitan
punca-punca kematian di negara maju tersebut adalah berpunca daripada pengambilan
alkohol. Alkohol merupakan punca ketiga terbesar
yang menyumbang ke arah kematian penduduk
negara tersebut selepas merokok dan juga amalan
pemakanan dan aktiviti kesihatan yang buruk, iaitu
sebanyak 85,000 orang setahun. Tambahan pula,
selepas 14 abad lamanya Allah mengharamkan babi
dalam setiap produk manusia. Akhirnya setelah beberapa kajian dilakukan, membuktikan
bahawa banyak penyakit yang berbahaya disebabkan oleh babi sebagai contoh,
´fusiformis necrofurus´ dan ´bruceellosis´. Selain itu, babi juga adalah perumah untuk
beberapa parasit yang berbahaya kepada manusia seperti ´trichina worms´, ´pork tape
worm´ dan ´schitosoma japonicum´ (http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?
Id=496).
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 14
3.1.2 Membentuk peribadi yang baik
• Makanan yang baik juga membentuk peribadi yang baik.
Di dalam hadis yang sama yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang dinyatakan
sebelum ini, Rasulullah s.a.w, turut menambah lagi dalam sabda baginda yang
bermaksud: “ Sesungguhnya, di dalam tubuh manusia, ada seketul daging yang mana
jika ia baik, seluruh badan akan menjadi baik, dan sekiranya ia rosak, seluruh badan
manusia akan rosak. Sesungguhnya ia adalah hati.” Jika direnungkan hadis ini bersama-
sama potongan hadis yang dinyatakan dalam isi kedua di atas, kita boleh melihat
bagaimana perkara halal-haram dikaitkan dengan masalah hati, yang mana masalah hati
atau spiritual inilah yang menjadi punca kepada masalah mental yang lain seperti malas,
dengki, bongkak, dan lain-lain. Menurut pandangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali,
pemakanan yang haram boleh menjejaskan kesucian jiwa dan roh seseorang. Sebagai
contoh, dalam suatu kajian yang dilakukan kepada golongan yang memakan daging babi,
didapati mereka menghadapi masalah kesihatan moral seperti kurangnya sifat prihatin
dan memiliki sifat yang dapat dihubungkaitkan dengan sifat haiwan itu sendiri.
3.1.3 Doa termakbul
• Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang menyatakan bahawa
salah satu doa yang tidak diterima oleh Allah adalah kerana makanan yang dimakannya
ialah daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan
pakaiannya juga daripada sumber yang haram. Jadi, bagaimanakah Allah S.W.T ingin
menjawab (memakbulkan) doa orang-orang tersebut? Maka, di sini adalah satu contoh
lain menunjukkan bagaimana pemakanan seseorang memberi kesan kepada hubungannya
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 15
dengan Penciptanya iaitu Allah, sehingga menyebabkan doa seseorang tidak termakbul
(http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=496).
3.1.4 Kesihatan terjamin
• Islam adalah cara hidup yang lengkap yang mengajar umatnya bukan sahaja cara
beribadah, malah segala amalan seharian yang dilakukan oleh seluruh manusia. Islam
banyak mengajar kita tentang amalan pemakanan yang baik dan juga yang berkhasiat.
Syariah Islam telah memberi panduan yang jelas tentang hal-hal berkaitan halal-haram
berdasarkan daripada ajaran al-Quran dan sunnah. Daripada segala yang telah dinyatakan,
kepentingan mengambil produk yang halal boleh difahami dengan panduan daripada al-
Quran dan sunnah. Islam telah pun menekankan kepentingan tabiat pemakanan ini sejak
dari awal dahulu, 14 abad yang lepas, berbanding sesetengah badan-badan kesihatan yang
hanya cuba menegaskan kepentingan makanan yang baik dan halal setelah kajian sains
membuktikan sesuatu benda itu mempunyai kesan baik atau buruk. Sesungguhnya, ini
adalah suatu renungan yang menunjukkan kesempurnaan Islam dan sesungguhnya Allah
jualah Maha Mengetahui (http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=496).
4.0 BIDANG PENDIDIKAN
Pendidikan adalah suatu cara untuk mengembangkan keterampilan, kebiasaan dan sikap-sikap
yang diharapkan dapat membuat seseorang menjadi warganegara yang baik. Selain itu,
pendidikan juga merupakan proses pengubahan sikap dan tingkahlaku seseorang atau kelompok
dalam usaha mendewasakan manusia melalui proses pengajaran dan latihan.
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 16
4.1 Kesan Positif Terhadap Pendidikan
4.1.0 Pusat pendidikan sebagai pusat pengembangan ilmu
• Proses globalisasi dan peralihan kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan telah
menjadikan universiti dan institusi pendidikan tinggi sebagai pusat perkembangan ilmu
pengetahuan yang semakin penting. Penyelidikan saintifik serta pembangunan teknologi
terkini adalah aktiviti penting dalam ‘knowledge society’. Projek penyelidikan dan
pembangunan teknologi akan menjadi nadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan sosial negara. Tenaga akademik universiti juga akan menjadi penting
kerana kepakaran mereka akan diperlukan bukan sahaja oleh kaum pemodal dan ahli
industri tetapi juga oleh institusi kerajaan dan pertubuhan antarabangsa
(http://www.ums.edu.my/canselori/cans/amanat04.htm).
4.1.1 Ilmu tanpa sempadan
• Selain itu, globalisasi akan membawa kepada satu proses untuk meletakkan dunia di
bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi
sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan
dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh
pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media. Perkembangan
ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan
perhubungan sesama manusia. Contohnya kita dapat berguru dengan guru seluruh dunia
tidak kira di utara dunia mahupun selatan dunia dengan mudah, cepat dan senang
(http://www.oppapers.com/essays/Globalisasi-Dan-Implikasi-Kepada-Pendidikan-
Negara/607410).
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 17
4.2 Kesan Negatif Terhadap Pendidikan
4.2.0 Universiti tempatan/negara kurang maju terpaksa bersaing dengan universiti berprestij
• Disebabkan oleh dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini telah menjadi terbuka
kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti
asing di sini. Hal demikian semestinya akan memberi peluang kepada universiti luar,
terutamanya yang terkemuka dan berprestij untuk membuka cawangan di negara ini.
Walaupun ini merupakan suatu cara persaingan yang sihat, namun Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) tempatan masih lagi belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal
demikian akan memberi kesan atau impak yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar
yang terkemuka demi pasaran kerja mereka apabila tamat pengajian nanti. Hal seperti ini
telah pun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan
berbanding graduan IPT tempatan. Keadaan ini mnyebabkan IPT tempatan akan
mengalami masalah besar iaitu kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada
penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil
(http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-globalisasi-terhadap-bidang-
pendidikan-di-negara-ini/).
4.2.1 Meminggirkan bahasa Melayu
• Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal
ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapatkan maklumat daripada internet. Pada
masa kini segalanya hanya di hujung jari kita. Maklumat daripada internet sangat mudah
didapati dan menjimatkan masa pelajar. Maklumat yang disebarkan melalui internet
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 18
sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris
(http://abihulwa.blogspot.com/2011/03/isimperialisme-bahasa-inggeris.html).
4.2.2 Memesatkan pengkormersilan pendidikan
• Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat
pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangkan
jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan
terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin
diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar diabaikan dan tidak
diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka
yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran
yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi
(http://raihaniskandar.blogdetik.com/2010/09/04/membenahi-pendidikan-menghadapi-
globalisasi/).
5.0 EKONOMI
Wujudnya globalisasi telah meningkatkan lagi teknologi
negara terutama dalam bidang internet dan komunikasi.
Contohnya dasar kemajuan komunikasi telah menambahkan
lagi maklumat mengenai ekonomi dan membolehkan
keadaan ekonomi diikut sepenuhnya. Melalui kemajuan ini,
masyarakat dapat melihat dan menilai ekonomi sekarang serta meningkatkan lagi pengetahuan
mengenai ekonomi dunia pada masa kini. Ekonomi negara akan terus meningkat setelah
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 19
masyarakat mengetahui keadaan sebenar ekonomi negara yang amat memerlukan sumbangan
mereka serta mengelakkan masyarakat hari ini tidak ketinggalan mengenai ekonomi dunia hari
ini yang kian terancam.
5.1 Kebaikan Internet Kepada Pengguna dan Pengeluar
5.1.0 Dapat menghubungi pelanggan dengan cepat
• Kemajuan ini juga, membolehkan peniaga boleh menghubungi pelanggan atau
masyarakat dari seluruh pelusuk dunia dengan sidang video, internet mahupun e-mail.
Hal ini dapat menjimatkan kos dan masa kedua-dua pihak serta memudahkan proses
penjualan dan hebahan barangan yang hendak dipasar
dengan cepat. Contohnya, kebanyakkan peniaga kini
lebih mudah mempromosi barangan mereka di laman
web yang bersifat alam maya seperti facebook, twitter
dan sebagainya yang dapat mengeratkan lagi hubungan
kemesraan antara penjual dan pembeli dan dapat mempercepatkan lagi proses penjualan.
Faktor ini dapat menambahkan pendapatan negara walaupun bilangan sedikit dan kurang
mendapat perhatian sesetengah pihak (http://pengajianam900.forumotion.com/t1030-
internet-membawa-kebaikan-kepada-manusia).
5.1.1 Dapat menjimatkan masa
• Selain itu, kemudahan seperti ini telah mewujudkan e-dagang, e-banking, e-transfer, e-
payment, e-commerce, e-bay, mudah.com, amazon dan sebagainya yang dapat
memudahkan pelanggan. Melalui e-dagang, para
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 20
pembeli dapat melihat barangan yang hendak dijual secara on-line tanpa pergi ke tempat
penjualan dan sedikit sebanyak menjimatkan masa serta kos pengangkutan. Manakala e-
banking pula membantu para pembeli membuat pembayaran secara on-line terhadap
barang yang mereka beli melalui proses pindahan wang ke akaun pejual. Proses ini dapat
menjimatkan pelbagai faktor serta dapat memasarkan barangan buatan Malaysia ke
seluruh pelusuk dunia tanpa membawa barang tersebut.
(http://www.batamiamc.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=27).
5.1.2 Dapat memasarkan produk ke seluruh dunia
• Peniaga dapat meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan mereka ke seluruh dunia
hasil wujudnya kemudahan seperti ini. Contohnya melalui penjualan secara internet atau
sidang video seperti e-dagang. Melalui proses ini,
masyarakat di seluruh dunia akan mengetahui
mutu dan kualiti produk atau barangan hasil
keluaran negara kita dan meluaskan pasaran
barang bukan setakat di dalam negara sahaja. Faktor ini akan meningkatkan lagi
perdagangan antarabangsa melalui proses eksport barangan negara kita ke luar negara
serta dapat meningkatkan kualiti barangan tempatan hasil persaingan dengan produk-
produk negara lain. Negara seperti Amerika syarikat dan Negara Eropah lain telah lama
menggunakan kaedah seperti ini (http://www.lib.usm.my/elmu-
equip/jendela2/penapisan_internet.htm).
5.2 Keburukan Internet Kepada Pengguna dan Pengeluar
5.2.0 Wujudnya jenayah siber
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 21
• Kemudahan seperti ini turut mengundang kesan buruk seperti kes penipuan atau jenayah
siber. Contoh penipuan yang dibuat ialah harga yang tidak sama dengan yang ditawarkan,
kualiti tidak sebaik yang dipaparkan dalam laman web, penghantaran barang yang lambat
dan kadang-kala tidak sampai dan sebagainya. Kes-kes seperti ini mengakibatkan ramai
pelanggan tidak mempercayai proses pembelian atau penjualan secara on-line. Hal ini
mengakibatkan ekonomi negara mungkin akan terjejas dan telah mengurangkan
permintaan terhadap barangan tempatan dan meruntuhkan sektor eksport negara
(http://pantera-tigris.blogspot.com/2010/05/jual-beli-atas-talian-onlinekebaikan.html).
5.2.1 Tahap keselamatan yang rendah
• Ramai yang masih ragu-ragu akan keselamatan dan kebolehpercayaan proses jual beli
internet seperti e-dagang terutama penggunaan nombor kad kredit yang ada kemungkinan
boleh dipintas dan disalin oleh penceroboh (hackers) yang berniat jahat. Hal ini
membangkitkan kebimbangan pelanggan untuk menggunakan kaedah ini dan
mengakibatkan para penjual atau penyedia perkhidmatan yang menjual dan menyediakan
perkhdmatan melalui internet sukar mendapat kepercayaan pelanggan dan sedikit
sebanyak merosakkan perniagaan mereka. Tetapi dengan adanya beberapa ciri
keselamatan seperti enkripsi, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital dan lain-
lain piawaian keselamatan seperti SET (Secure Electronic Transaction) yang
dibangunkan oleh VISA dan MasterCard dan SSL (Secure Socket Level) yang
dibangunkan oleh Netscape (http://hanizanshaker.tripod.com/internet.htm).
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 22
• Teknologi banyak membantu manusia dalam
kehidupan dan pekerjaan seharian serta tidak
dinafikan kehidupan masa kini penuh dengan
teknologi sehinggakan manusia sudah malas untuk berkerja secara manual. Sebagai
contohnya kemudahan internet telah banyak membantu negara dan pengguna dalam
pelbagai faktor dan sektor terutama dalam penjualan produk dan pemasaran produk
secara on-line serta hebahan di web. Namun akibat wujudnya manusia yang
mementingkan nafsu sendiri, kaedah seperti ini telah di salahguna dan mengakibatkan
teknologi kini sudah menelan nilai murni dan etika budaya masyarakat.
6.0 RASUAH
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang
berbunyi Al-risywah´. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan
dalam kata umum batil, iaitu
meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak,
memeras ugut dan
menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa
simpulan bahasa
yang memberi makna rasuah seperti ‘tumbuk rusuk’ dan ‘makan suap’. Sejajar
dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah
digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti ‘wang kopi’, ‘undercounter payment’
dan ‘duit pelincir’.
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 23
Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap
sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau
menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan
kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi
bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod
etika yang baik. Rasuah juga terdapat dalam pelbagai bentuk
iaitu, pecah amanah, penipuan, penyalahgunaan kuasa, dan politik wang. Penyalahgunaan kuasa
bermaksud seseorang yang menggunakan kedudukan dan pangkat yang ada padanya untuk
kepentingan peribadi.
Perbuatan ini dilakukan
oleh golongan yang mempunyai pangkat dan pengaruh dalam sesebuah
organisasi. Contohnya, seseorang pegawai yang meluluskan kontrak kepada
pihak-pihak tertentu dan menerima wang atau keistimewaan-keistimewaan
tertentu sebagai balasannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda:“ Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari kiamat ialah
seseorang yang berusaha mencari harta (kekayaan) secara tidak halal, maka
harta itu akan membawanya ke Neraka.” (Riwayat al-Bukhari).
6.1 Kesan Negatif Berlakunya Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa
6.1.0 Ketidakadilan sosial
• Jenayah rasuah juga secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial, yang mana berlaku
penindasan ke atas golongan miskin dan menafikan hak golongan tertentu. Mereka yang
miskin dan tidak berpengaruh akan lebih tertindas kerana tidak mampu untuk membuat
rasuah dan dinafikan hak-hak mereka sebagai warganegara.
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 24
6.1.1 Kos sara hidup meningkat
• Rasuah juga akan menyebabkan kos hidup meningkat. Para peniaga yang memberi rasuah
terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos tambahan
ini. Hal ini akan menyebabkan inflasi dan kos hidup masyarakat meningkat. Selain itu,
rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan turut membahayakan nyawa masyarakat. Pemaju
dan kontraktor yang memberi sogokan kepada mereka yang terlibat dalam sesebuah
pembinaan juga terpaksa mengurangkan kualiti bahan binaan dan tidak akan mengikut
spesifikasi yang ditetapkan. Hal ini akan menyebabkan bangunan atau jalan raya yang
dibina akan membahayakan pengguna.
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 27: “Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulNya dan (janganlah)
kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya)”.
6.2 Cabaran Menangani Rasuah
Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan
keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested
party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar untuk dikesan. Antara cabaran dalam
menangani rasuah ialah:
6.2.0 Sifat materialistik
• Sifat materialistik dalam kalangan masyarakat
yang semakin menebal. Masyarakat pada hari
ini terlalu menumpukan perhatian terhadap
pembangunan dan mengutamakan keuntungan
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 25
dan kurang memberi perhatian kepada aspek-aspek nilai murni, kawalan dan
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
6.2.1 Pegangan agama dan nilai murni
• Pegangan agama dan nilai murni yang semakin longgar dalam diri masyarakat pada hari
ini juga telah menyebabkan berlakunya tekanan hidup untuk berlumba-lumba
mengumpul kekayaan daripada pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa
daratan dan melihat agama dan nilai murni tidak lagi relevan dan lama-kelamaan
sensitiviti terhadap ajaran agama dan nilai murni semakin berkurangan. Ekoran daripada
sikap individu yang berlumba-lumba untuk mementingkan kebendaan itu, hubungan
kejiranan semakin renggang, rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada
hubungan sudah pudar. Maka, tindakan yang akan diambil ialah tidak menghiraukan
risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama, dan negara.
6.2.2 Kepimpinan yang lemah
• Kepimpian yang lemah juga menjadi salah satu cabaran untuk menangani isu rasuah di
negara ini. Tidak ramai pemimpin yang sanggup bercakap untuk melarang pengikut dari
melakukan amalan rasuah apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah. Hal
ini demikian kerana, kurangnya kredibiliti atau takut dipulaukan oleh masyarakat.
Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan
tetapi juga dalam kalangan kepimpinan NGO dan kepimpinan politik negara. Keazaman
untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah dan penyelewengan ini
hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu samada ia seorang pekerja biasa atau
pemimpin dalam sesebuah jabatan.
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 26
7.0 PENYEBARAN TEKNOLOGI
Akhir-akhir ini, kita telah dikejutkan dengan pelbagai fenomena yang amat memeranjatkan
dunia. Setiap kejadian yang berlaku mempunyai kesan yang tersendiri dan memberi cabaran
kepada masyarakat global untuk menyelesaikannya. Masalah yang sering terlibat seperti
penjajahan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dalam soal ekonomi, sosial, minda serta
lain-lain lagi. Penjajahan ini akan mengakibatkan ramai orang tidak akan berpuas hati atas
masalah yang berlaku dan mewujudkan penentangan secara radikal atau tidak semua ini
bergantung kepada tahap seseorang itu mengadaptasi masalah yang berlaku.
Cabaran yang jelas dihadapi masyarakat dunia pada hari ini ialah penjajahan dalam
penyebaran teknologi. Revolusi teknologi maklumat hari ini berkembang dengan pesat telah
memudahkan masyarakat untuk mendapat akses maklumat dengan lebih pantas hanya
menggunakan hujung jari sahaja. Apabila sesuatu maklumat dapat diakses dengan mudah ia akan
membawa kebaikan jika menggunakan kemudahan tersebut dengan baik. Dalam keadaan
sekarang, ia merujuk terutama kepada perpindahan nilai Barat yang mendukung kuat
liberalisme, kapitalisme, hedonism yang lebih suka kepada perkara-perkara yang dapat
melalaikan manusia terutamanya orang Islam. Proses ini telah lama berjalan, hanya pada akhir-
akhir ini sahaja ia mencecah tahap begitu menyuluruh. Tetapi dikatakan penyebaran maklumat
ini lebih banyak memberi impak yang negatif daripada positif (Azizah Othman. 2002. hlm.343).
7.1Kesan Positif
Penggunaan Facebook dan Twitter yang begitu berleluasa pada hari ini menunjukkan impian
kuasa Barat ingin melihat perubahan kepada masyarakat dunia hari ini telah tercapai dengan
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 27
membawa pelbagai variasi masalah. Hasil daripada fenomena ini iaitu revolusi teknologi
maklumat telah membawa kesan yang amat besar. Kesan yang wujud bukan sahaja dari
aspek positif tetapi juga dari aspek negatif. Hasil perkembangan Facebook dan Twitter telah
menyebabkan masyarakat dunia Islam pada hari ini khususnya yang tinggal di timur tengah
seperti Mesir telah bangun untuk menentang pemimpin mereka iaitu Presiden Hosni
Mubarak yang tidak berlaku adil dalam pemerintahan. Hal ini menunjukkan kesan yang
dibawa oleh perkembangan teknologi maklumat ini membawa kesan yang baik. Pemimpin
ini telah lama memerintah negara tersebut melebihi 30 tahun tetapi rakyat semakin hilang
kepercayaan kerana pemerintahannya yang membawa rakyat ke kancah kemiskinan.
Penyebaran maklumat dalam laman sosial ini telah mampu mengumpul ribuan rakyat yang
selama ini hidup dalam keadaan yang amat daif dengan purata gaji harian mereka
kebanyakkan mereka hanya dua dollar Amerika sehari.
Gerakan yang berlaku ini telah membuka mata negara-negara lain yang menghadapi
masalah yang sama seperti Turnisia dan Libya. Pemerontakan masyarakat di Libya lebih
radikal kerana telah menggorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah. Pertumpahan darah
berlaku akibat sikap Presiden Libya iaitu Muammar Gaddafi yang tidak mahu mengikut
kehendak rakyat yang mahu beliau meletak jawatan. Beliau menjelaskan lagi bahawa beliau
tidak perlu berundur dari kerajaan tersebut kerana kerajaan yang terbentuk merupakan
pilihan rakyat. Bagi menentang pemerontak beliau menggunakan kuasa pasukan tentera
untuk memerangi rakyatnya. Keadaan bertambah buruk apabila beliau memutuskan rela
bermandi darah menentang sesiapa sahaja yang berani menentang permerintahan beliau.
Penganalisis berpendapat terdapat dua punca utama yang menyebabakan krisis di
Libya bertambah buruk, iaitu perpecahan dalam pasukan tentera dan sikap Ganddafi sendiri
yang tidak kisah melihat negaranya terjerumus dalam kancah perang saudara. Apabila
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 28
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini sebulat suara bersetuju untuk
mengenakan sekatan ekonomi dan pembekuan aset peribadi pemimpin tersebut negara
Amerika antara negara yang melaksanakan tanggungjawab sosial mereka melalui sekatan
laluan udara dalam untuk melindungi serangan tentera ke atas beribu-ribu rakyat yang
bangkit menentang pemimpin tersebut. Krisis yang berlaku ini telah diambil kesempatan oleh
negara Amerika untuk meluaskan penguasaan tenteranya di kawasan timur tengah. (Transisi.
2011. hlm.33).
3.2 Kesan Negatif
Penaklukan yang dijalankan oleh Amerika terhadap negara-negara Islam bukan merupakan
perkara yang baru. Pelbagai alasan yang telah dicipta oleh mereka, antaranya untuk
memerangi pengganas yang ada di negara Islam tetapi misi mereka sebenarnya untuk
menyekat perkembangan ekonomi negara Islam seterusnya terus menguasai ekonomi dunia.
Setiap masalah yang wujud telah mereka manipulasi supaya masyarakat dunia tidak
menyedari konspirasi yang mereka lakukan adalah untuk menjatuhkan negara Islam
seterusnya merosakkan umat Islam. Kesengsaran yang menimpa umat Islam semakin dirasai
pada permualaan alaf baru iaitu selepas berlakunya peristiwa yang dirancang oleh mereka
sendiri iaitu pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat. Selepas tragedi tersebut
Ameriaka telah melancarkan serangan keatas Afghanistan atas alasan menaja keganasan.
Tetapi kekejaman mereka tidak berhenti di negara tersebut sahaja mereka terus menyerang
negara Islam yang lain seperti Iraq dengan alasan yang sama.
Keganasan mereka tidak terhenti di negara tersebut sahaja, setiap konflik dalaman
yang berlaku keatas negara Islam mereka akan campur tangan dengan alasan mereka ini
sebagai badan bebas yang akan membantu sesebuah negara itu menyelesaikan masalah
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 29
mereka. Keadaan yang berlaku di Libya hari ini telah diambil kesempatan oleh Amerika
dengan menyatakan dakyah mereka bahawa serangan yang dilancarkan itu sebenarnya untuk
memusnahkan pemimpin negara tersebut dengan menyerang istana Muammar Gaddafi tetapi
sebaliknya yang berlaku banyak nyawa rakyat Libya yang tidak berdosa menjadi korban dan
angka yang terkorban telah melebihi 10,000 orang. Teknologi ketenteraan yang canggih
digunakan untuk menyelesaikan kemelut ini tidak akan mengorbankan rakyat negara ini
katanya, tetapi hal yang berlaku adalah sebaliknya. Alasan yang mereka gunakan lagi ialah
peluru berpandu mereka tersasar dan perbuatan itu tidak disengajakan. Matlamat utama
mereka adalah untuk menguasai pasaran minyak. Kebanyakkan negara di timur tengah
merupakan negara yang mengeluarkan minyak mentah dunia dan Libya sendiri
menyumbangkan sebanyak 2.3% dan akan mengakibatkan kenaikan harga minyak mentah
dunia (Muhammad Nurani Maarif. 2010. hlm.130).
Seterusnya, kesan negatif yang wujud daripada revolusi teknologi maklumat
merupakan satu lagi barah yang sedang berkembang dalam diri individu dan masyarakat
dunia melalui penggunaan Facebook dan Twitter yang mengakibatkan masalah sosial terus
merebak tanpa dapat dikawal. Hal ini menjadi kepentingan orang Yahudi untuk
menyesatkan umat Islam mengunakan kaedah yang senyap apabila keedah peperangan tidak
lagi releven di sesetengah negara. Apabila maklumat dapat diakses dengan mudah mereka
akan melakukan sesuatu itu tanpa memikir panjang. Sesetengah masyarakat yang
menyalahgunakan teknologi untuk melakukan sesuatu perbuatan di luar dugaan. Golongan
yang paling banyak terdedah dengan masalah ini ialah remaja. Pada umur remaja
kebanyakkan mereka masih belum mampu untuk memikirkan sesuatu perkara itu tentang
kebaikan dan keburukan dengan lebih mendalam. Mereka banyak terpengaruh dengan rakan
sebaya yang hanya memikirkan keseronokkan . Sifat ingin tahu yang menebal dalam diri
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 30
remaja akan menyebabakan mereka akan berusaha untuk mengetahui sesuatu jika mereka
merasakan maklumat yang mereka akan perolehi menarik.
Cabaran yang wujud ini akan memberi kebaikan dan keburukan kepada masyarakat yang
menggunakan perkara tersebut mengikut keperluan mereka. Kita tidak boleh menghalang
teknologi tetapi kita hanya boleh mengawal diri daripada menggunakan teknologi untuk perkara-
perkara yang melalaikan. Sebagi umat Islam kita seharusnya peka dengan pengaruh yang dibawa
oleh pihak Barat dan Yahudi ini. Agenda utama mereka untuk menguasai negara-negara Islam
bagi mewujudkan pemerintahan negara yang mengikut acuan mereka. Helah yang mereka
gunakan sukar untuk dikesan dengan mata kasar. Oleh itu, ilmu pengetahuan yang tinggi dan
mengamalkan segala perintah agama akan menyebabkan negara-negara Islam menjadi kuat dan
kita tidak perlu tunduk kepada kuasa orang- orang Yahudi yang ingin menjatuhkan umat Islam
dengan syarat semua Islam harus bersatu.
KESIMPULAN
Globalisasi banyak memberi kesan kepada masyarakat dunia terutamanya golongan
muda. Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 31
golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada
kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.
Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi
globalisasi yang semakin tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah
arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan
muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi
dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita.
Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan
nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.
Amier Muhammad Al Faishal, 1976 mengungkapkan: "Manusia telah mampu mempelajari
bagaimana mengendalikan alam seluruhnya, tetapi dia tidak belajar mengendalikan dirinya
sendiri. Maka dia menjadi hilang arah serta hilang rasa perimbangannya".
Muhammad Quthb, 1988 memperkenalkan: "Islam sebagai satu kekuatan yang mampuuntuk
memberi. Yakni memberi al-iktsirpenawar hidup dan kunci-kunci penyelesaianbagi persoalan-
persoalan hidup di alam modern sekarang ini, baik di Timur ataupun di Barat”.
RUJUKAN
Agensi (2011, 17 Februari ). Tunjuk perasaan tuntut kenaikan gaji. Kosmo (Dunia), hlm.48.
Agensi. (2011, 12-24 Mac). Kemelut Libya. Transisi (Global), hlm.33.
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 32
Anwar Zainal Abidin (1993). Pengajian Islam: Satu Pandangan Lain. Terengganu: Yayasan
Islam Terengganu.
A. Asohan (1993, 4 Ogos). Divine Magic and Trolls. The Star (Kuala lumpur), hlm.13.
Cabaran menghadapi globalisasi dalam pendidikan (2004). Diakses pada 3/3/2011 daripada
http://raihaniskandar.blogdetik.com/2010/09/04/membenahi-pendidikan-menghadapi-
globalisasi/
Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2008. Isu-isu Pemikiran Islam. Kuala Terengganu: Majlis
Agama Islam dan Adat Melayu.
Farizah Ahmad (1993, Julai). “Remaja kita diresapi budaya pemujaan syaitan?”. Al-Islam, 16.
Globalisasi dan implikasi kepada pendidikan (++). Diakses pada 25/2/2011 daripada
http://www.oppapers.com/essays/Globalisasi-Dan-Implikasi-Kepada-Pendidikan-
Negara/607410
Indriaty Ismail (1999). Antara Media dan al-Quran: Pengaruh dan Kesan Dalam Pembentukan
Peribadi Masyarakat Islam Masa Kini. Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.
Internet Membawa Kebaikan Kepada Manusia (++). Diakses pada 13/3/2011 daripada
http://pengajianam900.forumotion.com/t1030-internet-membawa-kebaikan-kepada-
manusia
Internet (++). Diakses pada 15/3/2011 daripada http://hanizanshaker.tripod.com/internet.htm
Isu Rasuah di Malaysia (++). Diakses pada 20/3/2011, daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=2390:isu-rasuah-di-malaysia&catid=16:isu-
nasional
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 33
Keruntuhan Akhlak Muda Mudi (2003). Diakses pada 22/2/2011, daripada
http://www.ukhwah.com/print.php?sid=603
Keruntuhan Moral dan Akhlak (2009). Diakses pada 22/2/2011, daripada
http://www.jais.gov.my/
Kepentingan Prinsip Halal dan Haram (++). Diakses pada 10/3/2011 daripada
http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=496
Kesan Globalisasi terhadap bidang pendidikan di negara ini (2009). Diakses pada 25/2/2011
daripada http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-globalisasi-terhadap-bidang-
pendidikan-di-negara-ini/
Kemudahan Internet (2010). Diakses pada 13/3/2011 daripada
http://www.batamiamc.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=27
Kebaikan Jual Beli Atas Talian (2010). Diakses pada 13/3/2011 daripada http://pantera-
tigris.blogspot.com/2010/05/jual-beli-atas-talian-onlinekebaikan.html
Memaknakan usaha memperkayakan ilmu, memperkasakan bangsa dan membangunkan negara
(2004). Diakases pada 25/2/2011, daripada
http://www.ums.edu.my/canselori/cans/amanat04.htm
Mohd Liki Hamid (2002). Pengajian Tamadun Islam Edisi ke-2. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Snd. Bhd.
Muhammad Nurani Maarif (2010). Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik. Selangor: Hijjaz Records
Publishing.
S A D N 1 0 1 3 : T A M A D U N I S L A M D A N T A M A D U N A S I A | 34
Mir Azri Shaharudin (2011, 5 Mac). Apakah yang akan terjadi jika AS serang Libya?. Kosmo
(Dunia), hlm.47.
Portal Rasmi Halal Malaysia (++). Diakses pada 10/3/2011 daripada
http://www.halaljakim.gov.my/index.php
Penapisan Internet (2009). Diakses pada 13/3/2011 daripada http://www.lib.usm.my/elmu-
equip/jendela2/penapisan_internet.htm
Sidek Baba dan Prof. Dr. (2004, 9 Ogos). Ufuk minda: Teknologi mesti diguna untuk kebaikan
ummah. Berita Harian, hlm.7.
Zainon Md. Hadzir (1993, Disember). Kesan Sosial Media Penyiaran. Dewan Kosmik, 6.