CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN
-
Upload
syazwani-shoib -
Category
Documents
-
view
357 -
download
4
description
Transcript of CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN
EDM2104 - PEDAGOGI
1
2013
SEKAPUR SIREH
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t dan junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat baginda. Alhamdulillah, syukur
ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan
ini.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Kampus Perlis di atas ilmu dan
tunjuk ajar yang dicurahkan.
Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada ibu saya, Janaliah bt. Md. Zain,
dan bapa, Shoib b. Abd. Rahman, diatas segala dorongan dan kata-kata
semangat yang diberikan oleh mereka kepada saya agar sentiasa banyak
bersabar, berdoa dan bertawakal kepada Ilahi demi tidak berputus asa dalam
meneruskan perjuangan diatas landasan yang mulia ini.
Dan yang terakhir, perasaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
sahabat -sahabat yang telah banyak berkongsi ilmu, informasi, pengetahuan dan
kefahaman di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan, juga memberi
dorongan dan semangat untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna. Jasa
kalian hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya.
Sekian.
EDM2104 - PEDAGOGI
2
2013
CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM
PROFESION KEGURUAN.
PENGENALAN
Sejak beberapa dekad yang lalu, profesion keguruan di negara ini adalah
profesion yang disanjung dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Guru adalah
dianggap sebagai gedung ilmu yang serba mengetahui dengan keupayaan tersendiri
serta kualiti peribadi yang diterima oleh masyarakat.
Selaras dengan perkembangan sistem pendidikan dan kemajuan intelek
masyarakat, profesion keguruan masa kini bukan sahaja telah diangkat martabatnya
malah telah diiktiraf sebagai kerjaya bertaraf profesional. Guru yang profesional
menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas,
mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa
tertentu, mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan
keuntungan wang atau saraan semata-mata, pakar dalam bidang masing-masing
serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan tanggungjawabnya, dan
mematuhi etika perkhidmatan.
Namun begitu, profesion keguruan juga menghadapi pelbagai cabaran yang
menguji kewibawaan dan keprofesionalan kerjaya. Cabaran didefinisikan sebagai
sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam
sesuatu aktiviti.
CABARAN-CABARAN UTAMA
Cabaran-cabaran yang ingin dibincangkan disini telah dirangkum dalam
empat konteks utama iaitu: 1) cabaran di era krisis dan perubahan etika, moral dan
EDM2104 - PEDAGOGI
3
2013
sosial, 2) cabaran di era ICT, 3) cabaran di era K-ekonomi (Abd. Rahim Abd. Rashid,
2005), dan, 4) cabaran semasa di sekolah.
Cabaran Era Krisis dan Perubahan Etika, Moral dan Sosial
Era krisis dan perubahan boleh difahami sebagai krisis dan perubahan
masyarakat yang berlaku dari segi etika, moral dan sosial. Terdapat beberapa
cabaran penting yang ingin dibincangkan dalam konteks ini. Yang pertamanya ialah
bagaimana untuk membina masyarakat yang berhemah dan beretika (Abd. Rahim
Abd. Rashid, 2005) disamping menjaga akhlak dan maruah diri sebagai seorang
pendidik. Guru dipandang sebagai contoh tauladan bagi membentuk akhlak murid.
Justeru, guru seharusnya mempunyai akhlak yang mulia dan maruah diri yang baik
serta berusaha untuk menjaga dan mengekalkan akhlak mulia tersebut sepanjang
masa. Tidak dinafikan, setiap guru perlu berhadapan dengan segala sikap dan
karenah murid-murid serta berusaha menangani akhlak negatif murid dengan tidak
mengabaikan maruah pendidikan negara. Wawasan dan matlamat pendidikan dalam
konteks ini perlu menekankan aspek-aspek nilai kerohanian, kemanusiaan dan
budaya hidup yang harmoni berlandaskan falsafah kemoralan dan etika.
Cabaran yang kedua ialah menangani krisis sosial dan moral. Fenomena
sosial seperti merokok, ponteng sekolah, melepak, gangguan seksual di kalangan
pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengsterisme, mencuri, meragut,
membuli dan seumpamanya adalah antara gejala juvana dan delinkuen yang meluas
di kalangan remaja di sekolah (Rashidi Azizan, 1994). Justeru itu, profesion
keguruan perlu meningkatkan komitmen membantu masyarakat dan negara dalam
menangani krisis sosial dan moral yang dihadapi. Kurikulum dan pengajaran di
sekolah perlu diterapkan dengan pengukuhan pembinaan tingkah laku, peribadi yang
EDM2104 - PEDAGOGI
4
2013
baik, akhlak yang mulia dan juga menanamkan semangat jati diri supaya dapat
menangkis pengaruh dan gejala buruk dalam kehidupan pelajar.
Cabaran yang ketiga pula mempertahankan etika profesion keguruan.
Profesion keguruan merupakan profesion yang terdedah kepada pelbagai pengaruh
dan cabaran. Oleh itu, guru-guru perlu berusaha mempertahankan nilai dan aspek
etika agar tingkah laku, tindakan dan amalan tidak terkeluar dari landasan dan
prinsip etika pendidik yang baik, berhemah dan bertanggungjawab.
Cabaran yang keempat ialah cabaran etika dan kualiti personal guru.
Pengukuhan kekuatan personal seperti tingkah laku, pengetahuan, keterampilan,
disiplin diri, kemahiran hubungan interpersonal, kecekapan profesionalisme seperti
pengajaran, perancangan dan pengurusan, kematangan berfikir, kepimpinan dan
idealisme hidup perlu dipupuk dalam program latihan, organisasi sekolah dan etika
perkhidmatan keguruan. Dengan adanya kekuatan-kekuatan personal ini, guru boleh
menjadi contoh atau “role model” yang baik kepada murid serta dihormati oleh
masyarakat.
Cabaran Era ICT
Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada
masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Situasi ini secara tidak
langsung memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai
cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. Profesion keguruan perlu
menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan
pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020 dimana proses pengajaran
EDM2104 - PEDAGOGI
5
2013
dan pembelajaran pada masa itu tidak lagi memerlukan murid membawa bebanan
buku yang berat, bahkan hanya perlu membawa sebuah tablet digital, atau notebook,
atau yang seumpama dengannya ke kelas. Oleh itu, kaum guru perlu bersedia
melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bermula pada saat ini.
Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan di
era ICT ini ialah yang pertama; pembelajaran menerusi jendela dunia. Apa yang
dimaksudkan disini ialah pembelajaran maya yang menggunakan internet, melayari
laman sesawang (website) dan sebagainya. Ledakan teknologi maklumat dan
komunikasi memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan dan sistem
pendidikan yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi
pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, peralatan digital,
e-learning, dan sebagainya.
Cabaran kedua dalam konteks ICT ini ialah pembelajaran global. Proses
pembelajaran dalam era ICT begitu dipengaruhi oleh revolusi teknologi maklumat
yang boleh membawa pelajar menerokai pengetahuan dan maklumat tanpa batasan
termasuk dalam konteks global. Transaksi maklumat boleh dilakukan melalui
penggunaan internet, telekomunikasi maklumat, kemajuan siber, faksimile, termasuk
jaringan global yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan.
Bagi merealisasikan pembaharuan ini, guru perlu bersedia mengambil dan menyahut
cabaran dalam melaksanakannya di sekolah.
Manakala cabaran ketiga pula ialah penggunaan IT yang mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pelbagai kecerdasan atau “multiple-intelligences”.
Kecekapan dan kemahiran penggunaan komputer dalam pembelajaran merupakan
EDM2104 - PEDAGOGI
6
2013
satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti
dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya.
Cabaran kritikal yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan dan sistem
pendidikan negara ini ialah menerokai cara memajukan bidang ini dalam pendekatan
penggubalan kurikulum dan pendekatan pengajaran-pembelajaran.
Cabaran keempat yang ingin dibincangkan disini ialah kepimpinan ICT dalam
pendidikan. Untuk merealisasikan perkara ini, guru-guru perlu menyahut cabaran
menjalani program latihan yang intensif dan ekstensif untuk melahirkan guru-guru
mahir, pakar dan profesional dalam penggunaan komputer dan ICT. Ini untuk
memudahkan guru melaksanakan pembelajaran era ICT dengan lebih berkesan.
Bagi mencapai matlamat ini, pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia baru-baru ini telah pun menjalankan Ujian Kompetensi ICT
secara ‘online‟ dimana semua guru berdaftar di seluruh negara wajib mengambilnya
dan menjawab kesemua 30 soalan yang diberikan dalam tempoh masa yang
ditetapkan selama 40 minit. Ujian ini dijalankan secara berperingkat mengikut negeri
beserta tarikh yang ditetapkan sekitar bulan September hingga Oktober 2013. Guru-
guru yang tidak berjaya melepasi tahap markah yang ditetapkan akan diarahkan
menjalani kursus-kursus tertentu berkaitan ICT.
Pengajaran menggunakan sistem dalam talian atau „online‟ menjadi cabaran
kelima yang perlu dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan. Pembelajaran yang
akan berlaku pada abad ke-21 tidak lagi terikat pada sistem konvensional. Revolusi
teknologi ICT memerlukan sekolah dan profesion keguruan mengadaptasikan sistem
dan pendekatan belajar yang lebih fleksibel, dinamik, mudah dihubungi, interaktif dan
kolaboratif. Pengajaran-pembelajaran ‘online‟ akan membolehkan sesuatu
pembelajaran berlaku dengan lebih mudah kepada guru dan pelajar.
EDM2104 - PEDAGOGI
7
2013
Cabaran Era K-Ekonomi
Peranan guru dan profesion keguruan amatlah penting dalam membentuk dan
melahirkan masyarakat berpengetahuan dalam era k-ekonomi dimana corak
penggunaan tenaga dan modal manusia akan menjadi perangsang kepada
pertumbuhan dan kemajuan ekonomi. Pengetahuan ekonomi merupakan satu
daripada keperluan pendidikan kenegaraan. Justeru itu, generasi muda perlu
didedahkan serta menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang ekonomi supaya
mereka dapat memainkan peranan yang membina dalam era k-ekonomi.
Cabaran pertama yang perlu dihadapi guru dalam profesion keguruan dalam
era k-ekonomi ialah melahirkan golongan muda yang berilmu pengetahuan,
berkemahiran, berketerampilan, mengamalkan nilai dan sikap yang positif serta
dinamik dan dapat menyumbang kepada kemajuan k-ekonomi. Selaras dengan
kemajuan k-ekonomi, pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti perniagaan,
keusahawanan, matematik, pengurusan kewangan, IT dan sebagainya perlu
dilengkapkan supaya generasi muda dapat menjadi penggerak kepada perubahan
dan kemajuan ekonomi seperti yang diimpikan kerajaan. Oleh itu, profesion
keguruan perlu lebih superior dari segi penguasaan pengetahuan baharu sesuai
dengan era k-ekonomi.
Manakala cabaran yang kedua pula ialah guru perlu membentuk generasi
muda yang kreatif, inovatif dan dinamik untuk menghadapi kemajuan dan cabaran k-
ekonomi. Pelajar yang dibentuk bukan sahaja kreatif dan inovatif dari segi
pembelajaran bahkan juga dari segi pemikiran, idea, pengetahuan, kemahiran,
wawasan dan semangat untuk menghadapi perubahan k-ekonomi. Tuntutan
EDM2104 - PEDAGOGI
8
2013
perubahan ini sudah tentu merupakan cabaran kepada profesion keguruan di
Malaysia khususnya kepada guru-guru yang diharapkan menjadi tenaga penggerak
kepada kemajuan generasi muda.
Disamping itu, cabaran ketiga pula ialah guru diharapkan untuk melahirkan
golongan muda yang celik komputer sesuai dengan perubahan revolusi maklumat
atau ICT. Kemahiran dalam bidang ICT adalah suatu kecekapan yang diperlukan
bagi menghadapi perubahan k-ekonomi. Oleh itu, profesion keguruan perlu
berusaha meningkatkan lagi peratusan golongan celik komputer dan
berpengetahuan dalam ICT supaya jurang digital yang wujud dapat dirapatkan
antara golongan masyarakat bandar dengan luar bandar, diantara kaum dan juga
dalam konteks gender. Bagi mencapai kemajuan dalam k-ekonomi, rakyat Malaysia
perlu menjadi mahir dan membudayakan IT dalam kehidupan mereka. Wawasan
baharu pendidikan untuk melahirkan golongan muda celik ICT memberikan cabaran
kepada profesion keguruan supaya mengambil langkah bagi meningkatkan
keupayaan dan pengetahuan guru untuk meluaskan budaya ICT.
Guru kini perlu bersedia menggalas cabaran keempat dalam konteks era k-
ekonomi bagi menyediakan generasi muda yang berkemampuan dan berdaya maju
untuk menghadapi persaingan globalisasi. K-ekonomi berlaku dalam aspek global
yang membuka perjuangan ekonomi sesuatu masyarakat dan negara kepada
persaingan yang lebih terbuka dan bersifat kompetitif. Berdasarkan itu, peranan guru
untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghadapi cabaran globalisasi adalah
satu tugas yang kritikal. Ini adalah kerana globalisasi dapat menjadikan tembok
kebangsaan dan kenegaraan dipertingkatkan kepada usaha kearah mengangkat
imej dan kepentingan negara ke peringkat antarabangsa. Hal ini penting bagi
EDM2104 - PEDAGOGI
9
2013
mencorakkan kehidupan dan taraf hidup masyarakat kearah yang lebih baik, makmur
dan bebas dari krisis ekonomi.
Cabaran terakhir iaitu yang kelima yang ingin dibincangkan disini ialah guru
perlu bersedia membentuk generasi muda supaya berusaha menanamkan semangat
patriotik dalam memajukan ekonomi negara dan menghadapi perubahan serta
cabaran k-ekonomi. Menggembleng semangat patriotik untuk memajukan ekonomi
adalah suatu cabaran penting pendidikan dan profesion keguruan. Generasi muda
perlu disedarkan akan pentingnya sokongan dan sumbangan bagi meningkatkan
pertumbuhan ekonomi, menangani krisis yang wujud, membendung kejatuhan nilai
matawang, kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Justeru itu, semangat baharu
tentang ekonomi perlu ditanamkan melalui pendidikan awal. Sebagai contoh,
mengutamakan produk dan jenama Malaysia, berbangga dan menyokong usaha
memajukan ekonomi negara serta menanam minat terhadap ekonomi bagi
melahirkan golongan usahawan, ekonomis, penggerak ekonomi, menjadi peniaga
dan pelabur yang berdaya maju serta membantu Malaysia menjadi salah satu
negara pengeluar yang lebih kompetitif dan setanding atau lebih baik daripada
negara maju lain.
Cabaran Semasa di Sekolah
Disamping cabaran-cabaran yang melibatkan perubahan di era-era yang
dinyatakan diatas, profesion keguruan juga perlu menghadapi cabaran-cabaran lain
yang berkaitan dengan sekolah. Antaranya yang pertama, cabaran melibatkan staf
dan kakitangan sekolah. Guru mesti bersedia dengan segala karenah staf dan
kakitangan sekolah, berusaha memberikan kerjasama dan membina hubungan yang
baik dengan warga sekolah, serta berusaha menunjukkan kemampuan positif diri
EDM2104 - PEDAGOGI
10
2013
demi meningkatkan kebolehpercayaan dan pentafsiran imej diri yang baik dari warga
sekolah.
Manakala cabaran kedua ialah dari segi teknik dan strategi mengajar. Untuk
mencapai matlamat menjadi guru yang berkesan, seseorang guru itu perlulah
berusaha mencari dan mempraktikkan alternatif terbaik dalam teknik dan strategi
pengajaran yang berkesan dan merangsang murid sesuai dengan keadaan semasa.
Cabaran yang ketiga pula ialah berkaitan bahan bantu mengajar (BBM).
Masalah tiada peruntukan yang mencukupi dari pihak sekolah ditambah pula dengan
keperluan penggunaan bahan bantu mengajar yang tinggi sering membelenggu
prestasi penyampaian pengajaran guru. Justeru itu, guru mestilah banyak bersabar
dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan tepat atau alternatif lain untuk
menyampaikan pengajaran dengan berkesan sesuai dengan kemampuan diri.
Contohnya, guru perlu rela berkorban dari segi ekonomi dengan membelanjakan
sedikit wang untuk membeli atau menyediakan bahan bantu mengajar agar proses
pengajaran dan pembelajaran berjaya mencapai objektif yang diinginkan.
REFLEKSI
Profesion keguruan merupakan kerjaya profesional yang dipandang mulia
oleh masyarakat dan diangkat martabatnya sejak beberapa dekad yang lalu.
Sebagai kerjaya yang mementingkan profesionalisme, guru perlu menghadapi serta
mengharungi pelbagai cabaran getir semata-mata untuk mendidik, membentuk dan
melahirkan masyarakat yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk meneruskan
hidup di dalam dunia yang serba maju dan semakin canggih ini disamping tidak lupa
untuk menerapkan akhlak yang mulia, peribadi yang baik, dan semangat jati diri ke
dalam diri masyarakat.
EDM2104 - PEDAGOGI
11
2013
Antara cabaran-cabaran yang telah dibincangkan di dalam tugasan ini adalah
terdiri daripada empat konteks utama iaitu yang pertama, era krisis dan perubahan
masyarakat yang berlaku dari segi etika, moral dan sosial, yang kedua, cabaran di
era ICT, yang ketiga, cabaran di era k-ekonomi, dan yang keempat, cabaran semasa
di sekolah.
Cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks era krisis dan
perubahan antaranya ialah cabaran membina masyarakat berhemah dan beretika,
menangani krisis sosial dan moral, mempertahankan etika profesion keguruan, serta
cabaran etika dan kualiti personal guru.
Manakala cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks era ICT pula
ialah pembelajaran menerusi jendela dunia iaitu pembelajaran maya, pembelajaran
global, penggunaan IT yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai
kecerdasan atau “multiple-intelligences”, kepimpinan ICT dalam pendidikan dan
Pengajaran menggunakan sistem dalam talian atau “on-line”.
Cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks ketiga iaitu era k-
ekonomi ialah melahirkan golongan muda yang berilmu pengetahuan, berkemahiran,
berketerampilan, mengamalkan nilai dan sikap yang positif serta dinamik dan dapat
menyumbang kepada kemajuan k-ekonomi, membentuk generasi muda yang kreatif,
inovatif dan dinamik untuk menghadapi kemajuan dan cabaran k-ekonomi,
melahirkan golongan muda yang celik komputer sesuai dengan perubahan revolusi
maklumat atau ICT, menyediakan generasi muda yang berkemampuan dan berdaya
maju untuk menghadapi persaingan globalisasi, dan membentuk generasi muda
supaya berusaha menanamkan semangat patriotik dalam memajukan ekonomi
negara dan menghadapi perubahan serta cabaran k-ekonomi.
EDM2104 - PEDAGOGI
12
2013
Seterusnya, cabang-cabang cabaran dalam konteks keempat iaitu semasa di
sekolah terdiri daripada cabaran melibatkan staf dan kakitangan sekolah, teknik dan
strategi mengajar guru, dan juga masalah berkaitan bahan bantu mengajar.
Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya menyedari bahawa saya
sebagai guru pelatih juga tidak terlepas dari menghadapi segala cabaran seperti
yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, saya perlu lebih berusaha dalam
menyediakan diri saya untuk menghadapi serta mengharungi setiap cabaran sama
ada yang sedang dilalui kini ataupun yang akan mendatang. Justeru itu, sokongan
serta tunjuk ajar dari pihak institusi pengajian yang saya hadiri sekarang termasuk
juga panduan dari rakan-rakan sebidang sangat diperlukan untuk mempersiapkan
diri saya dalam menghadapi cabaran-cabaran getir dalam profesion keguruan.
EDM2104 - PEDAGOGI
13
2013
BIBLIOGRAFI
1. Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan – Prospek dan
Cabaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2. Rashidi Azizan, 1994, Prosiding Seminar JKLKAU Ke-9 – Pendidikan Guru:
Cabaran, Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul,
MASA Enterprise, Kajang, Selangor.
3. http://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dan-
cabaran-cabaran.html
4. http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-
memartabatkan-profesion-perguruan/
5. http://www.moe.gov.my
EDM2104 - PEDAGOGI
14
2013
LAMPIRAN