BuletinMERDEKA · pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi ... (1948-1960)....
Transcript of BuletinMERDEKA · pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi ... (1948-1960)....
Buletin
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
MERDEKA
Buletin MERDEKA
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
“SEKOLAH TRANSFORMASI :MENJANA GENERASI ABAD KE-21”
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melakaiaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayahkesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur
Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang keranakedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan AsiaBarat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdaganganutama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agamautama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk
agama tersebut.Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tanganPortugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu beradadalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ketangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pulake tangan British pada tahun 1824 melalui PerjanjianInggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahanpaling lama. British telah mencampuri semua urusanpentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan olehRaja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesarnegeri.
Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifatperseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yangbangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela,
Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.Pada era 1920-an dan1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan,sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya,muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkansemangat nasionalisme. Mereka menggunakan media sepertiakhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing.Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan sepertiKesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura(KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentukkerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk
menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepunpada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagiera penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayusehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengebomanHiroshima dan Nagasaki.Pengunduran Jepun telah memberi ruangkepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu.PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkanharta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa Britishmengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). KeganasanPKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembaliberkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, merekacuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapattentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan.Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnyamenyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendi
Sumber teks : Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia
RingkasanSEJARAH MALAYSIA
Buletin
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
MERDEKAUMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan
negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan
dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua
di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai
peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip
keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah
dipersetujui.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-
pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat
tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa
Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa
oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-
pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing
demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai
pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu
bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan
dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk
asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang,
iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka
kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan
dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa
ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja
Melayu. Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan
adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai
sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di
depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan
dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.
Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946,
dengan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai
pemimpinnya yang pertama dapat
dikatakan sebagai mengelak orang-orang
Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam
di bawah satu perkembangan politik dan
ekonomi yang begitu deras dan
menguntungkan golongan-golongan lain
yang lebih maju.Nasionalisme Melayu
sebelumnya agak malap kerana
wujudnya penduduk berbilang kaum
sebagai faktor penghalang, penekanan
oleh penjajah, tendensi masyarakat
Melayu untuk berpecah-belah mengikut
UMNO & KEMERDEKAAN
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
negeri, ketiadaan kesedaran
politik yang meluas serta
terdapat kemakmuran ekonomi
yang membolehkan kehidupan
sederhana kepada sebilangan
besar rakyat.Semangat
kebangsaan Melayu yang baru
meletus secara meluas itu perlu
untuk menjaga keutuhan
masyarakat yang sejak
beberapa lama merupakan
penduduk asal kepada kawasan
ini. Seluruh penentuan hidup di
negara ini sekarang ada
hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. Tetapi nasionalisme ini bukan
suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan
kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin
bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang
juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di
antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini
bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-
duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.
Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah
diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan
pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah
kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.
Sumber : http://www.umno-online.my/sejarah/
PENUBUHAN PERIKATAN / BARISAN NASIONAL
Parti Perikatan yang didaftarkan pada 30 Oktober 1957 ialah sebuah parti politikMalaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presidenUMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagimendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk TanahMelayu. Kaum Cina dan India, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuanyang sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti iniberjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British danmenjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjayamemperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk Sabah dan Sarawak.Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada Barisan Nasional yang
merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum,agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuhdan tersendiri. Kerjasama pelbagai kaum di bawah perikatan ini amatberkesan dan diterima oleh semua orang sehingga gabungan parti inimerupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan demokrasi.Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaumdi Tanah Melayu mendapat sokongan daripada semua orang. Semuapemimpin daripada pelbagai kaum mempunyai matlamat bahawaKemerdekaan Tanah Melayu tidak dapat diperolehi tanpa penyatuan kaumbagi tujuan keharmonian dan keamanan. Parti Perikatan diperbesarkandi bawah kerjasama orang Melayu dan orang bukan Melayu di seluruhnegara. Konsep ini disebarkan di peringkat wilayah dan negeri. Gabungan pelbagai parti menubuhkan BarisanNasional (BN) yang didaftarkan pada 1 Julai 1974.
Buletin
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
MERDEKAMIC (Kongres India Se-Malaysia)
Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan
pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan. MIC ditubuhkan
selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan
Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat
kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden
pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan
pengamal undang-undang. Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan
pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru,
dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan
persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut,
pencapaian parti MIC juga berubah.
Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka
yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki
taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan,
perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.
MCA (Malaysian Chinese Association)
Pada 27 Februari 1949, Tan Cheng Lock bersama-sama dengan
pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew
Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah
Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama
untuk membentuk MCA adalah untuk menyatukan orang-orang Cina di
Tanah Melayu;melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang
Cina;bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan
beker jasama dengan bangsa-bangsa lain untuk
memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Tan menyokong cadangan
H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya
Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato’ Onn terang-terang
mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan
dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO
pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara
UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan
melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO,
dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52
kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf
kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima
cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya
Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang
ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan
untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
10 Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan
2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar
Hilir, Melaka.
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan
menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan
Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis
Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad
dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa
pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat
antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana
Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah
Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.
Bernama (Januari 2007). ”Celebrating 50 years of independence”
Buletin
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
MERDEKAPERDANA MENTERI
MALAYSIA
YTM Tunku Abdul RahmanPutra Alhaj
PERDANA MENTERI MALAYSIAPERTAMA
31 Ogos 1957-21 Sept. 1970
BAPA KEMERDEKAAN
Tun Abdul Razak DatukHussein
PERDANA MENTERI MALAYSIAKEDUA
22 Sept. 1970-14 Jan 1976
BAPA PEMBANGUNAN
Tun Hussein OnnPERDANA MENTERI MALAYSIA
KETIGA15 Jan 1976-16 Julai 1981
BAPA PERPADUAN
Tun Dr. Mahathir MohamedPERDANA MENTERI MALAYSIA
KEEMPAT16 Julai 1981-
31 Oktober 2003BAPA PEMODENAN
Tun Abdullah Hj AhmadBadawi
PERDANA MENTERI MALAYSIAKELIMA
31 Oktober 2003-3 April 2009
BAPA PEMBANGUNAN MODALINSAN
YAB Dato Sri Mohd Najib TunHaji Abdul Razak
PERDANA MENTERI MALAYSIAKEENAM
3 April 2009 -Kini
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
KEMAJUAN &KEMAKMURAN NEGARA MALAYSIA
Buletin
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
MERDEKA
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & KIBAR JALUR GEMILANGPERINGKAT SMKPP16(1) PADA ISNIN, 15 OGOS 2016 DISEMPURNAKANOLEH YM. TENGKU HISHAMUDDIN ZAIZI BIN YAM TENGKU AZMAN SHAH
AL-HAJ, PENGARAH EKSEKUTIF IKHASAS GROUP
Buletin
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
MERDEKA
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.
Buletin Merdeka
Diterbitkan OlehUnit Komunikasi Korporat
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)Jalan P16G, Presint 16
62150 Putrajaya
www.smkpp16.edu.mywww.facebook.com/[email protected]
Penafian : Semua teks dan imej yang berkaitan dalam Buletin Merdeka adalah dipunyai oleh pemilikhak cipta masing-masing. Imej dan artikel , mana yang berkaitan adalah diambil dari domain awammelalui enjin carian www.google.com. Pihak penerbit merakamkan ucapan terima kasih atas ihsanpemilik hak cipta masing-masing.
“RUMAH MERDEKA” sumbangan IKHASAS SDN BHD