buletin janV2 09 - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/jan_09.pdf · PENDAFTARAN...
-
Upload
trinhduong -
Category
Documents
-
view
249 -
download
0
Transcript of buletin janV2 09 - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/jan_09.pdf · PENDAFTARAN...
Januari 2009
Buletin Kolej LONJAKAN KECEMERLANGAN PMR
Www.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htmWww.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htmWww.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htmWww.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htm
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID
K eputusan peperik-
saan PMR tahun
2008 yang diumumkan pada
30.12.2008 jelas menunjukkan
“budak kolej” tidak pernah
menghampakan harapan sekolah
kerana telah mencatatkan pening-
katan yang begitu ketara berband-
ing 2007.
Peratusan bilangan ‘A’
telah melonjak daripada 26.55%
pada tahun 2007 kepada 41.80%
pada tahun 2008. Berdasarkan
analisis peperiksaan PMR tahun
2008 seramai 79 orang pelajar
daripada 189 orang pelajar
keseluruhanya telah berjaya
memperolehi keputusan semua ‘A’
dalam mata pelajaran yang di
ambil oleh mereka, berbanding
dengan tahun 2007 hanya seramai
47 orang pelajar daripada 177
orang pelajar sahaja yang
memperoleh semua ‘A’ dalam mata
pelajaran yang diambil.
Nilai GPS bagi tahun 2008 juga
telah menurun menjadi 1.23 ber-
banding sebanyak 1.35 pada tahun
2007. Manakala nilai GPA telah
meningkat daripada 3.65 pada
tahun 2007 kepada 3.77 pada tahun
2008. Kejayaan ini menjadi satu
cabaran kepada pelajar tingkatan 3,
tahun 2009 untuk mengatasi rekod
yang telah dilakukan oleh abang-
abang mereka pada tahun lepas.
Syabas dan tahniah diucapkan
kepada pelajar PMR 2008.
MA’AL HIJRAH DAN MAJLIS ASYURA 1430H
Kecemerlangan PMR 2008Kecemerlangan PMR 2008Kecemerlangan PMR 2008Kecemerlangan PMR 2008
S ambutan Maal Hijrah
peringkat Kolej Sultan
Abdul Hamid telah
diadakan pada hari
Sabtu 10hb Januari 2009, dengan
dua aktiviti dilaksanakan iaitu
ceramah agama dan aktiviti
memasak bubur asyura. Ceramah
agama telah diadakan di Surau As-
Solihin. Penceramah bagi program
ini ialah anak jati Kedah iaitu
Ustaz Mohd. Firdaus Abu yang
pulang ke Kedah dari Kelantan
semata-mata untuk menyampaikan
ceramah kepada pelajar Kolej.
Intipati ceramah beliau adalah
untuk memberikan kesedaran
kepada para pelajar betapa
perlunya menghormati ibu bapa
seperti yang dituntut oleh agama
Islam. Manakala majlis memasak
Asyura telah dijalankan di bengkel
KHB bermula jam 8.30 pagi.
Lihat Muka 2
P rogram Interaksi
Waris kali pertama
bagi tahun 2009 telah
diadakan pada hari
Khamis 15hb Januari. Penera-
gan dan analisa oleh guru-guru
tingkatan kepada para waris
berdasarkan keputusan Peperik-
saan Akhir Tahun 2008.
Kumpulan sasaran
adalah pelajar tingkatan 2, 3, 5
dan Pra-U2. Bagi pelajar tingka-
tan 2, perjumpaan waris telah
diadakan di Dewan Iskandar
danbagi pelajar tingkatan 3, 5
SAMBUTAN 100 TAHUN KOLEJ 1908 –2008 MUKA 2 EDISI 1
PROGRAM INTERAKSI WARIS
dan Pra-U2 aktiviti diadakan di
kelas masing-masing. Majlis ber-
mula pada jam 12.10 tengahari.
Ramai para waris yang telah
hadir dan dalam program ini te-
lah mendapat maklumat lebih
telus dan terperinci tentang anak-
anak mereka daripada guru ting-
katan masing-masing. Diharap-
kan melalui program ini dapat
mewujudkan hubungan dua hala
yang baik dalam kalangan guru
dan ibu bapa sebagai usaha mem-
bina pelajar cemerlang.
MAJLIS ANUGERAH PENGETUA MAJLIS ANUGERAH PENGETUA MAJLIS ANUGERAH PENGETUA MAJLIS ANUGERAH PENGETUA
M ajlis Anugerah Pen-
getua (MAP) kali
pertama bagi tahun
2009 telah di-
jalankan selama dua hari iaitu
pada 13 dan 14 Januari 2009. Pen-
yampaian sijil berdasarkan kepu-
tusan Peperiksaan Akhir Tahun
(PAT) 2008. Kumpulan sasaran
ialah pelajar tingkatan 2, 3, 5 dan
Pra-U2. Majlis Anugerah Pengetua
dimulai dengan nyanyian lagu
Kolej oleh para pelajar, ucapan
pengetua dan seterusnya penyam-
paian sijil kepada para pelajar.
MAP dijalankan dalam 2
sesi iaitu sesi pertama bermula
jam 7.45 pagi dan sesi kedua pada
pukul 12.50 tengahari. Sesi perta-
ma pada 13hb Januari adalah un-
tuk pelajar tingkatan 2, manakala
sesi kedua untuk pelajar tingkatan
3. Pada 14hb Januari, sesi pertama
dikhaskan untuk pelajar tingkatan
5 dan sesi kedua untuk pelajar
Pra-U2.
Keputusan pencapaian pela-
jar tingkatan 2 seramai 30 orang
dan dua orang mendapat GPA 4.0,
tingkatan 3 seramai 26 orang, GPA
terbaik 3.91. Tingkatan 5 seramai
11 orang, GPA terbaik 3.75.
Pencapaian bagi Pra-U2
Sains seramai 7 orang, seramai 2
orang GPA terbaik iaitu 3.50. Pra-
U2 Kemanusiaan seramai 23 orang,
GPA terbaik adalah 3.84. Keputu-
san peningkatan bagi tingkatan 2
adalah seramai 31 orang, tingkatan
3 seramai 27 orang, tingkatan 5 se-
ramai 18 orang, Peningkatan bagi
Pra-U2 Sains seramai 12 orang dan
Pra-U2 Kemanusiaan seramai 6
orang.
PENDAFTARAN
PELAJAR BARU
TINGKATAN 1
M ajlis pendaftaran
pelajar tingkatan 1
telah berlangsung di
Kafeteria Kolej pada
3hb Januari yang lalu. Sebanyak
empat kaunter pendaftaran telah
dibuka. Para waris telah diberikan
taklimat oleh Tuan Pengetua di
Dewan Iskandar. Menurut Penyelia
Tingkatan 1, seramai 220 orang
pelajar telah mendaftarkan diri.
Mereka terdiri daripada 179 orang
pelajar Melayu, 29 orang pelajar Cina,
11 orang pelajar India dan seorang
pelajar Siam. Kesemua pelajar yang
terpilih memasuki Kolej ini
datangnya dari seluruh negeri Kedah.
Pencapaian yang
cemerlang dalam akademik dan
bidang kokurikulum menjadi asas
utama para pelajar ini
ditawarkan belajar di sini. Kolej
menjadi tumpuan kebanyakan ibu
bapa kerana keputusan
peperiksaannya yang tidak
pernah menghampakan. Ada juga
dalam kalangan waris pernah
belajar di Kolej ini pada tahun
1980-an dan pada tahun ini anak
mereka pula berjaya mendapat
tempat di sini dan ini merupakan
satu kebanggaan bagi mereka.
MA’AL HIJRAH
Sebanyak tiga periuk besar bubur
asyura telah dimasak oleh guru-
guru yang diketuai oleh Ustaz
Salleh bin Yusof dan dibantu oleh
pelajar Islam tingkatan 4. Bubur
tersebut dibungkus dan diedarkan
kepada semua guru dan pelajar.
Sambungan Muka 1
M ajlis Perwakilan
Pelajar (MPP)
telah mengan-
jurkan Minggu
Kemanusiaan bermula 19hb
Januari sehingga 22hb Januari
yang bertemakan ”Say No To Vio-
lence”, khas untuk menunjukkan
keperihatinan kita terhadap
rakyat Palestin di Gaza yang
tanah air mereka telah diserang
oleh Rejim Zionis Israel. Peras-
mian program ini telah dilaksana-
kan oleh Tuan Pengetua pada
19hb Januari. Tujuan utamanya
adalah untuk mengutip sumban-
gan berupa wang ringgit daripada
warga Kolej .
Sumbangan tersebut akan
diserahkan kepada wakil MERCY
Malaysia cawangan Kedah.
Antara aktiviti yang dijalankan
selama seminggu ini adalah
seperti pengucapan awam dan
menandatangani kain rentang
yang dijalankan di Kafeteria Kolej
pada waktu rehat, manakala
kutipan derma daripada seluruh
warga Kolej turut dijalankan.
TABUNG KEMANUSIAAN GAZA
MUKA 3 EDIS I 1
MAJLIS BACAAN
YASIN
M ajlis bacaan Yasin
mengikut tingkatan
bagi pelajar beragama
Islam telah diadakan
di Surau As-Solihin. Tujuan majlis ini
diadakan adalah supaya pelajar dapat
memohon keberkatan daripada Allah
s.w.t sepanjang mereka belajar di
Kolej pada tahun 2009 ini.
Pembacaan Yasin ini bermula
jam 1.30 petang iaitu selepas semba-
hyang Zohor dan diketuai oleh Ustaz
Salleh Yusof dibantu oleh Ustaz
Zulkifli Mahamadan dan Ustaz Jamal
Nasir Ash’ari. Majlis pembacaan
Yasin bermula pada 5hb Januari un-
tuk pelajar tingkatan 2 dan Pra-U2,
6hb Januari adalah untuk pelajar
tingkatan 4, 7hb Januari adalah un-
tuk pelajar tingkatan 1 dan pada 8hb
Januari adalah untuk pelajar tingka-
tan 3 dan 5. Besarlah harapan agar
semua pelajar Islam di Kolej tidak
melupakan kurniaan-Nya kepada
mereka di samping sentiasa menghor-
mati guru agar ilmu yang diperoleh
mendapat keberkatan.
PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA
P elajar asrama mula
mendaftar masuk di
asrama Kolej pada
3hb Januari 2009
termasuk pelajar tingkatan 1.
Seramai 207 orang pelajar telah
mendaftarkan diri untuk
menghuni asrama dan
enrolmennya mengikut tingkatan
adalah seperti berikut :
TINGKATANTINGKATANTINGKATANTINGKATAN LLLL PPPP
1111 54545454 ----
2222 31313131 ----
3333 55555555 ----
4444 27272727 ----
5555 19191919 ----
PRAPRAPRAPRA----U2U2U2U2 7777 14141414
JUMLAHJUMLAHJUMLAHJUMLAH 193193193193 14141414
Program suai kenal pelajar
tingkatan 1 telah dilaksanakankan
selama satu minggu. Majlis
penutupan minggu suai kenal ini
telah dilakukan oleh Tuan
Pengetua. Pelbagai pengisian
seperti persembahan telah
dijalankan oleh pelajar
tingkatan 1 bertempat di dewan
makan asrama. Pelajar yang
tinggal di asrama ini
kebanyakannya adalah dari luar
bandar Alor Setar seperti dari
Langkawi, Kuala Muda dan
Padang Terap. Pihak Kolej
berharap agar pelajar tingkatan
1 yang tinggal di asrama dapat
membina keyakinan diri di
samping memupuk hubungan
erat dalam kalangan
penghuninya.
SKUASY HEBAT
K e j o h a n a n S k u a s y
peringkat MSSK(D) Kota
Setar telah berlangsung
pada 22hb dan 23hb
Januari yang lepas bertempat di
Kompleks Sukan Muadzam Shah,
Alor Setar Kedah . Menurut guru
penasihat pasukan skuasy, En. Ku
Azizan Ku Baharom pasukan Kolej
yang turut menyertai kejohanan
Lihat Muka 4
S eramai 67 orang penga-
was telah dilantik untuk
memikul tugas dan tang-
gungjawab pada tahun
ini. Kesemua pengawas yang
dilantik ini terdiri daripada pelajar
tingkatan 3, 4, 5 dan Pra-U2.
Pengawas yang dilantik terdiri
daripada 27 orang pengawas lama
dan 40 orang pengawas baru.
Pelantikan pengawas baru di Kolej
ini melalui beberapa tapisan
bermula sejak tahun 2008 lagi.
Pelajar yang dipilih atas cadangan
semua guru akan menghadapi sessi
temu duga dan bertugas sebagai
pengawas percubaan sebelum
ditauliahkan sebagai pengawas
sebenar pada 12hb Januari yang
lalu. Saudara Dickson Lau telah
diberi tanggung jawab sebagai
Ketua Pengawas, manakala Izzat
Nacquiudin Ibrahim dan Ariff
Kamal Khairi Zulkafli diberi
tanggung jawab sebagai Timbalan
Ketua Pengawas. Ketua Pengawas
perempuan pula disandang oleh
saudari Sty Deyanasuhaila Mat Desa
dan dibantu oleh penolongnya,
saudari Niwashini a/p Sundarajan.
Watikah pelantikan pengawas ini
telah disampaikan oleh Tuan
Pengetua dalam satu perhimpunan
khas.
WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS
MUKA 4 EDIS I 1
MAJLIS ORENTASI PELAJAR 2009
M ajlis orentasi
pelajar tingkatan 1
tahun 2009 telah
diadakan selama
empat hari di Dewan Iskandar,
mulai 4hb Januari sehingga 7hb
Januari. Sepanjang majlis
orentasi ini pelajar tingkatan 1
telah diperkenalkan kepada
pelbagai aspek yang terdapat di
Kolej ini seperti pentadbir, pakej
mata pelajaran, pengurusan
disiplin, aktiviti kokurikulum,
lokasi tempat-tempat utama dan
yang paling utama sekali ialah
nyanyian lagu Kolej dengan
iringan pasukan pancaragam
sekolah. Majlis ini dikelolakan
oleh kaunselor sekolah iaitu Pn.
Normi Dahar dan En. Azhar Md.
Arshad.
Pada 8hb Januari majlis
penutupan orentasi pelajar tingkatan
1 telah dilakukan oleh Tuan
Pengetua. Selepas itu, pelajar
tingkatan 1 ini telah diminta masuk
ke kelas bersama-sama guru kelas
masing-masing untuk aktiviti
pengurusan kelas seperti lantikan
ketua kelas, mengambil buku teks
dan penyerahan profil pelajar.
Diharap dengan adanya majlis ini
pelajar tingkatan 1 akan lebih
berdikari dalam menempuh segala
cabaran yang mendatang di Kolej ini.
Orentasi pelajar tingkatan 4
tahun 2009 pula telah berlangsung di
dewan makan Asrama mulai 4hb
Januari sehingga 6hb Januari.
Kesemua pelajar ini telah belajar
di Kolej selama tiga tahun dan
mereka ini juga telah
membanggakan Kolej dengan
mencatatkan keputusan terbaik
dalam sejarah peperiksaan PMR
tahun 2008. Majlis orentasi ini
dikelolakan oleh kaunselor pelajar
iaitu En. Sheridean Zakaria. Pada
majlis ini aktiviti yang paling
utama ialah pemilihan pakej mata
pelajaran dan pembahagian kelas.
Semua ketua panitia mata
pelajaran telah diminta
memberikan taklimat berkenaan
mata pelajaran masing-masing.
Majlis penutupan orentasi
tingkatan 4 ini telah dilakukan
oleh Tuan Pengetua pada 6hb
Januari, selepas itu pelajar
tingkatan 4 bergerak ke surau
untuk majlis bacaan Yasin.
Sidang Buletin
Penasihat :
Tuan Pengetua
Penyelaras :
Guru Kanan Teknik & Vokasional
Ketua Editor :
Encik Izham Ibrahim
AJK Guru :
Encik Azhar Md Arshad
Puan Roszilawati Yayah
AJK Pelajar :
Muhammad Khairy Mohamad Rosidi
Muhd. Husaini Hashim
Ku. Mohd Farhan Ku. Mohd Faudzi
Mohd Imran Mohd Nordin
Wan Azizul Afif Wan Mohd Hilmi
tersebut telah berjaya membolot
tempat pertama, kedua dan ketiga
bagi kategori bawah 15 tahun.
Manakala bagi kategori bawah 18
tahun hanya berjaya mendapat
tempat kedua sahaja. Tahniah
diucapkan.
Sambungan Muka 3
SKUASY HEBAT