Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia
-
Upload
juradi-durjari -
Category
Travel
-
view
14.334 -
download
2
description
Transcript of Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia
SMK SRI RAHMAT
KELAS PENDIDIKAN KHAS
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
PERTANIAN
BAHAGIAN 1
PENANAMAN SAYURAN
intisari1.0 PENANAMAN SAYURAN
1.1 Jenis sayuran
1.2 Pemilihan tapak
1.3 Penyediaan tapak
1.4 Pembinaan batas
1.5 Pemilihan benih
1.6 Kaedah menanam sayuran
1.6.1 Menyemai benih besar
1.6.2 Menyemai benih kecil
1.6.3 Semaian terus
1.6.4 Mengubah/memindah semaian
1.6.5 Mengekalkan kesegaran
1.6.6 Perlindungan semaian
1.6.7 Sungkupan
1.6.8 Penjarangan
1.6.9 Memancang
1.6.10 Kawalan Penyakit dan Serangga
1.6.10.1 Jenis racun
1.6.10.2 Teknik Meracun
1.6.11 Membaja
1.6.11.1 Jenis baja
1.6.11.2 Teknik membaja
1.1 JENIS SAYURANSayuran daun
Sawi
Kailan
Bayam
Sayuran kekacang
Kacang panjang
Kacang botor
Kacang buncis
Kangkung Kacang sepat
Sayuran berubi / akar
Bendi
Keledek
Ubi kayu
Sengkuang
Lobak putih
Lobak merah
Sayuran Berbuah
Petola
Bendi
Cili
Peria
Timun
Tomato
Latihan 1
1. Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun
Kubis _____________ petola______________
Timun _____________ kangkung______________
Bayam _____________ buah naga ______________
Peria _____________ kalian______________
2. Gariskan sayuran buah
Cili bendi Peria keledek
Ubi kayu kacang tanah
Kacang buncis kacang sepat
3. BULATKAN sayuran berubi
Keledek labu Labu air kentang
Keladi rozel
Lobak merah sengkuang
4. Sayuran ______________ memerlukan junjung untuk menjalar.
A . daun B. berbuah
C. kekacang D. berubi
BATAS1.2 Pemilihan Tapak Batas
o Tanah sebaik-baiknya ratao Kawasan yang lapang
o Dekat jalan raya
o Dekat bekalan air
o Dekat dengan rumah
o Saliran yang baik
1.3 Penyediaan Batas
o Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput
o Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25 hingga 30 sm bagi gemburkan tanah dan membunuh akar rumpai
o Gemburkan tanah dengan penggembur
o Buat parit saliran
o Tebang pokok besar disekeliling bagi memudahkan pencahayaan
o Bina batas dengan ukuran yang sama
1.4 Pembinaan batas
o Terdapat 2 jenis batas iaitu : Batas tunggal
Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,
Batas rata
Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m dan Panjang – 5-9 meter
o Jarak di antara batas ialah 30-60 sm
o Batas berguna bagi mengelak air bertakung dan memudahkan menjaga tanaman
1.5 Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih
o Cukup matang/tua
o Besar dan berisi penuh
o Bebas dari haiwan perosak atau penyakit seperti kulat
o Simpan benih di bekas kedap udara
o Labelkan bekas simpan benih
1.6 Kaedah menanam sayuran
Terdapat 3 cara menanam sayuran:
o Penanaman 4 segio Penanaman 3 segi
o Penanaman silang/ kuinkuk
1.6.1 Menyemai benih besar
o Semaian terusMenyemai benih kecil
o Semaian terus ( seperti langkah di atas)
1.6.2 Semaian terus
Langkah –langkah semaian:
Rendamkan biji benih sehari bagi memudahkan percambahan
Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1 lubang
Selepas bercambah ,buang semaian yang kurang sihat, tinggalkan 1 benih yang sihat saja.
Terdapat 2 kaedah semai tabur:
o 1. Kaedah Jalur
Bina jalur
Tabur benih dan timbus tanah
Selepas bercambah buat penjarangan dalam jarak tertentu
o 2. Semai Tabur
Tabur benih
Timbuskan dengan tanah nipis
Siram
Selepas bercambah, buat penjarangan dalam jarak tetentu
1.6.3 Semaian di Tapak Semaian
Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus iaitu :
1. Mengguna Polibeg
o Sesuai untuk cili, tomato dan terung
o Pindahkan ke tanah setelah matang
2. Kotak Percambahan
o Menggunakan kotak kayu yang berlubang
o Tanah mengandungi 2 bahagian tanah peroi, 1 bahagian baja organic , 1 bahagian pasir
o Tabur benih dan tutup dgn tanah halus
o Pindahkan ke tanah selepas percambahan
3. Batas semaian
o Bubuh baja asas dan baja fosforus ke tanah sebelum semaian
o Semai kaedah jalur / tabor
o Siram dan ubah benih selepas bercambah
1.6.4 Mengubah/memindah semaian
Semai di tapak semaian
Guna sudip dan pastikan akar benih tidak rosak
Ubah/pindah setelah cukup matang
Tanam ikut jarak yang sesuai
1.6.5 Mengekalkan kesegaran
Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan menggunakan 2 cara iaitu:
1. bekalan air berterusan sama ada melalui siraman tangan atau penyebar air
2. perlindungan- menggunakan pelindung jaring plastic hitam/hijau telus air atau sungkupan daun kelapa
1.6.6 Perlindungan semaian
Tujuannya ialah bagi mengelakkan panacaran matahari terlalu terik dan timpaan hujan lebat yang boleh menghanyutkan dan merosakkan anak benih.
Kaedah sungkupan merupakan kaedah tradisi yang masih digunakan iaitu menggunakan daun kelapa atau rumput menutup permukaan tanah yang telah disemai benih
Kaedah moden adalah menggunakan jarring hijau,hitam atau plastic telus cahaya
1.6.7 Penjarangan
Pembuangan anak benih yang tumbuh terlalu rapat dan memindahkan kepada jarak tertentu.
Mengurangkan anak benih berebut baja, cahaya air, dan zat makanan
1.6.8 Memancang
Memancang ialah proses membuat sokongan kepada pokok terutama pokok menjalar atau tumbuhan memanjat.
Terdapat 3 jenis pancangan iaitu :
1. Pancang 3 segi 2. Pancang jenis jarring
3. Pancang jenis pagar
1.6.9 Kawalan Penyakit dan Serangga
Haiwan perosak dan serangga akan membawa pengakit, merosakkan daun dan memakan anak benih.
Haiwan perosak
Kutu daun, ulat bulu, teritip,belalang,kumbang, pianggang (mengkerintingkan daun), bari-bari ( warna kuning yang menbuk dan memakan daun), nematola,siput dan koya( debu putih)
Jenis racun
Racun serangga Racun rumput
Penyakit Sayuran
Melecur - akibat kulat Reput akar – akibat kulat dan bacteria
Bintik daun – akibat kulat
Kulapuk – akibat kulat
Karat batang- akibat kulat
Pokok terbantut- akibat virus
1.6.9.1 Langkah Mengawal
Sembur racun serangga
Buang siput/ulat bulu
Tabur umpan racun bagi mengawal siput atau tikus
Tanaman giliran
Menjaga kebun dengan bersih
1.6.10 Tanaman giliran
Pusingan Giliran:
I – Tanaman Kekacang
II- Sayuran daun
III- Tanaman berubi
IV- Sayuran berbuah
Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya dapat mengawal makluk perosak, men yerap zat makanan dengan sekata dan menambah nitrogen dalam tanah terutama jika menanam tanaman kekacang.
1.6.11 Membaja
1.6.11.1 Tujuan Membaja
Membekalkan zat makanan Membaiki struktur tanah
1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K)
N – Nitrogen ( tumbesaran) P – Phosforus (akar)
K – Kalium ( bunga dan buah)
1.6.11.3 Jenis Baja
Terdapat 2 jenis baja iaitu baja organan dan baja organan
Baja organan
Sumber asli dari najis haiwand an pokok reput seperti tahi ayam, tahi lembu, rtahi kambing, kompos dan tanah bakar
Baja kimia
Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja tunggal dan baja campuran sebatian
Baja tunggalo Baja Nitrogen ( urea 46%,
ammonium sulfat 20 % dan ammonium nitrate 33%
o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli pra Natal, Fosfat Super)
o Baja Kalium ( Kalium klorida 50% dan Kalium sulfat 50%)
Baja Campuran/sebatian
o Mengandungi N.P.K ( nitrogen,phosphorus dan kalium)
o Nisbah : N -15%, P – 15% , K – 17 % dan Magnesium – 2%
Teknik Membaja
Pembajaan asas – dicampur dengan tanah o Membaja sebelum menanam
5 kg baja organan/0.3 kg baja sebatian
Baja fosforus CIRP 50 gram
Kapur 0.5 kg
Pembajaan permukaan
o Tabur sekeliling pokok
o Tabur setiap 2 minggu
o Elak baja terkena pokok
o Boleh juga mencampur dengan air nisbah 5 air 1 baja dan sembur
Pemungutan Sayuran
Sayuran Cara Tanam Jarak tanam
Jarak Tanam
Mula Kutip hasil (minggu)
Antara tumbuhan
Antara barisan
Peria Semaian terus
Perlu junjungan
45 cm 60 cm 10 -12 minggu
PetolaSemaian terus
Perlu junjungan
45 cm 60cm 8-10 minggu
Sawi Semai dan pindah ke batas
25 cm 30cm 4-6 minggu
TerungSemai di polibeg
Dan ubah ke batas
45 cm 60 cm 10-12 minggu
TimunSemain terus ke batas
Perlu junjuungan
45 cm 60 cm 6-8 minggu
Tomato Semai terus ke batas atau polibeg
45 cm 50 cm 12-14 minggu
MAKLUMAT
TANAMAN
PENANAMAN BENDI
1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus)
2. Pendahuluan:
Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi
3. Tanah:
Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik
A.Menyedia KawasanBajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah, baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar
B. Menanam
Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang (Rajah 1).
C. Membaja
Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.
D. Menyiram
Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah
E. Merumput
Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.
F. Sungkupan
Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan.
G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas
4. Kawalan Musuh Dan Penyakit:
Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.
Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.
5. Penuaian:
Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika:
i. 50 - 55 hari selepas menanam.ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan. iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur.
Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar.
6. Pengendalian Lepas TuaiBuah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahaja
tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjah Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %.
|
PENANAMAN KACANG PANJANG
1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis)
2. Penanaman:
Penyediaan Tanah:
Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke 9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan permukaan pasu.
Menanam:
Di Ladang
Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara pokok.
Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1 pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi).
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2 minggu ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu pasu.
Menyedia Junjung:
Di Ladang
Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan.
3. Penjagaan:
Menyiram air:
Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan
Membaja:
Di Ladang
Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.
Merumput:
Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.
4. Kawalan Penyakit Dan Serangga:
Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1% b.a.
5. Memungut Hasil:
Di Ladang
Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.
PENANAMAN KACANG BOTOR
1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus D.C. )
2. Pendahuluan:
Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A & B. Ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara.
Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-tepi pagar rumah.
Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai 4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.
3. Tanah:
Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu daripada ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai.
4. Penanaman:
A. Menyedia Kawasan
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas berukuran 1.3 m lebar, 30 sm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 30 sm.
B. Menanam
Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang
berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih sebelum menanam.
Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok dan 1 m antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiap batas mengandungi 2 barisan pokok. Tanam terus biji benih ke batas sebanyak 2 biji selubang, lebih kurang 2.5 sm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat pada setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan.
C. Menyedia Junjung
Untuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2.0 m - 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yang kecil. (Rajah 1)
Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergaris pusat 8 - 10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas. Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6 sm garis pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2). Sambungkan tiang-tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
PENANAMAN CILI
PENANAMAN
Penyediaan Tanah
1. Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm
tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter
persegi kawasan.
2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
Menyedia Anak Benih
1. Di ladang
Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3
bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.
Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan
hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas
disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih
kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
Menanam
1. Di Ladang
Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya
anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris
2. Dalam Pasu atau bekas lain
Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.
PENJAGAAN
Sungkupan
1. Diladang
Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
Gunakan rumput-rumput kering.
Merumput
Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.
KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK
Penyakit KawalanBintik daun Sembur racun kulat Benomyl Antraknos buah Sembur racun kulat seperti mancozeb Kutu daun Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos
atau ImidachlopridHamama merah Sembur racun seperti dicofol atau malathion Kerekot daun dan mozek daun
(a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawal kutu daun adalah penting.(b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.
Layu bakteria Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok.
MEMUNGUT HASIL
1. Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 -
200 kg.
2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula)
PENANAMAN
Penyediaan Tanah
Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar.
Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor. Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah
sarap sebelum menyediakan batas.
PENJAGAAN
Membaja
Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0.4 ha) digunakan sebagai baja asas.
Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan. Program pembajaan
Masa Pembajaan Kadar Baja(kg/0.4 ha)
Cara Membaja
3 minggu lepas tanam 100 Tabur di keliling pokok 5 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok 7 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok
Menyiram
Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.
Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok
Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah.
Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembentukan buah yang lebih besar.
Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.
Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan pembesarannya tidak terganggu.
Membalut buah
Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah. Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut
dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.
MEMUNGUT HASIL
Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petik buah yang masih lembut dan belum bersabut.
Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.
PENANAMAN TERUNG
PENYEDIAAN TANAH
1. Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm
tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter
persegi kawasan.
2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
MENYEDIA ANAK BENIH
Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi.
Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah.
Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji benih.
Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.
Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.
Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
MENANAM
1. Di Ladang
Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas.
Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak benih senang digali.
Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm
2. Dalam Pasu atau bekas lain
Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 - 5 cm.
Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.
PENJAGAAN
Menyiram
Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hujan.
Membaja
1. Di Ladang
Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu.
2. Dalam Pasu dan bekas lain
Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
1. Di Ladang
Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
2. Dalam Pasu dan bekas lain
Gunakan rumput-rumput kering.
Merumput
Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan, cangkul atau tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu.
Menyedia Sokongan
1. Di Ladang
Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.
2. Dalam Pasu dan bekas lain
Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m panjang.
KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT
Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah.
Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air untuk mengawal bintik daun.
MEMUNGUT HASIL
1. Di Ladang
Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang.
Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 -
125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM45 hingga RM75.
2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain
Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok.
PENANAMAN TIMUN
PENANAMAN
Penyediaan Tanah
1. Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi.
Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 30cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100
meter persegi kawasan.
2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
Menanam
1. Di ladang
Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm. Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam,
tinggalkan sepokok selubang.
2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain
Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm. Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas
menanam.
PENJAGAAN
Sungkupan
1. Di Ladang
Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan di atasnya sebagai sungkupan.
2. Dalam Pasu atau bekas lain
Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.
Menyedia Junjung
1. Di Ladang
Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas.
Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat.
Menyiram
Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.
Membaja
1. Di Ladang
Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 m persegi
Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.
2. Dalam Pasu dan Bekas lain
Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu.
Merumput
Kawal rumput sepanjang masa.
KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT
Penyakit / Perosak KawalanKumbang daun Sembur racun kulat Carbaryl dengan
kadar 0.1% bahan aktif (b.a) Kutu daun Sembur racun serangga seperti malathion
dengan kadar 0.1% bahan aktif Kulapuk berdebu/ Semburan benomyl dengan kadar 0.025%
Kulapok downy b.a.
MEMUNGUT HASIL
1. Di Ladang
Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang.
Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15 hingga 20 cm.
Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan. Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter
persegi kawasan. Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata
RM1.00/kg.
| Atas | Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia
TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru
ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan dengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10 pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang berkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yang dicadangkan untuk penanaman.
Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat.
Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama dalam penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada penyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi
membantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji dan mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan. Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini.
Terung Varieti ARC-BJ-105
>> ARC-BJ-105 yang menarik
Ciri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut:
Ciri-ciri tanaman:
Ketinggian 133 cm Habit TegakBatang & daun Hijau keunguan dan diliputi bulu halus
Ciri-ciri buah:
Warna Ungu gelap Isi KehijauanBentuk MemanjangSaiz 56.7 cm (P) x 3.4 cm (L) Berat 130 g
Hasil buah 3 kg/pkk (lingkungan 2.7-3.4 kg/pkk)
Hari berbunga
21 hari selepas mengubah
Tuaian 40 hari selepas mengubah
PENGELUARAN TANAMAN
Bahan Tanaman
Terung tumbuh daripada biji benih. Isinya diambil dan dibersihkan biji benih daripada buah yang masak. Keringkan dalam suhu bilik. Biji benih yang telah dikeringkan dan disimpan dalam bekas kedap udara masih boleh digunakan dalam 3-4 bulan. s can be used as planting materials. Dried seeds in air-tight containers can remain viable for 3-4 months.
Semaian
Biji benuh boleh disemai terus di kebun atau ditanam di dalam polibeg terlebih dahulu. Bagi menyediakan anak benih, 2-3 biji benih ditanam dalam polibeg kecil (10 cm x 12 cm) dengan tanah atas. Biji benih yang telah bercambah disiram setiap hari dan diberikan beberapa butir baja pertumbuhan biasa. Selepas 4-5 minggu, ia boleh dipindahkan ke ladang.
Penyediaan Tanah
Terung paling baik ditanam ditanah yang bersaliran baik. Sediakan kawasan dengan membersihkans semua tumbuhan dan diikuti dengan pembajakan. Sediakan batas 70 cm lebar dan 20-30 cm tinggi dengan jarak 30 cm setiap batas. Berikan baja tahi ayam 10 t/ha, 1 t/ha dolomit dan 0.2 t/ha baja campuran 12:12:17:2+TE sebelum menanam.
Penanaman
Satu baris bagi setiap batas adalah dicadangkan. Bagi kedua-dua kaedah tanam terus atau dipindahkan daripada anak benih, jarak tanaman yang dicadangkan ialah 1m antara baris dan 0.5 m jarak dalam baris. Kepadatan tanaman ialah 13,300 pkk/ha. Sediakan teduhan sementara bagi anak pokok yang baru diubah ke ladang. Siram setiap hari bagi pertumbuhan awal pokok. Apabila tanaman telah tumbuh dengan baik, penyiraman sekali dalam 2 hari adalah memadai.
Pancang
Pancang adalah penting untuk memastikan batangnya tegak dan untuk
mengelak pokok rosak akibat tiupan angi. Sekiranya ia tidak disokong oleh kayu pancang, pembuahan yang lebat juga boleh mematahkan dahan pokok.
Pembajaan
Baja campuran 12:12:17:TE at 0.2 t/ha diberikan sekali seminggu. Selepas pembungaan, kadar baja perlu ditingkatkan kepada 0.4 t/ha setiap 10 hari.
Kawalan Rumpai
Apabila pokoknya masih muda, merumpai secara manual selalu diamalkan. Apabila pokok telah mengeluarkan buah, racun herba lepas cambah boleh digunakan untuk mengawal rumpai. Kini, sungkupan plastik sering digunakan untuk mengawal rumpai dan kehilangan kelembapan.
>> Sungkupan plastik digunakan untuk mengawal rumpai. Pancang diperlukan untuk menyokong dahan pokok.
Perosak dan Penyakit
Varieti ini adalah resistan dengan penyakit layu bakteria. Pengorek buah dan pucuk boleh dikawal dengan penyemburan racun serangga serap (cth: Rogor) atau pyrethroids (cth:. Kilsect).
Thrip merupakan perosak biasa bagi tanaman terung. Ia menyerang daun bermula dengan lubang kecil, daun menebal dan bahagian tepinya
bergulung ke bawah. Thrip boleh dikawal dengan semburan Mesurol.
Penuaian
Buahnya boleh dituai 6 minggu selepas mengubah ke ladang atau 3 minggu selepas pembungaan. Penuaian dibuat setiap 3-4 hari. Buah perlu dipotong daripada tangkainya menggunakan pisau tajam atau sketeus. Buah terung ARC-BJ-105 berwarna ungu kehitaman dan kelihatan amat menarik. Hasail sebanyal 36-45 t/ha boleh diperolehi.
PENANAMAN KACANG BUNCIS 1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris )
2. Pendahuluan: Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang
berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.
3. Jenis:
Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu:
a. MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI.
b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka.
4. Tanah:
Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya.
3. Penanaman:
A. Menyedia Kawasan
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm untuk pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6 m.
B. Menanam
Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan jarak 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok. Setelah anah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha.
C. Menyedia Junjung
Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncis perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8 m - 2.4 m. Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan.
Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
Rajah menunjukk
an rupa bentuk junjunguntukpokok kacang buncis
4. Penjagaan: A.
Menyiram Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan.
B. Membaja
Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan untuk 0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah.
Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.
C. Merumput
Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan
rumpai.5. Memungut Hasil:
Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3 hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan 4,235 kg bagi 0.4 ha.