BUKU PERATURAN DAN SYARAT ISTIADAT KONVOKESYEN …
Transcript of BUKU PERATURAN DAN SYARAT ISTIADAT KONVOKESYEN …
0
BUKU PERATURAN DAN SYARAT
ISTIADAT KONVOKESYEN
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
KALI KE-10 DAN 11 TAHUN 2021
DISEDIAKAN OLEH:
Bahagian Pentadbiran Akademik
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Aras 2, Dewan Tuanku Canselor
Universiti Malaysia Kelantan
16300, Bachok, Kelantan
1
KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Senarai Semak 2
Maklumat Penting dan Raptai 3 – 5
Syarat Penyertaan Graduan dan Tatacara Bayaran 5 – 6
Peraturan Pakaian 7 – 10
Kajian Pengesanan Graduan IPTA & Pas Masuk Kenderaan 10 – 11
Gambar Graduan dan Maklumat Mengenai Pengambilan Sijil & Transkrip 11 – 13
Hal-Hal Lain 13 – 14
Borang Kebenaran Wakil Mengambil Sijil & Transkrip Bagi Pihak
Graduan
Lampiran A UMK(K)001 15
Borang Kebenaran Mengepos Sijil & Transkrip Lampiran B UMK(K)002 16
Borang Kebenaran Wakil Mengambil Pakaian Konvokesyen Lampiran C UMK(K)003 17
Lagu UMK 18
Catatan 19
Lampiran - Pas Masuk Kenderaan (Untuk dicetak oleh Graduan)
2
ISTIADAT KONVOKESYEN
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
SENARAI SEMAK / CHECK LIST
Perkara yang dilakukan oleh Graduan sebelum menghadiri Istiadat Konvokesyen:
BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN
YA TIDAK
1. Telah menjawab Pengesahan Kehadiran Graduan ke Istiadat
Konvokesyen secara atas talian https://capsule.umk.edu.my
2. Telah menjelaskan bayaran Konvokesyen melalui Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB BANK) / Bank Draf / Kiriman Wang
sepertimana jumlah yang tercatat di dalam Surat Jemputan Graduan.
Sila bawa resit bayaran semasa mengambil pakaian konvokesyen.
Bagi Graduan Prasiswazah
yang mendaftar pengajian
SEBELUM sesi 2014/ 2015
MGSEB dan PPS sahaja
3. Telah menjelaskan segala yuran pengajian atau tunggakan dengan
pihak Universiti.
4. Telah memulangkan buku-buku Perpustakaan
5. Telah mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan secara atas talian
dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut keperluan semasa
https://great.mohe.gov.my. Borang ini perlu dicetak dan dibawa
semasa mengambil pakaian konvokesyen.
6. Telah menyediakan pakaian untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen
sepertimana yang ditetapkan.
7. Pas masuk kenderaan telah dicetak dan dipamerkan di cermin
hadapan kenderaan semasa menghadiri raptai dan Istiadat
Konvokesyen.
3
MAKLUMAT PENTING
1. Istiadat Konvokesyen UMK
a) Istiadat Konvokesyen akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan sebagaimana
yang tercatat di dalam Surat Jemputan Graduan.
b) Pendaftaran Konvokesyen
i) Tarikh, Sesi, Masa dan Fakulti / Kod Program:
TARIKH SIDANG MASA KOD PROGRAM FAKULTI/PUSAT GRADUAN
20/11/2021
(Sabtu) Pertama 7.30 pagi
PhD & DBA PPS & MGSEB 2020 DAN 2021
Sarjana PPS, MGSEB & FKP 2020 DAN 2021
FSE SGA & SGD 2020
FIAT SBL, SBF, SBH & SBP 2020
21/11/2021
(Ahad) Ke - 2 7.30 pagi
FHPK SAH, SAP & SAW 2020
FBKT SEH, SBT & SEB 2020
FSB SEL & SEN 2020
22/11/2021
(Isnin) Ke - 3 7.30 pagi
FSB SEG 2020
FPV SDV 2020
FKP SAB, SAE, SAR &SAL 2020
23/11/2021
(Selasa) Ke - 4 7.30 pagi
FKP SAK 2020
FTKW SCK & SCW 2020
FSE SGA, SGD & SGL 2021
FBKT SEB, SEH &SBT 2021
FPV SDV 2021
24/11/2021
(Rabu) Ke - 5 7.30 pagi
FHPK SAH, SAP & SAW 2021
FSB SEN, SEG & SEL 2021
FIAT SBH, SBP, SBL & SBF 2021
25/11/2021
(Khamis)
Ke - 6 7.30 pagi FTKW SCK & SCW 2021
FKP SAB & SAE 2021
Ke - 7 1.30 petang FKP SAR, SAL & SAK 2021
i. Syarat pendaftaran:
Hanya Graduan yang telah memakai pakaian konvokesyen dengan lengkap sahaja
DIBENARKAN untuk mendaftar di Bilik Pendaftaran Graduan, Bangunan Kompleks
Akademik, UMK Bachok.
4
c) Universiti berhak menahan atau melarang graduan yang tidak mendaftar daripada menyertai Istiadat
Konvokesyen ini.
d) Bagi melancarkan proses Surat Jemputan Graduan hendaklah dibawa semasa mengambil pakaian
konvokesyen.
e) Kad giliran yang mengandungi nombor giliran/ susunan barisan akan diberikan kepada graduan semasa
pendaftaran konvokesyen bagi memudahkan graduan berbaris mengikut giliran (pastikan kad tidak dilipat
atau digulung). Sila ikut arahan yang diberikan oleh pegawai dan staf yang bertugas.
f) Perbarisan graduan bermula di luar dewan mengikut fakulti dan nombor giliran yang telah diberikan.
g) Graduan yang hadir lewat atau tidak memenuhi peraturan berpakaian semasa pendaftaran tidak akan
dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen ini.
h) Graduan diminta menghormati istiadat yang sedang berlangsung dengan tidak membuat bising atau
sesuatu yang boleh mengganggu keharmonian istiadat.
i) Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg,
kamera, telefon bimbit atau sebagainya ke dalam Dewan Konvokesyen.
j) Graduan kurang upaya (mengandung, cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan
seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Universiti atau kepada staf
bertugas semasa hari raptai.
k) Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa istiadat sedang berlangsung.
l) KUASA UNIVERSITI: Graduan hendaklah mematuhi peraturan dan syarat yang dinyatakan di atas
bagi membolehkan penyertaan ke Istiadat Konvokesyen ini.
2. RAPTAI
a) Raptai akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat sepertimana yang tercatat di dalam Surat Jemputan
Graduan.
b) Semua graduan adalah diwajibkan untuk menghadiri raptai Istiadat Konvokesyen bagi membantu
kelancaran Istiadat Konvokesyen yang diadakan.
c) Semua graduan hendaklah berpakaian kemas dan sopan serta bersesuaian dengan istiadat.
d) Graduan lelaki hendaklah berambut pendek/ tidak mencecah kolar baju.
e) Graduan adalah DILARANG memakai seluar ‘jeans’, berbaju ‘T’ dan berselipar semasa raptai.
5
NOTA: Graduan yang tidak mematuhi peraturan dan syarat (c, d & e) yang dinyatakan di atas
tidak akan dibenarkan menyertai Raptai Istiadat Konvokesyen.
3. SYARAT PENYERTAAN GRADUAN DAN BAYARAN
a) Pengesahan Kehadiran Graduan ke Istiadat Konvokesyen ini hendaklah dibuat secara atas talian di
https://capsule.umk.edu.my/. Tarikh tutup untuk pengesahan kehadiran adalah sebelum atau pada 13
November 2021.
b) Graduan yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen akan dikenakan kadar bayaran yuran yang sama
seperti graduan lain. Slip Bayaran Bank/ Resit Rasmi mesti diserahkan semasa hendak mengambil sijil &
transkrip masing-masing. Kadar bayaran yuran Konvokesyen adalah seperti berikut:
PERINGKAT PENGAJIAN KADAR YURAN
(RM) CATATAN
Sarjana / Doktor Falsafah 350.00 -
Sarjana Muda 300.00 Bagi Graduan yang mendaftar pengajian
SEBELUM sesi 2014/2015 sahaja
c) Bayaran yuran Konvokesyen hendaklah dibuat atas nama ‘UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN’, No.
Akaun: 03036010016919 di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan
menggunakan Slip Deposit Tunai/ Deposit Cek/ Pembayaran Bil.
Sekiranya kemudahan Bank Islam Malaysia Berhad tiada/ sukar diperolehi, graduan boleh membuat
bayaran melalui Bank Draf/ Kiriman Wang atas nama ‘UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN’. Bank
Draf/ Kiriman Wang tersebut hendaklah diserah/ dihantar/ diposkan kepada pihak Universiti dengan
menggunakan alamat seperti berikut:
Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar
Pejabat Bendahari
Aras 1 Bangunan Canselori,
Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok
KELANTAN DARUL NAIM
d) Jika terdapat sebarang masalah mengenai urusan pembayaran, sila hubungi Bahagian Terimaan dan
Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari melalui talian telefon seperti berikut:
UMK Kampus Kota : 09-7717111
UMK Bachok : 09-7797657
UMK Kampus Jeli : 09-9477289
6
4. TATACARA BAYARAN MELALUI KAUNTER BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NAMA GRADUAN 03036010016919 NO. TEL GRADUAN
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
JUMLAH
BAYARAN YURAN KONVO
NO. KAD PENGENALAN
a) Slip pembayaran boleh didapati di Kaunter Bank Islam dan perlu diisi dengan lengkap serta diserahkan di
Kaunter Bank Islam untuk tujuan pembayaran.
b) Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak Bank Islam.
c) Graduan perlu memastikan maklumat pembayaran adalah betul dan lengkap sebelum meninggalkan
kaunter bank.
d) Slip pembayaran perlu disimpan dan diserahkan satu (1) salinan kepada Bahagian Terimaan dan
Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari melalui emel [email protected] dan satu (1) salinan lagi
kepada Bahagian Pentadbiran Akademik melalui emel [email protected] dalam tempoh 7 hari
selepas pembayaran dibuat.
PERHATIAN:
i) Pembayaran menggunakan sistem ‘Cash Depost Machine’ (CDM) dan ‘Interbank Giro’
(IBG) adalah TIDAK DIBENARKAN.
ii) Setiap pembayaran hendaklah dibuktikan dengan Resit Rasmi.
iii) Sila bawa salinan Slip Bayaran Bank / Resit Rasmi semasa mengambil pakaian
konvokesyen dan juga Sijil & Transkrip.
7
5. PERATURAN PAKAIAN
a) Pakaian dan penampilan graduan
PERKARA GRADUAN LELAKI GRADUAN PEREMPUAN
Pakaian Graduan Jubah dan Bonet/ Mortar Board/ Hood (disediakan dengan pinjaman oleh Universiti).
Penampilan
Graduan
Lounge Suit/ Baju Melayu Cekak
Musang berwarna hitam.
Baju lengan panjang (warna cerah),
seluar panjang, tali leher dan kasut kulit
(warna hitam).
Rambut pendek dan kemas.
Bagi yang beragama Sikh dibenarkan
memakai turban hitam sahaja.
Pakaian yang dilarang:
Baju T.
Seluar jeans, seluar singkat dan seluar
panjang ketat.
Memakai tali bow (bow tie).
Memakai subang telinga dan gelang
tangan.
Berambut panjang sehingga mencecah
kolar baju.
Mewarnakan rambut.
Memakai ‘sandle’ atau kasut sukan.
Baju kurung, pakaian labuh hingga buku lali,
berlengan panjang, tidak berbelah dan
menutup hingga ke leher.
Diwajibkan memakai kasut berwarna hitam
keseluruhannya termasuk tapak, bertutup
penuh dari bahagian hadapan kaki hingga ke
tumit kaki (cover shoes).
Rambut diikat dengan kemas.
Pakaian yang dilarang:
Memakai pakaian berwarna Biru DiRaja,
Kuning DiRaja, Putih Sedondon atau
Sedondon (dari jenis kain songket).
Memakai kain yang singkat/ nipis/ jarang.
Memakai pakaian yang menutup muka.
Memakai pakaian berbentuk seluar.
Mewarnakan rambut.
Memakai selipar atau ‘sandle’ atau kasut
sukan.
PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN DAN PENAMPILAN YANG DITETAPKAN, PIHAK
JAWATANKUASA PENGURUSAN GRADUAN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN
GRADUAN MENYERTAI ISTIADAT KONVOKESYEN.
8
b) Pakaian graduan yang perlu diambil:
Setiap graduan dikehendaki mengambil satu (1) set pakaian konvokesyen secara pinjaman dari Universiti
seperti berikut:
BIDANG PENGAJIAN JENIS PAKAIAN KONVOKESYEN
i. Ijazah Doktor Falsafah Jubah, Bonet & Hood
ii. Ijazah Sarjana Jubah, Mortar Board & Hood (berjalur emas)
iii. Ijazah Sarjana Muda Jubah, Mortar Board & Hood
Nota: Bagi Graduan yang berminat untuk membeli set pakaian konvokesyen UMK, kadar harga
yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
SARJANA MUDA SARJANA DOKTOR FALSAFAH (PhD)
RM520.00/ set RM685.00/ set RM734.00/ set
c) Setiap fakulti mempunyai warna hood hadapan yang berbeza di antara satu sama lain. Pengenalan fakulti/
warna hood bagi graduan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda adalah
sepertimana berikut:
FAKULTI WARNA HOOD
IJAZAH SARJANA MUDA SARJANA DOKTOR FALSAFAH
FIAT Hijau Kepala Itik
Warna yang sama dengan hood
Ijazah Sarjana Muda tetapi ditambah
dengan jalur berwarna emas
Baldu biru ditambah
dengan jalur berwarna
emas
FSB Coklat
FKP Maroon
FTKW Ungu
FPV Merah
FHPK Putih
FBKT Kelabu
FBI Biru turqoise
FSE Terracota
MGSEB - Kuning emas ditambah dengan jalur
berwarna emas
Baldu oren ditambah
dengan jalur berwarna
emas
9
d) Pengambilan (secara pandu lalu) dan pemulangan pakaian konvokesyen
i) Berikut adalah perkara yang perlu dikemukakan semasa pengambilan pakaian konvokesyen:
Cetakan slip melalui Sistem eRobe/ Kad Matrik/ Kad Pengenalan/ Pasport Graduan
Jika mewakilkan: Cetakan slip melalui Sistem eRobe, Salinan Kad Pengenalan/ Pasport (Bakal
graduan & wakil) dan Borang Kebenaran Wakil Mengambil Pakaian Konvokesyen (Nota: ibu
bapa, adik beradik, staf dan pelajar UMK sahaja)
Walau bagaimanapun, wakil hanya dibenarkan untuk mengambil dua (2) set pakaian konvokesyen
sahaja (termasuk untuk diri sendiri jika graduan).
Bakal graduan hendaklah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA jika berlaku kerosakan/
kehilangan pakaian konvokesyen semasa dalam jagaan wakil
Salinan Slip Bayaran Bank/ Resit Rasmi Pembayaran Yuran Konvokesyen
(Bagi Graduan yang mendaftar pengajian SEBELUM sesi 2014/2015 sahaja)
ii) Sidang, tarikh, masa dan tempat bagi urusan pengambilan dan pemulangan pakaian konvokesyen
adalah sepertimana berikut:
PENGAMBILAN
TARIKH DAN SIDANG MASA TEMPAT
14 – 16 NOVEMBER 2021
Graduan Sidang 1-6 9.30 pg – 4.30 ptg
Pusat Sukan UMK Bachok
24 NOVEMBER 2021
Graduan Sidang 7
PEMULANGAN
SIDANG TARIKH DAN MASA TEMPAT
Graduan Sidang 1-5
20 – 24 NOVEMBER 2021
Sejurus selepas sidang graduan
tamat
Dewan Tuanku Canselor, UMK
Bachok
Graduan Sidang 6
25 NOVEMBER 2021
Sejurus selepas sidang graduan
tamat
Bilik Pakaian Konvokesyen
(Bilik Seminar 2), Aras 1,
Bangunan Kompleks
Akademik, Dewan Tuanku
Canselor, UMK Bachok Graduan Sidang 7
26 NOVEMBER 2021
9.00 pg - 12.00 t/hari
Nota: Selepas pada tarikh ini graduan boleh datang berurusan di Pejabat Bahagian Pentadbiran
Akademik, Aras 2, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok
10
iii) Pakaian konvokesyen hendaklah dipulangkan sebaik sahaja graduan selesai menerima
penganugerahan atau dalam tempoh pemulangan yang telah ditetapkan.
iv) Denda kelewatan pemulangan pakaian konvokesyen
Bermula dari hari ke-2 (bagi graduan sidang 1 – 6) dan bermula dari hari ke-3 (bagi graduan
sidang 7) selepas tarikh penganugerahan (sidang graduan), denda dikenakan sebanyak
RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja) sehari mengikut bilangan hari bekerja sekiranya
graduan gagal memulangkan pakaian tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
sehinggalah ke tarikh penyerahan dibuat. Kegagalan menjelaskan pembayaran, sijil dan
transkrip akan ditahan sehingga pembayaran diselesaikan. Sila pastikan setiap pembayaran
dibuktikan dengan resit.
e) Pengubahsuaian/ Kehilangan/ Kerosakan pakaian konvokesyen
i) Graduan TIDAK DIBENARKAN sama sekali membuat pengubahsuaian seperti menjahit lengan atau
mengubah kadar labuh ke atas pakaian konvokesyen UMK. Sebarang pengubahsuaian yang telah
dibuat tanpa kebenaran daripada pihak Universiti akan dikenakan denda.
ii) Graduan adalah diminta untuk menyelesaikan bayaran denda terlebih dahulu sebelum membuat
tuntutan sijil dan transkrip. Pembayaran hendaklah dibuktikan dengan resit.
iii) Pakaian konvokesyen yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran gantirugi mengikut kadar
seperti berikut:
Bidang Pengajian Jubah Bonnet/
Mortarboard Hood JUMLAH
Ijazah Doktor
Falsafah 320.00 252.00 162.00 734.00
Ijazah Sarjana 320.00 68.00 147.00 535.00
Ijazah Sarjana
Muda 320.00 68.00 132.00 520.00
# Bayaran denda adalah tertakluk kepada pindaan.
# Kerosakan pada pakaian konvokesyen adalah termasuk koyak pada jubah/
mortarboard/ bonnet/ hood, kerosakan songket, kerosakan zip dan sebagainya.
7. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN UMK
a) Kementerian Pengajian Tinggi menjalankan Kajian Pengesanan Graduan melalui pengisian maklumat di
dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) sebagai satu usaha meningkatkan tahap jaminan kualiti
perkhidmatan serta sistem pendidikan tinggi Negara. Sehubungan dengan itu, semua Graduan diminta
mengisi borang kajian SKPG 1.0 dan SKPG 2.0 menerusi platform sehenti graduan iaitu portal GREaT;
https://great.mohe.gov.my.
11
b) Graduan yang telah mengisi borang kajian tersebut perlulah mencetak slip pengesahan dan
menyerahkannya kepada urusetia sebelum mengambil pakaian konvokesyen. Kegagalan mengisi borang
kajian ini akan mengakibatkan sijil dan transkrip graduan ditahan.
c) Bagi Graduan yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen dan memohon supaya Sijil & Transkrip
diposkan, sila rujuk Perkara 10. a). iv).
d) Sijil & Transkrip akan ditahan sekiranya Graduan tidak mengisi borang kajian tersebut dengan lengkap
(tertakluk kepada pindaan).
e) Sistem Kajian Pengesanan Graduan IPTA boleh dicapai mulai sebulan sebelum tarikh Konvokesyen dan
akan ditutup satu (1) minggu selepas tarikh Konvokesyen dan tertakluk kepada perubahan semasa.
f) Sebarang pertanyaan mengenai Kajian Pengesanan Graduan, sila hubungi Pn. Nurul Ashikin binti Mohd
Lukman di talian 09-7797429 atau email [email protected] / Wan Nurshahidatul Fatihah
binti Wan Lamli di Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni melalui talian 09-7797421 atau email
8. PAS MASUK KENDERAAN GRADUAN
a) Graduan boleh mencetak pas masuk kenderaan seperti di Lampiran.
b) Graduan dikehendaki meletakkan pas masuk kenderaan di cermin hadapan kenderaan masing-masing
sepanjang menghadiri majlis raptai dan Istiadat Konvokesyen.
Nota: Sila patuhi arahan/ tunjuk arah yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Universiti.
9. GAMBAR GRADUAN
a) Pihak Universiti akan menyediakan kemudahan mengambil gambar graduan semasa Istiadat Konvokesyen
sedang berlangsung di dalam Dewan Konvokesyen.
b) Berikut adalah pakej gambar yang disediakan oleh pihak Universiti:
i. Satu (1) keping gambar bersaiz 11R (semasa graduan menerima skrol)
ii. Satu (1) keping gambar bersaiz 8R (semasa graduan berjalan selepas menerima
skrol)
iii. Satu (1) salinan imej digital gambar graduan dalam bentuk CD/ DVD yang
berformat JPEG mengandungi kesemua gambar di atas
Nota: Pakej ini telah termasuk dalam jumlah bayaran yuran konvokesyen.
12
c) Untuk penerangan atau maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Safuan Bin Mohd Azam di Pejabat
Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI) melalui talian telefon 012-5974949 atau email
d) Semasa istiadat sedang berlangsung, graduan adalah dilarang mengambil gambar di dalam Dewan
Konvokesyen.
10. MAKLUMAT MENGENAI PENGAMBILAN SIJIL DAN TRANSKRIP
a) Pengambilan Sijil & Transkrip
i) Graduan akan dimaklumkan mengenai pengambilan Sijil & Transkrip sebelum perarakan masuk ke
dalam Dewan Konvokesyen.
ii) Graduan boleh mengambil Sijil & Transkrip masing-masing pada tarikh, masa dan tempat sepertimana
berikut:
TARIKH/ MASA TEMPAT
20 – 25 November 2021
9.00 pg hingga 5.00 ptg
Bilik Sijil & Transkrip (Bilik Tutorial 2), Aras 1,
Bangunan Kompleks Akademik, Dewan Tuanku
Canselor, UMK Bachok 26 November 2021
9.00 pg hingga 12.00 t/hari
Nota: Selepas pada tarikh ini graduan boleh datang berurusan di Pejabat Bahagian Pentadbiran
Akademik, Aras 2, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok
Sila bawa bersama perkara-perkara seperti berikut:
Borang Pengambilan dan Pemulangan Pakaian Konvokesyen (salinan pejabat).
iii) Kebenaran untuk wakil mengambil Sijil & Transkrip di Bahagian Pentadbiran Akademik, Aras 2, Dewan
Tuanku Canselor, UMK Bachok. Sila bawa dan kemukakan maklumat-maklumat seperti berikut:
Borang UMK(K)001 - Kebenaran Wakil Mengambil Sijil & Transkrip Bagi Pihak Graduan.
Salinan Kad Pengenalan / MyKad / Pasport Graduan / Kad Pelajar.
Salinan Kad Pengenalan / MyKad / Pasport Wakil (jika mewakilkan).
(Nota: ibu bapa, adik beradik, staf dan pelajar UMK sahaja)
Borang Pengambilan dan Pemulangan Pakaian Konvokesyen (yang telah disahkan).
Salinan Slip Bayaran Bank / Resit Rasmi Pembayaran Yuran Konvokesyen.
13
(Bagi Graduan yang mendaftar pengajian SEBELUM sesi 2014/2015 sahaja).
Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (jika diperlukan)
** Nota: Tanpa Borang UMK(K)001 dan maklumat seperti di atas, Sijil & Transkrip tidak akan
diserahkan kepada wakil.
iv) Sijil & transkrip boleh dihantar melalui pos setelah memenuhi perkara-perkara berikut:
Mengisi dan menghantar Borang Kebenaran Mengepos Sijil & Transkrip - Borang UMK(K)002
bersama-sama maklumat di Perkara 5(e)(i) kepada Bahagian Pentadbiran Akademik, Aras 3, Blok
Akademik & Pentadbiran (BAP), UMK Bachok, selepas satu (1) minggu Istiadat Konvokesyen
selesai.
Caj pengeposan Sijil & Transkrip adalah seperti berikut:
RM20.00 - bagi Graduan yang tidak hadir ke Istiadat Konvokesyen
RM10.00 - bagi Graduan yang hadir ke Istiadat Konvokesyen.
b) Penahanan Sijil & Transkrip
Sijil & transkrip tidak akan diserahkan sekiranya graduan masih:
Tidak menjelaskan bayaran Konvokesyen (bagi Graduan yang mendaftar pengajian SEBELUM sesi
2014/2015 sahaja); atau
Belum memulangkan pakaian konvokesyen; atau
Belum memulangkan buku-buku Perpustakaan; atau
Belum memulangkan barang-barang atau alatan lain yang dipinjam dari mana-mana Fakulti / Jabatan /
Bahagian / Unit di Universiti; atau
Belum mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan.
Nota: Sekiranya pembayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit pembayaran atau bukti
serahan.
c) Sijil & Transkrip hanya dikeluarkan sekali sahaja oleh pihak Universiti.
11. HAL-HAL LAIN
a) Sila bawa bersama buku panduan ini semasa menghadiri raptai dan Istiadat Konvokesyen.
b) Segala maklumat atau borang-borang perlu dikembalikan mengikut tempoh yang ditetapkan ke alamat
seperti berikut:
14
Bahagian Pentadbiran Akademik
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Aras 2, Dewan Tuanku Canselor
Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok
KELANTAN DARUL NAIM
c) Sebarang pertanyaan mengenai Istiadat Konvokesyen, sila hubungi Bahagian Pentadbiran Akademik di
talian 09-779 7606/ 7607/ 7611/ 7608/ 7605/ / 7609/ 7614.
d) Graduan juga boleh melayari laman web konvokesyen di https://konvo.umk.edu.my/
e) Laman web Kajian Pengesanan Graduan ialah https://great.mohe.gov.my
15
LAMPIRAN (A) UMK(K)001
BORANG KEBENARAN WAKIL MENGAMBIL SIJIL & TRANSKRIP BAGI PIHAK GRADUAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------
Saya sedia maklum bahawa pihak Universiti hanya mengeluarkan Sijil & Transkrip sekali sahaja. Saya mengaku akan
bertanggungjawab di atas tindakan memberi kebenaran ini dan tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap Universiti
Malaysia Kelantan sekiranya Sijil & Transkrip berkenaan rosak atau hilang.
NAMA GRADUAN (DENGAN HURUF BESAR)
NO. KAD PENGENALAN (LAMA) / NO. KAD
PENGENALAN (BARU) / NO. PASPORT
NO. MATRIK
PROGRAM PENGAJIAN
KELAS PENGANUGERAHAN / PNGK TERAKHIR
TAHUN KONVOKESYEN
NO. TELEFON
EMEL
ALAMAT
Adalah saya dengan ini membenarkan penama di bawah ini untuk mengambil Sijil & Transkrip saya:
NAMA WAKIL (DENGAN HURUF BESAR)
NO. KAD PENGENALAN (LAMA) / NO.KAD
PENGENALAN (BARU) / NO. PASPORT
HUBUNGAN DENGAN GRADUAN
(IBU BAPA, ADIK BERADIK, STAF DAN
PELAJAR UMK SAHAJA)
NO. TELEFON
TANDATANGAN GRADUAN:
TARIKH:
Senarai Semakan: Maklumat tersebut di bawah adalah diperlukan. Borang ini hendaklah dibawa oleh wakil semasa
mengambil Sijil & Transkrip.
1 (satu) salinan kad pengenalan / pasport graduan
1 (satu) salinan kad pengenalan / pasport wakil
1 (satu) salinan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan
1 (satu) salinan Slip Bank-In
16
LAMPIRAN ( B ) UMK(K)002
BORANG KEBENARAN MENGEPOS SIJIL & TRANSKRIP
--------------------------------------------------------------------
Saya seperti nama di bawah, dengan ini membenarkan pihak Universiti mengepos Sijil & Transkrip saya sepertimana alamat
yang tertera di bawah. Saya berjanji dan mengaku akan bertanggungjawab ke atas apa jua kemungkinan yang berlaku ke atas
Sijil & Transkrip saya apabila diposkan oleh pihak Universiti.
Bayaran pengeposan hendaklah dibuat atas nama ‘UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN’, No. Akaun: 03036010096919 di
mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan menggunakan Slip Deposit Tunai/ Deposit Cek/
Pembayaran Bil.
Saya sedia maklum bahawa Universiti hanya mengeluarkan sekali sahaja Sijil & Transkrip. Saya mengaku akan
bertanggungjawab di atas tindakan memberi kebenaran dan tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap Universiti
Malaysia Kelantan sekiranya Sijil & Transkrip berkenaan rosak atau hilang.
NAMA GRADUAN (DENGAN HURUF BESAR)
NO. KAD PENGENALAN (LAMA) / NO. KAD
PENGENALAN (BARU) / NO. PASPORT
NOMBOR MATRIK
PROGRAM PENGAJIAN
TAHUN KONVOKESYEN
NO. TELEFON
EMEL
ALAMAT
TANDATANGAN GRADUAN:
TARIKH:
Senarai Semakan: maklumat di bawah adalah diperlukan
1 (satu) salinan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan
1 (satu) salinan Slip Bank-In
Nota: * Caj pengeposan Sijil & Transkrip adalah seperti berikut:
RM20.00 - termasuk album bagi pelajar yang tidak hadir ke Istiadat Konvokesyen.
RM10.00 - tidak termasuk album bagi yang hadir ke Istiadat Konvokesyen.
17
LAMPIRAN (C) UMK(K)003
BORANG KEBENARAN WAKIL MENGAMBIL PAKAIAN KONVOKESYEN ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya seperti nama di bawah: (Tuliskan dengan HURUF BESAR)
NAMA BAKAL GRADUAN
NO. KAD PENGENALAN/ NO. PASPORT
NO. MATRIK
PROGRAM PENGAJIAN
NO. TELEFON
EMEL
ALAMAT
Dengan ini saya mewakilkan penama di bawah untuk mengambil pakaian konvokesyen bagi pihak saya: (Tuliskan dengan HURUF BESAR dan tandakan ( / ) ditempat yang berkenaan)
NAMA WAKIL
NO. KAD PENGENALAN/ NO. PASPORT
NO. TELEFON
HUBUNGAN DENGAN BAKAL GRADUAN
IBUBAPA ADIK BERADIK STAF UMK PELAJAR UMK
ALAMAT
PERAKUAN BAKAL GRADUAN
Dengan ini, saya bakal graduan akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku kerosakan/ kehilangan pakaian konvokesyen semasa dalam jagaan wakil saya. Tandatangan Bakal Graduan ………..…………………... NAMA: Tarikh :
18
LAGU UMK
“TERBILANG UMK”
BIRU, JINGGA DAN MERAH WARNANYA
SEMANGAT SUMPAH SETIA
INOVASI INTEGRITI
ILMU DI TEROKAI
WARISAN BUDAYA SUMBER ASLI
KEUSAHAWANAN TERAS KAMI
KEKAYAAN AKAL DAN BUDI
MENDIDIK INSAN YANG SEJATI
MERINTIS PERUBAHAN TERKINI
DEMI MU YANG MAHA PENCIPTA
MEREALISASI MIMPI MENJADI REALITI
DEMI NEGARA YANG TERCINTA
RELEVAN UNIK DAN BERBEZA
MENJANA PERADABAN BANGSA
JANJI KAMI PADA SEMUA
TABURI JASA DI MANA JUA
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
TERBILANG UMK!
19
CATATAN