Buku Panduan Kemasukan Asasi
Transcript of Buku Panduan Kemasukan Asasi
ISI KANDUNGAN1
MUKA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 1
VISI DAN MISI UPM 1
LATAR BELAKANG UPM 1
1 PENDAFTARAN 3
2 PEMERIKSAAN PERUBATAN 3
3 LAPOR DIRI / PENDAFTARAN 4
4 YURAN 5
5 KAD PELAJAR 10
6 GARIS PANDUAN PAKAIAN DAN RAMBUT 12
7 SKIM BOOK PLAN 15
8 KALENDAR AKADEMIK 16
9 MAKLUMAN 17
JADUAL
YURAN PENGAJIAN DAN PENGINAPAN (KOLEJ 13)PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN
JADUAL 1 9
PAKAIAN RASMI SEPANJANG MINGGU SUAIKENAL JADUAL 2(a) 13
LAMPIRAN
SLIP SIMPANAN WANG TUNAI CIMB BANK (UPM) LAMPIRAN 1 18
SLIP SIMPANAN WANG TUNAI CIMB BANK LAMPIRAN 2 29
SURAT AKUAN KUASA LAMPIRAN 3 20
AKUAN BEBAS DARI DADAH LAMPIRAN 4 21
LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN LAMPIRAN 5 22
BORANG PERMOHONAN KAD PELAJAR LAMPIRAN 6 27
BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN HOTSPOT UPM LAMPIRAN 7 28
SENARAI SEMAKAN 29
BORANG MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR 30
BORANG PEMBETULAN NAMA / KAD PENGENALAN 31
1. PENDAFTARAN
2
Jika anda telah membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ke UPM, anda
perlu mengambil tindakan berikut:
1.1 Menjalani pemeriksaan perubatan termasuk x-ray dada (Perkara 2).
1.2 Mengisi dan mengembalikan Surat Akuan Kuasa (lampiran 3) dan Akuan Bebas Dadah
(lampiran 4 ) disertakan bersama Borang laporan Pemeriksaan Perubatan (Lampiran 5).
1.3 Melaporkan diri pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.
1.4 Membayar yuran pengajian (Perkara 4).
1.5 Membuat Kad Pelajar (Perkara 5).
1.6 Mengembalikan borang Maklumat Peribadi Pelajar semasa pendaftaran di kolej
(No.Rujukan OPR/KOLEJ/BR01/PEN002).
Pastikan ejaan nama dan nombor kad pengenalan anda di dalam Surat Tawaran Kemasukan
adalah betul. Jika berlaku kesilapan, sila buat pembetulan pada Borang Pembetulan
Nama/Kad Pengenalan (PU/PS/BR04/AMB) semasa pendaftaran.
2. PEMERIKSAAN PERUBATAN
2.1 Semua pelajar baharu yang akan mendaftar diwajibkan membuat pemeriksaan
perubatan. Pemeriksan Perubatan boleh di buat di mana-mana Hospital Kerajaan,
Hospital atau Klinik Swasta atau di Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra
Malaysia, Serdang.
2.2 Sila lengkapkan Surat Akuan Memberi Kuasa, Surat Akuan Bebas Dari Dadah, Bahagian
A dan B dari Borang Laporan Pemeriksan Perubatan yang disertakan sebelum anda
menjalani pemeriksaan perubatan. Bahagian C, D dan E perlu dilengkapkan oleh Pegawai
Perubatan yang membuat Pemeriksaan Perubatan anda.
2.3 Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem x-ray beserta Surat Akuan Kuasa (Lampiran 3)
dan Akuan Bebas Dadah (Lampiran 4) hendaklah diserahkan ke Pusat Kesihatan
Universiti, UPM (Kampus Serdang)
2.4 Sila ambil perhatian bahawa Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem x-ray adalah
penting untuk pendaftaran anda. Sekiranya laporan Pemeriksaan Perubatan, Surat
Akuan Kuasa, Surat Akuan Bebas Dari Dadah dan filem x-ray anda tidak dapat
diserahkan pada hari pendaftaran ianya mestilah diserahkan selewat-Iewatnya DUA
MINGGU selepas tarikh pendaftaran.
3
2.5 Sila ambil perhatian bahawa calon yang ditawarkan program pengajian dalam bidang
Agrobio diwajibkan mengambil suntikan tetanus toxoid sebagai satu langkah
pencegahan. Suntikan ini akan dilaksanakan oleh pihak universiti setelah pelajar
mendaftar di UPM.
3. LAPOR DIRI / PENDAFTARAN
3.1 Semua pelajar baharu dikehendaki melaporkan diri pada tarikh yang dinyatakan di dalam
Surat Tawaran Kemasukan / online ke Universiti untuk urusan pendaftaran.
3.2 Sila bawa dokumen berikut semasa mendaftar:
i. Surat Tawaran Kemasukan / online ke Universiti
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Berhenti Persekolahan dan Surat Akuan lain yang berkaitan
iv. Salinan Surat Tawaran Biasiswa / Pinjaman / Dermasiswa / Jaminan KWSP dan
sebagainya (jika ada)
v. Dua (2) set salinan dokumen berikut yang telah disahkan untuk tujuan permohonan
biasiswa j pinjaman:
- Sijil kelahiran diri dan ibu bapa;
- Sijil keputusan peperiksaan PMRjSPMjSTPMj Diploma dan sijil aktiviti kokurikulum.
- 1 salinan Penyata Pendapatan (Borang J / Penyata Gaji j/ Kad Pesara Kerajaan) yang
terkini ibu bapa / penjaga/suami isteri.
(Bagi ibu bapa / penjaga / suami / isteri yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai
dokumen berkenaan, sila sediakan surat pengesahan pendapatan yang disahkan
dengan menyatakan nama dan nombor kad pengenalan, berkaitan dengan
pemohon dan jumlah pendapatan bulanan)
vi. Gambar Pasport - 2 keping gambar warna ukuran pasport (berlatarbelakangkan
warna biru)
Catatan : Sila tuliskan no. matrik, nama dan no. kad pengenalan di belakang setiap
keping gambar.
3.3 Setiap pelajar baharu hendaklah membawa pakaian dan barang berikut semasa datang
ke Universiti:
4
i. Pakaian sendiri yang sesuai untuk kegunaan harian dan majlis rasmi (Sila rujuk Jadual
2 di muka surat 14 dan 15)
ii. Pakaian sukan seperti baju kemeja T, 'track bottom' dan kasut sukan
iii. Keperluan lain dan sebagainya
4. YURAN
4.1 Pelajar hendaklah menyemak Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baharu bagi
menentukan kadar yuran yang dikenakan. Jadual yuran adalah seperti di Jadual 1 bagi
keseluruhan yuran pada muka surat 9 dan 10.
4.2 Cara Membayar Yuran
Pelajar boleh memilih salah satu daripada cara berikut untuk menjelaskan yuran iaitu:-
i. Menggunakan Slip Bayaran "Wang Tunai Masuk CIMB Bank" yang dikepilkan
berserta Surat Tawaran.
Pastikan setiap ruangan iaitu nombor matrik, nombor kad pengenalan, bayaran
program dan jumlah bayaran dicatitkan dengan jelas dan lengkap. Sila Iihat CONTOH
di Lampiran 1 di muka 19 dan rujuk Jadual 1 di muka surat 9 untuk mengetahui
jumlah yang perlu dibayar.
Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan CIMB bank dan serahkan SALINAN 2
ke kaunter Bendahari semasa hari pendaftaran.
*SEKIRANYA SLIP SAYARAN "Wang Tunai Masuk CIMB Bank" TIDAK DITERIMA
SEHINGGA HARI PENDAFTARAN
Sila buat bayaran di mana-mana cawangan CIMB Bank dengan menggunakan SLIP
SIMPANAN WANG TUNAl (CASH DEPOSIT SLIP) yang sedia ada di Kaunter Cawangan
CIMB negeri masing-masing dan serahkan SALINAN 2 ke Kaunter Bendahari semasa
hari pendaftaran. (Untuk simpanan sendiri, sila fotostat salinan kedua tersebut). Sila
Iihat CONTOH di Lampiran 2 di muka 20 dan catitkan maklumat berikut di belakang
slip wang tunai masuk seperti berikut:-
- Nama
- No. Kad Pengenalan
- No. Matrik
- No. Telefon Bimbit5
ii. Bayaran melalui internet banking CIMB Clicks. Sila ikuti arahan melalui url berikut:
http://www.bursar.upm.edu.my/cimbclicks.com.my/
sekiranya pelajar / keluarga merupakan pemegang akaun CIMB.
* Sila catat 'Reference Number' semasa membuat bayaran melalui CIMB Clicks
sebagai bukti bayaran.
iii. Bayaran melalui Kad Kredit Visa / Mastercard dan Debit Card boleh dilakukan di
semua Kaunter Bendahari yang berada di setiap Kolej semasa Hari Pendaftaran.
iv. Sekiranya bayaran melalui pindahan wang (IBG transfers) / telegraphic transfers (TT)
atau dari mana jua punca ke akaun UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, Akaun No:
12150007457053, sila serahkan bukti bayaran dengan mencatitkan maklumat seperti
- Nama
- No. Kad Pengenalan
- No. Matrik
- No. Telefon Bimbit
v. Bagi pelajar-pelajar yang memohon bantuan dari mana-mana pihak seperti MAJLIS
AGAMA ISLAM / BAITULMAL negeri-negeri masing-masing, sila serahkan Surat
Pengesahan dari pihak berkenaan ke Kaunter Bendahari pada Hari Pendaftaran
dengan mencatitkan maklumat seperti berikut:
- Nama
- No. Kad Pengenalan
- No. Matrik
- No. Telefon Bimbit
4.3 Peraturan Kewangan Pelajar UPM
4.3.1 Tujuan
i. Tujuan peraturan ini ialah untuk menjelaskan kaedah, syarat dan implikasi kepada
pelajar berkenaan proses pembayaran yuran pengajian / penginapan pelajar yang
telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Universiti.
4.3.2 Tafsiran
6
i. Pembayaran adalah meliputi semua bayaran yang diwajibkan ke atas pelajar seperti
yang ditetapkan oleh Universiti
ii. Pelajar Baharu adalah pelajar semester pertama untuk semua program yang
ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia.
4.3.3 Kaedah Pembayaran
i. Pelajar Baharu program Asasi Sains Pertanian hendaklah menjelaskan semua
bayaran yang telah ditetapkan selewat-Iewatnya pada hari pendaftaran.
4.3.4 Tindakan Terhadap Pelajar Yang Gagal Menjelaskan Pembayaran Yuran
i. Universiti boleh menentukan apa-apa tindakan yang boleh dibuat terhadap pelajar
yang gagal menjelaskan yuran mengikut bayaran yang telah ditetapkan.
ii. Pelajar yang gagal menjelaskan bayaran yuran dalam tempoh yang ditetapkan akan
ditahan daripada membuat pendaftaran kursus untuk semester akan datang.
iii. Jika yuran dan lain - lain tuntutan universiti tidak dibayar lagi, Universiti berhak
membuat tuntutan daripada pelajar berkenaan semua yuran tertunggak termasuk
mengambil tindakan undang-undang walaupun pelajar telah berhenti dari
universiti.
4.3.5 Yuran Yang Berkuatkuasa
i. Yuran yang dikenakan adalah yuran yang telah diputuskan oleh Pihak Berkuasa
Universiti. Kadar - kadar dan struktur yuran semasa adalah tertakluk kepada
perubahan tanpa sebarang notis awal. (Sila hubungi Seksyen Kewangan Pelajar,
Pejabat Bendahari untuk keterangan lanjut)
4.3.6 Peraturan Umum
i. Penarikan Diri Dari Kolej Kediaman Semasa Pengajian
a. Pelajar yang berhenti atau menarik diri dari mendiami Kolej Kediaman
dikehendaki menjelaskan pembayaran yuran Kolej Kediaman bagi bilangan hari
yang didiami di kolej berkenaan.
b. Sebaliknya pelajar yang telah menjelaskan bayaran penuh yuran penginapan,
berhak menuntut baki bayaran bagi bilangan hari yang tidak menginap
bergantung kepada peraturan dan keputusan dari pihak kolej berkenaan.
ii. Pengajian Pelajar yang mendiami kolej kediaman semasa cuti juga tertakluk kepada
Peraturan 4.3.6.(i (a))
7
4.3.7 Tuntutan Yuran Pengajian Bagi Kes Khas
i. Tindakan Tatatertib
a. Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib sama ada diberhentikan atau
digantung pengajian dikehendaki menjelaskan semua bayaran bagi semester
berkenaan di mana tarikh hukuman dikuatkuasakan.
ii. Menarik Diri Dari Mengikuti Kursus / Penangguhan Pengajian / Cuti Sakit
a. Pelajar baharu yang menarik diri dan Pelajar Senior yang menarik diri /menagguh
penggajian dari Universiti SELEPAS dua (2) minggu dari hari pertama kuliah
semester semasa, dikehendaki menjelaskan semua bayaran (termasuk yuran
asrama) semester berkenaan. Bagaimanapun pelajar berhak menuntut kembali:-
- Yuran Skim Book Plan yang telah dibayar mengikut baki kad pelajar setelah
mendapat pengesahan daripada pihak UPM Holding
b. Pelajar baharu yang menarik diri DALAM TEMPOH (2) minggu dari hari pertama
kuliah semester semasa perlu membayar YURAN PENDAFTARAN DAN YURAN
MINGGU SUAI KENAL.
4.3.8 Peraturan Umum
Sebarang masalah berhubung dengan penjelasan peruntukan dan peraturan di atas
hendaklah dirujuk kepada Seksyen Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari di talian
0389466225/ 89466215/ 89466240 dan 086-855271 dan No Faks : 03-89472048
8
JADUAL 1
YURAN PENGAJIAN DAN PENGINAPAN (KOLEJ 13)
PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN
JENIS YURAN KADAR TAJAAN BAYARAN POTONGAN WANG YURAN PELAJAR PENAJA SAKU
SEMESTER 1
YURAN DAFTAR 80.00 1,960.00 605.50 710.00 1,250.00
TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR 10.00 BAYARAN PELBAGAI 5.00 YURAN KOMPUTER 100.00 *Pecahan Tajaan
YURAN KENDERAAN 20.00y/pengajian - 350.00
YURAN SUAIKENAL 100.00y/penginapan - 360.00
INSURAN 6.50wang saku - 1,250.00
YURAN BUKU 100.00 YURAN PENGANGKUTAN 75.00 YURAN MAKMAL 10.00 YURAN KESIHATAN 20.00 YURAN ASRAMA 476.00 YURAN PERPUSTAKAAN 50.00 YURAN KOKURIKULUM 25.00 YURAN KOLEGIAT 27.00 YURAN MUET 61.00 YURAN PELAJARAN 150.00
JUMLAH 1,315.50 1,960.00 605.50 710.00 1,250.00
SEMESTER 2
INSURAN 6.50 1,960.00 - 939.50 1,020.50
YURAN BUKU 100.00 YURAN PENGANGKUTAN 75.00 *Pecahan Tajaan
YURAN MAKMAL 10.00y/pengajian - 350.00
YURAN KESIHATAN 20.00y/penginapan - 360.00
YURAN ASRAMA 476.00wang saku - 1,250.00
YURAN PERPUSTAKAAN 50.00 YURAN KOKURIKULUM 25.00 YURAN KOLEGIAT 27.00 YURAN PELAJARAN 150.00 JUMLAH 939.50 1,960.00 - 939.50 1,020.50
JENIS YURAN KADAR TAJAAN BAYARAN POTONGAN WANG YURAN PELAJAR PENAJA SAKU
9
SEMESTER 3
INSURAN 6.50 1,960.00 - 839.50 1,120.50
YURAN PENGANGKUTAN 75.00 YURAN MAKMAL 10.00 *Pecahan Tajaan
YURAN KESIHATAN 20.00y/pengajian - 350.00
YURAN ASRAMA 476.00y/penginapan - 360.00
YURAN PERPUSTAKAAN 50.00wang saku - 1,250.00
YURAN KOKURIKULUM 25.00 YURAN KOLEGIAT 27.00 YURAN PELAJARAN 150.00
JUMLAH 839.50 1,960.00 - 839.50 1,120.50
5. KAD PELAJAR
5.1 Semua pelajar baharu diwajibkan membuat KAD PELAJAR sebaik mendaftar sebagai
pelajar UPM.
5.2 Kad Pelajar anda merupakan Kad Pintar yang berfungsi sebagai:
i. Kad Matrik
ii. Kad Perpustakaan
iii. Kad Pengenalan Diri semasa di kampus
iv. Book Plan (bagi program yang terpilih sahaja)
5.3 Sila isikan maklumat diri dan lekatkan gambar (ukuran pasport berlatar belakang warna
biru) pada Borang Permohonan Kad Pelajar di Lampiran 6 di muka surat 28.
5.4 Pastlkan semua maklumat diri diisi dengan lengkap dan serahkan borang di Kaunter
Kad Pelajar semasa pendaftaran.
5.5 Kad Pelajar anda yang telah siap boleh diambil pada tarikh dan tempat yang akan
dimaklumkan kemudian
5.6 Pelajar yang lewat mendaftar perlu menghantar borang tersebut ke Kaunter Bilik
pengurusan Kad Pintar, Tingkat 3, Pejabat Pendaftar, Bangunan Pentadbiran UPM dan
Kad Pelajar anda boleh diambil di tempat yang sama selepas dua minggu dari tarikh
serah borang untuk pelajar Kampus Serdang.
5.7 Pelajar yang kehilangan Kad Pelajar diminta untuk mengambil tindakan berikut :
10
i. Membuat aduan kehilangan di Kaunter Bahagian Keselamatan dan mendapatkan
Laporan Kehilangan / Kerosakan.
ii. Membawa Laporan Kehilangan ke Kaunter Bendahari III dan membayar denda
sebanyak RM30 dan mendapatkan resit bayaran denda.
iii. Membawa resit bayaran denda ke Unit Pengurusan Kad Pintar di Tingkat 3, Bangunan
Pentadbiran dan mengisi Borang Permohonan gantian Kad Pelajar.
iv. Memaklumkan Bahagian Perkhidmatan Pinjaman Perpustakaan Kampus Serdang (03-
89468629 / 8631 / 8612).
v. Jika kehilangan kad disebabkan oleh kes-kes ragut atau kecurian yang dilaporkan di
balai polis, pelajar hanya perlu mengambillangkah (iii) (tanpa bayaran denda) dan
(iv). Pelajar juga diminta untuk mengemukakan laporan polis.
5.8 Pelajar diwajibkan membawa dan mempamerkan Kad Pelajar sepanjang masa ketika
berada di kampus.
Perlu diingatkan bahawa adalah menjadl satu kesalahan bagi pelajar jika tidak
mempamerkan Kad Pelajar dl kampus. Tindakan boleh diambil atau pelajar tidak
diberi layanan semasa berurusan.
5.9 Pelajar yang tidak membawa dan mempamerkan Kad Pelajar, tidak akan dibenarkan
untuk menduduki peperiksaan/ujian.
5.10 Pelajar yang menjumpai Kad Pelajar yang tercicir dinasihatkan supaya mengembalikan
kad tersebut ke Kaunter Bahagian Keselamatan UPM Serdang.
Pelajar yang menarik diri dan telah pun menerima kad pelajar adalah diminta untuk
mengembalikan kad pelajar tersebut ke Unit Pengurusan Kad Pintar, Pejabat Pendaftar
di Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran, UPM Serdang.
11
6. GARIS PANDUAN PAKAIAN DAN RAMBUT
Peraturan pakaian pelajar yang ditetapkan oleh Universiti Putra Malaysia adalah seperti
berikut:
6.1 Semua pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dengan amalan biasa masyarakat
Malaysia. Selaku bakal para intelek negara, pelajar perlulah sentiasa mengamalkan
pemakaian pakaian yang bersih, kemas dan bersopan semasa berada di kampus.
6.2 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka dan
memakai penutup muka.
6.3 Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang dikuatkuasakan
oleh fakulti / pusat / bahagian terutama di makmal, di ladang, semasa berurusan dengan
pegawai universiti dan juga semasa menjalani latihan amali / mengajar dan sebagainya.
6.4 Pelajar lelaki yang berambut pendek sahaja akan dibenar mendaftarkan diri. Sesiapa
yang didapati tidak mematuhi peraturan rambut pendek adalah disifatkan sebagai
melanggar peraturan universiti. Pelajar juga dilarang mewarnakan rambut mereka,
selain daripada warna asal rambut.
6.5 Peraturan Pakaian Pelajar
6.5.1 Pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar universiti
dengan menunjukkan kekemasan, kerapian, keceriaan dan kesopanan dalam
berpakaian.
6.5.2 Pelajar diwajibkan berpakaian sopan (baju kemeja, T-berkolar, berkasut, berseluar
panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut).
6.5.3 Pelajar tidak dibenarkan berpakaian yang ketat dan mempamerkan susuk tubuh,
mendedahkan tubuh badan, menjolok mata dan memakai penutup muka (berskirt
di atas paras lutut atau berseluar pendek, berbaju T tanpa kolar, berbaju tanpa
lengan, berseluar / berskirt ketat, berselipar, berpurdah, berseluar jeans lusuh,
bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan) di tempat berikut:
- Dewan Kuliah
- Bilik Makmal
- Bangunan Pentadbiran
- Fakulti dan Pusat Pengajian
- Perpustakaan
- Pusat Kesihatan Universiti12
6.5.4 Semasa berurusan rasmi atau berada di dewan kuliah tidak dibenarkan memakai
topi.
6.5.5 Arahan pakaian ini tidak mengurangkan apa-apa arahan mengenai pakaian oleh
mana-mana fakulti atau jabatan kepada pelajar masing-masing kerana tujuan-
tujuan tertentu.
JADUAL 2 (a)
Pakaian rasmi sepanjang Minggu Suai Kenal
ITEM PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN
Baju Kemeja berwarna cerah dan tidak
bercorak
Baju kurung atau berpakaian sopan
seperti skirt labuh di bawah paras
lutut
Seluar Seluar panjang berwarna hitam /
gelap (bukan jeans)
Seluar panjang yang sesuai
Kasut Memakai kasut yang bukan dari
selipar
13
JADUAL 2(b)
Pelajar adalah pelanggan kami. Pihak kami berhasrat memberikan perkhidmatan terbaik
kepada anda jika anda mematuhi etika penampilan pelajar. Anda tidak akan dilayan dan
dinafikan perkhidmatan jika tidak mematuhi etika penampilan pelajar di semua Kaunter
Perkhidmatan, Pejabat, Dewan Besar, Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Perpustakaan dan
Makmal.
ANDA HANYA AKAN DILAYAN JIKA : ANDA TIDAK AKAN DILAYAN JIKA :
1 Mempamerkan kad pelajar 1 Tidak mempamerkan kad matrik.
2 Berambut kemas dan rapi antaranya :
· Berambut pendek bagi lelaki
· Berambut rapi bagi perempuan
2 Berambut tidak kemas dan tidak rapi
antaranya:
· Berambut panjang bagi lelaki
· Berambut mengerbang bagi perempuan
· Mewarnakan rambut
3 Berpakaian kemas dan sopan antaranya:
· Berbaju kemeja
· Berbaju t-berkolar
· Berbaju kurung
· Berseluar panjang
· Berskirt panjang di bawah paras lutut
· Berkasut
3 Berpakaian kurang sopan antaranya :
· Mendedahkan tubuh badan
· Berseluar pendek
· Berseluar / skirt ketat
· Berselipar / berkasut sandal
· Bertindik bagi lelaki
14
7. SKIM BOOK PLAN
7.1 Pengenalan
Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Skim Book Plan bermula sesi Julai 2005. Di
bawah skim ini, antara pelajar yang terpilih adalah pelajar Tahun Satu bagi program Asasi
Sains Pertanian.
7.2 Penggunaan Book Plan
7.2.1 Dalam melaksanakan program ini, sebanyak RM200 akan dikreditkan ke dalam kad
matrik pelajar berkaitan.
7.2.2 Pelajar tersebut boleh menggunakan kad matrik mereka untuk membeli buku rujukan
pembelajaran dan alat tulis hanya dari Kedai Buku Koperasi UPM.
7.2.3 Garis panduan Book Plan yang lebih terperinci akan diberikan semasa pungutan kad
pelajar.
7.2.4 Jika anda mempunyai masalah mengenai Book Plan, sila hubungi:
Kaunter Kad Meal Plan
Kolej Pelajar Antarabangsa
Blok P2 43400, UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan
Encik Mohd Rusdy Hasan Tel: 03 - 8942 9146 Faks : 03 - 8941 7408
15
8. KALENDAR AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Kalendar Akademik Sesi 2011-2012
(Asasi Sains Pertanian)
SEMESTER PERTAMA
Kuliah 23 Mei 2011 - 28 Ogos 2011 (14 minggu)
*Cuti Ulangkaji 29 Ogos 2011 - 4 September 2011 (1 minggu)
Peperiksaan Akhir 5 September 2011 - 11 September 2011 (1 minggu)
Cuti Antara Semester 12 September 2011 - 18 September 2011 (1 minggu)
SEMESTER KEDUA
**#Kuliah 19 September 2011 - 25 Disember 2011 (14 minggu)
Cuti Ulangkaji 26 Disember 2011 - 1 Januari 2012 (1 minggu)
Peperiksaan Akhir 2 Januari 2012 - 8 Januari 2012 (1 minggu)
Cuti Akhir Semester 9 Januari 2012 - 15 Januari 2012 (1 minggu)
SEMESTER KETIGA
##Kuliah 16 Januari 2012 - 22 April 2012 (14 minggu)
Cuti Ulangkaji 23 April 2012 - 29 April 2012 (1 minggu)
Peperiksaan Akhir 30 April 2012 - 6 Mei 2012 (1 minggu)
*Hari Raya Aidilfitri (30 - 31 Ogas 2011 Selasa & Rabu)
**Hari Deepavali (26 Oktober 2011 Rabu)
#Hari Krismas (25 Disember 2011 Ahad)
## Tahun Baru Cina ( 23-24 Januari 2012 Isnin & Selasa)
16
9. MAKLUMAN
TINGGAl DI KOLEJ
Pada dasarnya semua pelajar baharu Program Asasi Sains Pertanian dikehendaki tinggal di
kolej sepanjang sesi pengajian.
LARANGAN MEMBAWA KENDERAAN
UPM menyediakan perkhidmatan bas kampus. Sehubungan itu, pelajar tidak dibenarkan
membawa kenderaan sendiri ke dalam kawasan kampus dan diminta menggunakan
perkhidmatan bas kampus.
KEMUDAHAN HOTSPOT (WIRELESS)
UPM menyediakan kemudahan Hotspot (Wireless) kepada semua pelajar di kolej-kolej
Kampus Serdang.
Pelajar Baharu yang ingin menggunakan kemudahan ini dikehendaki mengisi Borang
Permohonan Hotspot di Lampiran 7 di muka surat 29.
17
LAMPIRAN 1
18
LAMPIRAN 2
19
LAMPIRAN 3
20
LAMPIRAN 4
21
LAMPIRAN 5
22
23
24
25
26
LAMPIRAN 6
27
LAMPIRAN 7
28
SENARAI SEMAKAN
29
BORANG MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR
30
BORANG PEMBETULAN NAMA/KAD PENGENALAN
ARAHAN : 1. Sila semak maklumat dibawah, jika terdapat kesilapan ejaan nama dan no. kad pengenalan, isi
ruangan untuk pembetulan yang disediakan dan serahkan kepada pegawai yang bertugas di kaunter pendaftaran untuk urusan pembetulan di Bahagian Akademik.
2. Sila bawa borang ini semasa mendaftar di Kolej yang ditetapkan.
Nama :
No. Kad Pengenalan : Kategori : No. Matrik :
Program :
Kolej :
RUANGAN UNTUK PEMBETULAN NAMA DAN NO. KAD PENGENALAN
1. Nama seperti dalam kad pengenalan (Tuliskan dengan huruf besar)
2. No. Kad pengenalan/My Kad - -
Tarikh :___________________ Tandatangan : _______________________
------------------------------------------------------------------ Potong Di sini ----------------------------------------
SLIP UNTUK SIMPANAN PELAJAR
Nama* : _________________________________________________________________________
Program* : __________________________________________________________________
No. Matrik* : _____________________________ No. Kad Pengenalan* : ____________________
31
PERKHIDMATAN UTAMAPRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)Kod Dokumen: PU/PS/BR11/AMB
BORANG PEMBETULAN NAMA / KAD PENGENALAN(SEMESTER ___________ SESI ___________)
32