Buku Laporan Tahunan 2013
Transcript of Buku Laporan Tahunan 2013
5
EDISI KE
JABATAN LAUT MALAYSIA
LAPORAN TAHUNAN
2013
Hakcipta:
Jabatan Laut Malaysia
•KHIDMAT PENGURUSAN (BKhP)
•INSTITUT LATIHAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
PENGANGKUTAN LAUT (ILPPPL)
•KAWALAN INDUSTRI (BKI)
•KESELAMATAN PELAYARAN (BKP)
•HAL EHWAL PELAUT DAN PELABUHAN (HEPP)
EDISI KE 5
LAPORAN TAHUNAN JABATAN LAUT MALAYSIA 2013
Hakcipta Hakcipta adalah terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam
diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada
Jabatan Laut Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
ISSN 2232-1810
Diterbitkan Oleh: JABATAN LAUT MALAYSIA
Ibu Pejabat Laut Jabatan Laut Malaysia
Peti Surat 12, Jalan Limbungan
42007 Pelabuhan Klang, Selangor
Tel : 03 - 3346 7777
Fax : 03 - 3168 5289 www.marine.gov.my
Jabatan Laut Malaysia
twitter : @JLM_Malaysia
Printed & Designed by Nur Niaga Sdn Bhd
ISI KANDUNGAN
LAPORAN TAHUNAN
JABATAN LAUT MALAYSIA 2013
1. Tinta Pengarang Sidang Redaksi 4
2. Perutusan Ketua Pengarah Laut 8
3. Maklumat Korporat 12
3.1 Latar Belakang
3.2 Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan
3.3 Carta Organisasi
3.4 Pengurusan Tertinggi
4. Prestasi 2013 20
4.1 Pejabat Ketua Pengarah Laut
4.2 Bahagian Khidmat Pengurusan (BKhP)
4.3 Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan
Pengangkutan Laut (ILPPPL)
4.4 Bahagian Kawalan Industri (BKI)
4.5 Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP)
4.6 Bahagian Hal Ehwal Pelaut dan Pelabuhan (HEPP)
5. Peristiwa 2013 166
6. Artikel 174
4 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 5
1. TINTA
PENGARANG
SIDANG REDAKSI
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
6 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
DARI MEJA EDITORIAL
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Jawatankuasa Laporan Tahunan
Jabatan Laut Malaysia 2013 berjaya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan
sepanjang tahun 2013. Di kesempatan ini sidang redaksi ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan laporan
tahunan untuk edisi kali ini.
Berbanding dengan terbitan sebelum ini, edisi kali ini lebih memfokuskan kepada konsep
santai dan mesra pembaca. Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 ini juga
berkonsepkan majalah di mana kandungannya lebih padat dengan elemen yang
berbentuk grafik dan format penulisan yang menggunakan Bahasa Melayu
sepenuhnya supaya Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 ini dapat menarik
lebih ramai untuk membacanya. Perkara ini disokong kerana Jawatankuasa Laporan Tahunan
Jabatan Laut Malaysia 2013, berpendapat Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
haruslah lebih dekat kepada pembaca supaya orang ramai lebih mengetahui apakah sebenarnya
Jabatan Laut Malaysia.
Pada dasarnya, Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 edisi ke 5 ini memuatkan
fungsi-fungsi jabatan dan bidang-bidang tugas yang berkaitan sebagai rujukan masyarakat
perkapalan khasnya dan masyarakat umum amnya.
Untuk pengetahuan para pembaca, Jawatankuasa yang dilantik bagi penyediaan laporan
tahunan ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang mahir dalam bidang masing-masing. Sewajarnya segala maklumat yang disediakan adalah sahih untuk diterima dan digunapakai.
Sekian Terima Kasih
Mohammad Hisham bin Ali
Pengerusi Sidang Redaksi
“Teras Keselamatan Maritim Negara”
“Kearah Negara Kelautan Electronik “
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
SIDANG REDAKSI
7
Penasihat
YBhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman
Pengerusi Sidang Redaksi Encik Mohammad Hisham bin Ali
Ahli Sidang Redaksi Encik Mohd Nazwan Hafeez bin Hashim
Puan Norshazila binti Ahmad
Puan Norhayati binti Ramlan
Jurugambar
Encik Mohd Nurrul Faiz bin Mohd Taib
Encik Mohd Akhbal bin Kamaruddin
Wakil- Wakil Bahagian
Encik Nor Zukhairi bin Yahya
Cik Siti Umainah binti Abd Azit
Puan Nurul A’in binti Abdul Karim
Cik Rina Maslina binti Baharudin
Encik Burhanudin bin Abdullah
Encik Khairin Azmi bin Za’aba
Encik Mohd Azrul bin Abu Bakar
Puan Aimi binti Md Pazil Puan Wan Nazirah binti Wan Hindun
Encik Mohd Hafidz bin Abd. Latif Encik Muthurajan A/L Ramalinggam
8 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 9
2. PERUTUSAN
KETUA PENGARAH LAUT
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
10 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
PERUTUSAN KETUA PENGARAH LAUT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kepentingan industri maritim kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak
dapat disangkal lagi dengan anggaran 90 peratus daripada jumlah dagangan negara diangkut
melalui pengangkutan laut. Tumpuan nasional dan masyarakat antarabangsa juga
semakin tertumpu kepada persekitaran maritim kita, terutamanya di Selat Melaka yang merupakan
antara laluan dagangan tersibuk dan strategik di dunia.
Alhamdulilah setelah enam (6) dekad berlalu, Jabatan Laut Malaysia
telah melalui pelbagai program pembangunan dan cabaran seiring dengan
perkembangan industri perkapalan dunia, serta pembangunan teknologi.
Kejayaan demi kejayaan dikecapi sepanjang tahun 2013 antaranya Jabatan Laut
Malaysia telah melaksanakan Sistem Integrasi Perkongsian Pintar Maklumat Pelepasan dan
Ketibaan Kapal antara Ship Clearance System (SCS) Jabatan Laut Malaysia dengan Lembaga
Pelabuhan Johor dan Operator-operator Pelabuhan di Johor. Pelaksanaan projek ini juga telah
meningkatkan tahap kualiti dan ketepatan maklumat kapal supaya sentiasa berada
pada tahap yang tinggi.
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 11
Selain itu, seiring dengan perkembangan pesat penggunaan ICT, Jabatan Laut Malaysia
telah memperolehi pensijilan Information Security Techniques (ISMS) atau Pengurusan
Sistem Keselamatan Maklumat yang diwujudkan bertujuan untuk menjamin kesinambungan
urusan pusat data dengan meminimakan kesan insiden keselamatan ICT selaras dengan
keperluan kerajaan yang menggariskan semua agensi perlu membangunkan Information
Security Techniques (ISMS). Saya juga amat berbangga kerana Jabatan Laut Malaysia merupakan
agensi kerajaan yang pertama di bawah Kementerian Pengangkutan yang memperolehi pensijilan ISMS ini.
Jabatan Laut Malaysia telah menerima dua anugerah dalam pengurusan
kewangan iaitu penganugerahan 4 bintang di dalam pengauditan pengurusan kewangan
berdasarkan Indeks Akauntabiliti dan penganugerahan 4 bintang dalam pengauditan
Sistem Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan (SPKPK) bagi tahun 2013.
Tahun 2013 juga berakhir dengan cemerlang bagi negara kita kerana sekali lagi Malaysia dapat mengekalkan kedudukan sebagai ahli majlis Pertubuhan Maritim
Kebangsaan (International Maritime Organization) bagi kategori C, iaitu 20 Negara yang
memainkan peranan penting di dalam industri perkapalan dan perdagangan maritim dunia.
Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan
dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia. Oleh yang demikian, ucapan
penghargaan dan terima kasih ini diberikan kepada semua warga Jabatan Laut Malaysia
di atas usaha gigih mereka dalam memastikan Jabatan Laut Malaysia terus memberikan
perkhidmatan yang cemerlang. Jabatan Laut Malaysia akan terus memperbaiki perkhidmatan
yang diberikan dari semasa ke semasa seiring dengan agenda transformasi kerajaan.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman
Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Malaysia
12 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
13
3. MAKLUMAT
KORPORAT
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
14 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
3.1 LATAR BELAKANG
Dalam era globalisasi ini, perdagangan antarabangsa di Malaysia telah melibatkan
hampir keseluruhannya adalah melalui laluan laut yang dianggarkan sekurang-kurangnya
sebanyak 90 peratus dari jumlah keseluruhan hasil eksport dan import negara yang
merupakan penjana ekonomi Malaysia. Justeru itu untuk menjaga dan mengawal industri perkapalan Malaysia mencapai tahap antarabangsa, ianya penting untuk kita melakukannya dengan
cekap dan sistematik sepertimana tugas-tugas yang telah dan sedang dilakukan oleh Jabatan Laut.
Tanggal 1 Januari 2011, hasil kombinasi daripada tiga (3) buah Jabatan Laut iaitu Jabatan
Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak telah membentuk
sebuah agensi maritim yang mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim Malaysia yang dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia. Jabatan Laut Malaysia diterajui oleh
Ketua Pengarah Laut iaitu YBhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman. Jabatan Laut Malaysia juga
merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bernaung dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kepimpinan yang diterajui oleh YBhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman yang
mana merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak telah menceburi bidang maritim
dengan bermula sebagai Pegawai Laut di Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.
Bermotivasikan pengalaman serta ilmu pengetahuan, beliau berusaha mempertingkatkan
prestasi sehingga akhirnya berjaya dilantik sebagai Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Semenanjung
Malaysia pada tahun 2006 sehingga kini. Lontaran idea yang bernas lagi kritis yang disampaikan
oleh beliau telah meningkatkan prestasi Jabatan Laut Malaysia di mata industri maritim. “Pembangunan Bantuan Pelayaran pada kurun ke 21” adalah merupakan salah satu usul beliau
yang berjaya diketengahkan pada Kongres Laut Asia Timur dan Forum Dunia Maritim. Kejayaan
ini telah menonjolkan lagi keterampilan beliau sebagai Ketua Pengarah Laut yang diteladani.
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 15
YM Raja Datuk Kapten Malik Saripulazan bin Raja Kamaruzaman merupakan mantan
Ketua Pengarah Laut dan beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Laut bermula
pada tahun 1998 sehingga 2006. Semasa era kegemilangan kepimpinan beliau pelbagai pingat dan anugerah telah diperolehi antaranya ialah pingat Panglima Jasa Negara (PJN), pingat Johan Setia Mahkota (JSM) dan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN).
PenubuhanInstitutLatihanPentadbirandanPengurusanPengangkutanLaut(ILPPPL)merupakan
salah satu lontaran idea bernas dari beliau. Tujuan penubuhan institut ini adalah untuk
melahirkan pegawai dan anggota yang terlatih dan kompetan dalam bidang kelautan, skop ini juga
meliputi sektor swasta yang terlibat secara langsung dalam industri maritim dan pengangkutan laut. Salah satu kejayaan yang telah dikecapi oleh jabatan adalah memperolehi kerusi sebagai Ahli Majlis
OrganisasiMaritimAntarabangsa(IMO)dibawahkategoriCbermulapadatahun2005sehinggasekarang. Kejayaan ini semestinya membuatkan rakyat Malaysia amat berbangga dengan Jabatan Laut Malaysia.
Bermulanya tahun 1987 sehingga 1998, pucuk pimpinan Jabatan Laut diterajui oleh
Tuan Haji Khazali @ Ghazali bin Abu Hassan yang merupakan seorang Jurutera Laut yang
pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia. Beliau telah menerima darjah kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) pada tahun 1990.
Rentetan daripada perpindahan kuasa oleh pihak British kepada Persekutuan Tanah Melayu, anak Melayu yang pertama memegang jawatan Ketua Pengarah Laut ialah Kapten Othman bin
Darus. Beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia bermula 1969 sehingga
1987. Beliau adalah penerima darjah kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 1973.
16 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
3.2 VISI, MISI, OBJEKTIF, PIAGAM PELANGGAN
VISI
Agensi peneraju bertaraf dunia dalam bidang keselamatan maritim dan perlindungan persekitaran
marin menjelang 2020
MISI
Memantapkan sistem pengangkutan maritim berdasarkan pematuhan standard keselamatan di peringkat nasional dan antarabangsa.
OBJEKTIF
Menentukan satu sistem perhubungan laut yang selamat, aman, teratur dan konservasi laut
kearah pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti.
PIAGAM PELANGGAN
1. Mengadakan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan sekurang-kurangnya enam kali setahun bagi setiap
bahagian; 2. Mengeluarkan Perakuan Kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap
diterima; 3. Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan
diterima; 4. Mengeluarkan Perakuan Pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
5. Memproses pengeluaran Sijil Modular dalam masa 7 hari bekerja selepas tamat kursus; 6. Memproses pengeluaran Sijil Pendaftaran Kapal dalam masa 6 hari bekerja dari tarikh permohonan
diterima; 7. Melaksanakan pengeluaran Sijil Interim Dokumen Kepatuhan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh
semakan dokumen disempurnakan; 8. Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan Sijil Dokumen Kepatuhan (DOC) dalam masa 7 hari
bekerja dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup; 9. Menjalankan penyemakan dokumen/pengauditan di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan (SPK)
dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima; 10. Memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99%;
11. Memastikan ketersediaan tandarah suar sekurang-kurangnya 98%; 12. Memastikan ketersediaan pelampung pandu berlampu sekurang-kurangnya 97%.
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 17
3.3 CARTA ORGANISASI
18 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
3.4 PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN LAUT MALAYSIA
1. YBhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman
Ketua Pengarah Laut
2. Tuan Haji Baharin bin Dato’ Abdul Hamid
Timbalan Ketua Pengarah Laut
3. Tuan Haji Rossid bin Musa
Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran
4. Encik Hazman bin Hussein
Pengarah Bahagian Kawalan Industri
5. Encik Roslee bin Mat Yusof Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
6. Encik Abdul Nasar bin Abdul Hadi Pengarah ILPPPL
7. Tuan Haji Wan Endok bin Wan Salleh
Pengarah Laut Wilayah Timur
8. Encik Rosnan bin Fathlal Pengarah Laut Wilayah Sabah
9. Tuan Haji Abdul Aziz bin Muhamud
Pengarah Laut Wilayah Utara
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 19
10. Kapten Nazri bin Abu Hassan
Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan
11. Kapten Jailani bin Jalal Pengarah Laut Wilayah Selatan
12. Encik Benjamin Bernard Bijion
Pengarah Laut Wilayah Persekutuan Labuan
13. Tuan Haji Ir. Ahmad Khairuddin bin Ismail Pengarah Laut Wilayah Tengah
14. Tuan Haji Zahidin bin Dor (Tiada didalam gambar) Pengarah Laut Wilayah Sarawak
20 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 21
4. PRESTASI
TAHUN 2013
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
22 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
4.1 PEJABAT
KETUA PENGARAH LAUT
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 23
24 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
PEJABAT KETUA PENGARAH LAUT
PENGENALAN
Pejabat Ketua Pengarah Laut (PKPL) diketuai oleh YBhg Dato’ Ketua Pengarah Laut Malaysia
mempunyai dua (2) unit iaitu Unit Perancangan Dasar dan Pembangunan serta Unit Undang-undang. PKPL secara dasarnya memantau semua fungsi, dasar Jabatan dan operasi Jabatan seiring dengan
visi dan misi Jabatan.
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
4.1.1 UNIT UNDANG-UNDANG
SENARAI AKTA DAN PERUNDANGAN YANG DIKUATKUASAKAN
JABATAN LAUT MALAYSIA
A. AKTA
1. Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut 1950
2. Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
3. Akta Dius Api Persekutuan 1953 (Semakan Semula 1981 ) [ Akta 250]
4. Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sarawak)
5. Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah)
6. Akta Pendaftaran Kapal Antarabangsa Langkawi 2003[ Akta 630 ]
7. Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
& Akta Petroleum (Langkah- Langkah Keselamatan) 1991
25
26 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
8. Akta Perkapalan Saudagar
(Pencemaran Minyak) 1995 [Akta 515] Pindaan : i. Akta Perkapalan Saudagar
(Pencemaran Minyak) (Pindaan) Akta 2005 [Akta A1248]
B. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
1. Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan
dan Sambungan) Akta 2011- Belum
dikuatkuasakan
2. Akta Perkapalan Saudagar
(Pencemaran Minyak) (Pindaan) Akta
2011 – Belum dikuatkuasakan
3. Perintah Perkapalan Saudagar 2009
4. Peraturan Perkapalan Saudagar (Sijil Boleh Tamat daripada Pendaftaran) 2005 [P.U.(A) 245/ 2005]
5. Kaedah-Kaedah Port (Sungai Udang) 2004 [P.U.(A)81/2004]
6. Peraturan-Peraturan Pendaftaran
Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 [P.U.(A) 379/2003]
7. Peraturan-Peraturan Pendaftaran
Kapal Layar Antarabangsa Langkawi (Pendaftaran Entiti Kapal Layar) 2003
[P.U.(A) 380/2003] 8. Merchant Shipping ( Collision Regulations)
(Rules For Vessels Navigating Through
The Straits Of Malacca And Singapore) Order 2000 [P.U.(A) 105/2000]
9. Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar
(Keanggotaan, Waktu Kerja dan
Pengawasan) 1999 [P.U.(A) 150/1999] 10. Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar
(Pemeriksaan Perubatan) 1999
[P.U.(A) 151/1999] 11. Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar
(Latihan dan Perakuan) 1999 [P.U.(A) 152/1999]
12. Perintah Dius Api (Pengecualian) 1999
[P.U.(A) 30/1999] 13. Port ( Safety Of Workers ) Rules 1985
[P.U.(A) 72/1985] 14. Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar
(Kumpulan Wang Pusat Perdagangan
Laut) 1984 [P.U.(A) 235/1984] Pindaan / Revision : i. P.U.(A) 558/1994
ii. P.U.(A) 141/1999
15. Kaedah-Kaedah Had Pelayaran
(Perdagangan Pesisiran Pantai) Perkapalan Saudagar 1994 [P.U.(B)
387/1994
16. Kaedah-Kaedah Port (Negeri Sembilan) 1989[P.U.(A)117 / 1989]
17. Peraturan-Peraturan Dius Api 1988
[P.U.(A) 309/1988] / Regulations Light
Dues 1988 [P.U.(A) 309/1988] 18. Peraturan-Peraturan Dius Api
Persekutuan (Kadar-Kadar Dius) 1985
[P.U.(A) 79/1985] Federation Regulations Light Dues (Dues
Rates) 1985 [P.U.(A) 79/1985]
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 27
19. Peraturan-Peraturan Perkapalan
Dagang (Tanan) 1985 [P.U.(A) 83/1985] Regulations Trade Shipping (Tonnage) 1985 [P.U.(A) 83/1985] 20. Perintah Perkapalan Dagang
(Peraturan-Peraturan Pelanggaran) 1984 [P.U.(A) 438/1984] Trade Shipping Ordinance (Collision
Regulations) 1984 [P.U.(A) 438/1984] Pindaan / Revision : i. P.U.(A) 167/1985
ii. P.U.(A) 463/1990
iii. P.U.(A) 104/2000
21. Kaedah-Kaedah Port (Kedah) 1984
[P.U.(A) 389/1984] 22. Kaedah-Kaedah Port (Terengganu) 1983 [P.U.(A) 356/1983] 23. Kaedah-Kaedah Port (Melaka) 1978
[P.U.(A) 327/1978] Pindaan / Revision : i. [P.U.(A) 283/1983] 24. Port (Pahang) Rules 1964
[L.N.229/1964] Pindaan / Revision : i. Kaedah-Kaedah Port (Pahang) (Pindaan)1978
25. Federation Of Malaya Local Free- Board Certificates – Fees (L.N. 172/1960) 26. Merchant Shipping (Surveyors of Ships And Radio Surveyors) (Fees) Rules 1960 [L.N. 170/1960] 27. Merchant Shipping (Radio) Rules 1959
28. Federation Port Rules 1953
Pindaan / Revision : Federation Port (Amendment) Rules
2004 [P.U.(A) 82/2004]
29. Boat Rules 1953 [L.N. 312/1953] 30. Port (Penang) Rules 1953 [L.N.304/1953]
31. Port (Perak) Rules 1953 [L.N.305/1953] 32. Port (Selangor) Rules 1953
[L.N.306/1953] 33. Port (Johore) Rules 1953 [L.N.308/1953]
34. Port (Perlis) Rules 1953 [L.N.310/1953]
C. AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN
OTHER RELATED ACTS ENFORCED
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Environment Quality Act 1974
2. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
Exclusive Economic Zone Act 1984
3. Akta Perikanan 1985
Fisheries Act 1985
4. Akta Laut Wilayah 2012
Reagional Sea Act 2012
28 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
4.1.2 UNIT PERANCANGAN DASAR & PEMBANGUNAN
PROJEK TELAH SIAP
1. Projek pengerukan untuk keselamatan pelayaran bagi laluan bot dan feri di sungai Terusan Bagan
antara Pulau Ketam dan Pelabuhan Klang
Ringkasan Projek
Pelanggan Jabatan Laut Malaysia
Kos Projek RM15,000,000.00
Kontraktor Malaysian Maritime & Dredging Corporation Sdn. Bhd.
Kaedah Pelaksanaan Reka dan Bina (Design and Built)
Tarikh Milik Tapak 27 Mei 2013
Tarikh Siap Asal 26 Disember 2013
Tarikh Penamatan
Bersama 1 Oktober 2013
Peruntukan Pembangunan 2013 RM 42,414,010.00
Jumlah Dibelanjakan 2013 RM 33,509,753.25
Baki Tidak Dibelanjakan 2013 RM 8,904,246.75
Peratus Perbelanjaan 2013 79%
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 29
Objektif Projek
Objektif utama projek ini adalah untuk menyediakan alur pelayaran di Sungai Terusan Bagan
ke Pulau Ketam, Selangor ke paras kedalaman (Design Depth) 3.0 meter di bawah datum carta (CD) dan kelebaran 40 meter dan bagi tujuan:
i. Memastikan tahap kebolehlayaran (Navigable) alur-alur pelayaran terusan ke
Pulau Ketam dan sekitarnya selamat sepanjang masa; ii. Memberi jaminan keselamatan dan peningkatan efisien ke atas pergerakan
barangan dan penumpang; iii. Kepuasan pelanggan dan lain-lain pengguna (stakeholders) yang menggunakan terusan ini
dipertingkatkan; dan
iv. Memastikan kemalangan marin dapat dielakkan (membahayakan nyawa penumpang, kehilangan harta benda dan pencemaran alam sekitar).
Keterangan objektif projek pengerukan yang dipohon adalah berdasarkan kepada
justifikasi-justifikasi berikut:
i. Membangunkan Pulau Ketam dengan mendalam dan melebarkan alur pelayaran agar bot-bot
kargo dan feri penumpang dapat beroperasi dengan selamat; ii. Membolehkan feri-feri dan lain-lain pengangkutan air belayar dengan selamat pada bila-bila
masa; iii. Membolehkan feri-feri lebih besar belayar ke Pulau Ketam dan sekitar seterusnya menjana
ekonomi Negeri Selangor; iv. Memajukan dan mengoptimumkan operasi jeti-jeti dan terminal di Pulau Ketam; dan
v. Menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Selangor amnya dan penduduk
Pulau Ketam khususnya.
30 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
Skop Kerja
Skop kerja yang ditawarkan adalah merangkumi dan tidak terhad kepada kerja-kerja berikut:
i. Menjalankan kerja pengukuran hidrografi mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan menge
mukakan plan, kuantiti kerukan serta laporan; ii. Mendalamkan alur pelayaran Terusan Bagan ke paras 3.0 meter di bawah datum carta (CD)
dengan lebar dasar 40.0 meter; iii. Mencadangkan jenis, bilangan dan muatan jentera yang sesuai untuk kerja-kerja pengerukan; iv. Merangka plan kerja pengerukan yang sesuai mengambil kira semua maklumat di atas dan
rekabentuk alur yang sesuai; v. Membuang bahan pelupusan di tapak pelupusan (dumping ground) yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Laut; vi. Menyediakan draf dokumen kontrak lengkap dengan lukisan pembinaan, bilangan kuantiti,
kaedah kerja kenyataan dan spesifikasi teknikal; dan
vii. Melaksanakan kajian kesan alam sekitar (EIA atau EA), Kajian Pemantauan (Environmental Monitoring) kepada kerja-kerja pengerukan dan mendapatkan kelulusan jabatan/agensi yang
berkenaan (jika perlu).
Kedalaman Alur 3.0 meter datum carta
Alur Pelayaran Sungai Terusan Bagan
Lebar Dasar 40.0 meter
Kecerunan Optimum 1 : 5
Kuantiti Kerukan 780,000 m3
Tempoh Projek 7 bulan
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
31
Kawasan Tapak
Projek
32 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
PROJEK TELAH MULA
1. Projek Naik Taraf Jeti dan Bangunan Terminal, Pembinaan Bangunan CIQ & Jeti Baru di Jeti Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.
Jeti awam paling utama di Malaysia yang diurus tadbir oleh JLM adalah Jeti Penumpang Kuah. Jeti ini mengendalikan penumpang domestik dan antarabangsa serta telah diiktiraf Mesyuarat
Jawatankuasa Pelancongan (JKP) Bil 1/2011 sebagai sektor laluan feri paling strategik. Perkhidmatan
feri di antara Jeti Penumpang Kuah, Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Satun, Thailand juga paling
aktif di Malaysia dari segi jumlah feri yang beroperasi dan jumlah penumpang yang dikendalikan. Statistik penumpang yang dikendalikan di Jeti Penumpang Kuah pada tahun 2013 telah mencecah
4.5 juta orang dan dijangka peningkatan minima 6% akan terus dicapai pada tahun berikutnya. Bagimenampungpeningkatanjumlahpenumpangini,UnitPerancangEkonomi,JabatanPerdanaMenteri (UPE, JPM) pada bulan November 2011 telah meluluskan Projek Naiktaraf Terminal Penumpang dan
Pembinaan Bangunan CIQ dan Jeti Baru di Kuah, Langkawi di dalam Program Blueprint Pelancongan
Langkawi 2011-2015. Projek ini bermulapada Disember 2013 dan dijangka siap pada
September tahun 2015.
Gambar Sebelum
Gambar Selepas
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
33
Maklumat Kontrak
PROJEK DALAM PERANCANGAN
1. Membangunkan sistem Perkhidmatan Trafik Maritim (VTS) dan Automatic Identification System
(AIS) untuk keselamatan feri-feri di perairan Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi.
Nama Projek
: Naiktaraf Jeti Dan Bangunan Terminal, Pembinaan
Bangunan CIQ dan Jeti Baru di Jeti Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman
Tarikh Milik Tapak : 16 Disember 2013
Tarikh Siap Kerja : 15 September 2015
Tempoh Kontrak : 21 Bulan
Pelanggan : Jabatan Laut Malaysia
Agensi Pelaksana : Cawangan Pangkalan Udara & Maritim, Jabatan
Kerja Raya
Kontraktor Utama : UZAIMIN ENTERPRISE (ALOR SETAR) SDN. BHD.
Pelanggan
:
Jabatan Laut Malaysia
Kaedah
Pelaksanaan : Tender Terbuka
Tarikh Iklan
Tender : 25 November 2013
Tarikh Tutup
Tender : 08 Januari 2014
34 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
Objektif Projek
Malaysia adalah ahli konvensyen utama International Maritime Organization (IMO) seperti Safety of Life at Sea 1974 (SOLAS), International Convention for the Prevention of Pollution
from Ships, 1973 (MARPOL) dan International Association of Marine Aids to
Navigation For Lighthouse Authority (IALA).
Sistem satu pemantau dan mengawal trafik maritim(VTS) menggunakan radar, CCTV, VHF ra- diotelephony, AIS dan lain-lain teknologi yang ada di pasaran terkini, perlu untuk memantau perger- akkan feri, bot penumpang dan lain-lain trafik maritimbagi menjamin keselamatan pelayaran di da- lam sesuatu perairankawasan berkenaan. Pertambahan penumpang serta bilangan feri penumpang
meningkatkan aktiviti marin di perairan persekitaran. Sebanyak 78 perjalanan feri ke pulau Langkawi (pergi-balik) direkodkan sehari dari Kuala Perlis, Kuala Kedah, Pulau Pinang dan Satun, Thailand. Maklumat / data (Image) dari VTS diperolehi dan disimpan dengan menggunakan sistem pengesan
seperti Radar, AIS, CCTV dan VHF. Sistem VTS yang moden mampu mengintegrasi semua data yang
diperolehi kepada satu sistem pengendalian.
Justifikasi Projek
Justifikasi mengapa ia diperlukan, boleh di bahagikan kepada 3 perkara utama iaitu :
a. Untuk meningkatkan tahap keselamatan pelayaran, b. Berdaya maju kepada ekonomi Negara, d. Menangani krisis
i. Dengan liputan kawasan PEMANTAUAN yang menyeluruh pengawasan pergerakkan kapal dapat diperolehi secara berterusan (continuously). Pemantauan secara berterusan
membolehkan pihak berkuasa tempatanmembantu / menyampaikan maklumat kepada kapal yang berada di dalam kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
ii. Sistem AIS yang diintegrasi dengan sistem Kawalan Kamera Litar Tertutup juga boleh di gunakan sebagai alat memantau keadaan trafik di sesuatu kawasan perairan itu. Pemantauan secara berterusan oleh pihak berkuasa tempatan, membolehkan satu analisa
awal dilakukan terhadap kapal yang dicurigai keadaanya, yang berada di kawasan tersebut. iii. Data kapal yang diperolehi secara berterusan (continuously) membantu mengelakkan
pelanggaran dan kemalangan (contoh: tumpahan minyak) dimana kerajaan dapat
mengelakkan bebanan kos yang begitu tinggi dalam kerja-kerja pemulihan, ini juga
membantu mengekalkan keadaan kehidupan laut yang sentiasa di iktiraf oleh kerajaan
sebagai satu komponen tarikan pelancong. iv. Adalah satu langkah yang di sifatkan berdaya maju untuk ekonomi Negara jika liputan
AIS dapat diperolehi diseluruh Negara. v. Membantu mempercepatkan dalam mengurus krisis.
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 35
Selain itu, perkhidmatan ini diperkenalkan untuk mengelakkan tragedi berdarah kemalangan
feri Langkawi - Kuala Kedah pada tahun 2007 dari berulang.
1. Cadangan penyelesaian kepada satu rangkaian pemantauan keselamatan pelayaran yang
transperansi dan menyeluruh dengan Penguasaan Teknologi Komunikasi yang terkini (state-of-the-art communication technology).
2. Bilik kawalan yang dilengkapi dengan pilihan pemantauan dan unit tersebut mempunyai (built-in reference GPS) yang membolehkan pengiraan dan ketepatan mencari kedudukan
bagi transponder bergerak.
3. Base Stesen AIS yang sedia ada mampu meningkatkan kawasan liputan julat pemantauan
sehingga 80%, peningkatan sensitiviti disamping penurunan penggunaan kuasa tenaga
sehingga 30%.
4. Sistem VTS yang akan diwujudkan mampu memberikan satu aplikasi dalam penyediaan
pelan dimasa akan datang untuk peningkatan traffik marin, meningkatkan pemantauan
atau applikasi keperluan pemantauan.
Skop Projek
1. Melaksana kerja-kerja membekal dan memasang peralatan sistem Radar, CCTV, VHF dan
menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan penyediaan dan pengoperasian sistem
rangkaian komunikasi daripada stesen radar ke bilik kawalan. 2. Membekal dan memasang peralatan komunikasi, menjalankan kerja-kerja yang berkaitan
dengan penyediaan dan pengoperasian sistem rangkaian komunikasi di bilik kawalan. 3. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkala (preventive maintenance) dan pembaikan
alat (corrective maintenance) bagi sistem tersebut.
36 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013
2. Perolehan dan Penggantian Peralatan Melawan Tumpahan Minyak di Wilayah Selatan
Objektif Projek
Jabatan Laut Malaysia bertanggungjawab bagi memastikan sistem keselamatan pelayaran
yang merangkumi komponen penting seperti pemasangan alat bantuan pelayaran dan mewujudkan
mekanisma perlindungan alam sekitar marin di sepanjang perairan Selat Melaka, Laut China
Selatan dan perairan Labuan berfungsi mengikut piawaian Peraturan Konvensi Antarabangsa dan
Pertubuhan Antarabangsa seperti Marine Pollution Regulation (MARPOL) 73/78, The Protocol on Preparedness, Response and Co-operation to Pollution Incidents by Harzardous and Noxious
Substances (OPRC HNS) dan International Association of Lighthouse Authorities (IALA).
Mewujudkan, menyelenggara, menaiktaraf alat-alat bantuan pelayaran dan perlindungan
alam sekitar marin sepanjang perairan negara mengikut piawaian dan keperluan yang ditetapkan
adalah merupakan komitmen Negara di bawah Konvensyen Antarabangsa yang telah diratifikasi. Tahap pengoperasian yang cekap bagi alat-alat bantuan pelayaran dan perlindungan alam sekitar
marin di samping kuantiti yang mencukupi dengan teknologi terkini adalah merupakan satu pra- syarat dalam usaha meningkatkan sektor perkapalan Negara dan seterusnya merealisasikan hasrat
menjadikan Malaysia sebuah negara maritim.
Pada masa kini, alat-alat bantuan pelayaran dan perlindungan alam sekitar marin sedia ada
kebanyakannya telah uzur dan tidak beroperasi pada tahap yang ditetapkan berikutan faktor cua- ca, masa, usia, kerosakan akibat “wear and tear” dan keperluan industri perkapalan yang semakin
meningkat seiring dengan teknologi moden. Tahap keperluan bagi alat-alat bantuan pelayaran dan
perlindungan alam sekitar marin telah berubah dari segi bilangan, kedudukannya dan teknologi terkini selaras dengan usaha kerajaan bagi meningkatkan sektor perkapalan Negara yang merupa- kan pintu laluan masuk ekonomi dan dagangan Negara. Maka, adalah wajar tahap ketersediaan alat
bantuan pelayaran dan perlindungan alam sekitar marin ini dikaji semula dan dipertingkatkan bagi mewujudkan sistem pengangkutan laut yang selamat, aman, teratur dan konservasi maritim.
Pelanggan : Jabatan Laut Malaysia
Kaedah Pelaksanaan : Tender Terbuka
Tarikh Iklan Tender : 18 Oktober 2013
Tarikh Tutup Tender : 28 November 2013
Jadual Kes Tumpahan Minyak
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 37
Justifikasi Projek
Lokasi penempatan peralatan kawalan tumpahan minyak yang dicadangkan adalah di Jabatan
Laut Wilayah Selatan, Tg. Pelepas berikutan kadaran berlakunya kes-kes kemalangan kapal yang
tinggi di perairan Johor di samping pengoperasian syarikat-syarikat yang diberikan lesen oleh Ke- menterian Pengangkutan untuk tujuan pemunggahan kargo cecair petroleum, LPG, LNG dan lain-lain
dari kapal ke kapal (Ship to Ship Transfer - STS) di tiga lokasi berbeza iaitu di luar pesisiran kawasan
Batu Pahat, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan di Tanjung Ayam yang dilihat berpotensi ke arah kes-kes
tumpahan minyak.
Secara perangkaan, kes tumpahan minyak yang dilaporkan berlaku di kawasan perairan Johor adalah
seperti Jadual di bawah :
Manakala, kes pelanggaran kapal yang melibatkan pelanggaran kapal tangki Bunga Kelana 3
milik syarikat perkapalan nasional MISC Berhad dengan MV Waily berpendaftaran asing pada 25 Mei 2012 telah mengakibatkan tumpahan minyak berjumlah 2,500 tonnes yang mengakibatkan pence- maran pantai sepanjang 18 kilometer dari Tg. Pengelih ke Tg Pungai dalam Daerah Kota Tinggi. Perlaksanaan projek yang dicadangkan akan memastikan keupayaan Jabatan Laut Malaysia untuk
melawan dan mencegah tumpahan minyak sentiasa berada di tahap yang maksimum disamping
dapat menyediakan satu sistem mobilisasi peralatan dari stokpil-stokpil Jabatan Laut bagi tujuan
operasi sebenar dan sistem penyelenggaraan yang berkesan dan cekap.
Memenuhi paiwaian antarabangsa, Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) dan juga lain- lain pertubuhan supaya negara kita berada dilandasan yang sama dengan negara maju yang lain. Negara kita telah menerima-pakai konvensyen antarabangsa contohnya MARPOL 73/78 dan OPRC
1990.
Tarikh Kejadian Kawasan Perairan
Jun 2012 Pembuangan minyak dari
punca yang belum diketahui Tanjung Pelepas dan
Tanjung Piai
Julai 2011 Perlanggaran kapal B Oceania
dan Xin Tai Hai Selat Melaka (Pulau
Pisang)
Mei 2010 Perlangaran Kapal Bunga
Kelana 3 dan Waily Pengerang
Ogos 2009 Kapal Xin Dong Guan kandas Teluk Ramunia
-Measuring
Gas
38 Laporan Tahunan Jab atan Laut Malaysia 2013
Skop Projek
(i) Kawalan di sepanjang pesisiran pantai
BIL PERKARA
1. •
Personal
Protective
Equipment
&
Safety
Gears
X
20
Unit(Standby)
• Breathing Apparatus X4 Unit
2. •
FlammableEquipment
&
Detectors
X
4
Units:
- Hidrocarbon
3. • Skimmer X 4 Unit
4. • Oil Containment Boom (Beach/Coastal) – 2000 Meter
5. • Powerpack & Mini Vacuum System X 4 Unit
6. • Temporary Storage Tanks X 20 Unit
7. • Mobile Response Module (Container) X 2 Unit
8. •
Absorbent
Pad
X
100
Bale
• Absorbent Boom X 50 Bale
9. • Maintenance and Spareparts
10. • Training / Year
Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 39
(ii) Kawalan di kawasan laut terbuka (open sea)
BIL
PERKARA
1. • Personal Protective Equipment & Safety Gears X 20 Unit
• Personal Protective Equipment & Safety Gears X 20 Unit(Standby) • Breathing Apparatus X4 Unit
2. • Mobile Response Module (Container) X 2 Unit
3. • Skimmer X 4 Unit
4. • Oil Containment Boom (Beach/Coastal) – 2000 Meter
5. • Powerpack & Mini Vacuum System X 4 Unit
6. • Towable Oil Bladder X 4 Unit
7. • Mounted Surface Dispersant Sprayer
• Backpack Surface Dispersant Sprayer X 10 Unit
8. • Oil Spill Model & Response System
- 2 software licenses
- Training
9. • Maintenance and Spareparts
10. • Training / Year