BUKU CONTOH KARANGAN

2
Tajuk:kamu dan rakan – rakan kamu telah pergi berkelah di sebuah hutan lipur.ceritakan pengalaman kamu menyaksikan salah seorang daripada rakan kamu hampir-hampir lemas. Aku,Adam dan Zamri sudah lama berkawan rapat.Kami ialah rakan sekampung. Rumah kami juga terletak berehampiran antara satu sama lain. Pada suatu hari,Adam mengajak aku dan Zamri berkelah di Hutan Lipur Sekijang.Tempat itu terletak tidak jauh dari kampong kami .Sebelum ini pun, kami kerap pergi ke sana.Tanpa melengahkan masa,aku dan Zamri bersetuju dengan ajakan Adam itu. Setelah mengayuh basikal lebih kurang 15 minit,kami pun sampai di Hutan Lipur Sekijang.Setibanya di situ,kami segera menyalin pakaian untuk mandi- manda.Kami berasa sungguh seronak dan gembira. Sedang kami asyik bermandi-manda,tiba-tiba aku dan Adam terdengar suara jeritan meminta tolong.Ketika kami memandang ke arah bunyi suara itu,kami ternampak Zamri sedang menggapai-gapaikan tangannya meminta tolong.Ketika itu dia hampir-hampir tenggelam kerana dihanyutkan oleh arus deras. Tanpa membuang masa,aku dan Adam terus berenang ke arah Zamri.Kami sempat mencapai tangan rakan kami itu dan segera menariknya ke darat.Mujurlah kami berjaya menyelamatkan Zamri.

Transcript of BUKU CONTOH KARANGAN

Page 1: BUKU CONTOH KARANGAN

Tajuk:kamu dan rakan – rakan kamu telah pergi berkelah di sebuah hutan lipur.ceritakan pengalaman kamu menyaksikan salah seorang daripada rakan kamu hampir-hampir lemas.

Aku,Adam dan Zamri sudah lama berkawan rapat.Kami ialah rakan sekampung. Rumah kami juga terletak berehampiran antara satu sama lain.

Pada suatu hari,Adam mengajak aku dan Zamri berkelah di Hutan Lipur Sekijang.Tempat itu terletak tidak jauh dari kampong kami .Sebelum ini pun, kami kerap pergi ke sana.Tanpa melengahkan masa,aku dan Zamri bersetuju dengan ajakan Adam itu.

Setelah mengayuh basikal lebih kurang 15 minit,kami pun sampai di Hutan Lipur Sekijang.Setibanya di situ,kami segera menyalin pakaian untuk mandi-manda.Kami berasa sungguh seronak dan gembira.

Sedang kami asyik bermandi-manda,tiba-tiba aku dan Adam terdengar suara jeritan meminta tolong.Ketika kami memandang ke arah bunyi suara itu,kami ternampak Zamri sedang menggapai-gapaikan tangannya meminta tolong.Ketika itu dia hampir-hampir tenggelam kerana dihanyutkan oleh arus deras.

Tanpa membuang masa,aku dan Adam terus berenang ke arah Zamri.Kami sempat mencapai tangan rakan kami itu dan segera menariknya ke darat.Mujurlah kami berjaya menyelamatkan Zamri.

Menurut Zamri, ketika dia menyelam, dia terasa tubuhnya dihanyutkan oleh arus deras.Dia cuba timbul ssemula ke permukaan air,tetapi pada ketika itu nafasnya sudah mula tercungap-cungap.Namun,mujurlah dia mujurlah dia masih sempat berteriak meminta tolong.Jika tidaki,mungkin dia sudah lemas dihanyutkan oleh arus sungai.

Zamri megucapkan ribuan terima kasih kepada kami kerana menyelamatkannya.Kejadian yang menimpa Zamri itu memberikan pengajaran kepada kami supaya lebih berhati-hati pada masa akan datanag .

Page 2: BUKU CONTOH KARANGAN