BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
atau TERHAD'I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS oJUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN
ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA
Saya
SESI PENGAJIAN: 20l0l20ll
NORASIilKIN BTE ABD JALIL(HURUFBESAR)
mengakumembenarkantesis(PSM/@*inidisimpandiPerpustakaanUniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut;
L Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai perfukaran antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ({ )
E
EE
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
Alamat Tetap:105-S.FELDA TAIB ANDAK.81OOO KULAIJAYA. JOHOR.
Tarikh: 13 Mei 2011
(Mengandungi maklumat yang berdaq'ah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSTA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi,/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan Oleh
(TANDATANGAN PENYELIA)
TN HJ MUSLIM BIN JONIDNama penyelia
Tarikh: 13 Mei 201I
(TANDATANGAN PENULIS)
"Saya akui bahawa saya telatr membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)"
Nama Penyelia : TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID
Tarikh : t3 MEI2oI l
PEMBANGUNAN E-PETA MINDA BERTAJUK BERASASKAN MULTIPLY
REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL
KIMIA TINGKATAN LIMA
NORASHIKIN BTE ABD JALIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah sayo jelaskan sumbernya."
Nama Penulis : NORASHIKIN BTE ABD JALIL
Tarilft : 13 MEI201I
-] '*
DEDIKASI
Alhamdulillah….
Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi
kekuatan kepada diriku dalam menyiapkan e-Peta Minda ini..
Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta terutama
ayahanda dan bonda, kakanda, serta adindaku yang sentiasa menyokong
perjuanganku dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ku..
Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas segala
ilmu yang diberikan..
Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan....
Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan.Pahit manis yang kita harungi bersama akan
kusemat di hati selamanya..Semoga kejayaan milik kita bersama..
PENGHARGAAN
Segala puji syukur diberi kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha
Pengasih lagi Maha Setia. Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan
saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat
disempurnakan dan dihasilkan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Sekalung terima kasih kepada penyelia Tuan Haji Muslim Bin Jonid atas
bimbingan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Beliau telah banyak memberi bimbingan, teguran, dorongan, nasihat dan cadangn
kepada saya terutamanya dalam bidang penggunaan software sepanjang perancangan
projek ini. Ribuan terima kasih atas penyeliaan beliau yang professional dan
sistematik, motivasi dan galakan yang berterusan, ketabahan serta kesabaran
sehingga kajian ini berjaya disempurnakan.
Tidak lupa juga penghargaan kepada ibu bapa dan adik beradik yang turut
memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Penghargaan juga diberikan kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu
menjayakan penyempurnaan projek sarjana muda ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua saudara
saudari yang tersayang atas sokongan, doa dan bantuan mereka yang setia dan
berterusan. Semoga Allah S.W.T membalas jas anda semua. Sesungguhnya yang
baik dari Allah S.W.T dan yang kurang adalah dari kelemahan diri saya sendiri.
ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah
menggunakan peta minda. Oleh itu, satu projek pembangunan bahan bantu mengajar
berasaskan e-Peta Minda yang bertajuk “Redox Reaction in Electrolytic Cell and
Chemical Cell” untuk matapelajaran Kimia tingkatan Lima ini telah dibangunkan
berasaskan perisian Mindmapper 2008 Professional Edition. Modul e-Peta Minda
ini telah dihasilkan dengan lebih menarik, lengkap dan mesra pengguna. Modul e-
Peta Minda ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint
2007 sebagai platform utama dan disokong dengan perisian Adobe Photoshop CS3,
Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0,Windows Movie Maker 2.6, Ulead Gif
Animator 5.0, dan Hot Potatoes. Selain itu, gabungan elemen-elemen teks, grafik,
audio, video dan animasi dalam modul dapat menarik minat dan mengukuhkan
pemahaman pengguna. Pengukuhan konsep-konsep yang abstrak dan sukar menjadi
tujuan utama pembanguan projek ini. Projek ini dibangunkan berteraskan model
ADDIE dan menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme di mana pelajar boleh
berinteraksi dengan sistem melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti Quiz,
Lesson, dan Game yang melibatkan pembelajaran yang aktif. Beberapa cadangan
telah dikemukakan sebagai rujukan untuk pembangunan masa depan.
ABTRACT
Teaching and learning process can be implemented easily using a mind map.
Therefore, a development project based teaching aids e-Mind Map in “Redox
Reaction in Electrolytic Cell Chemical” for Chemistry subject in Form Five was
developed based on software Mindmapper 2008 Professional Edition. e-Mind Map
module has been produced with more attractive, comprehensive and user friendly. e-
Mind Map module was developed using Microsoft PowerPoint 2007 as the main
platform and supported by Adobe Photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Sony Sound
Forge 8.0, Windows Movie Maker 2.6, Ulead Gif Animator 5.0, and Hot Potatoes. In
addition, the combination of elements such as text, graphics, audio, video and
animation in the module can attract users and enhance understanding. This
strengthens the concepts those are abstract and difficult to be the main goal of
development of this project. This project is based on the ADDIE model and the
constructivist theory of learning in which students can interact with the system
through the activities provided, such as Quiz, Lesson and Game that involves active
learning. Several recommendations were given as a guide to the builders of the future
developers.
vii
ISI KANDUNGAN
s
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 9
1.6 Kepentingan Projek 11
1.6.1 Guru 11
viii
1.6.2 Pelajar 12
1.7 Skop dan Batasan Objek 12
1.8 Definisi istilah 13
1.8.1 Peta Minda 14
1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 14
1.8.3 Bahan Bantu Mengajar 15
1.8.4 Perisian 17
1.8.5 Multimedia 18
1.8.6 Pengajaran dan Pembelajaran 18
1.9 Penutup 19
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Pengajaran Berbantukan Komputer(PBK) 21
2.2.1 Kelebihan PBK 21
2.2.2 Kelemahan PBK 22
2.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 23
2.3.1 Kepentingan BBM 24
2.3.2 Masalah yang dihadapi oleh guru dalam
Menyediakan BBM 24
2.4 Pendekatan PBK 25
2.4.1 Tutorial 25
2.4.2 Latih tubi 26
2.4.3 Permainan Pendidikan 26
2.4.4 Simulasi 27
2.5 MindMapper 2008 Professional Edition 28
ix
2.6 Peta Minda 29
2.6.1 Elemen yang terdapat dalam peta minda 29
2.6.2 Kelebihan peta minda 30
2.7 Teori pengajaran dan pembelajaran 31
2.7.1 Teori Behaviourisme 32
2.7.2 Teori Kognitif 33
2.8 Penutup 35
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Pemilihan Rekabentuk Model Pembangunan 37
3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 38
3.2. 2 Fasa Rekabentuk (Design) 39
3.2. 3 Fasa Pembangun (Development) 39
3.2. 4 Fasa Perlaksanaaan (Implementation) 40
3.2. 5 Fasa Penilaian (Evaluation) 40
3.3 Prosedur Pembinaan Perisian 41
3.3.1 Penentuan Tajuk dan Skop 42
3.3.2 Objektif Pengajaran 42
3.3.3 Kumpulan Sasaran 43
3.4 Pemilihan dan Pengumpulan Bahan 43
3.4.1 Senarai Isi Kandungan Pelajaran 44
3.5 Pemilihan Perisian Pembangunan 44
3.6 Pemilihan Perisian Multimedia 46
3.6.1 Adobe Photoshop CS3 47
3.6.2 Sony Sound Forge 8.0 48
3.6.3 Ulead Cool 3D 3.5 48
x
3.6.4 Ulead Gif Animator 5.0 49
3.6.5 Windows Movie Maker 2.6 49
3.6.6 Ulead Cool 3D Production Studio 49
3.6.7 Windows Sound Recorder 50
3.6.8 Hot Potatoes 50
3.7 Pemilihan Perkakasan 51
3.7.1 Spesifikasi Perkakasan Cadangan Kepada
Pengguna 52
3.5 Penutup 52
4 HASIL PEMBANGUNAN
4.1 Pengenalan 53
4.2 e-Peta Minda 54
4.3 Struktur-struktur e-Peta Minda 54
4.3.1 Ikon Permulaan 55
4.3.2 Permulaan Modul Multimedia 56
4.3.2.1 Skrin Menu Utama 57
4.3.2.2 Bahagian Introduction 58
4.3.2.3 Bahagian Learning Outcome 59
4.3.2.4 Bahagian Lesson 60
4.3.2.5 Bahagian Quiz 62
4.3.2.6 Bahagian Video 63
4.3.2.7 Bahagian Games 65
4.3.2.8 Bahagian Glossary 67
4.3.2.9 Bahagian Links 68
4.4 Penilaian oleh Pakar Isi Kandungan 68
4.5 Penutup 70
xi
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan 71
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa
Pembangunan Projek 73
5.3.1 Masalah Teknikal 73
5.3.2 Masalah Masa 74
5.3.3 Masalah Penggunaan PowerPoint 74
5.3.4 Masalah Kepakaran 75
5.4 Cadangan 75
5.6 Refleksi 77
5.7 Penutup 77
RUJUKAN 79
LAMPIRAN 82
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.1 Data Analisis 69
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.1 Shortcut dan Skrin permulaan MindMapper 2008
Professional Edition 55
4.2 Paparan e-Peta Minda 56
4.3 Skrin Menu Utama 57
4.4 Skrin Introduction Chemical Cell 58
4.5 Skrin Introduction Electrolytic Cell 58
4.6 Skrin Learning Outcome 59
4.7 Skrin Lesson 61
4.8 Contoh video yang dihasilkan menggunakan Gif Animator 61
4.9 Penilaian formatif dalam quiz 62
4.10 Penilaian sumatif dalam quiz 63
4.11 Video yang dihasilkan menggunakan
Microsoft Movie Maker 2.6 64
4.12 Video yang diedit daripada Youtube 64
4.13 Crossword 65
4.14 Choose the correct answer 66
4.15 Chem Fortune 66
4.16 Scroll Box 67
4.17 Contoh glossary dalam pembelajaran 67
xiv
SENARAI SINGKATAN
AVI - Audio Video Interleave
ACM - Audio Compression Manager
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CAI - Computer Assisted Instruction
CD - Compact Disk
CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory
DVD - Digital Versatile Disc
GIF - Graphic Interchange Format
HTML - Hyper Text Markup Language
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IT - Information Technology (Teknologi Maklumat)
JPEG - Joint Photographic Experts Group
KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
MIMOS - Malaysia Institute of Microelectronic System
MP3 - MPEG-1 Audio Layer 3
MPEG - Moving Pivture Experts Group
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PDA - Pembantu Digital Peribadi
PDF - Portable Document Format
PHP - Hyper Prepocessor
PICC - Putrajaya International Convention Centre
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
xv
PNG - Portable Network Graphic
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PPS - Powerpoint Show
PSD - Photoshop Document
RAM - Random Access Memory
TIFF - Tagged Image File Format
WAN - Wide Area Network
WMV - Window Media Video
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Analisa Kesesuaian tajuk Pemilihan Tajuk sarjana Muda
82
B Surat kebenaran daripada pihak Fakulti 86
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
C Borang Senarai Semak Untuk Guru 87
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam mengejar arus kemodenan, guru-guru Matematik dan Sains kerap kali
menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar kurang
memahami konsep tentang sesuatu isi pelajaran yang disampaikan. Faktor tersebut
mengakibatkan pencapaian dalam mata pelajaran yang dianggap penting ini kurang
memberansangkan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain di sekolah.
Guru-guru Sains dan Matematik menyatakan mereka menghadapi masalah
dan kesukaran dalam menyempurnakan tugas disebabkan faktor-faktor seperti
kekurangan bahan bantu mengajar, murid-murid kurang berdisiplin, kurang
ketrampilan semasa belajar, kurang memahami konsep-konsep asas, tidak membuat
latihan dan guru kurang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun pernah bertitah, “bahawa tugas guru-guru masa kini semakin mencabar, di mana pembelajaran secara konvensional telah mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya pembelajaran yang dilengkapkan
2
dengan kemudahan komputer. Hal ini menunjukkan sistem pendidikan tradisional
sudah tidak sesuai (Richard L. Measelle & Morton Egol). Walau bagaimanapun,
tugas dan tanggungjawab daripada guru masih diperlukan sebagai perantara antara
murid dengan mata pelajaran”.(Harian Metro, Selasa, 3 Julai 001:A5).
Sekolah mempunyai peranan penting untuk melahirkan individu yang
cemerlang ke arah pembentukan negara yang cemerlang (Wan Zahid 1994).
Walaupun begitu, terdapat sekumpulan pelajar di sekolah yang kurang berupaya
untuk mencapai kecemerlangan akademik. Kumpulan pelajar ini sentiasa mendapat
markah rendah dan gagal dalam peperiksaan (Mohd Said 1994). Kegagalan
seumpama ini melahirkan perasaan hampa di kalangan guru. Pihak sekolah pula
menganggap ini sebagai satu pembaziran masa dan tenaga (Pierce 1994). Kajian-
kajian yang telah dijalankan oleh Swanson dan Ransby (1994), Hulme dan
Mackenzie (1992) membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar berpencapaian akademik rendah ialah untuk mengingat kembali maklumat
yang penting.
Menurut Tony Buzan dengan memanfaatkan gambar dan teks ketika
seseorang mencatat atau mengeluarkan sesuatu idea yang ada di dalam fikiran,
pelajar telah menggunakan dua bahagian otak secara aktif. Hasil kajian Roger
Sperry (Ahli Biologi pemenang hadiah nobel dalam bidang fisiologi dan kedoktoran
tahun 1981) menunjukkan bahawa otak memiliki dua belahan yang masing-masing
bekerja secara berbeza. Pada dasarnya otak kiri bersifat rasional, dan otak kanan
lebih emosional. Dalam penelitian, otak akan memberi tindak balas baik terhadap
kata-kata kunci, gambar, warna, serta adanya penyatuan secara langsung.
Tokoh-tokoh genius seperti Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Pablo
Picasso dan Winston Churcill ternyata menggunakan gambar-gambar yang seakan-
akan suatu susunan cara berfikir dalam catatan mereka waktu bersekolah. Bermula
dari situ, Tony Buzan menjadi perintis kepada peta minda mempelajari bahawa
dalam menyerap maklumat, orang-orang genius memanfaatkan kedua-dua bahagian
otaknya dengan menggunakan gambar-gambar atau apa yang disebut dengan memori
fotografi.
3
Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang
penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya (Moores
1987). Azma,(1990) mendapati guru-guru didapati tidak berinisiatif
mengeksploitasikan penggunaan teknologi dan inovasi bahan bantu mengajar untuk
menyampaikan pengajrannya. Penggunaan bahan bantu mengajar di bilik darjah
semakin kurang diamalkan oleh guru-guru akibat keinginan guru-guru untuk
menghabiskan sukatan pelajaran demi menghadapi tekanan peperiksaan.
Hasil kajian Eee Ah Ming (1997) menunjukkan pengajaran tradisional
bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat dan
penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar
melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif.
Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat
pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan pradigma telah
dilakukan terutama sekali penggunaan teknologi di sekolah. Seawal tahun 1996,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah Bestari yang
bermula Januari 1999. Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
telah membekalkan kemudahan komputer kepada 90% sekolah di seluruh negara
dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari.
Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah
banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutamanya di institusi pengajian tinggi
(Yusup Hashim, 1994). Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains
yang dijalankan dengan menggunakan komputer bukan sahaja untuk tujuan
pengajaran asas tapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi tentang situasi
makmal (Fred & Henry, 1994).
Mengikut Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ialah
satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing
komputer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk
mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Moursund (1980) pula menyatakan
4
bahawa PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran
kepada pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar
untuk membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari.
Berbeza dengan Rao et al. (1991), beliau menyatakan penggunaan komputer
dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara
pelajar dengan komputer. Pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah
kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka
seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua
medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran
berbantukan komputer.
Hizamnuddin Awang (1997) dalam Fazilah (1998) tertarik dengan
peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan
ingat, dan apabila saya lakukan, saya akan faham”. Mengikut seorang penulis Dilip
Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda
seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS
effort..." yang membawa maksud penggunaan e-peta minda dapat memperolehi ilmu
pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan
terlalu banyak kertas serta tenaga.
Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran apa yang telah
mereka pelajari. Pelajar-pelajar mengalami masalah pembelajaran terutamanya pada
tahap rendah kerana kecekapan untuk mengingati fakta dan formula adalah kurang,
tidak pandai mengaplikasi fakta dan formula yang sesuai kepada masalah yang diberi
dan sering bersikap pasif akibat daripada kelemahan dalam berkomunikasi (Rao,
Roa, Zoraini dan Wan Fauzy, 1991).
5
Lee Sau Lan (1986), pernah menyarankan pembelajaran berbantukan
komputer merupakan satu kaedah pembelajaran yang berguna dan ia digunakan
untuk tujuan berikut:
(i). Melengkapkan kaedah pengajran di bilik darjah
(ii). Mengajar matapelajaran tertentu di sekolah-sekolah yang tidak
mempunyai guru terlatih yang mencukupi untuk mnegajar mata pelajaran
itu.
(iii). Membantu para guru dari segi membuat persediaan mengajar lantas
mengurangkan beban kerjanya.
(iv). Membekalkan satu persekitaran yang baru kepada pelajar-pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran Kimia merupakan mata pelajaran elektif yang wajib diambil
oleh pelajar aliran Sains bagi tingkatan empat dan lima di peringkat sekolah
menengah atas. Mata pelajaran Kimia merupakan mata pelajaran penting bagi
pelajar aliran Sains baik di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi. Minat
pelajar-pelajar Sains di sekolah menengah terhadap mata pelajaran Kimia bergantung
kepada kebijaksanaan dan kebolehan guru Kimia.
Jika kaedah pengajaran yang diterima oleh para pelajar menarik dan
berkesan, maka berminatlah pelajar mengambil mata pelajaran Kimia dan melangkah
ke menara gading sebagai siswa/siswi alairan Sains. Sebaliknya berlaku kepada
pelajar yang hanya berbekalkan konsep asas kimia yang rapuh, mereka akan
melangkah ke menara gading sebagai siswa/siswi aliran Sastera. Contohnya, kimia
merupakan suatu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara
makroskopik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) tetapi pelajar menganggap
kimia itu sebagai satu pembelajaran tentang bahan kimia.
6
Sejak mencapai kemerdekaan, kurikulum kimia (Sains) di sekolah menengah
negara kita telah mengalami pelbagai perubahan. Meskipun melalui transformasi ini
pendidikan kimia menjadi semakin kompleks dan sukar, tetapi apa yang penting
ianya menjadi semakin menarik. Penekanan proses pengajaran-pembelajaran sains
masa kini adalah terhadap belajar melalui pengalaman, dengan penerapan kemahiran
saintifik, kemahiran berfikir serta penyelesaian masalah, melalui pendekatan
pembelajaran berfikrah.
Di Malaysia, Sains diajar melalui pendekatan inkuiri terpimpin - sebagai
proses, bukannya hasil akhir. Sehubungan dengan ini, pelajar perlu dilibatkan
secara aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran serta diberi peluang untuk
melakukan penyelidikan bagi menyelesaikan sesuatu masalah; bukan secara
mendemonstrasi atau mengesahkan sesuatu teori, konsep, prinsip, atau maklumat
(Abu Hassan, 1999). Setelah lebih dari satu dekad kurikulum Kimia KBSM
perkenalkan di sekolah, namun kaedah perlaksanaannya masih berada di takuk lama
sebagaimana pendekatan dalam pengajaran-pembelajaran (kimia) tradisi.
Pengajaran bagi mata pelajaran Kimia biasanya lebih mengutamakan
percakapan, transparensi serta penggunaan kapur tulis dan papan hijau. Kaedah
pengajaran secara tradisional iaitu kapur tulis dan tutur menjadikan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kimia menjadi kurang menarik disebabkan kaedah
penyampaian lebih bersifat abstrak dan sukar digambarkan.
Hal ini telah menyebabkan para pelajar mahupun ibu bapa beranggapan
bahwa bidang mata pelajaran Sains adalah ‘sukar’. Mata pelajaran Sains dianggap
sukar difahami kerana kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Pencapaian palajar dalam bidang sains dan teknologi membuktikan sejauh mana
pengajaran guru tercapai atau sebaliknya (Robiah Sidin, 2003).
7
Selain itu, Carter & Brickhouse (1989,p.223), "Many students say that
chemistry is difficult. These perceived difficulties are part of the context in which
these students develop chemical concepts and problem-solving skills”. Pengajaran
guru amat penting dalam membentuk pemahaman pelajar dalam meningkatkan
kefahaman dalam konsep kima dan kaedah penyelesaian masalah.
Dengan wujudnya e-peta minda, pembelajaran berbantukan komputer
menjadi lebih mudah untuk disampaikan oleh guru ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam erti kata lain, e-peta minda merupakan sebuah jalan pintas
yang boleh membantu sesiapa sahaja untuk mempercepatkan waktu sampai untuk
menyelesaikan aktiviti apa sahaja dan ketika belajar matapelajaran apa sekalipun.
Otak bertindak balas dengan baik terhadap kata kunci, gambar, warna, serta adanya
hubungan secara langsung.
e-Peta minda ini dapat membantu pelajar menyukai mata pelajaran
terutamanya Sains. Penggunaannya yang lebih sistematik dan lebih mudah untuk
difahami. Menurut Peter Kline, pelajar dapat belajar dengan lebih efektif dalam
suasana yang menyenangkan. Dengan menguasai e-peta minda yang telah
dihasilkan, guru mendapat bekalan yang sangat berguna untuk masa depan.
Selain itu, guru boleh mencetak peta minda yang dihasilkan itu dan dapat
diberikan kepada pelajar tanpa pelajar itu membuat peta minda sendiri untuk setiap
subtopik. Elemen-elemen yang terdapat di dalamnya seperti grafik, animasi, teks,
audio dan video. Pengalaman pelajar dapat merangsang minat dan meningkatkan
pemahaman dan daya ingatan mereka terhadap sesuatu topik.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam mencapai arus kemodenan ini, untuk merealisasikan hasrat Malaysia,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digalakkan di sekolah untuk mengubah
kaedah tradisional kepada kaedah bestari. Hasil pemerhatian, tajuk “Redox Reaction
in Electrolytic Cell and Chemical Cell” dalam rangka mata pelajaran Kimia
tingkatan lima memerlukan pemahaman tinggi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Masalah sering dihadapi apabila pelajar sering tertukar proses redoks
antara sel elektrolisis dan sel kimia.
Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah pengajaran secara
tradisional terutamanya bagi subjek Sains sehingga gagal menarik minat pelajar
terhadap bidang tersebut. Kelemahan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor,
antaranya:
(i). Kekurangan kemudahan dan bahan bantu mengajar yang tidak menarik.
(ii). Kesukaran untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk
guru-guru dan pelajar
(iii). Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar.
(iv). Tiada komunikasi dua hala di dalam kelas.
(v). Sumber rujukan pelajar terhad kepada buku teks sahaja.
(vi). Guru tidak kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.
(vii). Sukar memahami konsep asas dengan mantap
(viii). Penerangan yang terlalu abstrak dan memerlukan daya imaginasi yang tinggi
daripada pelajar.
(ix). Penggunaan bahan bantu mengajar berasakan peta minda masih terhad.
9
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini adalah:
i. Membangunkan satu perisian modul bahan bantu mengajar menggunakan e-
peta minda untuk topik “Redox Reaction in Electrolytic Cell and Chemical
Cell”, Kimia Tingkatan 5 (KBSM).
ii. Menghasilkan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda yang
menggabungkan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio
dan video.
iii. Menggunakan platform Microsoft Office Power Point 2007 beserta perisian
lain seperti Adobe Photoshop CS3, Sony Sound Forge 8.0, Windows Movie
Maker 2.6, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, Ulead Gif
Animator 5.0, Windows Sound Recorder, dan Windows Mind Mapper 2008
Professional Edition dalam pembangunan e-peta minda ini.
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk
Bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda ini dibangunkan adalah
sebagai satu platform untuk memudahkan pembelajaran bagi topik yang sukar
difahami. Tajuk “Redox Reaction in Electrolytic Cell and Chemical Cell” ini
memerlukan banyak penerangan beserta dengan gambar rajah dan animasi semasa
disampaikan oleh para guru bagi memudahkan pelajar memahami topik tersebut.
Kaedah penyampaian yang kreatif dan pelbagai dalam bahan bantu mengajar secara