BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Engku Tun Aminah, Pengetua SMK Taman Damai Jaya,...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Engku Tun Aminah, Pengetua SMK Taman Damai Jaya,...
PSZ 19:16(PIND.1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ila
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis in SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyetakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
Nama Pengarang : REHAN BT MOHD TAHA Tarikh lahir : 25 September 1972 Tajuk : TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBERI MOTIVASI KEPADA KREATIVITI GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBNGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU.
Sesi Pengajian : 2007/2008
Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini diklasifikasikan sebagai:
SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/Badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 1. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 3. **Sila tandakan ( / ) Disahkan Oleh
___________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 19 Jln. Setia 6/22,Tmn. Setia Indah En Mohd Rizal b. Mohd Said 81100 Johor Bahru, Johor. Nama Penyelia Tarikh : Tarikh :
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”
Tandatangan : …………………..…….........................
Nama Penyelia : EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
Tarikh : APRIL 2008
i
TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBERI MOTIVASI
KEPADA KREATIVITI GURU DALAM PENGAJARAN MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI ENAM BUAH SEKOLAH
MENENGAH KEBNGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU.
REHAN BT MOHD TAHA
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ............................................... Nama Penulis : REHAN BT MOHD TAHA Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Segala puji bagi
Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. berserta keluarga
dan para sahabat sekaliannya. Amma ba’du.
Ya Allah semoga kau memberi limpah rahmatmu kepada hamba-
hambamu ini kerana mereka sentiasa berkorban dan mendorongku
sehingga aku berada di puncak kejayaan…..
Untuk Keluarga Tersayang
Abi, Nenek, Atuk, Siti Nurhakimah, Muhammad Hanan
Seluruh Keluarga Mohd Taha bin Haji Abdul Karim
Seluruh Keluarga Hassan bin Ismail
Pensyarah-pensyarah UTM yang menyampaikan ilmunya kepadaku
Rakan-Rakan seperjuangan dari IPTI, MPT, MPBP dan SMT (ERT) Azizah
Bismillahirahmanirrahim
“Ya Allah bukakanlah kepada kami hikmahmu dan
limpahkanlah ke atas kami rahmat dari pembendaharaan
rahmatMu, Ya Allah ya Tuhan kami Yang Maha Penyayang”
Amin.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang
Alhamdulillah, rasa bersyukur dan terharu di atas rahmat yang dikurniakan
Allah, penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia
tesis, En Mohd Rizal b Mohd Said di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah
diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Tanpa bimbingan dan
dorongan yang berterusan agak sukar juga untuk menyiapkan tesis ini. Sesungguhnya
motivasi dan kata-kata semangat yang sentiasa diberi menjadi penawar di atas segala
masalah yang dihadapi.
Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada Pengetua SMK Taman
Engku Tun Aminah, Pengetua SMK Taman Damai Jaya, Pengetua SMK Tasek
Utara, Pengetua SMK Tasek Utara 2, Pengetua SMK Taman Universiti dan
Pengetua SMK Taman Mutiara Rini, di atas kerjasama yang diberikan untuk
menjalankan kajian ini. Tanpa keizinan beliau dan kerjasama dari pihak guru bagi
sekolah berkenaan, tesis ini tidak akan dapat disiapkan dengan sempurna.
Penghargaan yang tidak terhingga juga turut ditujukan kepada pihak
Kementerian Pelajaran, JPNJ, rakan-rakan, Cik Sarimah Ismail, Pn Nor Fadila Amin,
Kak Long dan semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu menyiapkan tesis ini. Terima kasih diucapkan atas sokongan,
dorongan, kerjasama, kata-kata semangat dan doa yang diberikan. Hanya Allah jua
yang dapat membalas kebaikan semua.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran mata pelajaran
Kemahiran Hidup berdasarkan 3 faktor iaitu intrinsik, ekstrinsik dan persekitaran.
Sampel kajian terdiri daripada 46 orang guru yang mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup daripada 6 buah SMK daerah Johor Bahru. Set soal selidik
digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini. Nilai indeks kebolehpercayaan item
soal selidik ini adalah α = 0.7483. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisisan
SPSSv11.5, iaitu Statistical Packages For The Social Science (SPSS) for Windows
version 11.5 untuk mendapatkan kekerapan peratusan, dan min. Hasil dapatan kajian
menunjukkan faktor intrinsik dengan nilai min tertinggi iaitu 3.71 paling
mempengaruhi dalam memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Manakala dua faktor lain yang memberi motivasi
kepada kreativiti guru dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan
nilai min bagi faktor ekstrinsik ialah 3.69 dan bagi faktor persekitaran dengan nilai
min ialah 3.63. Beberapa cadangan dikemukakan bagi melaksanakan kajian lanjutan
dilakukan.
vi
ABSTRACT
This descriptive research is to identify factors that motivate teacher’s
creativity in teaching Living Skills subject based on three major factors that are;
intrinsic, extrinsic and environment. Research samples are 46 teachers whom
teaching Living Skills subject from SMK’s school in Johor Bahru. The reliability
index of the questionnaire item was α = 0.7483. The result of this research is
analyzed by using Statistical Packages For The Social Science (SPSS) for Windows
version 11.5 to get the frequency, percentage and mean. The result shows that
intrinsic factors has the highest mean which is 3.71. Another two factors that
motivate teacher’c creativity in teaching Living Skills subject has the mean of 3.69
for exstrinsic factors and 3.63 for environment factors. A few suggestions have been
given to proceed with the further research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGAKUAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN
xiii
BAB 1 PENDAHULUAN 1-14
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
viii
1.8 Definisi istilah 12
1.9 Rumusan 14
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 15-23
2.1 Pengenalan 15
2.2 Faktor-faktor intrinsik yang memberi motivasi
kepada kreativiti guru dalam pengajaran mata
pelajaran Kemahiran Hidup.
17
2.3 Faktor-faktor ekstrinsik yang memberi motivasi
kepada kreativiti guru dalam pengajaran mata
pelajaran Kemahiran Hidup.
20
2.4 Faktor-faktor persekitaran yang memberi
motivasi kepada kreativiti guru dalam
pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.
21
2.5 Rumusan 23
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 24-36
3.1 Pengenalan 24
3.2 Tempat Kajian 25
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.4 Instrumen Kajian 28
3.5 Keesahan Soal Selidik 31
3.6 Kebolehpercayaan 31
3.7 Analisis Data 32
3.8 Prosedur dan Tatacara Kajian 34
3.9 Rumusan 35
BAB 4 ANALISIS DATA 37-65
4.1 Pengenalan 37
ix
4.2 Keputusan Analisis Data 38
4.2.1 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 38
4.2.2 Bahagian B (Persoalan Kajian) 43
4.2.2 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 62
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 66-77
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 67
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 71
5.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.6 Rumusan 77
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN A-D 84-89
x
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Populasi Guru Yang Mengajar Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Di Enam Buah Sekolah Menengah
Kebangsaan Daerah Johor Bahru
26
3.2 Skala Likert 29
3.3 Pengkelasan Item 30
3.4 Skala Pemeringkatan 33
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 33
4.1 Taburan Nama Sekolah Responden Mengikut
Frekuensi dan Peratus
39
4.2 Taburan Umur Responden Mengikut Frekuensi dan
Peratus
40
4.3 Taburan Jawatan Responden Mengikut Frekuensi dan
Peratus
40
4.4 Taburan Kelas Yang Diajar Oleh Responden Mengikut
Frekuensi dan Peratus
41
4.5 Taburan Opsyen Responden Mengikut Frekuensi dan
Peratus
41
4.6 Taburan Pengalaman Mengajar Responden Mengikut
Frekuensi dan Peratus
41
4.7 Taburan Pengalaman Mengajar Matapelajaran
Kemahiran Hidup Responden
Mengikut Frekuensi dan Peratus
42
xi
4.8 Faktor-Faktor Intrinsik Yang Memberi Motivasi
Kepada Kreativiti Guru Dalam Matapelajaran
Kemahiran Hidup
49
4.9 Faktor-Faktor Ekstrinsik Yang Memberi Motivasi
Kepada Kreativiti Guru Dalam Matapelajaran
Kemahiran Hidup
50
4.10 Faktor-Faktor Persekitaran Yang Memberi Motivasi
Kepada Kreativiti Guru Dalam Matapelajaran
Kemahiran Hidup.
56
4.11 Taburan Peratusan Responden Secara Keseluruhan
Persoalan Kajian
62
4.12 Min dan Tahap Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan
Kajian
65
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor-
Faktor Intrinsik Yang Memberi Motivasi Kepada
Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
48
4.2 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor-
Faktor Ekstrinsik Yang Memberi Motivasi Kepada
Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
55
4.3 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor-
Faktor Persekitaran Yang Memberi Motivasi Kepada
Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
61
4.4 Taburan Dapatan Kajian Responden Secara
Keseluruhan Persoalan Kajian
64
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Borang Soal Selidik 84 B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada 90 EPRD C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada 92 Jabatan Pelajaran Negeri Johor Bahru D Pengesahan Item-item Soal Selidik 93
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kreativiti merupakan satu usaha secara sedar yang melibatkan penglahiran
idea kreatif berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep, pendekatan, ciri-ciri atau
sifat-sifat lama. Kreativiti merupakan elemen penting bagi kehidupan manusia
dalam semua aspek kehidupan. Minda manusia yang kreatif akan menentukan
kelangsungan hidupnya dengan sekitaran. Malah, hasil daripada pemikiran dan
tingkah laku yang kreatif ini maka lahirlah apa yang dinamakan sebagai ‘peradaban’
(civilization) (Mohd Azhar, 2001).
Kehidupan tanpa daya kreatif akan menjadikan seseorang individu itu tinggal
statik dan tidak mampu membuat banyak perubahan untuk mencapai kemajuan dan
perubahan dalam dunia yang sentiasa berubah. Mac Alindon (1989) berpendapat
potensi kreatif setiap daripada kita boleh digilap. Sehubungan dengan itu, Abd.
Rahim (1999) menyatakan tempat terbaik untuk memupuk semangat kreativiti seperti
inkuiri, kreativiti, dan diskoveri pada pelbagai tahap pelajar adalah menerusi
pembelajaran dan pengajaran, sama ada dalam pembelajaran formal mahu pun bukan
formal. Pengajaran yang efektif adalah kunci segala kejayaan murid dan kecekapan
guru dalam menjayakan matlamat pendidikan. Pengajaran guru yang dapat
membangunkan potensi individu akan memberi peluang yang lebih terbuka dan
menyakinkan kepada murid untuk berjaya pada masa akan datang.
Oleh itu di Malaysia, Kementerian Pendidikan, telah mengambil langkah
wajar dengan memberi penekanan terhadap kurikulum pemikiran dan kreativiti pada
peringkat rendah, menengah dan tinggi sejak tahun 1980-an lagi. Mohd. Ali (1994)
menyatakan bahawa perubahan paradigma dalam sistem pendidikan telah menuntut
dan menggesa guru untuk membuat perubahan, di mana salah satu elemen penting
dalam perubahan tersebut adalah kreativiti. Pendidik kreatif menggunakan
kreativitinya bukan setakat untuk mendidik dan menyediakan suasana kreatif untuk
para pelajarnya sahaja tetapi juga dapat meningkatkan daya imaginasi di mana ia
sangat penting untuk mengembangkan minda kreatif pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Leonard dan Karen (1996) menggambarkan pendidik yang kreatif sebagai
mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi dan komitmen ini akan menjanakan
kebolehan kreatif dalam diri mereka. Komitmen seumpama ini juga akan
membolehkan mereka menfokus seluruh tenaga kepada kerja mereka. Komitmen
mereka ini melampaui gaji atau ganjaran yang diterima. Kepuasan daripada
membantu pelajar-pelajar mereka mendorong serta membimbing guru-guru yang
kreatif ini untuk mencari cara-cara yang menarik untuk membimbing pelajar-pelajar.
Tidak puas dengan status quo sahaja. Dengan itu, mereka sentiasa mencari cara-cara
yang lebih baik untuk menyampaikan pelajaran supaya pengajaran mereka lebih
bermakna.
Di Malaysia, potensi untuk melahirkan manusia yang kreatif dan inovatif
terpancar dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasiannya dalam
pedagogi dan kurikulum matapelajaran (Abd. Rahim, 1999). Ini bersesuaian dengan
pernyataan Abd. Rahim di mana satu lagi ciri kurikulum pengukuhan pemikiran ialah
ianya bersifat kreatif dan mencabar minda pelajar. Menurut beliau lagi unsur-unsur
kreativiti yang tinggi terserlah dalam persembahan isi pengetahuan serta mesej yang
disampaikan dalam teks yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan
mencabar perkembangan minda pelajar. Pelajar akan memperoleh banyak input baru
yang bersifat kreatif dan inovatif untuk membantu mengembangkan daya fikir dan
potensi intelektual mereka.
Salah satu daripada mata pelajaran tersebut adalah mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu di mana ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan
teknologi. Matapelajaran tersebut ditawarkan kepada semua murid dari Tingkatan I
hingga Tingkatan III. Ianya dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke
arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara
kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan
tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta
sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja.
Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan
negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan
teknologi komunikasi maklumat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).
Halliwell (1993) pula mencadangkan “fleksibiliti dalam kreativiti”
merupakan jenis kreativiti yang biasa diperlukan dalam pengajaran. Guru
dikehendaki membuat hubungan yang kreatif di antara bahan yang diberi (seperti
yang terdapat dalam buku teks) dan sekumpulan murid yang tertentu dalam waktu
yang tertentu. Oleh itu darjah kreativiti atau fleksibiliti menjadi penting. Pengajaran
dikira sebagai proses kreatif, amat memerlukan fleksibiliti dan penerimaan guru.
Menurut Evans (1991) untuk menerbitkan idea kreatif seseorang itu harus menyedari
bahawa kreativiti terdiri daripada himpunan pengetahuan, imaginasi dan penilaian.
Feldman (1988) menyatakan bahawa kreativti merupakan akar kepada
keinginan untuk perubahan kreatif seperti, “the conscious desire to make a positive
change in something real". Usaha kreativiti terbaru manusia adalah hasil usaha
kreativiti yang lalu. Beliau menegaskan bahawa perbandingan boleh dibuat dengan
melihat kepada hasil kreativiti orang lain. Beliau juga percaya bahawa hubungan
usaha kreatif dengan produk orang lain mempunyai penggerak signifikan terhadap
kreativiti. Pengkaji lain pula Sternberg & Wiliam (1997) juga menegaskan bahawa
‘role model’ adalah merupakan faktor yang utama untuk membangunkan kreativiti.
Menjadi seorang yang fleksibil, beliau menyatakan orang yang kreatif sepatutnya
boleh berubah dengan mudah, menghasilkan idea dari perspektif yang berlainan.
Sebagai inovasi, beliau juga menyatakan bahawa orang yang kreatif perlu ada idea
yang tepat.
Seperti yang dicadangkan oleh kajian terbaru mengenai kreativiti oleh
Amabile (1996) faktor affektif adalah kritikal kepada pembangunan kreativiti. Oleh
itu, jenis program kreativiti begini sepatutnya melebihi asas latihan kemahiran (skill-
based training). Pencapaian yang utama dalam program ini adalah untuk
memperkayakan lagi perubahan dalam eksperimen dengan menggunakan alatan
yang mudah bukan kemahiran atau pun kerja, tetapi permainan yang menarik, di
mana ianya boleh membawa cabaran di kalangan peserta dan membawa keriangan
(Maslow, 1968).
Setiap pendidik berhasrat untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan.
Omardin Ashaari (1999) menyatakan guru perlu membuat perancangan dengan teliti
terlebih dahulu. Mereka juga harus memastikan kaedah yang terbaik untuk
mengawal kelas agar pengajaran yang disampaikan itu berjalan dengan lancar
berkesan dan bermakna. Untuk mencapai tahap ini memerlukan satu mekanisme
dalam menggerakkan kreativiti guru dalam pengajarannya.
Sehubungan dengan itu untuk menggerakkan kreativiti seseorang Mohd.
Azhar (2001) menyatakan motivasi amat penting untuk berkreativiti sama ada secara
individu atau berkumpulan, di mana motivasi ialah suatu keadaan yang mana
individu atau kumpulan berusaha menggerakkan tingkah laku atau satu dorongan
yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan insentif tertentu. Malah Evans (1991)
menyatakan “creativity is often motivated by an individual’s or group need to invent
solutions from limited resources”, beliau juga menegaskan bahawa walau apa pun
sebabnya, motivasi merupakan faktor terpenting dalam berkreativiti. Kenyataan
Evans ini amat bertepatan dengan beberapa teori motivasi yang melibatkan beberapa
sarjana psikologi organisasi seperti Abraham Maslow, Douglas McGregor,
McClleland dan Federick Herzberg.
Menurut Teori Maslow (1998) motivasi intrinsik dan ekstrinsik merupakan
perkara penting bagi menggerakkan pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang.
Motivasi intrinsik adalah motivasi yang wujud daripada kesedaran seseorang. Dalam
konteks kreativiti, seseorang itu akan berusaha untuk mencapai matlamat yang
diingini menerusi kreativiti. Usaha kreatif yang dilakukan mendapat rangsangan
daripada dalam dirinya sendiri. Sementara motivasi ekstrinsik pula merupakan
faktor penggerak luaran seperti perhatian, insentif yang diperolehi, pujian dan
dorongan pihak lain. Akibatnya seseorang itu akan lebih kuat berusaha dan bekerja
secara kreatif untuk memperoleh apa yang dikehendaki. Manakala Amabile (1996)
pula mengatakan kreativiti hanya akan berlaku apabila terdapat pengaruh daripada
faktor persekitaran sosial dimana menyokong individu terbabit.
1.2 Latarbelakang Masalah
Kreativiti guru amat diitik beratkan dalam menyampaikan isi pengajaran
kepada pelajar. Tanpa kreativiti, proses pembelajaran akan menjadi hambar dan
tidak menarik. Ini juga akan menjadi salah satu punca pelajar tidak berminat dengan
sesuatu mata pelajaran tersebut. Mentelah lagi pada masa kini, negara amat
memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran untuk bersama menjana ekonomi
negara.
Oleh yang demikian, guru merupakan agen pelaksana yang penting dalam
mengeluarkan lepasan sekolah yang berdaya fikir dan kreatif serta mampu menjana
idea dan rekaan baru untuk membangunkan industri berasaskan produk dan
perkhidmatan bernilai tambah (Rohani, 1999). Pengembangan kreativiti yang
bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan
boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain
daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas (Noor Azmi, 1998).
Sehubungan dengan itu perubahan paradigma dalam sistem pendidikan
menuntut dan menggesa guru membuat perubahan di mana salah satu elemen penting
dalam perubahan ialah kreativiti (Mohd. Ali, 1994). Oleh itu di Malaysia,
Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah wajar dengan memberi
penekanan terhadap kurikulum pemikiran dan kreativiti pada peringkat rendah,
menengah dan tinggi sejak tahun 1980-an lagi.
Bilik darjah juga merupakan tempat yang dinamik, interaktif, kompleks dan
persekitaran yang tidak berubah-ubah. Setiap saat dalam pengajaran, guru akan
berhadpan dengan cabaran baru. Mereka terpaksa menyelesaikan banyak masalah, di
mana mereka tidak diajar secara terus dalam kursus latihan atau berpengalam
mengenainya. Namun begitu guru dapat menangani masalah tersebut dengan baik
ini dapat dilihat melalui pencapaian peperiksaan mata pelajaran Kemahiran Hidup
yang telah mencapai kelulusan 100% pada tahun 2007 bagi peperiksaan UPSR
(Pejabat Pelajaran Daerah, 2008). Oleh itu apakah yang memberi motivasi kepada
guru-guru ini untuk menjadi kreatif dalam menyampaikan isi pengajaran sehingga
mendapat keputusan yang baik?
Sehubungan dengan itu Maslow (1968) percaya bahawa setiap orang adalah
dimotivasikan untuk mencapai potensi unik masing-masing sehingga menjadi apa
yang dihajatinya. Motivasi adalah berkait rapat dengan kejayaan. Agassi (1985)
mengatakan bahawa hanya bukti yang nyata yang dapat memastikan sama ada
sesorang itu kreatif atau tidak adalah melalui meneliti hasil dan penilaian mereka.
Justeru itu kajian ini menjurus kepada mengenalpasti faktor-faktor yang
memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Ini adalah kerana menurut Mohd Azhar (2001) kreativiti itu akan
hanya menjadi aktif apabila ia dirangsang, diamalkan serta dipupuk saban masa.
1.3 Pernyataan Masalah
Kreativiti merupakan nadi dalam kehidupan seharian. Kreativiti digunakan
dalam banyak keadaan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tanpa kreativiti
guru maka pembelajaran akan menjadi lesu. Mohd Azhar (2001) berpendapat zaman
kanak-kanak adalah zaman perkembangan daya kreativiti. Kreativiti ini terus subur
dari hari ke sehari. Namun begitu menurutnya lagi sebaik sahaja kita memasuki
alam persekolahan dan semakin tinggi tahap persekolahan, semakin nipis daya
kreativiti seseorang. Oleh itu kreativiti tidak dapat dikekalkan sentiasa. Ianya
memerlukan dorongan bagi meningkatkan kreativiti seseorang.
Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpati apakah
faktor-faktor yang memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran
terutamanya bagi subjek Kemahiran Hidup. Ini adalah kerana seorang guru yang
kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para
pelajar (Yong dan Biraimah, 1996).
1.4 Objektif Kajian
Objektif-objektif umum kajian ini ialah untuk:
1.4.1 mengenalpasti faktor-faktor intrinsik yang memberi motivasi kepada
kreativiti guru dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.4.2 mengenalpasti faktor-faktor ekstrinsik yang memberi motivasi kepada
kreativiti guru dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.4.3 mengenalpasti faktor-faktor persekitaran yang memberi motivasi kepada
kreativiti guru dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini direka bentuk untuk melihat aspek-aspek yang memberi motivasi
kepada kreativiti guru dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup:
1.5.1 Apakah faktor-faktor intrinsik yang memberi motivasi kepada kreativiti guru
dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup?
1.5.2 Apakah faktor-faktor ekstrinsik yang memberi motivasi kepada kreativiti
guru dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup?
1.5.3 Apakah faktor-faktor persekitaran yang memberi motivasi kepada kreativiti
guru dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup?