BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦4. **Sila tandakan {{ ) ... Pembelajaran menggunakan...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦4. **Sila tandakan {{ ) ... Pembelajaran menggunakan...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS .JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN E-PETA MINDA
BERTAJUK THERMOCHEMISTRY UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATANLIMA
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
NOORFADHILAH BINTI MD AMIRSaya
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/S*{a*aDe*+er4alsa.fth)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi patgajian tinggi.4. **Sila tandakan {{ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termakrub di dalam(AKTA RAHSTA RASMr 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan Oleh
tftfE
TERHAD
Alamat Tetap:RM37t.PT375.TMN.BKT.REMBIA.78OOO AIOR GAJAHMELAKA
Tar ikh: l1 Mei 2011
(TANDATANGAN PENYELIA)
TUAN HAJI MUSLIM BIN JON]D
(NAMA PENYELIA)
Tar ikh: l1 Mei 201I
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULITatau TERHAD.
t Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek SarjanaMuda @SM).
PENGESAHAN PENYELIA
"Saya akui bahawa saya telah membacakarya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahanljazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)"
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID
11 MEI20 l I
PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR
BERASASKAN E-PETA MINDA BERTAJUK
‘THERMOCHEMISTRY’ UNTUK MATA PELAJARAN
KIMIA TINGKATAN LIMA
NOORFADHILAH BINTI MD AMIR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
0
randatangan : . XtTl
Nama Penulis : NOORFADHILAH BINTI MD AMIR
Tarikh : l1 Mei 201I
iii
DEDIKASI
Dedikasi ini ku tujukan khas buat insan-insan yang telah
banyak memberikan dorongan, nasihat dan bantuan
hingga terhasilnya tesis ini.
Buat Ayah, Mak , adik—adik ,
Terima Kasih yang tidak terhingga kerana di atas segala
pertolongan dari segi emosi, nasihat dan juga wang ringgit.
Jutaan terima kasih masih tidak dapat lagi membalas jasa
kalian semua. Terima kasih
Buat sahabat-sahabat,
Terima Kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang
tidak jemu diberikan kepada ku. Semoga kita semua
mencapai kejayaan menjadi pendidik yang berdedikasi pada
masa hadapan.
Akhir kata, terima kasih di atas segalanya kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan sebaliknya.
iv
PENGHARGAAN
“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”
Alhamdullilah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah
kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
penyelia tesis saya, Tuan Haji Muslim Bin Jonid atas segala bantuan yang dihulurkan.
Beliau telah banyak memberi bimbingan, teguran, dorongan, nasihat dan cadangan
kepada saya sepanjang proses menyiapkan tesis dan perisian modul BBM ini.
Kepada kedua ibu bapa saya, Md Amir bin Sidin dan Rosnah binti Deraman
yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan semangat semenjak saya mula melihat
dunia. Dorongan, doa dan keperluan yang diberikan amat saya hargai dan tidak mampu
dibalas dengan wang ringgit. Tidak lupa juga kepada adik-beradik saya, Mak ngah, Cik
Ana, Pak Lang dan Busu yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada
saya. Jasa kalian tidak mungkin akan dilupakan.
Ucapan jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan dan rakan karib
saya, Noor Ashikin Ibrahim kerana mereka telah banyak memberikan dorongan, idea
dan bantuan kepada saya sepanjang proses merealisasikan projek ini.Akhir sekali, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak dalam memberikan sokongan, cadangan dan sebagainya. Tanpa sokongan dan
dorongan dari kalian, tesis ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Terima kasih.
v
ABSTRAK
Pembelajaran menggunakan peta minda merupakan strategi pembelajaran
yang berkesan dan dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Oleh
itu, satu projek pembangunan bahan bantu mengajar yang berasaskan e-Peta Minda
yang bertajuk Thermochemistry untuk matapelajaran Kimia Tingkatan Lima telah
dibangunkan menggunakan MindMapper 2008 Professional Edition. Modul ini telah
dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint 2007 sebagai
platform utama. Selain itu, perisian-perisian sokongan yang lain seperti Adobe
Photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Ulead Gif Animator 5.0, Sony Sound Forge
8.0,Windows Movie Maker 2.6 dan Hot Potatoes juga digunakan dalam penghasilan
modul ini. Elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video
telah digabungkan supaya modul ini nampak lebih menarik serta interaktif. Tujuan
utama pembangunan bahan bantu mengajar ini adalah untuk memperkukuhkan lagi
konsep-konsep dalam topik ini. Projek ini telah dibangunkan mengikut teori
pembelajaran kognitif dan behaviorisme dan berasaskan model ADDIE. Modul ini
juga dilengkapi dengan objektif pembelajaran,isi pelajaran,analogi, kuiz, glossari,
permainan, penilaian serta pengukuhan sesuai sebagai media pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya modul ini, diharapkan proses pembelajaran bagi
konsep-konsep Kimia yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan
difahami oleh pelajar. Beberapa cadangan telah diberikan sebagai panduan pada
pembangun pada masa hadapan.
vi
ABSTRACT
Learning to use a mind map is an effective learning strategy and to develop
students to think critically and creatively. Therefore, a development project based on
teaching aids e-Mind Map with the title Thermochemistry for Chemistry subject in
Form Five was developed using MindMapper 2008 Professional Edition. This
module was developed using Microsoft PowerPoint 2007 as the main platform. In
addition, the supporting software such as Adobe Photoshop CS3, Ulead Cool 3D,
Ulead Gif Animator 5.0, Sony Sound Forge 8.0,Windows Movie Maker 2.6 and Hot
potatoes were also used in the production of this module. Multimedia elements such
as text, graphics, animation, audio and video have been incorporated so that this
module would be more interesting and interactive. The main purpose of the
development of teaching aids is to reinforce the concepts in this topic. This project
has been developed according to cognitive and behaviorisme learning theory and
based on the ADDIE model. In addition, this module was also equipped with
learning objectives, lesson content, analogies, quizzes, glossary, games, assessment
and strengthening suitable for teaching and learning. With this module, it is hoped
the process of learning chemistry concepts that are abstract and difficult can be
explained clearly and easily understand by students. Several recommendations were
given as a guide to the future developers.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
viii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.6 Kepentingan Projek 7
1.6.1 Guru 8
1.6.2 Pelajar 8
1.7 Skop Projek 8
1.8 Definisi istilah 9
1.8.1 e-Peta minda 9
1.8.2 Bahan Bantu Mengajar 10
1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran 10
1.8.4 Multimedia 10
1.8.5 Pengajaran Berbantukan Komputer 11
1.8.6 Kimia 11
1.8.6.1 Thermochemistry 11
ix
1.9 Kerangka Teori Projek 12
1.10 Penutup 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Bahan Bantu Mengajar 15
2.3 Pengajaran Berbantukan Komputer 16
2.4 Multimedia 17
2.4.1 Kelebihan Penggunaan Multimedia Dalam 18
Pendidikan
2.5 e- Peta minda 19
2.5.1 Kelebihan e-Peta minda 20
2.6 Penggunaan e-Peta minda dalam Pembelajaran 21
2.7 Peta Minda versus Peta Konsep 22
2.8 Teori Pembelajaran dan Strategi Pengajaran 23
2.8.1 Teori Kognitif 25
x
2.8.2 Teori Behaviorisme 26
2.9 Penutup 28
3 METODOLOGI PENGURUSAN PROJEK
3.1 Pengenalan 29
3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 30
3.3 Reka Bentuk Model Pembangunan 30
3.3.1 Fasa Analisis (Analysis) 31
3.3.2 Fasa Rekabentuk (Design) 33
3.3.2.1 Modul 33
3.3.2.2 Objektif Pengajaran 34
3.3.3 Fasa Pembangun (Development) 34
3.3.3.1 Pemilihan Peta Minda Sebagai 35
Perisian Tambahan Pembangunan
3.3.3.2 Pemilihan Perisian Pembangunan 35
3.3.3.3 Penggunaan Perisian Microsoft 36
Powerpoint 2007 Sebagai Perisian Utama
xi
3.3.3.4 Fungsi-fungsi Perisian Tambahan 36
Yang Digunakan
3.3.4 Fasa Perlaksanaaan (Implementation) 39
3.3.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 39
3.4 Pemilihan Perkakasan 40
3.5 Spesifikasi Perkakasan Cadangan Kepada 40
Pengguna
3.6 Penutup 41
4 HASIL PEMBANGUNAN
4.1 Pengenalan 42
4.2 e-Peta minda 43
4.2.1 Skrin utama 43
4.3 Bahan Bantu Mengajar Untuk Guru dan 45
Bahan Sokongan Pembelajaran Pelajar
4.3.1 Bahagian Learning Outcome 46
4.3.2 Bahagian Lesson 46
xii
4.3.3 Bahagian Kuiz dan Test Yourself 50
4.3.4 Bahagian Glossary 51
4.3.5 Bahagian Tutorial 51
4.3.5.1 Tutorial 1(Hot Potatoes) 52
4.3.5.1.1 J Match 52
4.3.5.1.2 JQuiz 53
4.3.5.1.3 JCross 53
4.3.5.2 Tutorial 2 (Microsoft Powerpoint) 54
4.3.6 Bahagian Video 55
4.3.7 Bahagian Games 56
4.3.8 Bahagian Interesting Link 57
4.4 Penilaian oleh Guru 57
4.5 Penutup 59
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan 61
xiii
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa
Pembangunan Projek 62
5.3.1 Masalah Masa 62
5.3.2 Masalah Teknikal 63
5.3.3 Masalah Kepakaran 63
5.4 Rintangan yang dihadapi dalam pembangunan 64
bahan bantu mengajar yang berasaskan
e-peta minda
5.5 Kelebihan dan Kelemahan e-peta minda
dan bahan bantu mengajar (Microsoft Powerpoint) 64
5.5.1 Kelebihan 65
5.5.2 Kelemahan 65
5.6 Cadangan 66
5.7 Kesimpulan 67
5.8 Penutup 67
RUJUKAN 60-70
Lampiran A 71-77
Lampiran B 78-85
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.1 Penilaian Guru 57-58
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 12
3.1 Model ADDIE 31
4.1 Skrin Utama e-peta minda 45
4.2 Skrin Utama Modul 45
4.3 Skrin Learning Outcome 46
4.4 Modul Pertama 47
4.5 Modul Kedua 47
4.6 Modul Ketiga 47
4.7 Skrin Lesson 49
4.8 Skrin Kuiz dan Test Yourself 50
4.9 Skrin Glossary 51
4.10 Skrin JMatch 52
4.11 Skrin JQuiz 53
4.12 Skrin Cross 53
4.13 Skrin Tutorial 2(Microsoft Powerpoint) 54
4.14 Skrin Video Eksperimen 55
4.15 Skrin Permainan 56
xvi
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CS4 - Creative Suite version 4
GIF - Graphic Interchange Format
JPEG - Joint Photographic Experts Group
KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
MIMOS - Malaysia Institute of Microelectronic System
MP3 - MPEG-1 Audio Layer 3
MPEG - Moving Pivture Experts Group
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PSD - Photoshop Document
RAM - Random Access Memory
xvii
SENARAI LAMPIRAN
NO.LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Pengesahan Tajuk
Projek Sarjana Muda
71-77
B Borang Senarai Semak Untuk
Guru
78-85
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak
kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses
data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang
disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar
mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat
digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan
sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan
Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik
pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses
maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya.
2
Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan
kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit
pemprosesan pusat (CPU).
Dasar pendidikan negara menjadikan sasaran pendidikan bertaraf dunia dan
secara tidak langsung meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang
penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi
sebagai pusat perkembangan ilmu. Selain itu, corak pembelajaran yang bijak akan
melahirkan pelajar yang bijak. Bagaimana seorang pelajar itu dapat mengikuti
pelajaran di dalam kelas dan membuat ulangkaji di luar kelas biasanya bermula dari
cara seorang guru itu mengajar dan memberi corak pembelajaran yang berkesan hasil
dari pengajaran yang menarik. Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk
dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap para pelajar.
Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak
dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai pada zaman
yang serba maju ini. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dijadikan
penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru-guru untuk diterapkan kepada pelajar-
pelajar. Edward de Bono (1997) mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran
lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan
juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi
menyelesaikan masalah.
Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menyusun
strategi supaya segala isi pengajaran yang diperolehi dapat diproses oleh para pelajar
dengan lebih mudah. Terutamanya dalam subjek Kimia yang mempunyai banyak
fakta, hukum, teori dan pengiraan. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan
fungsi otak dan memudahkan pemahaman para pelajar adalah seperti, teks yang
ringkas dan mudah difahami serta saiz yang tidak terlalu kecil untuk mengelakkan
dari merasa cepat letih dan bosan, bahan grafik dan animasi yang menarik serta
gambar-gambar yang melambangkan sesuatu isi pada teks. Dalam hal ini,
penggunaan peta minda adalah sangat sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta
menarik minat para pelajar dalam bidang Kimia. Selain itu, peta minda juga dapat
3
membantu guru dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif dan dapat mewujudkan
interaksi dua hala antara pelajar dan guru. Peta minda juga, boleh menghubungkan
fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
Kecanggihan teknologi dan perkembangan internet juga mendatangkan kesan
yang besar dalam bidang pendidikan. Namun, tidak semua sekolah di Malaysia ini,
telah dapat mengakses maklumat menggunakan jaringan internet. Oleh itu, elektronik
peta minda (e-peta minda) banyak membantu para guru dan juga pelajar dalam
proses P&P tanpa perlu menggunakan internet tetapi hanya menggunakan komputer
sahaja.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini, corak pendidikan kian mengalami perubahan jika dibandingkan
dengan sepuluh tahun dahulu. Perkembangan teknologi maklumat memberi
implikasi yang besar terutamanya dalam bidang pendidikan. Menurut Siti Fatimah
(2001) mendefinasikan Pengajaran Berbantukan Komputer atau PBK sebagai
perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa
pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan
multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar
sesuatu objek. Selain itu, Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PBK dengan
penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi
pelajar.
Namun begitu, sistem pembelajaran di kebanyakan sekolah masih lagi
menggunakan kaedah tradisional yang mana proses pengajaran dan pembelajaran
yang hanya berpusatkan guru dan berpandukan sumber rujukan buku teks. Kaedah
ini, dilihat semakin membosankan dan kurang menarik perhatian pelajar untuk
memberi tumpuan terhadap pengajaran. Selain itu, guru juga menghadapi masalah
bagi membincangkan konsep kimia yang abstrak dengan menggunakan penggunaan
4
analogi yang betul. Menurut Abu Hassan(2003), kegagalan guru memvisualisasikan
sesuatu konsep(abstrak) yang dipelajari ke dalam minda pelajar mungkin
menyebabkan pembelajaran hanya berlaku pada kulit sahaja. Sebagai akibat, pelajar
cenderung untuk menghafal apa yang dipelajari, tanpa memahaminya terlebih dahulu.
Selain itu, guru juga menghadapi masalah dalam menyediakan bahan bantu
mengajar. Kelemahan daya cipta guru dalam pengajaran yang menyebabkan
pengajaran yang sama pada setiap kali kelas pastinya menimbulkan kebosanan.
Kekangan masa, kekurangan idea dan tiada kemahiran dalam menghasilkan animasi
serta video yang menarik untuk proses P&P adalah antara faktor penyumbang para
guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang interaktif. Dengan adanya
modul pengajaran yang menggabungkan unsur-unsur multimedia seperti animasi,
grafik, audio dan video dalam pembentangan isi kandungan, menjadikan sesi P&P
lebih menarik. Tambahan pula, dengan adanya gabungan animasi, grafik, audio dan
video dalam pengajaran, ia dapat membantu pelajar untuk lebih memahami subjek
yang dipelajari terutamanya subjek Kimia yang merupakan subjek yang banyak
membincangkan konsep-konsep abstrak. Justeru itu, adalah baik sekiranya guru dan
pelajar didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang lebih terkini dan bersifat
global yang mana ianya boleh diakses menerusi komputer tanpa mengira batas
tempat dan waktu.
Menurut kajian Menn (1993) hanya 30% sahaja ilmu yang diperolehi oleh
pelajar semasa di dalam kelas. Salah satu cara yang dapat membantu pelajar untuk
lebih memahami sesuatu subjek adalah melalui penggunaan peta minda. Tidak
dinafikan bahawa matapelajaran Kimia merupakan satu matapelajaran yang berat dan
agak sukar difahami oleh kebanyakan pelajar. Selain itu, untuk lebih memahami
subjek Kimia, para pelajar perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan
oleh guru atau buku teks yang sedia ada. Walaubagaimanapun, buku teks yang tebal
yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Kimia boleh
melemahkan semangat pelajar untuk meminati subjek Kimia. Oleh itu, peta minda
adalah alternatif yang terbaik untuk membantu guru bagi menarik minat pelajar
5
untuk lebih meminati dan memahami subjek ini. Peta Minda yang bersertakan
teknologi multimedia juga memberikan pelbagai latihan yang terarah dan interaktif.
1.3.1 Penyataan Masalah
i) Proses pengajaran dan pembelajaran yang masih dijalankan secara
tradisional dan suasana pembelajaran yang hanya berpusatkan pada guru
sahaja.
ii) Para guru menghadapi masalah untuk menerangkan konsep-konsep
abstrak kepada pelajar secara efektif.
iii) Guru juga kekurangan bahan bantu mengajar yang berinteraktif
menyebabkan proses P&P di dalam kelas menjadi bosan.
iv) Kekurangan sumber bahan rujukan bagi pelajar. Kebanyakan pelajar
hanya merujuk pada buku teks sahaja.
1.4 Objektif Projek
Objektif utama projek pembangunan modul perisian bahan bantu mengajar
yang menggunakan e- peta minda ini ialah:
6
(i) Membangunkan satu perisian modul bahan bantu mengajar berasaskan e-peta
minda untuk topik Energy Changes in Chemical Reactions dibawah tajuk
Thermochemistry Tingkatan 5 dengan bercirikan:
a) Menggunakan platform Microsoft Office PowerPoint 2007 berserta
perisian lain dalam proses pembinaan seperti Adobe Photoshop CS3, Sony
Sound Forge 8.0, Windows Movie Maker, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool
3D Production Studio, Ulead Gif Animator 5.0,Hot Potatoes dan
Windows Sound Recorder.
b) Menggabungkan unsur-unsur multimedia seperti animasi, grafik,audio
dan video dalam pembentangan isi kandungan.