Boon Siew Honda lancar CBR650R & CB650R Serba Baharu · CB650R yang datang dari rangkaian ‘Neo...
Transcript of Boon Siew Honda lancar CBR650R & CB650R Serba Baharu · CB650R yang datang dari rangkaian ‘Neo...
1
Untuk siaran serta-merta
Boon Siew Honda lancar CBR650R & CB650R Serba Baharu
CBR650R & CB650R Serba Baharu kini tampil dengan gaya yang lebih agresif,
ditambah dengan kuasa dan pengendalian yang lebih baik.
CBR650R Serba Baharu dengan fairing penuh mengambil inspirasi gayaan
CBR1000RR Fireblade, hadir bersama enjin empat silinder revolusi/putaran tinggi
berkuasa 70kW dengan chasis yang ringan.
CB650R yang datang dari rangkaian ‘Neo Sports Café’ membawakan penampilan
unik ke dalam segmen naked berkuasa sederhana.
Serdang, 11 April 2019 – Boon Siew Honda hari ini melancarkan Honda CBR650R dan
CB650R Serba Baharu di Malaysia Auto Show 2019. Para peminat Honda dijemput hadir
ke ruang pameran Honda Motorcycle untuk melihat kedua-dua model itu dengan lebih
dekat bermula dari 11 hingga 14 April 2019 di MAEPS, Serdang.
2
Pada majlis pelancaran tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon
Siew Honda Sdn. Bhd., Keiichi Yasuda menyebut, “Pada tahun 2018, Boon Siew Honda
telah berjaya melancarkan 7 unit motosikal berkuasa tinggi ke pasaran Malaysia dan kami
amat gembira kerana mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada para
pengguna. Kini, kami ingin memenuhi permintaan daripada pasaran segmen
pertengahan pula. Oleh kerana itu, kami melancarkan CBR650R & CB650R Serba
Baharu pada hari ini.”
Honda CBR650R
Garis-garis tajam, agresif dan fairing sisi CBR650R Serba Baharu sememangnya
diinspirasikan daripada model CBR1000RR Fireblade, di samping bahagian belakang
yang pendek dan lampu LED berkembar yang nipis. CBR650R adalah 6kg lebih ringan
berbanding CBR650F (model yang diganti). Ia menawarkan posisi tunggangan yang lebih
sporty, dimana palang pemegangnya diposisikan 30mm ke hadapan manakala perehat
kaki dialihkan sedikit ke belakang dan berkedudukan yang lebih tinggi.
Enjin empat silinder sejajar Honda itu menawarkan revolusi 1,000rpm lebih tinggi,
sekaligus mampu menjana 5% lagi kuasa dengan output maksimum 70kW yang pada
putaran enjin 12,000rpm. Ia kemudian dipadankan bersama chasis yang unggul dan
kemas, sesuai dengan nama ‘R’ yang dibawanya itu.
CBR650R Serba Baharu hadir dengan spesikasi canggih: 41mm SHOWA upside-
down ‘Separate Function’ forks, angkup brek hadapan empat omboh dengan
pemasangan radial, kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque Control
(HSTC) dan Assist/Slipper Clutch untuk tukaran gear yang lebih lancar.
3
Bukan itu sahaja, CBR650R dilengkapi dengan pelbagai ciri yang praktikal seperti lampu
LED penuh serta paparan instrument LCD baharu. Ia kini mempunyai paparan Posisi
Gear dan indikator Shift Up dan isyarat berhenti kecemasan bagi tujuan keselamatan.
Honda CBR650R akan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red
dan Gunpowder Black Metallic.
Variasi Warna Honda CBR650R
Grand Prix Red Mat Gun Powder Black Metallic
Honda CBR650R ditawarkan pada harga:
Model Harga
CBR650R (ABS) RM 45,499.00 Harga yang dinyatakan ialah harga cadangan di bilik pameran, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran
Honda CB650R
Selepas memperkenalkan model naked CB1000R dan CB250R pada tahun 2018, Boon
Siew Honda kini membawakan pula gayaan ‘Neo Sports Café’ yang unik ke dalam arena
motosikal pertengahan. Rekaan yang moden dan minimalis itu menggabungkan inspirasi
reka bentuk sebuah café racer dengan “trapezoid’ yang super kompak untuk menarik
perhatian sesiapa sahaja.
4
Enjin empat silinder sebaris didedahkan sepenuhnya. Sementara lampu bulat signatur
dan tangki minyak yang berarca itu menyerlahkan lagi rekaan jentera barisan ‘Neo Sports
Café’.
CB650R Serba Baharu hadir bersama spesifikasi yang sama dengan CBR650R. Sistem
ekzos dan pengambilan udara yang telah diubah, ditambah dengan pemasaan cam dan
nisbah mampatan membolehkan enjin 649cc itu menerima 5% kuasa tambahan. Selain
daripada itu, penghantaran kuasa tork kini lebih lancar dan mantap ketika dalam julat rpm
pertengahan.
Dengan penampilan premium, CBR650R Serba Baharu hadir dengan spesikasi canggih:
41mm SHOWA upside-down ‘Separate Function’ forks, angkup brek hadapan dengan
cagak radial empat omboh, kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque
Control (HSTC) dan Assist/Slipper Clutch untuk tukaran gear yang lebih lancer.
Hasilnya, ia menjadi sebuah naked kelas pertengahan yang memiliki kombinasi gaya,
prestasi dan spesikasi terbaik.
Honda CB650R didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black dan Candy
Chromosphere Red.
Variasi Warna Honda CB650R
Graphite Black Candy Chromosphere Red
5
Honda CB650R ditawarkan pada harga:
Model Harga
CB650R RM 43,499.00 Harga yang dinyatakan ialah harga cadangan di bilik pameran, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran
Untuk maklumat lebit lanjut, para pelanggan dijemput untuk melawat wakil pengedah Honda Big
Wing atau sila layari laman https://hondabigbike.com.my atau hubungi talian Tol Percuma Boon
Siew Honda: 1800-88-3993 (Isnin hingga Jummat, 9AM – 5PM, kecuali cuti umum)
-- TAMAT --
Mengenai Boon Siew Honda Sdn. Bhd.
Boon Siew Honda Sdn Bhd,anak syarikat Honda Motor Co. Ltd adalah usaha sama di
antar Honda Motor Co. Ltd. Dan Oriental Holdings Bhd. Ia mula beroperasi pada
September 2008 dengan dua matlamat utama: Untuk menyatukan pengeluraran
motorsikal dan jualan di Malaysia, serta untuk mencapai kecekapan perkhimatan dan
kepuasan pelanggan yang lebih tinggi. Sebelum kemunculan syarikat baru ini, Boon Siew
Honda Sdn. Bhd. bertanggungjawab ke atas aspek pengilangan dan perniagaan borong
produk motorsikal Honda di Malaysia. Walaupun menyimpan keinginan utuk berkerjasama
dengan syarikat-syarikat Honda lain di selurun dunia. Boon Siew Honda Sdn. Bhd. akan
mengukuhkan daya saing dan berusaha untuk menyediakan produk dan perkhimatan
yang melibihi jangkaan pelangaan.
For media enquiries: Zharif Zaini 012 – 499 0162 [email protected]
6
CBR650R Specification
Model CBR650R
ENGINE
Type Liquid-cooled, 4 strokes, DOHC
Displacement 649 cm³
Bore X Stroke 67.0 mm x 46.0 mm
Compression Ratio 11.6 : 1
Max. Power 70kW @ 12,000rpm
Max. Torque 64Nm @ 8,500rpm
Engine Oil Capacity 2.7 ℓ
FUEL SYSTEM
Carburation PGM-FI
Fuel Tank Capacity 15.4 ℓ Fuel Consumption 21.3
ELECTRICAL SYSTEM
Starter Electric
Battery Capacity 9.1 A.h
ACG Output 12V
DRIVETRAIN
Clutch Type Manual clutch, Wet Multiplate Type
Transmission Type 6 Speed, Mechanical (Chain Drive)
Transmission Gear Ratio Gear 1 - 3.071 , Gear 2 – 2.352, Gear 3 - 1.888 ,
Gear 4 - 1.560 , Gear 5 - 1.370, Gear 6 - 1.214
CHASSIS
Frame Type Diamond
Dimensions (L x W x H) 2130 x 750 x 1150
Wheelbase 1,450mm
Caster Angle 25.5°
Trail 101mm
Seat Height 805mm
Ground Clearance 130mm
Kerb Weight 207kg
SUSPENSION, WHEELS & BRAKE
Suspension Type Front
Adjustable 41mm SHOWA Separate Fork Function (SFF), Upside-down
(USD) Forks
Rear Mono with 10 Stage Preload Adjuster, Aluminium Cast Swing Arm
Rim Size Front 17 M/C MT 3.50
Rear 17 M/C X MT 5.50
Tyres Front 120/70ZR17M/C (58W)
Rear 180/55ZR17M/C (73W)
Brakes Front Hydraulic Double Disk, ABS, HSTC
Rear Hydraulic Single Disk, ABS, HSTC
7
CB650R Specification
Model CB650R
ENGINE
Type Liquid-cooled, 4 strokes, DOHC
Displacement 649 cm³
Bore X Stroke 67.0 mm x 46.0 mm
Compression Ratio 11.6 : 1
Max. Power 70kW @ 12,000rpm
Max. Torque 64Nm @ 8,500rpm
Engine Oil Capacity 2.7 ℓ
FUEL SYSTEM
Carburation PGM-FI
Fuel Tank Capacity 15.4 ℓ Fuel Consumption 21.3
ELECTRICAL SYSTEM
Starter Electric
Battery Capacity 9.1 A.h
ACG Output 12V
DRIVETRAIN
Clutch Type Manual clutch, Wet Multiplate Type
Transmission Type 6 Speed, Mechanical (Chain Drive)
Transmission Gear Ratio Gear 1 - 3.071 , Gear 2 – 2.352, Gear 3 - 1.888 ,
Gear 4 - 1.560 , Gear 5 - 1.370, Gear 6 - 1.214
CHASSIS
Frame Type Diamond
Dimensions (L x W x H) 2130 x 750 x 1150
Wheelbase 1,450mm
Caster Angle 25.5°
Trail 101mm
Seat Height 805mm
Ground Clearance 150mm
Kerb Weight 202kg
SUSPENSION, WHEELS & BRAKE
Suspension Type Front
Adjustable 41mm SHOWA Separate Fork Function (SFF), Upside-down
(USD) Forks
Rear Mono with 10 Stage Preload Adjuster, Aluminium Cast Swing Arm
Rim Size Front 17 M/C MT 3.50
Rear 17 M/C X MT 5.50
Tyres Front 120/70ZR17M/C (58W)
Rear 180/55ZR17M/C (73W)
Brakes Front Hydraulic Double Disk, ABS, HSTC
Rear Hydraulic Single Disk, ABS, HSTC