Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
-
Upload
permataan-nur -
Category
Documents
-
view
31.345 -
download
4
description
Transcript of Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK
1.0 Pengenalan
Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling
berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini ,
apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang
kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai.
Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini
perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan
peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan
corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak
disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah
faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.
Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik
1
Definasi
Pendekatan
2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
2.1 Pendekatan
2.2 Strategi
2
PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu
kumpulan andaian yang saling berkaitrapat mengenai hakikat bahasa, hakikat
pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju
sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in
any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-
pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang
tertentu.
STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang
digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan
tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum.
Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang
dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan.
2.3 Kaedah
2.4 Teknik
3
TEKNIK : Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran
yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu
bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu
bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan
yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar
ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu
sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang
guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif
pengajaran, maka itu adalah kaedah.
.3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
3.1 Konsep pendekatan
3.2 Konsep strategi
KONSEP
KAEDAH
PENDEKATAN
STRATEGI
TEKNIK
Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan
mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak,
mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar
tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak
mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan
satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara.
Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi
membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan
oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang
diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil
pembelajaran yang telah ditentukan 4
3.3 Konsep Kaedah
3.4 Konsep teknik
5
Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru
mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main
peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan
sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras
pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga
penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan
pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang
mementingkan isi kandungan ataupun proses.
Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif
pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai
kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah
penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini
bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan
yang berkaitan dengan model dan prinsip.
4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai
bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana
jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses
pengajaran.
Rajah 3 : Keberkesanan pendekatan
4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar
Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam
bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi.
Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkan
murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan
penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat .
PENDEKATAN
6
4.2 Cara- cara fakta disampaikan
Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan
diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-
hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah
satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan
antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara –cara fakta lain yang disampikan juga
merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak
4.3 Cara pengelolaan murid
Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah
pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas,
pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah
yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah
4.4 Pengajaran bahasa
Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan
situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua
pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis
atau behavouris.
4.5 Pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan
menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar.
7
5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran
Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa
pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau
pun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta
turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu
mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecenderungan,
bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang
pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas Pemulihan dan Kelas Arus
Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat
berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan
strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang
demikian guru perlu mencari jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun
kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya
Rajah 4 : Strategi Pengajaran dan pembelajaran
Guru sebagai fasilitator, murid sebagai penontonInteraksi sehala sahajapencapaian murid diutamakanmurid pasif dan tidak kreatifciri kepimpinan guru bersifat autokratikmengutamakan keputusan ujian dan peperiksaankaedah keseluruhan kelas
Pemusatan guru
8
6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran
Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap
langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang.
Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana
proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.
Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang baik dan proaktif
6.1 langkah-langkah yang teliti
Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang
proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku
keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan
sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya
Objektif yang tepat dan
boleh dicapai
Strategi yang tersusun dan
kemas
Langkah-langkah yang
teliti
Kaedah pengajaran
yang baik dan proaktif
mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar
mencapai objektif pelajaran. 9
6.2 Strategi yang tersusun dan kemas
Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam
kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin
dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar
perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan
dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap
murid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan berkesan.
6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai.
Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya
dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh
dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau objektif yang terlalu tinggi dengan aras
pencapaian murid.
10
7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran
Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan
melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar
yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
7.1 Tujuan – tujuan teknik
Rajah 6 :Tujuan teknik diadakan
Menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas.
Mengekalkan perhatian dan
memberi tumpuan
sepenuhnya ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran
Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai
pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru
Memberi satu pengalaman baru kepada murid untuk diaplikasiaka
n semasa atau selepas persekolahan
11
7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa
Rajah 7 : Jenis-jenis teknik
7.2.1 Teknik main peranan
1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik darjah.
2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan
dalam situasi yang diberikan
3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip
4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau mendengar
melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru.
5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai
aktiviti main peranan.
Teknik pengajaran
bahasa
main peranan
permainan bahasa
latih tubi
berceritainkuiriperbahasankuizsumbangsaransoaljawab
simulasidrama
perbincangan
forum
demontrasi
12
7.2.2 Permainan Bahasa
Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan
pemulihan.
Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka,
silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga
kekata dan sebagainya.
Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas.
Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan
intensif dan sebagai alat dianogstik.
Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
7.2.3 Latih tubi
Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan
kemahiran.
Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk
murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.
Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun
huruf-huruf.
Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan
maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.
13
13
7.2.4 Bercerita
Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.
Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan
melalui pementasan boneka.
Tujuan bercerita untuk:
Menimbulkan minat murid untuk belajar
Melatih kemahiran mendengar
Memupuk nilai-nilai murni
Memperkayakan pengalaman murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid
7.2.5 Inkuiri
Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan
yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan
14
7.2.6 Perbahasan
Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil
Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.
Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang hujah.
Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan .
Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan hujah
yang bernas, logik dan berfakta.
7.2.7 Kuiz
Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.
Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira.
Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-
teki.
Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,
makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran berfikir
7.2.8 Sumbangsaran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid
Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam
sesi umum.
Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli
berpeluang memberi cadangan
15
7.2.9 Soaljawab
7.3.0 Simulasi
@ Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan
keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah
@ Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan aktiviti
secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah
@ Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan.
@ Tujuannya ialah :
Murid dapat menguasai kemairan bertutur
Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan.
Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran
dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik di
samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras
pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan
pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan
Membina pemikiran yang kreatif dan kritis
Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi
Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa
Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian
16
7.3.1 Drama
Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya
dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan,
memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain
Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
7.3.2 Perbincangan
Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas
Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi idea
ataupun masalah.
Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep
kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan memberikan
pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea.
Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan
terhadap hasil perbincangan mereka.
17
7.3.3 forum
Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea
dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan secara formal.
Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam
pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman
mereka,
Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran
dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional.
Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah,
menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur
pelajar.
7.3.4 Demontrasi
Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang sesuatu
aktiviti yang dijalankan di hadapan murid.
Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk
melakukannya.
Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika
melakukan sesuatu aktiviti
Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh
dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya.
Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu
walaupun aras pencapaian mereka rendah
18