bmm3111_semantik_12okt2011.doc

22
SULIT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2011 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (SEKOLAH RENDAH) Kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 6 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU NO. KOD : BMM 3111 TARIKH: November 2011 ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit PUSAT : ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur Bahagian C : 2 soalan esei 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan dua soalan dalam Bahagian C 3. Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan. Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan. Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan. 4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan kepada pengawas apabila peperiksaan tamat. UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAH A ( 20 markah ) 1 - 20 B ( 40 markah ) 1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b C 1 2 3a 3b KERTAS INI MENGANDUNGI 22 HALAMAN BERCETAK DAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

description

SEMANTIK

Transcript of bmm3111_semantik_12okt2011.doc

Page 1: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2011

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (SEKOLAH RENDAH)Kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Semester 6

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

NO. KOD : BMM 3111 TARIKH: November 2011

ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit

PUSAT :

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian:Bahagian A : 20 soalan objektifBahagian B : 4 soalan strukturBahagian C : 2 soalan esei

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan dua soalan dalam Bahagian C

3. Jawab soalan:Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan.Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan.Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.

4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan kepada pengawas apabila peperiksaan tamat.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAH

A( 20 markah )

1 - 20

B( 40 markah )

1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b

C( 40 markah )

1 2 3a 3b

JUMLAH KESELURUHAN

KERTAS INI MENGANDUNGI 15 HALAMAN BERCETAKDAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

Page 2: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

BAHAGIAN A( 20 markah )

Jawab semua soalan.

1. Semantik ialah cabang ilmu lingustik yang berkait dalam

A menganalisis sesuatu ujaran

B mengkaji makna sesuatu bahasa

C menghuraikan konsep sesuatu perkara

D merumuskan makna dalam sesutu komunikasi

2. Pilih ayat yang tepat bagi menerangkan aspek makna di bawah;

Jenis makna Contoh

A Makna denotasi Rumah itu luas sekali.

B Makna konotatif Ada seribu orang menghadiri majlis itu.

C Kekaburan makna Hujan turun di seluruh dunia.

D Kelewahan makna Para pelajar berkumpul di dewan untuk mendengar

taklimat oleh pengetua.

3. Maksud sesuatu ujaran itu bergantung kepada aspek-aspek berikut;

I. Ciri-ciri paralinguistik

II. Intonasi pengucapan

III. Makna denotasi

IV. Tanggapan pendengar

A I dan II

B II dan III

C II dan IV

2 SULIT

Page 3: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

D III dan IV

4.

Kata

Makna

bela perang

semak

- pelihara - pertahan

- bergaduh - nama warna

- belukar- meneliti

Perkataan dan makna di atas dikategorikan sebagai

A sinonim

B hiponim

C polisem

D homograf

5. Makna ayat terbahagi kepada makna tersurat, makna tersirat dan makna terselindung.

Antara berikut, manakah ayat yang menunjukkan makna terselindung?

A Ahmad ke sekolah.

B Kumar seorang buaya darat.

C Ibu membeli tiga ekor ketam.

D William tidak melepaskan dendam yang terbuku di hatinya.

6. Pilih ayat yang telah mengalami peluasan makna dengan menggunakan perkataan “merawat”.

A Jururawat di hospital itu merawat dengan penuh kesabaran.

B Dalam perubatan tradisional, daun senduduk dapat digunakan untuk merawat luka.

C Syarikat Air Berhad bertanggungjawab untuk merawat air kumbahan di negara ini.

D Pelbagai teknik diperkenalkan kepada penoreh getah untuk merawat

3 SULIT

Page 4: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

tumbuhan kulat pada torehan pokok.

7. Antara wacana berikut, yang manakah menunjukkan hubungan semantik atau hubungan makna dari segi sebab dan hasil?

A Hujan lebat turun setiap hari. Jalan raya di kampong itu ditakungi air.

B Atan menjuarai latihan intensif selama dua bulan. Dia menjuarai kejohanan itu.

C Lori itu kehabisan minyak. Pemandunya terpaksa meninggalkannya di tepi jalan.

D Mereka berdoa untuk kejayaan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka.

8. Antara yang berikut, perkataan manakah yang mengalami penyempitan makna

I. pena

II. kitab

III. pondok

IV. saudara

A I dan II

B II dan III

C I dan IV

D III dan IV

9. Padanan yang betul dari segi jenis peribahasa dengan contoh ialah

PERIBAHASA CONTOH

A Perbilangan Hati hendak, semua jadi

B Bidalan Sambil menyelam minum air

C Perumpamaan Mengaji daripada alif, membilang daripada Esa

D Pepatah Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

.

4 SULIT

Page 5: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

10. Antara berikut, kata majmuk yang manakah terdiri daripada istilah khusus?

I. Deria rasa

II. Medan makna

III. Rukun tetangga

IV. Tindakan perusahaan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV .

D II, III dan IV

11. Peminjaman perkataan asing dalam bahasa Melayu secara tidak langsung disebabkan oleh;

I hubungan dengan negara luar

II perancangan dan pembentukan istilah

III pertembungan budaya Melayu dengan budaya pendatang

IV hubungan kekeluargaan dengan bahasa serumpun

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

12. Penyerapan variasi-variasi dialek daerah dan dialek sosial dalam bahasa baku dilakukan melalui proses

A pembinaan

B pemantapan

C pengekodan

D transformasi

5 SULIT

Page 6: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

13. Perbendaharaan Kata Bahasa Asing banyak dipinjam dan diambil dari istilah-istilah dalam bahasa Inggeris. Ejaan bagi istilah ini mengutamakan sifat bahasa asal dan penyebutannya disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Malaysia.

Perkataan manakah di bawah yang dipinjam menerusi peminjaman terjemahan?

I. Cecair

II. Magnet

III. Biologi

IV. Hakisan

A I dan II

B II dan III

C I dan IV

D III dan IV

14. Berikut ialah syarat bagi sumber pembentukan istilah perbendaharaan kata umum bahasa Melayu kecuali

A Kata-kata yang mempunyai konotasi yang buruk dijauhi.

B Sekiranya terdapat perkataan yang mempunyai rujukan yang sama, maka kata yang dipilih adalah kata yang paling singkat.

C Sekiranya terdapat dua kata atau lebih yang maksudnya ada keserupaan, maka kata yang dipilih adalah kata yang maknanya paling tepat.

D Kata-kata yang umum diberi makna yang khusus sesuai dengan kehendak peristilahan contohnya gerak balas, pembuluh dan garis pusat.

15. Istilah rintangan dalam Bahasa Melayu dipadankan dengan resistance dalam Bahasa Inggeris. Pembentukan istilah ini melalui proses

A pinjam terjemah langsung

B pinjam dengan perubahan ejaan

C pinjam dengan penyesuaian sebutan

D pinjam terjemah dengan kata ganda separa

6 SULIT

Page 7: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

16. Pilih penyataan yang benar berkaitan dengan penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu

I. Peminjaman terus bermaksud unsur asing diserap tanpa perubahan.

II. Penyerapan unsur asing dilakukan dengan penyesuaian ejaan dan sebutan.

III. Ketulenan bahasa Melayu dapat dipertahankan dengan peminjaman penterjemahan.

IV. Martabat bahasa Melayu terjejas sebagai akibat kehadiran unsur asing dalam Bahasa Melayu.

.A I dan II sahaja.

B I dan III sahaja.

C II dan IV sahaja.

D III dan IV sahaja.

17. Proses analogi melibatkan kata yang dibentuk dengan cara mengkiaskannya dengan sesuatu bentuk kata yang sedia wujud dalam bahasa itu sejak dahulu lagi.

Perkataan di bawah adalah contoh perkataan yang mengalami proses analogi, kecuali

A. tatanegara

B. setiausaha

C. prasejarah

D. jurutrengkas

18. Padanan di bawah menunjukkan penyataan proses pembentukan kata baharu dan istilah baharu yang berlaku dalam bahasa-bahasa di dunia.

Padanan manakah tidak benar?

Proses pembentukan kata Contoh perkataan

A Proses pengimbuhan surih

B Proses Penyingkatan pasaraya

C Peleburan fonem dan suku kata bendalir

D Proses pinjam terjemah bulan madu

7 SULIT

Page 8: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

19. Pelbagai kaedah digunakan untuk membentuk ejaan dalam peristilahan bahasa Melayu termasuklah Kaedah Ejaan Etimologi.

Kenyataan yang menghuraikan Kaedah Ejaan Etimologi ialah

A Penulisan istilah merangkumi unit bunyi yang berfungsi dilambangkan dengan huruf.

B Istilah yang sebutannya sama tetapi mengandungi pengertian yang berlainan, dieja dengan cara berbeza berdasarkan asal usul kata tersebut.

C Istilah asing yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan dahulu kepada transkripsi fonetik.

D Istilah bahasa asing yang telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu penulisannya mengikut kaedah tertentu, sesetengah perkataan ditulis dengan mengekalkan huruf dari bahasa sumbernya.

20. Beberapa huruf konsonan telah mengalami perubahan apabila sistem ejaan baharu ditetapkan melalui usaha penyelarasan sistem ejaan oleh MBBIM

Huruf-huruf tersebut ialah;

I. gh

II. kh

III. sh

IV. dz

A I dan II

B II dan III

C I dan IV

D III dan IV

8 SULIT

Page 9: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

BAHAGIAN B(40 markah)

Jawab semua soalan.

1.

Semantik ialah satu disiplin ilmu yang penting dalam kajian bahasa dan mempunyai pertalian erat dengan disiplin ilmu yang lain seperti sejarah dan linguistik. Bidang semantik mengkaji makna bukan sahaja pada peringkat kata, frasa, ayat malahan hubungan dengan idea, konsep dan perasaan.

( a). Jelaskan pertalian antara semantik dengan linguistik.

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

(5 markah)

(b). Jelaskan hubungan antara semantik dengan sejarah.

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

(5 markah)

9 SULIT

Page 10: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

2. Perkaitan makna dengan kata dapat dikaji dari segi leksikal dan konteks kata itu digunakan oleh penutur. Perkataan tersebut mempunyai hubungan dari segi makna yang tergolong sebagai sinonim, antonim, polisem, hiponim, homonim (homograf dan homofon)

Jelaskan konsep dan perkaitan makna secara leksikal bagi perkataan di bawah dengan contoh yang sesuai.

(a) sinonim dengan antonim

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

(5 markah)

(b) hiponim dengan homonim

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

(5 markah)

10 SULIT

Page 11: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

3. (a). Proses pembentukan kata dan istilah baharu juga menggunakan prinsip analogi.

Nyatakan dua pertalian makna yang mempunyai hubungan dari segi “analogi” dengan contoh perkataan yang sesuai.

(i) _______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

(ii). _______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

( 4 markah)

(b) Nyatakan dua cara istilah singkatan dibentuk. Beri contoh yang sesuai

;(i) _______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

(ii). _______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

(iii)_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

(6 markah)

11 SULIT

Page 12: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

4. Penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu menjadi penanda kepada berlakunya proses intelektualisasi dalam bahasa Melayu.

(a). Tuliskan dua cara atau proses bagi pembentukan kata baharu dan istilah baharu beserta contoh ;

i. proses: _______________________________________________________

contoh: _______________________________________________________

ii. proses: _______________________________________________________

contoh:_______________________________________________________

( 4 markah)

(b). Bahasa Melayu turut menerima imbuhan pinjaman dan penyerapan daripada bahasa asing..

Lengkapkan jadual di bawah bagi membuktikan pernyataan tersebut.

Bahasa sumber/Asal Contoh imbuhan pinjaman

Contoh perkataan

i. Awalan panca-Awalan pra-Akhiran –wanAwalan bi-

ii Akhiran –iahAkhiran- wi

iii Awalan poli-Awalan sub-Awalan auto-Akhiran -isme

( 6 markah)

12 SULIT

Page 13: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

BAHAGIAN C( 40 markah )

Jawab dua (2) daripada tiga soalan yang diberi.

1. “Sesuatu kata akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi, dan hubungan sosial dalam masyarakat. Perubahan makna berlaku dari segi peluasan makna, penyempitan makna, dan anjakan makna.

Huraikan faktor-faktor yang menentukan makna dalam semantik dengan memberi contoh yang sesuai.

( 20 markah)

2. Peribahasa ialah susunan kata yang dipilih khas, kemas, ringkas, mempunyai makna tertentu, mengandungi teladan dan pengajaran. Masyarakat Melayu lama dapat menggambarkan perasaan, tindak tanduk, kegemaran, kebencian dan cara berfikir melalui peribahasa.

Pilih lima jenis peribahasa yang sesuai dan analisis dari aspek semantik akan tujuan, fungsi, dan makna peribahasa secara tersurat dan tersirat.

(20 markah)

3 . Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif. Terdapat beberapa proses pembentukan kata dan istilah yang digunakan bagi membentuk kata-kata baharu atau istilah baharu.

(a). Jelaskan lima proses pembentukan kata baharu dan istilah baharu dengan memberi contoh yang sesuai.

(10 markah)

(b). Huraikan lima kaedah ejaan dalam Peristilahan bahasa Melayu.

(10 markah)

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

13 SULIT

Page 14: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111 Angka Giliran :

BAHAGIAN B( 40 markah )

Jawab semua soalan.

1.

14 SULIT

Page 15: bmm3111_semantik_12okt2011.doc

No. Kod : BMM 3111

BAHAGIAN C( 40 markah )

Jawab semua soalan.

1.

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

15 SULIT