bmk 2

14
Isi kandungan. Muka Surat 1.0 Teks Ucapan 2 2.0 Pengenalan 2 3.0 Definisi 3 4.0 Format pengucapan 3-5 5.0 Tujuan 5- 5.1 !em"erita#u 5.2 !empengaru#i 5.3 !e$uju%kan persefa#aman 5.4 !elua#kan perasaan .0 &iri-ciri se"ua# teks ucapan '.0 Pengucapan (ang "erkesan -' ).0 Penutup ' *.0 +ampiran )-13 *.1&onto# teks ucapan. 10.0 ,ujukan 14 1.0 Teks Ucapan 1

description

teks ucapan

Transcript of bmk 2

Isi kandungan. Muka Surat

1.0 Teks Ucapan 22.0 Pengenalan 23.0 Definisi 34.0 Format pengucapan 3-55.0 Tujuan 5-6

5.1 Memberitahu5.2 Mempengaruhi5.3 Mewujudkan persefahaman5.4 Meluahkan perasaan

6.0 Ciri-ciri sebuah teks ucapan 67.0 Pengucapan yang berkesan 6-78.0 Penutup 79.0 Lampiran 8-13

9.1Contoh teks ucapan.

10.0 Rujukan 14

1.0 Teks Ucapan2.0 Pengenalan. Komunikasi bertulis merupakan satu kegiatan bagi merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Komunikasi ini dapat dilaksanakan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang terancang. Selain itu, berbanding dengan komunikasi lisan yang lain, komunikasi bertulis ini melibatkan pelbagai faktor seperti isi yang hendak dibicarakan, pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya dan bentuk penyampaian, format serta pengolahan yang menarik. Teks pengucapan awam iaitu teks ucapan merupakan salah satu daripada bahasa dalam komunikasi bertulis. Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Kebiasaannya, ucapan boleh didapati dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perkahwinan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan banyak lagi. Oleh itu, kandungan ucapan ini berbeza-beza mengikut jenis sesuatu majlis yang diadakan itu. Sebagai contoh, kandungan ucapan dalam majlis perhimpunan tentulah berbeza dengan kandungan ucapan dalam majlis perkahwinan. Begitu juga dengan para hadirin yang hadir yang mungkin berbeza dari segi latar belakang, umur, status sosial, dan sebagainya lagi. Misalnya, hadirin yang hadir dalam majlis perhimpunan mingguan sekolah biasanya terdiri daripada para guru dan pelajar-pelajar yang hanya terdapat di sesebuah sekolah itu sahaja. Sebaliknya, para hadirin yang hadir dalam majlis perkahwinan pula tentunya terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan, penduduk setempat serta ahli-ahli kenamaan. Sesuatu ucapan itu menggambarkan seseorang yang berucap berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis yang disertai. Ucapan merupakan pelahiran idea-idea secara lisan di hadapan hadirin malah ucapan juga memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan. Bukan itu sahaja, individu yang menyampaikan ucapan juga mestilah dapat menguasai perhatian hadirin supaya mereka dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang disampaikan.

3.0 Definisi Ucapan dapat diertikan sebagai apa-apayang diucapkan atau perkataan yang diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata. Ucapan ialah apa yang dilafazkan yang juga bermaksud bunyi lafaz, sebutan kata, atau ujar. Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala.Selain itu,ucapan adalah salah satu cara komunikasi untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Lima unsur penting untuk pembentukan sesuatu pengucapan umum ialah idea yang diperkatakan dalam ucapan, gaya atau bahasa yang digunakan oleh penyampai, pengolahan idea penyampai ucapan dan kebolehan penyampai memberikan ucapan berdasarkan ingatannya(Habibah & Hasnah,2010).

4.0 Format pengucapan. Dalam apa-apa juga penulisan, pasti ada cara dan formatnya. Begitulah juga dengan teks ucapan. Teks ucapan mempunyai formatnya yang tersendiri. Kandungan teks ucapan terdiri daripada empat bahagian, iaitu kata alu-aluan,pendahuluan,isi dan akhirnya penutup(Ab.Rahman & Yap,K.F,1998) .Pertamanya,Dalam bahagian kata alu-aluan, senarai panggilan mesti mengikut protokol yang tertentu. Bahagian ini selalunya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada saudara Pengacara Majlis dan kemudiannya tamu kehormat dan kemudian diikuti senarai nama yang lain. Panggilan hormat bagi tamu kehormat bergantung pada gelaran atau pangkat individu tersebut. Jika tamu kehormat merupakan Perdana Menteri, maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Amat Berhormat. Namun, jika tamu kehormat merupakan pegawai kerajaan yang berjawatan atau berpangkat, maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Berbahagia. Begitu juga sekiranya majlis yang diadakan bertujuan meraikan pegawai bawahan, maka panggilan hormat yang digunakan ialah Yang Diraikan. Seterusnya,kandungan seterusnya ialah pendahuluan dimana disana terdapat pelbagai cara untuk memulakan ucapan. Ucapan bukan sahaja boleh dimulakan dengan rasa kesyukuran, tetapi juga boleh dimulakan dengan imbasan pengalaman, kisah berunsur ringan, latar belakang sesebuah institusi dan pantun.Di samping itu,kita juga memulakan pendahuluan dengan rasa kesyukuran dimana banyak antara kita memulakan ucapan dengan memanjatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan. Sebagai contohnya,Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul beramai-ramai pada malam ini bagi menjayakan program Makan Malam Negeri sempena Perhimpunan Perpaduan dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia(Rahmat & Sthiraruci.T,1997)

Selain itu,kita juga memulakan pendahuluan dengan imbasan pengalamanPendahuluan dengan imbasan pengalaman selalunya dibuat oleh seseorang tokoh berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau. Pendahuluan dengan imbasan pengalaman ini sebenarnya dapat mendekatkan diri seseorang dengan khalayak. Sebagai contohnya,apabila saya masuk ke dalam dewan ini dan melihat cikgu-cikgu, saya teringat pada zaman saya berkhidmat sebagai guru kira-kira 30 tahun yang lalu. Saya mula berkhidmat di SMK (P) Jalan Bunga. Pada ketika itu, saya diminta mengajarkan Sains sedangkan opsyen saya ialah Bahasa Malaysia. Namun, hal itu tidak melunturkan semangat saya. Saya sahut cabaran tersebut. Pada tahun pertama, saya memang macam budak baharu belajar, tetapi cabaran ini menjadikan saya lebih berusaha menjadi seorang guru.lebih-lebih lagi pendahuluan dengan kisah berunsur ringan pastinya amat menarik jika digunakan. Pendahuluan ini sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian khalayak agar mendengar ucapan yang akan disampaikan. Sebagai contohnya,Saya berasa serba salah untuk berucap di hadapan ini kerana pada pagi ini, salah seorang tetamu kita merupakan pakar dalam bidang penampilan. Dari pagi tadi, saya membelek diri saya di hadapan cermin dan bertanya-tanya pada diri sendiri sama ada tudung yang saya pakai pada pagi ini sesuai atau tidak dengan baju yang saya kenakan. Takut juga saya ketika ini beliau sedang menilai penampilan saya di hadapan ini.

Dalam pendahuluan dengan latar belakang ia merupakan pendahuluan yang kerap digunakan apabila menulis teks ucapan bagi majlis perasmian bangunan, institusi dan pertubuhan, dan majlis perpisahan (Habibah & Hasnah,2010).Sebagai contohnya,kepada tetamu yang pertama kali menjejakkan kaki di Sekolah Perintis, selamat datang saya ucapkan. Untuk makluman semua, Sekolah Perintis ditubuhkan pada tahun 2000 yang pada mulanya hanya mempunyai 120 orang murid dan 12 orang guru. Pada ketika itu, Sekolah Perintis hanya mempunyai sebuah blok pentadbiran dan sebuah blok bilik darjah. Kelengkapan untuk proses pengajaran dan pembelajar-an juga tidak seberapa lengkap. Dalam keadaan yang serba terhad ini, Sekolah Perintis mula beroperasi untuk mendidik anak bangsa.

Pendahuluan dengan pantun pula merupakan puisi Melayu tradisional yang boleh digunakan untuk memulakan sesuatu ucapan. Pantun yang biasa digunakan ialah pantun empat kerat. Sebagai contohnya,

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara;Selamat datang kami ucapkan,Awal bismilah pembuka bicara

5.0 Tujuan-tujuan ucapan

i. MemberitahuUcapan ialah untuk memberitahu maklumat-maklumat baru seperti teknik, kaedah dan strategi ke arah peningkatan kefahaman (Ab.Rahman & Yap,K.F,2002). Memberitahu dipecahkan kepada tujuh jenis iaitu proses menerangkan cara dapat dan hasilkan sesuatu atau demonstrasi , menerangkan kaedah melakukan serta penerangan semasa lawatan dan ziarah orang dan cerita pengalaman orang yang telah Berjaya dan mengkongsi idea.Selain itu,penerangan dan definisi dan laporan lisan seperti perniagaan, ringkasan fakta atau idea merupakan teknik pemberitahuan.

ii. MempengaruhiUcapan adalah untuk mempengaruhi ke arah mengubah, menukar dan memaksa perubahan sikap dan tingkah laku. Kekuatan ucapan ini ialah cuba menukar bagaimana orang lain berfikir dan bertindak (Ab.Rahman Ab.Rashid & Yap,K.F.).

iii. Mewujudkan persefahamanPeranan ucapan seterusnya ialah mewujudkan persefahaman bagi mengurangkan jurang perbezaan pendapat, nilai dan pandangan di antara pengirim dan penerima. Mendapatkan kefahaman mengenai sesuatu mesej dapat mengatasi halangan yang dapat membantutkan kelancaran proses komunikasi sama ada halangan fizikal atau psikologikal.

iv. Meluahkan perasaanUcapan boleh dianggap sebagai satu unsur psikologi bagi meningkatkan semangat pengirim dan penerima untuk lebih mengenali diri sendiri kerana khalayak lebih bersedia membuka pintu mental untuk memahami dan menghayati apa yang didengar.Apabila seseorang meluahkan perasaan, ia dapat membina hubungan yang intim setelah wujud kesan terapeutik yang dapat menenangkan jiwa dan perasaan.

6.0 Ciri-ciri sebuah teks ucapan: Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan umum.Antaranya ialah pengucapan yang boleh berlaku di tempat awam.Pengucapan umum berlaku di tempat awam iaitu tempat-tempat dimana ramai orang berkumpul.Selain itu,ciri ucapan yang lain ialah melibatkan bilangan sasaran yang ramai dimana ucapan diberikan kepada pendengar yang ramai(Siti Hajar,2008) .Contohnya,pendengar,penonton,atau orang yang terlibat dalam majlis ucapan itu adalah ramai.Seterusnya, interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah merupakan salah satu ciri teks ucapan.Pengucapan terjadi secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu. Arah ucapan adalah sehala iaitu dari penceramah kepada pendengar. Dalam majlis-majlis ucapan, pendengar hanya mendengar penceramah berucap. Kalaupun berlaku soal-jawab antara penceramah dan pendengar, ia berlaku selepas tamat ucapan tersebut dan bukan semasa ucapan sedang berlaku.

7.0 Pengucapan yang Berkesan Tujuan ucapan adalah untuk menyampaikan mesej yang telah dirancang sebelumnya. Untuk menjamin yang mesej tadi berjaya disampaikan, ucapan-ucapan tersebut mestilah berkesan(Ab.Rahman& Yap,K.F,2002) Ucapan yang tidak berkesan akan menyebabkan penonton atau pendengar tidak dapat menerima mesej yang ingin disampaikan. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menghasilkan ucapan yang berkesan.Antaranya ialah persediaan untuk menyesuaikan diri dengan khalayak ramai.Contohnya,penyampai mestilah pandai menyesuaikan intipati ucapannya dengan keperluan khalayak ramai yang menjadi pendengarnya. Melalui maklum balas, penyampai perlulah tahu mengawasi maklumat dan kesan mesejnya ke atas khalayak ramai . Selain itu, memberi perhatian kepada maklum balas pendengar juga merupakan salah satu ciri pengucapan yang berkesan. Maklum balas yang diterima daripada pendengar akan dapat memberitahu penyampai sama ada mesej yang ingin disampaikan itu berjaya atau tidak, atau difahami atau tidak. Analisis ini boleh dibuat selepas tamat ucapan.Lebih-lebih lagi,menjawab atau mengupas persoalan yang dikemukakan juga salah satu diri pengucapan yang berkesan.Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pendengar selepas ucapan selalunya berpunca daripada sifat ingin tahu pendengar. Mereka mungkin kurang paham atau inginkan penjelasan lanjut. Kemampuan penceramah untuk mengupas semula persoalan yang dikemukakan dan menjawabnya dengan baik akan menambah keberkesanan ucapan itu secara keseluruhannya.Selain itu,pengucap juga perlu fahami tahap kefahaman pendengar terhadap tajuk yang disampaikan.Orang yang berucap wajar memahami tahap kefahaman pendengar terhadap ucapannya. Penceramah tidak boleh mengabaikan aspek ini. Penceramah wajar menganalisis sama ada pendengar mampu memahami apa yang ingin disampaikan.

8.0 Penutup Kesimpulannya Komunikasi penulisan yang mengakibatkan penggunaan bahasa yang gramatis, lebih mudah difahami dan sangat berkesan terutamanya dalam bentuk ucapan.Teks ucapan dikatakan penulisan berkesan kerana gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami dan lebih menumpukan kepada isi yang hendak disampaikan.

9.0 Lampiran9.1Contoh teks ucapan.TEKS PENGACARA MAJLISSAMBUTAN HARI GURU SMK CHERAS JAYA

ATUR CARA

7.30 pagi-Guru berkumpul di lobi8.00 pagi-Perarakan guru ke tapak perhimpunan-Bacaan doa-Penyampaian cenderamata kepada semua ahli KGK oleh pengawas dan pelajar-pelajar-Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah-Ucapan Ketua Pelajar-Ucapan Pengerusi KGK-Ucapan Pengetua-Ikrar guru dan lagu Kami Guru Malaysia-Penyampaian cenderamata kepada Guru Tingkatan oleh Ketua Tingkatan-Bacaan Biodata dan ucapan Puan Sharifah Noraini Wan Hassan-Penyampaian cenderamata kepada Puan Syarifah Noraini Wan Hassan-Acara memotong kek9.30 10.00 -Rehat10.00 11.00-Sukaneka oleh semua ahli KGK11.00 12.20-Persembahan guru dan pelajar sempena Hari Guru dan Persaraan Pn. Sharifah Noraini Wan Hassan12.30 tgh-Majlis Send off Pn. Sharifah Noraini-Pelajar BersuraiJamuan Hari Guru di kantin sekolah

Mengumumkan........perarakan masuk guru-guru SMK Cheras Jaya ke Dataran IntegrasiPara pelajar diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan guru kita yang dikasihi.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bunga tanjung di tengah pekan,Tiupan bayu mencelah suria,Kalimah nan agung saya mulakan,Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha,Puan Rozita Binti Ahmad-bonda pengetua SMKCJ yang amat dikasihi,Yang dihormati,Tuan Hj Azman Bin Idris-Yang Dipertua PIBG (jika ada)Puan Sofia Nor Binti Molhit- Penolong Kanan SMKCJEncik Othman Bin Omar-Penolong Kanan HEM Puan Anita Mazlina Binti Azman Arash-Penolong Kanan KokurikulumEncik Termizi Mohd Tahir-Penolong Kanan PetangBarisan Guru Kanan Mata PelajaranGuru-guru CemerlangYang diraikanPuan Sharifah Noraini Binti Wan HassanGuru-guruKakitangan sekolahDan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Hadirin sekalian, 16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita. Ikan merah dijual di pekan,Syukur gembira dapat sebaldi,Cuaca cerah turut mengizinkan,Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dijemput Muhammad Adam Fauzi untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan...

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar.

Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan kita kepada sekolah dan negara.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pengawas SMKCJ, iaitu Muhammad Danial Bin Asni. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pelajar SMKCJ.Acara diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGK)Dipersilakan al-fazil Ustaz Ab. Razak Bin Hussin selaku Pengerusi KGK untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Mekar melati diapit kejora,Kuntuman tersemat, jadi pamitan,Tersentuh hati mendengar bicara,Ungkapan azimat jadi ingatan,

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada Bonda Pengetua kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan Puan Rozita Binti Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan....

Tumbuh selirat bunga melati,Mari direnjis dalam jambangan,Ucapan tersirat seribu erti,Semoga majls menjadi kenangan.

Semoga para guru akan terus berjuang mendidik kami dengan tekun dan sabar menghadapi karenah kami. Terimalah kami dengan seadanya dan usahlah dibandingkan dengan murid-murid yang bersekolah di sekolah yang bertaraf dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyampaikan Ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia yang akan diketuai oleh Pengerusi KGK, Ustaz Ab. Razak bin Hussein.

Menghilau laksana pokok kiambangDi dalam kali tumbuh melata,Setahun sekali nyanyian berkumandang,Berbakat sekali guru-guru kita.

Guru,Hadirmu sentiasa dinanti,Sejak kecil kami diajar ABC,Pelbagai ilmu kami pelajari,Pelbagai bahasa kami kuasai,Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari..

Bidang teknikal tidak ketinggalan,ICT pula melengkap pengetahuanDisusul oleh pelbagai kemahiranMelukis mewarna indah lakaran,

Agama dan akhlak paling ditutamakan,Kami mengenal adab dan sopan,Buat bekalan di masa depan.

Bagi menghargai jasa para guru sekalian, dipersilakan ketua-ketua Tingkatan untuk menyampaikan cenderamata kepada guru tingkatan masing-masing. Dengan ini, diminta semua guru tingkatan Satu hingga Lima bangun untuk memudahkan Ketua Tingkatan menyampaikan cenderamata.

Indah selendang kebaya nyonya,Sekali imbas puteri kayangan,Usah dipandang pada harganya,Ingatan ikhlas tanda kenangan.

Hadirin sekalian,Pada hari ini juga, SMKCJ akan mengucapkan selamat berangkat kepada salah seorang guru yang akan menamatkan perkhidmatannya. Beliau ialah Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Puan Kaladevi a/p Arumugam untuk membacakan biodata Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.Dipersilakan..

Sekarang dipersilakan dengan segala hormat dan takzimnya, Puan Hajah Sharifah Noraini Wan Hassan untuk menyampaikan amanat dan pesanannya yang terakhir sebelum meninggalkan kita semua.

Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan,Intailah kami sementara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.

Batang selasih permainan budak,Mari ditambat di hujung titi,Bercerai kasih bukannya talak,Kerana tamat tempoh berbakti.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.

Dipersilakan Puan Nor Anin Ali untuk mengiringi Puan Rozita Binti Ahmad bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah..

Dipersilakan wakil KGK, Ustaz Ab Razak HussinDipersilakan wakil Anjung Wacana / UBK/ PSS, Pn. Foo Lai FongDipersilakan wakil Unit Kokurikulum, Pn. Salwani.Dipersilakan wakil Unit HEM, Encik KumaranHadirin yang dihormati sekalian,

Orang berbudi kita berbahasa,Orang memberi kita merasa.

Sekarang dipersilakan Puan Hajah Syarifah Noraini untuk menyampaikan cenderamata kepada guru-guru SMKCJ yang telah bersama-sama mengharungi detik suka dan duka di sini. Dengan ini dipersilakan Puan Rozita Ahmad untuk menerima cenderamata bagi mewakili guru-guru SMKCJ.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara Memotong Kek yang berupa kek hari jadi dan juga kek untuk sambutan hari guru. Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan dan keindahan hidup bermasyarakat.

Dipersilakan Puan Rozita Binti Ahmad dan Puan Hajah Syarifah Noraini untuk memotong kek.

Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan hari guru. Seterusnya saya serahkan majlis ini kepada guru yang bertugas untuk pengumuman yang berikutnya.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di bawah saji,Kalau ada silap dan salah,Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,Di situ tempat bermain kenari,Sampai di sini kata bernoktah,Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, wassalamualaikum wbt.

10.0 Rujukan

Siti Hajar bt Abdul Aziz.(2008).Bahasa Melayu I.Selangor:Oxford Fajar.

Habibah bt Mohd.Samin & Hasnah bt Awang.(2010).Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP.Selangor:Kumpulan Budiman.

Rahmat Masri & Sthiraruci Tan.(1997).102 Karangan & Surat Kiriman Contoh.Selangor:Longman.

Ab.Rahman Ab.Rashid & Yap,K.F. (1998).Bahasa Melayu Komunikasi 3.Selangor:Longman.

Ab.Rahman Ab.Rashid & Yap,K.F.(2002).Bahasa Kebangsaan.Selangor:Pearson 12