BM Pengurusan Cerpen

18
Bahasa Melayu Pengurusan Analysis Cerpen Orang Melayu sudah mempunyai tradisi bercerita sejak lama dahulu. Namun, tarikh sebenarnya tradisi bercerita di kalangan orang Melayu itu tidak diketahui, maka tidak ada orang boleh menjawabnya dengan pasti, kecuali dikatakan bahawa tradisi bercerita itu diagakkan sudah bermula sebaik sahaja orang Melayu sudah berbahasa, berkeluarga dan bermasyarakat. Sehubungan itu, semakin tinggi tamadun dan masyarakat Melayu, semakin kukuh tradisi bercerita orang Melayu (A.Wahab Ali, 2009) Menurut Hashim Awang (1975), cerpen dalam kesusasteraan Melayu moden pertama kali muncul dalam tahun 1920 bila ‘majalah Pengasuh’ menyiarkan sebuah cerita yang berjudul Kecelakaan Pemalas, ciptaan Nor bin Ibrahim, atau nama samarannya Madrasi. Dari segi penganilasaan cerpen pula teguh di atas paksi cerpen Barat apabila Hashim Awang menerbitkan tesisnya. Dalam tesis itu, dia menganalisa cerpen menggunakan tema (themes) dan struktur (structure), plot (plot), penokohan, (characterization), latar (setting), sudut pandangan (point of view) dan gaya bahasa (style) dengan merujuk buku-buku kajian cereka Barat (Hashim Awang 1975). Dengan 1 | Page

description

BM Pengurusan Cerpen

Transcript of BM Pengurusan Cerpen

Page 1: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

Orang Melayu sudah mempunyai tradisi bercerita sejak lama dahulu. Namun, tarikh sebenarnya

tradisi bercerita di kalangan orang Melayu itu tidak diketahui, maka tidak ada orang boleh

menjawabnya dengan pasti, kecuali dikatakan bahawa tradisi bercerita itu diagakkan sudah

bermula sebaik sahaja orang Melayu sudah berbahasa, berkeluarga dan bermasyarakat.

Sehubungan itu, semakin tinggi tamadun dan masyarakat Melayu, semakin kukuh tradisi

bercerita orang Melayu (A.Wahab Ali, 2009)

Menurut Hashim Awang (1975), cerpen dalam kesusasteraan Melayu moden pertama kali

muncul dalam tahun 1920 bila ‘majalah Pengasuh’ menyiarkan sebuah cerita yang berjudul

Kecelakaan Pemalas, ciptaan Nor bin Ibrahim, atau nama samarannya Madrasi. Dari segi

penganilasaan cerpen pula teguh di atas paksi cerpen Barat apabila Hashim Awang menerbitkan

tesisnya. Dalam tesis itu, dia menganalisa cerpen menggunakan tema (themes) dan struktur

(structure), plot (plot), penokohan, (characterization), latar (setting), sudut pandangan (point of

view) dan gaya bahasa (style) dengan merujuk buku-buku kajian cereka Barat (Hashim Awang

1975). Dengan menggunakan asas teori cerpen Barat itulah diacukan cerpen Melayu sebelum

perang itu.

Sesuai dengan tuntutan sebahagian penulis dan perihal masa itu, majalah Dewan Sastera

mengambil dasar yang agak liberal dalam menyiarkan karya-karya sastera. Pihak pengarang

sedia memaparkan apa juga jenis aliran sastera: “… baik yang mengusap perasaan mahupun

yang menggugat pemikiran, justeru memupuk kehidupan yang bererti-lahir dan batin, memupuk

inisiatif dan aktiviti hidup yang dinamik.” (Dewan Sastera Januari 1971). Di samping

keliberalannya sesuai dengan kedinamikaan sastera, terutamanya yang dibawa penulis-penulis

muda, namun majalah ini berhasrat mempertahankan kualiti karya-karya yang disiarkannya

1 | P a g e

Page 2: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

Cerpen 1: Tragedi oleh Amil Jaya

Cerpen “Tragedi”, iaitu karya Amil Jaya, (2001). Cerpen ini termuat dalam majalah Sastera,

terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun Februari, 2001.

Sinopsis cerpen ini mengisahkan Pak Ismawan yang menghadapi kematian anaknya, Iswan.

Iswan seorang anak yang baik, sopan, berbudi, berdisiplin, berhemah tinggi dan ikhlas. Iswan

seorang pemain badminton yang handal dan merupakan rakan Irnawati. Malang tak berbau

begitulah nasib yang menimpa ke atas Iswan. Kereta yang melanggarnya memecut pergi.

Pembaca tentu tidak dapat menyangka bahawa kawan baiknya yang menabrak Iswan. Kesedihan

dan kepiluan Pak Ismawan tidak menghalangnya menerima jemputan Ikmal daripada Majlis

Keselamatan Jalan Raya untuk menyampaikan ucapan sempena kempen keselamatan jalan raya.

Plot cerpen ini disampaikan secara kronologi. Permulaan cerpen mengisahkan Pak Ismawan

yang dikunjungi oleh Inarwati, rakan baik Iswan. Irnawati meminta kebenaran daripada Pak

Ismawan untuk menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan. Setelah Irnawati

pergi, Pak Ismawan terkenang kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian anaknya.

Klimaks cerpen menceritakan George Bulang, rakan Iswan sebagai orang yang telah melanggar

Iswan. Pak Ismawan memaafkannya dan menerima takdir kematian Iswan dengan reda. Pelbagai

teknik plot digunakan oleh pengarang dalam menulis cerpennya. Teknik suspens, kejutan dan

pemerikan juga digunakan. Teknik imbas kembali kerap digunakan oleh pengarang. Contohnya,

Pak Ismawan mengimbas kembali kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian Iswan.

Secara keseluruhannya, plot kronologi ini disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiw

yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan.

2 | P a g e

Page 3: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

Cerpen ini membawa tema ketabahan. Pak Ismawan tabah menghadapi takdir kematian anaknya,

Iswan. Walaupun Pak Ismawan berasa sedih namun dia tabah meneruskan kehidupannya dan

tidak menyimpan dendam terhadap orang yang mengakibatkan kematian anaknya. Sikap pemaaf

Pak Ismawan tentu bukanlah semua ibu bapa dapat melakukannya. Cerpen ini sesuai dijadikan

tatapan untuk pembaca tidak kira muda ataupun tua. Persoalan yang timbul selepas membaca

cerpen ini ialah persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Pak Ismawan terlalu

menyayangi anaknya, bagai menatang minyak yang penuh. Dia berasa sungguh sedih dengan

kematian anaknya. Persoalan keinsafan seseorang yang telah melakukan kesalahan juga termuat

dalam cerpen ini. George Bulang insaf kerana memandu dalam keadaan mabuk dan

menyebabkan kematian anaknya. Dia menerima hukuman mahkamah dengan rela dan meminta

maaf daripada Pak Ismawan. Sekiranya, sikap George Bulang yang berani mengaku kesalahan

diteladani oleh masyarakat sudah tentu masalah sosial tidak berleluasa.

Cerpen ini mempunyai beberapa nilai dan pengajaran yang universal. Penonjolan nilai dan

pengajaran tersebut telah menghasilkan karya yang berbeza dengan cerpen yang lain. Kekayaan

nilai ketabahan ditonjolkan menerusi watak Pak Ismawan. Walaupun Pak Ismawan berasa sedih

atas kematian anaknya, Iswan, namun dia menerimanya dengan hati yang tabah. Nilai mulia

seperti kasih sayang diketengahkan melalui watak Pak Ismawan. Pak Ismawan menyayangi

anaknya dan berasa sedih atas kematian anaknya. Pengajaran dalam cerpen ini ialah kita mestilah

tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan. Pak Ismawan tabah menghadapi takdir

kematian anaknya. Pengajaran lain ialah kita hendaklah memaafkan orang lain yang melakukan

kesalahan dan tidak menyimpan perasaan dendam. Pak Ismawan memaafkan George Bulang

yang melanggar anaknya. Kesimpulannya, cerpen ini memberi manfaat kepada pembaca. Nilai

ketabahan yang terpapar dalam cerpen ini dapat dijadikan teladan utnuk segenap lapisan

3 | P a g e

Page 4: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

masyarakat. Nilai sedia memaafkan kesalahan orang lain sangat baik dan mampu dijadikan

teladan dalam kalangan remaja. Isu kemalangan yang diketengahkan dalam cerpen ini

menggambarkan fenomena yang acap kali berlaku dalam kehidupan kita. Dengan adanya sorotan

karya ini, ibu bapa dan para remaja sedar akan keperitan ibu bapa yang menghadapi kehilangan

anak yang dikasihi. Selain itu, Cerpen ini menyemaikan pemikiran kritis dan kreatif serta

merangsang pembentukan peribadi remaja yang mulia. Cerpen ini turut ditunjangi penguasaan

bahasa yang indah dan berkesan. Oleh tiu, cerpen ‘Tragedi’ karya Amil Jaya wajar dibaca oleh

pelbagai lapisan masyarakat.

Cerpen 2: Sauara Hantu Oleh Roslan Jomel

Suara Hantu merupakan sebuah cerpen hasil karya Nassury Ibrahim (2010). Cerpen ini tersiar

dalam majalah Dewan Sastera bulan Januari 2010.

Sinopsis cerpen ini mengisahkan. secara ringkas, mengisahkan tentang reaksi masyarakat

terhadap makhluk halus yang diwakili oleh hantu. Dikatakan Kak Kiah telah terdengar suara

hantu di belakang rumahnya. Sejak itu, hidup Kak Kiah dan masyarakat Kampung Che Lijah

tidak tenteram. Kehidupan mereka terganggu, bukan sahaja oleh suara hantu, malahan kedatang

masyarakat luar yang ingin mendengar sendiri suara hantu telah memusnahkan tanaman mereka.

Berkat kepakaran Tok Pawang, hantu-hantu di Kampung Che Lijah telah dapat dihalau.

Cerpen Suara Hantu bertemakan kepercayaan, iaitu kepercayaan masyarakat terhadap perkara-

perkara ghaib dan mistik. Nassury Ibrahim menggarap tema ini dengan baik melalui gabungan

peristiwa dalam cerpennya itu. Beliau mengisahkan kepercayaan penduduk kampung Che Lijah

dan masyarakat luar terhadap hantu yang digambarkan melalui suara jeritan, hilaian dan suara

seperti orang mengerang yang yang dikatakan sebagai suara hantu sebagaimana tercatat dalam

4 | P a g e

Page 5: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

perenggan keenam, ayat pertama, “Waktu itulah Kak Kiah dengar suara “mmm ... mmm ... mmm

...” seperti suara orang mengerang.” Dan pada perenggan ketujuh, ayat pertama, “tiba-tiba pula

suara mengerang itu mengilai.” Kampung Che Lijah yang aman, tenteram dan bersatu padu

telah ditimpa kecelakaan akibat gangguan suara hantu. Setelah lama diganggu syaitan yang

bernama Tsabar, Kampung Che Lijah kembali aman setelah syaitan tersebut setuju untuk

berhijrah selepas diyakinkan oleh Tok Pawang

Antara persoalan yang digarap penulis dalam cerpen suara hantu ini ialah ketakutan. Nassury

Ibrahim menyatakan persoalan ketakutan terhadap hantu pada awal cerita lagi iaitu bermula pada

perenggan ketujuh dan seterusnya apabila suara seperti orang mengerang yang didengar Kak

Kiah bertukar kepada suara hilaian. Seperti yang terdapat pada perenggan ketujuh, “Tiba-tiba

pula suara mengerang itu mengilai. Kuat. Kuat sungguh. Terkejut Kak Kiah. Terpelanting timba

di tangan.” Persoalan ketakutan digarap penulis di dalam perenggan kesepuluh, “Dalam ketar

yang amat sangat itu, Kak Kiah menjawab tergagap-gagap, “ Han.. han... hantu!” Sambil

tangannya menunjuk lurus ke arah bukit di belakang rumahnya.” Contoh ayat di atas

menunjukkan penulis telah menggarap idea, tentang persoalan ketakutan, dengan baik.

Persoalan lain yang ditunjukkan oleh Nassury Ibrahim ialah persoalan mengenai keimanan.

Penulis menyatakan penduduk kampung yang menpunyai iman yang lemah apabila mempercayai

pawang. Persoalan ini terserlah lagi apabila masyarakat kampung mempercayai pawang dapat

berbicara dengan syaitan dan pawang juga berjaya memujuk syaitan agar berpindah ke tempat

lain. Sedangkan kita tahu, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada manusia. Ini

membuktikan bahawa syaitan dan manusia tidak akan dapat mencapai persefahaman. Perkara ini

5 | P a g e

Page 6: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

telah membuktikan bahawa penulis berjaya membuktikan bahawa masyarakat Melayu masih lagi

mempercayai perkara-perkara karut walaupun telah lama memeluk agama Islam.

Selain itu, persolan mementingkan diri sendiri turut ditonjolkan penulis dalam cerpen ini.

Perkara ini dapat dilihat pada watak Tok Penggawa ketika masalah hantu yang menganggu

ketenteraman kampungnya. Tok Penggawa berusaha untuk menghalau syaitan-syaitan yang

menganggu kampungnya. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Tok Penggawa memanggil Tok

Pawang untuk menghalau syaitan-syaitan tersebut. Tok Pawang telah berjaya memujuk syaitan

agar berpindah ke tempat lain. Kita dapat lihat bahawa Tok Penggawa hanya mementingkan diri

sendiri dengan menghalau syaitan yang mengganggu kampungnya itu ke kampung lain tanpa

memikirkan masalah yang sama akan berlaku di kampung lain

Cerpen ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat plot. Peringkat-peringkat itu ialah

permulaan, perkembangan (perumitan, tegangan), puncak, dan peleraian. Keempat-empat

peringkat itu akan kami huraikan satu persatu dalam penulisan ini.

Pada peringkat permulaan, penulis meletakkan keadaan Kampung Che Lijah yang terletak di

kawasan jin bertendang atau terletak di ceruk yang tidak dikenali orang tiba-tiba jadi terkenal.

Dikunjungi oleh pelbagai orang tidak kira jauh atau dekat dengan pelbagai cara. Ada yang

berjalan kaki, naik basikal, menunggang motorsikal, berkereta dan sebagainya. Seperti yang

ditulis oleh Nassury Ibrahim dalam perenggan pertama, “Kampung Che Lijah tiba-tiba jadi

terkenal. Didatangi orang jauh dan dekat. Ada yang berjalan kaki, ada yang berbasikal,

bermotorsikal, berkereta, malah ada yang menyewa bas.” Hal ini terjadi berikutan mereka semua

ingin mendengar suara hantu. Pada peringkat ini, penulis memperkenalkan permasalahan dalam

ceritanya.

6 | P a g e

Page 7: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

Pada peringkat perkembangan, perumitan cerita bermula apabila penulis bercerita mengenai

suara hantu. Siapakah yang mula-mula mendengar suara tersebut? Dan, dari arah manakah

datang suara tersebut? Semua ini bermula ketika Kak Kiah berada di telaga kerana hendak

mandi. Kak Kiah mula-mula mendengarnya. Pada mulanya, kedengaran seperti suara orang

mengerang. Seperti yang terdapat pada perenggan keeenam, “Waktu itulah Kak Kiah dengar

suara “mmm ... mmm ... mmm ...” seperti suara orang mengerang.” Pada mulanya Kak Kiah

menyangka suaminya, Abang Sudin menyakatnya. Suara itu semakin kuat dan kemudian

perlahan dan kemudian kuat pula. Suara misteri itu kemudian bertukar menjadi suara mengilai

kuat. Hal ini diulis penulis dalam perenggan ketujuh, “Tiba-tiba pula suara mengerang itu

mengilai. Kuat. Kuat sungguh. Terkejut Kak Kiah. Terpelanting timba di tangan. Berdesut Kak

Kiah lari sampai ke tangga, terus dia melompat ke beranda, dan lompat lagi.”

Seterusnya, Nassury Ibrahim menggambarkan keadaan Kak Kiah yang dirasuk oleh suara

misteri. Dia berkelakuan aneh. Berjalan seperti robot menuju ke arah datangnya suara tersebut.

Apabila ditanya akan kelakuannya itu, Kak Kiah menjawab dengan suara parau bahawa dia

hendak ke bukit. Katanya, ada orang memanggil. Apabila dipegang oleh suaminya, Abang

Sudin, Kak Kiah meronta-ronta minta dilepaskan. Kemudian dia pengsan.

Dalam situasi tegang, penulis mengisahkan tentang kehidupan penduduk Kampung Che Lijah

yang mula tidak tenteram akibat suara hantu itu. Ada yang kehilangan harta benda, ada juga yang

memberitahu terdapat banyak kesan tapak kaki berselerakan di sebelah bilik anak dara mereka

dan ada yang hilang hasil tanaman seperti pisang. Semua ini berlaku sejak kedatangan orang luar

yang berduyun-duyun untuk mendengar sendiri suara hantu tersebut. Mereka membuat aduan

7 | P a g e

Page 8: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

kepada Tuk Penggawa. Meminta jasanya mencari seorang pawang atau bomoh untuk menghalau

hantu dan sekali gus ‘menghalau’ perbuatan sumbang para tetamu suara hantu.

Puncak situasi tegang dalam cerita ini ialah ketika Tuk Pawang yang dipercayai berkomunikasi

dengan pemilik suara hantu. Kemudian melalui Tuk penggawa penduduk dapat mengetahui asal-

usul sebenar pemilik suara hantu tersebut. Suara itu milik syaitan laknatullah yang bernama

Tsabar. Dia berasal dari Hutan Kubang yang kemudian bepindah ke Tasik Jaya. Tempat itu

didiami syaitan bernama Dasim dan keluarganya. Pada mulanya mereka dapat bekerjasama

dengan baik. Tetapi setelah kehadiran seekor lagi syaitan yang suka menabur fitnah dan

pembohongan, Tsabar dan Dasim telah bertelagah. Oleh sebab tidak tahan dengan keadaan itu,

akhirnya Tsabar berpindah ke Kampung Che Lijah kerana disangkanya bahawa penduduk di situ

hidup tenteram tanpa sengketa.

Peringkat puncak dalam cerita ini digarap oleh penulis melalui adegan Tuk Pawang cuba

meyakinkan Tuk Penggawa bahawa dengan ilmu kepawangan yang dimilikinya, dia telah

berjaya memujuk Tsabar untuk berpindah dari kampung tersebut. Syaitan tersebut telah berjanji

untuk berpindah dari Kampung Che Lijah dalam masa satu dua hari lagi. Pada mulanya Tuk

Penggawa mempersoalkan ketepatan janji syaitan laknatullah. Tetapi Tuk Pawang meyakinkan

bahawa dia akan mencari jalan lain jika janji itu dimungkiri.

Akhir sekali ialah peringkat peleraian. Pengarang cerpen Suara Hantu bijak menamatkan dan

meleraikan semua konflik dan ketegangan dengan watak Abang Sudin yang datang termengah-

mengah membawa senaskah akhbar. Menurut laporan akhbar tersebut telah muncul satu

seludang berwajah ngeri dan menakutkan di Kepala Batas. Berita itu telah membuktikan yang

Tsabar telah pindah dari Kampung Che Lijah

8 | P a g e

Page 9: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

Nassury Ibrahim telah berjaya menggarap idea dengan baik. Beliau membuat perkaitan yang erat

antara persoalan dengan watak-watak yang diciptanya. Watak-watak tersebut bersesuaian dengan

tema dan permasalahan yang cuba ditonjolkan oleh beliau. Tetapi jika diletakkan watak yang

berbilang kaum, dan pelbagai kepercayaan akan menjadikan cerpen ini lebih menarik. Hal ini

kerana pembaca akan dapat melihat perspektif tentang suara hantu atau perkara-perkara mistik

melalui pandangan, budaya dan kepercayaan pelbagai kaum. Ini akan memberikan lebih banyak

ilmu juga pengetahuan kepada pembaca. Selain itu, penulis hanya menggunakan watak wanita

sebagai individu yang kerasukan. Jika penulis menyelitkan sedikit watak kanak-kanak dan

remaja sebagai penduduk yang diganggu atau dirasuk mungkin akan menambahkan lagi kualiti

cerita. Kita sudah sedia maklum bahawa kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang

sering diganggu makhluk halus atau kerasukan, selain daripada golongan hawa.

Jalan cerita yang ditulis amat menarik. Ini berikutan perkembangan plot yang tersusun. Nassury

Ibrahim bijak menyusun strategi perkembangan plot dengan menarik. Beliau berjaya memikat

hati pembaca dan menyebabkan pembaca tertanya-tanya tentang pemilik suara misteri apabila

tidak menjelaskan asal-usul suara tersebut dari awal cerita tetapi menjadikan bahagian tersebut

sebagai puncak cerita dengan mengaitkan beberapa watak dalam babak tersebut.Akhir sekali,

ucapan ribuan tahniah kepada Nasury Ibrahim kerana telah berjaya menghasilkan sebuah karya

yang bermutu dari kaca mata formalistik

Cerpen 3: Antoi dan Pohon Usia Oleh Saadiah Haji Ibrahim

Cerpen “Israk”, karya Erda Roslan Khairy,(2012).Cerpen ini termuat dalam Majalah Sastera,

terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun Februari, 2012.

9 | P a g e

Page 10: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

Cerpen ini mengisahkan seorang lelaki bernama Adam yang membawa isterinya,Siti Hawa,dan

dua orang anaknya iaitu Israk dan Mikraj ke rumah ibunya di Kampung Sayong tidak jauh dari

Sungai Perak. Isteri Adam menyedari bahawa anak-anaknya agak sukar untuk menyesuaikan diri

dengan suasana kampung terutamanya Israk.Hal ini disebabkan mereka menetap agak lama di

Perth dan anak-anak mereka dibesarkan di sana. Mereka sekeluarga cuba belajar menyesuaikan

diri dengan suasana dan kehidupan kampung yang serba kekurangan. Israk tidak mahu mencuba

makan buah durian,jering dan tempoyak. Israk juga menunjukkan kebenciannya tinggal di rumah

neneknya,Wah yang serba kekurangan itu berbanding dengan rumahnya di bandar. Kekurangan

yang terdapat di rumah Wah menyebabkan Israk sentiasa berselisih pendapat dengan

adiknya,Mikraj. Hal ini disedari oleh Wah dan Wah menasihati mereka berdua agar tidak seperti

anjing dengan kucing. Pada 4 Oktober yang lalu,beberapa orang dari Majlis Daerah datang ke

rumah Wah untuk membeli rumah Wah yang akan dijadikan sebagai pusat pelancongan,tetapi

Wah dengan bantuan Lebai Saleh telah menolak tawaran itu dengan baik.

Pada suatu pagi,bekalan air paip di rumah Wah telah terputus menyebabkan Mikraj telah

menyuruh Israk mandi di sungai. Malangnya,ketika melalui rimbunan semak untuk ke

sungai,Israk telah terjatuh ke dalam sungai. Wah dengan pantas menghulurkan sebatang kayu

kepada Israk. Pada ketika itu Israk hanya berpaut pada tali sauh yang sudah reput. Israk

terselamat namun kakinya berdarah. Pada malam itu,Israk lambat keluar dari biliknya. Apabila

dia keluar,semua orang terkejut apabila melihat dia memakai baju Melayu namun Israk bersikap

selamba sahaja. Mereka semakin terkejut apabila Israk meminta jering dan tempoyak daripada

ibunya.

10 | P a g e

Page 11: BM Pengurusan Cerpen

Bahasa Melayu Pengurusan

Analysis Cerpen

Cerpen ini bertemakan perasaan tidak selesa warga kota terhadap suasana dan kehidupan di

kampung. Sebagai contoh,Israk berasa tidak selesa tinggal di kampung neneknya yang serba

kekurangan berbanding keadaan di kota yang lengkap segala-galanya.

Antara persoalan yang diketengahka alam cerpen ini adalah sperti berikut, Merapatkan hubungan

yang telah terputus. Contohnya, Adam membawa isteri dan kedua-dua anaknya ke kampung

supaya silaturahim dengan neneknya Wah tidak putus.

Sikap adik-beradik yang tidak sehaluan. Contohnya, Israk dan adiknya Mikraj tidak sependapat

menyebabkan mereka sering bertengkar. Pengalaman dapat mengubah sikap seseorang.

Contohnya, Israk akhirnya mengubah sikapnya dengan makan jering dan tempoyak apabila

menyedari kebaikan neneknya yang sanggup menyelamatkannya. Ketabahan hati dalam

menempuh cabaran hidup. Contohnya,Wah begitu tabah membesarkan Adam walaupun tanpa

suami di sisi.

Rujukan

A.Wahab Ali, (2009)., Perkembangan Cerpen Melayu: Dari Cerita Moyang ke Dewan Sastera.Sari Vol. 27, 109-123.

Amil Jaya, (2010)., Tragedi, Dewan Sastera, Kuala Lumpur. DBP

Hashim Awang, (1975)., Cerpen-Cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Nassury Ibrahim (2010), (2010)., Suara Hantu, Dewan Sastera, Kuala Lumpur. DBP

Erda Roslan Khairy,(2012)., Israk, Dewan Sastera, Kuala Lumpur. DBP

11 | P a g e